DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-21NCVC-2-02/2017 ANTARA

Similar documents
RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

Terma dan Syarat Kempen Rujukan Memperkenalkan Ahli Baru Privilege Banking dan Wealth Banking

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

Mohd Abdul Fadhil Bin Abdul Latif v Pentadbir Tanah Daerah Kuala Terengganu

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Survey on Perak and Selangor 3 messages

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Ganjaran Tunai CIMB Bank Berhad

MAYBANK PRODUCTS UMBRELLA CAMPAIGN 2016 TERMS & CONDITIONS

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG PERMOHONAN PELAKSANAAN NO. PA /2017 (SAMAN PEMULA NO. PA-24FC /2017)

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG PERMOHONAN UNTUK PELAKSANAAN NO /2018 (SAMAN PEMULA NO.

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

Mewah Kad Visa Infinite UOBM Terma & Syarat

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

RM10,000 RM99, % 3.50% 3.50% RM100,000 RM499, % 2.80% 2.50% RM500,000 dan ke atas 2.50% 2.30% 2.00%

Effective 1 st APRIL 2018 / Berkuatkuasa pada 1 APRIL 2018

KEMPEN 5X UNIRINGGIT FOR YOUR SPEND KAD PRVI MILES DAN PREFERRED PLATINUM UOBM TERMA DAN SYARAT

HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TERMS AND CONDITION 2017 Credit Card Acquisition Cash Back Campaign

Terma dan Syarat Kempen Kad-i Bank Islam Visa (Debit/Kredit) PIN dan Pandu Lebih Jauh

TERMA DAN SYARAT. Preferred Current Account Cash Reward RM88 (November & December 2017)

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO. PA-24FC /2016 PERMOHONAN UNTUK PELAKSANAAN NO

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO /2012 PERMOHONAN UNTUK PELAKSANAAN NO.

ALASAN PENGHAKIMAN. Pengambilan balik ini melibatkan enam lot dengan keluasan seperti berikut:

TERMS AND CONDITIONS OF #SenangBiz CAMPAIGN. TERMA DAN SYARAT BAGI KEMPEN #SenangBiz

TERMS AND CONDITIONS OF AL-AWFAR-SSPN


PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO. 24FC /2015 PERMOHONAN UNTUK PELAKSANAAN NO.

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG GUAMAN SIVIL NO. 22C-2-04/2014 WRIT PELAKSANAAN NO /2015

2. This Campaign is applicable for all RHB Credit and Debit Cards, except RHB Platinum Business Cards. ( Eligible Cardmember )

TERMS & CONDITIONS MAYBANK ONLINE APPLICATION CAMPAIGN II FOR BALANCE TRANSFER/EZYCASH/EZYPAY PLUS

Current/Savings Account Standing Instruction Campaign. Terms & Conditions

2.3. For joint customer of Libshara-i, only the primary account holder will qualify to participate.

Terms & Conditions TRUE Savers BonusLink Campaign

SPEND AND WIN SAMSUNG GALAXY S8 KFH DEBIT CARD-i CAMPAIGN ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS ( Terms and Conditions ).

Sistem Bakeri Interaktif

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG PERMOHONAN UNTUK PELAKSANAAN NO /2014 SAMAN PEMULA NO.

a) The Principal and / or Supplementary Card account has become delinquent;

DI ANTARA LOGANATHAN A/L VEERABU (NO. K/P: /A )

ADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI

IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TERMS AND CONDITIONS FOR

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR PERMOHONAN UNTUK PERLAKSANAAN NO. WA /2017

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERISYTIHARAN JUALAN LELONGAN PERINTAH JUALAN ATAS PERMINTAAN PEMEGANG GADAIAN (NO. PTT.4/369/34/2017)

Terms & Conditions: TRUE Debit MasterCard Campaign Page 1

TERMA DAN SYARAT. Kempen Mohon, Belanja dan Dapat Ganjaran

PERISYTIHARAN JUALAN PERINTAH JUALAN ATAS PERMINTAAN PEMEGANG GADAIAN [0701AUC ] Dalam Perkara Seksyen 257 Dan 263 Kanun Tanah Negara 1965

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM PERMOHONAN UNTUK PELAKSANAAN NO. BA /2017

Morgan Air Fryer with Mutual Gold PB Visa Platinum Credit Card Campaign. Terms and Conditions

Deposit Dragon Campaign ( Campaign )

MAYBANK PERSONAL LOAN/MAYBANK ISLAMIC PERSONAL FINANCING-i CAMPAIGN 2017 TERMS AND CONDITIONS

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

SYARAT-SYARAT JUALAN

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM

Business Day means a day on which Bursa Malaysia is open for trading. Hari Bekerja bermaksud hari dimana Bursa Malaysia dibuka untuk dagangan.

TERMS AND CONDITIONS

Terms and conditions AmBank (M) Berhad and AmBank Islamic Berhad: Investment Bundle Campaign Campaign Period: 1 October 2018 to 31 December 2018

Terma & Syarat. Kempen Akaun Semasa/Simpanan AmBank-I Love Savings!

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

Earthwork Activities in Private Housing Industry

UOBM LADY S CARD TERMA DAN SYARAT

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD (No. Syarikat : U)

kecuali dimaklumkan sebaliknya.

ANTARA DAN AKAN MENJUAL HARTANAH TERSEBUT DI BAWAH SECARA

Dalam perkara mengenai Seksyen 330, 281(2) dan 257 Kanun Tanah Negara, Dan

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM PERMOHONAN UNTUK PELAKSANAAN NO. BA /2015

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Tactical Campaign for CPL via Website and ATM

A. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION

PENGAMBILAN SKIM STRATA DAN TANAH BAWAH TANAH

TERMA DAN SYARAT KEMPEN Send More Money through Western Union at RHB and Get Cash Back

AmBank Debit Card - Win Cash 2 Campaign Terms and Conditions

TERMA & SYARAT. Kempen UT & FD Investment Bundles RHB Bank

KAWALAN, PENGUATKUASAAN, PENDAKWAAN SERTA HUKUMAN BAGI ISU PENCEROBOHAN TANAH WAKAF DI MALAYSIA

ANTARA MALAYAN BANKING BERHAD [ 3813-K ] DAN

ANTARA DAN MOHD KHAIRUL RIZAD BIN AHMAD (NO. K/P / NO. TENTERA )

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Apply Now for Mutual Gold - PB Visa Platinum Credit Card & Take Your Choice Home Campaign. Terms and Conditions

Terms and Conditions for Auto BILLPAY RM30 Cash Rebate Campaign

Binaan ringkas pengecas kapasitor bervoltan tinggi buatan sendiri bagi. sistem plasma fokus.

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Ganjaran CIMB F.I.R.S.T

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB-Pay with Points & Win

Hari bermaksud Isnin hingga Jumaat dan bila mana pejabat Bank yang berdaftar dibuka, kecuali dinyatakan sebaliknya.

Functional Assessment Report Laporan Penilaian Fungsian

Alliance Bank Loan & Credit Card Repayment Campaign Terms and Conditions

SOALAN LAZIM MENGENAI SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN NASIONAL

KEMPEN YEAR END EXTRAVAGANZA UOBM TERMA & SYARAT

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

Transcription:

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-21NCVC-2-02/2017 ANTARA PERSATUAN PENIAGA KECIL DALAM PASAR PASIR PUTEH KELANTAN PLAINTIF DAN MAJLIS DAERAH PASIR PUTEH DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (Interlokutari Kandungan 4) A. LATAR BELAKANG [1] Pihak Plaintif telah, melalui Kandungan (4) memfailkan satu Permohonan Ex-Parte untuk didengar oleh mahkamah ini bagi satu perintah injuksi untuk menghalang dan menegah Defendan termasuk ejenejennya daripada, antara lain, menghalang operasi pasar lama ( Pasar Besar Pasir Puteh ) dari beroperasi seperti biasa bermula dari 1hb Mac 2017 hinggalah selesai pendengaran writ saman ini, serta dihalang daripada memotong bekalan letrik dan air bagi kegunaan peniaga-peniaga di Pasar Besar Pasir Puteh tersebut dan lain-lain Perintah menghalang. 1

[2] Permohonan dibuat dibawah Aturan 29 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. [3] Setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak, mahkamah pada 29/5/2017 telah membuat keputusan untuk menolak permohonan Plaintif ini dengan kos sebanyak RM3,000.00. [4] Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, Plaintif telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan. Ini merupakan alasan-alasan kepada keputusan tersebut. B. PENGENALAN [5] Menurut Plaintif, Plaintif merupakan sebuah persatuan peniaga yang ditubuhkan dibawah Akta Pertubuhan yang bertujuan menjaga kebajikan ahli persatuan yang merupakan peniaga-peniaga kecil dalam Pasar Besar Pasir Puteh, Kelantan. Pihak Plaintif adalah terdiri daripada 380 orang ahli yang telah menjalankan aktiviti perniagaan dalam Pasar Besar Pasir Puteh sejak 1980an lagi. [6] Defendan pula merupakan Badan Berkanun Negeri yang ditubuhkan pada 1hb Januari 1979 selaras dengan penyusunan semula Penguasa Tempatan di seluruh Negara dibawah Akta 171 tahun 1976 dan mempunyai alamat penyampaian di Pejabat Majlis Daerah, 16800 Pasir Puteh, Kelantan. Defendan juga merupakan pemilik berdaftar tanah tapak Pasar Besar Pasir Puteh dan juga pemilik berdaftar tanah tapak Pasar Baru Pasar Siti Hajar. 2

[7] Sekitar tahun 2012, Plaintif telah dimaklumkan oleh Defendan bahawa Pasar Besar Pasir Puteh ini akan ditutup pada 2017 kerana pasar ini akan dipindahkan ke tapak pasar baru yang dikenali sebagai Pasar Baru Siti Hajar, Bandar Baru Pasir Puteh. [8] Menurut Plaintif, ekoran daripada dialog yang diadakan di antara Plaintif dan Defendan, Defendan telah berjanji bahawasanya di tapak baru nanti Defendan akan menyediakan satu pasar yang berukuran hampir sama dengan 3 pasar contoh iaitu Pasar Sri Serdang, Pasar Borong Serdang dan Pasar Sri Kembangan. [9] Malangnya apabila pasar tersebut telah siap dibina (Pasar Besar Siti Hajar) pada tahun 2016, ianya telah tidak mengikut ciri-ciri dan spesifikasi pasar contoh seperti yang telah dijanjikan. [10] Tidak berpuas hati dengan keadaan tersebut, Plaintif telah melalui kandungan 1 memfailkan tindakan writ saman ini dan membuat tuntutantuntutan berikut: (a) (b) (c) (d) (e) (f) Gantirugi Am (akan ditaksirkan) Gantirugi Khas (akan ditaksirkan) Gantirugi Teladan (akan ditaksirkan) Gantirugi Teruk (akan ditaksirkan) Faedah 8% setahun keatas semua jumlah gantirugi dari tarikh Penghakiman sehingga selesai Kos antara anakguam dan peguamcara dan 3

(g) Apa-apa relief dan perintah yang suai manfaat Mahkamah ditafsirkan sesuai dan adil. [11] Untuk memastikan pihak Defendan tidak membuat apa-apa terhadap bangunan pasar lama Pasar Besar Pasir Puteh tersebut supaya pihak Plaintif boleh meneruskan perniagaan mereka di situ, Plaintif telah memfailkan kandungan 4 ini untuk Perintah-Perintah injuksi seperti berikut: 1. Defendan sebagai pemilik kepada tapak Premis Pasar Besar Pasir Puteh atau mana-mana pegawai Defendan termasuk ejen-ejen Defendan, dilarang dan ditegah melalui perintah injuksi ini untuk: (a)menghalang operasi perniagaan di Premis Pasar Besar Pasir Puteh dari beroperasi seperti biasa bermula tarikh 1 Mac hinggalah selesai keputusan kes ini. (b)memutuskan/memotong bekalan eletrik dan air bagi kegunaan peniaga-peniaga di Pasar Besar Pasir Puteh. (c)mencagar, memajak, memberi sewa, atau dengan secara apa sekali pun melupuskan mana-mana bahagian premis Pasar Besar Pasir Puteh dan apa-apa kepentingan ke atas tapak Pasar Pasir Puteh yang berkeluasan sekitar Lima (5) Ekar (selepas ini dirujuk sebagai tapak tersebut) serta manamana bangunan di atas tapak tersebut kepada mana-mana pihak lain selain daripada Plaintif. (d)meluluskan sebarang kontrak binaan, pembinaan semula apa-apa bangunan komersial di atas tapak tersebut. 4

2. Permohonan ini hendaklah di dengar secara ex parte pada suatu tarikh yang ditetapkan oleh Mahkamah yang mulia ini. 3. Defendan membayar kos permohonan ini. 4. Lain-lain perlepasan dan arahan yang difikirkan patut dan sesuai oleh Mahkamah yang Mulia ini. [12] Demi keadilan, mahkamah telah memutuskan Pendengaran kandungan 4 ini didengar secara inter parte. C. HUJAH PEMOHON/PLAINTIF [13] Plaintif menghujahkan terdapat isu yang serius di dalam kes ini yang perlu dibicarakan iaitu terdapatnya kontrak lisan diantara Plaintif dan Defendan dan terdapatnya perlanggaran kontrak tersebut oleh Defendan. Ini adalah kerana Defendan telah berjanji menyediakan pasar yang sekurang-kurangnya mempunyai saiz yang sama atau lebih besar dari yang sedia ada di Pasar Besar Pasir Puteh dan mempunyai sistem perparitan yang baik yang dapat mengatasi masalah banjir. Defendan telah gagal memenuhi janji-janji ini. [14] Selain daripada itu, lokasi tapak ini tidak strategik kerana jauh dari tempat pengangkutan awam. Plaintif juga berhujah bahawa Defendan gagal menyediakan kemudahan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan daripada kecurian dan juga makhluk perosak contohnya tikus-tikus, lipas 5

yang mana boleh mendatangkan kekotoran menyebabkan pelanggan kurang mengunjungi gerai-gerai berkenaan. [15] Menurut Plaintif, Defenden telah gagal mematuhi perjanjian mereka dan tetap tegas untuk memindahkan Plaintif ke tapak yang baru (Pasar Besar Siti Hajar). Tanpa janji daripada Defendan sudah tentu Plaintif dan ahli persatuan yang lain tidak akan bersetuju dengan permindahan dari tapak pasar lama tersebut ke tapak pasar baru. Dengan perlanggaran kontrak lisan tersebut, Defendan telah gagal memenuhi perjanjian dengan Plaintif. [16] Mengenai isu kedua bahawa gantirugi sebagai satu remedi adalah tidak memadai kepada Plaintif, Plaintif berhujah, sekiranya perintah injuksi ini tidak dibenarkan, Plaintif dan ahli lain terpaksa berpindah ke tapak pasar yang baru. Hal ini akan mendatangkan kerugian kepada Plaintif di mana Plaintif terpaksa menghadkan barang jualan mereka memandangkan saiz ruang niaga yang disediakan adalah sempit. lni akan mendatangkan kerugian kepada Plaintif. Plaintif juga berhujah bahawa kredibiliti Plaintif sebagai peniaga juga akan terjejas. Ini adalah kerana sebagai seorang peniaga, sudah tentu Plantif akan sedaya upaya berusaha memenuhi keperluan pelanggan. Tetapi jika mereka tidak berjaya memenuhi keperluan pelanggan kerana ruang niaga yang terhad, hal ini akan menyebabkan Plaintif kehilangan pelanggan mereka. [17] Plaintif juga berhujah bahawa gangguan haiwan perosak yang telah dinyatakan tadi juga akan menyebabkan kerugian yang besar kepada Plaintif. Bukan sahaja daripada segi harta benda tetapi juga dari segi 6

kredibiliti Plaintif sebagai peniaga. Ini adalah kerana para pelanggan akan memilih premis yang bersih dan apabila terdapatnya haiwan perosak, ini akan menyebabkan pelanggan hilang kepercayaan kepada Plaintif dan ahli persatuan yang lain. lni akan menjejaskan imej Pasar Baru Siti Hajar dan imej para peniaga yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Plaintif juga memberi akujanji akan membayar gantirugi yang ditaksir kepada Defenden sekiranya Mahkamah mendapati perintah injuksi yang dipohon ini patut diberi. [18] Mengenai isu ketiga, Plaintif juga menghujahkan imbangan kesenangan juga memihak kepada Plaintif. Hal ini antara lain disebabkan saiz premis yang kecil, operasi perniagaan para peniaga terpaksa dikecilkan dan dihadkan dan ini akan menyebabkan kerugian kepada para peniaga. [19] Plaintif juga berhujah bahawa sekiranya banjir berlaku, barangan jualan milik para peniaga akan musnah dan aktiviti perniagaan akan terjejas dan akan menyebabkan kerugian dan kehilangan pendapatan berterusan kepada para peniaga. [20] Plaintif juga berhujah dan mendakwa sekiranya para peniaga terpaksa berpindah ke pasar baru (Pasar Besar Siti Hajar) ia akan melibatkan kos yang besar untuk para peniaga memindahkan kesemua barangan jualan mereka ke pasar yang baru kerana sebahagian besar para peniaga mempunyai barangan jualan yang banyak. 7

[21] Plaintif juga berhujah dan mendakwa jumlah sewa bulanan yang tinggi tidak bersesuaian dengan premis yang disediakan. Ini adalah kerana jika sebelum ini jumlah sewa bulanan adalah sekitar RM25 sehingga RM60 mengikut jenis perniagaan, namun di pasar yang baru (Pasar Besar Siti Hajar) jumlah sewa bulanan yang dikenakan adalah bermula serendah RM60 sehingga RM350 mengikut jenis perniagaan. Kenaikan harga sewa ini adalah tidak berpatutan dan mendatangkan kesulitan kepada Plaintif. [22] Menurut Plaintif, adalah jelas ketidakadilan adalah lebih berpihak kepada Plaintif dan ahli persatuan yang lain. Defendan sepatutnya melindungi dan menjaga hak Plaintif dan ahli persatuan yang lain demi kepentingan awam. Kepentingan awam perlu didahulukan berbanding dengan kepentingan peribadi. D. HUJAHAN DEFENDAN [23] Defendan berhujah bahawa PIaintif memfailkan tuntutan ini dengan menuntut pelbagai gantirugi ke atas Defendan atas jangkaan semata-mata bahawa Plaintif mungkin akan mengalami pelbagai kerugian sekiranya berpindah dan berniaga di Pasar Besar Siti Hajar. [24] Defendan juga berhujah bahawa PIaintif hanya mewakili 25 orang daripada kesemua 359 orang peniaga yang berniaga di Pasar Besar Pasir Puteh. [25] Defendan menafi pernah pada bila-bila masa berjanji untuk menyediakan pasar yang mempunyai petak niaga yang Iebih besar 8

daripada petak niaga Pasar Besar Pasir Puteh. Malahan mengikut Defendan, pembinaan Pasar Besar Siti Hajar telah dibina sebagaimana pelan bangunan Pasar Sri Serdang, yang mana adalah di atas cadangan Plaintif-Plaintif sendiri. Malahan lagi, semasa pembinaan Pasar Besar Siti Hajar sedang rancak dijalankan, tiada sebarang rungutan atau cadangan yang diterima daripada Plaintif untuk sebarang pindaan dari segi struktur pembinaan. [26] Defendan juga berhujah bahawa kedudukan Pasar Besar Siti Hajar adalah baik, ekonomik dan strategik kerana ianya terletak di Bandar Baru Pasir Puteh Sentral yang mana dijangkakan akan dapat dikunjungi oleh pelbagai pengunjung termasuk pihak yang menggunakan jalan By-pass Kota Bharu/Kuala Terengganu yang membolehkan pengunjung membeli belah di Pasar Besar Siti Hajar tanpa memasuki bandar Pasir Puteh yang sesak. [27] Selain daripada itu, dari segi keselamatan, Pasar Besar Siti Hajar dipagar dan dikawal oleh pengawal keselamatan, yang mana keselamatan barang-barang dagangan adalah dalam keadaan selamat dari kecurian. [28] Tambahan lagi pengangkutan awam (bas&teksi) juga disediakan untuk memudahkan pengunjung ke Pasar Besar Siti Hajar. [29] Defendan juga berhujah bahawa sekiranya Plaintif enggan berpindah ke Pasar Besar Siti Hajar, Pemaju akan bertindak mengusir Plaintif keluar dari Pasar Besar Pasir Puteh kerana Besar Pasir Puteh telah menjadi hak Pemaju, sebagai balasan kepada Usahasama bertarikh 25.6.2017. 9

E. PENGANALISAAN DAN DAPATAN MAHKAMAH Undang-undang berkaitan [30] Prinsip-prinsip dalam menentukan sama ada sesuatu permohonan untuk injuksi boleh dibenarkan telah dinyatakan di dalam kes Telic Corp Sdn Bhd lwn Majlis Bandaraya Melaka Bandaraya Bersejarah dan satu lagi (2009) 9 MLJ 703 di mana mahkamah telah merujuk kepada kes Thye Hin Enterprises Sdn Bhd v Daimler Clnysler Malaysia Sdn Bhd (2005) 1 MLJ 293 di mana Mahkamah Rayuan telah menyatakan seperti berikut: The steps to be taken by a judge hearing an application for an injunction at the interlocutory stage have been set out by this court in Keet Gerald Francis Noel John v Mohd Noor bin Abdullah & Ors [1995] 1 MLJ 193; [1995] 1 CLJ 293. In that case, Gopal Sri Ram JCA said (at pp 206-207 (MLA pp 305-306 (CLJ)): To summarise, a judge hearing an application for an interlocutory injunction should undertake an inquiry along the following lines: 1) he must ask himself whether the totality of the facts presented before him discloses a bona fide serious issue to be tried. He must, when considering this question, bear in mind that the pleadings and evidence are incomplete at that stage. Above all, he must refrain from making any determination on the merits of the claim or any defence to it. It is sufficient if he identifies with precision the issues raised on the joinder and decides whether these are serious enough to merit a 10

trial. If he finds, upon a consideration of all the relevant material before him, including submissions of counsel, that no serious question is disclosed, that is an end of the matter and the relief is refused. On the other hand if he does find that there are serious questions to be tried, he should move on to the next step of his inquiry; 2) having found that an issue has been disclosed that requires further investigation, he must consider where the justice of the case lies. In making his assessment, he must take into account all relevant matters, including the practical realities of the case before him. He must weigh the harm that the injunction would produce by its grant against the harm that would result from its refusal. He is entitled to take into account, inter alia, the relative financial standing of the litigants before him. If after weighing all matters, he comes to the conclusion that the plaintiff would suffer greater injustice if relief is withheld, then he would be entitled to grant the injunction especially if he is satisfied that the plaintiff is in a financial position to meet his undertaking in damages. Similarly, if he concludes that the defendant would suffer the greater injustice by the grant of an injunction, he would be entitled to refuse relief. Of course, cases may arise where the injustice to the plaintiff is so manifest that the judge would be entitled to dispense with the usual undertaking as to damages (seecheng Hang Guan & Ors v Perumahan Farlim (Penang) Sdn Bhd & Ors [1988] 3 MLJ 90). Apart from such cases, the judge is entitled to take into account the plaintiff's ability to meet his undertaking in damages should the suit fail, and, in appropriate 11

cases, may require the plaintiff to secure his undertaking, for example, by providing a bank guarantee; and 3) the judge must have in the forefront of his mind that the remedy that he is asked to administer is discretionary, intended to produce a just result for the period between the date of the application and the trial proper and intended to maintain the status quo, an expression explained by Lord Diplock ingarden Cottage Foods Ltd v Milk Marketing Board [1984] AC 130; [1983] 2 All ER 770; [1983] 3 WLR 143 and applied in Cheng Hang Guan. It is a judicial discretion capable of correction on appeal. Accordingly, the judge would be entitled to take into account all discretionary considerations, such as delay in the making of the application or any adequate alternative remedy that would satisfy the plaintiff's equity, such as an award of monetary compensation in the event that he succeeds in establishing his claim at the trial. Any question going to the public interest may, and in appropriate cases should, be taken into account. A judge should briefly set out in his judgment the several factors that weighed in his mind when arriving at his conclusion. [31] Prinsip yang sama telah diterimapakai di Mahkamah di Malaysia, di mana Mahkamah Agung dalam kes ALOR JANGGUS SOON SENG TRADING SDN.BHD & ORS Vs SEY HOE SDN BHD & ORS (1995) 1 MLJ 241 telah menerimapakai prinsip berkait dengan perintah Injunksi yang telah digariskan dalam kes American Cynamid v Ethicon Ltd (1975) AIIER 504. 12

Mahkamah Agung di Held (1) telah menggariskan dua prinsip yang terpakai iaitu:- 1. Kes Plaintif mesti menunjukkan bahawa Plaintif mempunyai isu yang serius untuk dibicarakan, sekiranya tiada, Injunksi tidak akan dibenarkan. 2. Perbicaraan kes akan dijalankan sekiranya Plaintif mempunyai kes yang kukuh untuk dibicarakan. Injunksi yang dipohon oleh Plaintif adalah untuk mengekalkan status quo sementara menunggu perbicaraan atau untuk mengelakkan kerugian yang berterusan yang ditanggung oleh Plaintif. [32] Mahkamah Agung di m/s 568 seterusnya telah juga menggariskan prinsip bahawa, dalam kes di mana Plaintif telah membuktikan bahawa Plaintif mempunyai kes yang kukuh untuk dibicarakan, Mahkamah juga harus meneliti samada:- a) kerugian Plaintif boleh digantikan dengan gantirugi; b) terdapat imbangan kesenangan; dan c) terdapat perkara-perkara yang istimewa ("special factors") yang harus diambilkira oleh Mahkamah. sebelum membenarkan permohonan untuk Injunksi. [33] Aturan 29 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 menyatakan: 13

1) Suatu permohonan untuk diberikan injunksi boleh dibuat oleh mana-mana pihak dalam suatu kausa atau perkara sebelum atau selepas perbicaraan kausa atau perkara itu, sama ada atau tidak suatu tuntutan untuk mendapatkan injunksi telah dimasukkan dalam proses pemula pihak itu, tuntutan balas atau notis pihak ketiga, mengikut manamana yang berkenaan. 2) Permohonan itu boleh dibuat melalui suatu notis permohonan yang disokong dengan suatu afidavit dan jika satu kes itu terdesak, boleh dibuat secara ex parte. (2A) Afidavit sokongan suatu permohonan yang dibuat secara ex parte mestilah mengandungi suatu pernyataan yang jelas dan ringkas dan padat mengenai: (a) fakta yang membangkitkan tuntutan itu; (b) fakta yang membangkitkan permohonan injunksi interim; (c) fakta yang disandarkan untuk memberi justifikasi permohonan secara ex parte, termasuk butir-butir apa-apa notis yang diberikan kepada pihak yang satu lagi atau, sekiranya notis telah diberikan, sebab untuk tidak memberikan notis; (d) apa-apa jawapan oleh pihak yang satu lagi (atau yang mungkin ditegaskannya) kepada tuntutan atau permohonan itu; 14

(e) apa-apa fakta yang boleh membawa Mahkamah untuk tidak memberikan permohonan secara ex parte atau tidak langsung; (f) apa-apa permohonan yang serupa yang dibuat kepada Hakim yang lain, dan perintah itu dibuat ke atas permohonan itu; dan (g) relief yang tepat diminta. Dapatan [34] Mahkamah berpendapat kerugian yang bakal dialami oleh Plaintif yang didakwa adalah satu ramalan dan bersifat spekulatif semata-mata yang tidak boleh dibuktikan oleh Plaintif. Malah ada kemungkinan dengan kelengkapan dan fasiliti yang lebih moden dan terancang, para peniaga tersebut, sekiranya mereka berniaga di Pasar Besar Siti Hajar akan memperolehi pendapatan yang mungkin lebih baik daripada pendapatan semasa mereka berniaga di Pasar Besar Pasir Puteh. [35] Mahkamah juga mendapati bahawa Plaintif bukan mewakili satu persatuan yang sah. Persatuan Plaintif telah didaftarkan pada 2.10.2010 tetapi telah digantung dari tarikh 16.7.2014 sehingga tarikh 21.2.2017, menyebabkan apa-apa tindakan Plaintif yang dilakukan semasa tarikh penggantungan tidak boleh dianggap sebagai tindakan ahli persatuan Plaintif yang sah. [36] Begitu juga Persatuan Plaintif tidak mewakili kesemua peniaga yang berniaga di Pasar Besar Pasir Puteh. Mengikut rekod Defendan, jumlah 15

peniaga di Pasar Besar Pasir Puteh adalah seramai 359 orang tetapi Plaintif melalui ekshibit "SD 4" mengakui jumlah ahli Plaintif adalah seramai 258 orang sahaja. Ini bererti seramai 101 peniaga yang berniaga di Pasar Besar Pasir Puteh bukan ahli Plaintif. [37] Justeru itu mahkamah memutuskan bahawa apabila bukan kesemua peniaga di Pasar Besar Pasir Puteh adalah ahli Plaintif, Plaintif tidak boleh mendakwa bahawa tindakan yang dilakukan oleh Plaintif adalah satu tindakan yang telah mendapat mandat dari kesemua peniaga di Pasar Besar Pasir Puteh. [38] Manakala Defendan adalah satu entiti yang sah iaitu satu badan berkanun yang ditubuhkan dibawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) ("Akta"). Mengikut peruntukan Seksyen 72 (b) Akta tersebut, antara tugas dan tanggungjawab Defendan adalah untuk menubuhkan, mendirikan, menyenggara, mengawal dan menguruskan pasar dan bangunan pasar. Penubuhan, pembinaan, penyelenggaraan dan pengurusan Pasar tersebut adalah sebagaimana yang diputuskan patut dan sesuai serta munasabah bagi Defendan sebagai satu Pihak Berkuasa Tempatan. [39] Justeru itu, Defendan dari segi undang-undang tidak mempunyai sebarang tanggungjawab/liabiliti untuk membina pasar yang mana pembinaan strukturnya perlu dipersetujui oleh kesemua peniaga yang hendak berniaga di pasar tersebut. 16

[40] Mahkamah mendapati pada setiap masa yang material, Defendan tidak pernah memasuki apa-apa perjanjian (samada secara bertulis atau lisan) dengan Plaintif tentang sewaan bangku/petak niaga di Pasar Besar Pasir Puteh. Malahan pendudukan mereka adalah sebagai pemegang lesen (licencensee) sahaja dan tidak menikmati apa-apa hak ke atas premis Pasar Besar Pasir Puteh. [41] Jelas, dari segi undang-undang Defendan tidak mempunyai apa-apa obligasi atau kontrak dengan Plaintif atau mana-mana peniaga yang sedang berniaga di Pasar Besar Pasir Puteh. [42] Mahkamah berpendapat bahawa apabila tiada sebarang obligasi disegi undang-undang untuk berbuat demikian, pembinaan Pasar Besar Siti Hajar walaupun tidak mengikut kehendak dan menepati citarasa Plaintif, tidak terjumlah kepada satu pecah kontrak yang mewajarkan Defendan membayar gantirugi kepada Plaintif atau membolehkan para peniaga/plaintif-plaintif membuat pilihan untuk duduk tetap di pasar lama. [43] Atas alasan tersebut, Mahkamah memutuskan bahawa Plaintif telah gagal untuk membuktikan bahawa terdapatnya satu isu penting yang perlu dibicarakan. [44] Sehubungan dengan itu, untuk tuntutan kesemua jenis gantirugi, oleh kerana tiada obligasi undang-undang yang mewajarkan Defendan menyediakan pasar sebagaimana kehendak Plaintif maka Defendan tidak layak untuk menuntut apa-apa gantirugi dan relief. 17

[45] Apatah lagi Plaintif setakat hari ini belum mengalami apa-apa kerugian atau kecederaan secara fizikal atau mental yang mana akan melayakkan Plaintif menuntut gantirugi teruk. [46] Menggunapakai prinsip-prinsip yang digariskan di dalam otoriti-otoriti tersohor di atas, mahkamah memutuskan oleh kerana Plaintif tidak mempunyai isu yang kukuh untuk dibicarakan, maka Permohonan Injunksi Plaintif dengan ini ditolak oleh Mahkamah ini. Tambah-tambah lagi status ahli-ahli persatuan tersebut yang telah dijelaskan oleh mahkamah sebelum ini memudaratkan lagi permohonan Plaintif ini. Isu imbangan kesenangan ("Balance of convenience ) [47] Berdasarkan kepada terma-terma Perjanjian Usahasama bertarikh 25.6.2012 (ekshibit "SD 8") yang mengikat Defendan, Defendan perlu menyerahkan milikan kosong Pasar Besar Pasir Puteh kepada Pemaju sebelum tarikh 2.6.2016 sejajar dengan Klausa 4.2 Perjanjian Usahasama bertarikh 25.6.2016 (ekshibit "SD 8"). Sekiranya Defendan gagal berbuat demikian, Defendan akan berhadapan dengan tuntutan pecah kontrak dari Pemaju serta tuntutan-tuntutan lain yang berkaitan. [48] Jika permohonan Injuksi ini dibenarkan maka Defendan bukan sahaja menghadapi tuntutan tersebut malahan Kerajaan Negeri Kelantan juga akan disaman sebagai salah satu lagi pihak kerana mengusul dan memberi sokongan kepada cadangan pembangunan pembesaran bandar Pasir Puteh yang antara lain termasuk pembinaan Pasar Besar Siti Hajar ini. 18

[49] Pembangunan di Bandar Pasir Puteh akan juga terganggu atau tergendala dan akan memberi kesan kepada masyarakat setempat. Masyarakat setempat akan turut terjejas kerana tidak dapat menikmati pembangunan yang telah dirancang. [50] Orang ramai juga akan mengalami masalah untuk membelibelah kerana Pasar Besar Pasir Puteh akan tertakluk kepada apa-apa Perintah Mahkamah yang bakal diperolehi oleh Pemaju. Akibatnya Pasar Besar Siti Hajar tidak dapat beroperasi sebagaimana yang dirancangkan dan Pasar Besar Pasir Puteh yang serba kekurangan akan terus dioperasikan oleh Plaintif-Plaintif. Ini mengakibatkan Pasir Puteh mempunyai 2 pasar yang tidak dapat mengoptimumkan output masing-masing kerana pertindihan aktiviti. [51] Manakala kesan kepada Plaintif, sekiranya Perintah Injunksi tidak dibenarkan adalah amat minima. Ini adalah kerana Plaintif tidak mengalami sebarang kerugian kerana masih boleh berpindah dan terus berniaga di Pasar Besar Siti Hajar. Malahan dakwaan Plaintif bahawa Plaintif akan mengalami kerugian adalah berbentuk spekulatif sahaja dan tidak boleh dibuktikan. [52] Mahkamah mengambil maklum bahawa sekiranya Plaintif enggan berniaga di Pasar Besar Siti Hajar, Defendan akan menawarkan kepada pihak lain. Namun, apabila premis pasar lama ini diambil alih oleh pemaju, Plaintif akan hilang peluang berniaga di Pasar Besar Siti Hajar kerana semua petak niaga telah dihuni oleh pihak lain yang telah berjaya 19

mendapat kebenaran daripada pihak Defendan. Akibat berterusannya (chain reaction effect) adalah Plaintif akan menanggung kerugian. [53] Seperkara lagi, jika mahkamah membenarkan permohonan injuksi ini, Perintah tersebut tidak akan kekal lama kerana pemaju yang mempunyai hak ke atas premis pasar lama tersebut akan memfailkan tuntutan milikan kosong premis tersebut. Justeru lambat laun Plaintif perlu mengosongkan premis Pasar Besar Pasir Puteh ini juga. Ini adalah satu kerugian kepada Plaintif. [54] Selain daripada itu, adalah ketara kerugian Defendan tidak boleh digantikan dengan gantirugi. [Lihat kes Keet Gerald (supra) dan WRP Asia Pasific Sdn Bhd v Tenaga Nasional Berhad (2017) 1 CLJ 734]. [55] Di atas sebab-sebab di atas, setelah membuat pertimbangan sewajarnya (balancing exercise), mahkamah mendapati bahawa imbangan kesenangan lebih memihak kepada Defendan daripada Plaintif. Ini adalah berdasarkan dapatan mahkamah bahawa lebih besar ketidakadilan akan berlaku sekiranya injuksi dibenarkan berbanding dengan sekiranya injuksi tidak dibenarkan. F. KESIMPULAN [56] Berdasarkan alasan-alasan di atas, mahkamah memutuskan untuk menolak permohonan Plaintif di kandungan 4 dengan kos. 20

Tarikh: 30 Ogos 2017 (DATO AHMAD BIN BACHE) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu Peguam Perayu/Plaintif: En. Nik Mohd Amin bin Nik Abdullah dan En. Ridzuan Tetuan N. M. Amin & Associates PT 695, Tingkat 1, Blok C, Pasar Awam Bersepadu, Wakaf Che Yeh, Jalan Kuala Krai, 15100 Kota Bharu, Kelantan. Peguam Responden/Defendan: Pn. Noor Aini binti Ismail Tetuan Aini Hayati & Associates Office E-7, Jalan bayam, 15200 Kota Bharu, Kelantan. 21