Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB-Pay with Points & Win

Similar documents
TERMA DAN SYARAT. Preferred Current Account Cash Reward RM88 (November & December 2017)

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Ganjaran Tunai CIMB Bank Berhad

TERMS & CONDITIONS MAYBANK ONLINE APPLICATION CAMPAIGN II FOR BALANCE TRANSFER/EZYCASH/EZYPAY PLUS

MAYBANK PRODUCTS UMBRELLA CAMPAIGN 2016 TERMS & CONDITIONS

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

Kempen Perbelanjaan Luar Negeri dan Dalam Talian Spend and Get Travel Luggage CIMB Bank Mastercard Terma-Terma dan Syarat-Syarat

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Tactical Campaign for CPL via Website and ATM

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

TERMS AND CONDITION 2017 Credit Card Acquisition Cash Back Campaign

RM10,000 RM99, % 3.50% 3.50% RM100,000 RM499, % 2.80% 2.50% RM500,000 dan ke atas 2.50% 2.30% 2.00%

Deposit Dragon Campaign ( Campaign )

a) The Principal and / or Supplementary Card account has become delinquent;

TERMS AND CONDITIONS Chinese New Year Spend and Redeem Campaign

SPEND AND WIN SAMSUNG GALAXY S8 KFH DEBIT CARD-i CAMPAIGN ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS ( Terms and Conditions ).

TERMA DAN SYARAT KEMPEN Send More Money via RHB Now and Get Cash Back RHB Western Union

kecuali dimaklumkan sebaliknya.

Kempen CIMB Islamic Q2 18 Mail Order Telephone Order ( MOTO ) Terma-Terma dan Syarat-Syarat

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Tactical Campaign for CPL via Website, ATM and Clicks

KEMPEN 5X UNIRINGGIT FOR YOUR SPEND KAD PRVI MILES DAN PREFERRED PLATINUM UOBM TERMA DAN SYARAT

TERMS AND CONDITIONS RHB DEBIT CARD CAMPAIGN

Terma dan Syarat Kempen Kad-i Bank Islam Visa (Debit/Kredit) PIN dan Pandu Lebih Jauh

Kempen CIMB Mastercard Philips Coffee Maker & Flight Tickets Giveaway Overseas and Online Spend Terma-Terma dan Syarat-Syarat

2. Kempen ini terdapat di semua cawangan CIMB Bank seluruh Malaysia.

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Octo Edisi Terhad

TERMA DAN SYARAT. Kempen Mohon, Belanja dan Dapat Ganjaran

Current/Savings Account Standing Instruction Campaign. Terms & Conditions

Terms and Conditions for Auto BILLPAY RM30 Cash Rebate Campaign

Terma dan Syarat Kempen Rujukan Memperkenalkan Ahli Baru Privilege Banking dan Wealth Banking

Business Day means a day on which Bursa Malaysia is open for trading. Hari Bekerja bermaksud hari dimana Bursa Malaysia dibuka untuk dagangan.

TERMA DAN SYARAT KEMPEN Send More Money through Western Union at RHB and Get Cash Back

2. This Campaign is applicable for all RHB Credit and Debit Cards, except RHB Platinum Business Cards. ( Eligible Cardmember )

TERMA & SYARAT. Kempen UT & FD Investment Bundles RHB Bank

CIMB Swipe and Drive Campaign Terms and Conditions

TERMS AND CONDITIONS OF AL-AWFAR-SSPN

MAYBANK PERSONAL LOAN/MAYBANK ISLAMIC PERSONAL FINANCING-i CAMPAIGN 2017 TERMS AND CONDITIONS

TERMS AND CONDITION Tactical Usage Campaign 2018 FIFA World Cup Russia

Save And Win Everyday Campaign Terms and Conditions

Terms & Conditions: TRUE Debit MasterCard Campaign Page 1

TERMS AND CONDITIONS RHB DEPOSIT WATCH CAMPAIGN

KEMPEN YEAR END EXTRAVAGANZA UOBM TERMA & SYARAT

AmBank Win a Porsche Campaign. Terms and Conditions

Terms and Conditions AmOnline Win a Mini Cooper Campaign

TERMS AND CONDITIONS OF #SenangBiz CAMPAIGN. TERMA DAN SYARAT BAGI KEMPEN #SenangBiz

Alliance Bank Loan & Credit Card Repayment Campaign Terms and Conditions

ADDITIONAL TERMS AND CONDITIONS JomPAY Nationwide Campaign

Terms and Conditions

TERMS AND CONDITIONS RHB DEPOSIT GOLD CAMPAIGN

TERMS AND CONDITIONS

Terma & Syarat. Kempen Akaun Semasa/Simpanan AmBank-I Love Savings!

Question : In SunActiv, which module you can track your steps & get rewarded? Answer : ( ) Search & Book ( ) Activ ( ) Health Info ( ) Marketplace

AmBank Debit Card - Win Cash 2 Campaign Terms and Conditions

Effective 1 st APRIL 2018 / Berkuatkuasa pada 1 APRIL 2018

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Ganjaran F.I.R.S.T CIMB

Spend with PB-Samsung Pay & Be Rewarded ( Campaign ) Terms and Conditions

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Ganjaran CIMB F.I.R.S.T

CIMB Bank Kempen Q3 17 Mail Order Telephone Order ( MOTO ) Terma-terma dan Syarat-syarat

TERMS AND CONDITIONS

AmBank #JoyFortuneLove Campaign. Terms and Conditions

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Ganjaran F.I.R.S.T CIMB

2.3. For joint customer of Libshara-i, only the primary account holder will qualify to participate.

Mewah Kad Visa Infinite UOBM Terma & Syarat

Terms & Conditions TRUE Savers BonusLink Campaign

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Ganjaran CIMB F.I.R.S.T (1hb Februari hb April 2018)

New SME Current Account Bundle Campaign. Campaign Date: 4 April September By: SME/Commercial Deposits

Hari bermaksud Isnin hingga Jumaat dan bila mana pejabat Bank yang berdaftar dibuka, kecuali dinyatakan sebaliknya.

TERMS AND CONDITIONS FOR

Terms and conditions AmBank (M) Berhad and AmBank Islamic Berhad: Investment Bundle Campaign Campaign Period: 1 October 2018 to 31 December 2018

UOBM LADY S CARD TERMA DAN SYARAT

Morgan Air Fryer with Mutual Gold PB Visa Platinum Credit Card Campaign. Terms and Conditions

TERMS AND CONDITION RHB Year End Mass Usage Campaign

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Kod Promosi Grab CIMB F.I.R.S.T

Apply Now for Mutual Gold - PB Visa Platinum Credit Card & Take Your Choice Home Campaign. Terms and Conditions

Terma & Syarat Kempen Deposit AmBank Toyota Vellfire 2016 Serba Baharu Boleh Dimenangi dengan AmBank!

Terms & Conditions Eligibility Contest Period Contest Mechanism

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

Terms and Conditions CASA EASY Cash Back Campaign

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

TERMS AND CONDITIONS RHB Grow Your Wealth Campaign

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM

Kad Debit MasterCard AmBank dan Kad Debit MasterCard TRUE by AmBank Kempen Penebusan Hadiah Segera di MYDIN

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

2. Promosi ini hanya dibuka kepada Kad UOBM Lady s yang dikeluarkan di Malaysia.

BIASISWA FAIR & LOVELY 2018 TERMA-TERMA DAN SYARAT- SYARAT

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR PERMOHONAN UNTUK PERLAKSANAAN NO. WA /2017

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO. PA-24FC /2016 PERMOHONAN UNTUK PELAKSANAAN NO

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM PERMOHONAN UNTUK PELAKSANAAN NO. BA /2017

SYARAT DAN PANDUAN MEMOHON PINJAMAN PELAJARAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE (TATIUC) 2017

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG PERMOHONAN PELAKSANAAN NO. PA /2017 (SAMAN PEMULA NO. PA-24FC /2017)

SYARAT-SYARAT JUALAN

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG PERMOHONAN UNTUK PELAKSANAAN NO /2018 (SAMAN PEMULA NO.

PERISYTIHARAN JUALAN PERINTAH JUALAN ATAS PERMINTAAN PEMEGANG GADAIAN [0701AUC ] Dalam Perkara Seksyen 257 Dan 263 Kanun Tanah Negara 1965

DI ANTARA LOGANATHAN A/L VEERABU (NO. K/P: /A )

PERISYTIHARAN JUALAN LELONGAN PERINTAH JUALAN ATAS PERMINTAAN PEMEGANG GADAIAN (NO. PTT.4/369/34/2017)

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO /2012 PERMOHONAN UNTUK PELAKSANAAN NO.

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) LAPORAN KEMAJUAN BERKALA / PERIODIC PROGRESS REPORT

Transcription:

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB-Pay with Points & Win Tempoh Kempen 1. Kempen CIMB-Pay with Points & Win ( Kempen ) dianjurkan oleh CIMB Islamic Bank Berhad (671380-H) ( CIMB ) dan diadakan bersama-sama dengan CIMB Bank Berhad (13491-P) ( CIMB Bank ) dan akan berlangsung dari 15 Julai, 2017 hingga 31 Oktober, 2017, termasuk kedua-dua tarikh tersebut ( Tempoh Kempen ). Dengan melaksanakan Kempen bersama-sama dengan CIMB Bank, Hadiah di bawah Kempen ini akan diambil daripada kumpulan Hadiah yang sama untuk Kempen yang dianjurkan oleh CIMB Bank. CIMB berhak mengubah tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen dengan memberikan notis terdahulu selama empat belas (14) hari kalendar. Kelayakan 2. Kempen ini terbuka kepada semua pemegang kad kredit utama baru dan sedia ada CIMB dengan ciri mata bonus yang dikeluarkan oleh CIMB sahaja ( Pemegang Kad Kredit Utama ) dan yang nombor mudah alihnya didaftarkan dengan penyedia perkhidmatan telekomunikasi Maxis, Celcom, Digi atau U-Mobile dan disimpan di dalam rekod CIMB ( Peserta Layak ). 3. Kategori orang/entiti berikut TIDAK layak menyertai Kempen ini: i) Keempunyaan Tunggal, Perkongsian, Organisasi Amal/Bukan Untung, Pelanggan Korporat dan Perdagangan; ii) Kakitangan atau pekerja tetap, kontrak dan/atau sementara CIMB (termasuk anak-anak syarikatnya dan syarikat-syarikat berkaitannya) dan ahli keluarga terdekat mereka (iaitu suami/isteri, anak, ibu bapa, abang, kakak dan adik); dan iii) Wakil dan/atau agen (termasuk agen pengiklanan dan promosi)) CIMB, VISA Worldwide Pte. Limited, sebuah syarikat yang didaftarkan di Singapura dengan pejabatnya di 30, Raffles Place, #10-00, Chevron House, Singapore 048622 ( VISA ) dan MasterCard Worldwide, sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah State of Delaware, dengan pejabat dan tempat utama perniagaannya di 2000 Purchase Street, Purchase, New York, NY 10577-2509, United States of America ( MasterCard ) (termasuk anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat berkaitan mereka masing-masing); iv) Wakil dan/atau agen (termasuk agen pengiklanan dan kempen, vendor dan penyedia perkhidmatan pihak ketiga) CIMB, termasuk anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat berkaitan mereka) dan pekerja tetap dan/atau kontrak mereka dan ahli keluarga terdekat mereka (iaitu suami/isteri, anak, ibu bapa, abang, kakak dan adik); dan v) Individu di bawah umur 18 tahun. 4. Untuk mengelakkan keraguan, pemegang kad tambahan tidak berhak memenangi Hadiah (yang ditakrifkan selepas ini) di bawah Kempen ini. Hadiah yang dimenangi oleh pemegang kad tambahan, jika ada, akan diberikan kepada pemegang kad kredit utama. 1

5. Peserta Layak bertanggungjawab memastikan bahawa nombor telefon mudah alih atau alamat e-mel yang diberikan adalah terkini dan dikemaskinikan dengan CIMB jika apaapa perubahan dibuat terhadapnya oleh mereka, CIMB tidak bertanggungjawab kepada Peserta Layak atas sebarang kerugian (termasuk kehilangan peluang dan kerugian berbangkit yang menyusul daripadanya) yang dialami sekiranya nombor telefon mudah alih atau alamat e-mel Peserta Layak yang disimpan di dalam rekod CIMB bukan nombor telefon mudah alih atau alamat e-mel semasa atau tidak tepat. Hadiah dan Kriteria Penyertaan 6. Hadiah berikut akan disediakan kepada pemenang terpilih Kempen ini ( Hadiah ):- Pemenang 2x Hadiah Utama 2x Hadiah Kedua 2x Hadiah Ketiga 100x Hadiah Saguhati Hadiah 3,000,000 Mata Bonus CIMB setiap satu yang bersamaan dengan RM7,500 1,500,000 Mata Bonus CIMB setiap satu yang bersamaan dengan RM3,750 500,000 Mata Bonus CIMB setiap satu yang bersamaan dengan RM1,250 100,000 Mata Bonus CIMB setiap satu yang bersamaan dengan RM250 Mekanisme Kempen 7. Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini, untuk menyertai Kempen ini, Peserta Layak boleh mendapat penyertaan atau penyertaan-penyertaan (mengikut keadaan) dan berpeluang memenangi Hadiah yang dirujuk di dalam Klausa 6 di atas dalam cara berikut:- i) Peserta Layak hendaklah menebus mata bonus dengan sepenuhnya atau sebahagian tetapi tertakluk kepada penebusan minimum yang dinyatakan di dalam Klausa 7 (iii) di bawah dalam satu resit dengan akaun kad kredit Peserta Layak dalam Tempoh Kempen di semua outlet sertaan Pay with Points. Senarai outlet sertaan Pay with Points boleh dilihat di laman web Bank di www.cimbislamic.com.my/ipwp ii) Pendaftaran tidak diperlukan untuk menyertai Kempen ini. Peserta Layak akan mendapat satu (1) penyertaan untuk setiap penebusan mata bonus yang berjaya dilakukan ( Penyertaan ). iii) Kadar pertukaran adalah 400 mata bonus bersamaan dengan Ringgit Malaysia Satu (RM1) sahaja dan kadar pertukaran boleh diubah dari semasa ke semasa oleh Bank dengan memberikan notis terdahulu selama empat belas (14) hari kalendar kepada pemegang kad. Proses Pemilihan Penenang 8. Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini, Peserta Layak hanya akan mendapat dan mengumpul Penyertaan bermula dari hari pertama Kempen ini sehingga tamat Tempoh Kempen. 2

9. Peserta Layak yang mendapat Penyertaan/Penyertaan-penyertaan yang dirujuk di dalam Klausa 8 akan disenarai pendek secara rawak oleh sistem automatik daripada kumpulan Penyertaan-penyertaan layak yang diperolehi di dalam Tempoh Kempen ( Peserta Disenarai Pendek ). 10. Setiap Penyertaan yang diperolehi di dalam Tempoh Kempen akan memberi peluang kepada Peserta Layak untuk disenarai pendek untuk menerima Hadiah. 11. Peserta Disenarai Pendek akan dihubungi oleh CIMB melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) di nombor mudah alih mereka yang didaftarkan dengan Penyedia Perkhidmatan Komunikasi Maxis, Celcom, U Mobile atau Digi yang disimpan di dalam rekod CIMB untuk menjawab satu (1) soalan dengan tepat sebelum tarikh dan masa yang ditetapkan di dalam SMS sebelum diisytiharkan sebagai pemenang Kempen ini ( Pemenang ). 12. Makluman SMS akan dihantar oleh CIMB kepada Peserta Disenarai Pendek hanya SEKALI dan hanya mereka yang membalas SMS tersebut dengan jawapan yang tepat sebelum tarikh dan masa yang ditetapkan akan disahkan sebagai Pemenang melalui satu makluman SMS yang lain. Enam Peserta Disenarai Pendek pertama yang menjawab soalan dengan tepat akan diisytiharkan sebagai Pemenang Hadiah Utama, Hadiah Kedua dan Hadiah Ketiga masing-masing (menurut Klausa 6). Peserta Disenarai Pendek lainnya yang menjawab soalan dengan tepat akan diisytiharkan sebagai Pemenang Hadiah Saguhati. 13. Jika mana-mana Peserta Disenarai Pendek tidak dapat menjawab atau membalas SMS sebelum tarikh dan masa yang ditetapkan atau jika jawapan yang diberikan adalah tidak betul, Peserta Disenarai Pendek akan dianggap tidak berjaya dalam penyertaannya untuk memenangi Hadiah. Makluman SMS akan dihantar kepada Peserta Disenarai Pendek yang telah disingkirkan. Peserta Disenarai Pendek yang baru akan dipilih daripada kumpulan Peserta Disenarai Pendek dan kemudian akan dihubungi melalui SMS dan dikehendaki menjawab SMS menurut cara yang ditetapkan di dalamnya. Proses ini akan diulang sehingga semua 106 Pemenang Kempen ini berjaya dikenal pasti. 14. CIMB tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan dalam apa cara jua sekiranya mana-mana Peserta Disenarai Pendek tidak dapat dihubungi melalui SMS atas apa sebab jua. 15. Untuk mengelakkan keraguan, caj telekomunikasi standard yang dikenakan oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi akan dikenakan untuk balasan SMS yang dihantar oleh Peserta Disenarai Pendek. 16. Semua soalan dan jawapan akan ditentukan, dihakimi dan diputuskan oleh panel hakim yang dipilih oleh CIMB dan keputusan hakim-hakim panel semasa mengisytiharkan Pemenang adalah muktamad, konklusif dan mengikat dengan syarat sentiasa bahawa keputusan tersebut hendaklah nampaknya adil dan munasabah. 17. Pada masa pemilihan Peserta Disenarai Pendek dan/atau Pemenang, (i) akaun kad kredit CIMB Peserta Layak dan/atau Peserta Disenarai Pendek MESTILAH dalam keadaan yang baik; (ii) TIDAK BOLEH memungkiri sebarang terma dan syarat di dalam Terma-terma dan Syarat-syarat Pemegang Kad CIMB; dan/atau (ii) TIDAK BOLEH 3

ditamatkan dan/atau dijadikan tertakluk kepada sebarang penahanan, perintah bertentangan yang dibuat oleh Mahkamah atau mana-mana pihak berkuasa yang diberi kebenaran oleh undang-undang dan/atau ingkar, dan/atau tidak sah dan/atau dibatalkan menurut takrifan CIMB, jika tidak mereka akan disingkirkan daripada menyertai Kempen ini atau menjadi Peserta Layak dan/atau Peserta Disenarai Pendek dan/atau Pemenang. 18. Peserta Layak hanya layak memenangi satu (1) Hadiah di bawah Kempen ini. Hadiah tidak boleh dipindahkan kepada orang lain atau ditukar untuk wang tunai dan tidak termasuk kos dan perbelanjaan berkaitan yang lain. 19. Senarai Pemenang akan disiarkan di laman web CIMB di www.cimbislamic.com.my dalam masa 12 minggu selepas tamat Tempoh Kempen. Hadiah akan dikreditkan ke dalam akaun Kad Kredit CIMB Pemenang dalam masa 90 hari dari tarikh tamat Tempoh Kempen. 20. Bank berhak menarik balik sebarang Hadiah yang dimenangi dan menyingkirkan Peserta Layak dan/atau Peserta Disenarai Pendek dan/atau Pemenang sekiranya berlaku balikan transaksi dan/atau Penebusan Mata Bonus Layak atau pembatalan atau penamatan transaksi dan/atau Kad Kredit dalam Tempoh Kempen dan/atau kegagalan untuk mematuhi sebarang terma dan syarat di dalam ini. Terma-terma dan Syarat-syarat Am 21. Pemenang Kempen ini bersetuju dan membenarkan CIMB mendedahkan butir-butir Pemenang (termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor K/P, nombor telefon dan alamat) kepada pengedar/agen yang kemudian akan menghubungi Pemenang tentang penghantaran atau penebusan Hadiah. Pemenang bertanggungjawab membuat perkiraan yang perlu dengan CIMB dan/atau pengedar/agen untuk memungut atau menebus Hadiah mereka. CIMB tidak akan menanggung sebarang kos penginapan dan/atau pengangkutan dan/atau sebarang kos lain yang mungkin ditanggung atau terpaksa ditanggung oleh Pemenang semasa menebus atau menggunakan Hadiah. 22. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta Layak dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju terikat oleh Terma-terma dan Syarat-syarat ini dan keputusan CIMB dan bersetuju bahawa semua keputusan yang dibuat dengan adil dan munasabah oleh CIMB berkaitan dengan setiap aspek Kempen ini, termasuk Hadiah yang akan diberikan dan penentuan Pemenang, adalah muktamad, mengikat dan konklusif. 23. Peserta Layak bertanggungjawab memastikan bahawa alamat surat-menyurat dan nombor telefon mudah alih mereka yang diberikan dan disimpan dalam rekod CIMB adalah terkini dan dikemaskinikan. CIMB berhak menarik balik Hadiah jika nombor mudah alih Peserta Layak dan/atau Pemenang yang disimpan di dalam rekod CIMB adalah tidak sah dan/atau tidak dikemaskinikan. 24. CIMB tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan dalam apa cara jua berhubung dengan kerosakan teknikal tidak kira jenisnya, apa jua gangguan, penggendalaan, dan/atau kesilapan elektronik atau insan dalam pentadbiran dan/atau pemprosesan Transaksi Perbelanjaan Runcit dan/atau Transaksi Perbelanjaan Runcit 4

Layak yang dilaksanakan oleh Peserta Layak melalui Kad Kredit CIMB kecuali disebabkan oleh keingkaran yang disengajakan atau kecuaian melampau oleh CIMB. 25. CIMB berhak menurut budi bicara mutlaknya untuk mengubah, memodifikasi, memotong, menambah atau sebaliknya meminda sebarang Terma dan Syarat di dalam ini atau mana-mana bahagian daripada ( Pindaan ). Pindaan akan mengikat Peserta Layak dan dianggap telah dibawa kepada perhatian Peserta Layak melalui notis terdahulu selama sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari yang dihantar oleh CIMB kepada Peserta Layak melalui komunikasi elektronik termasuk melalui electronic direct mail ( EDM ) dan/atau perkhidmatan pesanan ringkas ( SMS ) ke alamat e-mel atau nombor telefon mudah alih Peserta Layak yang terakhir diketahui dan/atau dengan memaparkannya di laman web CIMB di www.cimbislamic.com.my dan/atau melalui apa-apa cara komunikasi yang dianggap wajar oleh CIMB menurut budi bicara mutlaknya dan Pindaan akan dianggap mengikat dari tarikh makluman Pindaan atau dari apa-apa tarikh yang boleh ditetapkan oleh CIMB di dalam makluman. Peserta Layak mengakui dan bersetuju untuk melawat laman web CIMB secara berkala untuk membaca Terma-terma dan Syarat-syarat dan untuk memastikan mereka mempunyai pengetahuan terkini tentang apa-apa perubahan atau pindaan kepada Terma-terma dan Syarat-syarat ini. 26. CIMB berhak menggantikan Hadiah dengan hadiah yang sama kos atau nilainya dan/atau untuk melanjutkan, memendekkan, menggantung, membatalkan dan/atau memberhentikan Kempen ini dengan memberikan notis terdahulu selama (14) hari kalendar kepada Peserta Layak. Sebarang pampasan sama ada wang tunai atau apa jua jenis pun jua tidak akan diberikan kepada Peserta Layak dan/atau mana-mana pihak berbangkit daripada penggantian Hadiah, pelanjutan, pemendekan, penggantungan, pembatalan dan/atau pemberhentian Kempen ini dan/atau perubahan, modifikasi, pemotongan, tambahan atau pindaan Terma-terma dan Syarat-syarat ini. 27. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta Layak bersetuju bahawa CIMB tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan sekiranya CIMB tidak dapat melaksanakan apa-apa kewajipannya di dalam ini, secara keseluruhan atau sebahagian, jika ketidakupayaan tersebut disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh apaapa kerosakan sebarang peranti elektronik atau mekanikal, sistem pemprosesan data, talian penghantaran, kerosakan elektrik, pertikaian perusahaan, peperangan, mogok, rusuhan, apa jua bencana alam di luar kawalan CIMB atau disebabkan apa-apa faktor bersifat force majeure di luar kawalan munasabah CIMB. 28. Terma-terma dan Syarat-syarat di dalam ini (seperti yang mungkin dipinda dari semasa ke semasa selaras dengan Klausa 25) hendaklah dibaca bersama-sama dengan Termaterma dan Syarat-syarat Pemegang Kad CIMB yang berkuat kuasa dan akan mengatasi sebarang terma, syarat, peruntukan atau representasi yang tidak konsisten yang terkandung dalam sebarang bahan promosi dan pengiklanan lain berhubung dengan Kempen ini. 29. Keputusan CIMB dan/atau hakim-hakim CIMB berkaitan dengan Kempen ini adalah muktamad, mengikat dan konklusif kecuali kesilapan nyata. CIMB mempunyai hak dan budi bicara mutlak untuk menyingkirkan dan/atau menolak mana-mana Peserta Layak dan/atau Peserta Disenarai Pendek dan/atau Pemenang yang ditentukannya atau disyaki dengan munasabah telah mengganggu proses atau operasi Kempen ini, atau bertindak memungkiri Terma-terma dan Syarat-syarat di dalam ini. 5

30. CIMB tidak akan bertanggungjawab kepada mana-mana Peserta Layak atau mana-mana pihak atas apa-apa kerugian atau kerosakan tidak kira sifatnya yang dialami oleh Peserta Layak atau mana-mana pihak kecuali sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan secara langsung oleh ketinggalan atau kecuaian CIMB. Untuk mengelakkan keraguan, CIMB tidak akan walau apa pun bertanggungjawab atas sebarang kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, gantirugi langsung atau tidak langsung, sampingan, berbangkit, teladan, punitif atau khas yang ditanggung oleh mana-mana pihak termasuk pihak ketiga) yang walau bagaimanapun jua berbangkit sama ada dalam kontrak, tort, kecuaian atau sebaliknya berhubung dengan Kempen ini. 31. Dengan menerima Hadiah, Pemenang bersetuju untuk tidak mempertanggungjawabkan CIMB dan ahli gabungannya dan pengarah, pegawai, pekerja dan agen mereka masingmasing daripada dan terhadap sebarang tuntutan, tindakan, prosiding, penghakiman, kerosakan, kerugian, perbelanjaan atau liabiliti yang ditanggung oleh CIMB dan ahli gabungannya dan pengarah, pegawai, pekerja dan agen mereka masing-masing berhubung dengan penyertaan Pemenang tersebut dalam Kempen ini atau penerimaan, penebusan atau penggunaan Hadiah, kecuali sebarang tuntutan, tindakan, prosiding, penghakiman, kerosakan, kerugian, perbelanjaan atau liabiliti yang diakibatkan oleh kecuaian atau ketinggalan CIMB. 32. Sekiranya terdapat apa-apa perkara yang tidak konsisten, konflik, kesamaran atau percanggahan antara versi Terma-terma dan Syarat-syarat ini dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris atau bahasa lain, versi Terma-terma dan Syarat-syarat ini dalam Bahasa Inggeris akan mengatasi yang lain. Meskipun perkara yang disebut sebelum ini, jika permintaan dibuat oleh Peserta Layak dan dicatat dan diakui oleh CIMB dalam rekodnya bahawa versi terma-terma dan syarat-syarat ini dalam Bahasa Malaysia akan mengawal operasi Kad Kredit CIMB, maka versi Terma-terma dan Syarat-syarat ini dalam Bahasa Malaysia akan mengatasi yang lain. 33. Untuk maklum balas dan/atau aduan berkaitan dengan Kempen ini, Peserta Layak boleh menghubungi Customer Resolution Unit CIMB di alamat, nombor telefon dan nombor faks dan alamat e-mel berikut (atau di mana-mana alamat, nombor telefon dan nombor faks dan alamat e-mel lain yang boleh diubah oleh CIMB dengan memaklumkan Peserta Layak): Alamat : Customer Resolution Unit, Aras 19, Menara Bumiputera-Commerce, 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur No. Telefon : 603 6204 7788 No. Faks : 603 2691 3248 E-mel : cru@cimb.com 6