UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017
UNITEN has been awarded Tier 5 SETARA-2017 rating (Excellent) in the 'Mature University Category at the Majlis Penarafan Universiti dan Kolej Universiti (SETARA) 2017. It was officiated by YB Dato' Seri Idris Jusoh, Minister of Higher Education, Malaysia. #SETARA2017 is an exercise to audit, evaluate and provide rating for Higher Learning Institutes in Malaysia. UNITEN Management would like to express its gratitude to all staff for the hard work and commitment. Keep #SoaringUpwards!
30 OKTOBER 2017 SEPANG MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT DAERAH SEPANG 2017 Seramai sembilan orang pelajar Tahfiz UNITEN telah mengambil bahagian dalam pertandingan tilawah dan hafazan al-quran dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Daerah Sepang 2017 yang berlangsung di Pejabat Agama Islam Daerah Sepang pada 30 dan 31 Oktober 2017 yang lalu. Terdapat tiga kategori bagi pertandingan hafazan iaitu 1 hingga 10 Juzuk beserta Tarannum, 1-20 juzu dan 1-30 Juzuk. Manakala bagi tilawah al-quran, setiap peserta dikehendaki mengalunkan bacaan mengikut Tarannum yang telah ditetapkan. Muhammad Imran Bin Zulzamrin, telah diumumkan sebagai juara bagi kategori 1-30 Juzuk dalam kategori lelaki, sekaligus telah melayakkan diri mewakili Daerah Sepang ke peringkat Negeri Selangor. Nadzeefah Binti Zamil pula mendapat Naib Johan dalam kategori 1-20 juzu (Perempuan) manakala Nur Afifah Binti Mahjub mendapat tempat ketiga juga di dalam kategori yang sama. Sekalung tahniah dan penghargaan kepada kesemua pelajar yang telah mengambil bahagian di dalam pertandingan ini. Anda kebanggaan kami.
4 NOVEMBER 2017 PUTRAJAYA PERTANDINGAN MEMANCING DAN KARNIVAL JUALAN 2017 Pertandingan Memancing Dan Karnival Jualan 2017 merupakan program anjuran Kelompok Penginapan Cendekiawan dan Kelab Kilat yang telah berlangsung di Tasik UNITEN. Karnival ini menarik hampir 320 peserta, yang terdiri daripada pelajar-pelajar, anggota kerja UNITEN serta orang awam. Program ini merupakan program kedua melalui kerjasama Kelompok Cendekiawan bersama Kelab Kilat UNITEN dan diadakan bersempena sambutan UNITEN yang ke-20 tahun. Farizal Mohamad Khalid yang juga anggota kerja UNITEN daripada Jabatan FDM telah dinobatkan sebagai juara setelah berjaya memancing ikan Keli seberat 6.26kg, Manakala tempat kedua dan ketiga jatuh ke tangan Mohd Aditya, yang berjaya memancing Ikan Rohu, seberat 4.51kg dan Ikan Ketutu seberat 2.47kg. Diharap program seperti ini dapat diteruskan lagi sebagai salah satu aktiviti riadah dan rekreasi.
8 NOVEMBER 2017 BANGI PERSIDANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN MULTIMEDIA ANTARABANGSA KE-7 (ICIMµ2017) Persidangan Teknologi Maklumat dan Multimedia Antarabangsa ke-7 (ICIMμ2017) telah dianjurkan oleh Kolej Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). Persidangan ini diadakan selama dua hari bertempat di Hotel Bangi-Putrajaya, dengan tema "Powering Information Society through Data Analytics". Program yang dianjurkan setiap tiga tahun oleh UNITEN ini melibatkan penyertaan dari kalangan para penyelidik, akademik dan pihak industri tempatan serta antarabangsa. Ini merupakan satu pengiktirafan kepada UNITEN dalam menyediakan satu platform perkongsian ilmu dan perkomersialan hasil-hasil kajian para penyelidik. Persidangan ini juga merupakan kesinambungan kepada siri seminar di peringkat nasional yang telah dianjurkan sebelum ini dalam usaha meningkatkan budaya penyelidikan terutamanya di kalangan pelajar. Persidangan ini telah dirasmikan oleh, Yang Berusaha Dr. Mohd Mokhtar Bin Tahar, Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Perancangan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mewakili Yang Berbahgia Datuk Seri Dr Mohd Azhar Bin Hj. Yahya, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
14-15 NOVEMBER 2017 PUTRAJAYA KARNIVAL KERJAYA UNITEN 2017 Karnival Kerjaya UNITEN 2017 yang telah dianjurkan selama dua hari ini, merupakan program yang dianjurkan oleh Pusat Penajaan, Kerjaya dan Alumni (SCA) UNITEN bersama Career Embasador. Karnival ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Nik Ali bin Mat Yunus, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Selain daripada perasmian karnival, pelancaran Internet khusus UNITEN 10Gbps dan Portal Komuniti Alumni UNITEN juga telah diadakan ketika perasmian berlangsung. Acara tahunan yang dijalankan selama dua hari ini berjaya menarik penyertaan syarikat dan agensi pekerjaan yang ada, untuk memberi maklumat mengenai peluang pekerjaan dan latihan untuk pelajar UNITEN, alumni dan pelajar-pelajar daripada institusi pengajian lain yang ada di Malaysia. Melalui Karnival Kerjaya ini, 17 syarikat dan 1 Premier Career Platform telah mengambil bahagian.
MARKETING initiative Oktober november
30 OKTOBER 3 NOVEMBER 2017 UNITEN KSHAS SAFETY WEEK 2017 UNITENWOW V : THE CELEBRATION 6 NOVEMBER 2017
10 11 NOVEMBER 2017 ACCOUNTING STUDENTS CONFERENCE (ASC) 2017 12 NOVEMBER 2017 DANCE FOR KINDNESS 2017 Credit to CSIT FB