YBhg. Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Similar documents
HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR


POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TRACE 2017 TRACING ALUMNI FOR COLLABORATION & ENGAGEMENT & BRIDGES-LINK

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

A. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION

7/2018 UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) LAPORAN KEMAJUAN BERKALA / PERIODIC PROGRESS REPORT

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM

KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DIKALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR DAN KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

PEMBERITAHUAN PERTANVAAN DEWAN RAKYAT 14 OKTOBER 2014 (SELASA)

TEKS UCAPAN YBHG. DR. MOHD GAZALI ABAS PENGARAH INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) PERHIMPUNAN BULANAN (OKTOBER 2017) ANJURAN

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM

PERLAKSANAAN AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN, 1994 DI INSTITUT LATIHAN AWAM HELMI BIN HJ. HARON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Presentation by Prof Dr Shahbaz Khan,UNESCO Asia Pacific Director of the Regional Science Bureau

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

HOST : Department of Urban and Regional Planning, Faculty of Built Environment, Universiti Teknologi Malaysia.

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN)

KANDUNGAN KANDUNGAN. 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Latar Belakang Masalah Masalah pengajaran dan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ELEMEN SEMIOTIK DALAM SENI PERSEMBAHAN RODAT TERENGGANU FAIZ SYAHMI BIN MOHD

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN JABATAN PEMAKANAN DAN DIETETIK SEMESTER 6, SESI 2016/2017 LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Sistem Bakeri Interaktif

PENDAPAT PELATIH TERHADAP KURSUS YANG DITAWARKAN DI AKADEMI BINAAN MALAYSIA JOHOR MOHD SYAIFUL AKMAL BIN MOHD NAIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pengenalan kepada Pengurusan Sumber Manusia

AMANAT KETUA PENGARAH TAHUN BARU 2018

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

Yang Berbahagia Pendaftar, Bendahari dan Ketua Pustakawan; Dekan dekan, Pengarah pengarah dan Ketua ketua Pusat Tanggungjawab;

Survey on Perak and Selangor 3 messages

APLIKASI PENJANA KUIZ MUDAH ALIH

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

Distribusi Simpanan Bank Umum Periode Januari 2018

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS: MASALAH DAN CADANGAN

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR DAN LEBUHRAYA BARU PANTAI

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MODELING OF SALT WATER INTRUSIONS INTO LANGAT RIVER ESTUARY, MALAYSIA

A Intake Januari 2016 (Pelajar Baru / serta individu yang belum /ingin ambil kursus ini

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

Untuk kerja-kerja pelancaran 'U Beam' dan kerja-kerja yang berkaitan dengan MRT

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

Pendaftaran Peserta / Sarapan Pagi Pengenalan - Konsep tapak & laman web. - Penyediaan Bahan - Grafik/Image/Photo/PDF/Flash Paper

Earthwork Activities in Private Housing Industry

OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA

PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: ISU-ISU TERPILIH

KERTAS KERJA LESTARIKAN BUMI HIJAU TAMAN REKREASI GUNUNG LEDANG TARIKH 2 JANUARI 2014 TEMPAT TAMAN REKREASI GUNUNG LEDANG

ADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

BIASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (BUMT) JABATAN PENGURUSAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU. - Syarat dan Kelayakan - Borang Permohonan

FACTORS THAT INFLUENCE THE SUCCESS OF ENTREPRENEURS: THE CASE OF AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (AIM) PROGRAM

SISTEM KAD PRESTASI (BALANCED SCORECARD) KERAJAAN NEGERI SELANGOR

KEBERKESANAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) DI DAERAH KUBANG PASU, KEDAH.

THE IMPACT OF THE FACEBOOK WEBSITE QUALITY ON USER S PERCEIVED ATTITUDE, INTENTION AND LOYALTY AMONG STUDENTS OF UTM TAMER ADEL SALEH ALAJRAMI

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2016 PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI DAN PRESTASI KEWANGAN AGENSI NEGERI SEMBILAN JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

e-buletin UTMSPACE EDISI 33 / 2015

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN CONTINOUS PROFESSIONAL DEVELOPMENT

THE DEVELOPMENT OF SMALL AND MEDIUM SIZED CONSTRUCTION FIRMS IN NIGERIA USING ABSORPTIVE CAPACITY BILAU ABDULQUADRI ADE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AUDIT KETUA NEGARA 2016 LAPORAN SIRI 1 PENGURUSAN AKTIVITI/ KEWANGAN JABATAN/ AGENSI DAN PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR

A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING IN KUALA TERENGGANU HO MEE CHYONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERANAN PESURUHJAYA BANGUNAN DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN KAJIAN KES : NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

MAKLUMAT PROGRAM/Details of Programme. Duration: Tempoh: DARI: From: HINGGA: To: MAKLUMAT IPTA/Details of IPTA

Ke Arah Pemupukan Pemikiran Aras Tinggi: Penggabungan Topik Pengajaran Fizik dan Kepentingan Kerja Berpasukan Para Pelajar. Muhammad Abd Hadi Bunyamin

GERAKAN DAYA WAWASAN (GDW) SEBAGAI PEMANGKIN PEMBINAAN NILAI-NILAI PROAKTIF, KREATIF, INOVATIF DAN CEMERLANG KOMUNITI LUAR BANDAR DI MALAYSIA

2 / BUKU PANDUAN SISWAZAH

Warkah Pengarah... Assalamualaikum dan salam sejahtera.

TOTAL HOSPITAL INFORMATION SYSTEM (THIS)

J\ Impacts of disturbance o~ fish communities in Sungat Pur, Terengganu I Annie Nums anak B1lly.

THE CHALLENGES AND SUCCESS FACTORS IN TOURISM ENTREPRENEURSHIP: CASE STUDY OF ENTREPRENEURS AT JONKER STREET, MALACCA

PERANAN JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA NEGERI SEMBILAN DALAM MEMPROMOSIKAN ALAT MUZIK CAKLEMPONG

KAJIAN SIFAT TANAH AKIBAT ALIH FUNGSI LAHAN TEMBAKAU DELIMENJADILAHANPERKEBUNANTEBUDIPTPNllKEBUN TANDEM HULU KABUPATEN DELI SERDANG SKRIPSI OLEH:

SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN PENDAFTARAN MAJIKAN PERKESO KUALA KANGSAR SECARA ATAS TALIAN KAMSIAH BINTI ZAINAL ABIDIN

SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI DALAM PENENTUAN PEMELIHARAAN KAWASAN WARISAN KAJIAN KES: BANDAR TAIPING, PERAK ZALISSA BINTI ZAINI

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

SEMINAR HASIL PENYELIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Distribusi Simpanan Bank Umum Periode April 2018

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

Distribusi Simpanan Bank Umum Periode Maret 2018

Distribusi Simpanan Bank Umum Periode Februari 2018

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERCEPTION OF MANAGEMENT PERSONNEL ON THE INTRODUCTION OF HOME OFFICE SYSTEM IN THEIR ORGANISATIONS GUNA SEELAN RETHINAM

Transcription:

TEKS UCAPAN ALUAN PENGARAH INTAN DI MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) INTAN-UUM BAGI KURSUS SARJANA SAINS PENGURUSAN PADA 28 OKTOBER 2011 (HARI JUMAAT) Saudara Pengerusi Majlis YBhg. Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia YBhg. Profesor Dato Dr. Mohamed Mustafa Ishak Naib Canselor Universiti Utara Malaysia YBhg. Profesor Dr. Mahamed Tayib Penolong Naib Canselor Kolej Perniagaan Universiti Utara Malaysia YBrs. Pegawai-pegawai Kanan INTAN Tuan-tuan dan puan-puan peserta kursus sekalian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah rahmat-nya kita dapat berhimpun di dalam majlis pada petang ini. Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia yang sudi melapangkan masa untuk bersama-sama kita di majlis ini dan

seterusnya menandatangani MoU INTAN-UUM Sarjana Sains Pengurusan bagi tempoh 2011 2016. 2. Saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran YBhg. Profesor Dato Dr. Mohamed Mustafa Ishak, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia dan Profesor Dr. Mohamad Tayib, Penolong Naib Canselor Universiti Utara Malaysia di atas kesudian hadir di Majlis Menandatangai MoU INTAN-UUM bagi Kursus Sarjana Sains Pengurusan. Sesungguhnya kehadiran YBhg. Profesor Naib Canselor ke majlis ini benar-benar memberi makna yang besar kepada peserta kursus yang sedang menghadiri Program DSP/SSP di INTAN ini. 3. Majlis ini amat bertepatan dari segi masa dan peranannya. Hala tuju negara kini telah dipaksikan kepada beberapa agenda transformasi nasional yang akan menerajui negara ini kepada satu negara yang berpendapatan tinggi bagi merealisasikan hasrat wawasan 2020. Dalam arus mengejar wawasan ini dalam konteks globalisasi dan perubahan sosio-ekonomi yang pantas beubah, negara memerlukan satu pendekatan baru dalam menyediakan modal insan yang berbakat dari segi penguasaan mereka dalam ilmu dan kemahiran baru supaya perkhidmatan awam sebagai 2

tulang belakang kepada pelaksanaan agenda transformasi ini dapat memberikan satu perkhidmatan yang cekap dan berkesan. 4. Kepimpinan YAB Perdana Menteri telah memperlihatkan penumpuan kepada pemerkasaan modal insan sebagai satu gagasan penting dalam mempercepatkan usaha kita ke arah negara maju. Ini hanya boleh direalisasikan sekiranya penjawat awam dapat melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan dan kemahiran baru yang dapat membantu dalam memantapkan perkhidmatan awam. Dalam konteks itu, peserta-peserta program adalah diharapkan untuk menjadi agen perubahan di organisasi masing-masing bagi menyebarkan dan mengamalkan pengetahuan dan kemahiran ini. Adalah diharapkan pengetahuan dan kemahiran mengenai pelbagai aspek pembangunan dan pengurusan sumber manusia dalam program ini akan menjadi satu ruang untuk memantapkan organisasi masing-masing supaya dapat menyokong matlamat strategi korporat serta visi dan misi organisasi. 5. Seperti mana tuan-tuan dan puan-puan sedia maklum, Kursus Diploma Sains Pengurusan ini merupakan antara program awal yang telah dijalankan di INTAN sejak tahun 1974 lagi. Manakala program Sarjana Sains Pengurusan pula dihasilkan 3

menerusi kerjasama di antara INTAN dengan UUM. Pelaksanaan secara bersepadu antara Kursus Diploma Sains Pengurusan dan Sarjana Sains Pengurusan telah mula diperkenalkan pada tahun 1999 bertujuan untuk memantapkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pengurus-pengurus di dalam sektor awam dalam pelbagai bidang yang berkaitan seperti kepimpinan, pengurusan sumber manusia, pengurusan organisasi, pentadbiran kewangan, pengendalian projek dan penyelidikan operasi. 6. Kursus Diploma Sains Pengurusan / Sarjana Sains Pengurusan adalah merupakan salah satu Projek Perdana atau Flagship INTAN yang telah menjadi mercu tanda dan kebanggaan INTAN. Perancangan kursus Diploma Sains Pengurusan adalah bagi memenuhi keperluan profesionalisme pengurus-pengurus sektor awam bagi menjalankan fungsi-fungsi kepengurusan secara objektif dalam organisasi masing-masing. Bagi mencapai matlamat ini, kurikulum kursus telah dirangka dengan memberi tumpuan kepada konsep pembelajaran bersifat holistik atau total learning yang bertujuan untuk melahirkan penjawat awam yang berfikir dan berbakat (thinking and talented civil servant). Ini adalah selaras dengan dasar kerajaan yang kini menjurus kepada 4

value management atau pengurusan nilai yang mana memerlukan alat pengurusan atau management tool bagi mencapai nilai bagi wang. Selaras dengan itu, pendekatan pembelajaran dalan kursus ini akan dijuruskan kepada usaha untuk memantapkan peserta dengan pengetahuan dan kemahiran yang dapat membentuk dan mengorientasikan pemikiran yang analitik, kritis dan kreatif. 7. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, kursus Diploma Sains Pengurusan ini mengandungi 12 modul yang dilaksanakan dalam tempoh sembilan bulan. Modul-modul tersebut ialah Pengurusan Sumber Manusia, Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi, Analisis Matematik Gunaan, Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Ekonomi Sektor Awam, Perakaunan Perniagaan, Pengurusan Projek, Pengurusan Perniagaan, Pengurusan Kewangan Awam, Analisis Statistik, Metodologi Penyelidikan dan Penyelidikan Operasi. Kursus Sarjana Sains Pengurusan pula mengandungi 10 bidang iaitu Strategic Management, Advanced Research Metodology, Human Resource Management, Management Accounting, Management Information System, Organisation Behaviour, Internal Bussiness, Law and Ethics, Public Policy Analysis, Communication for Managers dan 5

Dissertation. Kesemua modul tersebut sebenarnya membentuk pakej latihan kursus yang dikemaskini dari semasa ke semasa supaya relevan, sesuai dan praktikal dengan tugasan dan tanggungjawab pegawai dalam organisasi masing-masing. 8. Dalam usaha untuk memantapkan budaya ilmu di sektor awam, INTAN melalui kerjasama dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) telah memperkenalkan program Sarjana Sains Pengurusan mulai tahun 1999. Dalam tempoh ini sejumlah dua MoU telah dimeterai di antara INTAN-UUM dan MoU yang akan ditanda tangani sebentar lagi adalah merupakan yang ketiga yang akan berkuatkuasa pada 1 November 2011. MoU ini akan digunapakai bagi pengambilan peserta Kursus SSP yang akan memulakan pengajian pada November 2011. Sebagai satu usaha penambahbaikan berterusan, jumlah kredit bagi pengajian SSP telah ditingkatkan kepada 42 jam kredit berbanding dengan dahulunya 30 jam kredit dan penekanan juga telah diberi kepada aspek penyelidikan melalui penyediaan kertas projek yang melibatkan 12 jam kredit. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, 9. Usaha pemerkasaan modal insan perlu berpaksikan kepada pembelajaran berterusan dan pengamalan secara praktikal 6

pengetahuan dan kemahiran baru atau emerging knowledge dan skills yang dapat menyediakan penjawat awam untuk menjadikan diri mereka relevan kepada peredaran dan khendak masa yang sering berubah dan pantas. Penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran daripada Program DSP/SSP ini adalah merupakan satu pendekatan ke arah perubahan ini. 10. Untuk peserta-peserta kursus, ingin dimakluman bahawa tuan-tuan dan puan akan melalui dunia akademik selama 9 bulan yang sudah tentunya berlainan sekali dengan corak tugasan rasmi di pejabat seharian. Dalam hubungan ini, sebagai sebuah institusi latihan, pihak INTAN akan sentiasa memastikan supaya peluangpeluang pembelajaran disediakan dalam bidang-bidang yang sesuai melalui reka bentuk kurikulum yang berteraskan kepada perkembangan dan kehendak semasa supaya adanya aplikasi pengetahuan dan kemahiran kepada persekitaran kerja. Dalam konteks ini, INTAN telah melaksanakan pendekatan total training yang mengaplikasikan pelbagai teknik pembelajaran seperti kajian kes, role-play, perbincangan kumpulan, penyediaan kertas projek dan lain-lain lagi. 11. Selain itu, menerusi pendekatan blended learning, INTAN telah menerokai sistem pembelajaran menggunakan gabungan 7

sumber elektronik dan di dalam kelas. Oleh itu, saya ingin menasihatkan tuan-tuan dan puan-puan supaya sentiasa mempersiapkan diri serta memberi komitmen yang jitu untuk meningkatkan lagi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman bagi memberikan sumbangan kepada satu perkhidmatan yang cekap dan berkesan khususnya apabila tuan-tuan dan puan-puan balik kepada organisasi masing-masing kelak. 12. Akhir kata, saya sekali lagi ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia dan YBhg. Profesor Dato Dr. Mohamed Mustafa Ishak, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia yang sudi bersama-sama kita pada petang ini. Majlis menandatangani MoU INTAN dengan Universiti Utara Malaysia merupakan satu simbol kesepakatan di dalam melahirkan warga yang berilmu dan berkemahiran selaras dengan visi INTAN untuk menjadi institusi pembelajaran yang terunggul. Sekian, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 8