Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Similar documents
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Abstrak. Abstract

AMALAN PEWARISAN TANAH ADAT BERDASARKAN UNDANG-UNDANG TANAH ADAT DI KALANGAN MASYARAKAT: KAJIAN DI NEGERI SEMBILAN 1

HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA

Earthwork Activities in Private Housing Industry

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MODELING OF SALT WATER INTRUSIONS INTO LANGAT RIVER ESTUARY, MALAYSIA

PENTADBIRAN HARTA PUSAKA GSA DALAM SISTEM PENTADBIRAN TANAH NEGARA DAN BAGI TANAH FELDA MOHD YASSIN BIN MOHD YUSUF

THE IMPACT OF THE FACEBOOK WEBSITE QUALITY ON USER S PERCEIVED ATTITUDE, INTENTION AND LOYALTY AMONG STUDENTS OF UTM TAMER ADEL SALEH ALAJRAMI

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM

PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN

Kesahan Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak Dalam Kalangan Pemain Lelaki Berumur 14 Dan 15 Tahun. Abstrak

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

Pola dan Proses Pemilikan Tanah oleh Orang-orang Pulau di Kawasan Darat Mersing: Kajian Kes di Kampung Sri Bahagia

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

PEMBANGUNAN TANAH ADAT DI NEGERI SEMBILAN: HALATUJU DAN CABARAN CUSTOMARY LAND DEVELOPMENT IN NEGERI SEMBILAN: ITS WAY FORWARD AND CHALLENGES.

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV

J\ Impacts of disturbance o~ fish communities in Sungat Pur, Terengganu I Annie Nums anak B1lly.

IMPLIKASI PERUBAHAN PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP KESELAMATAN AWAM : KAJIAN KES DI BANDAR MUADZAM SHAH, PAHANG

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS: MASALAH DAN CADANGAN

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

THE CHALLENGES AND SUCCESS FACTORS IN TOURISM ENTREPRENEURSHIP: CASE STUDY OF ENTREPRENEURS AT JONKER STREET, MALACCA

PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Kota Kinabalu Sabah Malaysia

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

RELIABILITY OF SAFETY PERFORMANCE INDICATOR: COMPLIANCE AND EFFECTIVENESS OF SAFETY PROGRAMS IN CONSTRUCTION SITE RAMES KUMAR SHANMUGAM

BRIEFING SESSION. 27 November 2017

Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017

AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR (PKPGB) UTM MOHD IRWAN BIN ABD RAHMAN

PROSPEK DAN CABARAN BAGI MENGEKALKAN STATUS TANAH RIZAB MELAYU PADA ABAD KE-21 NURNABIHAH BINTI ZULKAPAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Sistem Bakeri Interaktif

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

Terma dan Syarat Kempen Rujukan Memperkenalkan Ahli Baru Privilege Banking dan Wealth Banking

Pendaftaran Peserta / Sarapan Pagi Pengenalan - Konsep tapak & laman web. - Penyediaan Bahan - Grafik/Image/Photo/PDF/Flash Paper

Survey on Perak and Selangor 3 messages

PERLAKSANAAN AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN, 1994 DI INSTITUT LATIHAN AWAM HELMI BIN HJ. HARON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

POTENSI KEPERLUAN PERUNDANGAN KHAS YANG BERKAITAN HAK PEMILIKAN TANAH BAGI PEMBANGUNAN PROJEK MRT MOHD HANIFF BIN HASSAN

KANDUNGAN KANDUNGAN. 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Latar Belakang Masalah Masalah pengajaran dan

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

Pengetahuan komuniti dan amalan pengurusan sisa pepejal di Negeri Sembilan

SISTEM TORRENS DALAM UNDANG-UNDANG TANAH DI MALAYSIA: SISTEM YANG TIDAK EKSKLUSIF

MAYBANK PRODUCTS UMBRELLA CAMPAIGN 2016 TERMS & CONDITIONS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DIKALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR DAN KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) LAPORAN KEMAJUAN BERKALA / PERIODIC PROGRESS REPORT

DETERMINANT OF UTHM ACADEMIC STAFF S PREFERENCE ON CHOOSING HOSPITALS. MUHAMMAD IZZAT SYAHMI BIN ADZNAM

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

PERANAN JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA NEGERI SEMBILAN DALAM MEMPROMOSIKAN ALAT MUZIK CAKLEMPONG

A. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION

e Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (icompex 17)

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

APLIKASI PENJANA KUIZ MUDAH ALIH

A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING IN KUALA TERENGGANU HO MEE CHYONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

Binaan ringkas pengecas kapasitor bervoltan tinggi buatan sendiri bagi. sistem plasma fokus.

FAKTOR-FAKTOR UTAMA YANG MEMPENGARUHI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PERUNTUKAN PELABURAN HARTA TANAH DARI PERSPEKTIF PELABUR.

THE DEVELOPMENT OF SMALL AND MEDIUM SIZED CONSTRUCTION FIRMS IN NIGERIA USING ABSORPTIVE CAPACITY BILAU ABDULQUADRI ADE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

Terms & Conditions TRUE Savers BonusLink Campaign

A Intake Januari 2016 (Pelajar Baru / serta individu yang belum /ingin ambil kursus ini

MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN INFORMASI SEBAGAI SATU BUDAYA PENEMPATAN KERJA ALTERNATIF DALAM SEKTOR PEMBINAAN

MASALAH GEJALA SOSIAL REMAJA DI SALAH SEBUAH DAERAH NEGERI SEMBILAN FADILAH BTE MOHAMAD NAWAWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TERMS AND CONDITION 2017 Credit Card Acquisition Cash Back Campaign

FAKTOR-FAKTOR PERLAKUAN PENGGUNA YANG MEMPENGARUHI PEMBELI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PEMBELIAN HARTA TANAH KEDIAMAN KES KAJIAN : DAERAH MELAKA TENGAH

Functional Assessment Report Laporan Penilaian Fungsian

Ke Arah Pemupukan Pemikiran Aras Tinggi: Penggabungan Topik Pengajaran Fizik dan Kepentingan Kerja Berpasukan Para Pelajar. Muhammad Abd Hadi Bunyamin

CADASTRE SURVEY PRACTICE (SGHU 4323)

BIASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (BUMT) JABATAN PENGURUSAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU. - Syarat dan Kelayakan - Borang Permohonan

Terma & Syarat. Kempen Akaun Semasa/Simpanan AmBank-I Love Savings!

2.3. For joint customer of Libshara-i, only the primary account holder will qualify to participate.

AMALAN INOVASI DALAM KALANGAN PETANI CINA

TERMS & CONDITIONS MAYBANK ONLINE APPLICATION CAMPAIGN II FOR BALANCE TRANSFER/EZYCASH/EZYPAY PLUS

FAKTOR-FAKTOR KETIDAKPENGHUNIAN BANGUNAN KOMERSIAL DI BANDAR MERU RAYA, IPOH, PERAK

AMALAN DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PELABURAN HARTA TANAH WAN SYAHIRA BINTI WAN MAMAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Mohd Aqmin Abdul Wahab Universiti Kebangsaan Malaysia. Hazrul Izuan Shahiri Universiti Kebangsaan Malaysia

PASARAN HARTA TANAH KEDIAMAN BERDASARKAN IMPLIKASI PENENTUAN HARGA RUMAH OLEH PEMAJU. KAJIAN KES NUSAJAYA ZARINATUL AIN BT AKHIRUDIN

FACTOR INFLUENCING AFTER HOURS ATTENDANCES IN THE MOSQUE ROAD POLYLCLINIC AND EMERGENCY DEPARTMENT, SARAWAK GENERAL HOSPITAL, KUCHING

Faculty of Engineering

Transcription:

ISSN: 1985-7454 Volume 5 (khas), 2017 TAHAP KEFAHAMAN MASYARAKAT TERHADAP KONSEP TANAH ADAT DAN UNDANG- UNDANG TANAH ADAT: KAJIAN DI NEGERI SEMBILAN (LEVEL OF UNDERSTANDING AMONG COMMUNITY TOWARDS THE CONCEPT OF CUSTOMARY LAND AND ITS LAW: STUDY IN NEGERI SEMBILAN) Azman Ab Rahman 1, Tengku Mansur bin Tengku Zainal Abidin, Lukman Abdul Mutalib, Syaryanti Hussin, Nabilah Yusof, Izawati Wook, Mohammad Zaharuddin Zakaria, Ahmad Zaki Salleh, Nawal Sholehuddin, Siti Selihah Che Hassan, Ahmad Anis Muhd Fauzi, Syed Mohd Najib Syed Omar, Che Zuhaida Saari, Nurfadhilah Che Amani Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Abstrak Tanah adat merupakan salah satu ciri utama dalam sistem pewarisan harta mengikut Adat Perpatih yang diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan secara turun-temurun sehingga ke hari ini. Amalan undang-undang tanah adat yang sedia ada, hanya waris wanita sahaja yang dibenarkan untuk memiliki tanah adat. Hal ini adalah untuk memelihara kaum wanita daripada hidup berpelesiran sekali gus mengangkat martabat wanita sebagai penyambung keturunan. Namun timbul persoalan berkaitan tahap kefahaman masyarakat pada masa kini terhadap konsep tanah adat dan undang-undang tanah adat yang diamalkan. Justeru, objektif kajian adalah untuk mengetahui tahap kefahaman masyarakat di daerah Rembau, Kuala Pilah dan Tampin, Negeri Sembilan terhadap konsep tanah adat dan undang-undang tanah adat. Kajian ini menggabungkan kaedah penyelidikan kualitatif dan kuantitatif yang melibatkan dokumentasi, temubual dan kaji selidik. Hasil kajian mendapati bahawa tahap kefahaman masyarakat tentang tanah adat dan undang-undang tanah adat semakin berkurang dikalangan generasi muda. Implikasi kajian ini ialah dapat meningkatkan lagi kesedaran dan kefahaman masyarakat tentang tanah adat dan undang-undang tanah adat menurut Syarak. Kajian lanjutan boleh dilakukan untuk mengenal pasti kaedah yang terbaik untuk meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap tanah adat dan undang-undang tanah adat sama ada melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan ataupun pihak-pihak tertentu. Kata kunci: Tanah Adat, Kefahaman, Masyarakat, Negeri Sembilan Abstract Customary land is an important element in Adat Perpatih being practiced in Negeri Sembilan since time immemorial. Under the adat, the customary land is inherited by women only. The main idea This is to safeguard the welfare of women in society and simultaneously the adat recognizes the women s position as significant to maintain the continuance of the generation. However, an issue arose is the extent of understanding of the communities in Negeri Sembilan towards the concept of customary land and the relevant laws. Therefore, the objective of this research is to identify the extent of understanding of the communities in some selected regions ie Rembau, Kuala Pilah and Tampin regarding the concept of customary land and its laws. Mixed method approach combining both qualitative and quantitative methods was adopted by review of the existing literatures, interview and questionnaires. This research found that a level of understanding of customary law and its law amongst the teenagers is in decline. This research significant mainly to increase awareness in the society regarding the customary land, the law and the practice. This research points to the need for further research and continued efforts to enhance the awareness among the communities undertaken by the relevant authorities. Keywords: Customary Land, Understanding, Community, Negeri Sembilan 1 azman@usim.edu.my 1

Pendahuluan Tanah adat adalah antara unsur terpenting yang terdapat di dalam amalan adat perpatih di Malaysia. Ianya merupakan harta yang begitu berharga di sisi masyarakat yang mengamalkan Adat Perpatih (Norhalim Ibrahim, 1984). Secara spesifik, perkataan tanah adat digunakan bagi merujuk kepada tanah yang diwariskan di bawah adat perpatih sebagaimana yang diamalkan di Negeri Sembilan. Perkataan lain bagi tanah adat ini ialah tanah warisan atau tanah pusaka. Tanah adat menurut bahasa Inggeris dirujuk sebagai customary land atau ancestral land. Justeru, mana-mana tanah yang telah didaftarkan dan diendorskan perkataan customary land di atas daftar hak milik tanah adalah merupakan tanah adat yang sah (Nadzan Haron, et al., 2010). Pemakaian istilah tanah adat di Malaysia bermula pada tahun 1909 apabila pihak pentadbir British mengklasifikasikan tanah adat sebagai customary land, bertujuan memenuhi keperluan dan memudahkan pentadbiran mereka dalam urusan memungut hasil tanah (Nadzan Haron, 2010). Di Negeri Sembilan, tanah adat adalah berbeza dengan tanah pusaka walaupun keduanya adalah merupakan tanah warisan. Tanah pusaka diwarisi oleh waris mengikut hukum faraidh manakala tanah adat pula diwarisi secara Adat Perpatih dari kalangan waris perempuan. Dalam Adat Perpatih, tanah adat menjadi lambang status yang dipertahankan kerana ia melibatkan maruah suku, justeru ia tidak boleh sewenang-wenangnya dijual beli, dipindah milik atau digadai melainkan dengan syarat tertentu yang telah ditetapkan oleh hukum adat (Nadzan Haron, 1997). Amalan tanah adat di Negeri Sembilan didapati telah dipraktikkan secara meluas. Data menunjukkan bahawa terdapat anggaran sebanyak 34,550.07 ekar keluasan tanah yang membabitkan tanah adat di Negeri Sembilan (Sulaiman bin Kadimi, 2015). Daerah dan wilayah adat yang mempunyai tanah adat adalah didapati lebih banyak berbanding dengan daerah dan wilayah yang tidak mempunyai tanah adat. Daerah dan wilayah yang mengamalkan tanah adat adalah seperti Jelebu (yang membabitkan Luak Jelebu), Rembau (Luak Rembau), Jempol (Luak Jempol), Kuala Pilah (Luak Jempol, Luak Johol, Luak Ulu Muar, Luak Terachi, Luak Gunung Pasir dan Luak Inas), Tampin (Wilayah Adat Tampini, Luak Gemencheh), dan Gemas (Luak Air Kuning). Manakala daerah dan wilayah adat yang tidak mengamalkan tanah adat adalah Seremban (Luak Sungai Ujong), Port Dickson (Wilayah Adat Lingi) dan Gemas (Wilayah Adat Pasir Besar). Dari sudut perundangan pula, terdapat peruntukan khas di bawah Perlembagaan Persekutuan berkenaan tanah adat di Negeri Sembilan. Ianya dirujuk kepada Perkara 90 (Peruntukan Khas yang Berhubungan dengan Tanah Adat di Negeri Sembilan dan Melaka, dan Tanah Pegangan Melayu di Terengganu), Bab 4 (Tanah), Bahagian VI (Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-Negeri), Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Undang-undang ini berkenaan pemindahan hak milik dan pemajakan tanah adat di negeri terbabit. Di samping ini, terdapat juga undang-undang di Negeri Sembilan yang boleh dirujuk seperti Enakmen Pemegangan Adat No.17 Tahun 1909, yang mana ianya telah diganti oleh Enakmen Pemegangan Adat No.1 Tahun 1919. Namun Enakmen ini selanjutnya telah diganti pula oleh Enakmen Pemegangan Adat Bab 215 yang mula berkuat kuasa pada 1 Disember 1926. Di samping enakmen-enakmen di atas, antara enakmen lain ialah Enakmen Pemegangan Adat (Tanah Lingkungan) No.4 Tahun 1960. Walau bagaimanapun Enakmen ini adalah hanya untuk masyarakat Adat Lingkungan di Daerah Kuala Pilah sahaja. Memandangkan Negeri Sembilan adalah negeri yang mempunyai tanah adat yang banyak dan amalannya yang meluas oleh masyarakat Negeri Sembilan, di samping kepelbagaian peruntukan perundangan yang khusus, maka kajian ini adalah diadakan untuk memfokuskan dari sudut kefahaman masyarakat Negeri Sembilan terhadap tanah adat serta undang-undang tanah adat di tempat mereka. 2

Kaedah Penyelidikan Kaedah penyelidikan merupakan kaedah yang sistematik untuk menyelesaikan permasalahan kajian. Ianya boleh difahami sebagai ilmu untuk mengkaji bagaimana kajian itu dijalankan secara ilmiah (Kothari, 2004). Pada umumnya kajian ini adalah kajian yang lebih bersifat lapangan yang menggunakan kaedah mixed methode iaitu menggabungkan rekabentuk penyelidikan kualitatif dan kuantitatif. Melalui kaedah kualitatif, rujukan terhadap dokumentasi bercetak dan temubual pakar telah digunakan. Manakala kaedah kuantitatif, kajian kaji selidik telah digunakan. Kaedah Pengumpulan Data Kaedah pengumpulan data melibatkan kaedah dokumentasi, temubual pakar dan kaji selidik. Kaedah dokumentasi dan temubual pakar digunakan untuk mengumpul data-data berbentuk kualitatif, manakala kaedah kaji selidik digunakan untuk mengumpulkan data yang berbentuk kuantitatif. Dokumentasi Kaedah ini digunakan untuk mengumpul maklumat dan data-data dari penulisan dan dokumentasi bertulis yang dapat memberikan keterangan, seterusnya dapat digunakan sebagai bukti atau keterangan yang sahih tentang sesuatu kenyataan. Ia merangkumi sumber-sumber dalam bentuk buku, jurnal, risalah, disertasi dan tesis, prosiding seminar, kertas kerja, akta, artikel, laporan, risalah dan laman web. Data-data yang diperolehi digunakan untuk membentuk landasan teori sebagai asas menyiapkan kajian ini. Ia terdiri dari sumber primer dan sekunder. Temubual Pakar Metod temubual digunakan bagi mendapatkan maklumat secara langsung mengenai bidang yang dikaji. Metod temubual sangat penting kerana isu ini adalah isu yang sangat sensitif dan tidak semua pihak mampu menghuraikannya dengan baik. Temubual yang digunakan adalah separa berstruktur (semi structured interviews) yang mana soalan yang dikemukakan kepada Peserta Kajian (PK) disusun dan ditentukan tetapi PK diberi kelonggaran semasa memberi jawapan dan ia boleh dikembangkan mengikt budi bicara penemubual dan PK (Osman Lebar, 2007). Temubual dilakukan terhadap empat orang PK yang dipilih secara sampel bertujuan (purposive sampling) daripada kalangan Dato -dato Undang, Timbalan Mufti dan pegawai akademik. Berikut adalah senarai Peserta Kajian (PK) dan latar belakang mereka. Kaji selidik Seramai 525 responden beragama Islam di Negeri Sembilan telah ditemubual melalui borang kaji selidik. Kawasan kajian meliputi tiga daerah di Negeri Sembilan yang masih kuat mengamalkan Undng-undang Tanah Adat dan pewarisan tanah adat. Daerah tersebut ialah Kuala Pilah, Rembau dan Tampin. Bilangan responden yang ditemubual di setiap daerah bergantung kepada keluasan tanah adat di kawasan tersebut. Set kaji selidik ini merangkumi beberapa komponen keperluan maklumat dalam proses penilaian kefahaman masyarakat terhadap tanah adat dan Undnag-undang Tanah Adat. Set soalan dipecahkan kepada enam bahagian dan setiap bahagian mengandungi beberapa item. Berikut adalah pecahan bahagian tersebut: 3

Bahagian A: Demografi (9 item). Bahagian B: Pengetahuan terhadap Konsep Tanah Adat dan Undang-undang Tanah Adat (10 item). Bahagian C: Persepsi Masyarakat Terhadap Tanah Adat dan Undang-undang Tanah Adat (10 item). Bahagian D: Tahap Kefahaman Masyarakat Terhadap Tanah Adat dan Undang-undang Tanah Adat (11 item). Bahagian E: Tahap Amalan Masyarakat Terhadap Undang-undang Tanah Adat (9 item). Bahagian F: Cadangan Anda Terhadap Undang-undang Tanah Adat (6 item). Kaedah Analisis Data Data-data kualitatif yang diperolehi dari dokumentasi dan temubual pakar akan dianalisis secara induktif dan deduktif. Data induktif adalah data yang bersifat khusus dianalisis bagi membuat dan mencari kesimpulan umum. Setiap temubual pakar akan disalin dalam bentuk transkrip. Data-data tersebut kemudiannya dianalisis secara manual melibatkan proses pengkategorian data, pengekodan data mengikut tema dan sub tema tertentu yang dibina oleh pengkaji. Akhirnya, satu analisis lengkap berserta dapatan kajian akan dikemukakan dalam bentuk laporan secara deskriptif. Data deduktif pula adalah data yang bersifat umum dianalisis bagi membuat dan mencari kesimpulan yang bersifat khusus. Data-data kuantitatif yang diperolehi dari kajian lapangan (kaji selidik) pula dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS). Namun, terdapat beberapa item yang akan dianalisis secara bersilang (crosstab) dengan beberapa item lain bagi mendapatkan analisis yang lebih jelas. Analisis secara perbandingan mean digunakan untuk mengukur tahap kefahaman masyarakat. Dapatan Kajian Melalui kajian ini, penyelidik mengenapasti konsep tanah adat yang diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan melalui undang-undang tanah adat yang diperkenalkan oleh Adat Perpatih. Kajian ini turut mengenalpasti tahap kefahaman masyaraat terhadap tanah adat dan undang-undang tanah adat di Negeri Sembilan khususnya di daerah Kuala Pilah, Rembau dan Tampin. Konsep Tanah Adat dan Undang-Undang Tanah Adat Konsep tanah adat di Negeri Sembilan adalah berbeza dengan tanah yang selain daripada tanah adat seperti tanah rezab Melayu, tanah kurnia dan lain-lain. Adat Perpatih membahagikan tanah atau harta kepada empat jenis utama seperti berikut: 1. Tanah bawaan: Tanah yang diterima oleh wanita sebelum berkahwin. Tanah ini akan dikembalikan kepada wanita tersebut selepas bercerai ataupun kematian suami. 2. Tanah dapatan: Tanah atau harta dapatan juga dikenali sebagai tanah carian bujang iaitu tanah yang diperolehi oleh lelaki sebelum berkahwin sama ada diteroka olehnya sendiri atau dihadiahkan kepadanya. Harta ini diiktiraf sebagai milik persendirian dandikembalikan kepada lelaki tersebut jika berlaku penceraian ataupun kematian isteri. 4

3. Tanah carian suami isteri: Tanah jenis ini adalah tanah yang diperolehi selepas berlakunya perkahwinan. Tanah ini adalah sama ertinya dengan harta sepencarian iaitu menjadi milik bersama antara suami dan isteri. Jika berlaku penceraian, maka harta atau tanah tersebut akan dibahagikan antara suami dan isteri tersebut. 4. Tanah Pesaka: Tanah ini adalah tanah milik suku yang menjadi warisan daripada ibu perempuan tersebut dan hanya boleh diwarisi oleh waris perempuannya sahaja. Tanah ini tidak boleh dilepaskan kepada orang lain daripada suku yang berbeza. Tanah ini juga dikenali sebagai tanah adat (Nadzan Haron, 1990). Perbezaan keempat-empat jenis tanah ini memberikan kesan yang signifikan dalam proses pewarisan harta pusaka. Tanah-tanah selain tanah adat menggunakan kaedah faraidh, manakala tanah pesaka atau tanah adat menggunakan undang-undang tanah adat sebagai kaedah pewarisan tersebut. Secara umumnya, pewarisan tanah adat dalam Adat Perpatih adalah bersifat matrilineal iaitu melalui nasb ibu kepada keturunan pihak perempuan yang rapat ikatan nasabnya, bermula daripada anak, cucu, cicit dan seterusnya. Jika seseorang perempuan meninggal dunia dan tidak memiliki waris perempuan, maka tanah tersebut akan berpindah kepada waris iqrab, iaitu adik-beradik perempuannya (Nadzan Haron, 1990). Menurut Adat Perpatih, hak untuk menyandang saka adalah milik waris lelaki manakala hak untuk mewarisi pusaka adalah waris perempuan. Tujuan diberikan hak mewarisi tanah adat ini kepada waris perempuan antaranya adalah untuk menjaga maruah mereka dan memelihara nasib masa depan mereka. Maksudnya, kaum perempuan dalam Adat Perpatih tidak akan hidup merempat atau menjual maruah untuk meneruskan kehidupan ketika dalam kesempitan hidup (Sharip, 2015). Berbeza dengan kaum perempuan, kaum lelaki mempunyai fizikal yang kuat dan digalakkan untuk merantau dan mencari harta baharu untuk suku. Tanah adat pada asasnya adalah milik suku bukan milik seseorang individu. Warga perempuan Adat Perpatih yang memiliki tanah adat hanyalah sebagai pemegang amanah ke atas tanah tersebut. Oleh yang demikian itu, tanah adat mempunyai peraturan-peraturannya yang ketat di bawah undang-undang tanah adat. Antara peraturan tersebut termasuklah tanah adat tidak boleh dijual atau digadai kepada orang lain selain daripada ahli perempuan daripada suku yang sama dan haruslah mendapat persetujuan daripada ketua adat. Walaubagaimanapun, penjualan tanah tersebut hanyalah dibenarkan atas sebab-sebab yang tertentu. Melihat kepada faktor pemilikan tersebut, maka tanah adat tidak boleh dianggap sebagai sebuah harta yang mesti difaraidhkan kerana status harta yang difaraidhkan haruslah menjadi milik sempurna (milk al-tamm) kepada individu tersebut sehingga dia mampu melakukan apa sahaja terhadap harta tersebut. Justeru, peranan kaum wanita terhadap pemegangan tanah adat adalah sebagai pemegang amanah tanah nenek moyang mereka dan ianya bertepatan dengan Syarak. Konklusinya, konsep ini mempunyai nilainya yang tersendiri sebagai sebuah amanah yang perlu dipegang oleh kaum perempuan agar tanah tersebut tidak terlepas kepada suku lain disamping menjaga maruah mereka sebagai penyambung keturunan dalam sesebuah suku. Tahap Kefahamaan Masyarakat Terhadap Tanah Adat dan Undang-Undang Tanah Adat Kaji selidik yang dijalankan ke atas 525 orang responden daripada tiga daerah berbeza iaitu Kuala Pilah, Rembau dan Tampin juga bertujuan untuk mengukur sejauh mana tahap kefahaman masyarakat terhadap tanah adat dan undang-undang tanah adat. Data yang diperolehi daripada kaji selidik tersebut dimuatkan di dalam Jadual 1 di bawah. 5

ITEM CARTA PAI [ D1] Tanah adat tidak boleh dipindah milik tetapi boleh dipajak jika ia boleh menambah baik nilai tanah itu. 64.4 14.9 2.1 6.7 12 Tidak Sangat [ D2] Tanah adat ialah suatu tanah yang mana tercatat pada geran tanah tersebut sebagai tanah adat. 1.3 0.4 3.6 3.2 91.4 Tidak Sangat 2.1 0.4 2.1 2.5 [ D4] Pewaris tanah adat mestilah wanita dari suku yang sama dengan pemilik asalnya. 93 Tidak Sangat [ D5] Tanah adat tidak boleh dipindah milik semasa hayat pemiliknya walau dengan apa cara sekalipun. 4 10.1 34.1 2.1 49.7 Tidak Sangat [ D6] Pemilikan tanah melalui Harta Carian Suami Isteri adalah tanah adat sekalipun jika ia dibeli atau diperolehi oleh suami. 4.6 21.7 2.1 6.9 64.8 Tidak Sangat 1 1 2.1 3.8 [ D7] Tanah adat hanya melibatkan harta warisan sahaja. 92.2 Tidak Sangat 6

[tem D8] Pewarisan tanah adat kepada waris wanita adalah berteraskan kepada konsep wasiat dalam Islam. 4.8 39.2 17.5 33 5.5 Tidak Sangat [ D9] Undang-undang tanah adat tidak selari dengan system faraid dalam Islam kerana melebihkan waris wanita daripada waris lelaki. 40.2 7.2 21.9 24.6 6.1 Tidak Sangat [ D10] Lelaki juga boleh mewarisi tanah adat. 2.5 4 2.5 12.6 78.5 Tidak Sangat [ D11] Undang-undang tanah adat menghadkan manfaat yang sepatutnya diperoleh oleh waris lelaki. [ D12] Pemilikan tanah adat adalah kepada waris wanita tetapi waris lelaki boleh mengusahakan tanah adat dengan izin. 13.1 37.9 1.1 0.6 2.9 93.3 5.3 32.2 2.1 11.4 Tidak Sangat Tidak Sangat Jadual 1: Tahap Kefahaman Masyarakat Terhadap Tanah Adat dan Undang-undang Tanah Adat Jadual 1 menunjukkan secara umum jawapan yang telah diberikan oleh responden terhadap soalansoalan yang diajukan. Responden diberikan 11 item dalam bahagian ini yang mana D3 telah digugurkan. -item tersebut dinilai kesahihannya berdasarkan kepada rujukan secara perpustakaan dan pendapat pakar terhadap perkara-perkara tersebut. Tahap kefahaman responden terhadap tanah adat dan undang-undang tanah adat dinilai berdasarkan kepada jawapan mereka terhadap item-item tersebut dianalisis menggunakan kaedah perbandingan mean. Dua pembolehubah utama dalam kajian ini dijadikan sampel iaitu jantina dan umur. Berdasarkan kepada Jadual 2 dan Jadual 3 di bawah, beberapa soalan iaitu D5, D6, D8 dan D10 telah diubah supaya struktur ayatnya bertepatan dengan konsep tanah adat dan undang- 7

undang tanah adat yang telah dinilai berdasarkan hasil penyelidikan dokumentasi dan temubual bersama PK yang telah dipilih. Hal ini penting untuk memastikan mean yang diperolehi daripada aplikasi SPSS adalah tepat. 8

Jantina Lelaki Perempuan D1 D2 D4 D5 D6 D7 D8 D9 D10 D11 D12 Mean 4.1841 4.7834 4.8159 3.3032 4.1588 4.8195 2.9531 3.3574 4.1841 3.7401 4.8375 N 277 277 277 277 277 277 277 277 277 277 277 Mean 3.9839 4.8831 4.8629 3.2742 4.2258 4.8911 2.8306 3.3992 4.4355 3.7903 4.8831 N 248 248 248 248 248 248 248 248 248 248 248 Total Mean 4.0895 4.8305 4.8381 3.2895 4.1905 4.8533 2.8952 3.3771 4.3029 3.7638 4.8590 N 525 525 525 525 525 525 525 525 525 525 525 Jadual 2:Mean Jantina Umur 20-29 30-39 40-49 50 Ke atas Total Jadual 3: Mean Umur D1 D2 D4 D5 D6 Mean 3.6792 4.4340 4.7170 2.9434 3.4528 4.5472 2.8113 3.7925 3.8868 3.9245 4.5094 N 53 53 53 53 53 53 53 53 53 53 53 Mean 4.2581 4.7742 4.5323 3.1452 4.1290 4.7419 3.2742 3.5000 4.2097 3.6613 4.7581 N 62 62 62 62 62 62 62 62 62 62 62 Mean 4.2069 4.8276 4.7241 3.4368 4.3218 4.8736 3.2989 3.0575 4.2184 3.6207 4.8736 N 87 87 87 87 87 87 87 87 87 87 87 Mean 4.0929 4.9071 4.9474 3.3344 4.2879 4.9195 2.7276 3.3715 4.4118 3.7957 4.9319 N 323 323 323 323 323 323 323 323 323 323 323 Mean 4.0895 4.8305 4.8381 3.2895 4.1905 4.8533 2.8952 3.3771 4.3029 3.7638 4.8590 N 525 525 525 525 525 525 525 525 525 525 525 D7 D8 D9 D10 D11 D12 9

Sangat Rendah (Mean 0.00-1.00) Rendah (Mean 1.01-2.00) Sederhana (Mean 2.01-3.00) Memuaskan (Mean 3.01-4.00) Tinggi (Mean 4.01-5.00) Jantina Lelaki 4.1034 Perempuan 4.1327 Umur 20-29 3.8816 30-39 4.0895 40-49 4.1327 50 ke atas 4.1570 Jadual 4: Tahap Kefahaman Responden Terhadap Tanah Adat dan Undang-undang Tanah Adat Merujuk kepada Jadual 2 dan Jadual 3, kebolehan responden memahami dan menjawab soalan dengan tepat adalah tinggi tanpa perbezaan yang signifikan sama ada dipengaruhi oleh perbezaan jantina ataupun paras umur. Kebanyakkan soalan mencapai mean 4.0 dan ke atas. Namun, terdapat juga soalansoalan yang mempunyai mean kurang daripada 4.0 seperti D5, D8, D9 dan D11 yang mempunyai mean keseluruhan iaitu 3.2895, 2.8952, 3.3771 dan 3.6738. Berdasarkan kepada data yang terkumpul, antara persoalan yang sukar untuk dijawab oleh responden adalah berkaitan dengan hukum syarak. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas seperti pada D8 dan D9 di atas. Hal ini menunjukkan bahawa kefahaman masyarakat terhadap hukum syarak masih rendah dan mereka kurang mampu untuk mengaitkan hubungan pewarisan harta melalui tanah adat dan hukum syarak dengan jelas. Jadual 4 menunjukkan mean bagi keseluruhan item yang diajukan kepada responden. Berdasarkan kepada Jadual 4 tersebut, mean yang diperolehi oleh jantina lelaki dan perempuan adalah hampir sama dan pada tahap yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa perbezaan jantina tidak mempengaruhi pengetahuan seseorang terhadap konsep tanah adat dan undang-undang tanah adat. Walaubagaimanapun, penyelidik mendapati bahawa pembolehubah umur memberikan sedikit pengaruh terhadap perbandingan mean. Jadual 4 menunjukkan penurunan mean selari dengan penurunan umur responden. Hal ini menjelaskan kepada kita bahawa pemahaman masyarakat terhadap tanah adat dan undang-undang tanah adat semakin berkurang dari satu generasi kepada satu generasi. Kemerosotan tahap kefahaman ini berpunca dari pelbagai faktor antaranya kurang penulisan dan bahan rujukan berkaitan tanah adat yang boleh dicapai oleh generasi sekarang, pewarisan adat dan perbilangannya hanya melalui penceritaan dan tidak ada pendiidikan yang formal, kurang minat generasi muda terhadap amalan adat dan wujudnya isu-isu dalam perlaksanaan undang-undang tanah adat pada masa kini (Sharip, 2015; Mohd Tarmizi, 2015; Faudzinaim, 2015). Jika tidak ada sebarang inisiatif yang diambil untuk memberikan kefahaman kepada generasi yang akan datang, maka dibimbangi pengetahuan terhadap konsep tanah adat dan undang-undang tanah adat ini akan semakin terhakis. Penutup Kesimpulannya, konsep tanah adat yang diamalkan di Negeri Sembilan adalah sama dengan Adat Perpatih iaitu memberikan hak pewarisan tanah adat kepada waris perempuan sebagai pemegang amanah. 10

Sehingga kini, pengamalan masyarakat berkaitan pewarisan dan pengurusan tanah adat masih selari dengan peraturan yang terkandung di dalam Undang-Undang Tanah Adat. Tahap kefahaman masyarakat terhadap tanah adat dan undang-undang tanah adat semakin berkurang di kalangan generasi muda. Kemerosotan tahap kefahaman ini berpunca dari pelbagai faktor antaranya kurang penulisan dan bahan rujukan berkaitan tanah adat yang boleh dicapai oleh generasi sekarang, pewarisan adat dan perbilangannya hanya melalui penceritaan dan tidak ada pendiidikan yang formal, kurang minat generasi muda terhadap amalan adat dan wujudnya isu-isu dalam perlaksanaan undang-undang tanah adat pada masa kini. Langkah-langkah ke arah peningkatan kefahaman terhadap tanah adat dan undang-undang tanah adat mesti dilakukan agar kelestarian amalan tanah adat dapat dikekalkan. Senarai Rujukan Amir Syarifuddin (1884). Perlaksanaan Hokum Kewarisan Islam dalam Lingkungan Adat Minangkabau. Kothari, C.R. (2004). Research Methodology: Methods and Techniques. Delhi, India: New Age International Publisher Nadzan Haron. (1990). Perlaksanaan Peraturan Adat Dalam Sistem Pentadbiran Tanah di Negeri Sembilan, (JEBAT (20) Nadzan Haron. (1997). Pemilikan dan Pentadbiran Tanah Adat 1800-1960. Jawatankuasa Penyelidikan Budaya Muzium Negeri Sembilan. Nadzan Haron. (2010). Isu Tanah dalam Adat Perpatih dan Cadangan Penyelesaiannya. Seremban: Lembaga Muzium Negeri Sembilan. Nadzan Haron. Jemal Zainal Kasim & Khalid Bonget. (2010). Tanah Adat: Pemangkin Adat Perpatih Negeri Sembilan. Seremban: Lembaga Muzium Negeri Sembilan. Norhalim Ibrahim. (1984). Sistem Sosial Adat Negeri Sembilan. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Adat Perpatih dan Wilayah Budaya Negeri Sembilan (Universiti Putra Malaysia, 3-5 Mei 1984). Osman Lebar. (2007). Penyelidikan Kualitatif Pengenalan Kepada Teori dan Metod. Tanjung Maling, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sulaiman bin Kadimi (Mantan Ketua Penolong Pengarah, Unit Pembahagian Pusaka JKPTG Pahang dan Negeri Sembilan), Tanah Adat, Sekatan dan Perwarisannya, Seminar Adat Luak Inas (11 Julai 2013), diakses pada 19 Februari 2015. Temubual Dato Lela Mahajara Dato Muhamad Sharip bin Haji Othman, Undang Luak Rembau di Balai Undang Luak Rembau pada 7 Julai 2015. Datuk Menteri Sah Mangku Alam Sehari Tuan Haji Mohd Tirmizi bin Selamat, Pemangku Undang Luak Jelebu di Balai Undang Luak Jelebu pada 2 Julai 2015. Y.Bhg. Prof. Madya Dr. Faudzinaim bin Badaruddin, Profesor Madya di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, UKM di Fakulti Pengajian Islam, UKM pada 17 Ogos 2015. 11