MEMORANDUM MENGHENTIKAN PROJEK PEMBINAAN KERETA KABEL DI BUKIT LARUT

Similar documents
DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Earthwork Activities in Private Housing Industry

TATACARA PERMOHONAN Application procedure


UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

Survey on Perak and Selangor 3 messages

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

Mohd Aqmin Abdul Wahab Universiti Kebangsaan Malaysia. Hazrul Izuan Shahiri Universiti Kebangsaan Malaysia

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION

Sistem Bakeri Interaktif

The impact of waste disposal management on the water quality of rivers in Malaysia: Lessons from Pajam waste disposal sites, Negeri Sembilan

7/2018 UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

LAPORAN KAJIAN BAGI PROJEK PEMBANGUNAN SUMBER AIR BAWAH TANAH DI BATANG PADANG, PERAK DARUL RIDZUAN - SATU PERINGATAN KEPADA MALAYSIA

SISTEM SOKONGAN PERANCANGAN (PSS): ANALISIS APLIKASI BAGI SEKTOR-SEKTOR TERPILIH

PERISYTIHARAN KAWASAN LARANGAN MEROKOK 2011 DECLARATION OF NON-SMOKING AREA 2011

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MODELING OF SALT WATER INTRUSIONS INTO LANGAT RIVER ESTUARY, MALAYSIA

Pengetahuan komuniti dan amalan pengurusan sisa pepejal di Negeri Sembilan

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

IMPLIKASI PERUBAHAN PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP KESELAMATAN AWAM : KAJIAN KES DI BANDAR MUADZAM SHAH, PAHANG

Analisis Metabolisma Bandar Menggunakan Teknik Material Flow Analysis (MFA) di Seremban. Sharif Shofirun Bin Sharif Ali (P85768)

J\ Impacts of disturbance o~ fish communities in Sungat Pur, Terengganu I Annie Nums anak B1lly.

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

MADYA HERAWATI BTE AHMAD. Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Sains Pengurusan Teknologi

THE ASSESSMENT OF BUILDING DEFECTS MAINTENANCE IN HOSPITAL BUILDING NORDIYANA BINTI AB.LLAH

Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

KAJIAN HIDROLOGI DI KAWASAN KAMPUS SULTAN AZLAN SHAH, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Condition Appraisal Technical Report

ADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI

Pola dan Proses Pemilikan Tanah oleh Orang-orang Pulau di Kawasan Darat Mersing: Kajian Kes di Kampung Sri Bahagia

PERBEZAAN ASPEK PERKEMBANGAN FIZIKAL DALAM KALANGAN KANAK-KANAK LELAKI DAN PEREMPUAN MENURUT PERSPEKTIF BARAT

FAKTOR-FAKTOR KETIDAKPENGHUNIAN BANGUNAN KOMERSIAL DI BANDAR MERU RAYA, IPOH, PERAK

THE CHALLENGES AND SUCCESS FACTORS IN TOURISM ENTREPRENEURSHIP: CASE STUDY OF ENTREPRENEURS AT JONKER STREET, MALACCA

A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING IN KUALA TERENGGANU HO MEE CHYONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Konflik Hak Tanah Adat (Native Costumary Rights) Kampung Imahit Tenom, Sabah

PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Tujuh Pencabulan Terbesar oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Dalam Laporan Persempadanan Semula

Sistem Tagal: Pengurusan Biosfera Tradisional dalam Industri Pelancongan

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV

IMPAK AKTIVITI PEMBANGUNAN TERHADAP TREND KEKERAPAN DAN MAGNITUD BANJIR DI LEMBANGAN SUNGAI MENGGATAL, KOTA KINABALU, SABAH

BAB 1 PENDAHULUAN Pengenalan

SEJARAH PERKEMBANGAN BEKALAN AIR DOMESTIK DI NEGERI KEDAH SEHINGGA TAHUN 1957

OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM

PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Kota Kinabalu Sabah Malaysia

Sistem tagal dalam industri pelancongan: Manfaat kepada komuniti

Tekanan Pembangunan di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang: Satu Analisis Terhadap Peluang dan Cabaran Kepada Masyarakat Tempatan

Sikap Komuniti Setinggan Tebingan Sungai: Pencemaran Alam Sekitar dan Pengurusannya

PENENTUAN NILAI KUALITI AIR SISA DI PASAR BESAR KUANTAN

BIASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (BUMT) JABATAN PENGURUSAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU. - Syarat dan Kelayakan - Borang Permohonan

PENEMPATAN PERUMAHAN MASYARAKAT PINGGIRAN DI DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR. Samruhaizad Samion & Azahan Awang

Kajian Indeks Kualiti Air di Lembangan Sungai Paka, Terengganu (Water Quality Index Study in Paka River Basin, Terengganu)

NOTICE OF PROPOSED RECOMMENDATIONS FOR FEDERAL AND STATE CONSTITUENCIES IN THE STATE OF SELANGOR AS REVIEWED BY THE ELECTION COMMISSION IN 2018

SAFETY AND HEALTH IN THE USE OF CHEMICALS AT WORK

PENGARUH PULAU HABA BANDAR TERHADAP KESELESAAN TERMA DALAMAN BANGUNAN UNTUK PEKERJA DI PULAU PINANG NUR AILI HANIM HANAFIAH

Analisis Tren Penyakit Denggi di Daerah Hulu Langat, Selangor

PELUASAN BANDARAYA METROPOLITAN JAKARTA DAN IMPAKNYA TERHADAP GUNA TANAH DAN CORAK PEKERJAAN PENDUDUK PINGGIRAN: KES BANDAR BARU BUMI SERPONG DAMAI

NOOR SHAHIDA BINTI ROSLI MASTER OF SCIENCE UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

KERTAS KERJA LESTARIKAN BUMI HIJAU TAMAN REKREASI GUNUNG LEDANG TARIKH 2 JANUARI 2014 TEMPAT TAMAN REKREASI GUNUNG LEDANG

ALASAN PENGHAKIMAN. Pengambilan balik ini melibatkan enam lot dengan keluasan seperti berikut:

SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI DALAM PENENTUAN PEMELIHARAAN KAWASAN WARISAN KAJIAN KES: BANDAR TAIPING, PERAK ZALISSA BINTI ZAINI

mybalikpulau A Mapping & Interpretation Heritage Education Program for Young People

SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS) DAN SEKTOR KESIHATAN AWAM: KAJIAN DEMAM DENGGI DI BANDAR BARU BANGI DAN KAJANG

Memperkasakan usahawan van dalam pengangkutan awam luar bandar di Hulu Terengganu

CADANGAN REKA BENTUK SUBSISTEM MAKLUMAT PERUNDANGAN BAGI PENGURUSAN KAWASAN TANAH BENCAH KAJIAN KES: TG. PIAI & SG. PULAI. NAFISA BINTI HOSNI

Binaan ringkas pengecas kapasitor bervoltan tinggi buatan sendiri bagi. sistem plasma fokus.

Peri pentingnya pemilikan Tanah Adat yang diiktiraf: Memahami keperluan Komuniti Bidayuh Serian, Sarawak

Faculty of Engineering

Diaspora Komuniti Cina Seberang Laut ke Selangor di Tanah Melayu,

PERANAN JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA NEGERI SEMBILAN DALAM MEMPROMOSIKAN ALAT MUZIK CAKLEMPONG

Menganalisis pola dan arah aliran hujan di Negeri Sembilan menggunakan kaedah GIS poligon Thiessen dan kontur Isoyet

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor 2 Pusat Penyelidikan Politik dan Keselamatan (POSH)

IMPAK AKTIVITI ANTROPOGEN DAN FAKTOR YANG BERKAITAN TERHADAP KUALITI AIR SUNGAI TROPIKA, SUNGAI PINANG, BALIK PULAU, PULAU PINANG

Pengenalan kepada Pengurusan Sumber Manusia

PASARAN HARTA TANAH KEDIAMAN BERDASARKAN IMPLIKASI PENENTUAN HARGA RUMAH OLEH PEMAJU. KAJIAN KES NUSAJAYA ZARINATUL AIN BT AKHIRUDIN

DERAF JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SELARAS SESI DEC 2015 (BELUM MUKTAMAT)

APLIKASI PENJANA KUIZ MUDAH ALIH

Mohd Abdul Fadhil Bin Abdul Latif v Pentadbir Tanah Daerah Kuala Terengganu

Pencapaian Program Pemindahan Ilmu Tatacara Menyelamat Sewaktu Banjir Dan Kaedah Pemulihan Dalam Kalangan Komuniti Kuala Krai, Kelantan, Malaysia

APLIKASI KONSEP PAJAKAN DALAM PEMBANGUNAN TANAH WAKAF DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Transcription:

GABUNGAN PERSATUAN-PERSATUAN PENGGUNA-PENGGUNA MALAYSIA MEMORANDUM MENGHENTIKAN PROJEK PEMBINAAN KERETA KABEL DI BUKIT LARUT Memorandum ini ditujukan kepada: Dato' Seri DiRaja Mohamad Tajol Rosli bin Ghazali YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan Salinan kepada: 1. DYTM Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Raja Muda Perak Darul Ridzuan 2. YB Dato' Seri Azmi Khalid Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar 3. YB Dato Sri Dr Lim Keng Yaik Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi 4. YB Datuk Ho Cheng Wang Pengerusi, Jawatankuasa Infrastruktur dan Utiliti Awam Negeri Perak 5. YBhg Tan Sri Dato Ir Haji Zaini bin Omar Pengerusi, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 6. YBhg Dato Hajah Rosnani Ibarahim Ketua Pengarah, Jabatan Alam Sekitar 7. YBhg Dato Ir Mohd Yusof Mohd Isa Pengurus Besar, Lembaga Air Perak 8. YBhg Tuan Haji Abu Hasan bin Mohd Isa Pengarah, Jabatan Alam Sekitar Perak 1

1. RINGKASAN Cadangan Pembinaan kereta kabel di antara Rumah Rehat Casuarina (Casuarina Rest House) dan Rumah Rehat Maxwell (Maxwell Rest House). Pembinaan dikatakan akan dijalankan dengan kesan minimum kepada Bukit Larut dan kawasan tadahan air yang digazet. Projek ini dikatakan boleh membawa lebih kurang 1000 pelancong sehari ke puncak Bukit Larut. Ketua Jabatan Alam Sekitar Taiping, En Nasir Abdul Rahman telah menyatakan laporan EIA tidak diperlukan kerana kawasan pembinaan adalah kecil. Projek ini juga dicadangakan kerana kerana servis melalui kereta jip adalah perlahan dan hanya boleh membawa 200 pelancong pada satu masa. Gabungan Persatuan-Persatuan Penguna-Pengguna Malaysia ingin menuntut hak rakyat Taiping khususnya dan rakyat Malaysia amnya sebagai pengguna untuk mendapatkan persekitaran yang bersih dan selesa untuk hidup. Projek pembangunan terhadap khazanah alam yang diiktiraf oleh Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan dan badan-badan antarabangsa tidak sepatutnya berlaku. Hutan simpanan hanya boleh digunakan untuk tujuan penyelidikan dan pembelajaran. Pihak kerajaan negeri telahpun diberikan memorandum sebegini untuk membantah projek pembangunan yang dicadangkan sebelum ini. Seluruh masyarakat dunia yang bimbang akan kesan pemanasan global kepada kehidupan kita. Akan tetapi, dengan timbulnya cadangan projek ini, ianya seolaholah ingin mengambil risiko mendirikan kereta kabel tanpa mengkaji kesannya kepada alam sekitar Bukit Larut. Kerajaan Negeri Perak telahpun diingatkan berkali-kali akan kesensitifan ekosistem di Bukit Larut dan kesannya kepada flora dan fauna serta kawasan tadahan air. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan ekosistem ini dijaga dan kekalkan untuk manfaat generasi akan datang. 2

2. JUSTIFIKASI UNTUK TIDAK MENJALANKAN PROJEK INI 2.1 Bukit larut merupakan kawasan tadahan air. Kawasan tadahan air ini adalah di bawah selian Lembaga Air Perak. Kawasan tadahan ini membekalkan air kepada penduduk Taiping dan kawasan sekitarnya. Disebabkan kecerunan lereng bukit adalah tinggi, kemungkinan untuk tanah runtuh adalah tinggi yang seterusnya berkemungkinan untuk meningkatkan kejadian tanah runtuh dan menyebabkan bekalan air ke kawasan persekitaran terganggu. Pembinaan laluan kereta kabel ini melalui kawasan tadahan hanya sedikit sahaja. Walau bagaimanapun, hakisan tanah atau tanah runtuh di sekitar kawasan tadahan akan meningkatkan pencemaran dalam air. Mengikut Lembaga Air Perak, luas kawasan tadahan adalah 21.53 km persegi. Kawasan tadahan air di sekitar Bukit Larut adalah seperti berikut: SENARAI KAWASAN TADAHAN AIR SEDIA ADA DI BUKIT LARUT (Daerah Larut, Matang & Selama) Bil. Nama Loji Nama Sungai Kedudukan Intake Luas Kawasan Pembersihan Air Longitud (Timur) Latitud (Utara) Tadahan (km.per) 1 Taiping Sg. Ranting 100 46' 15" 4 52' 45" 1.88 2 Headworks Sg. Anak Ranting 100 46' 15" 4 52' 53" 1.57 3 Sg. Batu Teguh 100 46' 29" 4 50' 39" 3.33 4 Sg. Tupai 100 46' 40" 4 50' 14" 3.84 5 Sg. Air Terjun 100 45' 53" 4 52' 05" 1.18 6 Air Kuning Sg. Larut 100 46' 13" 4 48' 47" 8.03 7 Sg. Buluh 100 44' 45" 4 48' 41" 1.70 JUMLAH KESELURUHAN 21.53 Sumber: Lembaga Air Perak Air dari loji-loji pembersihan air ini menyalurkan air bersih kepada penduduk sekitar. Potensi kesan kepada kawasan tadahan ini masih tinggi. 3

2.2 Bukit Larut digazet sebagai Hutan Simpanan pada 1910. Pada tahun 1910, 7130 hektar kawasan Bukit Larut diklasifikasikan sebagai hutan simpanan. Pada 1962 sebanyak 2747 hektar kawasan Bukit Larut digazet semula sebagai Larut Hills Virgin Jungle reserve. Sebagai hutan yang diwartakan sebagai Hutan Perlindungan untuk tadahan air, penyelidikan dan pelajaran. Adalah tidak wajar untuk kerajaan negeri untuk mempertimbangkan pambangunan projek kereta kabel. Dalam keadaan Malaysia mengalami pemanasan global, adalah penting untuk menjaga kawasan hutan yang sedia ada dan kajian kesan pemanasan global yang patut dipertingkatkan. 2.3 Klasifikasi sebagai Habitat Flora dan Fauna pada 2002. Bukit Larut diberikan klasifikasi sebagai Habitat Flora dan Fauna pada 2002 oleh Kerajaan Persekutuan. Ini menunjukkan kepentingan untuk mengekalkan keadaan semulajadi untuk memastikan ekosistem yang stabil di Bukit Larut tidak terjejas. Kewujudan ekosistem yang tidak diganggu oleh aktiviti manusia adalah penting. Kita dapat lihat bahawa terdapat banyak flora dan fauna yang tersenarai dalam kajian yang telah dijalankan oleh FOMCA, Education and Research Association for Consumers (ERA Consumer Malaysia) dan WWF Malaysia dengan sokongan The Royal Netherlands Embassy akan turut terjejas jika projek-projek sebegini diteruskan. Hasil kajian ini telah diterbitkan pada 1997 dan telahpun diberikan beberapa salinan pejabat-pejabat berkenaan kerajaan negeri dan persekutuan. 4

2.4 Klasifikasi oleh United Nations Environment Programme - World Conservation Monitoring Centre Menurut laporan A global overview of protected areas on the world heritage list of particular importance for biodiversity 2000 oleh World Conservation Monitoring Centre, UNEP, Bukit Larut dikelaskan dalam salah satu pusat serantau kepelbagaian tumbuhan (Regional Centres of Plant Diversity). Kepentingan kepelbagaian tumbuhan yang diiktiraf oleh badan dunia ini menunjukkan keperluan kita untuk menjaganya sebagai khazanah negara. Sebagai hutan yang kaya dengan flora dan fauna banyak penyelidikan dalam bidang bioteknologi dapat diperkasakan. Malaysia juga tergolong dalam 12 negara Mega Biodiversity di dunia. Maka setiap komponen hutan yang membantu kita tergolong dalam kategori ini patut dipelihara. 2.5 Cerun yang curam yang boleh dirosakkan akibat tiang kereta kabel Mengikut peta Erosion Risk Bukit Larut terletak di kawasan berisiko tinggi dan kehilangan tanah direkodkan melebihi 150 ton/ha/tahun. Kestabilan tiang-tiang ini akan menjadi persoalan besar. Pada masa yang sama kejadian tanah runtuh mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi untuk berlaku disebabkan gangguan kepada lereng bukit berlaku. Kejadian tanah runtuh yang bersambungan akan semakin terjadi. Bukit Larut juga jatuh dalam kategori pertama dalam kawasan alam sekitar yang sensitif di bawah Rancangan Fizikal Negara. Penanaman tiang-tiang ini melibatkan penambahan berat kepada cerun, mengikut kejuruteraan geoteknik, tanah yang tidak stabil seperti yang terdapat di Bukit Larut menjadi risiko, nyawa manusia boleh terancam di samping merosakkan alam sekitar. Penusukan tiang-tiang ini juga akan menyebabkan ketidakstabilan tanah tebing. 5

2.6 Peningkatan sisa akibat pertambahan pelancong Pertambahan pelancong ke Bukit Larut akan menyebabkan penambahan sisa pepejal dan bahan buangan dari pelancong (kumbahan). Lebih banyak bahanbahan ini mesti diangkut ke kaki bukit. Pertambahan pencemaran udara kerana lori-lori sampah perlu berulang-alik lebih kerap. Pembuangan sampah yang tidak terkawal (yang di buang ke hutan) contohnya di Cameron Highlands, air terjun dipenuhi dengan sampah sarap kerana pembuangan sampah di merata-rata tempat. Perpaipan pembentungan tambahan perlu dibangunkan dan kebocoran sistem ini boleh menyebabkan kesan memudaratkan kepada ekosistem yang sensitif seperti Bukit Larut. Ini jelas membuktikan dakwaan pihak Jabatan Alam Sekitar bahawa hanya sedikit kawasan yang akan terlibat dalam pembangunan projek ini adalah tidak benar sama sekali. 2.7 Peningkatan pelancong 5 kali ganda sehari (dari 200 pelancong kepada 1000 pelancong) Peningkatan aktiviti manusia di sesuatu kawasan akan senantiasa menyebabkan ketidakselesaan kepada haiwan-haiwan sensitif dan haiwan-haiwan ini akan mula bermigrasi. Migrasi seperti ini akan mengganggu rantaian makanan di hutan ini dan seterusnya akan menyebabkan ekosistem kawasan ini terjejas. Apabila lebih ramai pelancong yang inginkan keselesaan bertambah akan wujud pula keadaan untuk menambahkan infrastruktur dan bangunan yang akan melibatkan penebangan hutan. Akan berlaku penambahan permukaan tidak menyerap air hujan (purata hujan tahunan, 5000 mm) dan peningkatan air larian permukaan. Peningkatan sebegini akan meninggikan risiko tanah runtuh dan hakisan. Sama sekali akan meningkatkan sedimen tanah dalam sungai, satu tindakbalas berantai yang memudaratkan alam sekitar. 6

Ini sama sekali akan menjejaskan objektif mewartakan satu kawasan sebagai Hutan Perlindungan untuk tadahan air. Peningkatan bahan yang mencemarkan air tadahan akan menyebabkan kos perawatan air meningkat, kekurangan air yang di tanah (sedimen bertambah) dan kos yang akan dikenakan kepada pengguna akibat kegagalan perancangan oleh kerajaan. 2.8 Hak penduduk khususnya di Taiping dan umumnya di Perak dan Malaysia untuk mengekalkan habitat semulajadi yang dijaga dalam keadaan asal Penduduk-penduduk Taiping mempunyai hak untuk mengetahui kesan buruk yang akan berlaku jika projek ini menemui kegagalan. Setelah memperolehi maklumat ini, mereka dapat melihat akan keperluan untuk menjaga Bukit Larut dalam keadaan semulajadinya. Pada masa yang sama, pihak-pihak yang terlibat tidak melihat akan tanggungjawab mereka kepada generasi akan datang yang mempunyai hak yang sama untuk menikmati alam semulajadi yang asli. 7

2.9 Beberapa perbezaan di antara Langkawi dan Taiping Langkawi Taiping Penerangan Gunung Mat Cincang Bukit Larut Ketinggian (m) 708 1009 Perbezaan ketinggian kedua-dua kawasan tanah tinggi akan mempunyai ekosistem yang berbeza. Ketinggian melebihi 1000 m (Kategori 1 kawasan alam sekitar sensitif) Purata hujan (mm) 1500 5000 Bukit Larut menerima lebih daripada 3 kali ganda hujan berbanding Langkawi. Jarak kabel (km) 2.2 4.9 Lebih daripada 12 tiang akan digunakan, isu kestabilan tanah adalah isu yang membimbangkan, kestabilan tanah tidak dapat ditingkatkan tanpa menganggu keadaan asal. Kawasan tadahan air Air terjun Tadahan air dari Bukit Larut Kawasan tadahan yang berlainan fungsi dan cirri fizikal. GA BUNGAN PERSATUAN-PERSATUAN PENGUNA-PENGGUNA MALAYSIA 8 8

3.0 KESIMPULAN DAN PENDIRIAN FOMCA FOMCA sama sekali tidak bersetuju Kerajaan Negeri Perak untuk menjalankan projek ini tanpa penyelidikan dan perbandingan yang betul. Kajian EIA dan DEIA patut dijalankan untuk memastikan tiada kesilapan yang berlaku akibat sesetengah pihak yang ingin menjana pendapatan yang lumayan daripada alam sekitar. Persetujuan daripada masyarakat setempat patut diperolehi apabila projekprojek sebegini mengambil tempat. Pihak yang neutral patut meneliti fakta-fakta dan kesesuaian projek sebegini. Jikalau kegagalan projek ini berlaku dan menyebabkan kerosakan kepada ekosistem Bukit Larut, Kerajaan Negeri Perak, mahupun kontraktor tidak dapat kembalikan Bukit Larut kepada keadaan asalnya. Adalah tanggungjawab kita untuk memastikan sumber alam di negara kita di jaga dan digunakan dengan lestari supaya generasi akan datang dapat menikmatinya juga. Bagi pihak Majlis Tertinggi FOMCA, Datuk Marimuthu Nadason Presiden 9