AMALAN PEWARISAN TANAH ADAT BERDASARKAN UNDANG-UNDANG TANAH ADAT DI KALANGAN MASYARAKAT: KAJIAN DI NEGERI SEMBILAN 1

Similar documents
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Abstrak. Abstract

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI


UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

Earthwork Activities in Private Housing Industry

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pola dan Proses Pemilikan Tanah oleh Orang-orang Pulau di Kawasan Darat Mersing: Kajian Kes di Kampung Sri Bahagia

PENTADBIRAN HARTA PUSAKA GSA DALAM SISTEM PENTADBIRAN TANAH NEGARA DAN BAGI TANAH FELDA MOHD YASSIN BIN MOHD YUSUF

THE IMPACT OF THE FACEBOOK WEBSITE QUALITY ON USER S PERCEIVED ATTITUDE, INTENTION AND LOYALTY AMONG STUDENTS OF UTM TAMER ADEL SALEH ALAJRAMI

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

PEMBANGUNAN TANAH ADAT DI NEGERI SEMBILAN: HALATUJU DAN CABARAN CUSTOMARY LAND DEVELOPMENT IN NEGERI SEMBILAN: ITS WAY FORWARD AND CHALLENGES.

PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) LAPORAN KEMAJUAN BERKALA / PERIODIC PROGRESS REPORT

IMPLIKASI PERUBAHAN PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP KESELAMATAN AWAM : KAJIAN KES DI BANDAR MUADZAM SHAH, PAHANG

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS: MASALAH DAN CADANGAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MODELING OF SALT WATER INTRUSIONS INTO LANGAT RIVER ESTUARY, MALAYSIA

POTENSI KEPERLUAN PERUNDANGAN KHAS YANG BERKAITAN HAK PEMILIKAN TANAH BAGI PEMBANGUNAN PROJEK MRT MOHD HANIFF BIN HASSAN

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE CHALLENGES AND SUCCESS FACTORS IN TOURISM ENTREPRENEURSHIP: CASE STUDY OF ENTREPRENEURS AT JONKER STREET, MALACCA

Sistem Bakeri Interaktif

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

Kesahan Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak Dalam Kalangan Pemain Lelaki Berumur 14 Dan 15 Tahun. Abstrak

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

PERLAKSANAAN AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN, 1994 DI INSTITUT LATIHAN AWAM HELMI BIN HJ. HARON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR (PKPGB) UTM MOHD IRWAN BIN ABD RAHMAN

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, Volume 3, Issue 1, (page 91-99), 2018

OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM

Survey on Perak and Selangor 3 messages

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM

A. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION

KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DIKALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR DAN KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

FAKTOR-FAKTOR UTAMA YANG MEMPENGARUHI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PERUNTUKAN PELABURAN HARTA TANAH DARI PERSPEKTIF PELABUR.

PROSPEK DAN CABARAN BAGI MENGEKALKAN STATUS TANAH RIZAB MELAYU PADA ABAD KE-21 NURNABIHAH BINTI ZULKAPAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Terma dan Syarat Kempen Rujukan Memperkenalkan Ahli Baru Privilege Banking dan Wealth Banking

MAYBANK PRODUCTS UMBRELLA CAMPAIGN 2016 TERMS & CONDITIONS

Terms & Conditions TRUE Savers BonusLink Campaign

MASALAH GEJALA SOSIAL REMAJA DI SALAH SEBUAH DAERAH NEGERI SEMBILAN FADILAH BTE MOHAMAD NAWAWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI

Binaan ringkas pengecas kapasitor bervoltan tinggi buatan sendiri bagi. sistem plasma fokus.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ELEMEN SEMIOTIK DALAM SENI PERSEMBAHAN RODAT TERENGGANU FAIZ SYAHMI BIN MOHD

SISTEM TORRENS DALAM UNDANG-UNDANG TANAH DI MALAYSIA: SISTEM YANG TIDAK EKSKLUSIF

J\ Impacts of disturbance o~ fish communities in Sungat Pur, Terengganu I Annie Nums anak B1lly.

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

APLIKASI PENJANA KUIZ MUDAH ALIH

PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Kota Kinabalu Sabah Malaysia

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Pengetahuan komuniti dan amalan pengurusan sisa pepejal di Negeri Sembilan

AMALAN INOVASI DALAM KALANGAN PETANI CINA

BIASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (BUMT) JABATAN PENGURUSAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU. - Syarat dan Kelayakan - Borang Permohonan

Functional Assessment Report Laporan Penilaian Fungsian

Pendaftaran Peserta / Sarapan Pagi Pengenalan - Konsep tapak & laman web. - Penyediaan Bahan - Grafik/Image/Photo/PDF/Flash Paper

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor 2 Pusat Penyelidikan Politik dan Keselamatan (POSH)

TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN INFORMASI SEBAGAI SATU BUDAYA PENEMPATAN KERJA ALTERNATIF DALAM SEKTOR PEMBINAAN

Mohd Aqmin Abdul Wahab Universiti Kebangsaan Malaysia. Hazrul Izuan Shahiri Universiti Kebangsaan Malaysia

DETERMINATION OF LEAD CONTENT IN WHITENING CREAM USING LASER INDUCED BREAKDOWN SPECTROSCOPY ANALYSIS WAN NORSYUHADA BT WAN MOHD SHUKRI

PERANAN JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA NEGERI SEMBILAN DALAM MEMPROMOSIKAN ALAT MUZIK CAKLEMPONG

KEUPAYAAN PENDEKATAN INSTITUSI DALAM MENGHURAI PUNCA- PUNCA TANAH PERTANIAN TERBIAR DI DAERAH KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN

PERANAN JURUUKUR TANAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN MOHD AIMAN BIN MOHD KAMAROL BAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KAWALAN, PENGUATKUASAAN, PENDAKWAAN SERTA HUKUMAN BAGI ISU PENCEROBOHAN TANAH WAKAF DI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR KETIDAKPENGHUNIAN BANGUNAN KOMERSIAL DI BANDAR MERU RAYA, IPOH, PERAK

TERMS AND CONDITION 2017 Credit Card Acquisition Cash Back Campaign

TERMS & CONDITIONS MAYBANK ONLINE APPLICATION CAMPAIGN II FOR BALANCE TRANSFER/EZYCASH/EZYPAY PLUS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

A Intake Januari 2016 (Pelajar Baru / serta individu yang belum /ingin ambil kursus ini

2.3. For joint customer of Libshara-i, only the primary account holder will qualify to participate.

SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN PENDAFTARAN MAJIKAN PERKESO KUALA KANGSAR SECARA ATAS TALIAN KAMSIAH BINTI ZAINAL ABIDIN

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

CADASTRE SURVEY PRACTICE (SGHU 4323)

KANDUNGAN KANDUNGAN. 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Latar Belakang Masalah Masalah pengajaran dan

FAKTOR-FAKTOR PERLAKUAN PENGGUNA YANG MEMPENGARUHI PEMBELI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PEMBELIAN HARTA TANAH KEDIAMAN KES KAJIAN : DAERAH MELAKA TENGAH

BRIEFING SESSION. 27 November 2017

AMALAN DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PELABURAN HARTA TANAH WAN SYAHIRA BINTI WAN MAMAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

e Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (icompex 17)

Transcription:

ISSN: 1985-7454 Volume 5 (khas), 2017 AMALAN PEWARISAN TANAH ADAT BERDASARKAN UNDANG-UNDANG TANAH ADAT DI KALANGAN MASYARAKAT: KAJIAN DI NEGERI SEMBILAN 1 Nabilah Yusof, Mohammad Zaharuddin Zakaria 2, Tengku Mansur bin Tengku Zainal Abidin, Lukman Lukman Abdul Mutalib, Syaryanti Hussin,, Izawati Wook, Ahmad Zaki Salleh, Nawal Sholehuddin, Siti Selihah Che Hassan, Ahmad Anis Muhd Fauzi, Syed Mohd Najib Syed Omar, Che Zuhaida Saari, Nurfadhilah Che Amani, Azman Ab Rahman Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Abstrak Tanah adat merupakan salah satu ciri utama dalam pewarisan harta mengikut adat perpatih yang memberikan amanah kepada kaum perempuan untuk mewarisi tanah adat. Namun, sejauh manakah pengamalan masyarakat di Negeri Sembilan ini terhadap tanah adat? Apakah isu-isu yang timbul sepanjang perlaksanaan adat ini? Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap amalan masyarakat di Negeri Sembilan dalam pewarisan tanah adat dan perlaksanaan undangundang tanah adat serta isu-isu yang berkaitan dengannya. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah survei yang melibatkan 525 orang sampel berdasarkan teknik prosedur pensampelan rawak mudah. Hasil kajian mendapati bahawa tahap amalan masyarakat di Negeri Sembilan berkaitan pewarisan tanah adat masih lagi tinggi disamping perlaksanaan undang-undang tanah adat yang terus berjalan sehingga kini. Namun, terdapat beberapa isu yang timbul di sepanjang perlaksanaan undang-undang ini. Masalah yang timbul berpunca sama ada daripada pihak pejabat tanah mahupun pengamal tanah adat itu sendiri. Implikasi kajian ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap tahap amalan serta isu-isu yang timbul berkaitan tanah adat dan undangundang tanah adat. Kajian lanjutan boleh dilakukan untuk mengenal pasti kaedah yang terbaik untuk menangani masalah-masalah yang timbul agar amalan pewarisan tanah adat dan perlaksanaan undang-undang tanah adat boleh dijalankan dengan lebih berkesan. Kata kunci: Tanah Adat, Amalan, Masyarakat, Adat Perpatih, Negeri Sembilan PENDAHULUAN Tanah adat adalah antara unsur terpenting yang terdapat di dalam amalan adat perpatih di Malaysia. Ianya merupakan harta yang begitu berharga di sisi masyarakat yang mengamalkan Adat Perpatih (Norhalim Ibrahim, 1984). Secara spesifik, perkataan tanah adat digunakan bagi merujuk kepada tanah yang diwariskan di bawah adat perpatih sebagaimana yang diamalkan di Negeri Sembilan. Perkataan lain bagi tanah adat ini ialah tanah warisan atau tanah pusaka. Tanah adat menurut bahasa Inggeris dirujuk sebagai customary land atau ancestral land. Justeru, mana-mana tanah yang telah didaftarkan dan diendorskan perkataan customary land di atas daftar hak milik tanah adalah 1 Kertas Kerja ini dibentangkan di International Seminar on Syariah and Common Law (ISCOL), pada 27 dan 28 Oktober 2015, anjuran Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Kertas kerja ini adalah sebahagian daripada hasil penyelidikan yang telah diluluskan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan dibiayai oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), kod penyelidikan: USIM/MAINS/FSU/30/40215. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Universiti Sains Islam Malaysia dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan yang telah membiayai penyelidikan ini dan sentiasa memberikan sokongan dan galakan dalam usaha menyempurnakan penyelidikan ini 2 Emel: zaharuddin@usim.edu.my 1

merupakan tanah adat yang sah (Nadzan Haron, 2010). Pemakaian istilah tanah adat di Malaysia bermula pada tahun 1909 apabila pihak pentadbir British mengklasifikasikan tanah adat sebagai customary land, bertujuan memenuhi keperluan dan memudahkan pentadbiran mereka dalam urusan memungut hasil tanah (Nadzan Haron, 2010). Di negeri Sembilan, tanah adat adalah berbeza dengan tanah pusaka walaupun keduanya adalah merupakan tanah warisan. Tanah pusaka akan diwarisi oleh waris dan dibahagi-bahagikan mengikit sistem faraidh manakala tanah adat pula diwarisi secara Adat Perpatih dari kalangan waris perempuan. Dalam Adat Perpatih, tanah adat menjadi lambang status yang dipertahankan kerana ia melibatkan maruah suku, justeru ia tidak boleh sewenang-wenangnya dijual beli, dipindah milik atau digadai melainkan dengan syarat tertentu yang telah ditetapkan oleh hukum adat (Nadzan Haron, 1997). Amalan tanah adat di Negeri Sembilan didapati telah dipraktikkan secara meluas. Data menunjukkan bahawa terdapat anggaran sebanyak 34 550.07 ekar keluasan tanah yang membabitkan tanah adat di Negeri Sembilan. (Sulaiman Kadimi, 2013) Daerah dan wilayah adat yang mempunyai tanah adat adalah didapati lebih banyak berbanding dengan daerah dan wilayah yang tidak mempunyai tanah adat. Daerah dan wilayah yang mengamalkan tanah adat adalah seperti Jelebu (yang membabitkan Luak Jelebu), Rembau (Luak Rembau), Jempol (Luak Jempol), Kuala Pilah (Luak Jempol, Luak Johol, Luak Ulu Muar, Luak Terachi, Luak Gunung Pasir dan Luak Inas), Tampin (Wilayah Adat Tampini, Luak Gemencheh), dan Gemas (Luak Air Kuning). Manakala daerah dan wilayah adat yang tidak mengamalkan tanah adat adalah Seremban (Luak Sungai Ujong), Port Dickson (Wilayah Adat Lingi) dan Gemas (Wilayah Adat Pasir Besar). Dari sudut perundangan pula, terdapat peruntukan khas di bawah Perlembagaan Persekutuan berkenaan tanah adat di Negeri Sembilan. Ianya dirujuk kepada Perkara 90 (Peruntukan Khas yang Berhubungan dengan Tanah Adat di Negeri Sembilan dan Melaka, dan Tanah Pegangan Melayu di Terengganu), Bab 4 (Tanah), Bahagian VI (Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-Negeri), Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Undang-undang ini berkenaan pemindahan hak milik dan pemajakan tanah adat di negeri terbabit. Di samping ini, terdapat juga undang-undang di Negeri Sembilan yang boleh dirujuk seperti Enakmen Pemegangan Adat No.17 Tahun 1909, yang mana ianya telah diganti oleh Enakmen Pemegangan Adat No.1 Tahun 1919. Namun Enakmen ini selanjutnya telah diganti pula oleh Enakmen Pemegangan Adat Bab 215 yang mula berkuat kuasa pada 1 Disember 1926. Di samping enakmen-enakmen di atas, antara enakmen lain ialah Enakmen Pemegangan Adat (Tanah Lingkungan) No.4 Tahun 1960. Walau bagaimanapun Enakmen ini adalah hanya untuk masyarakat Adat Lingkungan di Daerah Kuala Pilah sahaja. Memandangkan Negeri Sembilan adalah negeri yang mempunyai tanah adat yang banyak dan amalannya yang meluas oleh masyarakat Negeri Sembilan, di samping kepelbagaian peruntukan perundangan yang khusus, maka kajian ini adalah diadakan untuk memfokuskan dari sudut amalan masyarakat Negeri Sembilan terhadap tanah adat serta undang-undang tanah adat di tempat mereka. KAEDAH PENYELIDIKAN Kaedah penyelidikan merupakan kaedah yang sistematik untuk menyelesaikan permasalahan kajian. Ianya boleh difahami sebagai ilmu untuk mengkaji bagaimana kajian itu dijalankan secara ilmiah (Kothari, 2004). Pada umumnya kajian ini adalah kajian yang lebih bersifat lapangan yang menggunakan kaedah mixed methode iaitu menggabungkan rekabentuk penyelidikan kualitatif dan kuantitatif. Melalui kaedah kualitatif, rujukan terhadap dokumentasi bercetak dan temubual pakar telah digunakan. Manakala kaedah kuantitatif, kajian soal selidik telah digunakan. 2

Kaedah Pengumpulan Data Kaedah pengumpulan data melibatkan kaedah dokumentasi, temubual pakar dan soal selidik. Kaedah dokumentasi dan temubual pakar digunakan untuk mengumpul data-data berbentuk kualitatif, manakala kaedah soal selidik digunakan untuk mengumpulkan data yang berbentuk kuantitatif. Dokumentasi Kaedah ini digunakan untuk mengumpul maklumat dan data-data dari penulisan dan dokumentasi bertulis yang dapat memberikan keterangan, seterusnya dapat digunakan sebagai bukti atau keterangan yang sahih tentang sesuatu kenyataan. Ia merangkumi sumber-sumber dalam bentuk buku, jurnal, risalah, disertasi dan tesis, prosiding seminar, kertas kerja, akta, artikel, laporan, risalah dan laman web. Data-data yang diperolehi digunakan untuk membentuk landasan teori sebagai asas menyiapkan kajian ini. Ia terdiri dari sumber primer dan sekunder. Temubual Pakar Metod temubual digunakan bagi mendapatkan maklumat secara langsung mengenai bidang yang dikaji. Metod temubual sangat penting kerana isu ini adalah isu yang sangat sensitif dan tidak semua pihak mampu menghuraikannya dengan baik. Temubual yang digunakan adalah separa berstruktur (semi structured interviews) yang mana soalan yang dikemukakan kepada Peserta Kajian (PK) disusun dan ditentukan tetapi PK diberi kelonggaran semasa memberi jawapan dan ia boleh dikembangkan mengikt budi bicara penemubual dan PK (Osman Lebar, 2007). Temubual dilakukan terhadap empat orang PK yang dipilih secara sampel bertujuan (purposive sampling) daripada kalangan Dato -dato Undang, Timbalan Mufti dan pegawai akademik. Berikut adalah senarai Peserta Kajian (PK) dan latar belakang mereka. Soal Selidik Seramai 525 responden beragama Islam di Negeri Sembilan telah ditemubual melalui borang soal selidik. Kawasan kajian meliputi tiga daerah di Negeri Sembilan yang masih kuat mengamalkan Undng-undang Tanah Adat dan pewarisan tanah adat. Daerah tersebut ialah Kuala Pilah, Rembau dan Tampin. Bilangan responden yang ditemubual di setiap daerah bergantung kepada keluasan tanah adat di kawasan tersebut. Set soal selidik ini merangkumi beberapa komponen keperluan maklumat dalam proses penilaian kefahaman masyarakat terhadap tanah adat dan Undnag-undang Tanah Adat. Set soalan dipecahkan kepada enam bahagian dan setiap bahagian mengandungi beberapa item. Berikut adalah pecahan bahagian tersebut: Bahagian A: Demografi (9 item). Bahagian B: Pengetahuan terhadap Konsep Tanah Adat dan Undang-undang Tanah Adat (10 item). Bahagian C: Persepsi Masyarakat Terhadap Tanah Adat dan Undang-undang Tanah Adat (10 item). Bahagian D: Tahap Kefahaman Masyarakat Terhadap Tanah Adat dan Undang-undang Tanah Adat (11 item). 3

Bahagian E: Tahap Amalan Masyarakat Terhadap Undang-undang Tanah Adat (9 item). Bahagian F: Cadangan Anda Terhadap Undang-undang Tanah Adat (6 item). Kaedah Analisis Data Data-data kualitatif yang diperolehi dari dokumentasi dan temubual pakar akan dianalisis secara induktif dan deduktif. Data induktif adalah data yang bersifat khusus dianalisis bagi membuat dan mencari kesimpulan umum. Setiap temubual pakar akan disalin dalam bentuk transkrip. Data-data tersebut kemudiannya dianalisis secara manual melibatkan proses pengkategorian data, pengekodan data mengikut tema dan sub tema tertentu yang dibina oleh pengkaji. Akhirnya, satu analisis lengkap berserta dapatan kajian akan dikemukakan dalam bentuk laporan secara deskriptif. Data deduktif pula adalah data yang bersifat umum dianalisis bagi membuat dan mencari kesimpulan yang bersifat khusus. Data-data kuantitatif yang diperolehi dari kajian lapangan (soal selidik) pula dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS). Namun, terdapat beberapa item yang akan dianalisis secara bersilang (crosstab) dengan beberapa item lain bagi mendapatkan analisis yang lebih jelas. Analisis secara perbandingan mean digunakan untuk mengukur tahap kefahaman masyarakat. DAPATAN KAJIAN Melalui kajian ini, penyelidik mengenal pasti konsep tanah adat yang diamalkan oleh masyarakat Negeri Sembilan melalui undang-undang tanah adat yang diperkenalkan oleh Adat Perpatih. Kajian ini turut mengenal pasti tahap amalan masyarakat terhadap tanah adat dan undang-undang tanah adat di Negeri Sembilan khusunya di daerah Kuala Pilah, Rembau dan Tampin. Konsep Tanah Adat dan Undang-Undang Tanah Adat Konsep tanah adat di Negeri Sembilan adalah berbeza dengan tanah yang selain daripada tanah adat seperti tanah rezab Melayu, tanah kurnia dan lain-lain. Adat Perpatih membahagikan tanah atau harta kepada empat jenis utama seperti berikut: 1. Tanah bawaan: Tanah yang diterima oleh wanita sebelum berkahwin. Tanah ini akan dikembalikan kepada wanita tersebut selepas bercerai ataupun kematian suami. 2. Tanah dapatan: Tanah atau harta dapatan juga dikenali sebagai tanah carian bujang iaitu tanah yang diperolehi oleh lelaki sebelum berkahwin sama ada diteroka olehnya sendiri atau dihadiahkan kepadanya. Harta ini diiktiraf sebagai milik persendirian dandikembalikan kepada lelaki tersebut jika berlaku penceraian ataupun kematian isteri. 3. Tanah carian suami isteri: Tanah jenis ini adalah tanah yang diperolehi selepas berlakunya perkahwinan. Tanah ini adalah sama ertinya dengan harta sepencarian iaitu menjadi milik bersama antara suami dan isteri. Jika berlaku penceraian, maka harta atau tanah tersebut akan dibahagikan antara suami dan isteri tersebut. 4. Tanah Pesaka: Tanah ini adalah tanah milik suku yang menjadi warisan daripada ibu perempuan tersebut dan hanya boleh diwarisi oleh waris perempuannya sahaja. Tanah ini tidak boleh dilepaskan kepada orang lain daripada suku yang berbeza. Tanah ini juga dikenali sebagai tanah adat (Nadzan Haron, 1990). 4

Perbezaan keempat-empat jenis tanah ini memberikan kesan yang signifikan dalam proses pewarisan harta pusaka. Tanah-tanah selain tanah adat menggunakan kaedah faraidh, manakala tanah pesaka atau tanah adat menggunakan undang-undang tanah adat sebagai kaedah pewarisan tersebut. Secara umumnya, pewarisan tanah adat dalam Adat Perpatih adalah bersifat matrilineal iaitu melalui nasab ibu kepada keturunan pihak perempuan yang rapat ikatan nasabnya, bermula daripada anak, cucu, cicit dan seterusnya. Jika seseorang perempuan meninggal dunia dan tidak memiliki waris perempuan, maka tanah tersebut akan berpindah kepada waris iqrab, iaitu adik-beradik perempuannya (Nadzan Haron, 1990). Menurut Adat Perpatih, hak untuk menyandang saka adalah milik waris lelaki manakala hak untuk mewarisi pusaka adalah waris perempuan. Tujuan diberikan hak mewarisi tanah adat ini kepada waris perempuan antaranya adalah untuk menjaga maruah mereka dan memelihara nasib masa depan mereka. Maksudnya, kaum perempuan dalam Adat Perpatih tidak akan hidup merempat atau menjual maruah untuk meneruskan kehidupan ketika dalam kesempitan hidup. 3 Berbeza dengan kaum perempuan, kaum lelaki mempunyai fizikal yang kuat dan digalakkan untuk merantau dan mencari harta baharu untuk suku. Tanah adat pada asasnya adalah milik Suku bukan milik seseorang individu. Warga perempuan Adat Perpatih yang memiliki tanah adat hanyalah sebagai pemegang amanah ke atas tanah tersebut. Oleh yang demikian itu, tanah adat mempunyai peraturan-peraturannya yang ketat di bawah undang-undang tanah adat. Antara peraturan tersebut termasuklah tanah adat tidak boleh dijual atau digadai kepada orang lain selain daripada ahli perempuan daripada suku yang sama dan haruslah mendapat persetujuan daripada ketua adat. Walaubagaimanapun, penjualan tanah tersebut hanyalah dibenarkan atas sebab-sebab yang tertentu. Melihat kepada faktor pemilikan tersebut, maka tanah adat tidak boleh dianggap sebagai sebuah harta yang mesti difaraidhkan kerana status harta yang difaraidhkan haruslah menjadi milik sempurna (milk al-tamm) kepada individu tersebut sehingga dia mampu melakukan apa sahaja terhadap harta tersebut. Justeru, peranan kaum wanita terhadap pemegangan tanah adat adalah sebagai pemegang amanah tanah nenek moyang mereka dan ianya bertepatan dengan Syarak. Sebagai pemegang amanah kepada tanah adat, kaum perempuan memikul tanggungjawab yang penting seperti memberi tempat tinggal kepada saudara lelakinya yang masih bujang, duda atau sakit, membayar hutang saudara lelakinya yag masih bujang, membayar belanja nikah kahwin saudara lelakinya, membayar denda berkaitan adat, mengeluarkan belanja untuk hal kematian atau kenduri yang berkaitan dengannya, membantu pembeanjaan fardhu haji buat saudara lelakinya dan memberi belanja kepada saudara lelaki yang menuntut ilmu di luar negeri (Amir Syarifuddin, 1884). Konklusinya, konsep ini mempunyai nilainya yang tersendiri sebagai sebuah amanah yang perlu dipegang oleh kaum perempuan agar tanah tersebut tidak terlepas kepada suku lain di samping menjaga maruah mereka sebagai penyambung keturunan dalam sesebuah suku. Tahap Amalan Masyarakat Terhadap Tanah Adat dan Undang-Undang Tanah Adat Kajian untuk mengenal pasti tahap amalan masyarakat terhadap tanah adat dan undang-undang tanah adat melibatkan soal selidik ke atas 525 orang responden di tiga kawasan yang berbeza iaitu Kuala Pilah, Rembau dan Tampin. Data kuantitatif yang diperolehi daripada hasil soal selidik tersebut dibuat analisis berdasarkan kepada Graf 1 di bawah. 3 Temubual bersama Dato Lela Maharaja Dato Sharip bin Haji Othman, Undang Luak Rembau di Balai Undang Luak Rembau pada 7 Julai 2015 5

500 450 400 350 300 250 200 150 100 50 0 Ya Tidak Tidak Berkait Graf 1: Tahap Amalan Masyarakat Terhadap Tanah Adat dan Undang-undang Tanah Adat Mengikut data yang diperoleh melalui soal selidik yang telah dijalankan, tidak semua responden memiliki tanah adat. Merujuk kepada Graf 1 di atas, hanya 269 orang responden sahaja yang pernah memiliki tanah adat dan kesemuanya adalah daripada kalangan responden wanita yang keseluruhannya adalah 277 orang. Hal ini kerana waris lelaki tidak dibenarkan untuk memiliki tanah adat, manakala 8 orang lagi responden wanita belum mewarisi tanah adat. Graf 1 juga menunjukkan bahawa 488 orang responden mempunyai keluarga yang pernah memiliki tanah adat dan baki 37 orang responden tidak mempunyai tanah adat. Berdasarkan kepada pengalaman responden, 346 orang setuju mengatakan bahawa proses pembahagian tanah adat memerlukan kepada tempoh masa yang panjang untuk diselesaikan, Bilangan ini mewakili 65.9 % daripada responden yang ditemubual. Hal ini berlaku kerana pembicaraan pembahagian tanah adat perlu dihadiri oleh kesemua pihak yang terlibat dalam pemilikan tanah tersebut termasuklah ahli keluarga, buapak dan pihak berwajib. Melalui soal selidik yang telah dijalankan ini juga, penyelidik mengetahui bahawa hampir kesemua responden tahu manfaat dan kelebihan tanah adat kepada keluarga mereka. Seramai 476 orang iaitu 90.7 % responden memberikan jawapan yang positif terhadap pernyataan tersebut manakala 12 orang iaitu 2.3 % sahaja yang tidak bersetuju. Baki 37 orang atau 7% responden memberikan jawapan tidak berkaitan. Merujuk kepada Graf 1 di atas, 400 orang responden mengatakan bahawa pihak pentadbir tanah dapat menjadi orang tengah untuk menyelesaikan permasalahan tanah adat. Namun, terdapat beberapa orang responden yang menafikan kenyataan tersebut. Bilangan responden yang tidak bersetuju dengan pernyataan ini adalah 85 orang, manakala yang memberikan jawapan tidak berkaitan adalah 40 orang. Jika dilihat kepada amalan undang-undang tanah adat di Negeri Sembilan, urusan pembahagian dan pemindahan milikan tanah sememangnya dilakukan di Pejabat Tanah di daerah masing-masing, namun kuasa untuk membuat keputusan adalah kepada Buapak ataupun Lembaga. 6

Undang-undang tanah adat memberikan perlindungan kepada pemilik tanah. Pernyataan ini adalah berdasarkan kepada pengalaman 482 orang responden yang ditemubual iaitu mewakili 91.8 % peratus bilangan keseluruhan responden. Hanya 6 orang sahaja responden yang memberikan pandangan yang negatif terhadap pernyataan tersebut manakala baki 37 orang responden adalah tidak berkaitan. Proses pembahagian tanah adat yang bermasalah boleh menyebabkan perbalahan di kalangan ahli keluarga. Lebih 50 peratus iaitu 293 orang responden mengalami pengalaman yang sedemikian. Namun, terdapat seramai 192 orang responden menafikan berlakunya pergaduhan ketika pembahagian tanah adat. Manakala 40 orang lagi mengatakan tidak berkaitan. Perbezaan pendapat di kalangan responden memang telah dijangkakan kerana setiap orang melalui proses dan pengalaman yang berbeza. Merujuk kepada Graf 1 di atas, seramai 420 orang (80%) responden mengakui bahawa terdapat tanah adat yang terbiar atau tidak dapat dibangunkan disebabkan oleh masalah pembahagian harta yang belum selesai. Manakala bilangan responden yang tidak bersetuju adalah 66 orang iaitu mewakili 12.6 %. Baki 39 orang responden atau 7.4 % mengatakan tidak berkaitan. Bilangan pemilik yang ramai bagi sesebuah tanah adat merupakan salah satu faktor tanah adat tidak dapat dibangunkan. Persetujuan semua penama dalam sesebuah geran tanah diperlukan untuk membangunkan tanah tersebut. Hal ini tidak hanya terjadi kepada tanah adat malah tanah-tanah warisan yang lain juga berkemungkinan mempunyai masalah yang sama. Namun, sekatan undangundang yang dikenakan ke atas tanah adat menyukarkan lagi proses pembahagian tersebut berbanding tanah selain tanah adat. Sistem pewarisan yang memberikan hak pemilikan kepada waris wanita sahaja juga boleh menjadi punca kepada terwujudnya tanah adat yang terbiar. Terdapat waris perempuan yang berkahwin dan berhijrah bersama suami menjadikan tanah adat terbiar tanpa diusahakan. Antara faktor lain juga adalah status tanah adat yang tidak terjamin pemilikannya sama ada kepada diri sendiri ataupun anak-anak terutamanya mereka yang tidak mempunyai anak perempuan menghalang mereka daripada mengusahakan tanah tersebut. Responden juga mengakui bahawa amalan tanah adat di Negeri Sembilan menerima pandangan negatif dari masyarakat luar. Merujuk kepada data yang diperoleh, seramai 407 orang responden bersetuju dengan pernyataan tersebut manakala hanya 66 orang sahaja yang menafikannya. Jika dilihat kepada bilangan responden yang ditemubual, jumlah responden yang bersetuju adalah 77.5 % peratus dan yang tidak bersetuju hanya mewakili 12.6 % sahaja. Baki 39 orang atau 7.4 % adalah reseponden yang memberikan respon tidak berkaitan. Menurut responden yang ditemubual, kebanyakan masyarakat luar mempunyai tanggapan yang salah terhadap amalan adat perpatih di Negeri Sembilan termasuklah amalan tanah adat. Mereka beranggapan bahawa seseiapa yang berkahwin dengan wanita daripada kalangan masyarakat bersuku di Negeri Sembilan, semua harta mereka akan menjadi milik isteri dan jika berlaku penceraian, mereka akan keluar daripada negeri tersebut sehelai sepinggang. Masyarakat luar perlu diberikan pendedahan dan penjelasan agar salah faham terhadap adat ini tidak berterusan. Merujuk kepada data yang terkumpul, terdapat beberapa isu yang timbul dalam amalan pewarisan tanah adat. Antara isu yang penting adalah wujudnya tanah-tanah adat yang terbiar, pergaduhan di kalangan ahli keluarga dan tempoh pengurusan pembahagian tanah adat yang mengambil masa yang lama. Isu-isu tersebut harus ditangani dengan baik dan harmoni agar amalan pewarisan harta melalui undang-undang tanah adat ini dapat memberikan manfaat kepada pengamalnya. 7

KESIMPULAN Secara tuntasnya, amalan pewarisan tanah adat yang berlaku di Negeri Sembilan mengikut undangundang tanah adat yang telah diwarisi secara turun temurun daripada nenek moyang mereka. Tanah adat hanya diberikan kepada kaum wanita sahaja manakala kaum lelaki tidak dibenarkan untuk memiliki tanah adat. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa penerusan amalan tanah adat masih kekal di Negeri Sembilan. Sehingga kini, tanah adat masih lagi wujud di daerah Kuala Pilah dan Rembau dalam kuantiti yang besar dan pemiliknya yang ramai. Manakala daerah seperti Tampin dan Jelebu masih lagi mengamalkan undang-undang tanah adat walaupun dalam bilangan yang sedikit. Kelemahan dari segi pengurusan dan pentadbiran tanah adat serta kesalahfahaman masyarakat terhadap pemilikan tanah membawa kepada isu-isu seperti pembahagian tanah yang lama, pergaduhan dan wujudnya tanah-tanah adat yang terbiar. Isu-isu ini perlu ditangani dengan baik melalui kerjasama antara agensi-agensi kerajaan dan MAINS serta Undang-Undang Luak yang bergerak seiring bagi memastikan sistem tanah adat di Negeri Sembilan dilaksanakan dalam suasana yang lebih harmoni. SENARAI RUJUKAN Amir Syarifuddin, Perlaksanaan Hokum Kewarisan Islam dalam Lingkungan Adat Minangkabau, (1884) Kothari, C.R, Research Methodology: Methods and Techniques. (Delhi, India: New Age International Publisher, 2004) Nadzan Haron, Perlaksanaan Peraturan Adat Dalam Sistem Pentadbiran Tanah di Negeri Sembilan, (JEBAT (20), 1990), Isu Tanah dalam Adat Perpatih dan Cadangan Penyelesaiannya, (Seremban: Lembaga Muzium Negeri Sembilan, 2010), Pemilikan dan Pentadbiran Tanah Adat 1800-1960, Negeri Sembilan: (Jawatankuasa Penyelidikan Budaya, Muzium Negeri, Negeri Sembilan dan Kerajaan Negeri Sembilan, 1997) Nadzan Haron, Jemal Zainal Kasim dan Khalid Bonget, Tanah Adat: Pemangkin Adat Perpatih Negeri Sembilan, (Seremban: Lembaga Muzium Negeri Sembilan, 2010) Norhalim Ibrahim, Sistem Sosial Adat Negeri Sembilan, Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Adat Perpatih dan Wilayah Budaya Negeri Sembilan (Universiti Putra Malaysia, 3-5 Mei 1984) Osman Lebar, Penyelidikan Kualitatif Pengenalan Kepada Teori dan Metod. (Tanjung Maling, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2007) Sulaiman bin Kadimi (Mantan Ketua Penolong Pengarah, Unit Pembahagian Pusaka JKPTG Pahang dan Negeri Sembilan), Tanah Adat, Sekatan dan Perwarisannya, Seminar Adat Luak Inas (11 Julai 2013), diakses pada 19 Februari 2015. 8