ANALISIS TIPOLOGI DAN MOTIF TEMBIKAR TANAH DI TAPAK KAMPUNG BARU, KOTA KUALA MUDA, KEDAH

Similar documents
KEBUDAYAAN HOABINHIAN DAN NEOLITIK DI GUA JAYA, HULU KELANTAN. Nur Sarahah Mohd Supian, Zuliskandar Ramli & Azimah Hussin

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

Earthwork Activities in Private Housing Industry

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MODELING OF SALT WATER INTRUSIONS INTO LANGAT RIVER ESTUARY, MALAYSIA

Binaan ringkas pengecas kapasitor bervoltan tinggi buatan sendiri bagi. sistem plasma fokus.

Mohd Aqmin Abdul Wahab Universiti Kebangsaan Malaysia. Hazrul Izuan Shahiri Universiti Kebangsaan Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Kesahan Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak Dalam Kalangan Pemain Lelaki Berumur 14 Dan 15 Tahun. Abstrak

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

J\ Impacts of disturbance o~ fish communities in Sungat Pur, Terengganu I Annie Nums anak B1lly.

DETERMINATION OF LEAD CONTENT IN WHITENING CREAM USING LASER INDUCED BREAKDOWN SPECTROSCOPY ANALYSIS WAN NORSYUHADA BT WAN MOHD SHUKRI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA

ANALISIS SAINTIFIK SAMPEL DARI TAPAK ARKEOLOGI SUNGAI BATU, KEDAH MENGGUNAKAN APLIKASI SINAR-X

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

ARKEOLOGI, ARKEOLOGI, ARKEOLOGI, SEJARAH & BUDAYA. Prosiding. Prosiding. Editor: Zuliskandar Ramli Mohd Samsudin Muhlis Hadrawi Akin Duli


UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

Pola dan Proses Pemilikan Tanah oleh Orang-orang Pulau di Kawasan Darat Mersing: Kajian Kes di Kampung Sri Bahagia

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

NOOR SHAHIDA BINTI ROSLI MASTER OF SCIENCE UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017

PALEOALAM DI TAPAK PALEOLITIK BUKIT BUNUH: ANALISIS GEOMORFOLOGI

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

Survey on Perak and Selangor 3 messages

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING IN KUALA TERENGGANU HO MEE CHYONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

mybalikpulau A Mapping & Interpretation Heritage Education Program for Young People

WARISAN TEMBIKAR TRADISIONAL MELAYU DI PAHANG

OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM

PENEMPATAN PERUMAHAN MASYARAKAT PINGGIRAN DI DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR. Samruhaizad Samion & Azahan Awang

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

IMPLIKASI PERUBAHAN PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP KESELAMATAN AWAM : KAJIAN KES DI BANDAR MUADZAM SHAH, PAHANG

Analisis Awalan Sisa-Sisa Cangkerang Moluska Prasejarah Akhir di Melanta Tutup dan Bukit Kamiri, Semporna, Sabah

Sistem Bakeri Interaktif

MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

Kajian Seramik Dagangan Di Sabah

PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Kota Kinabalu Sabah Malaysia

Dialek-dialek yang terdapat di Semenanjung Malaysia telah dikelompokkan

Kajian Indeks Kualiti Air di Lembangan Sungai Paka, Terengganu (Water Quality Index Study in Paka River Basin, Terengganu)

ULUNG BUAYEH: TABURAN DAN REKA BENTUK BERDASARKAN KONTEKS ARKEOLOGI

SEJARAH PERKEMBANGAN BEKALAN AIR DOMESTIK DI NEGERI KEDAH SEHINGGA TAHUN 1957

PERBEZAAN ASPEK PERKEMBANGAN FIZIKAL DALAM KALANGAN KANAK-KANAK LELAKI DAN PEREMPUAN MENURUT PERSPEKTIF BARAT

Diaspora Komuniti Cina Seberang Laut ke Selangor di Tanah Melayu,

Penggunaan Modelling Clay dalam Penghasilan Model 3D bagi Pelajar. di Universiti Pendidikan Sultan Idris

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, Volume 3, Issue 4, (page ), 2018

The impact of waste disposal management on the water quality of rivers in Malaysia: Lessons from Pajam waste disposal sites, Negeri Sembilan

Menganalisis pola dan arah aliran hujan di Negeri Sembilan menggunakan kaedah GIS poligon Thiessen dan kontur Isoyet

Kesan Pembandaran terhadap Pembentukan Pulau Haba Bandar di Kuala Terengganu

Pencapaian Program Pemindahan Ilmu Tatacara Menyelamat Sewaktu Banjir Dan Kaedah Pemulihan Dalam Kalangan Komuniti Kuala Krai, Kelantan, Malaysia

Motif Manusia Dalam Pola Hias Keranda Kayu Balak Di Sabah

Functional Assessment Report Laporan Penilaian Fungsian

PENGARUH PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP PENYERTAAN SOSIAL PENDUDUK KAMPUNG BANDAR DI WILAYAH UTARA MALAYSIA

MOLUSKA: SUMBER DIET MASYARAKAT PRASEJARAH BUKIT SARANG, ULU KAKUS, SARAWAK

Menganalisis pola dan arah aliran hujan di Negeri Sembilan menggunakan kaedah GIS Poligon Thiessen dan Kontur Isoyet

PENGARUH SIMBOLISME SENI BINA PADA MASJID. KAJIAN KES MASJID KRISTAL KUALA TERENGGANU

THE IMPACT OF THE FACEBOOK WEBSITE QUALITY ON USER S PERCEIVED ATTITUDE, INTENTION AND LOYALTY AMONG STUDENTS OF UTM TAMER ADEL SALEH ALAJRAMI

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) LAPORAN KEMAJUAN BERKALA / PERIODIC PROGRESS REPORT

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

ATAP SINGGORA PADA SENIBINA TRADISIONAL DAN KONTEMPORARI DI PANTAI TIMUR Shamsu Mohamad 1 Universiti Sains Malaysia 1

Sistem Tagal: Pengurusan Biosfera Tradisional dalam Industri Pelancongan

APLIKASI PENJANA KUIZ MUDAH ALIH

KEBOLEHTELAPAN TANAH LATERIT TERHADAP PENANAMAN RUMPUT VETIVER

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN JABATAN PEMAKANAN DAN DIETETIK SEMESTER 6, SESI 2016/2017 LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR DAN LEBUHRAYA BARU PANTAI

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV

Sains Malaysiana 36(2)(2007): LEE YOOK HENG, MANAFERRY MADHAN, PENNY SUMOK & LEE NYANTI CHUKONG

KEPEI,BAGAIAN DAN KELlMPAIIAN SPESlESAMFIBIADI KAWASAN BAm KAPUR BAU, SARAWAK. Camellina Joyce Ak Duyun

RELIABILITY OF SAFETY PERFORMANCE INDICATOR: COMPLIANCE AND EFFECTIVENESS OF SAFETY PROGRAMS IN CONSTRUCTION SITE RAMES KUMAR SHANMUGAM

Pengetahuan komuniti dan amalan pengurusan sisa pepejal di Negeri Sembilan

PENENTUAN NILAI KUALITI AIR SISA DI PASAR BESAR KUANTAN

NOTICE OF PROPOSED RECOMMENDATIONS FOR FEDERAL AND STATE CONSTITUENCIES IN THE STATE OF SELANGOR AS REVIEWED BY THE ELECTION COMMISSION IN 2018

DETERMINANT OF UTHM ACADEMIC STAFF S PREFERENCE ON CHOOSING HOSPITALS. MUHAMMAD IZZAT SYAHMI BIN ADZNAM

JABATAN GEOGRAFI, FAKULTI SENI DAN MUZIK

Distribusi Simpanan Bank Umum Periode Januari 2018

KANDUNGAN KANDUNGAN. 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Latar Belakang Masalah Masalah pengajaran dan

ADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI

EAG 345/3 Analisis Geoteknik

Written by Al Khawarizmi Wednesday, 18 May :00 - Last Updated Tuesday, 07 February :48

PERANAN JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA NEGERI SEMBILAN DALAM MEMPROMOSIKAN ALAT MUZIK CAKLEMPONG

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PUSAT KEBUDAYAAN DAN KRAFTANGAN LAMIN DANA MUKAH, SARAWAK.

BAB 1 PENDAHULUAN Pengenalan

Transcription:

Asian Journal of Environment, History and Heritage September 2017, Vol. 1, Issue. 1, p. 281-293 ISSN 2590-4213 (Print) 2590-4310 (Online) Published by Malay Arts, Culture and Civilization Research Centre, Institute of the Malay World and Civilization ANALISIS TIPOLOGI DAN MOTIF TEMBIKAR TANAH DI TAPAK KAMPUNG BARU, KOTA KUALA MUDA, KEDAH (ANALYSIS OF POTTERY TIPOLOGY AND MOTIF AT KAMPUNG BARU, KOTA KUALA MUDA, KEDAH) Muhammad Nu man Mohd Nasir, Zuliskandar Ramli & Zuraidah Hassan Abstrak Analisis fizikal telah dilakukan terhadap serpihan tembikar yang dijumpai di Tapak Kampung Baru, Kota Kuala Muda, Kedah. Hasil galicari arkeologi yang dijalankan pada tapak ini mendapati bahawa tembikar tanah merupakan artifak yang paling banyak dijumpai setakat ini disamping jumpaan lain seperti kaca, alat batu, cengkerang, dan juga logam besi. Penyelidikan ini menganalisis tembikar tanah berdasarkan kepada analisis tipologi dan analisis motif terhadap hiasan yang terdapat pada permukaan tembikar tanah. Berdasarkan kepada analisis yang dilakukan mendapati bahawa serpihan tembikar tanah dapat dikelaskan kepada bahagian badan, bibir, leher, karinasi, dasar, tangkai, dan muncung dan juga warna tembikar. Manakala hasil analisis motif pula mendapati tembikar tanah di Tapak Kampung Baru dihias dengan hiasan bercorak cap tali, geometri, bunga dan rumput selain terdapat tembikar tanah yang tidak mempunyai hiasan pada permukaannya. Tembikar tanah yang terdapat di Tapak Kampung Baru mempunyai kualiti yang lebih baik daripada tembikar tanah prasejarah yang dijumpai di Baling, Kedah kerana kehalusan pembuatannya. Tembikar tanah di tapak ini juga mempunyai kualiti dan tahap pembakaran yang berbeza-beza berdasarkan kepada tekstur dan warna tembikar tanah yang dianalisis. Kata Kunci: Kuala Muda, Tembikar Tanah, Tapak Kampung Baru, Lembah Bujang, Kedah Abstract Physical analysis have been done to earthenware pieces that were found in Tapak Kampung Baru, Kota Kuala Muda, Kedah. Findings from archaeological excavation from this site suggested that earthenware were one of the most prominent artifacts besides glass, stone tools, and metal tools. This research were based on typological and motive analysis that were done to earthenware. Based on the analysis, the earthenware found in Tapak Kampung Baru can be classified into parts such as body, lip, neck, carination, nozzle and colours. Patterns like straight line using thread, geometry, flower, and grass were patterns that mostly can be identified from earthenware from this site based on motive analysis. Earthenware in Tapak Kampung Baru have a better quality than prehistoric earthenware that have been found in Baling, Kedah. Keywords: Kuala Muda, Earthenware, Tapak Kampung Baru, Lembah Bujang, Kedah

282 Asian Journal of Environment, History and Heritage 1(1) PENGENALAN Tembikar tanah telah menjadi alatan yang digunakan manusia semenjak ribuan tahun dahulu. Perkara yang sama turut berlaku di Alam Melayu apabila tembikar tanah menjadi alatan utama dalam kehidupan seharian masyarakat tempatan. Pembuatan tembikar tanah yang lebih mudah membuatkan ianya dijadikan alatan kegunaan harian berbanding dengan seramik yang lebih kompleks pembuatannya. Oleh yang demikian kebanyakan tapak-tapak galicari arkeologi terutamanya semasa Zaman Protosejarah menjumpai banyak serpihan tembikar tanah. Jumpaan tembikar tanah di tapak-tapak arkeologi di Semenanjung Malaysia kebanyakannya berada dalam serpihan-serpihan pelbagai saiz dan memerlukan para pengkaji untuk mencantumnya semula. Negeri Kedah yang terletak di utara Semenanjung Malaysia mempunyai keunikan dan sejarahnya yang tersendiri semenjak 5000 tahun yang lampau. Tapak-tapak prasejarah yang ditemui di Kedah membuktikan bahawa negeri ini telah didiami sejak sekian lama. Guar Kepah, Kodiang, Baling, Bukit Chuping dan Bukit Tegun/Tengku Lembu antara tapak-tapak prasejarah yang terdapat di Kedah. Masyarakat prasejarah yang mendiami tapak-tapak tersebut bukan sekadar menetap tetapi turut berinteraksi antara satu dengan yang lain. Setelah menetap di sesebuah tapak untuk satu tempoh masa, jumlah penduduk tapak tersebut semakin meningkat dan menyebabkan sebahagian daripada penduduk tersebut telah berpindah dan membuka kawasan lain seperti yang berlaku di Sungai Mas dan Sungai Batu (Muhammad Afiq 2017: 9). Kewujudan penempatan masyarakat prasejarah dan masyarakat protosejarah dapat dibuktikan berdasarkan kepada pentarikhan mutlak yang dilakukan terhadap lapisan pra-candi di Kampung Sungai Mas yang memberikan pentarikhan 1810 ± 50 B.P atau sekitar abad ke-2 (Zuliskandar et al. 2011). Selain itu di Sungai Batu pula terdapat juga lapisan pra-candi abad ke-2 dimana terdapatnya penemuan alat batu dan relau berdasarkan pentarikhan kronometrik (Zuliskandar et al. 2013). Penemuan arkeologi di tapak Guar Kepah, Seberang Perai yang merupakan sebuah tapak kebudayaan Hoabinhian membuktikan bahawa era kebudayaan Hoabinhian turut mengambil tempat di Kedah Tua. Zuraina Majid (1996) dan Adi Taha (1999) menyatakan bahawa kebudayaan Hoabinhian telah wujud pada Zaman Platosen Akhir dan awal Holosen iaitu sekitar 11 000 4000 S.M. Menurut Sorensen (1988) dalam tempoh masa tersebut, suhu iklim Bumi telah berubah dan menyebabkan masyarakat yang menetap di kawasan-kawasan pesisir pantai telah berhijrah ke kawasan pedalaman yang lebih redup disebabkan oleh hutan tropika yang mula membiak. Selepas berakhirnya kebudayaan Hoabinhian, kebudayaan Neolitik pula telah muncul bagi menggantikannya. Kebudayaan Neolitik ini menurut Adi Taha (1999) berlangsung sekitar 3000 SM manakala Nik Hassan Shuhaimi pula berpandangan ianya berlangsung sekitar 2800 600 SM. Kebudayaan Neolitik dapat dikenalpasti berdasarkan kepada beberapa ciri seperti jumpaan beliung batu, batu repeh, pemukul kulit kayu, batu pelandas (Tweedie 1953), beliung batu quadrangular (Muhammad Afiq 2017: 13), mata tombak batu dan pisau tembeling (Evans 1930). selain itu antara jumpaan lain yang ditemui di tapak-tapak Neolitik juga adalah tembikar tanah yang kebanyakannya adalah dalam bentuk serpihan yang bercorak cord marked Batu (Muhammad Afiq 2017: 13). Tembikar jenis cord marked banyak ditemui di tapak-tapak Zaman Neolitik. Beberapa ciri tembikar Zaman Neolitik yang dikenalpasti adalah seperti bewarna gelap, permukaanya kasar disebabkan oleh tanah yang digunakan dicampur dengan pasir (Collings 1936) dan mempunyai permukaan licin (Tweedie 1940). Tembikar tanah yang ditemui ini juga terdiri daripada pelbagai bentuk seperti carinated bowl, silinder (Peacock 1959), berkaki (William Hunt 1952) dan mangkuk. Manakala jumpaan termbikar di Bukit Keplu, Kodiang yang berbentuk kon diduga mempunyai kaitan dengan kebudayaan Ban Kao (William Hunt 1952) boleh membuktikan bahawa wujudnya interaksi budaya antara masyarakat prasejarah di Semenanjung Malaysia dengan masyarakat prasejarah di Thailand. Pada tahun 1935, H.D. Collings telah mengekskavasi Gua Debu yang terletak di Gunung Baling dan menemui batu repeh, kapak batu Hoabinhian, batu asah, batu andas, haematit, sisa makanan (brutila costula), tulang binatang dan pecahan tembikar cord marked (Collings 1936). Kemudiannnya Collings juga telah melakukan penyelidikan arkeologi di Gua Kelawar dan Gua Pulai

Samruhaizad Samian @ Samion & Azahan Awang 283 dan berjaya menemui tembikar tanah disamping jumpaan lain seperti alat batu paleolit, kapak batu dan sisa makanan (Colling 1936). Seterusnya pada tahun 1951, William Hunt telah melakukan galicari arkeologi di Bukit Keplu, Kodiang di tiga buah gua iaitu Gua Taufan, Gua Kerbau dan Gua Pasir. Antara jumpaan yang ditemui hasil daripada galicari di Bukit Keplu adalah jumpaan serpihan tembikar dalam kuantiti yang banyak, tembikar berkaki dihiasi cord marked selain jumpaan lain seperti sisa makanan (Adi Taha 1987). Manakala di Bukit Tegun/Tengku Lembu pula terdapat jumpaan yang berasosiasi dengan kebudayaan Hoabinhian dan Neolitik (William Hunt 1952) antaranya seperti tembikar (mangkuk berkarinasi dan tembikar cord marked), dan tulang mawas (Sorensen 1963). Selain itu tembikar tanah cord marked juga banyak direkodkan oleh penyelidik terdahulu di tapaktapak prasejarah lain di kawasan Kedah-Perlis. William Hunt (1952) telah menemui dua batu repeh, 1 mortar kayu, kapak kayu bersama kesan hermatit dan juga tembikar Hoabinhian dan Neolitik di Kampung Wang Tangga. Tambahan lagi di Bukit Jerneh, Bukit Keteri, Kampung Panggas dan Kampung Tebing Tinggi pula ditemui tembikar cord marked, tembikar Zaman Logam dan alat batu Zaman Neolitik dan Hoabinhian. Jumpaan yang hampir sama juga ditemui di tapak penempatan prasejarah di Bukit Batu Hampar, Gua Bukit Lintas, Bua Bukit Kechil, Gua Berembang, Gua Merang dan Kelemboi (William Hunt 1952). Penyelidikan mengenai tembikar tanah telah terdapat sarjana yang mengkajinya namun fokus penyelidikan tersebut lebih terarah kepada tembikar tanah bukan pada Zaman Protosejarah. Pengkajian mengenai tembikar tanah pada Zaman Protosejarah di Kedah telah dilakukan oleh Farhana Abdullah yang memfokuskan jumpaan seramik di Tapak Arkeologi Sungai Mas, Kota Kuala Muda, Kedah (Farhana Abdullah 2013: 9). Tembikar tanah hanyalah salah satu artifak yang dikaji dalam penyelidikan tersebut dan bukan fokus utama penyelidikan tersebut dijalankan. Farhana membincangkan mengenai pembahagian tembikar tanah yang ditemui di Tapak Sungai Mas terutamanya dari segi ragam hias tembikar dan teknologi pembuatannya (Farhana Abdullah 2013: 25-28). Selain itu terdapat juga penyelidikan yang menumpukan kepada komposisi kimia yang terdapat pada tanah liat yang digunakan untuk membuat tembikar. Antara penyelidikan sebegini adalah yang dilakukan oleh Gani et al. (2015: 144-153). Gani et al dalam penulisan tersebut membincangkan mengenai komposisi kimia tanah liat, pengaruh mineral terhadap tanah liat dan sedikit perbincangan berkisarkan tentang tembikar Zaman Prasejarah (Gani et al. 2015: 145-151). SEPINTAS LALU TEMBIKAR TANAH DI LEMBAH BUJANG Semenjak dari Zaman Neolitik lagi telah wujud industri penghasilan tembikar tanah. Industri tembikar tanah ini mengalami evolusi sehinggalah ke zaman moden dan kualiti serta mutu tembikar tanah ini juga semakin halus. Tembikar tanah tergolong dalam kategori seramik tetapi tahap pembakaran dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan tembikar tanah adalah berbeza dengan seramik yang lain seperti c hing-pai, porselin, tembikar batu dan lain-lain. Tahap pembakaran untuk tembikar tanah adalah sekitar 350 ºC - 1000 ºC (Zuraidah Hassan et al. 2015: 714). Selain itu kandungan bendasing dalam tembikar tanah juga adalah banyak (Asyaari 2010: 7) dan menyumbang kepada kerapuhan tembikar tanah jika dibandingkan dengan seramik lain seperti tembikar batu dan juga porselin. Sifat kerapuhan yang terdapat pada tembikar tanah ini menyukarkan untuk ia diimport dari jauh terutamanya dari Timur Tengah atau China. Ekskavasi-ekskavasi arkeologi di Lembah Bujang telah banyak menemui artifak tembikar tanah ini malah tembikar tanah merupakan antara artifak yang paling banyak ditemui (Nik Hassan Shuhaimi 2008: 104). Tembikar tanah yang ditemui semasa ekskavasi arkeologi terdiri daripada pelbagai saiz, bentuk, corak hiasan atau motif, dan fungsi. Sebahagian besar seramik termasuk tembikar tanah yang ditemui ini adalah dalam keadaan serpihan (Asyaari 2010: 5). Analisis fizikal yang dilakukan terhadap serpihan-serpihan tembikar tanah ini telah mengenalpasti beberapa bahagian tembikar tanah seperti bahagian badan, bibir, leher, karinasi, dasar, tangkai dan juga muncung. Selain itu daripada segi corak hiasan tembikar tanah pula boleh dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu tembikar tanah berhias dan tembikar tanah tidak berhias. Corak hiasan seperti bermotifkan bunga, rumput, geometri, bulatan dan cap tali merupakan antara hiasan yang terdapat pada tembikar tanah berhias. Warna pecahan tembikar tanah di sini pula terdiri daripada pelbagai jenis warna misalnya berwarna hitam keperangan, kuning kemerahan, kelabu, coklat kehitaman, dan coklat. Kualiti dan

284 Asian Journal of Environment, History and Heritage 1(1) mutu tembikar tanah juga dapat ditentukan melalui warna tembikar tanah ini. Warna-warna yang pelbagai menunjukkan bahawa suhu pembakaran yang berbeza telah dikenakan terhadap tembikar tanah di Lembah Bujang. Suhu pembakaran yang sempurna menjadikan warna sesebuah tembikar tanah lebih sekata. Perkara ini berbeza dengan warna tembikar tanah yang dibakar pada suhu yang lebih rendah atau terlalu tinggi berbanding dengan suhu optimum. Kandungan impurity turut memberi indikasi terhadap mutu tembikar tanah. Kesan pasir atau silika yang sedikit pada tembikar tanah menunjukkan bahawa tembikar itu mempunyai mutu yang lebih baik berbanding tembikar tanah yang dikesan mempunyai kesan pasir atau silika yang lebih banyak. Analisis tipologi yang dilakukan terhadap serpihan-serpihan tembikar tanah di Lembah Bujang telah mendapati bahawa tembikar tanah ini terdiri daripada pelbagai jenis. Kebanyakan tembikar tanah yang ditemui ini merupakan perkakas kegunan harian seperti tempayan, pasu, kendi, guri dan gelok (Nik Hassan Shuhaimi 2008: 104). Selain daripada menjadi alat kegunaan harian untuk memasak dan menyimpan air, tembikar tanah juga turut digunakan sebagai alat dalam upacara keagamaan oleh masyarakat pada ketika itu. Masyarakat tempatan di Alam Melayu sebagaimana ditegaskan oleh Supian Sabtu (2002: 32) sememangnya telah menggunakan bekas tembikar tanah semasa upacara keagamaan dijalankan. Perkara ini dapat dilihat dengan penemuan tembikar tanah pada relikuari di candi-candi Alam Melayu. Berdasarkan analisis fizikal keatas tembikar yang diperoleh di beberapa kawasan di Lembah Bujang, ianya telah dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu iaitu bentuk lengkap dan tidak lengkap. Bilangan artifak yang lengkap adalah sedikit berbanding tembikar yang tidak lengkap (serpihan). Walau bagaimanapun serpihan tembikar tersebut dianalisis berdasarkan bentuk bibir, karinasi, badan, tapak, penutup dan pemegang penutup. Jumlah serpihan yang dijumpai adalah dalam jumlah yang banyak. Serpihan-serpihan ini adalah agak sukar untuk menentukan bentuk atau asal-usul bentuknya. Oleh itu analisis yang dilakukan adalah berdasarkan kumpulan-kumpulan bentuk yang dapat dikenalpasti melalui analisis fizikal. Serpihan serpihan ini adalah diambil dari Tapak 19, 20, 21, 22, 23 Kampung Sungai Mas dan dari beberapa tapak Pengkalan Bujang yang lain. Serpihan ini telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan berdasarkan kepada bahagiannya iaitu karinasi, bibir, badan, tapak, penutup, pemegang penutup dan muncung kendi yang diperbuat dari tembikar tanah. Serpihan-serpihan ini hanya sebahagian sahaja yang mewakili keseluruhan tembikar tanah yang diperoleh. Karinasi merupakan bahagian antara bibir dan badan atau badan dan tapak yang bercantum. Karinasi ini banyak menunjukkan potongan bentuk yang boleh menggambar keadaan sebenar sebuah tembikar. Bibir pula merupakan bahagian paling atas iaitu di lingkaran mulut sesebuah tembikar. Dari serpihan bibir juga boleh menggambarkan saiz atau diameter sesebuah tembikar jika serpihan bibir ini bersaiz melebihi atau tidak lengkungan sesebuah bibir. Kebiasaan bibir atau mulut sesebuah tembikar adalah hampir berbentuk sfera. Pada bahagian bibir juga sebahagiannya terdapat turisan lurus yang melingkari tembikar. Seterusnya badan pula merupakan serpihan yang paling banyak ditemui. Terdapat serpihan badan yang mempunyai corak hiasan dan tidak mempunyai corak hiasan. Tapak pula merupakan bahagian bawah atau dasar pada sesebuah tembikar. Kebiasaannya tapak mempunyai diameter yang lebih kecil dari badan (berbeza mengikut bentuk). Terdapat juga tapak tembikar tanah yang disapu damar supaya tembikar tersebut tidak menyerap air. Selain itu terdapat bekas tembikar yang mempunyai penutup dan terdapat juga tembikar yang tiada penutup. Kebiasaannya penutup berfungsi sebagai penahan dari serangga atau anasir lain dari memasukinya. Terdapat pelbagai bentuk penutup dan sebahagiannya mempunyai pemegang. Pada bahagian ini juga terdapat corak hiasan seperti turisan lurus dan turisan ombak. Saiz pemegang penutup adalah terpulang kepada bentuk sesebuah tembikar. sekiranya tembikar tanah itu bersaiz besar maka pemegang itu besar dan begitulah sebaliknya. TAPAK KAMPUNG BARU Tapak Kampung Baru ditemui ketika kerja eksplorasi Sungai Muda yang dijalankan pada tahun 2010 hingga tahun 2011 (Zuliskandar Ramli & Nik Hassan Shuhaimi 2012: 195). Tapak ini terletak di

Samruhaizad Samian @ Samion & Azahan Awang 285 tebing Sungai Muda di kawasan Kampung Baru, Kota Kuala Muda, Kedah. Jarak antara tapak ini dengan Sungai Muda hanya sekitar 100 meter. Dahulunya di kawasan sekitar kawasan tapak ini merupakan kawasan perkampungan dan kini perkampungan tersebut telah dipindahkan. Manakala sebelum tapak ini ditemui, tapak ini telah digunakan oleh masyarakat setempat sebagai sebuah kawasan perkuburan orang Islam. Kesan daripada kerja-kerja pelebaran Sungai Muda untuk projek tebatan banjir, telah mendedahkan Tapak Kampung Baru. Berdasarkan kepada ekskavasi arkeologi candi ini diperbuat daripada bata dan juga telah ditemui berdekatan candi ini sebuah ukiran batu yang diperbuat daripada batu syal dan mengandungi ukiran makara. Ekskavasi arkeologi yang telah dijalankan di tapak ini telah menemui pelbagai jenis artifak seperti tembikar tanah, kaca, logam dan juga seramik lain seperti c hing-pai dan celadon. Gambar 1. Sungai Muda hanya 100 meter dari Tapak Kampung Baru Gambar 2. Bata yang terdapat pada candi di Tapak Kampung Baru

286 Asian Journal of Environment, History and Heritage 1(1) Gambar 3. Bata yang terdapat pada candi di Tapak Kampung Baru TEMBIKAR TANAH DI TAPAK KAMPUNG BARU Analisis fizikal seperti melihat corak hiasan, warna, kadar suhu pembakaran, bentuk serta fungsi tembikar tanah yang ditemui di Tapak Kampung Baru mendapati sebahagian besarnya merupakan tembikar tanah tempatan. Hasil analisis ini juga telah dapat mengkelaskan tembikar tanah tempatan kepada beberapa kategori seperti bahagian serpihan tembikar, jenis tembikar tanah, warna tembikar, mutu dan kualiti tembikar tanah. Serpihan tembikar tanah yang ditemui di tapak ini boleh dibahagikan kepada bahagian badan, leher, bibir, tangkai, tapak atau dasar, muncung dan karinasi. Serpihan bahagian tembikar tanah ini adalah dalam pelbagai bentuk dan saiz yang berbeza antara satu dengan yang lain. Perkara ini juga menyukarkan usaha untuk mencantumkan bahagianbahagian tembikar tanah ini dengan lebih sempurna. Selain itu juga terdapat beberapa jenis tembikar tanah di Tapak Kampung Baru yang telah dikenalpasti seperti tempayan, pasu, kendi dan bekas dhupa. Jenis tembikar tanah yang ditemui ini bersesuaian dengan corak kehidupan masyarakat yang berada di Kedah Tua pada ketika itu. Tembikar tanah seperti tempayan dan pasu merupakan perkakas untuk kegunaan harian selain bekas dhupa yang digunakan dalam upacara-upacara keagamaan. Berdasarkan kepada warna tembikar tanah yang ditemui di Tapak Kampung Baru pula mendapati terdapat pelbagai jenis warna seperti hitam keperangan, kuning kemerahan, coklat kehitaman, coklat, dan kelabu. Warna-warna yang pelbagai ini juga mampu memberi indikasi terhadap mutu dan kualiti sesebuah tembikar tanah. Mutu dan kualiti tembikar tanah juga dapat dinilai berdasarkan kandungan bendasing yang terdapat pada tembikar tersebut. Kandungan bendasing seperti pasir atau silika yang banyak menunjukkan mutunya adalah kurang halus berbanding dengan kandungan pasir atau silika yang kuantitinya sedikit. Tekstur pada permukaan dan corak hiasan yang lebih halus pada tembikar tanah juga membolehkan pengkaji mengenalpasti mutu serpihan-serpihan tembikar di Tapak Kampung Baru. Corak hiasan yang terdapat pada tembikar tanah di tapak ini pula sebahagiannya melambangkan motif alam sekitar yang turut berasosiasi dengan corak kehidupan masyarakat di zaman tersebut. Corak hiasa bunga, cap tali dan geometri tidak terlepas dari imej yang dijelmakan hasil kreativiti mereka melalui tembikar tanah yang dihasilkan. Terdapat juga tembikar tanah yang tidak dihias dengan apa-apa motif atau corak. Corak hiasan yang terdapat pada tembikar tanah dapat dihasilkan melalui beberapa kaedah seperti yang dikemukakan oleh Nik Hassan Shuhaimi dan Asyaari Muhamad (2008: 176-177) seperti berikut:

Samruhaizad Samian @ Samion & Azahan Awang 287 1. Hiasan bersalut dalam bentuk kesan tali, corak jaring, kesan tikar, kesan bakul dan kesan siput. 2. Hiasan pemukul berukir dalam bentuk kesan jalur timbul, kesan bakul, silang-menyilang, kesan tikar, garis lurus dengan corak geometri, bulatan sepusat, garis berombak dengan garisan lurus. 3. Berlurah/beralur dan pahat kuku. 4. Turisan (Nik Hassan Shuhaimi & Asyaari 2008: 176-177) Ekskavasi arkeologi fasa 2 di Tapak Kampung Baru telah menemui sebanyak 3231 serpihan tembikar tanah. Tembikar tanah yang sempurna tidak ditemui dalam ekskavasi fasa ini, yang ditemui merupakan serpihan tembikar pelbagai saiz dan bentuk. Pecahan mengikut petak, menunjukkan serpihan tembikar tanah paling banyak dijumpai adalah di petak avlxxvii iaitu sebanyak 1077 keping atau 33.33 peratus daripada jumpaan keseluruhan tembikar tanah yang ditemui. Sebaliknya, serpihan tembikar tanah paling sedikit dijumpai adalah di petak aqlxxxii iaitu sebanyak 63 keping atau 1.92 peratus sahaja. Namun begitu 7 buah petak daripada 10 buah petak yang dibuka semasa fasa 2 mempunyai bilangan serpihan tembikar tanah melebihi 200 keping. Tembikar Tanah Mengikut Petak Ekskavasi aqlxxxii aqlxxxi aqlxxx aqlxxix aqlxxviii arlxxvii aslxxvii atlxxvii aulxxvii avlxxvii 62 95 95 229 241 258 467 347 360 1077 0 200 400 600 800 1000 1200 Graf 1. Tembikar tanah mengikut petak ekskavasi Serpihan tembikar tanah yang ditemui di Tapak Kampung Baru boleh dibahagikan kepada 2 kategori yang utama iaitu tembikar tanah berhias dan tembikar tanah tidak berhias. Tembikar tanah yang berhias bermaksud tembikar tanah yang terdapat corak hiasan padanya. Manakala tembikar tanah tidak berhias pula bermaksud tidak terdapat sebarang corak hiasan padanya. Tembikar tanah tidak berhias merupakan majoriti jumpaan serpihan tembikar tanah yang ditemui iaitu sebanyak 74.96 peratus. Tembikar tanah berhias yang ditemui pula adalah sebanyak 25.04% daripada keseluruhan jumlah tembikar tanah yang ditemui.

288 Asian Journal of Environment, History and Heritage 1(1) Jenis Tembikar Tanah 25.04% 74.96% Berhias Tidak Berhias Graf 2. Jenis tembikar tanah Seterusnya daripada serpihan tembikar tanah berhias yang ditemui, didapati terdapat dua bahagian yang telah dikenalpasti iaitu bahagian badan tembikar tanah dan juga karinasi. Bahagian badan tembikar tanah merangkumi sebanyak 99.38% atau 804 serpihan. Manakala bahagian karinasi hanyalah sebanyak 0.62% atau 5 serpihan sahaja. Serpihan tembikar tidak berhias yang ditemui pula mempunyai lebih banyak bahagian yang telah dapat dikenalpasti seperti badan, bibir, leher, penutup, karinasi, tapak atau dasar, tangkai, dan muncung kendi. Bahagian badan tembikar tanah merangkumi sebanyak 63.38% atau 1535 serpihan daripada keseluruhan jumlah serpihan tembikar tanah tidak berhias. Bahagian bibir adalah sebanyak 30.22 peratus, leher 4.17 peratus, penutup 0.58 peratus, karinasi 0.7 peratus, tapak atau dasar 0.54 peratus, dan muncung kendi 0.25 peratus. Bahagian tangkai adalah bahagian yang paling sedikit ditemui pada fasa 2 iaitu sebanyak 0.17 peratus atau 4 keping daripada jumlah keseluruhan tembikar tanah tidak berhias yang ditemui. Tembikar Tanah Berhias 0.62% 99.38% Badan Karinasi Graf 3. Tembikar tanah berhias

Samruhaizad Samian @ Samion & Azahan Awang 289 0.58% 4.17% Tembikar Tanah tidak Berhias 0.70% 0.54% 0.17% 0.25% 30.22% 63.38% Badan Bibir Leher Penutup Karinasi Tapak/Dasar Tangkai Muncung Kendi Graf 4. Tembikar tanah tidak berhias Analisis terhadap tembikar tanah di Tapak Kampung Baru juga mendapati terdapat beberapa jenis corak hiasan yang digunakan terhadap tembikar ini. Corak hiasan yang paling banyak ditemui adalah corak hiasan yang menggunakan teknik cap tali atau cord marked. Corak hiasan ini kebanyakannya adalah dalam bentuk garisan lurus dan juga bentuk petak seperti jala atau jaring. Selain itu terdapat juga corak hiasan yang menggunakan alam sekitar sebagai inspirasi terhadap seni hiasan pada tembikar seperti bunga dan rumput. Corak hiasan bunga dapat dilihat dengan jelas pada serpihan tembikar yang ditemui di tapak ini. Bulatan juga sering ditemui pada badan tembikar tanah ini dan ianya sering dihias bersama dengan corak lain seperti garisan lurus, bunga dan juga rumput. Masyarakat Melayu sehingga kini sering menggunakan alam sekitar sebagai sumber inspirasi dan juga dalam falsafah kehidupan mereka. Oleh yang demikian tidak janggal menjumpai tembikar tanah yang mempunyai corak hiasan bermotifkan alam sekitar di Tapak Kampung Baru. Gambar 4: Tembikar tanah berhias

290 Asian Journal of Environment, History and Heritage 1(1) Gambar 4: Tembikar tanah berhias Gambar 4 & 5: Motif bunga pada tembikar tanah Gambar 6 & 7: Motif cap tali pada tembikar tanah

Samruhaizad Samian @ Samion & Azahan Awang 291 Gambar 8: Motif rumput bersama corak lain pada tembikar tanah Tembikar tanah telah mengalami evolusi dari satu zaman ke satu zaman yang mana turut memberi kesan terhadap mutu dan kualiti tembikar ini. Terdapat perbezaan kualiti antara tembikar tanah pada Zaman Prasejarah dengan tembikar tanah pada Zaman Protosejarah. Perbezaan ini dapat dilihat dengan melakukan perbandingan antara penemuan tembikar tanah yang terdapat di Gua Tok Sik, Baling, Kedah (Zaman Prasejarah) dengan tembikar tanah yang ditemui di Tapak Kampung Baru (Zaman Protosejarah). Tembikar tanah yang terdapat di Gua Tok Sik adalah kurang halus pembuatannya berdasarkan kepada warna tembikar-tembikar tersebut (Muhammad Afiq Omar et al. 2015: 833-847). Warna tembikar tersebut sebahagiannya bewarna lebih gelap yang memberi indikasi bahawa suhu pembakaran yang dikenakan pada tembikar tersebut adalah bukan pada suhu pembakaran yang optimum. Kewujudan bendasing yang terdapat pada tembikar tanah di gua ini juga didapati adalah lebih banyak dan ianya menjejaskan mutu tembikar-tembikar tanah yang ditemui di Gua Tok Sik. Tekstur pada permukaan tembikar tanah di kedua-dua kawasan perbandingan ini juga adalah berbeza. Hal ini kerana tekstur pada permukaan tembikar tanah Tapak Kampung Baru adalah lebih halus dan dihasilkan dengan lebih teliti berbanding dengan tembikar tanah di Gua Tok Sik yang agak kasar pembuatannya. Berdasarkan kepada warna tembikar tanah, kewujudan bendasing dan tekstur dapat ditegaskan bahawa mutu dan kualiti yang terdapat pada tembikar tanah di Tapak Kampung Baru adalah lebih baik berbanding dengan tembikar tanah di Gua Tok Sik. Perkara ini mengukuhkan lagi pandangan bahawa sememangnya wujud evolusi dalam pembuatan tembikar tanah dan ianya turut memberi kesan terhadap mutu dan kualiti tembikar tersebut. Hasil analisis ini juga adalah sejajar dengan pandangan yang dikemukakan oleh Sieveking mengenai perkembangan corak hiasan yang terdapat pada tembikar tanah (Wahiza Wahid 2001: 36). Sieveking menegaskan bahawa corak hiasan tembikar tanah pada fasa awal dilakukan dengan motif-motif yang lebih kepada bersifat garisan dan mutunya adalah kurang halus. Pada tahap seterusnya masyarakat mula menghasilkan corak hiasan yang lebih kompleks dan bercorak organik berdasarkan kepada flora dan fauna di kawasan setempat selain mutu tembikar tersebut adalah lebih halus penghasilannya (Wahiza Wahid 2001: 36). KESIMPULAN Kajian yang dilakukan terhadap jumpaan tembikar tanah di Tapak Kampung Baru yang terbahagi kepada beberapa kategori menunjukkan kepelbagaian jenis tembikar tanah di sini. Masyarakat tempatan pada ketika itu sememangnya menggunakan tembikar tanah dalam urusan seharian mereka seperti menyimpan air dalam tempayan. Selain itu tembikar tanah yang ditemui di tapak ini juga turut digunakan dalam upacara keagamaan. Analisis yang dilakukan terhadap tembikar tanah di

292 Asian Journal of Environment, History and Heritage 1(1) tapak ini telah dibandingkan dengan jumpaan tembikar tanah di Gua Tok Sik. Hasil perbandingan ini menunjukkan telah berlaku evolusi dalam penghasilan tembikar tanah dari Zaman Prasejarah ke Zaman Protosejarah. RUJUKAN Adi Haji Taha. 1987. Recent archaeological discoveries in Peninsular Malaysia (1983-1985), JMBRAS 60(1): 27-44. Adi Haji Taha. 1999. Hoabinhian Persoalan yang belum selesai dalam prasejarah Malaysia. Jurnal Arkeologi Malaysia 12: 109-149. Asyaari Muhamad. 2010. Seramik Purba yang Diperdagangkan di Semenanjung Malaysia. Sari International Journal of the Malay World and Civilisation 28(1): 3-40. Collings, H.D. 1936. Report of an archaeological excavation in Kedah Malay Peninsula. Bulletin of the Raffles Museum Singapore, Straits Settlement Series B, 1:5-17. Evans, I.H.N. 1930. On ancient kitchen midden in Province Wellesley. Journal of the Federated Malay States Museum. 15(1): 15-18. Farhana Abdullah. 2013. Kepelbagaian jenis seramik di Tapak Arkeologi Sungai Mas, Kota Kuala Muda, Kedah. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia. Gani, N.A., Shamsuddin, M.S., Koo, W.K., Masri, M.N. & M.A. Sulaiman. 2015. Chemical Composition of Clays for Pottery in Malaysia: A Review. J. Trop. Resour. Sustain. Sci. (3): 144-153. Hunt, W. 1952. Recent archaeological discoveries in Malaya (1951), JMBRAS 25(1): 181-191. Mohd Supian Sabtu. 2002. Tamadun awal Lembah Bujang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhammad Afiq Bin Omar. 2017. Kajian arkeologi di Gua Tok Sik, Gunung Pulai dan Gua Baling, Bukit Baling, Baling, Kedah. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia. Muhammad Afiq Omar, Zuliskandar Ramli, Muhammad Termizi Hasni, Ahmad Helmi Muhd Mukhtar, Muhd Shafiq Mohd Ali, Anis Samad & Mohd Rohaizat Abd Wahab. 2015. Analisis tampak jumpaan permukaan tembikar tanah di Gua Tok Sik, Gunung Baling. Dlm. Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu. Bangi: ATMA UKM. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman & Asyaari Muhamad. 2008. Tembikar tanah di Lembah Bujang. Dlm. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman. 2008. Lembah Bujang: Dari perspektif arkeologi dan pelancongan. Bangi: ATMA UKM. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman. 2008. Laporan Projek Penyelidikan dan Ekskavasi Arkeologi Lembah Bujang. Peacock, B.A.V. 1959. A short description of Malayan prehistoric pottery, Asian Perspective 3:121-156. Sorensen, P. 1963. North South: Indication of a prehistoric migration into Thailand. East and West 14: 211-217. Sorensen, P. Catalouge of the surface finds collected in 1960 during the reconnaissance in the Kanchnaburi Province by the Thai-Dutch prehistoric expedition, dlm. Sorenson, P. (pnyt.). 1988. Archaelogical excavation in Thailand, Surface finds and minor excavations, 1 52. Scandinavian Institute of Asian Studies, Occasional papaers no. 1, Corzon Press. Tweedie, M.W.F. 1940. Report on excavation in Kelantan, JMBRAS 18(2): 1-22. Tweedie, M.W.F. 1953. The Stone Age in Malaya, JMBRAS 26(2): 1 90. Wahiza Wahid. 2001. Tembikar tanah di Malaysia (Analisis simbol dan motif). Dlm. Mohd Shahrim Senik & Mohd Zainudin Abdullah. 2001. Tembikar: Dari warisan ke wawasan. Shah Alam: Lembaga Muzium Selangor. Zuliskandar Ramli & Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman. 2012. Zaman Protosejarah di Malaysia. Bangi: ATMA UKM. Zuliskandar Ramli, Farhana Abdullah, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman & Asyaari Muhamad. 2011, Penemuan seramik China di kampong Sungai Mas, Kota Kuala Muda, Kedah, SARI 29(1): 181 199. Zuliskandar Ramli, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, Adnan Jusoh, Yunus Sauman & Muhammad Rizal Razman. 2013. Kearifan tempatan dalam pembinaan Candi Sungai Batu,

Samruhaizad Samian @ Samion & Azahan Awang 293 Lembah Bujang, Kedah. Dlm. Prosiding Seminar Antarabangsa ke-4 Ekologi, Habitat Manusia & Perubahan Persekitaran di Alam Melayu, 9 10 September 2013. Bangi: ATMA UKM. Zuraidah Hassan, Ahmad Helmi Mohd Mukhtar & Zuliskandar Ramli. 2015. Tembikar Tanah: Proses Penghasilan Labu Sayong Secara Tradisional. Dlm. Zuliskandar Ramli, Mohd Samsudin, Muhlis Hadrawi & Akin Duli (pnyt.). 2015. Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu. Bangi: ATMA UKM. Zuraina Majid. 1996. Prasejarah di Malaysia, sudahkah zaman gelap menjadi cerah?, Siri syarahan Profesor Universiti Sains Malaysia. Muhammad Nu man Mohd Nasir Calon Sarjana Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi, Selangor Email: numanmuhd@gmail.com Prof. Madya Zuliskandar Ramli, PhD Felo Penyelidik Kanan / Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi, Selangor Email: ziskandar2109@gmail.com Zuraidah Hassan Calon Sarjana Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi, Selangor Email: zuraidah256@gmail.com