Keselamatan dan Kesihatan Pekerja

Similar documents
EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak


IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

Pengenalan kepada Pengurusan Sumber Manusia

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

Earthwork Activities in Private Housing Industry

ADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI

SAFETY AND HEALTH IN THE USE OF CHEMICALS AT WORK

A. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION

IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

MSG Quality Control [Kawalan Mutu]

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

Survey on Perak and Selangor 3 messages

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

Sistem Bakeri Interaktif

MAYBANK PRODUCTS UMBRELLA CAMPAIGN 2016 TERMS & CONDITIONS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Binaan ringkas pengecas kapasitor bervoltan tinggi buatan sendiri bagi. sistem plasma fokus.

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV

Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017

Functional Assessment Report Laporan Penilaian Fungsian

2.3. For joint customer of Libshara-i, only the primary account holder will qualify to participate.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

Terma dan Syarat Kempen Rujukan Memperkenalkan Ahli Baru Privilege Banking dan Wealth Banking

PERBEZAAN ASPEK PERKEMBANGAN FIZIKAL DALAM KALANGAN KANAK-KANAK LELAKI DAN PEREMPUAN MENURUT PERSPEKTIF BARAT

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

Condition Appraisal Technical Report

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

a) The Principal and / or Supplementary Card account has become delinquent;

Terma dan Syarat Kempen Kad-i Bank Islam Visa (Debit/Kredit) PIN dan Pandu Lebih Jauh

BIASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (BUMT) JABATAN PENGURUSAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU. - Syarat dan Kelayakan - Borang Permohonan

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN JABATAN PEMAKANAN DAN DIETETIK SEMESTER 6, SESI 2016/2017 LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

KEMPEN 5X UNIRINGGIT FOR YOUR SPEND KAD PRVI MILES DAN PREFERRED PLATINUM UOBM TERMA DAN SYARAT

The impact of waste disposal management on the water quality of rivers in Malaysia: Lessons from Pajam waste disposal sites, Negeri Sembilan

TERMA DAN SYARAT. Preferred Current Account Cash Reward RM88 (November & December 2017)

TERMS & CONDITIONS MAYBANK ONLINE APPLICATION CAMPAIGN II FOR BALANCE TRANSFER/EZYCASH/EZYPAY PLUS

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2016 PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI DAN PRESTASI KEWANGAN AGENSI NEGERI SEMBILAN JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

JURNAL TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN SAINS KUANTITATIF

TERMS AND CONDITIONS OF AL-AWFAR-SSPN

PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: ISU-ISU TERPILIH

RM10,000 RM99, % 3.50% 3.50% RM100,000 RM499, % 2.80% 2.50% RM500,000 dan ke atas 2.50% 2.30% 2.00%

TERMS AND CONDITIONS FOR

TERMA DAN SYARAT KEMPEN Send More Money via RHB Now and Get Cash Back RHB Western Union

TERMA DAN SYARAT KEMPEN Send More Money through Western Union at RHB and Get Cash Back

THE DEVELOPMENT OF SMALL AND MEDIUM SIZED CONSTRUCTION FIRMS IN NIGERIA USING ABSORPTIVE CAPACITY BILAU ABDULQUADRI ADE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Ganjaran Tunai CIMB Bank Berhad

TERMS AND CONDITIONS OF #SenangBiz CAMPAIGN. TERMA DAN SYARAT BAGI KEMPEN #SenangBiz

Deposit Dragon Campaign ( Campaign )

JADUAL PERKHIDMATAN BAS KAMPUS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SESI 2018/2019

CMT421 E-Business Strategy, Architecture & Design [Strategy, Seni Bina & Reka Bentuk E-Perniagaan]

Effective 1 st APRIL 2018 / Berkuatkuasa pada 1 APRIL 2018

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS: MASALAH DAN CADANGAN

A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING IN KUALA TERENGGANU HO MEE CHYONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM

TERMS AND CONDITION 2017 Credit Card Acquisition Cash Back Campaign

kecuali dimaklumkan sebaliknya.

MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN CONTINOUS PROFESSIONAL DEVELOPMENT

Mohd Aqmin Abdul Wahab Universiti Kebangsaan Malaysia. Hazrul Izuan Shahiri Universiti Kebangsaan Malaysia

PERLAKSANAAN AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN, 1994 DI INSTITUT LATIHAN AWAM HELMI BIN HJ. HARON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Save And Win Everyday Campaign Terms and Conditions

TERMS AND CONDITIONS

TERMA DAN SYARAT. Kempen Mohon, Belanja dan Dapat Ganjaran

Terms & Conditions: TRUE Debit MasterCard Campaign Page 1

SPEND AND WIN SAMSUNG GALAXY S8 KFH DEBIT CARD-i CAMPAIGN ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS ( Terms and Conditions ).

SOALAN LAZIM MENGENAI SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN NASIONAL

THE ASSESSMENT OF BUILDING DEFECTS MAINTENANCE IN HOSPITAL BUILDING NORDIYANA BINTI AB.LLAH

Terms & Conditions TRUE Savers BonusLink Campaign

AUDIT KETUA NEGARA 2016 LAPORAN SIRI 1 PENGURUSAN AKTIVITI/ KEWANGAN JABATAN/ AGENSI DAN PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR

DERAF JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SELARAS SESI DEC 2015 (BELUM MUKTAMAT)

Terma & Syarat. Kempen Akaun Semasa/Simpanan AmBank-I Love Savings!

DETERMINATION OF LEAD CONTENT IN WHITENING CREAM USING LASER INDUCED BREAKDOWN SPECTROSCOPY ANALYSIS WAN NORSYUHADA BT WAN MOHD SHUKRI

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) LAPORAN KEMAJUAN BERKALA / PERIODIC PROGRESS REPORT

2. This Campaign is applicable for all RHB Credit and Debit Cards, except RHB Platinum Business Cards. ( Eligible Cardmember )

laporan ketua audit negara tahun 2014 jabatan audit negara malaysia

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

Mewah Kad Visa Infinite UOBM Terma & Syarat

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING AM BILANGAN 3 TAHUN 2015

Transcription:

Topik 11 Keselamatan dan Kesihatan Pekerja HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Membanding dan membezakan konsep keselamatan dan kesihatan; 2. Meneliti jenis-jenis keselamatan dan kesihatan terhadap bahaya di tempat kerja; 3. Membincangkan akta-akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta tujuan pembentukan akta-akta tersebut. PENGENALAN Menurut Pertubuhan Buruh Antarabangsa (PBA), dianggarkan lebih daripada 1.2 juta pekerja tidak menikmati hak-hak mereka dalam persekitaran kerja yang aman dan selamat disebabkan kemalangan dan penyakit berkaitan pekerjaan mereka. Berdasarkan statistik yang diperolehi daripada PBA di Konvension ke- 16 APOSHO di Mauritius (April 2000), didapati: (a) Majikan dari serata dunia mengalami kerugian kerana terdapat lebih daripada 250 juta kemalangan setiap tahun; (b) Lebih daripada 160 juta pekerja mengalami penyakit akibat terdedah kepada bahan-bahan kimia merbahaya di tempat kerja; (c) Lebih daripada 1.2 juta kematian berlaku setiap tahun kerana kemalangan dan penyakit berkaitan pekerjaan dan jumlahnya lebih tinggi daripada jumlah yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya pada setiap tahun di seluruh dunia;

TOPIK 11 KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA 245 (d) Lebih daripada 10 juta majikan mengalami kerugian disebabkan kecederaan dan penyakit yang mengakibatkan ketidakupayaan kekal dan hilang sumber pendapatan. Berbanding dengan negara-negara maju, kadar kematian di kebanyakan negara membangun pada sekitar lima hingga enam kali lebih tinggi. Di Malaysia, banyak usaha yang dibuat bagi mengurangkan kemalangan di tempat kerja seperti melaksanakan Akta Keselamatan dan Kesihatan 1994 dan membentuk agensiagensi penguatkuasa seperti Jabatan Keselamatan dan Kesihaatan Pekerjaan dan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta menjalankan programprogram untuk mewujudkan kesedaran di kalangan pekerja dan majikan mengenai pentingnya mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan sihat. 11.1 MEMAHAMI KONSEP KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN AKTIVITI 11.1 Kita selalu mendengar perkataan-perkataan keselamatan dan kesihatan tetapi apakah yang dimaksudkan jika digunakan di tempat kerja kita? Keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja bermaksud: Keselamatan: Isu yang mempunyai kaitan dengan melindungi pekerja daripada kecederaan atau kemalangan semasa bekerja. Kecederaan berkaitan kerja termasuk luka, patah, terseliuh dan pemotongan yang disebabkan oleh kemalangan kerja atau disebabkan oleh pendedahan yang melibatkan sesuatu kejadian di tempat kerja (Bernadin dan Russel, 1998). Kesihatan: Keadaan yang memberikan perlindungan kepada pekerja daripada gangguan emosi dan apa-apa jenis penyakit fizikal disebabkan oleh kerja. Penyakit yang disebabkan oleh kerja, seperti pendedahan kepada faktor-faktor sekeliling, boleh mendatangkan semua jenis keadaan luar biasa atau gangguan. Keadaan ini termasuk penyakit akut kronik seperti tekanan, burnout, masalah jantung dan kematian yang mungkin disebabkan dengan bernafas atau terdedah secara terus kepada bahan-bahan beracun dan merbahaya (Bernadin dan Russel, 1998).

246 TOPIK 11 KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA 11.2 UNDANG-UNDANG BERKAITAN DENGAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN Campur tangan kerajaan dalam isu keselamatan industri bermula seawal tahun 1878 dengan pelantikan pertama pemeriksa dandang. Undang-undang pertama yang berkaitan dengan keselamatan ditubuhkan pada tahun 1892 adalah Enakmen Dandang Stim (Maimunah, 1999). Ketika Malaysia dalam proses menjadi sebuah negara perindustrian pada tahun 1960-an, satu akta telah diperkenalkan bagi menyelia keselamatan dan kesihatan tentang pekerjaan. Akta itu ialah Akta Kilang dan Jentera 1967. Satu lagi akta, iaitu Akta Keselamatan dan Kesihatan, telah diperkenalkan pada tahun 1994 apabila didapati akta sebelumnya mempunyai kelemahan. Perbincangan kita seterusnya berkisar tentang kedua-dua akta ini. AKTIVITI 11.2 Mengapakah undang-undang yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja penting? Apakah yang akan berlaku kepada pekerja sekiranya tiada undang-undang seperti ini di dalam negara kita? 11.2.1 Akta Kilang dan Mesin 1967 Selama lebih 30 tahun, Akta Kilang dan Mesin 1967 memainkan peranan bagi mengatasi isu-isu keselamatan dan kesihatan di Malaysia. Akta ini menekankan keselamatan di kilang dan penguatkuasaannya di bawah kawalan Jabatan Kilang dan Mesin (sekarang dikenali sebagai Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan). Peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam akta ini ialah: (a) Kuasa diberikan kepada Jabatan Kilang dan Mesin, atau pemeriksa yang dilantik untuk memastikan pembinaan dan reka bentuk kilang dan mesin selamat dan untuk memastikan penggunaan yang selamat termasuk menyediakan latihan yang sesuai kepada pekerja; (b) Memberi penekanan terhadap aspek-aspek kebajikan pekerja dengan memastikan majikan menyediakan kemudahan kesihatan dan tempat kerja yang selesa;

TOPIK 11 KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA 247 (c) (d) Menyediakan alat-alat keselamatan seperti pemadam api dan kotak pertolongan cemas; dan Menjelaskan kaedah melaporkan kemalangan di tempat kerja. Walaupun akta ini digunakan untuk satu jangka masa yang panjang di Malaysia, ia menerima banyak kritikan tentang keberkesanan peruntukan dan pelaksanaannya. Antara kritikannya ialah: (a) (b) (c) Melindungi pekerja-pekerja yang bekerja di kilang sahaja dan ini hanya menyumbang kira-kira 25 hingga 30% daripada keseluruhan tenaga kerja di Malaysia. Mempunyai skop yang terhad; Gagal untuk memberi tumpuan kepada perkembangan teknologi; dan (d) Menekankan pada tanggungjawab untuk mengatasi isu-isu berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan daripada pihak kerajaan dan tidak melibatkan majikan dan pekerja. AKTIVITI 11.3 1. Sektor pembinaan direkodkan mempunyai kemalangan yang tertinggi pada tahun 1998, iaitu 38,718 (43.8%) berbanding dengan lain-lain sektor seperti perdagangan (14.7%), perkhidmatan (10.4%) dan perkapalan (4.6%). Pada pendapat anda, mengapakah sektor pembinaan menyumbang kepada peningkatan bilangan kemalangan pada tahun 1998? 2. Lawat laman web http://www.dosh.gov.my/index.php? option=com_content&view=article&id=531&itemid=360&lang dan senaraikan enam bahagian penting dalam Akta Kilang dan Mesin 1967.

248 TOPIK 11 KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA 11.2.2 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 diluluskan oleh Parlimen pada tahun 1993 dan diumumkan pada 24 Februari 1994. Ia ditubuhkan bagi mengatasi kelemahan-kelemahan dalam Akta Kilang dan Mesin 1967 tetapi tidak menggantikannya. Dengan adanya akta ini, lebih kurang tujuh juta pekerja di dalam semua industri dan sektor dilindungi kecuali tentera dan pekerja di dalam industri perkapalan yang dilindungi oleh Ordinan Perkapalan Saudagar. Industri-industri yang dilindungi oleh akta ini ialah sektor perkilangan; perlombongan dan kuari; pembinaan, pertanian, perhutanan dan perikanan; utiliti seperti letrik, gas, air dan perkhidmatan kebersihan; pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi; perdagangan runcit; hotel dan restoran; kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan; perkhidmatan awam dan pihak berkuasa undang-undang. Tujuan utama akta ini ialah meningkatkan kesedaran dan menggalakkan budaya keselamatan dan kesihatan di kalangan pekerja di Malaysia. Objektif-objektif akta ini ialah: (a) (b) (c) Untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja di tempat kerja. Untuk melindungi individu lain, selain daripada pekerja, di tempat kerja yang terdedah kepada risiko daripada aktiviti-aktiviti kerja. Untuk menggalakkan persekitaran kerja kondusif yang memenuhi keperluan-keperluan fisiologi dan fizikal pekerja. (d) Untuk memastikan organisasi mengekalkan atau menetapkan piawai keselamatan dan kesihatan dengan melaksanakan peraturan-peraturan dan amalan industri yang telah diluluskan dan mengikut peruntukanperuntukan daripada akta. Sebahagian daripada peruntukan di dalam akta ini termasuk keperluan membentuk Majlis Kebangsaan untuk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan peruntukan-peruntukan yang menetapkan tugas-tugas majikan dan mereka yang bekerja sendiri, pereka, pekilang, pembekal dan pekerja.

TOPIK 11 KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA 249 AKTIVITI 11.4 Lawat laman web http:// www.dosh.gov.my/index.php?option= com_content&view=article&id=531&itemid=360&lang=en dan dapatkan empat tujuan utama penetapan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. (a) Majlis Kebangsaan untuk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Majlis Kebangsaan untuk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ialah satu badan penasihat yang mengandungi 12 hingga 15 ahli yang dilantik oleh Menteri Sumber Manusia. Seperti mana lain-lain badan yang terlibat dalam perhubungan pekerjaan, majlis ini terdiri daripada tiga pihak: (i) (ii) Tiga orang ahli daripada organisasi yang mewakili majikan; Tiga orang ahli daripada organisasi yang mewakili pekerja; (iii) Tiga orang ahli atau lebih daripada kementerian atau jabatan yang bertanggungjawab untuk keselamatan dan kesihatan pekerjaan; dan (iv) Tiga orang ahli atau lebih daripada organisasi atau badan profesional yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan dan sekurangkurangnya seorang daripada mereka ialah seorang wanita. Ahli-ahli majlis dikehendaki menjalankan penyiasatan apabila diminta oleh Menteri Sumber Manusia, mengemukakan laporan dan memberi cadangan mereka terhadap mana-mana kes yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Laporan tahunan perlu dikemukakan kepada Menteri Sumber Manusia pada 30 Jun setiap tahun. Kesimpulannya, ahli-ahli majlis perlu bertemu dari semasa ke semasa untuk membincang dan memberi cadangan mengenai isu-isu tentang: (i) (ii) (iii) Sebarang perubahan yang berkaitan dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan; Kaedah untuk memperbaiki pentadbiran dan menguatkuasakan akta; Kaedah untuk memupuk kerjasama antara majikan dan pekerja tentang keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja di tempat kerja;

250 TOPIK 11 KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA (iv) Masalah-masalah keselamatan, kesihatan dan kebajikan yang dihadapi oleh oleh pekerja wanita, orang kurang upaya dan lain-lain kumpulan; (v) (vi) Merangka kaedah yang sesuai bagi pengawalan penggunaan bahan kimia di tempat kerja; Menganalisa statistik tentang kematian dan kemalangan; (vii) Sumber-sumber untuk kemudahan-kemudahan kesihatan di tempat kerja; (viii) Kaedah untuk menggalakkan pembentukan kod-kod amalan berhubung dengan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja; dan (ix) Menyemak semula rancangan dan kemudahan untuk membantu individu yang tercedera semasa bekerja. AKTIVITI 11.5 Lawat laman web http://www.dosh.gov.my/index.php?option= com_content&view=article&id=531&itemid=360&lang=en untuk maklumat tentang fungsi-fungsi Majlis Kebangsaan untuk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. (b) Kewajipan Am Majikan dan Bekerja Sendiri Menjadi satu tanggungjawab bagi semua majikan dan mereka yang bekerja sendiri untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan mereka, pekerja-pekerja dan orang lain yang berada di kawasan kerja semasa waktu kerja. Bagi mencapai matlamat ini, majikan perlu menyediakan persekitaran pekerjaan yang selamat dan tidak mengancam kesihatan pekerja. Mengikut akta, majikan bertanggungjawab bagi perkara-perkara berikut: (i) (ii) (iii) Mengurus dan menyelenggarakan kilang bagi memastikan sistem kerja yang selamat tampa apa-apa risiko bahaya; Memastikan penggunaan atau pengendalian operasi, penyimpanan dan pengangkutan bahan-bahan adalah selamat tanpa apa-apa risiko kesihatan; Menyediakan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan yang lengkap bagi memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja;

TOPIK 11 KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA 251 (iv) Mengekalkan keselamatan di tempat kerja tanpa risiko kesihatan termasuk laluan masuk dan keluar di tempat kerja; dan (v) Mengekalkan kawasan tempat kerja supaya pekerja merasa selamat tanpa risiko kesihatan dengan menyediakan kemudahan yang mencukupi bagi kebajikan pekerja. Mana-mana majikan yang gagal mematuhi arahan-arahan di atas, boleh dikenakan tindakan undang-undang, iaitu dikenakan denda tidak lebih daripada RM50,000 atau penjara tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-duanya sekali. Selain itu, majikan juga bertanggungjawab bagi merangka dasar-dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam bentuk bertulis dan memaklumkannya kepada semua pekerja. Dasar-dasar ini diteliti dengan kerap bagi memastikan ianya sesuai untuk keadaan semasa. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Ia tidak menetapkan dasar yanag mana penting di dalam akta tersebut dan ia tidak menyatakan bagaimana dasardasar itu disampaikan kepada pekerja. Ini boleh menyebabkan organisasi tidak dapat menjalankan tanggungjawab tentang isu-isu keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dengan betul. Bagi majikan-majikan yang mempunyai lebih daripada 40 orang perkerja, mereka perlu membentuk satu Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di dalam organisasi mereka. Fungsi jawatankuasa ini ialah untuk membantu organisasi melaksanakan persekitaran di tempat kerja yang selamat dan sihat, mencari keberkesanan program-program tentang keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, memberi cadangan mengenai apa-apa perubahan bagi meningkatkan keadaan dan menjalankan pemeriksaan sekali pada setiap bulan. AKTIVITI 11.6 1. Lawat laman web http://www.dosh.gov.my/index.php?option= com_content&view=article&id=531&itemid=360&lang=en untuk maklumat tentang empat jenis tugas setiap pekerja dan hukumannya jika tugas-tugas tersebut tidak dilaksanakan. 2. Pada pendapat anda, mengapa banyak kemalangan masih berlaku di tempat kerja walaupun pelbagai langkah berjaga-jaga telah diambil seperti enakmen akta-akta dan undang-undang yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja?

252 TOPIK 11 KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA (c) Kewajipan Am Pereka, Pekilang dan Pembekal Kewajipan am pereka, pekilang dan pembekal ialah memastikan kilang, mesin, peralatan dan bahan-bahan yang digunakan selamat dan sihat kepada pekerja-pekerja. Oleh itu, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 telah mewajibkan semua pereka, pekilang dan pembekal untuk: (i) (ii) Memastikan kilang atau bahan-bahan adalah selamat tanpa apa-apa risiko terhadap kesihatan apabila digunakan; Mengatur atau menjalankan ujian dan pemeriksaan tertentu terhadap kilang atau bahan-bahan; (iii) Menyediakan maklumat lengkap mengenai penggunaan kilang atau bahan-bahan supaya ianya selamat tanpa apa-apa risiko kepada kesihatan sekiranya digunakan dengan betul; (iv) Menjalankan penyelidikan bagi menghalang atau mengurangkan risiko terhadap keselamatan dan kesihatan yang mungkin wujud daripada reka bentuk kilang; dan (v) Memastikan kilang yang telah dibina selamat untuk digunakan. Mana-mana pereka, pekilang dan pembekal yang gagal mematuhi arahanarahan di atas, boleh dikenakan tindakan undang-undang, iaitu dikenakan denda tidak lebih daripada RM20,000 atau penjara tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-duanya sekali. (d) Kewajipan Am Pekerja Selain majikan, pereka, pekilang dan pembekal, anda sebagai pekerja juga bertanggungjawab bagi memastikan keselamatan dan kesihatan anda di tempat kerja. Tidak ada gunanya bagi majikan menyediakan pelbagai alat keselamatan di tempat kerja sekiranya ia tidak digunakan. Untuk memastikan semua pekerja mengambil tanggungjawab bagi mengekalkan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 telah menekankan beberapa arahan yang perlu dipatuhi oleh pekerja-pekerja: (i) (ii) Memberi tumpuan semasa bekerja bagi memastikan keselamatan mereka dan juga orang lain; Bekerjasama dengan majikan dan mereka yang diberi peranan di bawah akta dan peraturan-peraturannya;

TOPIK 11 KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA 253 (iii) Memakai atau menggunakan alat atau pakaian perlindungan; dan (iv) Mematuhi sebarang arahan mengenai peraturan-peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan seperti yang ada di dalam akta dan peraturan-peraturannya. Mana-mana pekerja yang gagal mematuhi arahan-arahan di atas, boleh dikenakan tindakan undang-undang, iaitu dikenakan denda tidak lebih daripada RM1,000 atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau keduaduanya sekali. Setakat ini, terdapat enam peraturan yang ditubuhkan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994: (i) (ii) Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Kawalan Kemalangan Besar Bahaya Industri) Peraturan-peraturan 1996; Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) Peraturan-peraturan 1996; (iii) Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pembungkusan dan Penandaan Bahan-bahan Kimia Merbahaya) Peraturan-peraturan 1997; (iv) Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) Peraturan-peraturan 1997; (v) Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Piawaian Pendedahan Bahan-bahan Kimia Merbahaya kepada Kesihatan) Peraturan-peraturan 2000; dan (vi) Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan Kewujudan Kemalangan Merbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) Peraturan-peraturan 2004. AKTIVITI 11.7 Lawat laman web http://www.agc.gov.my/akta/vol.%2011/act% 20514.pdf untuk maklumat tambahan mengenai Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan objektif-objektifnya.

254 TOPIK 11 KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA LATIHAN 11.1 Kenyataan BETUL (B) atau SALAH (S) 1. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 telah ditubuhkan bagi mengganti Akta Kilang dan Mesin 1967. 2. Salah satu objektif Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 ialah menggalakkan persekitaran kerja yang sesuai bagi keperluan fisiologi dan psikologi pekerja. 3. Salah satu kritikan tentang Akta Kilang dan Mesin 1967 ialah ia hanya melindungi mereka yang bekerja di ladang-ladang. 4. Salah satu peranan ahli-ahli jawatankuasa Majlis Kebangsaan bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ialah meningkatkan pentadbiran dan pelaksanaan akta tersebut. 5. Majikan yang mempunyai lebih daripada 50 orang pekerja dikehendaki menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. 11.3 KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TEMPAT KERJA AKTIVITI 11.8 Senaraikan beberapa jenis dan punca kemalangan di tempat kerja anda. Pernahkah anda sakit kepala akibat merenung skrin komputer terlalu lama? Atau pernahkah anda melihat rakan anda cedera kerana dihempap oleh objek berat? Menurut Aini Hayati, semua ini merupakan contoh kemalangan yang boleh berlaku semasa kita bekerja (Faizuniah, et al., 2002). Keselamatan terhadap bahaya adalah aspek pekerjaan yang berpotensi untuk menyebabkan kecederaan (seperti kehilangan penglihatan secara tiba-tiba, hilang jari atau tangan, jatuh daripada bangunan) atau kematian kepada pekerja pada kadar yang cepat. Biasanya, keselamatan terhadap bahaya berkaitan dengan alat atau mesin yang tidak selamat untuk digunakan, persekitaran kerja yang tidak selamat dan pendedahan kepada bahan-bahan kimia.

TOPIK 11 KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA 255 Kesihatan terhadap bahaya merujuk kepada aspek-aspek pekerjaan yang boleh memberikan kesan negatif kepada kesihatan pekerja secara beransur-ansur. Tekanan berterusan yang disebabkan oleh beban kerja, menjadi pekak kerana pendedahan kepada persekitaran kerja yang bising, mengalami sakit dada dan mata menjadi kabur kerana pendedahan kepada bahan-bahan kimia adalah antara contoh-contoh penyakit emosi dan fizikal yang disebabkan oleh kerja. Seterusnya, kita akan melihat beberapa jenis keselamatan dan kesihatan berkenaan dengan bahaya di tempat kerja seperti kemalangan di tempat kerja, bahaya bahan kimia, kualiti udara dalam bangunan, terminal skrin video dan kecederaan berulang. 11.3.1 Kemalangan di Tempat Kerja Pada bulan September 1996, kerajaan melancarkan kempen Ke Arah Budaya Kerja yang Selamat dan Sihat bagi meningkatkan kesedaran di kalangan majikan, pekerja dan masyarakat tentang keselamatan di tempat kerja. Walaupun kadar kemalangan di tempat kerja telah menurun semenjak tahun 1997, jumlah tersebut agak membimbangkan. AKTIVITI 11.9 Lawat laman web http://www.perkeso.gov.my/ untuk maklumat berikut: 1. Objektif penubuhan PERKESO. 2. Sektor dengan kadar kemalangan tertinggi dalam tahun 2001. 3. Jumlah pampasan yang dibayar oleh PERKESO dalam tahun 2001. Secara amnya, kemalangan di tempat boleh disebabkan oleh ciri-ciri kerja, pekerja itu sendiri, majikan dan persekitaran seperti yang disenaraikan dalam Jadual 11.1.

256 TOPIK 11 KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA Jadual 11.1: Punca-punca Kemalangan di Tempat Kerja Punca Pekerjaan Pekerja Persekitaran Majikan Contoh Mesin rosak tidak dapat berfungsi dengan betul. Usang - tidak dapat berfungsi dengan betul. Pekerjaan merbahaya sebagai contoh, bekerja di dalam terowong bawah tanah, terdedah kepada bahan kimia merbahaya. Tidak memberi tumpuan kepada kerja. Bermain-main. Minum alkohol dan mengambil dadah. Salah atau salah pengiraan semasa menganalisa objek yang bergerak. Kurang pengalaman. Terlalu yakin dengan pengalaman sendiri. Lemah penglihatan dan pendengaran. Tidak berpengalaman dalam mengendalikan alat-alat tiada latihan. Melanggar arahan keselamatan seperti tidak memakai cermin mata keselamatan. Umur terlalu mudah (kekok) atau terlalu tua (cuai dan tidak cekap). Mempunyai masalah peribadi tidak dapat memberi sepenuh tumpuan kepada kerja. Pendedahan kepada suhu tinggi, peralatan elektrik dan bahan kimia. Persekitaran yang terlalu bising. Terdedah kepada asap dan habuk. Jangkitan. Penyeliaan yang lemah. Tidak menyediakan alat keselamatan kepada pekerja. Tidak memberikan latihan kepada pekerja mengenai cara untuk menggunakan alat keselamatan Peraturan dan dasar keselamatan tidak dipatuhi. Sumber: Faizuniah Panggil et al. (2002)

TOPIK 11 KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA 257 Masalah-masalah ini boleh diatasi sekiranya semua pihak memainkan peranan masing-masing. Objektif untuk memastikan kemalangan sifar tidak boleh dicapai jika pekerja tidak menggunakan alat-alat keselamatan yang disediakan oleh majikan atau majikan tidak mengambil apa-apa tindakan walaupun pekerja telah membuat banyak aduan tentang kerosakan alat-alat keselamatan yang disediakan. Jadual 11.2 menunjukkan beberapa peranan yang boleh dimainkan oleh majikan, pekerja, kesatuan sekerja dan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam mengurangkan kemalangan di tempat kerja. Jadual 11.2: Peranan dan Tanggungjawab Ejen untuk Mengurangkan Kemalangan di Tempat Kerja Ejen Bertanggungjawab Majikan Peranan Menggubal dasar keselamatan dan kesihatan. Melaksanakan semua peraturan dan tata cara yang telah digariskan. Menjalankan penyiasatan dengan segera apabila kemalangan telah berlaku. Menyediakan peralatan keselamatan individu seperti topi keselamatan, sarung tangan dan sebagainya. Menjalankan kempen keselamatan dari semasa ke semasa. Memastikan persekitaran kerja selamat. Mengekalkan sistem kerja yang selamat. Mewujudkan tatacara bagi melapor dan menyiasat kemalangan. Membentuk dan mengamalkan amalan-amalan keselamatan. Memilih pekerja-pekerja yang cekap. Mewujudkan satu sistem insentif. Pekerja-pekerja atau jabatan-jabatan yang dapat menggelakkan kemalangan akan diberi ganjaran. Menyediakan pakaian dan peralatan keselamatan. Mewujudkan tempat bukan kerja sebagai kawasan bahaya.

258 TOPIK 11 KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA Menyediakan amaran yang jelas seperti BERHATI- HATI dan KAWASAN BUKAN MEROKOK. Menyediakan tempat rehat yang sesuai kepada pekerja yang memerlukan rehat tambahan. Mendapatkan input tentang masalah-masalah daripada pekerja-pekerja. Mendapatkan maklum balas daripada pekerja selepas sesuatu kemalangan berlaku. Pekerja Taat segala peraturan dan tatacara berkenaan keselamatan. Bekerjasama dengan majikan (peraturan sendiri). Membentuk sikap selamat di tempat kerja. Melapor serta-merta sekiranya mesin atau alat rosak. Tidak menggunakan alat-alat rosak yang boleh mendatangkan bahaya kepada keselamatan pekerja. Kesatuan Sekerja Boleh menyuarakan hak-hak pekerja kepada pihak pengurusan. Jika selama ini semua usaha lebih kepada meningkatkan insentif, maka tumpuan sekarang perlu kepada keselamatan dan kesihatan pekerja. Terlibat sebagai wakil pekerja dalam jawatankuasa keselamatan dan kesihatan. Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Seksyen 30 (a) dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 menyatakan bahawa adalah wajib bagi sesebuah syarikat yang mempunyai 40 atau lebih pekerja membentuk satu jawatankuasa keselamatan dan kesihatan. Jawankuasa ini mengkaji semua langkah keselamatan pekerja di tempat kerja. Sumber: Faizuniah Panggil et al. (2002) 11.3.2 Risiko Bahan-bahan Kimia Mengapa ramai antara kita tidak sedar akan bahaya apabila kita terdedah kepada bahan-bahan kimia secara berterusan? Kesan negatif daripada bahan-bahan kimia tidak dapat dilihat dengan segera. Kesannya akan dapat dilihat apabila penyakit menjadi kronik. Rujuk Jadual 11.3 bagi memahami betapa serius kesannya kepada sesetengah orang.

TOPIK 11 KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA 259 Jadual 11.3: Sepuluh Jenis Bahaya di Tempat Kerja Risiko Berpotensi Arsenik Asbestos Benzena Bichloromethylether (BCME) Habuk arang batu Pelepasan dari ketuhar Habuk kapas Plumbum Radiasi Klorida vinil Kanser paru-paru, limfoma Penyakit Penyakit paru-paru putih, kanser paru-paru dan kanser organ Leukemia, anemia aplastik Kanser paru-paru Penyakit paru-paru hitam Kanser paru-paru dan buah pinggang Penyakit paru-paru perang, bronkitis dan emfisema Penyakit buah pinggang, anemia, sistem utama gagal berfungsi dan tidak normal Kanser tirod, kanser paru-paru dan tulang, leukemia, kesan terhadap produktiviti (keguguran atau kerosakan genetik) Kanser paru-paru dan otak Sumber: Byars & Rue (2000) Di Malaysia, kerajaan sedar akan risiko yang wujud daripada bahan-bahan kimia tertentu. Mereka menyediakan satu arahan dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang melarang penggunaan bahan-bahan seperti benzena, benzedin, krosodilit, karbon disulfida, fosforus putih dan bahan kimia lain yang mendatangkan bahaya pada keselamatan di tempat kerja. Akta ini telah dikuatkuasakan bermula dari 2 Ogos 1999. Selain daripada itu, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 juga mengandungi kaedah-kaedah untuk mengklasifikasi, membungkus dan melabel bahan-bahan kimia dan menentukan penggunaannya dan mendedahkan diri kepada bahan-bahan kimia merbahaya. AKTIVITI 11.10 Cari maklumat lanjut mengenai Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Larangan Kimia) 1999 di http://www.dosh.gov.my/index. php?option=com_content&view=article&id=531&itemid=360&lang=en. Adakah anda terdedah kepada bahan-bahan terkawal ini?

260 TOPIK 11 KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA 11.3.3 Kualiti Udara di dalam Bangunan AKTIVITI 11.11 Adakah udara di kawasan kerja anda baik? Jika tidak, apakah faktorfaktor yang menyumbang kepada kualiti udara di tempat kerja anda? Dalam usaha untuk menjimatkan tenaga, teknik-teknik dalam pembinaan bangunan komersial telah berubah bagi meningkatkan kesan kuasa pemanasan, udara dan sistem penghawa dingin. Ini termasuk mengurangkan aliran keluar udara dengan menutup keseluruhan tingkap-tingkap dan mana-mana lubang di bangunan. Hasilnya, ramai pekerja mengalami sakit sindrom bangunan atau kekurangan udara segar. Mereka yang mempunyai sindrom ini akan berasa gatal pada mata, telinga, tekak dan kulit (Bohlander, Snell dan Sherman, 2004). Selain itu, pekerja-pekerja yang berada di dalam bangunan tertutup mudah terdedah kepada pencemaran udara disebabkan sistem aliran udara yang tidak baik. Menurut kajian oleh Institut Kebangsaan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan di Amerika, pencemaran udara di dalam bangunan berpunca daripada asap rokok dan pelepasan daripada peralatan pejabat seperti ozon, hidrokarbon dari komputer, mesin fotokopi, pencetak laser dan mesin faks. Ini termasuk juga habuk daripada permaidani, kertas dan kayu (O Connel dan Motavalli, 1995 dan Bohlander, Snell dan Sherman, 2004). Bagi mengatasi masalah kekurangan udara segar dalam bangunan, Persatuan Paru-paru Amerika telah menyediakan empat bentuk cadangan: mengeluarkan asap rokok dengan aliran udara yang baik, menghalang pekerja daripada merokok di dalam bilik-bilik berhawa dingin, menyelia sistem aliran udara dengan kerap dan menghapuskan punca-punca pencemaran daripada bangunan (Bohlander, Snell dan Sherman, 2004). 11.3.4 Rupa Bentuk Teminal Video AKTIVITI 11.12 Adakah selamat untuk menggunakan komputer dalam kerja harian kita? Pada pendapat anda, apakah masalah-masalah yang disebabkan oleh komputer untuk jangka masa yang panjang?

TOPIK 11 KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA 261 Dalam usaha untuk bersaing dengan perkembangan teknologi semasa, kebanyakan organisasi menggunakan sepenuhnya komputer dalam kerja harian. Walau bagaimanapun, penggunakan komputer secara meluas adalah suatu yang perlu dibimbangkan di kalangan pekerja kerana bahaya monitor komputer. Penggunaan komputer bagi satu tempoh yang lama boleh mengakibatkan masalah-masalah berikut: (a) (b) (c) (d) Masalah penglihatan seperti lemah penglihatan, tegangan mata dan mata menjadi gatal. Sinaran radiasi seperti pembentukan katarak dalam mata dan masalah kehamilan seperti keguguran dan kelahiran tidak normal disebabkan oleh pendedahan kepada radiasi yang tinggi oleh paparan terminal video. Sakit otot (belakang, tengkok dan bahu). Tekanan kerja akibat tekanan, kedudukan yang tidak baik, bunyi bising, kekurangan latihan dan beban kerja yang rutin. Dr James Sheddy (Bohlander, Snell dan Sherman, 2004) memberikan beberapa garis panduan bagi mengurangkan kesan negatif disebabkan oleh komputer: (a) Meletakkan skrin komputer di antara empat dan sembilan inci dari kedudukan mata. (b) (c) (d) (e) Meletakkan skrin komputer sejajar dengan penglihatan. Duduk di atas kerusi boleh laras, melaraskan ketinggian mengikut citarasa pengguna dan menggunakan pemegang salinan yang dilampirkan kepada komputer atau meja. Menggunakan skrin cahaya yang sesuai serta tidak memberi kesakitan pada mata. Menggunakan pelindung skrin bagi mengurangkan cahaya dari tingkap ke skrin.

262 TOPIK 11 KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA 11.3.5 Kecederaan Kekerapan Bergerak Kecederaan pergerakan yang berulang-ulang atau gangguan trauma kumulatif biasanya dialami oleh pekerja-pekerja yang berkerja dengan mengulangi tindakan secara berulang-ulang menggunakan jari atau pergerakan tangan. Mereka termasuk penjual daging, pemotong ikan, tukang masak, pekerja tekstil, pemain biola, pramugara dan pramugari. Salah satu kecederaan ialah terowong carpal. Ia merujuk kepada tulang tangan yang dikenali sebagai carpal. Tulang-tulang ini membentuk terowong yang penuh dengan tendon fleksibel (Ivancevich, 2001). Hasil penyelidikan oleh NIOSH, mendapati sindrom terowong carpal berkait rapat dengan sektor industri yang terlibat dalam memotong, membentuk, menjahit dan membersih. Salah satu cara untuk mengelakkan kecederaan ini ialah dengan menyediakan persekitaran kerja yang baik selaras dengan keperluan fizikal pekerja atau dikenali sebagi ergonomik. Perkataan ini berasal daripada bahasa Greek di mana ÂergonÊ bermaksud kerja dan ÂomicsÊ pula bermaksud pengurusan sesuatu (Mathis dan Jackson, 2000). Tugas seorang ahli ergonomi ialah untuk mengkaji aspek-aspek fisiologi, psikologi dan kejuruteraan kerja seperti keletihan, cahaya, peralatan dan kawalan. Kepentingan kajian ergonomik: (a) (b) (c) Majikan boleh menggunakan keputusan kajian untuk menyediakan persekitaran kerja yang kondusif seperti menyediakan kerusi, kasut, meja dan lain-lain peralatan yang sesuai kepada para pekerja berdasarkan saiz dan ketinggian mereka. Majikan boleh melaraskan suhu bilik, cahaya dan tahap kebisingan supaya tidak memberi kesan kepada prestasi pekerja. Memberi tumpuan kepada ruang peribadi. Ruang kecil atau padat akan mengakibatkan tekanan dan menyebabkan masalah kesihatan kepada pekerja.

TOPIK 11 KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA 263 LATIHAN 11.2 Kenyataan BETUL (B) atau SALAH (S) 1. Salah satu sebab berlaku kemalangan di tempat kerja ialah kegagalan mesin. 2. Tekanan berterusan yang dirasai oleh pekerja merupakan satu contoh keselamatan pekerja. 3. Sektor pengeluaran ialah sektor yang paling tinggi sekali dalam kemalangan. 4. Kesan bahan-bahan kimia dapat dilihat dengan serta-merta. 5. Sindrom terowong carpal terjadi disebabkan kecederaan berterusan dan trauma yang terkumpul. 11.4 ISU-ISU BERKAITAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN Selepas memahami bahaya tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja, kita akan melihat sebahagian daripada isu-isu yang berkaitan dengan keselamatan daan kesihatan. 11.4.1 Keganasan dan Bahaya Persekitaran Kerja Terdapat beberapa jenis keganasan di tempat kerja. Contoh-contoh keganasan sederhana ialah merosakkan harta syarikat, sabotaj, bergaduh, melanggar peraturan syarikat, bertekak dengan pelanggan, rakan sekerja atau penyelia dan mencuri. Manakala contoh-contoh keganasan serius ialah rogol, membunuh, mengamuk, membakar dan menyerang. Pengawal keselamatan atau mereka yang terlibat dalam pertukaran wang dan aset-aset berharga seprti juruwang bank dan juruwang terdedah kepada keganasan. Selain daripada itu, mereka yang bekerja hingga lewat malam atau di tempat yang terpencil juga terdedah kepada risiko ini.

264 TOPIK 11 KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA Selain daripada risiko mengancam fizikal, pekerja-pekerja juga perlu menghadapi ancaman tersembunyi seperti dibuli oleh pekerja lain atau yang lebih serius lagi iaitu pembunuhan. Satu contoh keganasan tersembunyi ialah gangguan seksual. Kes-kes yang dilaporkan tentang gangguan seksual amat rendah kerana ramai mangsa enggan melaporkannya. Walau bagaimanapun ini tidak bermakna ia tidak serius. Beberapa langkah boleh diambil bagi mengatasi keganasan di tempat kerja seperti menapis permohonan pekerjaan, dan membentuk satu tatacara asas berkaitan dengan keselamatan di tempat kerja. Ia termasuk melarang membawa apa-apa senjata dan mengharamkan apa-apa amalan yang boleh mengancam kepada persekitaran kerja. 11.4.2 Tekanan Kerja Tekanan boleh dikelaskan kepada tiga jenis: neustress, distress dan eustress atau tekanan positif (Schafer, 2000). (a) (b) (c) Neustress ialah tekanan yang neutral di mana ia tidak memberi apa-apa kebaikan atau keburukan. Distress berlaku apabila wujudnya terlalu banyak ataupun sedikit rangsangan seperti kebimbangan berlebihan, dan mudah menjadi sedih atau marah. Eustress atau tekanan positif merujuk kepada tahap sederhana kerisauan yang membuatkan pekerja melakukan sesuatu. Walaupun tekanan terbukti dapat meningkatkan produktiviti dan kreativiti pekerja, namun tekanan atau kesusahan merupakan salah satu contoh penyakit pekerjaan negatif yang boleh membawa kepada kecederaan fizikal, penyakit jantung, sakit tulang, asma dan gastrik; punca utama ketidakupayaan pekerja (French, 1994). Menurut Faizunah, et al. (2002), faktor-faktor yang menyebabkan stres adalah: (a) (b) (c) Konflik yang berpanjangan; Harapan tinggi yang ditetapkan oleh pemimpin atau pengurus; Gangguan daripada pekerja-pekerja lain;

TOPIK 11 KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA 265 (d) (e) (f) (g) (h) (i) Terlalu banyak tanggungjawab; Persaingan sengit antara sesama pekerja; Masa terlalu pendek untuk menyiapkan tugas; Gagal mengawal sumber-sumber (kewangan); Kurang kawalan dalam kerja dan peranan yang konflik; dan Usaha bersungguh-sungguh dibuat tetapi hanya berjaya mencapai matlamat yang tidak realistik. Terdapat beberapa langkah yang dapat mengurangkan kesan-kesan tekanan negatif seperti: (a) (b) (c) (d) (e) (f) Mempunyai hubungan yang baik di kalangan pekerja; Menyuarakan perasaan atau masalah anda secara terbuka kepada penyelia atau rakan sekerja; Bersedia untuk menghadapi sebarang perubahan pada masa akan datang; Jangan melakukan sesuatu yang di luar kemampuan anda; Tentukan tarikh akhir yang realistik untuk dicapai; Segera menyelesaikan masalah sebelum ia menjadi lebih teruk; dan (g) Berhenti untuk seketika atau berehat sebelum meneruskan kerja bagi mengelak rasa bosan. SEMAK KENDIRI 11.1 Pernahkah anda mengalami tekanan? Apakah faktor-faktor yang menyebabkan tekanan?

266 TOPIK 11 KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA 11.4.3 HIV/AIDS di Tempat Kerja Apakah reaksi anda sekiranya anda mendapati yang rakan sekerja anda adalah HIV positif? Adakah anda akan menjauhkan diri daripadanya kerana takut akan terkena jangkitan atau anda menerimanya seperti biasa? Sekiranya anda seorang majikan, apakah reaksi anda? Adakah anda akan memecat atau menanganinya? Apa sahaja tindakan yang anda ambil, persoalan penting ialah: adakah anda faham apakah HIV/AIDS itu serta implikasinya terhadap pekerja, kerja dan persekitaran? AIDS ialah satu keadaan di mana sistem imun badan menjadi lemah atau musnah dan pesakit tidak dapat melawan penyakit yang dijangkiti. Menurut statistik Kementerian Kesihatan, selepas kes pertama yang dilaporkan dalam tahun 1986 sehingga Disember 2008, sebanyak 84,630 rakyat Malaysia telah disahkan positif HIV yang menyebabkan sejumlah 11,234 kematian. Angka tersebut meningkat setiap tahun. Kebanyakan pesakit AIDS suka mengasingkan diri mereka daripada masyarakat kerana malu dan takut disisihkan oleh keluarga dan masyarakat. Apa yang penting ialah mereka tidak mahu kehilangan pekerjaan. Ini disebabkan kesedaran tentang penyakit ini dalam kalangan pekerja masih rendah. Menurut penyelidikan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan (JKK) yang dilakukan di 154 kilang, kebanyakan majikan menyatakan bahawa: (a) (b) HIV/AIDS tidak memberi kesan yang besar pada perniagaan, produktiviti, perbelanjaan, penjagaan kesihatan dan ketidakhadiran di tempat kerja. HIV/AIDS masih tidak menjejaskan bidang kerja. (c) HIV/AIDS hanya menjejaskan pekerja-pekerja bukan pakar dan pendidikan yang rendah. (d) HIV/AIDS bukannya isu organisasi tetapi isu negara. Walaupun tidak ada peruntukan khusus dalam Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994, Seksyen 15(1) menyatakan Ia boleh memberi jaminan bahawa majikan bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan pekerja dari sebarang jangkitan HIV dan pada masa yang sama bertanggungjawab menjaga pekerja tidak kira apa jua keadaan kesihatan mereka. Malangnya, kebimbangan dan salah faham majikan dan pekerja terhadap pesakit HIV/AIDS telah menghalang usaha bagi mewujudkan satu persekitaran kerja

TOPIK 11 KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA 267 yang selamat. Geotsh (1996) mencadangkan tiga bentuk penyelesaian bagi membantu majikan dalam menangani masalah ini. (a) (b) (c) Melalui Pendidikan Program pendidikan boleh dianjurkan oleh golongan profesional dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan dengan sokongan majikan bagi meningkatkan kesedaran tentang AIDS kepada semua pekerja. Program ini menerangkan tentang penyakit, risiko dan bagaimana ia boleh menjangkiti orang lain dan ini akan membantu pekerja-pekerja bagi meningkatkan kesedaran mereka terhadap penyakit ini dan cara untuk menanganinya pada masa hadapan. Merangka Dasar Berkaitan AIDS Walaupun AIDS terbukti memberi kesan-kesan negatif terhadap persekitaran kerja, langkah-langkah diambil bagi menangani isu ini masih kurang. Menurut Minetos (1998), hanya lebih kurang 5% daripada majikan di Amerika mempunyai dasar korporat bertulis mengenai AIDS. Malaysia perlu juga melihat perkara ini secara serius. Melindungi Pekerja daripada AIDS Pekerja yang terlibat dalam pengendalian darah atau cecair badan mungkin akan terdedah kepada bahaya jangkitan AIDS. Jadi, mereka perlu diberi latihan yang secukupnya sebelum dibenarkan bekerja. Selain itu, majikan perlu menyediakan peralatan dan alat-alat yang mencukupi bagi menghalang pekerja daripada terdedah kepada kecederaan. AKTIVITI 11.13 Lawat laman web http:// www.dosh.gov.my/index.php?option=com _content&view=article&id=531&itemid=360&lang=en bagi maklumat tentang langkah-langkah untuk melindungi pekerja daripada AIDS. 11.5 PERSEKITARAN KERJA YANG SELAMAT DAN SIHAT Persekitaran kerja yang selamat amat penting kepada sesebuah organisasi. Ia meningkatkan produktiviti pekerja, dan memberi kesan positif kepada organisasi terutamanya dari segi mengurangkan kos berkaitan kemalangan dan pampasan yang perlu dibayar oleh syarikat. Untuk mendapat persekitaran kerja yang selamat dan sihat, beberapa langkah boleh diambil seperti meminta pekerja-pekerja bagi membantu dalam menganjurkan program keselamatan dan kesihatan.

268 TOPIK 11 KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA 11.5.1 Program Bantuan Pekerja Salah satu cara majikan boleh mengatasi isu berkenaan dengan persekitaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan ialah dengan mewujudkan Program Bantuan Pekerja atau PBP. Menurut Gloria Cunningham di Perancis (1998), PBP diterima serta difahami sebagai satu program yang menyediakan perkhidmatan secara terus kepada pekerja-pekerja yang banyak mempunyai masalah peribadi ataupun masalah berkaitan dengan kerja. Dalam program ini, pekerja-pekerja yang mempunyai masalah seperti ketagihan alkohol dan dadah, tekanan, masalah perhubungan manusia (biasanya antara pekerja dan penyelia), masalah keluarga dan perkahwinan, dan masalah kewangan akan diberi kaunseling. PBP juga menyediakan perkhidmatan seperti kaunseling kerjaya, pendidikan tentang AIDS dan kesihatan, kaunseling tentang tekanan mental, kaunseling untuk pekerja yang akan bersara dan kepada mereka yang akan diberhentikan (Mathis dan Jackson, 2000). 11.5.2 Program Keselamatan Persekitaran tempat kerja yang selamat boleh diwujudkan oleh majikan melalui perancangan yang teliti. Walaupun kebanyakan program yang dianjurkan oleh organisasi memberi tumpuan terhadap aspek kemalangan, objektif utamanya ialah untuk memastikan pekerja-pekerja sentiasa mengutamakan keselamatan mereka semasa bekerja. Secara amnya, Jabatan Sumber Manusia bertanggungjawab bagi menjalankan program-program keselamatan. Walau bagimanapun, kejayaan program ini bergantung pada kerjasama daripada pengurus-pengurus dan pengurusan atasan. Selain itu, faktor di mana pekerja memberi tumpuan ketika bekerja juga menyumbang kepada kejayaannya. Jabatan Sumber Manusia hanya berfungsi sebagai pentadbir program, menyelia rekod keselamatan dan bekerjasama dengan para pengurus dan penyelia bagi memastikan kejayaan program. Dalam menggalakkan budaya kerja yang selamat, terdapat banyak perkara yang majikan boleh lakukan seperti: (a) Menjadikan kerja sebagai tempat yang menarik sebaik mungkin. Kerja yang tidak menarik membuat pekerja berasa bosan serta mudah letih yang boleh membawa kepada kemalangan.

TOPIK 11 KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA 269 (b) (c) (d) (e) (f) Membentuk satu jawatankuasa keselamatan yang terdiri daripada wakilwakil pekerja dan majikan. Tanggungjawab jawatankuasa ini adalah memeriksa, menyelia kerja, menyiasat kemalangan dan menggariskan cadangan-cadangan bagi mengatasi masalah keselamatan di tempat kerja. Menunjukkan statistik keselamatan seperti laporan bulanan pada papan notis atau dalam buletin bulanan kepada semua pekerja bagi mengingatkan mereka tentang pentingnya keselamatan di tempat kerja. Menggunakan papan notis di dalam organisasi bagi mempertingkatkan budaya kerja yang selamat. Menggalakkan pekerja dan penyelia mengamalkan budaya kerja yang selamat. Majikan perlu mengiktiraf setiap tindakan positif yang dilakukan oleh pekerja dalam mengekalkan cara bekerja yang selamat dengan memberikan ganjaran. Menganjurkan mesyuarat dan latihan berkenaan keselamatan dari semasa ke semasa. Gomez-Mejla, Balkin dan Cardy (2001) menyokong perkara di atas dengan mempercayai bahawa program keselamatan yang berkesan selalunya mempunyai ciri-ciri berikut: (a) (b) (c) Membentuk jawatankuasa yang terdiri daripada setiap jabatan di dalam organisasi. Kakitangan digalakkan mengambil bahagian dalam pembuatan keputusan berkenaan isu-isu keselamatan dan majikan perlu mengambil kira idea-idea yang disumbangkan oleh pekerja bagi meningkatkan keselamatan di tempat kerja; Menyampaikan mesej keselamatan kepada para pekerja melalui pelbagai media seperti kuliah, filem, poster dan risalah; Melatih penyelia bagaimana untuk menyampaikan mesej keselamatan kepada para pekerja dan cara mengendalikan alat-alat supaya penyelia dapat memberi latihan kepada orang-orang bawahannya; (d) Menggunakan insentif, ganjaran dan pengukuhan positif bagi menggalakkan pekerja mengamalkan keselamatan ketika bekerja. Majikan patut menawarkan ganjaran kepada pekerja yang memberikan maklum balas atau yang memberikan cadangan-cadangan berkaitan keselamatan. Selain itu, pekerja yang mengekalkan rekod keselamatan yang baik patut diberi ganjaran;

270 TOPIK 11 KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA (e) (f) Menguatkuasakan peraturan keselamatan. Bagi pekerja-pekerja yang melanggar atau tidak mematuhi peraturan-peraturan tersebut, tindakan boleh diambil ke atas mereka; dan Mengerahkan Pengarah Keselamatan atau Jawatankuasa Keselamatan bagi menyiasat dan mengenal pasti tempat-tempat di tempat kerja sebagai tempat yang tidak selamat dan mencari penyelesaian mengapa kemalangan boleh berlaku dan mencari penyelesaiannya untuk mengatasi masalah-masalah tersebut. AKTIVITI 11.14 Lawat laman web http:// www.dosh.gov.my/index.php?option= com_content&view=article&id=531&itemid=360&lang=en dan terangkan tujuan dan objektif penubuhan sektor/jabatan berikut: 1. Jabatan Keselamatan dan Industri 2. Jabatan Kesihatan dan Industri 3. Jabatan Penyelarasan dan Perancangan 4. Jabatan Bahaya Serius 5. Jabatan Pentadbiran 11.5.3 Program Kesihatan AKTIVITI 11.15 Pada pendapat anda, mengapakah program kesihatan yang baik perlu diadakan di dalam sesebuah organisasi? Sesetengah organisasi mengambil berat tentang kesihatan pekerja-pekerja mereka dan menganjurkan beberapa program seperti latihan, kempen pemakanan sihat, pertandingan bola sepak, bola jaring, badminton dan sebagainya, memantau masalah berat badan dan mengelakkan perkara-perkara yang mendatang mudarat kepada kesihatan. Organisasi jenis ini akan menyediakan kemudahan-kemudahan seperti gimnasium dan kelas aerobik. Bagi organisasi yang ingin untuk menganjurkan program-program kesihatan, mereka boleh memulakan dengan:

TOPIK 11 KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA 271 (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) Menganjurkan sesi penilaian kesihatan bagi pekerja berisiko tinggi; Mengenal pasti penyakit yang memerlukan perbelanjaan yang besar; Melibatkan ahli-ahli keluarga dan mereka yang telah bersara ke dalam program kesihatan; Mendapatkan nasihat daripada juruteknik pemakanan berkenaan cara pemakanan yang sihat; Melarang merokok di tempat kerja; Mendapatkan potongan harga daripada kelab-kelab kesihatan untuk menggalakkan pekerja menyertai dan menikmati kemudahan-kemudahan yang disediakan; dan Memulakan buletin kesihatan. LATIHAN 11.3 Kenyataan BETUL (B) atau SALAH (S) 1. Burnout ialah salah satu daripada penyakit yang berkait rapat dengan HIV/AIDS. 2. Gangguan seksual dan buli merupakan dua contoh ancaman tersembunyi di tempat kerja. 3. Menurut kajian yang dilakukan oleh JKKP, majikan di Malaysia mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap isu HIV/AIDS. 4. Salah satu masalah yang ditangani oleh program bantuan pekerja ialah mengenai masalah kewangan. 5. Memaparkan angka kemalangan di tempat kerja dapat membantu pihak majikan menggalakkan budaya kerja yang selamat.

272 TOPIK 11 KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA Soalan-soalan Pelbagai Pilihan 1. Akta Keselamatan dan Kesihatan 1994 menetapkan penubuhan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan jika terdapat: A. 50 pekerja atau lebih B. 40 pekerja atau lebih C. 75 pekerja atau lebih D. 100 pekerja atau lebih 2. Keadaan yang menyebabkan kecederaan pergelangan tangan dikenali sebagai: A. Sindrom terowong Carpal B. Kecederaan tekanan berulang C. Gangguan trauma kumulatif D. Semua di atas betul 3. Antara berikut yang manakah BUKAN tanggungjawab pekerja terhadap keselamatan dan kesihatan? A. Pekerja perlu mematuhi semua ketetapan yang ada di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan. B. Pekerja perlu melaporkan sebarang situasi yang bahaya. C. Pekerja perlu mematuhi semua peraturan keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan oleh majikan. D. Pekerja perlu menggunakan budi bicara apabila menggunakan peralatan keselamatan. 4. boleh ditakrifkan sebagai perkara yang berkaitan untuk melindungi pekerja daripada kecederaan atau kemalangan yang disebabkan oleh kerja. A. Kesihatan B. Trauma C. Keselamatan D. Hilang upaya 5. boleh disebabkan oleh asap rokok dan pelepasan ozon dan hidrokarbon yang dihasilkan daripada peralatan pejabat seperti komputer, mesin fotokopi, pencetak laser dan mesin faks dan juga habuk dari permaidani, kertas dan kayu. A. Terowong Carpal B. Bangunan berpenyakit C. Ergonomik D. Burnout

TOPIK 11 KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA 273 Soalan-soalan Esei 1. Jika anda diberi tanggungjawab untuk mempromosi budaya kerja yang selamat di tempat kerja, apakah langkah-langkah yang perlu anda ambil? 2. Sebagai majikan, berikan lima cara untuk mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja. Masalah keselamatan dan kesihatan di tempat kerja merupakan masalah bagi setiap orang. Oleh itu, setiap orang perlu bertanggungjawab bagi memastikan tempat kerja selamat dan bebas daripada sebarang penyakit. Dalam topik ini, kita telah membincangkan pelbagai aspek keselamatan dan kesihatan seperti sebab-sebab wujudnya Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, tanggungjawab majikan, mereka yang bekerja sendiri, pekerja, pereka, pengeluar dan pembekal dalam mewujudkan tempat kerja yang selamat dan sihat, dan lain-lain. Diharapkan perbincangan ini dapat meningkatkan pemahaman anda tentang kepentingan bekerja dalam persekitaran yang selamat tanpa sebarang risiko ancaman kesihatan. Distress Ergonomik Eustress Kemalangan pekerjaan Keselamatan Keselamatan dan kesihatan pekerjaan Kesihatan Neustress Tekanan kerja Terowong Carpal