MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI PERISIAN MICROSOFT VISUAL BASIC 6.0 NUR FAZILA BINTI SALLEH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Similar documents
FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KANDUNGAN KANDUNGAN. 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Latar Belakang Masalah Masalah pengajaran dan

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ELEMEN SEMIOTIK DALAM SENI PERSEMBAHAN RODAT TERENGGANU FAIZ SYAHMI BIN MOHD

POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI


Earthwork Activities in Private Housing Industry

APLIKASI PENJANA KUIZ MUDAH ALIH

IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS: MASALAH DAN CADANGAN

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) LAPORAN KEMAJUAN BERKALA / PERIODIC PROGRESS REPORT

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Sistem Bakeri Interaktif

PERLAKSANAAN AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN, 1994 DI INSTITUT LATIHAN AWAM HELMI BIN HJ. HARON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

MODUL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Ke Arah Pemupukan Pemikiran Aras Tinggi: Penggabungan Topik Pengajaran Fizik dan Kepentingan Kerja Berpasukan Para Pelajar. Muhammad Abd Hadi Bunyamin

MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITUJUKAN?

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

PERANAN PESURUHJAYA BANGUNAN DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN KAJIAN KES : NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR (PKPGB) UTM MOHD IRWAN BIN ABD RAHMAN

PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: ISU-ISU TERPILIH

KERANGKA PROGRAM KERJAYA BERSTRUKTUR ( STRUCTURED CAREER PROGRAM FRAMEWORK ) PUSAT KERJAYA DAN KAUNSELING UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

e Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (icompex 17)

PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS KBSM BAGI TOPIK OPTIK ABDUL HADI BIN SHAPIAI

SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN PENDAFTARAN MAJIKAN PERKESO KUALA KANGSAR SECARA ATAS TALIAN KAMSIAH BINTI ZAINAL ABIDIN

A. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION

THE IMPACT OF THE FACEBOOK WEBSITE QUALITY ON USER S PERCEIVED ATTITUDE, INTENTION AND LOYALTY AMONG STUDENTS OF UTM TAMER ADEL SALEH ALAJRAMI

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DIKALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR DAN KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

PERANAN JURUUKUR TANAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN MOHD AIMAN BIN MOHD KAMAROL BAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE DEVELOPMENT OF SMALL AND MEDIUM SIZED CONSTRUCTION FIRMS IN NIGERIA USING ABSORPTIVE CAPACITY BILAU ABDULQUADRI ADE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENDAPAT PELATIH TERHADAP KURSUS YANG DITAWARKAN DI AKADEMI BINAAN MALAYSIA JOHOR MOHD SYAIFUL AKMAL BIN MOHD NAIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGHARGAAN. dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Kalungan doa buat para

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN CONTINOUS PROFESSIONAL DEVELOPMENT

Binaan ringkas pengecas kapasitor bervoltan tinggi buatan sendiri bagi. sistem plasma fokus.

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

ADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN JABATAN PEMAKANAN DAN DIETETIK SEMESTER 6, SESI 2016/2017 LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Penggunaan Modelling Clay dalam Penghasilan Model 3D bagi Pelajar. di Universiti Pendidikan Sultan Idris

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

Pengenalan kepada Pengurusan Sumber Manusia

A Intake Januari 2016 (Pelajar Baru / serta individu yang belum /ingin ambil kursus ini

PENULISAN ILMIAH-PANDUAN UNTUK PEMBIMBING

PENGURUSAN TERNAKAN UDANG DI SRI MANJUNG, PERAK DARUL RIDZUAN. MOHD QUTSAM HASYIR BIN HJ. FAHKARZI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KAJIAN TERHADAP PEMBINAAN LANDSKAP. KAJIAN KES : DI TAMAN REKREASI TASIK DARULAMAN, JITRA, KEDAH NURHAFEZAWANI BINTI SENAPI

Functional Assessment Report Laporan Penilaian Fungsian

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

Survey on Perak and Selangor 3 messages

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN INFORMASI SEBAGAI SATU BUDAYA PENEMPATAN KERJA ALTERNATIF DALAM SEKTOR PEMBINAAN

PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Kota Kinabalu Sabah Malaysia

BIASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (BUMT) JABATAN PENGURUSAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU. - Syarat dan Kelayakan - Borang Permohonan

PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA

JABATAN GEOGRAFI, FAKULTI SENI DAN MUZIK

FAKTOR-FAKTOR KETIDAKPENGHUNIAN BANGUNAN KOMERSIAL DI BANDAR MERU RAYA, IPOH, PERAK

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI DALAM PENENTUAN PEMELIHARAAN KAWASAN WARISAN KAJIAN KES: BANDAR TAIPING, PERAK ZALISSA BINTI ZAINI

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MODELING OF SALT WATER INTRUSIONS INTO LANGAT RIVER ESTUARY, MALAYSIA

THE ASSESSMENT OF BUILDING DEFECTS MAINTENANCE IN HOSPITAL BUILDING NORDIYANA BINTI AB.LLAH

THE CHALLENGES AND SUCCESS FACTORS IN TOURISM ENTREPRENEURSHIP: CASE STUDY OF ENTREPRENEURS AT JONKER STREET, MALACCA

J\ Impacts of disturbance o~ fish communities in Sungat Pur, Terengganu I Annie Nums anak B1lly.

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

FACTORS THAT INFLUENCE THE SUCCESS OF ENTREPRENEURS: THE CASE OF AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (AIM) PROGRAM

Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017

PASARAN HARTA TANAH KEDIAMAN BERDASARKAN IMPLIKASI PENENTUAN HARGA RUMAH OLEH PEMAJU. KAJIAN KES NUSAJAYA ZARINATUL AIN BT AKHIRUDIN

Kesahan Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak Dalam Kalangan Pemain Lelaki Berumur 14 Dan 15 Tahun. Abstrak

Perspektif Guru Bahasa Arab Sekolah Menengah Terhadap Pengetahuan Isi Kandungan (PIK) Topik Khusus Ism Al- Adad Wa Al-Ma dud

FAKTOR-FAKTOR UTAMA YANG MEMPENGARUHI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PERUNTUKAN PELABURAN HARTA TANAH DARI PERSPEKTIF PELABUR.

MSG Quality Control [Kawalan Mutu]

Faculty of Engineering

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

AMALAN INOVASI DALAM KALANGAN PETANI CINA

DETERMINATION OF LEAD CONTENT IN WHITENING CREAM USING LASER INDUCED BREAKDOWN SPECTROSCOPY ANALYSIS WAN NORSYUHADA BT WAN MOHD SHUKRI

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT346 Natural Language Processing [Pemprosesan Bahasa Tabii]

Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING IN KUALA TERENGGANU HO MEE CHYONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcription:

MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI PERISIAN MICROSOFT VISUAL BASIC 6.0 NUR FAZILA BINTI SALLEH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik). Tandatangan :. Nama Penyelia : EN. NORAFFANDY YAHAYA Tarikh : 18 NOVEMBER 2008

i MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI PERISIAN MICROSOFT VISUAL BASIC 6.0 NUR FAZILA BINTI SALLEH Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia NOVEMBER 2008

i Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Tandatangan :... Nama Penulis : NUR FAZILA BINTI SALLEH Tarikh : 18 NOVEMBER 2008

iii Dedikasi Buat Ayahanda & Bonda tercinta; Salleh Bin Tuhalus & Fatimah Abd. Kadir, Semua kasih sayang, pengorbanan serta nasihatmu menjadikanku lebih matang dalam menjalani kehidupan ini... Teristimewa buat tunangku; Mohd. Herman Bin Klivon, Jutaan terima kasih atas semua semangat, dorongan dan bantuan yang dikau berikan...

iv PENGHARGAAN Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya, dapatlah saya menyiapkan penulisan Projek Sarjana Muda ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Penyelia Projek Sarjana Muda iaitu En. Noraffandy Bin Yahaya yang telah sudi memberi galakan, mencurahkan idea serta tunjuk ajar dalam menyiapkan tesis ini. Sekalung penghargaan khas buat keluarga tercinta dan insan tersayang yang telah banyak memberi dorongan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi sepanjang projek dijalankan. Sesungguhnya, kehadiran kalian di sisi memberi inspirasi yang tidak ternilai harganya, terima kasih. Kepada rakan-rakan, terima kasih kerana sudi berkongsi idea dan memberi membantu. Tidak lupa kepada rakan-rakan seperjuangan yang bersama-sama terlibat sepanjang pembangunan tesis ini. Akhir sekali buat semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung membantu dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Terima kasih di atas segalanya.

v ABSTRAK Pembelajaran bermodul (PB) seperti Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) merupakan satu kaedah pengajaran yang bersesuaian dan berkesan untuk memastikan para pelajar menguasai pembelajaran dengan lebih baik. Justeru itu, pembangun telah mangambil inisiatif untuk membangunkan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) bagi perisian Microsoft Visual Basic 6.0 sejajar dengan keperluannya di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Dengan MPK ini, pelajar dapat belajar mengikut kemampuan sendiri. Selain itu, MPK ini dibangunkan adalah sebagai bahan rujukan tambahan pelajar semasa pembelajaran amali di dalam makmal selain daripada pelajar boleh mempelajari perisian Microsoft Visual Basic 6.0 pada bila-bila masa mengikut kemampuan sendiri. Penggunaan Teori Beban Kognitif juga dapat memberikan kesan pembelajaran yang baik dimana modul ini menekankan visualisasi berbanding teks yang panjang dalam proses pembelajarannya. Oleh itu, pembinaan modul pembelajaran ini diharap dapat mengurangkan beban kognitif di kalangan pelajar.

vi ABSTRACT Learning with module (LM) like self learning model (SLM) is one of the most suitable teaching techniques to ensure students mastering their lesson. Therefore, the developer has taken an initiative to develop SLM for Microsoft Visual Basic 6.0 software to fulfill Faculty of Education, University Technology Malaysia (UTM) needs in present day. With this module, students can learn based on their ability. Besides that, this SLM was developing to be an additional revision during practical learning in computer lab. The usage of Cognitive Load Theory also gives the good impact to the students where this model actually emphasize more on visualization other on long text. Therefore, hopefully this module development will decrease cognitive load among the students.

vii ISI KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN TAJUK PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xii xv xvi I PENDAHULUAN 1.1 Pendahuluan 1.2 Latar Belakang Masalah 1.3 Pernyataan Masalah 1.4 Objektif Kajian 1.5 Skop Kajian 1.6 Kepentingan Kajian 1.6.1 Pelajar Fakulti Pendidikan 1.6.2 Pensyarah 1.6.3 Fakulti Pendidikan 1 3 8 10 10 11 11 11 12

viii 1.7 Definisi Istilah 1.8 Penutup 13 16 II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pendahuluan 2.2 Sejarah Modul 2.3 Takrif Pengajaran Individu 2.4 Takrif Modul 2.5 Pembelajaran Kendiri 2.6 Model Pembelajaran Kendiri 2.7 Andaian Modul 2.8 Prinsip Modul 2.9 Objektif Penggunaan Modul 2.10 Proses Pembelajaran Modul 2.11 Kebaikan Modul Pembelajaran Kendiri 2.12 Modul dalam Sistem Pendidikan di Malaysia 2.13 Kesan Penggunaan MPK ke atas pencapaian akademik 2.14 Pendekatan Pembelajaran 2.15 Teori Beban Kognitif 2.15.1 Cadangan Rekabentuk Modul Pembelajaran Berdasarkan Teori Beban Kognitif 2.15.2 Ciri Modul Pembelajaran Berdasarkan Teori Beban Kognitif 2.16 Model Rekabentuk Pembangunan MPK 2.16.1 Model ADDIE 2.17 Penutup 17 18 19 20 22 24 27 28 28 29 30 33 34 35 36 37 41 41 42 46

ix III REKA BENTUK MODUL 3.1 Pendahuluan 3.2 Fasa Analisis 3.2.1 Mengenalpasti Masalah 3.2.2 Matlamat Pembinaan Modul 3.2.3 Kumpulan Sasaran 3.2.4 Skop Isi Pelajaran 3.2.5 Hasil Pembelajaran Topik 3.3 Fasa Rekabentuk 3.3.1 Pendekatan 3.3.2 Susunan Modul 3.3.2.1 Kata-kata Motivasi 3.3.2.2 Hasil Pembelajaran 3.3.2.3 Pengenalan 3.3.2.4 Isi Pelajaran 3.3.2.5 Contoh Sebenar 3.3.2.6 Nota Tambahan 3.3.2.7 Tips 3.3.2.8 Latihan 3.4 Fasa Pembangunan 3.4.1 Perisisan yang digunakan 3.4.2 Isi kandungan 3.4.3 Rangsangan yang Menarik 3.5 Fasa Perlaksanaan 3.6 Fasa Penilaian 3.7 Penutup 47 48 49 49 49 49 50 50 51 51 51 52 52 52 52 53 53 53 53 54 54 54 55 56 56

x IV HASIL PEMBANGUNAN: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI 4.1 Pendahuluan 4.2 Kriteria Modul 4.2.1 Topik 1 4.2.1.1 Kata-kata Motivasi dan Hasil Pembelajaran 4.2.1.2 Pengenalan 4.2.1.3 Isi Pelajaran 4.2.2 Topik 2 4.2.2.1 Kata-kata Motivasi dan Hasil Pembelajaran 4.2.2.2 Pengenalan 4.2.2.3 Isi Pelajaran 4.2.3 Topik 3 4.2.3.1 Kata-kata Motivasi dan Hasil Pembelajaran 4.2.3.2 Pengenalan 4.2.3.3 Isi Pelajaran 4.2.4 Topik 4 4.2.4.1 Kata-kata Motivasi dan Hasil Pembelajaran 4.2.4.2 Pengenalan 4.2.4.3 Isi Pelajaran 4.2.4.4 Latihan 4.2.5 Topik 5 4.2.5.1 Kata-kata Motivasi dan Hasil Pembelajaran 4.2.5.2 Pengenalan 58 59 59 60 60 61 62 63 64 65 66 68 69 69 71 72 73

xi 4.2.5.3 Isi Pelajaran 4.2.5.4 Latihan 4.3 Dapatan Kajian 4.4 Penutup 74 75 77 79 V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 5.2 Perbincangan 5.3 Masalah-masalah yang Dihadapi semasa Pembinaan MPK 5.4 Cadangan 5.5 Kesimpulan 5.6 Penutup 80 80 87 88 90 91 RUJUKAN 92 LAMPIRAN 94

xii SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK HALAMAN 2.1 Tiga Peringkat Proses Pembelajaran Modul 29 2.2 Reka bentuk screen capture skrin penuh 40 2.3 Reka bentuk screen capture sebahagian skrin 40 2.4 Model ADDIE 43 4.1 Kata-kata Motivasi dan Hasil Pembelajaran bagi Topik 1 59 4.2 Pengenalan bagi topik 1 60 4.3 Contoh yang menunjukkan sistem penomboran di dalam penyampaian isi pelajaran bagi Topik 1 61 4.4 Kata-kata Motivasi dan Hasil Pembelajaran bagi Topik 2 62 4.5 Bahagian pengenalan bagi Topik 2 63 4.6 Contoh yang menunjukkan sistem penomboran di dalam penyampaian isi pelajaran, penggunaan nota dan tip 64

xiii bagi Topik 2 4.7 Kata-kata Motivasi dan Hasil Pembelajaran bagi Topik 3 65 4.8 Bahagian pengenalan bagi Topik 3 66 4.9 Contoh yang menunjukkan penyampaian isi kandungan pelajaran bagi Topik 3 67 4.10 Contoh yang menunjukkan penggunaan nota dan tip bagi Topik 3 67 4.11 Kata-kata Motivasi dan Hasil Pembelajaran bagi Topik 4 68 4.12 Bahagian pengenalan bagi Topik 4 69 4.13 Contoh yang menunjukkan sistem penomboran di dalam penyampaian isi pelajaran, penggunaan nota dan tip bagi Topik 4 70 4.14 Objektif dan Penerangan untuk Latihan pada Topik 4 71 4.15 Refleksi untuk Latihan pada Topik 4 72 4.16 Kata-kata Motivasi dan Hasil Pembelajaran bagi Topik 5 73 4.17 Bahagian pengenalan bagi Topik 5 74 4.18 Contoh yang menunjukkan sistem penomboran di dalam penyampaian isi pelajaran, penggunaan nota bagi Topik 5 75

xiv 4.19 Objektif dan Penerangan untuk Latihan pada Topik 5 76 4.20 Contoh kod beserta penerangan setiap kod 76 4.21 Refleksi untuk Latihan pada Topik 5 77

xv SENARAI SINGKATAN MPK - Modul Pembelajaran Kendiri P&P - Pengajaran dan Pembelajaran PB - Pembelajaran Bermodul UTM - Universiti Teknologi Malaysia

xvi SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK HALAMAN A Borang Penilaian Pakar 94 B Borang Penilaian Pelajar 1 95 C Borang Penilaian Pelajar 2 96 D Borang Penilaian Pelajar 3 97 E Borang Penilaian Pelajar 4 98 F Borang Penilaian Pelajar 5 99

1 BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Wawasan 2020 merupakan satu matlamat atau jangkaan yang hendak dicapai oleh Malaysia. Sesebuah negara yang mempunyai wawasan memerlukan rakyat yang mempunyai kebolehan, kemampuan, daya tahan, daya saing serta daya juang yang tinggi (Sidek Mohd Noah dan Jamaludin Ahmad, 2005). Walau bagaimanapun, cita-cita negara tidak akan tercapai hanya dengan meningkatkan infrastruktur atau menambah bilangan sumber tenaga murah. Sebaliknya, pencapaian matlamat ini memerlukan satu peningkatan tahap produktiviti dan daya saing negara. Maka, bidang pendidikan merupakan bidang yang penting dalam membentuk dan membangunkan sesebuah negara. Ia memerlukan usaha-usaha yang strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang tinggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21. Justeru dapat dilihat dunia pendidikan adalah suatu bidang yang tidak dapat diasingkan daripada proses perkembangan dan pembangunan sesebuah negara. Dunia

2 pendidikan banyak dipengaruhi oleh dasar dan matlamat negara dan dalam masa yang sama kaedah pendidikan yang dipilih sering kali seiringan dengan matlamat negara. (Abdullah Sani Yahaya, 2003). Oleh itu, ia perlu diberikan perhatian yang serius. Dalam abad ke-21, masyarakatnya berlumba menguasai ilmu pengetahuan. Masyarakat diberikan kesedaran tentang budaya menggalakkan ahli masyarakat membaca. Tanpa kemahiran membaca, masyarakat mempunyai halangan untuk mencari dan meningkatkan ilmu mereka. Usaha ini memerlukan pembangunan modal insan dari segi keupayaan dan intelek. Justeru itu, Misi Nasional dan Rancangan Malaysia Kesembilan telah menetapkan pembangunan modal insan berminda kelas pertama sebagai salah satu daripada lima teras utama ke arah mencapai Wawasan 2020 (Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, 2006). Sesungguhnya, kejayaan agenda pembangunan modal insan amat bergantung kepada kualiti sistem pendidikan negara. Kenyataan ini juga selari dengan sasaran UTM iaitu untuk meningkatkan kualiti pendidikan di dalam usaha melahirkan sumber manusia yang berdaya saing dan kreatif. Bagi melaksanakan hasrat ini, sewajarnya amalan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran diberi nafas baru dan dipelbagaikan untuk merangsang minda pelajar menjadi pelajar yang kreatif. Pelajar tidak seharusnya pasif dan hanya memberi respon kepada rangsangan guru (Boud,1988; Kohonen, 1992; Knowles,1975). Pendekatan pengajaran secara spoon feeding seharusnya dikikis dari pemikiran para pendidik tetapi diubah dengan membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan maklumat. Maka, para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak hidup manusia yang mampu menghadapi alaf baru, abad ke-21. Kebanyakan pendidik sedar akan kewujudan perbezaan individu di kalangan para pelajar. Meskipun mereka berada dalam bidang yang sama, mereka tetap mempunyai perbezaan individu seperti teknik dan gaya belajar, cara menyelesaikan masalah, tingkah

3 laku, motivasi, kesediaan dan kebolehan menguasai sesuatu kemahiran dan nilai terhadap satu-satu pelajaran (Burn,1971). Walaubagaimanapun, kita dapati di kebanyakan bilik darjah, para pelajar biasanya terikat pada urutan pengajaran dan bahanbahan pembelajaran yang sama seperti rakan-rakan mereka yang lain. Salah satu cara yang boleh digunakan untuk menangani masalah ini ialah dengan mengindividukan pengajaran iaitu membuatkan aktiviti-aktiviti pembelajaran sesuai mengikut kebolehan para pelajar. Modul pembelajaran kendiri adalah salah satu cara untuk mengindividukan pengajaran. Modul pembelajaran kendiri adalah pakej pembelajaran yang bertujuan untuk membolehkan para pelajar belajar sendiri dengan adanya bahan P&P bercetak (Shaharom, 1994). Modul pembelajaran kendiri ini berfungsi sebagai tutor kepada pelajar manakala pensyarah sebagai fasilitator sahaja. Hasil kajian yang telah dilakukan oleh Habibah Elias (1991) membuktikan bahawa kegunaan modul boleh membantu meningkatkan prestasi pencapaian seseorang pelajar. Shaharom Noordin (1990) menjelaskan bahawa kegunaan modul pembelajaran kendiri memberikan pelajar sedikit ruang kebebasan untuk meneruskan proses pembelajaran mereka mengikut kebolehan dan cara masing-masing dalam menyudahkan aktiviti pembelajaran yang terkandung dalam modul berkenaan. 1.2 Latar Belakang Masalah Dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran komputer di universiti pada masa kini, corak penyampaian pelajaran masih berada di tahap lama dan tradisonal. Ini dapat dilihat menerusi kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan, di mana kaedah kelas masih diamalkan. Pensyarah berdiri di hadapan kelas, membaca atau

4 menulis di papan putih manakala pelajar-pelajar menerima sahaja apa-apa yang diberikan oleh pensyarah. Proses pengajaran dan pembelajaran begini berlaku secara sehala dan pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak aktif. Ini kerana proses ini hanya berlaku sehala, iaitu guru memberi seberapa banyak tunjuk ajar yang mungkin dan pelajar hanya menerima apa-apa yang diberikan oleh guru (Salleh Long, 2000). Selain itu, sesetengah pensyarah menggunakan teknik soal jawab untuk berinteraksi dengan pelajar tetapi teknik ini juga menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran masih bersifat teacher centered kerana pensyarah yang mengemukakan soalan dan pelajar hanya memberi pendapat atau jawapan. Dalam tempoh masa semester yang terhad pula, tidak semua pelajar berpeluang melibatkan diri dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Hal ini menyebabkan para pelajar mudah merasa bosan dan tidak menumpukan perhatian yang sepenuhnya ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Sesekali, dalam proses pengajaran dan pembelajaran matapelajaran komputer, kaedah perbincangan kumpulan juga digunakan oleh pensyarah-pensyarah dan pensyarah bertindak sebagai pemudah cara. Pensyarah juga sesekali menunjukkan caracara menggunakan komputer secara langkah demi langkah. Contohnya dalam mata pelajaran Bahasa Pengaturcaraan II (SPM 3112) yang diajarkan di UTM Skudai. Perisian yang dipelajari ialah perisian Microsoft Visual Basic 6. 0 dan ini memerlukan pensyarah menunjukkan langkah demi langkah cara-cara menghasilkan sesuatu projek. Tetapi masa yang diperuntukkan tidak mencukupi. Pensyarah terpaksa mengajar dengan pelajar yang banyak didalam kelas dengan laju dan pelajar tidak dapat mengikutinya. Dengan kelas yang ramai pelajar, pensyarah sukar untuk memantau dan menguji kefahaman pelajar. Dan di sinilah bergunanya sesuatu Modul Pengajaran Kendiri (MPK). Pelajar boleh belajar sendiri dan mengikut kemampuan sendiri (Shaharom Noordin, 1994). Perbezaan individu di kalangan pelajar dari segi gaya pembelajaran, perhatian

5 terhadap pelajaran, kecepatan dalam pembelajaran, minat dan sebagainya merupakan masalah yang seharusnya di ambil kira dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Perbezaan individu ialah perbezaan dalam apa jua ciri yang dapat dikenalpasti antara individu termasuk aspek fisiologi, intelek, emosi, motivasi dan psikologi seperti kecerdasan ( Siti Hawa Munji, 1993). Masalah yang ketara yang berlaku dalam sistem pembelajaran matapelajaran komputer pada masa kini ialah, spoon feeding. Pelajar-pelajar menerima apa-apa yang diberikan oleh pensyarah. Oleh sebab kekangan waktu, peluang untuk pelajar-pelajar berinteraksi dan berbincang dengan pensyarah terhad (Salleh Long, 2000). Sekiranya mereka ada masalah, mereka terpaksa berjumpa pensyarah berkenaan pada waktu lain. Tetapi bukan semua pelajar mahu berjumpa dengan pensyarah. Bagi pihak pensyarah pula, mereka tidak dapat meluangkan masa untuk membantu pelajar-pelajar kerana tugas-tugas lain. Oleh itu, mereka hanya dapat memantau kemajuan pelajar pada waktu mata pelajaran itu dijalankan sahaja. Perbincangan dan pertukaran pendapat antara pelajar pula hanya berlaku di kalangan pelajar-pelajar kelas ataupun di dalam kumpulan mereka itu sahaja dan mereka tidak berpeluang untuk berbincang dengan pelajar-pelajar kelas lain. Meskipun kini UTM telah memperkenalkan e-learning iaitu salah satu tren penggunaan teknologi yang utama dalam era ICT dewasa ini (Goh dan Azman, 2005), tetap tidak semua pelajar yang melibatkan diri secara aktif dalam perbincangan disebabkan oleh perasaan malu dan rendah diri. Kebanyakan pelajar malu untuk mengeluarkan pendapat sendiri kerana merasakan pendapat mereka itu tidak tepat dan takut tidak mendapat maklumbalas daripada pelajar-pelajar lain. Salah satu cara yang boleh digunakan untuk menangani masalah ini ialah dengan mengindividukan pengajaran iaitu membuatkan aktiviti-aktiviti pembelajaran sesuai

6 mengikut kebolehan para pelajar. Di samping mengekalkan pendekatan sistem yang ada sekarang, langkah ini juga boleh membuatkan proses pembelajaran yang berlaku akan lebih humanistik. Ini adalah sejajar dengan usaha kerajaan untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, emosi, jasmani dan rohani (Falsafah Pendidikan Negara, 1990; Shaharom, 1992). Modul pembelajaran kendiri merupakan satu alternatif bagi memupuk dan memberi pendedahan awal kepada pelajar untuk belajar sendiri tanpa bergantung kepada pensyarah. Maka, pembinaan modul pembelajaran kendiri merupakan salah satu cara untuk melaksanakan objektif ini. Keadaan ini akan membolehkan pelajar belajar sendiri mengikut kebolehan dan kemampuan sendiri. Modul pengajaran kendiri perisian Microsoft Visual Basic 6. 0 yang terdapat di pasaran adalah terlalu mahal. Maklumlah, ia ditulis oleh pembangun luar negara dengan ayat-ayat bahasa inggeris yang berbelitbelit serta menggunakan perbendaharaan kata yang tinggi. Seseorang pengguna yang biasa tidak akan berusaha untuk merujuk pada kamus untuk setiap perkataan yang pelajar tidak tahu. Pengguna akan mudah mengalah dan akan menganggap perisian Microsoft Visual Basic 6.0 ini susah. Selain bahasa yang digunakan sukar untuk difahami, contoh-contoh yang digunakan pula terlalu rumit untuk diikut oleh pelajar. Urutan pelajaran dari susah ke senang seharusnya diaplikasikan dalam setiap modul pembelajaran kendiri. Ini kerana pengguna belajar dari senang ke susah, dari konkrit ke abstrak, dan dari am kepada yang khusus (Saniah Sayuti, et al 2000). Di dalam buku-buku yang berada di pasaran tidak mengaplikasikan cara ini. Pembangun menganggap semua pelajar sudah mahir dengan asas-asas perisian Microsoft Visual Basic 6. 0. Ini tidak adil bagi pengguna yang baru untuk belajar perisian Microsoft Visual Basic 6. 0 Memandangkan potensi modul yang semakin menyerlah, maka pembinaan dan

7 penghasilan modul telah dipertimbangkan dalam projek sarjana muda ini untuk tajuk Microsoft Visual Basic 6. 0 bagi topik Misrosoft Visual Basic 6.0 Installation, Getting Acquainted with Visual Basic, Creating Your First Application, Form dan Working with Objects sahaja. Secara ringkasnya, bahan modul jika dibina dengan teliti dan digunakan dengan cara yang betul boleh membantu pelajar menguasai aspek-aspek tertentu dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Cadangan untuk menggunakan program kaedah pengajaran dan pembelajaran individu berbentuk modul untuk mengatasi masalah kekurangan guru dan bahan rujukan adalah bagus untuk memperkenalkan cara baru untuk belajar (H. K. Chai, 1991). MPK yang dihasilkan adalah modul berteraskan langkah demi langkah. Bermaksud pengguna belajar mengikut urutan satu per satu, dari senang ke susah. Dengan menggunakan bahasa Inggeris yang mudah, pengguna lebih mudah faham dan dapat mengikuti contohcontoh yang mudah yang diberikan dalam modul pengajaran kendiri. Pengguna boleh belajar pada bila-bila masa mengikut kecepatan dan kebolehan pengguna itu sendiri (Shahrom Noordin, 1994). Selain itu juga, buku-buku yang terdapat di pasaran kurang menggunakan teks dan rajah sebagai nota pengajaran dan pembelajaran. Pembaca-pembaca akan bergerak di dalam satu baris teks untuk membina satu gambaran pangkalan teks. Mereka akan membina sebuah model mental tentang keadaan yang diterangkan menggunakan maklumat daripada pangkalan teks yang terdapat di dalam ingatan jangka panjang. Mereka akan cuba memahami perkataan sukar atau tidak biasa secara perlahan-lahan. Jika terdapat sebuah gambar, mereka mungkin akan merujuk kepada gambar untuk memahami teks. Pemerhatian terhadap gambar akan meningkatkan pengetahuan domain pembaca. Pembaca-pembaca akan memerhati berulang-kali antara teks dan gambar untuk

8 menjelaskan makna sepatah kata atau untuk membina atau untuk menghuraikan makna teks. Semua strategi-strategi ini dan keputusan perwakilan mental boleh digunakan dalam melengkapi kemahiran-kemahiran dan kekurangan-kekurangan pelajar (Shebilske and Reid, 1979) Berdasarkan petikan di atas, jelas penyelidik mengambil inisiatif untuk menghasilkan modul pembelajaran kendiri yang menyediakan penerangan prosedur secara teks dan rajah. Fakta ini disokong Kuntz, Drewniak dan Schott (1989), yang menyatakan bahawa pelajar yang kurang cemerlang dalam pendiidkan akademik akan bertambah baik jika mereka didedahkan dengan gambar dan diagram pepohon (tree diagram). Pelajar yang mempunyai latar belakang akademik yang baik memadai bergantung kepada model mental mereka dalam membantu pemahaman terhadap sesuatu pembelajaran. Dengan ini, modul pembelajaran kendiri ini amat berguna untuk membolehkan pelajar menyesuaikan diri dengan baik dengan situasi pembelajaran bertepatan dengan kaedah pembelajaran di peringkat tinggi yang lebih cenderung kepada pembelajaran kendiri yang mana modul ini adalah sebagai inisiatif bagi menggalakkan pelajar untuk belajar sendiri tanpa bergantung semata- mata kepada pensyarah. 1.3 Pernyataan Masalah Pada era globalisasi serta teknologi maklumat yang pesat ini, penekanan kepada

9 aspek-aspek mutu pendidikan secara menyeluruh adalah penting. Aspek ini penting kerana mutu pendidikan menjamin kejayaan atau kegagalan dalam sesebuah organisasi. Sebagaimana yang kita ketahui, kini terdapat pelbagai bahan rujukan berada di pasaran. Namun, kebanyakan daripadanya menggunakan Bahasa Inggeris aras tinggi sebagai bahasa pengantar. Keadaan ini akan melambatkan kefahaman pelajar dalam mempelajari sesuatu mata pelajaran terutama bagi subjek komputer seperti yang dikaji oleh pembangun iaitu subjek Bahasa Pengaturcaraan II seterusnya memberikan kesukaran kepada pelajar dan juga pensyarah untuk menjalani dan meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran di fakulti. Terdapat beberapa masalah yang dapat dikenal pasti bagi mata pelajaran Bahasa Pengaturcaraan II, sebelum ini tiada modul pembelajaran kendiri yang khas bagi pengajaran Bahasa Pengaturcaraan II di makmal yang dibina berdasarkan sukatan pelajaran subjek ini di Fakulti Pendidikan, UTM. Ketiadaan modul yang khusus dan sesuai menimbulkan kepayahan di kalangan pelajar untuk mendapatkan panduan selain daripada nota kuliah yang diberi pensyarah serta beberapa bahan rujukan luar. Kebanyakan bahan rujukan berada di pasaran mempunyai skop pembelajaran yang terlalu luas dan berbeza dari sukatan pelajaran yang dibina oleh Jabatan Multimedia Fakulti Pendidikan. Keadaan ini bertambah rumit kerana kebanyakan bahan rujukan yang berada di pasaran adalah dari luar negara yang kebanyakannya sukar diperoleh dan harganya mahal. Keadaan ini menyukarkan dan membebankan kognitif pelajar dan juga pensyarah dari Fakulti Pendidikan di UTM ini untuk membuat rujukan dan memerlukan buku rujukan yang banyak untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Bebanan membawa nota atau rujukan yang pelbagai menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah dengan tidak membawa nota dan hanya mendengar pensyarah mengajar dihadapan. Nota-nota yang diberikan oleh pensyarah secara berperingkat-peringkat tidak dikemaskini menyebabkan ada nota yang tercicir secara tidak langsung menyebabkan faktor keciciran berlaku.

1 Disebabkan hal ini, maka pembangun ingin membina Modul Pembelajaran Kendiri bagi topik Misrosoft Visual Basic 6.0 Installation, Getting Acquainted with Visual Basic, Creating Your First Application, Form dan Working with Objects dalam subjek Bahasa Pengaturcaraan II bagi mengatasi masalah ini. Pembangun menggunakan Teori Beban Kognitif dalam merekabentuk modul ini dan penyampaian isi kandungan secara langkah demi langkah. Diharapkan penghasilan modul ini dapat membantu semua pihak terutama kepada pelajar dan pensyarah di Fakulti Pendidikan ini. 1. 4 Objektif Kajian Antara objektif kajian yang ingin dicapai dalam kajian ini dalah seperti berikut: 1. 4. 1 Merekabentuk satu Modul Pembelajaran Kendiri bagi topik Misrosoft Visual Basic 6.0 Installation, Getting Acquainted with Visual Basic, Creating Your First Application, Form dan Working with Objects menggunakan aplikasi Visual Basic 6.0 bagi subjek Bahasa Pengaturcaraan II. 1. 4. 2 Merekabentuk satu Modul Pembelajaran Kendiri yang berdasarkan Teori Beban Kognitif.