JURNAL TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN SAINS KUANTITATIF

Similar documents
POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

Earthwork Activities in Private Housing Industry

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


ADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI

SAFETY AND HEALTH IN THE USE OF CHEMICALS AT WORK

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN INFORMASI SEBAGAI SATU BUDAYA PENEMPATAN KERJA ALTERNATIF DALAM SEKTOR PEMBINAAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: ISU-ISU TERPILIH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MODELING OF SALT WATER INTRUSIONS INTO LANGAT RIVER ESTUARY, MALAYSIA

Pengenalan kepada Pengurusan Sumber Manusia

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Mohd Aqmin Abdul Wahab Universiti Kebangsaan Malaysia. Hazrul Izuan Shahiri Universiti Kebangsaan Malaysia

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERCEPTION OF MANAGEMENT PERSONNEL ON THE INTRODUCTION OF HOME OFFICE SYSTEM IN THEIR ORGANISATIONS GUNA SEELAN RETHINAM

THE IMPACT OF THE FACEBOOK WEBSITE QUALITY ON USER S PERCEIVED ATTITUDE, INTENTION AND LOYALTY AMONG STUDENTS OF UTM TAMER ADEL SALEH ALAJRAMI

RELIABILITY OF SAFETY PERFORMANCE INDICATOR: COMPLIANCE AND EFFECTIVENESS OF SAFETY PROGRAMS IN CONSTRUCTION SITE RAMES KUMAR SHANMUGAM

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR DAN LEBUHRAYA BARU PANTAI

A. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING IN KUALA TERENGGANU HO MEE CHYONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pengetahuan komuniti dan amalan pengurusan sisa pepejal di Negeri Sembilan

Pendaftaran Peserta / Sarapan Pagi Pengenalan - Konsep tapak & laman web. - Penyediaan Bahan - Grafik/Image/Photo/PDF/Flash Paper

Survey on Perak and Selangor 3 messages

Sistem Bakeri Interaktif

KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DIKALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR DAN KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM

THE DEVELOPMENT OF SMALL AND MEDIUM SIZED CONSTRUCTION FIRMS IN NIGERIA USING ABSORPTIVE CAPACITY BILAU ABDULQUADRI ADE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TELECOMMUTING FROM THE COMPANY PERSPECTIVE: EMPLOYER INTENTION TO IMPLEMENT TELECOMMUTING MUSTAFA MOHAMED MUSTAFA MAHDI

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

THE CHALLENGES AND SUCCESS FACTORS IN TOURISM ENTREPRENEURSHIP: CASE STUDY OF ENTREPRENEURS AT JONKER STREET, MALACCA

THE ASSESSMENT OF BUILDING DEFECTS MAINTENANCE IN HOSPITAL BUILDING NORDIYANA BINTI AB.LLAH

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR 29 JUN 2018

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENJANAAN TRIP KE TEMPAT KERJA DAN KESAN PELAKSANAAN TELEWORKING DALAM MENGURANGKAN PENCEMARAN UDARA

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

Pengenalan ABSTRAK. Kata kunci: kesediaan, kakitangan, penempatan semula, UiTM Kampus Raub. Definisi

Binaan ringkas pengecas kapasitor bervoltan tinggi buatan sendiri bagi. sistem plasma fokus.

IMPLIKASI PERUBAHAN PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP KESELAMATAN AWAM : KAJIAN KES DI BANDAR MUADZAM SHAH, PAHANG

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

BAB 1 PENDAHULUAN Pengenalan

PERLAKSANAAN AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN, 1994 DI INSTITUT LATIHAN AWAM HELMI BIN HJ. HARON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

The impact of waste disposal management on the water quality of rivers in Malaysia: Lessons from Pajam waste disposal sites, Negeri Sembilan

PENEMPATAN PERUMAHAN MASYARAKAT PINGGIRAN DI DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR. Samruhaizad Samion & Azahan Awang

PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Kota Kinabalu Sabah Malaysia

PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN

SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN PENDAFTARAN MAJIKAN PERKESO KUALA KANGSAR SECARA ATAS TALIAN KAMSIAH BINTI ZAINAL ABIDIN

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) LAPORAN KEMAJUAN BERKALA / PERIODIC PROGRESS REPORT

PERBEZAAN ASPEK PERKEMBANGAN FIZIKAL DALAM KALANGAN KANAK-KANAK LELAKI DAN PEREMPUAN MENURUT PERSPEKTIF BARAT

MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

Untuk kerja-kerja pelancaran 'U Beam' dan kerja-kerja yang berkaitan dengan MRT

FAKTOR-FAKTOR KETIDAKPENGHUNIAN BANGUNAN KOMERSIAL DI BANDAR MERU RAYA, IPOH, PERAK

PENDAPAT PELATIH TERHADAP KURSUS YANG DITAWARKAN DI AKADEMI BINAAN MALAYSIA JOHOR MOHD SYAIFUL AKMAL BIN MOHD NAIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV

Institusi Perbidanan di Selangor,

FACTORS THAT INFLUENCE THE SUCCESS OF ENTREPRENEURS: THE CASE OF AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (AIM) PROGRAM

KERANGKA PROGRAM KERJAYA BERSTRUKTUR ( STRUCTURED CAREER PROGRAM FRAMEWORK ) PUSAT KERJAYA DAN KAUNSELING UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Analisis Metabolisma Bandar Menggunakan Teknik Material Flow Analysis (MFA) di Seremban. Sharif Shofirun Bin Sharif Ali (P85768)

Memperkasakan usahawan van dalam pengangkutan awam luar bandar di Hulu Terengganu

TOTAL HOSPITAL INFORMATION SYSTEM (THIS)

ISU KENAIKAN HARGA RUMAH DI KAWASAN PINGGIR BANDAR: SATU TINJAUAN DI MUKIM SEMENYIH, DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR

Terms & Conditions TRUE Savers BonusLink Campaign

PERANAN JURUUKUR TANAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN MOHD AIMAN BIN MOHD KAMAROL BAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGARUH PULAU HABA BANDAR TERHADAP KESELESAAN TERMA DALAMAN BANGUNAN UNTUK PEKERJA DI PULAU PINANG NUR AILI HANIM HANAFIAH

Keselamatan dan Kesihatan Pekerja

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS: MASALAH DAN CADANGAN

J\ Impacts of disturbance o~ fish communities in Sungat Pur, Terengganu I Annie Nums anak B1lly.

TECHNICAL AND SCALE EFFICIENCY OF DISTRICT HOSPITALS IN PERAK USING DATA ENVELOPMENT ANALYSIS

KANDUNGAN KANDUNGAN. 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Latar Belakang Masalah Masalah pengajaran dan

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Terma dan Syarat Kempen Kad-i Bank Islam Visa (Debit/Kredit) PIN dan Pandu Lebih Jauh

ISI KANDUNGAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN BAHAGIAN SATU 1.0 PENDAHULUAN 1

AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR (PKPGB) UTM MOHD IRWAN BIN ABD RAHMAN

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor 2 Pusat Penyelidikan Politik dan Keselamatan (POSH)

APLIKASI PENJANA KUIZ MUDAH ALIH

KEBERKESANAN PELAKSANAAN LOCAL AGENDA 21 DI MALAYSIA: KAJIAN KES MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI (MPSP), PULAU PINANG. Oleh ZAINAL MD ZAN

Sistem tagal dalam industri pelancongan: Manfaat kepada komuniti

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2016 PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI DAN PRESTASI KEWANGAN AGENSI NEGERI SEMBILAN JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

Diaspora Komuniti Cina Seberang Laut ke Selangor di Tanah Melayu,

SISTEM SOKONGAN PERANCANGAN (PSS): ANALISIS APLIKASI BAGI SEKTOR-SEKTOR TERPILIH

Transcription:

Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif JURNAL TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN SAINS KUANTITATIF KANDUNGAN Muka Surat To (Start With) OOP, Or Not OOP: That is Not The Question Syed Ahmad Aljunid Penilaian Tingkah Laku Taklinear Menggunakan Kaedah Empirik Norazan Mohamed Ramli Habsah Midi Jt.j%. Towards Developing A Risk Charter for Software Development Projects Noor Habibah Arshad Comparative Performance of Computational Techniques in Retrieving Malay Text Zainab Abu Bakar Algorithm of Magnetic Flux Density on a Plane Generated by a Finite Length Current Source Rashdi Shah Ahmad, Tahir Ahmad, Chew Soon Leong Suatu Kaedah Menganggar Kos Perisian Berasaskan Spesifikasi Formal Abdullah Mohd Zin, Maridah Mohamad Shah, Abd Malik Md Yusof Solving a Constraint Satisfaction Problem by Backtracking Intelligently: A Case Study Muthukkaruppan Annamalai An Empirical Investigation into the Critical Success Factors Used by it Companies of Various Sizes to Adopt Internet Technology Lloyd Tarn Yew King Teknologi Maklumat dan Telekerja: Satu Tinjauan Awalan dan Implikasinya di Malaysia Balakrishnan Parasuraman 9 7 6 7 87 99

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN TELEKERJA: SATU TINJAUAN AWALAN DAN IMPLIKASINYA Dl MALAYSIA Balakrishnan Parasuraman' Program Hubungan Industri Sekolah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK Artikel ini membincangkan peranan teknologi maklumat dalam pengurusan sumber manusia, khasnyafaedah kepada Malaysia sebagai sebuah negara yangpesat membangun. Antara isu yang dikemukakan dalam kertas kerja ini ialah konsep telekerja yang semakin popular. Pengetahuan tentang teknologi maklumat dan telekerja amat penting kepada rakyat Malaysia menjelan abadke. Dalam dunia teknologi maklumat, konsep telekerja luas digunakan dalam urusan sumber manusia. Beberapa faedah dan implikasi telekerja diberi perflation dalam artikel ini. Kata kunci: Pengurusan sumber manusia; Teknologi maklumat; Telekerja email: bp0(s).hotmail.com Tel: 08848440 Ext 88 Pensyarah Hubungan Industri/HRM, Program Hubungan Industri,Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah (UMS),Kota Kinabalu, Sabah

Balakrishnan Parasuraman' PENGENALAN Globalisasi telah memberi impak kepada organisasi di seluruh dunia. Kebanyakan organisasi berpendapat bahawa globalisasi adalah isu yang hanya berkaitan dengan orientasi perniagaan di seberang laut, pelaburan asing secara langsung {foreign direct investment) dan sebagainya. Akan tetapi globalisasi juga memberi kesan terhadap pengurusan domestik sesebuah organisasi. Salah satu aspek impak globalisasi ialah kemajuan teknologi yang pesat berkembang dan berubahubah dari masa ke semasa. Di samping itu, kemajuan teknologi maklumat juga telah memberi impak yang besar kepada para usahawan yang baru mencebur diri dalam dunia perniagaan terutamanya industri kecil dan sederhana (Moha Asri Abdullah, 997). Teknologi maklumat juga telah diakui sebagai teknologi penggerak yang strategik untuk menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia dan juga meningkatkan kualiti hidup penduduknya (Zuraidah dan Yuzita, 999). Oleh itu, fokus utama artikel ini ialah terhadap konsep teknologi maklumat (IT), peranannya (melalui telekerja) terhadap organisasi, pengertian telekerja dan faedahnya kepada pengurusan sumber manusia dan masa depan telekerja di Malaysia. KONSEP TEKNOLOGI MAKLUMAT Teknologi maklumat boleh dimaksudkan sebagai mengumpul, memproses, mengagih dan menggunakan maklumat (Zorkoezy, 98). Manakala Pusat Teknologi Maklumat, Jabatan Perkhidmatan Awam (999) pula mentakrifkannya sebagai teknologi elektronik mikro, peralatan telekomunikasi (communication tools) dan kecanggihan komputer yang dapat memberi maklumat terkini dan tepat kepada kita. Wang (997) menyatakan bahawa teknologi maklumat merupakan satu kuasa yang dapat mengukuhkan kemajuan sesebuah organisasi dengan mempertingkatkan peluang persaingan, perkhidmatan pelanggan dan faedahfaedah lain. Internet juga dikenali sebagai laman siber yang digunakan secara talian rangkaian antarabangsa yang dapat memberi kemudahan kepada seseorang individu untuk menghubungi menjelajah dunia dalam beberapa saat dengan menggunakan komputer. Malahan penggunaan kemudahan Internet seperti mel elektronik adalah lebih murah dan cepat berbanding kaedah lama seperti pos, telegraf, telefon dan sebagainya untuk menghantar atau menerima mesej antara individuindividu. Salah satu bidang yang baru dan semakin popular ialah bidang telekerja. Telekerja telah terkenal dan juga penting di kebanyakan negaranegara maju. Walaubagaimanapun, bagi negaranegara membangun seperti Malaysia, pihak majikan terutamanya para usahawan dalam industri kecil dan sederhana telah mengambil masa yang begitu lama untuk melaksanakan konsep ini di tempat kerja (Daily Ekspress, Mac 999). 6 Jilid, Bill, Sept00

Teknologi Maklumat Dan Telekerja: Satu Tinjauan Awalan Dan Implikasinya Di Malaysia MAKSUD TELEKERJA (TELEWORKING) Telekerja yang juga dikenali sebagai kerja rumah industri (Lewis, 984), adalah satu bentuk kerja yang popular yang menggunakan komputer peribadi dan internet secara meluas di rumah atau di mana jua (Sandhu et.al, 999). Ianya merupakan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi moden untuk melaksanakan kerjakerja harian di tempat terpencil yangjauh dari pejabat utama (0sen,99) Lazimnya, kerjakerja ini dilakukan di rumah dengan masa kerja yang tersendiri. Oleh itu, dalam masyarakat pasca industri, telekerja dan teknologi komunikasi yang wujud amat sesuai bagi fungsi organisasi. Contohnya di Britain, syarikat British Telecom (BT) menganggarkan lebih kurang 46,000 syarikat UK dengan bilangan pekerja melebihi 0 orang telah mengambil pekerja berbentuk telekerja. Syarikat BT juga percaya bahawa ada.8 juta pekerja yang bekerja mengikut masa fleksibel dan ini akan meningkat menjadi 4. juta dalam masa lima tahun lagi. Manakala di Amerika Syarikat pula ada 9 juta orang yang melaksanakan tugas pejabat dari tempat kediaman (Hizamnuddin Awang, 999). Telekerja akan memberi kebebasan kepada seseorang untuk melaksanakan sesuatu kerja di mana jua mereka berada. Komunikasi yang melibatkan data yang banyak dan murah, seiring dengan perkembangan kuasa komputer peribadi, telah memberi peluang kepada golongan pekerja supaya tidak terkongkong dengan kawalan dan peraturan organisasi yang biasa. SEJARAH TELEKERJA Konsep telekerja telah bermula pada awal tahun 970an untuk mengatasi masalah kekurangan minyak. Salah satu cara ialah memajukan industri teknologi maklumat di mana golongan pekerja tidak perlu bergerak dengan menggunakan kenderaan. Tokohtokoh yang telah menerajui bidang ini termasuklah Toffler, Kinsmen, Handy, Stanworth, Hodson, Huws, dan McLeish dan kerjakerja mereka itu telah dirumuskan oleh McLeish (000). Antara ideaidea yang dikemukakan termasuklah tentang kerja di rumah dengan cara elektronik digital seperti penggunaan komputer, modem, telefon dan sebagainya. Ramalan menunjukkan bahawa revolusi kerja fleksibel dan telekerja akan menjadi amalan kerja baru di abad ke dan keperluan cara kerja berfleksibel di tempat kerja bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin hari semakin mencabar. Bagi menghadapi cabaran ini, organisasi akan menggunakan konsep kerja fleksibel seperti penggunaan pekerja sambilan atau pekerja sementara. Dalam satu kajian tentang telekerja di bawah Jabatan Pekerjaan, United Kingdom yang telah dijalankan, Huws (99) mendapati bahawa terdapat firma daripada 00 sampel mengambil separuh daripada pekerja untuk bekerja di rumah dengan menggunakan komputer peribadi. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, beliau mencadangkan supaya pihak kerajaan, majikan, dan kesatuan sekerja membentuk jawatankuasa bagi melahirkan masyarakat berpengetahuan (informedsociety) dan cadangan beliau ialah konsep pekerjaan harus distruktur semula selari dengan perkembangan teknologi maklumat. Jilid, Bill, Sept00 7

Balakrishnan Parasuraman' Kesatuan Eropah pula berpendapat bahawa telekerja telah menjadi sebahagian daripada bentuk kerja baru pada masa akan datang. Revolusi telekomunikasi dan komputer telah membuka jalan ke arah bentuk kerja yang lebih fleksibel kerana sebahagian daripada masa bekerja digunakan di luar pejabat tradisional (tradisional office). Oleh itu, Kesatuan Eropah menjangkakan bahawa telekerja akan berkembang secara pesat berikutan dengan persaingan tinggi dalam dunia perniagaan. Majalah Teleworker (McLeish, 000) melaporkan bahawa bilangan pekerja telekerja di United Kingdom ialah seramai 987,00 orang, iaitu 4 peratus daripada jumlah pekerja di Britain. Satu pertiga daripada pekerja ini terlibat dalam industri perbankan, kewangan, dan insuran. Di Amerika Syarikat pula, melalui kajian Bancian Pengguna Internet Amerika, menunjukkan jumlah telekerja telah bertambah dari 4 juta pada tahun 990 kepada. juta orang pada tahun 997. Ini menunjukkan peningkatan kesan IT terhadap masyarakat Amerika pada masa kini. Di Malaysia, konsep telekerja masih baru. Kajian oleh United Nations University for Technologies dan Mimos Berhad (998) untuk mengenalpasti penerimaan konsep telekerja di Malaysia, menunjukkan ia masih di tahap yang rendah. Mereka mendapati daripada,4 pertubuhan yang terlibat dalam kajian ini hanya 7.8 peratus sahaja yang terbabit dengan telekerja. Pada keseluruhannya, kajian ini menunjukkan purata mereka yang bekerja dengan telekerja di Malaysia adalah pada tahap.4 orang bagi setiap 000 pekerja. Berdasarkan maklumat ini, pihak Kementerian Sumber Manusia telah bercadang untuk mengkaji semula rang undangundang buruh negara sekiranya syarikatsyarikat Malaysia, sama ada sektor swasta atau awam, patut terlibat secara sepenuhnya dalam telekerja. Ini adalah penting untuk memberi perlindungan sewajarnya pada pekerja telekerja dan pekerja berasas rumah. Bilangan firma yang mengamalkan telekerja adalah seperti Jadual dan. Jadual : Firma Yang Mengamalkan Telekerja Mengikut Sektor dan Wilayah Wilayah Utara Tengah Selatan Timur Sabah &Sarawak Perlombongan Pembuatan Pembinaan Utiliti Perniagaan Distributif Pengangkutan, Penyimpanan {Storage), Komunikasi FIREBS Lainlain Perkhidmatan Jumlah 9 Sumber: UNDP dan MIMOS, 998 8 6 9 0 6 6 4 4 9 Jumlah 7 4 0 6 6 9 98 8 Mid, Bil, Sept 00

Perlombongan Pembuatan Pembinaan Utiliti Pengangkutan, Storan & Komunikasi Perniagaan Distributif FIREBS Lainlain Perkhidmatan Jumlah 4 7 Teknologi Maklumat Dan Telekerja: Satu Tinjauan Awalan Dan Implikasinya Di Malaysia Jadual : Firma yang mengamalkan telekerja mengikut sektor and saiz Sektor Kecil Sederhana Besar Jumlah Sumber. UNDP dan MIMOS.998 Daripada Jadual didapati, kawasan tengah Semenanjung Malaysia mendominasikan penggunaan sistem telekerja, iaitu lebih kurang firma dan diikuti dengan Sabah dan Sarawak, sebanyak 9 firma. Faktor utama yang mungkin menyebabkan lebih banyak firma di Wilayah Tengah menggunakan telekerja di Malaysia ialah kerana projek Multimedia Super Corridor yang terletak di kawasan ini yang secara langsung mengalakkan syarikatsyarikat luar dan dalam negeri terlibat secara aktif dalam bidang pengurusan teknologi maklumat. Di kawasan timur pula, (Kelantan,Terengganu dan Pahang) peratus yang terlibat penglibatan dalam sistem telekerja adalah kecil. Antara faktor negatif berlaku di kawasan ini ialah kurangnya kemudahan telekomunikasi seperti telefon rumah, Internet dan lainlain aspek yang ada kaitan dengan teknologi maklumat. FAEDAH TELEKERJA Telekerja dapat memberi faedah kepada golongan pekerja, majikan, dan masyarakat umum dengan membolehkan mereka bekerja di rumah dengan lebih selesa (Cross, 986). Tanpa berulang alik ke tempat kerja, maka mereka boleh mengurangkan masa dan kos perjalanan setiap hari. Mereka lebih selesa bekerja di tempat kerja yang kurang kawalan dari pihak pengurusan yang dikongkongi dengan banyak peraturan dan undangundang. Semasa mereka bekerja di rumah, perkara seperti etika berpakaian tidak akan lagi menjadi isu perbualan penyelia atau rakan sekerja. Tambahan pula, pelbagai perkara peribadi seperti pengasuhan anak, membelibelah, pembersihan rumah dan sebagainya dapat dilakukan dengan seiring oleh pekerja telekerja (Glukin, 98). Lewis (984) melahirkan pandangan bahawa pihak majikan yang menjalankan bentuk telekerja akan dapat meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos pengeluaran dan memperbaiki moral pekerjanya. Pekerja telekerja dipercayai lebih produktif kerana mereka lebih selesa bekerja tanpa gangguan dari manamana pihak. Kajiankajian yang telah dilakukan menunjukkan faedah telekerja dapat meningkatkan produktiviti pekerja di antara 7 8 6 4 0 8 4 4 47 7 4 6 0 6 9 98 Mid, Bil, Sept 00 9

Balakrishnan Parasuraman' 0 sehingga 40 peratus (Newsfront, 984; Lynch, 994; San Francisco Examiner, 994). Menurut Chabrow (98), kepercayaan dapat diwujudkan di antara pihak majikan dan pekerja apabila membuat satu perjanjian telekerja. Ini secara tidak langsung akan memperbaiki taat setia dan moral pekerja kepada sesebuah firma atau organisasi. Kajian telekerja di beberapa syarikat di South Carolina, Amerika Syarikat menunjukkan tekanan pekerja dan masalah kurang pengeluaran telah dapat diatasi. Dari perspektif masyarakat umum, telekerja telah mengurangkan kos infrastruktur di pihak kerajaan. Contohnya, pekerja telekerja tidak perlu menggunakan lebuh raya bandar atau pengangkutan awam untuk berulang alik ke tempat bekerja. Faedahfaedah yang lain ialah kesan ke atas aspek alam persekitaran. Jumlah kesesakan lalu lintas di waktu yang sibuk akan berkurangan dan dengan ini masalah pencemaran udara dapat dikurangkan. Perkara seperti ini harus dititikberatkan oleh pihak kerajaan dalam usaha mengurangkan masalah sosial terutamanya masalah kesesakan jalan raya dan pencemaran udara di kawasan bandar raya utama seperti Kuala Lumpur, Penang, Johor Baharu dan sebagainya. Justeru itu faedah telekerja yang paling penting pada masa kini ialah aspek keselamatan dan kesihatan pekerja, sama ada kemalangan di tempat kerja atau di jalan raya. Daripada aspek kesihatan pula, telekerja dapat mengurangkan penyakit seperti selsema, demam, penyakit tekanan (sakit jantung) dan sebagainya. Sebagai contohnya, seorang pekerja yang sedang mengalami demam selsema berkemungkinan memindahkkerja yang fleksibil. Data yang diperolehi menunjukkan lebih kurang syarikat di Malaysia bersetuju bahawa sistem telekerja lebih menyenangkan dan fleksibil, manakala 6 syarikat pula berpendapat ada peningkatan dalam produktiviti akibat pengurangan masalahmasalah yang dinyatakan di atas.di samping kebaikan, terdapat juga syarikat yang berpendapat telekerja mendatangkan keburukan. Pertamanya, ialah kesukaran untuk menilai dan memantau prestasi pekerja perhubungan dan kesukaran meluahkan masalah kerja at alam sekitar (udara nyaman) dapat dipelihara. Contohnya, di bandaraya Kuala Lumpur, kesesakan jalan raya sehingga kini tidak dapat diselesaikan kerana bilangan kenderaan terus meningkat. Sekiranya konsep telekerja diamalkan maka sedikit sebanyak masalah ini dapat dikurangkan. Kajian yang dijalankan oleh United Nations for New Technologies dan Mimos di Malaysia pada tahun 998 juga mendapati ada tiga faedah utama telekerja, iaitu, peningkatan produktiviti, pengurangan masa perjalanan dan penwujudan sistem kerja yang fleksibil. Data yang diperolehi menunjukkan lebih kurang syarikat di Malaysia bersetuju bahawa sistem telekerja lebih menyenangkan dan fleksibil, manakala 6 syarikat pula berpendapat ada peningkatan dalam produktiviti akibat pengurangan masalahmasalah yang dinyatakan di atas. Di samping kebaikan, terdapat juga syarikat yang berpendapat telekerja mendatangkan keburukan. Pertamanya, ialah kesukaran untuk menilai dan memantau prestasi pekerja perhubungan dan kesukaran meluahkan masalah kerja atau membincangkan idea yang bercanggah di antara pekerja dan pihak pengurusan secara bersemuka. 0 Jilid, Bil, Sept 00

Teknologi Maklumat Dan Telekerja: Satu Tinjauan Awalan Dan Implikasinya Di Malaysia IMPLIKASIKEPADA PERUNDANGAN BURUH MALAYSIA Khoo Kay Jin (999) berpendapat telekerja merupakan satu konsep baru di mana kesatuan sekerja perlu mengambil berat tentang ahliahli mereka (pekerja telekerja) dengan memberi perlindungan dengan terma dan keadaan kerja yang dipersetujui oleh pihak majikan dan golongan pekerja. Walaubagaimanapun, terma ini tidak pula meliputi 'home based teleworkers' yang ditakrifkan sebagai pekerja informal di bawah undangundang buruh negara (Akta Hubungan Industri atau Akta Pekerjaan 9). Oleh itu, kesatuan sekerja mencadangkan bahawa perlu mempunyai perbezaan di antara beberapajenis bentuk telekerja, terutamanya mereka yang bekerja secara penuh masa dan mereka yang terikat dengan kerja kontrak atau sambilan. Pekerja sambilan harus dilindungi oleh Akta Pekerjaan untuk menjaga kebajikan mereka. Beberapa kesatuan sekerja seperti Malaysian Trade Union Congress (MTUC) berasa bimbang mengenai kerumitan untuk menyatukan pekerja telekerja dalam kesatuan sekerja. Statistik keahlian kesatuan sekerja menunjukkan hanya terdapat 9 hingga 0 peratus sahaja dalam kategori ini daripada jumlah pekerja yang melebihi 0 juta orang di Malaysia (Maimunah Aminuddin, 999). Hal ini berbeza dengan Sweden yang mempunyai undangundang buruh yang mengalakkan pekerja telekerja menjadi ahli kesatuan sekerja. Berikutan dengan kejayaan negara Malaysia memperkenalkan projek Multimedia Super Corridor (MSC) (Mohd Arif Nur, 000), maka undangundang multimedia telah diperkenalkan agar memperkukuhkan dunia perniagaan yang mencabar ini. PENUTUP Bentuk kerja dan kemudahan teknologi yang ada pada masa sekarang telah menjadikan telekerja sebagai opsyen yang terbaik dalam pembangunan sumber manusia. Kesedaran terhadap telekerja harus dilakukan secara besarbesaran agar semua orang boleh mengetahui kepentingan dan kebaikan penggunaanya di tempat kerja. Malaysia sebagai sebuah negara yang menuju ke arah negara industri harus bersedia dengan bentuk pekerjaan yang baru dan dinamik. Ini tambahan pula dengan pengaruh dunia IT yang semakin mencabar akan merangsangkan pemikiran rakyat Malaysia tentang isu pembangunan terutamanya yang berkaitan dengan sumber manusia. Oleh itu, peningkatan dalam telekerja akan memberi banyak faedah kepada organisasi dan juga pekerja, terutamanya dalam meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos buruh, meningkatkan kualiti pengeluaran barang, peratus kadar pusingan pekerja dan juga meningkatkan motivasi di kalangan pekerja. Penulis mengucapkan terima kasih kepada Universiti Malaysia Sabah di atas sokongan sepanjangpenulisan artikel ini Jilid,Bill,Sept00

Balakrishnan Parasuraman' RUJUKAN Aminuddin, M. 999, Malaysian Industrial Relations and Employment Law, rd Ed, McGrawHill, Petaling Jaya. Cecilia Ng dan Anne, M.K. 994. Keying Into The Future: The Impact of Computerization on Office Workers, W.D.C Sdn Bhd, KL. Cross, T.B. 986. Telecommuting Future Options for Work in Zorkoczy, P.I (ed) Oxford Surveys in Information Technology, Volume Oxford University Press, him. 4769. Daily Ekspress, Mac 999. Glukin, N. 98. The Office is Where The Workers Are, Telecommunication Products and Technology, June, him. 660. Hizamnuddin Awang. 999. Bekerja Di Rumah: Pendekatan Telepekerjaan Menjimatkan Kos, Dewan Ekonomi, Mac, him. 960. Huws, N.J, 99. Teleworking in Britain: Prevalence and Employer Attitudes, Interim Reports to the Employment Department, UK. Khoo Kay Jin, 998. Telework in Malaysia: Patterns, Perceptions and Potential, Kertas Kerja dibentangkan dalam seminar "Teleworking and Development in Malaysia", dianjurkan oleh Kementerian Sumber Manusia, UNDP, MIMOS, dan The United Nations University, Kuala Lumpur. Lewis, M. 984. If You Worked Here, You'd Be Home By Now" Nation's Business, April, him. 0. Lynch, A. 994. Telework Raises Productivity, The Australian, st March. McLeish,F. 000. TWS The Facts and Figures of Teleworking, http://members.aol.com/telwebsite/twfacts.htm Mitter, S., 998. Placing the Malaysian Question of Telework in a Global Context, Kertas Kerja dibentangkan dalam seminar "Teleworking and Development in Malaysia ", dianjurkan oleh Kementrian Sumber Manusia, UNDP, MIMOS, dan The United Nations University, Kuala Lumpur. Jilid, Bill, Sept00

Teknologi Maklumat Dan Telekerja: Satu Tinjauan Awalan Dan Implikasinya Di Malaysia Moha Asri Abdullah. 997. Industri Kecil di Malaysia: Pembangunan dan Masa Depan, DBP, KL. Mohamad Arif Nun. 000. Building Competitive Edge Through IT and ECommerce, SMEs Congress: "Positioning for Success in the New Millenium", 6 Januari, Kota Kinabalu, Sabah. "Newsfront" 984 (column), Data Communication, May, 48. Olsen, M.H., 99. Information Technology and The Where and When of Office Work: Electronic Cottages or Flexible Organisations?, Clarke, R. & Cameron, J (eds) Managing Information Technology's Organisational Impact, Elsevier Science Publisher, North Holland, 4. Pusat Teknologi Maklumat. 999. Teknologi Maklumat, Jabatan Perkhidmatan Awam, KL. Sandhu, M et.al. 999 The Future Of Teleworking, UK, London. San Francisco Examiner 994 9 May, him. UNDP dan Mimos. 998. Teleworking and Development in Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia. Wang, C.B. 997. Techno Vision II: Every Executive's Guide To Understanding and Mastering Technology and the Internet, McGrawHills. Wilson, D.N. & Underwood, J., 99. Teleworking: A Place For The Introvert?, School of Computing Science, University of Technology, Sydney (Unpublished Paper). Zuraidah Abdullah dan Yuzita Yaacob. 999. Literasi Teknologi Maklumat Mencapai Wawasan 00, Seminar Ekonomi Pembangunan di Alaf Baru: Tujahan dan Cabaran, Port Dickson, 67 Julai. Zorkoezy, P. 98. Information Technology: An Introduction, Pitman Books, London. Jilid, Bil, Sept 00