KEPEI,BAGAIAN DAN KELlMPAIIAN SPESlESAMFIBIADI KAWASAN BAm KAPUR BAU, SARAWAK. Camellina Joyce Ak Duyun

Similar documents
EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NOOR SHAHIDA BINTI ROSLI MASTER OF SCIENCE UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

Earthwork Activities in Private Housing Industry

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

J\ Impacts of disturbance o~ fish communities in Sungat Pur, Terengganu I Annie Nums anak B1lly.

Kesan Pembandaran terhadap Pembentukan Pulau Haba Bandar di Kuala Terengganu

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MODELING OF SALT WATER INTRUSIONS INTO LANGAT RIVER ESTUARY, MALAYSIA

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING IN KUALA TERENGGANU HO MEE CHYONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

Kajian Indeks Kualiti Air di Lembangan Sungai Paka, Terengganu (Water Quality Index Study in Paka River Basin, Terengganu)

Kesahan Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak Dalam Kalangan Pemain Lelaki Berumur 14 Dan 15 Tahun. Abstrak

Menganalisis pola dan arah aliran hujan di Negeri Sembilan menggunakan kaedah GIS poligon Thiessen dan kontur Isoyet

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR DAN LEBUHRAYA BARU PANTAI

Mohd Aqmin Abdul Wahab Universiti Kebangsaan Malaysia. Hazrul Izuan Shahiri Universiti Kebangsaan Malaysia


Sains Malaysiana 36(2)(2007): LEE YOOK HENG, MANAFERRY MADHAN, PENNY SUMOK & LEE NYANTI CHUKONG

Binaan ringkas pengecas kapasitor bervoltan tinggi buatan sendiri bagi. sistem plasma fokus.

Menganalisis pola dan arah aliran hujan di Negeri Sembilan menggunakan kaedah GIS Poligon Thiessen dan Kontur Isoyet

OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

Sistem Bakeri Interaktif

Distribusi Simpanan Bank Umum Periode Januari 2018

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KOMUNITI FAUNA lkan DI SUNGAI KESIT, BATANG LEMANAK, ENGKUJLI, SARAWAK

PENGARUH PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP PENYERTAAN SOSIAL PENDUDUK KAMPUNG BANDAR DI WILAYAH UTARA MALAYSIA

PERBANDINGAN KOMPOSISI SPESIES IKAN DI KAWASAN AIR KERUB (BROWN WATER) DAN AIR IIITAM (BLACKWATER) DI BATANG O RANG, BALAI RINGIN, SERIAN

Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017

Analisis Tren Penyakit Denggi di Daerah Hulu Langat, Selangor

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV

ADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

SEJARAH PERKEMBANGAN BEKALAN AIR DOMESTIK DI NEGERI KEDAH SEHINGGA TAHUN 1957

PERBEZAAN ASPEK PERKEMBANGAN FIZIKAL DALAM KALANGAN KANAK-KANAK LELAKI DAN PEREMPUAN MENURUT PERSPEKTIF BARAT

mybalikpulau A Mapping & Interpretation Heritage Education Program for Young People

Survey on Perak and Selangor 3 messages

JABATAN GEOGRAFI, FAKULTI SENI DAN MUZIK

THE IMPACT OF THE FACEBOOK WEBSITE QUALITY ON USER S PERCEIVED ATTITUDE, INTENTION AND LOYALTY AMONG STUDENTS OF UTM TAMER ADEL SALEH ALAJRAMI

KEBOLEHTELAPAN TANAH LATERIT TERHADAP PENANAMAN RUMPUT VETIVER

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR 29 JUN 2018

Pola dan Proses Pemilikan Tanah oleh Orang-orang Pulau di Kawasan Darat Mersing: Kajian Kes di Kampung Sri Bahagia

SISTEM SOKONGAN PERANCANGAN (PSS): ANALISIS APLIKASI BAGI SEKTOR-SEKTOR TERPILIH

PENENTUAN NILAI KUALITI AIR SISA DI PASAR BESAR KUANTAN

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) LAPORAN KEMAJUAN BERKALA / PERIODIC PROGRESS REPORT

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM

Distribusi Simpanan Bank Umum Periode April 2018

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

Distribusi Simpanan Bank Umum Periode Maret 2018

Distribusi Simpanan Bank Umum Periode Februari 2018

IMPAK AKTIVITI PEMBANGUNAN TERHADAP TREND KEKERAPAN DAN MAGNITUD BANJIR DI LEMBANGAN SUNGAI MENGGATAL, KOTA KINABALU, SABAH

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2016 PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI DAN PRESTASI KEWANGAN AGENSI NEGERI SEMBILAN JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

Sains Malaysiana 42(5)(2013):

IMPLIKASI PERUBAHAN PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP KESELAMATAN AWAM : KAJIAN KES DI BANDAR MUADZAM SHAH, PAHANG

IMPAK AKTIVITI ANTROPOGEN DAN FAKTOR YANG BERKAITAN TERHADAP KUALITI AIR SUNGAI TROPIKA, SUNGAI PINANG, BALIK PULAU, PULAU PINANG

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

Analisis Metabolisma Bandar Menggunakan Teknik Material Flow Analysis (MFA) di Seremban. Sharif Shofirun Bin Sharif Ali (P85768)

Diaspora Komuniti Cina Seberang Laut ke Selangor di Tanah Melayu,

A. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION

APLIKASI PENJANA KUIZ MUDAH ALIH

2.3. For joint customer of Libshara-i, only the primary account holder will qualify to participate.

Pengetahuan komuniti dan amalan pengurusan sisa pepejal di Negeri Sembilan

STATUS KUALITI AIR SUNGAI DI BEBERAPA KAWASAN LUAR BANDAR, DI NEGERI JOHOR DAN KESANNYA KEPADA KEHIDUPAN

Muhd Fadhlullah Bin Rashid Kolej Komuniti Pasir Mas

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

TOTAL HOSPITAL INFORMATION SYSTEM (THIS)

THE ASSESSMENT OF BUILDING DEFECTS MAINTENANCE IN HOSPITAL BUILDING NORDIYANA BINTI AB.LLAH

Condition Appraisal Technical Report

Untuk kerja-kerja pelancaran 'U Beam' dan kerja-kerja yang berkaitan dengan MRT

LAPORAN KAJIAN BAGI PROJEK PEMBANGUNAN SUMBER AIR BAWAH TANAH DI BATANG PADANG, PERAK DARUL RIDZUAN - SATU PERINGATAN KEPADA MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

EAG 345/3 Analisis Geoteknik

PALEOALAM DI TAPAK PALEOLITIK BUKIT BUNUH: ANALISIS GEOMORFOLOGI

PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN

The impact of waste disposal management on the water quality of rivers in Malaysia: Lessons from Pajam waste disposal sites, Negeri Sembilan

PASARAN HARTA TANAH KEDIAMAN BERDASARKAN IMPLIKASI PENENTUAN HARGA RUMAH OLEH PEMAJU. KAJIAN KES NUSAJAYA ZARINATUL AIN BT AKHIRUDIN

Dialek-dialek yang terdapat di Semenanjung Malaysia telah dikelompokkan

FAKTOR-FAKTOR UTAMA YANG MEMPENGARUHI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PERUNTUKAN PELABURAN HARTA TANAH DARI PERSPEKTIF PELABUR.

Functional Assessment Report Laporan Penilaian Fungsian

PENGARUH SIMBOLISME SENI BINA PADA MASJID. KAJIAN KES MASJID KRISTAL KUALA TERENGGANU

TABURAN IKAN BUNTAL DI SUNGAI-SUNGAI SARAWAK TERPILm DI SEKITAR KUCmNG, SERIAN DAN LUNDU

Sistem Tagal: Pengurusan Biosfera Tradisional dalam Industri Pelancongan

Transcription:

KEPEI,BAGAIAN DAN KELlMPAIIAN SPESlESAMFIBIADI KAWASAN BAm KAPUR BAU, SARAWAK Camellina Joyce Ak Duyun 2~8 2 C181 24 SaIjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains dan Pengurusan Sumber Haiwan) 24

KEPELBAGAIAN DAN KELIMPAHAN SPESIES AMFIBIA DI KA WASAN BATU KAPUR BAU, SARA W AK P.KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UIlIMAS 1111111111111111111111111 1126474 CAMELLINA JOYCE AK DUYUN Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian (Sains dan Pengumsan Sumber Haiwan) Fakulti Sains dan Tekoologi Sumber UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK 24

Kepelbagaian Dan Kelimpahan Spesies Katak Di Kawasan Batu Kapur Bau, Sarawak CameUina Joyce ak Duyun ABSTRAK Program Sains Dan Pengurusan Sumber Haiwan Fakulti Sains Dan Teknologi Sumber Universiti Malaysia Sarawak Satu kajian kepelbagaian dan kelimpahan spesies amfibia (katak) telah dijalankan di kawasan batu kapur Bau, Sarawak di antara bulan lulai hingga Oktober 23. Kajian ini telah menggunakan kaedah transek sungai dan transek hutan dan dilakukan di tiga plot yang dipilih mengikut kesesuaian persekitaran di kawasan batu kapur yang terletak di Gua Angin (Wind Cave) dan Gua Fairy (Fairy Cave). Persampelan telah dilakukan 5 hari ke atas setiap plot kawasan. Sejumlah 136 individu yang terdiri daripada 16 spesies telah bejjaya ditangkap di ketiga-tiga plot. Spesies yang ditangkap didominasi oleh famili Ranidae (63% jumlah keseluruhan individu) diikuti oleh Bufonidae (36%) dan Rhacophoridae (1 %). Spesies yang dominan di kawasan kajian ialah Rana erythraea ( 31 individu), diikuti oleh Bufo asper (22 individu) dan Bufo melanostictus (21 individu). Indeks kepelbagaian katak kawasan batu kapur (H =.99782). Dalam kajian ini tiada spesies barn ataupun spesies endemik ditemui di kawasan kajian. Kata kekunci: kepelbagaian spesies, indeks kepelbagaian, Ranidae, Bufonidae, Rhacophoridae ABSTRACT A study was conducted on species diversity and abundance ofamphibians at Bau, Sarawak limestone area between July and October 23. Forest and stream transects were used for the sampling methods and was conducted based on three plots that have been chosen, which situated within the area offairy Cave and Wind Cave. Five days ofcollection for each plot were done. A total of136 individuals, which consist 16 ofspecies, were captured in the three plots. The family ofranidae (63% ofindividuals) were dominant, followed by Bufonidae (36%) and Rhacophoridae (1%). The dominant species in the area is Rana erythraea (31 individuals), followed by Bufo asper (22 individuals) and Bufo melanostictus (21 individuals). Diversity index offrogs in limestone area (H=.99782). In this study, there were no new or endemic speciesfound in the area. Keywords: species diversity, diversity index, Ranidae, Bufonidae, Rhacophoridae 1

PENGENALAN Kepelbagaian spesies diasaskan berdasarkan dua konsep yang berbeza iaitu kekayaan spesies (species richness) dan kekerapan spesies (species eveness). Kekayaan spesies merupakan konsep yang paling lama dan teringkas yang digunakan bagi menjelaskan maksud kepelbagaian spesies ( McIntosh, 1967). Konsep ini merujuk kepada bilangan spesies yang terdapat dalam satu komuniti. Llyod dan Ghelardi (1964) pula telah mendefmisikan kekerapan spesies sebagai bilangan individu yang diwakili oleh sesuatu spesies dalam satu populasi. Kelimpahan spesies juga merujuk kepada bilangan individu dalam satu populasi. Menurut Walker (1989), kelimpahan spesies pada satu masa dan temp at bergantung kepada kadar muatan bagi sesuatu habitat dan perhubungan di antara kadar di mana perubahan terhadap sesuatu populasi melalui pertambahan haiwan melalui pembiakan atau imigrasi (perpindahan masuk haiwan ke dalam satu populasi) dan juga pengurangan haiwan melalui kematian atau emigrasi (perpindahan keluar haiwan dari satu populasi). Amfibia terbahagi kepada tiga order utama iaitu Anura, Kaudata dan Apoda. Terdapat lebih kurang 43 spesies amfibia yang masih hidup di dunia ( George,I993 ). Kajian lengkap bagi perbandingan kelimpahan spesies amfibia telah dijalankan oleh Lyod et.a/ (1968) dan juga Inger (198) di kawasan hutan tropika di Selatan Asia (Duellman & Trueb, 1994). Amfibia boleh diklasifikasikan sebagai haiwan dwi alam kerana boleh hidup dan membiak di persekitaran daratan ataupun berair. 2

Katak dikelaskan di bawah order Anura dan mempunyai kemandirian yang paling betjaya. Di Borneo, tulang fossil katak tertua telah dikenalpasti wujud kira-kira 2 juta tahun dahulu ( Inger & Stuebing, 1997). Katak di Borneo terbahagi kepada enam famili iaitu Ranidae, Bufonidae, Microhylidae, Rhacophoridae, Megophyridae dan Bombinatiridae. Berdasarkan kajian di Borneo, kepelbagaian spesies katak betjumlah 15 spesies (Inger & Stuebing, 1997). Kelimpahan spesies katak dipengaruhi oleh habitat dan keseuaian kawasan katak ditemui. Ini bergantung kepada habitat katak sama ada di kawasan hutan, sungai, pertanian ataupun kawasan pembangunan. Kebanyakan katak tidak dapat bermandiri di kawasan yang telah mengalami gangguan manusia seperti kawasan kampung, bandar ataupun sawah padi (Inger et.al, 1997). Ini disebabkan oleh perubahan persekitaran yang mengganggu keupayaan dalam pembiakan dan habitat yang terganggu. Katak merupakan haiwan yang sensitif terhadap perubahan suhu dan udara (Mazerolle, 21). Namun terdapat juga spesies yang dapat terns hidup di habitat terganggu seperti Fejervarya limnocharis. Taburan geografi fauna katak di Borneo sangat berbeza dari fauna katak di kawasan lain di Asia Tenggara. Fauna katak Borneo merangkumi kira-kira dua pertiga daripada jumlah spesies (63% atau 89 spesies ) belum pernah ditemui di luar pulau Borneo (Inger & Stuebing,1997).Kajian-kajian yang telah dijalankan menunjukkan taburan fauna katak di kawasan-kawasan tertentu Borneo tidak banyak berbeza.(lnger & Stuebing, 1997). Inger dan Stuebing (1997) juga menjelaskan bahawa kebanyakan spesies katak bertelur di dalam air, tetapi kesesuaian dan keadaan tempat berbeza-beza di antara spesies. Kebanyakkan spesies yang hidup di hutan tanah pamah berbukit 3

(dibawah 1 meter) adalah tersebar luas di seluruh Borneo. Contohnya katak Sungai Besar (Limnonectus leporinus) tersebar di merata-rata tempat kecuali di kawasan hutan paya gambut (Inger & Stuebing, 1997). Berdasarkan kajian Ramlah (22), di hutan paya gambut Universiti Malaysia Sarawak, sejumlah 12 spesies katak ditangkap dan ia menunjukkan spesies yang diperolehi tidak jauh berbeza dari spesies yang ditangkap di hutan paya gambut yang lain. Kajian turut menunjukkan tiada spesies katak yang endemik kepada hutan paya gambut di Borneo ataupun Semenanjung Malaysia (Ramlah, 22) Kajian mengenai kepelbagaian spesies katak di Borneo telah banyak dijalankan di beberapa jenis hutan yang berbeza. Berdasarkan Laporan Tahunan 2 daripada Unit Pendidikan dan Interpretasi, Bahagian Taman Negara dan Hidupan Liar Kuching, sebanyak 97 spesies amfibia telah diinventori di Sarawak dari Tahun 1997 sehingga 2. Namun mungkin terdapat peningkatan terhadap jumlah spesies setiap kali kajian bam dijalankan. Ramlah (1998) beijaya memperolehi 144 individu katak di Bario. Sementara itu, Jamiah (1998) yang telah menjalankan kajian kepelbagaian spesies, taburan dan kelimpahan katak di Sungai Bandong, Santubong beijaya menjumpai sejumlah 167 individu. Kajian perbandingan dan kelimpahan katak dalam vegetasi berbeza di Santubong dan Banjaran Crocker Sabah juga dilakukan oleh Lizanah (2).Kajian bagi spesies amfibia dan reptilia juga pernah dilakukan di Tasik Bera oleh Norsham et.al, (2) dan beijaya memperolehi 19 spesies amfibia. 4

Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui kepelbagaian serta kelimpahan spesies amfibia yang terdapat di kawasan batu kapur Bau. BAHAN DAN METODOLOGI Lokasi Kajian ini telah dijalankan di antara bulan Julai hingga Oktober 23. Bau terletak sejauh 7 kilometer dari Barat Kuching, Bahagian Pertama Sarawak (Gambarajah 1.). Bau meliputi kawasan seluas 54 kilometer persegi. Kawasan kajian terletak di kawasan gua batu kapur terkenal di Bau iaitu Gua Angin (Wind Cave) dan Gua Fairy (Fairy Cave). Gua ini terbentuk dari banjaran batu kapur yang menganjur hingga ke kawasan Tebakang sejauh 49 kilometer dengan kelebaran hampir dua kilometer (Foh, 1999). Kawasan kajian terletak tidak jauh dari petempatan penduduk dan tempat ini menjadi tumpuan pelancong kerana persekitaran dan keadaan gua yang menarik. Rutan dan sungai di kawasan batu kapur ini agak terganggu kerana adanya kegiatan pertanian berhampiran. 5

t I l\\ ~ r)(1 In 2t :; 1 111 i 11 II KIII III + 11,.11.1 1 11 '.).. 2(:::)(:::)==== @4:slkm.:! )flo. JOOO IT!.1 11\ : 3 III St. GlRAN I ~ n A,",~ HEI.ITL'Nli SUI.AWESI I ~ Gambarajab 1 : Lokasi Kawasan Bau (Inger & Stuebing, 1997) 6

Petunjuk: 1/: 2 Jalan., 6... Sungai I J ",,-.1.!.~ Kawasan petempatan g Kawasan Batu Kapur Gambarajah 2 : Lokasi Kawasan Kajian; Plot 1 dan Plot 2 Di Gua Fairy dan Plot 3 Di Gua Angin di Bau (Foh, 1999) 7

Kaedah Persampelan Penyarnpelan dilakukan dengan menggunakan transek sungai dan transek hutan. Transek dijalankan berdasarkan kepada tiga plot kawasan yang telah dipilih berdasarkan kesesuaian kawasan. Keadaan kawasan bagi ketiga-ketiga plot adalah seperti dalam (Jadual 1). Bagi setiap plot, lima hari persarnpelan dilakukan. Tangkapan bermula pada pukul 19 kerana katak adalah sangat aktif untuk keluar mencari makanan dan membiak pada waktu ini (Inger et.al, 1985). Transek sungai dijalankan sepanjang kirakira 2meter sekiranya aliran sungai tenang dan tidak dalarn. Narnun transek tetap diteruskan menyusuri tebing sungai sekiranya sungai berarus deras dan dalarn. Transek hutan akan dijalankan pada hari yang berikutnya pada plot yang sarna. l.,. Jaduall: Keadaan Kawasan Di Setiap Plot LOKASI KEADAAN PLOT Sungai A l38.18'n,11 11.5'E Kedalaman sungai.2m hingga O.5m. Kelebaran sungai 1m 128 altitud. hingga 2m. Sungai yang keruh dan agak tercemar kerana terdapat 1 (Gua Fairy) pembuangan sampah ke dalam sungai. Sungai B 1 3l.8'N,11 12.2'E Kedalaman sungai O.5m hingga l.3m. Kelebaran sungai 1m 173 altitud. hingga 3m. Sungai jernih dan berbatu. Air tidak berarus deras. (Gua Fairy) 2 Kawasan pertanian tanaman jagung 1 38.13'N 11 12.14'E Kawasan tanaman jagung berdekatan dengan Sungai B. Terdapat 171 altitud. juga saliran air ke kawasan tanaman yang berpunca dari Sungai B (Gua Fairyl Sungai Sarawak Kanan 3 1 38.3'N,11 12.23'E Kedalaman sungai 1m hingga 5m. Kelebaran sungai 5m hingga 1 I 11 altitud. m. Sungai beraliran deras. Keruh apabila berlaku hujan dan jernih (Gua Angin) pada cuaca cerah. Kawasan Persekitaran Gua Angin I Tangkapan katak dilakukan sekiranya aliran sungai deras dan tebink sungai tidak ~at disusuri. Transek hutan diialankan. Katak ditangkap menggunakan tangan dengan menggunakan teknik yang betul (Garnbarajah 3). Katak yang telah ditangkap dimasukkan ke dalarn plastik beg untuk 8

dibawa balik bagi tujuan pengecaman spesies. Maklumat seperti tarikh, mas a dan tempat katak ditangkap akan dicatatkan. Spesimen akan dicamkan identitinya berdasarkan rujukan 'Frogs of Borneo' (Inger & Stuebing, 1997). Katak ditimbang dengan menggunakan neraca penimbang IOg.l OOg dan 3g. Ukuran panjang bagi setiap individu yang ditangkap dilakukan, bermula dari mulut hingga ke anus. Spesimen yang akan dilepaskan semula akan ditandakan dengan teknik pemotongan hujung jari katak berdasarkan Sistem Hero (1989)(Heyer et.al, 1994). Gambarajab 3: Teknik Memegang Katak Menggunakan Tangan (Heyer et.al, 1994) 9

Kesemua data akan direkodkan ke dalam buku Inventori Amfibia UNlMAS. Katak yang telah ditanda, kemudiannya akan dilepaskan ke habitat asal. Katak yang dibunuh untuk pengambilan tisu, kemudiannya akan disetkan dalam larutan fonnalin 4%. Spesimen ini akan diletakkan ke dalam larutan alkohol 7% untuk pengawetan. Katak yang belum dapat dikenal pasti spesiesnya juga akan dibunuh dengan menggunakan klorobutanol bagi tujuan pengecaman selanjutnya dan akan disimpan di muzium UNlMAS. Anggaran bagi populasi katak sukar dilakukan kerana bilangan tangkap semula amat kurang walaupun persampelan dilakukan dua kali di kawasan kajian. Indeks kepelbagaian spesies katak akan dikira dengan menggunakan Indeks Shannon-Weiner. Analisis bagi perbandingan jumlah individu dan spesies di antara tiga plot dilakukan dengan menggunakan 'non-parametric test' Kruskal Wallis. 1

ANALISIS DATA Kelimpahan Relatif Spesies; Kelimpahan relatif spesies adalah bilangan spesies tertentu dalam sampel daripada jumlah keseluruhan individu yang telah ditangkap. Kelimpahan relatif spesies = ni N ni = jumlah spesies i N= jumlah keseluruhan Indeks Kepelbagaian; Hasil pengumpulan data yang telah diperolehi daripada kajian yang telah dijalankan, kemudiaannya dianalisis dengan menggunakan Indeks Kepelbagaian Shannon-Weiner (Zar, 1996) H' == n log n - I fi log fi n n = saiz sampel fi = bilangan individu bagi spesies i Data ini dianalisis dengan menggunakan, Program DIVERS version 1.2 yang telah diubahsuai oleh Charlie Laman (21), daripada program asal DIVERS yang telah dihasilkan oleh Krebs (1989). Rumus indeks Shannon-Weiner yang digunakan dalam program Divers adalah seperti rumus di atas. Program ini akan digunakan untuk 11

mengira kepelbagaian spesles yang menggabungkan Indeks Simpsons, Indeks Shannon-Weiner dan Indeks Brillouin. Namun Indeks Shannon-Weiner lebih ditekankan bagi pengiraan perbezaan di antara indeks kepelbagaian di ketiga-tiga plot dengan menggunakan Zar-t-test. Program RAREFACT oleh Krebs (1989) yang telah diubahsuai oleh Charlie Laman (21) digunakan bagi pengiraan anggaran spesies berdasarkan bilangan individu dalam sampel. Analisis bagi menguji perbezaan di antara bilangan individu serta spesies bagi ketiga-tiga plot dilakukan dengan menggunakan 'non-parametric test' Kruskal Wallis menerusi Program SPSS. KEPUTUSAN Kajian kepelbagaian spesies amfibia yang telah dijalankan di kawasan batu kapur Bau yang berlokasi di Gua Angin dan Gua Fairy telah beijaya memperolehi sejumlah 136 individu katak dengan 16 spesies. Persampelan selama lima hari untuk setiap plot yang telah dipilih. Ini menunjukkan sebanyak 1.6% daripada spesies katak yang terdapat di Borneo beijaya diperolehi. Indeks kepelbagaian bagi keseluruhan plot ialah.99782. Spesies yang ditangkap telah didominasi oleh famili Ranidae dengan 63% daripada keseluruhan jumlah tangkapan, diikuti oleh Bufonidae, 36% dan Rhacophoridae 1 %. Gambarajah 4 menunjukkan peratusan bilangan individu katak yang mewakili setiap famili. Secara keseluruhannya, 11 spesies daripada 16 spesies keseluruhan adalah dari Ranidae, diikuti oleh Bufonidae empat spesies dan Rhacophoridae satu spesies. 12

1%. Ranidae Bufonidae Rhacophoridae Gambarajah 4 : Peratusan Bilangan Individu Katak Berdasarkan Famili Dalam kajian ini, spesies yang banyak dijumpai adalah R. erythraea sebanyak 31 individu, mewakili sebanyak 23% daripada keseluruhan tangkapan. Ini diikuti oleh B. asper sebanyak 22 individu iaitu 16% daripada tangkapan dan B. melanostictus 21 individu mewakili 15% daripada jumlah tangkapan. Kelimpahan spesies serta bilangan individu setiap spesies ditunjukkan dalam ladual 2. ladual 3 pula menunjukkan jumlah tangkapan katak berdasarkan spesies di tiga buah plot (rujuk ladual I) yang telah dipilih berdasarkan kesesuaian keadaan. 13

Jadual 2 : Kelimpaban spesies serta bilangan individu setiap spesies katak Famili Spesis Jumlah Tangkapan Kelimpahan Relatif Bufonidae Ansonia longidigila 4.29 Ansonia spinuli/er 2.15 Bufo asper 22.162 Ranidae Bufo melanosliclus Limnonecles leporinus Rana eryhlraea Rana chalconola Fejervarya limnocharis Rana c!piclurala Rana hosii Rana nicorbariensis Fejervarya cancrivora Siaurois nalalor 21.154 5.37 31.228 8.59 16.118 II.81 2.15 3.22 4.29 2.15 Occidozyga laevis 3.22 Ranasp.7 Rhacophoridae PolyPeriales leucomyslax.77 Bilangan individu 136 Bilangan spesies 16 Indeks Shannon-Weiner H'.99782 Jadual3 : Jumlab tangkapan katak setiap spesies di tiga plot. Spesis Plot 1 Plot 2 Plot 3 Bufonidae Ansonia longidigila Ansonia spinulifer Bujoasper Bufo melanostictus 2 1 13 1 1 5 1 2 2 3 Ranldae Umnoneclus /eporinus Rat/II eryh/raea Rat/II cha/conola Fejervarya limnocharis RallO picturala Ranahosii Fejervarya cancrivora RaM nicorbariensis Occidozyga laevis Siourois Mlal()r Rat/II sp. Rlaacophoridae 2 6 I 12 1 1 24 6 3 I 3 2 2 3 1 1 1 II 2 2 1 Polypedales!eucomystax JUMLAH INDIVIDU JUMLAH SPESIES Jodeks Shannon-Weiner H' 39 9.7371 1 48 49 \ 12.73633.831 14

Berdasarkan tiga plot, plot 3 menunjukkan kepelbagaian spesies yang lebih tinggi dengan indeks kepelbagaian ialah.831 berbanding plot 1 dan plot 2 masingmasing dengan indeks kepelbagaian iaitu.7371 dan.73633. Berdasarkan Jadual 3 juga, diperhatikan spesies yang mendominasi setiap plot adalah berlainan. Plot 1 didominasikan oleh B. melanostictus, plot 2 didominasikan oleh R. erythraea manakala tangkapan terbanyak di plot 3 ialah dari spesies B. asper. Jadual 4 menunjukkan analisis perbandingan indeks kepelbagaian bagi ketiga-tiga plot. Jadual 4 : Perbandingan Indeks Kepelbagaian Antara Plot Plot 1 dengan Plot 2 Plot 2 dengan Plot 3 Plot 3 dengan plot 1 1.5 (2),87 = 1.987 ( I, kiraan=.843) t kritikal > t kiraan ; tiada perbezaan signifikan 1.5 (2),97 =1.984 ( I, kiraan =.68914) t kritikal > t kiraan ; tiada perbezaan signifikan 1.5 (2),88 =1.987 (I, kiraan= 3.58173) t kritikal < kiraan ; terdapat perbezaan signifikan Pengiraan bagi perbezaan indeks kepelbagaian antara plot dengan menggunakan Zar-t-test menunjukkan tiada perbezaan secara signifikan bagi kepelbagaian spesies di plot I dan plot 2 pada nilai p=.5. Nilai t yang dikira (.843) adalah lebih kecil daripada nilai t kritikal iaitu (1.987). Plot 2 dengan 3, juga menunjukkan tiada pebezaan signifikan bagi kepelbagaian spesies dengan nilai t dikira (.68914) lebih kecil daripada t kritikal (1.984). Namun bagi plot 3 dan 1, kepelbagaian spesies adalah berbeza secara signifikan. Nilai t dikira (3.58173) lebih besar daripada nilai t kritikal (1.987). 15

Gambarajah 5 menunjukkan jumlah tangkapan katak serta spesies yang diperolehi bagi ketiga-tiga plot dalam tempoh lima hari persampelan. 6 48 49 5 39 4.c.!! E.., 3 Kekerapan Individu ::J Bilangan Speseis 2 1 Plot 1 Plot 2 Plot 3 Plot Gambarajah 5 : Graf Bagi Kekerapan Individu nan Jumlah Spesies Bagi 3 Plot Berdasarkan kepada Gambarajah 6, ketiga-tiga plot menunjukkan tiada peningkatan dalam penemuan spesies barn setelah hari keempat persampelan dijalankan 14 12 i 1 ~ 8! 6 iii 4 2 o y - ;-: ~ P lotl Plot 2 c: - - Plot] 1 2 3 4 5 Uad Penampdan Gambarajab 6 : Graf Kumulatif Spesies Berdasarkan Hari Persampelan 16

Dengan menggunakan Program Rarefact, pengiraan bagi anggaran bilangan spesies berdasarkan bilangan individu bagi ketiga-tiga plot dilakukan (Jadual 5). Dengan analisis RAREF ACT ini, anggaran spesies yang minimum yang boleh diperolehi daripada ketiga-tiga plot dapat ditentukan. Pengiraan ditunjukkan dalam lamp iran. Jadual 5 : Anggaran spesies berdasarkan bilangan individu ditangkap bagi 3 plot (program RAREFACT) Jumlab Individu Plot 1 Plot 2 Plot 3 5 9 1 12 4 9 9 11 3 8 9 1 2 7 7 8 to 5 5 5 Graf menunjukkan anggaran pertambahan spesies berdasarkan bilangan individu yang ditangkap di plotkan seperti dalam Gambarajah 7. 14... 12 III 1) 1 CIl 1) p. CZl 8 C as 6 fa :::l 4 ~ 2 1 2 3 4 5 Bilangan Individu - -Plot 1 --Plot 2 --Plot 3 Gambarajab 7 : Graf Anggaran Spesies Berdasarkan Bilangan Individu Dalam Sampel (program Rarefact) 17

Bagi menguji perbezaan diantara jumlah individu serta jumlah spesies di antara ketiga-tiga plot, 'non-parametric test' Kruskal Wallis dijalankan menerusi Program SPSS. Oleh itu tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara individu bagi tiga plot bagi tempoh lima hari persampelan dengan Asymp.sig (.565) melebihi nilai kritikal padap=o.os. PERBINCANGAN Merujuk kepada data dalam jadual 3, R. erythraea banyak ditemui di plot 2 yang terletak di Gua Fairy berbanding dengan plot 1 dan plot 3. Kawasan di plot 2 merupakan kawasan yang telah diterokai oleh manusia dengan adanya pembukaan kawasan pertanian. Sungai yang mengalir di kawasan ini merupakan sumber air utama bagi petani mengaliri kawasan pertanian mereka. Transek sungai telah dijalankan sepanjang 2 meter. Sungai ini beraliran sederhana deras dan agakjemih. R. erythraea banyak ditemui di tebing-tebing sungai dan di atas batu. Katak ini dapat dijumpai di persekitaran kawasan penanaman jagung dan di sekitar tebing sungai yang mengaliri kawasan pertanian tersebut. Menurut Inger dan Stuebing (1997), katak dari spesies ini terdapat di habitat air tawar yang terganggu seperti tali air, khususnya di kawasan sawah padi dan katak betina pula biasanya dijumpai di tebing sungai. Berdasarkan kajian herpetofauna yang telah dijalankan di Tasek Bera (Norsham et.ai,2), R. erythraea juga merupakan spesies yang paling banyak ditemui. Kajian herpetofauna di Hutan Simpan Belum Perak, turut mendapati R. erythtraea merupakan spesies yang dominan (Norsham et.ai, 1996). Katak dari spesies ini mempunyai sistem penghadaman makanan yang efisien dan 18

membolehkannya bermandiri walaupun hidup di kawasan yang agak terganggu (Heng, 1972). Bagi plot I dan 3, hanya enam dan satu ekor katak dari spesies R.erythraea masing-masing ditemui. Sungai di Plot I yang terletak di Gua Fairy tidak beraliran deras, cetek dan agak sempit. Keadaan sungai ini agak tercemar kerana terdapatnya pembuangan sampah yang mungkin dilakukan oleh penduduk setempat atau pengunjung Gua Fairy ini. Sungai ini terletak berdekatan dengan jalanraya utama. Merujuk kepada Jadual 3, spesies katak yang paling banyak ditemui adalah B. melanostictus dan diikuti oleh F. limnocharis. Kedua-dua spesies katak ini menghuni di habitat yang terganggu. Katak ini dapat dijumpai di tepi jalan ataupun berdekatan dengan takungan air. Menurut Inger dan Stuebing (1997), B. melanostictus dapat menyesuaikan dirinya di dalam habitat terganggu dan luas bertaburan di kampung dan di bandar di kawasan tropika di Asia. Berbanding dengan Plot 3 yang terletak di Gua Angin, kawasan persampelan terletak berdekatan dengan Sungai Sarawak Kanan yang mengalir di hadapan gua. Sungai ini bera1iran deras dan dalam. Air akan menjadi keruh apabila berlakunya hujan lebat di lewat petang. Oleh kerana tiadanya kelengkapan sampan untuk menyusuri sungai, transek sungai tidak dapat dilakukan. Tangkapan katak juga agak sukar dilakukan di sekitar tebing yang agak curam dan berbahaya. Persampelan dijalankan di kawasan persekitaran gua dan transek hutan dilakukan. Spesies katak yang banyak diperolehi adalah dari spesies B. asper sebanyak 22 individu. Katak ini banyak ditemui tidak jauh dari kawasan tebing sungai dan ada juga yang telah dijumpai di kawasan hutan. Katak jenis ini agak mudah untuk ditangkap kerana 19

pergerakan dan lompatan yang agak lambat. Tangkapan bagi R. picturata pula hanya diperolehi di plot 3 berbanding dengan plot 1 dan plot 2. Katak dari spesies ini mempunyai kulit yang agak menarik kerana terdapat satu jalur berwama oren atau merah dari hujung muncung hingga ke tepi kelopak mata (Inger & Stuebing, 1997). Katak ini banyak ditemui tidak jauh dari tebing sungai. Menurut Inger & Stuebing (1997), katak ini boleh ditemui di kawasan hutan primer atau hutan yang agak terganggu di altitud berhampiran dengan paras laut hingga altitud 75Om. Ketiga-tiga kawasan plot kajian ini boleh dirangkumi sebagai kawasan yang agak terganggu oleh kegiatan aktiviti manusia. Di plot 1, contohnya, sungai di mana tempat persampelan dijalankan agak tercemar dengan pembuangan sampah seperti tin minuman, bekas pembalut makanan, botol kosong dan sebagainya yang mungkin dilakukan oleh penduduk setampat ataupun pengunjung yang datang ke Gua Fairy. Pemantauan ke atas aktiviti pembuangan sampah di sungai berkenaan perlu dilakukan bagi mengurangkan kadar pencemaran sungai. Tempat ini merupakan tarikan kepada pengunjung yang datang ke Bau yang ingin melihat pembentukan gua batu kapur yang unik. Selain itu juga, plot 1 terletak di kawasan yang tidak jauh daripada kawasan pertanian. Di plot 2, kawasan persampelan adalah berdekatan dengan kawasan pertanian penduduk tempatan. Sungai di kawasan itu merupakan sumber air utama bagi penduduk mengairi kawasan pertanian mereka. Oleh itu, sungai tersebut berkemungkinan besar teijejas dan tercemar oleh racun perosak yang digunakan oleh para petani ke atas tanaman mereka. Bahan pestisid ataupun herbisid yang digunakan mungkin melarut resap ke dalam sungai dan mengubah ph air serta Jamdungan organik di dalam sungai berkenaan. Ini akan menjejaskan habitat katak 2

terutamanya dalam perkembangan kitar hidupnya kerana katak mempunyai pennukaan kulit yang sensitif terhadap perubahan persekitaran khususnya pada peringkat berudu (Mazerolle, 21). Plot 3 merupakan kawasan perkelahan serta tumpuan perlancongan. Aliran sungai di plot ini juga berarus agak deras. Data juga menunjukkan 4 spesies yang dijumpai di plot 3 namun tidak diperolehi dari plot 1 dan plot 2 iaitu spesies A.spinulifer, R.picturata, R.hosii dan P.leucomystax. A.spinulifer menghuni di tebing-tebing anak sungai berbatu, jernih dan berarus deras di hutan primer pada altitud kurang daripada 7m ( Inger & Stuebing, 1997). Oleh kerana sungai yang terdapat pada plot 1 dan plot 2 tidak berarus deras, memungkinkan spesies ini tidak ditemui di plot berkenaan. Dua individu katak, R.hosii ditemui di plot 3. Katak dari spesies ini kerap ditemui di hutan primer yang terdapat sungai yang berarus deras dan jernih (Inger & Stuebing, 1997). Sungai Sarawak Kanan yang berarus deras dan agak jernih pada cuaca cerah ini memungkinkan spesies ini dapat dijumpai di plot ini berbanding dengan sungai plot 1 dan plot 2 yang tidak berarus deras. Menurut Inger dan Stuebing (1997), katak spesies ini dapat hidup di kawasan yang telah dibalak, asalkan terdapat sungai yang deras danjemih di kawasan tersebut. Hanya seekor katak dari spesies P.leucomystax berjaya diperolehi dari plot 3. Spesies ini merupakan penghuni habitat terganggu. Katak dari spesies ini boleh ditemui di seluruh Pulau Borneo dan bertaburan luas di Selatan Asia ( Inger & Stuebing, 1997). Ujian t telah dibuat bagi menguji perbezaan indeks diantara plot 1 dengan plot 2 dan plot 2 dengan plot 3 tidak menunjukkan perbezaan secara signifikan. Perbezaan bilangan spesies yang ditangkap di plot 1 dan plot 2 tidak ketara. Bilangan spesies 21

yang ditemui hanya berbeza dengan satu spesies. Manakala jumlah spesies di plot 2 banya berbeza dengan dua spesies dengan plot 3. Jumlah tangkapan secara individu di plot 2 pula hanya berbeza satu individu dengan plot 3. Perbezaan secara signifikan di antara plot 1 dengan plot 3 disebabkan mungkin oleh perbezaan sebanyak tiga spesies dan juga jumlah tangkapan individu yang agak ketara. Analisis perbandingan di antara jumlah individu serta jumlah spesies menggunakan Kruskal Wallis bagi ketiga-tiga kawasan tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Ini mungkin dipengaruhi oleh habitat amfibia yang hampir serupa di 3 plot di mana persampelan dijalankan. KESIMPULAN DAN CADANGAN Jumlah tangkapan amfibia yang telah diperolebi di kawasan batu kapur Bau ialah sebanyak 136 individu yang merangkumi 16 spesies dengan indeks kepelbagaian.99782. Spesies yang dominan ialah R. erythraea dengan kelimpahan relatif.228, diikuti oleh B. asper (.162) dan B. melanostictus (.154). Plot 3 mencatatkan indeks kepelbagaian spesies yang tertinggi iaitu.831 berbanding plot 1 dengan indeks kepelbagaian spesies.7371,manakala plot 2 ialah.73633. Berdasarkan 3 plot kawasan yang dikaji, tiada perbezaan signifikan indeks kepelbagaian di antara plot 1 dengan plot 2 serta plot 2 dengan plot 3. Manakala indeks kepelbagaian di plot 1 dan plot 3 adalah berbeza secara signifikan. Perbandingan di antara bilangan spesies serta individu bagi ketig-tiga plot kawasan tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Kajian amfibia eli kawasan batu kapur perlu dilakukan dengan lebih lanjut pada masa hadapan untuk memperolebi data kepelbagaian spesies amfibia yang lebih terperinci. Maklumat 22