ULUNG BUAYEH: TABURAN DAN REKA BENTUK BERDASARKAN KONTEKS ARKEOLOGI

Similar documents
POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI


MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pola dan Proses Pemilikan Tanah oleh Orang-orang Pulau di Kawasan Darat Mersing: Kajian Kes di Kampung Sri Bahagia

J\ Impacts of disturbance o~ fish communities in Sungat Pur, Terengganu I Annie Nums anak B1lly.

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

Earthwork Activities in Private Housing Industry

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR DAN LEBUHRAYA BARU PANTAI

IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Kota Kinabalu Sabah Malaysia

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

Dialek-dialek yang terdapat di Semenanjung Malaysia telah dikelompokkan

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERBEZAAN ASPEK PERKEMBANGAN FIZIKAL DALAM KALANGAN KANAK-KANAK LELAKI DAN PEREMPUAN MENURUT PERSPEKTIF BARAT

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM

JABATAN GEOGRAFI, FAKULTI SENI DAN MUZIK

Mohd Aqmin Abdul Wahab Universiti Kebangsaan Malaysia. Hazrul Izuan Shahiri Universiti Kebangsaan Malaysia

PENEMPATAN PERUMAHAN MASYARAKAT PINGGIRAN DI DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR. Samruhaizad Samion & Azahan Awang

Sistem Bakeri Interaktif

mybalikpulau A Mapping & Interpretation Heritage Education Program for Young People

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SEJARAH PERKEMBANGAN BEKALAN AIR DOMESTIK DI NEGERI KEDAH SEHINGGA TAHUN 1957

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA

IMPLIKASI PERUBAHAN PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP KESELAMATAN AWAM : KAJIAN KES DI BANDAR MUADZAM SHAH, PAHANG

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR 29 JUN 2018

Binaan ringkas pengecas kapasitor bervoltan tinggi buatan sendiri bagi. sistem plasma fokus.

Penggunaan Modelling Clay dalam Penghasilan Model 3D bagi Pelajar. di Universiti Pendidikan Sultan Idris

Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017

THE IMPACT OF THE FACEBOOK WEBSITE QUALITY ON USER S PERCEIVED ATTITUDE, INTENTION AND LOYALTY AMONG STUDENTS OF UTM TAMER ADEL SALEH ALAJRAMI

PENGARUH PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP PENYERTAAN SOSIAL PENDUDUK KAMPUNG BANDAR DI WILAYAH UTARA MALAYSIA

Cabaran Pembangunan dalam Konteks Kepimpinan: Kes Kampung Sri Bahagia, Mersing Johor

Functional Assessment Report Laporan Penilaian Fungsian

MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

Survey on Perak and Selangor 3 messages

NOOR SHAHIDA BINTI ROSLI MASTER OF SCIENCE UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Sistem Tagal: Pengurusan Biosfera Tradisional dalam Industri Pelancongan

APLIKASI PENJANA KUIZ MUDAH ALIH

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PUSAT KEBUDAYAAN DAN KRAFTANGAN LAMIN DANA MUKAH, SARAWAK.

THE ASSESSMENT OF BUILDING DEFECTS MAINTENANCE IN HOSPITAL BUILDING NORDIYANA BINTI AB.LLAH

The impact of waste disposal management on the water quality of rivers in Malaysia: Lessons from Pajam waste disposal sites, Negeri Sembilan

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

DETERMINATION OF LEAD CONTENT IN WHITENING CREAM USING LASER INDUCED BREAKDOWN SPECTROSCOPY ANALYSIS WAN NORSYUHADA BT WAN MOHD SHUKRI

Kesan Pembandaran terhadap Pembentukan Pulau Haba Bandar di Kuala Terengganu

Peri pentingnya pemilikan Tanah Adat yang diiktiraf: Memahami keperluan Komuniti Bidayuh Serian, Sarawak

Kesahan Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak Dalam Kalangan Pemain Lelaki Berumur 14 Dan 15 Tahun. Abstrak

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

Diaspora Komuniti Cina Seberang Laut ke Selangor di Tanah Melayu,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PELUASAN BANDARAYA METROPOLITAN JAKARTA DAN IMPAKNYA TERHADAP GUNA TANAH DAN CORAK PEKERJAAN PENDUDUK PINGGIRAN: KES BANDAR BARU BUMI SERPONG DAMAI

Memperkasakan usahawan van dalam pengangkutan awam luar bandar di Hulu Terengganu

Konflik Hak Tanah Adat (Native Costumary Rights) Kampung Imahit Tenom, Sabah

A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING IN KUALA TERENGGANU HO MEE CHYONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN INFORMASI SEBAGAI SATU BUDAYA PENEMPATAN KERJA ALTERNATIF DALAM SEKTOR PEMBINAAN

PENGARUH SIMBOLISME SENI BINA PADA MASJID. KAJIAN KES MASJID KRISTAL KUALA TERENGGANU

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MODELING OF SALT WATER INTRUSIONS INTO LANGAT RIVER ESTUARY, MALAYSIA

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Abstrak. Abstract

Motif Manusia Dalam Pola Hias Keranda Kayu Balak Di Sabah

PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN

SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI DALAM PENENTUAN PEMELIHARAAN KAWASAN WARISAN KAJIAN KES: BANDAR TAIPING, PERAK ZALISSA BINTI ZAINI

Menganalisis pola dan arah aliran hujan di Negeri Sembilan menggunakan kaedah GIS poligon Thiessen dan kontur Isoyet

Untuk kerja-kerja pelancaran 'U Beam' dan kerja-kerja yang berkaitan dengan MRT

Menganalisis pola dan arah aliran hujan di Negeri Sembilan menggunakan kaedah GIS Poligon Thiessen dan Kontur Isoyet

AMALAN PEWARISAN TANAH ADAT BERDASARKAN UNDANG-UNDANG TANAH ADAT DI KALANGAN MASYARAKAT: KAJIAN DI NEGERI SEMBILAN 1

Suzanne Atar 1 Program Sejarah, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan Universiti Malaysia Sabah

Sistem tagal dalam industri pelancongan: Manfaat kepada komuniti

BAB 1 PENDAHULUAN Pengenalan

PANDUAN MENGENAL PASTI SPESIES TENGGILING: ALAT PENILAIAN PANTAS BAGI KERJA DI LAPANGAN DAN KAJIAN DI MEJA

KEPEI,BAGAIAN DAN KELlMPAIIAN SPESlESAMFIBIADI KAWASAN BAm KAPUR BAU, SARAWAK. Camellina Joyce Ak Duyun

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

SISTEM SOKONGAN PERANCANGAN (PSS): ANALISIS APLIKASI BAGI SEKTOR-SEKTOR TERPILIH

EQUITY CROWDFUNDING IN MALAYSIA: AN IMPLEMENTATION OF SETTING VALUATIONS ALVIN HONG PHING YEAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

Sikap Komuniti Setinggan Tebingan Sungai: Pencemaran Alam Sekitar dan Pengurusannya

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, Volume 3, Issue 4, (page ), 2018

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

PALEOALAM DI TAPAK PALEOLITIK BUKIT BUNUH: ANALISIS GEOMORFOLOGI

ISU KENAIKAN HARGA RUMAH DI KAWASAN PINGGIR BANDAR: SATU TINJAUAN DI MUKIM SEMENYIH, DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

KEBOLEHTELAPAN TANAH LATERIT TERHADAP PENANAMAN RUMPUT VETIVER

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Distribusi Simpanan Bank Umum Periode Januari 2018

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor 2 Pusat Penyelidikan Politik dan Keselamatan (POSH)

Transcription:

ULUNG BUAYEH: TABURAN DAN REKA BENTUK BERDASARKAN KONTEKS ARKEOLOGI Jaswin Jelinus 1 Program Sejarah, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan Universiti Malaysia Sabah winzzjas@yahoo.com Abstrak Masyarakat Lundayeh memiliki keunikan dalam amalan tradisi budaya yang membawa kepada pelbagai bentuk tinggalan tapak arkeologi warisan budaya. Salah satunya adalah Ulung Buayeh. Kewujudannya penting kepada tradisi guar efigi di Malaysia dan Asia Tenggara kerana sifat fiturnya yang tidak ditemui di tempat lain. Tambahan pula, hanya Borneo memiliki tinggalan ini, manakala cuma kawasan di Kampung Long Pasia dan Kampung Long Mio yang memiliki tapak yang terpelihara dan masih belum ditemui sepenuhnya. Artikel ini bertujuan untuk mengkaji mengenai bentuk fizikal dan keberadaan tapak Ulung Buayeh. Kata kunci: Sabah, Ulung Buayeh, guar efigi, Lundayeh, Long Pasia. Abstract The Lundayeh community has a distinctive cultural tradition that leads to various forms of archaeological heritage sites. One is Ulung Buayeh. Its existence is important to the effigy mounds tradition in Malaysia and Southeast Asia due to its feature properties which is not found elsewhere. Moreover, only Borneo has this remains. Whereas only areas in Kampung Long Pasia and Kampung Long Mio have a well-preserved and yet unrevealed site. This paper aims to examine the physical form and existence of the Ulung Buayeh site. Keywords: Sabah, Ulung Buayeh, efigy mound, Lundayeh, Long Pasia. Pendahuluan Kewujudan tapak arkeologi banyak ditemukan di negeri Sabah yang mempunyai masyarakat berbilang kaum dan tradisi budaya. Kepelbagaian tradisi budaya juga telah membawa kepada tinggalan yang tersendiri dan unik yang tidak ada di tempat lain. Antaranya ialah guar efigi buaya atau Ulung Buayeh (UB) yang dimiliki oleh masyarakat kaum Lundayeh. Walaupun sudah diketahui umum tetapi tidak ada kajian yang khusus atau terperinci yang dijalankan dalam konteks arkeologi. 1 Jaswin Jelinus ialah pelajar Sarjana di Program Sejarah, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah.

JURNAL BORNEO ARKHAILOGIA (Volume 1, Number 1-2017) Metodologi Kaedah kajian yang digunakan dalam mengumpul data adalah kerja pragangguan ke atas tapak. Kaedah ini tidak melibatkan aktiviti penggalian ke atas tinggalan bersejarah. Seterusnya, pendokumentasian ke atas tapak meliputi maklumat berhubung kedudukan Global Positioning System (GPS), maklumat persekitaran dalam konteks arkeologi dan data tinggalan arkeologi. Sementara itu, maklumat tradisi lisan tentang tapak dan budaya masyarakat Lundayeh adalah dengan merujuk sumber di arkib, perpustakaan, muzium dan internet. Latar Belakang Lokasi kawasan kajian yang dibuat adalah Kampung Long Pasia dan Kampung Long Mio. Penggunaan nama Long Pasia daripada perkataan bahasa Lundayeh membawa maksud; Long ialah muara, Pa ialah sungai atau air, dan sia ialah warna merah. Jarak kedua-dua kampung tersebut dari Pekan Sipitang adalah sekitar 130 kilometer dan 264 kilometer dari Bandaraya Kota Kinabalu. Jarak antara kedua-dua kampung ini adalah lebih kurang 3 kilometer. Medium jalan perhubungan utama adalah laluan balak yang telah dibina sejak 1991 dan memerlukan lebih kurang lima jam dalam keadaan cuaca kering untuk sampai ke kampung tersebut. Kedua-dua kampung tersebut adalah penempatan bagi masyarakat Lundayeh. Asal usul kewujudan masyarakat Lundayeh di Sabah dibuktikan menerusi penemuan tapak arkeologi, khususnya petempatan purba tinggalan nenek mereka di sekitar Kampung Long Pasia dan Kampung Long Mio. Tapak penempatan tersebut dianggarkan telah dibuka sekitar antara abad ke-10 dan abad ke- 19 berdasarkan penemuan seramik dan tempayan China di tapak arkeologi serta hubung kait dengan tradisi lisan dalam masyarakat ini. Kawasan sekitar Kampung Long Pasia dan Kampung Mio terkenal dengan tinggalan tradisi megalitik dan tradisi guar efigi (animal mound) dalam pelbagai bentuk saiz dengan bilangan tapak yang banyak. Kebanyakan jumpaan tradisi ini dijumpai oleh masyarakat Lundayeh itu sendiri yang hanya diketahui oleh golongan tua dan pemburu dalam kalangan masyarakat Kampung Long Pasia. Sehingga kini juga hanya tapak petroglif Batu Narit, sebuah tapak Guar efigi buaya Ulung Buayeh (UB) dan Batu Narit sahaja yang telah didokumentasikan tanpa sebarang kerja ekskavasi dilakukan oleh arkeologi UMS pada tahun 2006, 2008, 2009, 2013, 2016 dan 2017. Sementara itu, tapak lain masih belum dikaji sepenuhnya. Kebanyakan tapak-tapak tersebut juga dikaitkan dengan tradisi lisan masyarakat Lundayeh khususnya tapak UB. Sebelum membincangkan topik utama, adalah lebih baik dijelaskan tentang Guar Efiggi Ulung Buayeh. Takrifan Guar efigi Borneo dalam konteks maksud tempatannya ialah guar atau mound 84

ULUNG BUAYEH: TABURAN DAN REKA BENTUK BERDASARKAN KONTEKS ARKEOLOGI membawa maksud anak bukit atau bukit kecil atau pongsu atau busut. Efigi bermaksud patung (Kamus Dewan, 2007). Ulung dalam bahasa Lundayeh bererti patung, dan buayeh ialah buaya (Basley Bee & Ismail Ali, 2010). Ulung Buayeh dapatlah diterjemahkan sebagai guar efigi buaya. Penemuan sebanyak sepuluh buah tapak guar efigi berbentuk buaya yang diketahui terdapat di sepanjang Sungai Matang, Sungai Pasia dan Sungai Padas di sekitar Kampung Long Pasia dan Long Mio. Kewujudan tapak ini mempunyai perkaitan dengan tapak seumpamanya yang terdapat di kawasan Bealalan, Sarawak dan Long Bawan, di Kalimantan Timur. Namun demikian, tapak guar efigi yang terdapat di Long Pasia dan Long Mio lebih terpelihara (Basley Bee & Ismail Ali, 2010). Kajian arkeologi di Sabah sehingga kini menunjukkan bahawa hanya Long Pasia memiliki tapak demikian. Tradisi pembinaan guar efigi ini berkait rapat dengan tradisi pemburuan kepala dalam kalangan masyarakat Lundayeh. Pesta Ulung atau dikenali Erau Ulung merupakan satu pesta yang disambut meriah oleh etnik Lundayeh bila keturunan mesangit (golongan pahlawan) akan membawa balik kepala manusia setelah merayau ke satu kampung atau kawasan (Sabah Times, 14 Julai, 1991). Pada pesta tersebut, sebuah busut buaya (animal mound) akan dibina untuk tujuan tertentu. Ulung Buayeh tersebut akan ditinggalkan begitu sahaja sehingga khazanah ini kurang dikenali di kawasan lain, melainkan masyarakat Lundayeh tersebut. Namun begitu, perayaan tradisi seumpama ini juga dikatakan hanya akan disambut ketika kaum masyarakat etnik Lundayeh masih belum menganut sebarang agama, sementara amalan pemenggalan kepala masih diamalkan. Taburan Tapak Ulung Buayeh Tapak-tapak Ulung Buayeh ini hanya terbatas kawasan perbukitan sekitar Kampung Long Pasia dan Kampung Long Mio selain di Sarawak dan Kalimantan Timur (Peta 1). Di kawasan lain negeri Sabah, tidak ditemukan akan UB ini. Hal ini membuktikan bahawa masyarakat purba kaum Lundayeh sahaja yang memiliki guar efigi. Malahan, tapak UB tersebut juga masih terpelihara sehingga kini dan kebanyakan saiznya melebihi 5 meter panjang. Tapak yang telah dikenal pasti adalah Riberuh Ruaan (UB01), Peg kung Butoi (UB02), Lu puluh 1 (UB03), Lu puluh 2 (UB04), Kinangan (UB05), tapak pertempuran konfrontasi (UB06), anol (UB07), Long Magut (UB08), Puug Merit (UB09), Natad Tawak (UB10), UB11, UB12, UB13, UB14 (Jadual 1). 85

JURNAL BORNEO ARKHAILOGIA (Volume 1, Number 1-2017) Peta 1: Topografi dan lokasi Ulung Buayeh Kebanyakan tapak UB ini terletak di kawasan bukit di sekitar kawasan Kampung Long Pasia dan Kampung Long Mio di sepanjang Sungai Matang, Sungai Pasia dan Sungai Padas (Jadual 1). Sekitar kawasan tapak UB juga merupakan tinggalan kawasan perkampungan nenek moyang masyarakat Lundayeh suatu ketika dahulu (Ketua Kampung Mudin Sia, temu bual, 2017). Ia juga berkait rapat dengan sistem pertanian pindah dan hidup berpindahrendah dalam sistem organisasi sosial masyarakat mereka. Jadual 1: Lokasi tapak Ulung Buayeh dalam bentuk GPS No KOD INVENTORI JENIS TAPAK GPS 1 UMS-FRGS/LP/2009/2017UB01 2 UMS-JWN/LP/2016/UB02 Ulung Buayeh Rebaruh Ruan. Ulung Buayeh Pekung Butoi. U 4 20 59.3 T 115 44 11.3 U 04º23 21.5 T 115º43 20.7 3 UMS-JWN/LP/2016/UB03 Ulung Buayeh Lu puluh 1. U 04º22 37.7 T 115º43 53.8 4 UMS-JWN/LP/2016/UB04 Ulung Buayeh Lu puluh 2. U 04º22 54.8 T 115º44 04.6 5 UMS-JWN/LP/2016/UB05 Ulung Buayeh Kinangan. U 04º24 19.3 T 115º44 14.7 86

ULUNG BUAYEH: TABURAN DAN REKA BENTUK BERDASARKAN KONTEKS ARKEOLOGI 6 UMS-JWN/LP/2016/UB06 Ulung Buayeh - Berada di kawasan tapak pertempuran Konfrontasi. U 04º24 06.3 T 115º43 30.7 7 UMS-JWN/LP/2016/UB07 Ulung Buayeh unol. U 04º17 33.5 T 115º42 12.2 8 UMS-JWN/LP/2016/UB08 Ulung Buayeh Long Magut. U 4 19 56.85 T 115 44 9.90 9 UMS-JWN/LP/2016/UB09 Ulung Tawak Pueg Marit. U 4 20 47.61 T 115 43 27.60 10 UMS-JWN/LM/2016/UB10 11 UMS-JWN/LP/2016/UB11 Ulung Buayeh Natad Tawak. Ulung Buayeh Guar buaya berkembar dengan kepala menghadap satu sama lain. U 04º26 20.2 T 115º44 10.1 - - Kedudukan posisi UB adalah berbeza di antara kesemua tapak. Posisi UB juga dikaitkan arah kepala UB menuju ke sungai di sepanjang Sungai Matang, Sungai Pasia dan Sungai Padas. Tidak dapat dijelaskan mengapa setiap kepala UB menuju ke arah sungai utama kerana kebanyakan tapak UB didapati kepalanya menuju ke arah sungai. Namun, hasil temu bual salah seorang Lundayeh mengatakan bahawa ia tidak berkaitan dengan arah kepala UB dari segi mitos ataupun tujuan tertentu (Nooh, temu bual, 2017) kerana terdapat juga kedudukan kepalanya yang tidak menuju ke arah sungai misalnya UB11 (Ulung Buayeh Berkembar). Malim telah menyatakan bahawa kepala UB11 ini berada dalam arah bertentangan dengan kepalanya saling bertemu, iaitu kepalanya saling bertemu dengan sebuah gong (yang juga diperbuat daripada tanah) di antara kedua-dua buaya tersebut. Reka Bentuk Tapak Ulung Buayeh UB01 yang berkedudukan GPS E 04 o 20 59.4 / E 115 o 44 11.4 atau dikenali Rebaruh Ruaan memiliki saiz yang terbesar di antara tapak UB yang ditemukan (Gambar 1). Tapak UB01 menuju arah timur berukuran 11.8 meter panjang (dari hujung muncung hingga hujung ekor), manakala lebarnya ialah 4.1 meter dan 1.48 meter tinggi. Pecahan ukuran (panjang X lebar) ialah kepala 2.2 X 1.3 meter, badan 1 X 3.8 meter, panjang kaki depan 3.15 meter, panjang kaki belakang 4.2 meter dan panjang ekor 6.2 meter, ukuran lilitan keseluruhan badan adalah 34.4 meter (Lakaran 1). Keadaan ekornya pula membengkok sebelah kanan. Tapak UB01 merupakan UB yang terbesar diketahui wujud di Long Pasia dan Long Mio dan juga antara yang paling sempurna ketika ini. Walau bagaimanapun, kajian inventori yang dilakukan pada tahun 2017 mendapati badan UB01 telah dihempap kayu menyebabkan kerja mengukur dalam kaedah ukuran gred sukar dijalankan. 87

JURNAL BORNEO ARKHAILOGIA (Volume 1, Number 1-2017) Gambar 1: Rebaruh Ruaan (UB01) Lakaran 1: Dalam bentuk ukuran UB01 UB02 (Pekung Butoi) yang berukuran panjang 9.31 meter dan lebar 5.1 meter mempunyai persamaan reka bentuk dengan UB01 (Gambar 2). Tingginya pula dari ukuran tengah adalah 1.41 meter. Panjang kaki kanan 2.14 meter dan kaki kiri pula 2.04 meter, panjang tangan kanan 2.01 dan panjang tangan kiri 1.64 meter, manakala panjang kepala timur adalah 2.33 meter dan panjang ekor adalah 3.45 meter dan ukuran lilitan badan UB02 pula adalah 23.78 meter (Lakaran 2). Kedudukan kepalanya menghala ke timur, iaitu arah menghadap sungai. Berbanding dengan UB01, ekornya tidak melengkuk tetapi lurus. Walaupun keadaan UB02 ini masih sempurna, tetapi badannya sudah ditumbuhi oleh beberapa kayu kecil. 88

ULUNG BUAYEH: TABURAN DAN REKA BENTUK BERDASARKAN KONTEKS ARKEOLOGI Gambar 2: UB02 (Pekung Butoi) Lakaran 2: Dalam bentuk ukuran UB02 UB03 (Lu puluh 01) pula berukuran lebih kurang sama dengan UB02 iaitu panjangnya 9.52 meter (Gambar 3). Panjang kaki kanan 1.68 meter dan kaki kiri adalah 1.77 meter, manakala panjang tangan kanan 2.53 meter dan tangan kanan 2.72 meter. Tingginya pula adalah 1.9 meter dan lebarnya pula adala 5.3 meter. Panjang ekor berukuran 2.85 dan panjang kepala pula 3.29 meter (Lakaran 3). Berlainan dengan Ulung Buayeh lain, UB03 ini kepalanya agak bengkok sedikit ke sebelah kanan tetapi ekornya yang pendek sedikit, malah tidak membengkok tetapi lurus sahaja. Ekornya pula telah terpotong akibat tetakan perbuatan manusia. Malah, kedua-dua tangan UB03 ini menghala ke bawah dan bukannya ke atas kepala. 89

JURNAL BORNEO ARKHAILOGIA (Volume 1, Number 1-2017) Gambar 3: UB03 (Lu puluh 01) Lakaran 3: Dalam bentuk ukuran UB03 UB yang paling kecil pula yang ditemukan adalah UB04 (Lu Puluh 01) di kedudukan N 04 o 24 19.3/ E 115 o 44 14.7 dengan kepala menuju ke utara iaitu berukuran 5.1 meter panjang (Gambar 4), manakala lebar ialah 3.3 meter dan 0.3 meter tinggi. Panjang tangan kanan 1.1 meter dan panjang tangan kiri 0.9 meter, panjang kaki kanan 0.8 meter dan panjang kaki kiri 0.48 meter, panjang ekor 1.78 meter dan ukuran lilitan keseluruhan badan 15.96 meter (Lakaran 4). Struktur binaan UB04 telah mengalami kesusutan 50 peratus akibat ditumbuhi oleh pokok dan menjadi laluan pemburu. 90

ULUNG BUAYEH: TABURAN DAN REKA BENTUK BERDASARKAN KONTEKS ARKEOLOGI Gambar 4: UB04 (Lu Puluh 02) Lakaran 4: Dalam bentuk ukuran UB04 Natad Tawak (UB10) pula adalah antara yang paling dekat dengan kedua-dua Kampung Long Pasia dan Kampung Long Mio. Selain itu, ia juga berada di kawasan tanah perseorangan (Gambar 5). Keadaan fizikal pula mengalami kesusutan sebanyak 50 peratus kerana bahagian kepala dan kaki kanan mengalami kerosakan. Sementara itu, sebatang pokok tumbuh di bahagian leher sebelah kiri (Lakaran 5). Malah, sekeliling kawasan ini adalah kawasan pertanian getah dan kawasan memburu. Jika tidak ada tindakan yang diambil, UB (UB10) akan musnah kerana kawasan tersebut akan ditereskan untuk pertanian oleh tuan tanah tersebut. 91

JURNAL BORNEO ARKHAILOGIA (Volume 1, Number 1-2017) Gambar 5: UB10 (Natad Tawak) Lakaran 5: Dalam bentuk ukuran UB10 Setiap tapak UB mempunyai saiz yang berbeza di tempat yang berbeza. Terdapat beberapa faktor saiz UB berbeza, iaitu salah satunya adalah disebabkan oleh faktor keadaan tanah kawasan tempat pembinaan tapak tersebut. Didapati bahawa setiap kedudukan tapak UB memiliki bentuk muka bumi yang berlainan. Masyarakat Lundayeh membuat tapak UB berdasarkan bentuk muka bumi yang terdapat di sekitar kawasan penempatan mereka, iaitu di persekitaran yang strategik. Contohnya, UB01 berada di kawasan keadaan tanah yang berbukit bagi memudahkan pembuat UB membentuk reka bentuk buaya yang besar. Menurut ketua kampung, pembinaannya tidak mengambil kira saiz besar guar tersebut tetapi keadaan persekitaran yang membantu mereka membina guar tersebut (Ketua K.G En. Mudin Sia, temu bual, 2017). 92

ULUNG BUAYEH: TABURAN DAN REKA BENTUK BERDASARKAN KONTEKS ARKEOLOGI Selain itu, teknik pembuatan tapak UB telah mempengaruhi ketahanan tapak guar efigi UB ini. Masyarakat kaum Lundayeh membina guar buaya ini hanya dengan menggunakan tangan, peralatan kayu dan parang sahaja iaitu menggunakan tenaga manusia sepenuhnya. Teknik yang mereka gunakan ialah pemotongan tanah sahaja (Ketua K.G En. Mudin Sia, temu bual, 2017), dengan memotong tanah sehingga membentuk fizikal seperti buaya. Teknik pemotongan tanah ini mengambil kira kedudukan bonggolan tanah (kawasan strategik) yang terdapat di persekitaran penempatan mereka. Teknik seperti ini menyebabkan guar buaya ini bertahan lebih lama dan berkekalan sehingga sekarang. Salah satu persoalan terhadap pembinaan guar buaya ini adalah kawasan pembinaan iaitu Long Pasia dan Long Mio didapati bahawa tidak ditemukan haiwan reptilia tersebut. Malah, dakwaan juga (Datan, 2011) menyatakan sebenarnya guar buaya tersebut sebenarnya bukan buaya tetapi seekor biawak air. Walau bagaimanapun, dengan mengambil kira konteks gambaran buaya yang ada di sekitar Borneo, buaya mempunyai saiz dan jenis buaya yang berbeza. Sebelum itu, perlu difahami tentang simbolisme buaya itu sendiri. Alam Melayu sangat rapat dengan kehidupan akuatik dan marin. Hasilnya, alam faunanya ini diambil untuk dijadikan simbol tertentu berhubung kebudayaan mereka. Buaya memberi simbol yang hampir sama dalam semua masyarakat dan kebudayaannya kerana sifat fizikal dan perilaku haiwan ini. Buaya bukanlah haiwan asing bagi kawasan ini kerana Sungai Padas dan beberapa anak sungainya merupakan salah satu kawasan habitat utama buaya di pantai barat selatan Sabah. Kajian lepas mendapati terdapat tiga spesies buaya dari keluarga Crocodylidae, subkeluarga Crocodylinae di kawasan sepanjang Sungai Padas dan Sungai Klias, iaitu buaya air tawar spesies Crocodylus raninus (Müller & Schlegel, 1844; Indraneil, 2003; Martin, 2008). Buaya air tawar kedua ialah spesies Tomistoma schegelii (Müller, 1838; Whitaker 1984 & Stuebing, 2006). Buaya ketiga ialah spesies Crocodylus porosus (Schneider, 1801; Whitaker, 1984; Stuebing, 1994). Sifat buaya yang ganas dan saiznya yang besar menjadikan buaya Sungai Padas digeruni sejak dulu lagi. Kedudukan buaya dalam sistem kepercayaan tradisional etnik peribumi Sabah khususnya yang tinggal di kawasan tebing sungai adalah amat berpengaruh. Malah hingga kini, timbul beberapa kepercayaan yang melibatkan pantang larang dan adab ketika berada di sungai. Tidak hairanlah masyarakat Lundayeh memilih buaya sebagai simbol keberanian dan kegagahan seseorang pahlawan. 93

JURNAL BORNEO ARKHAILOGIA (Volume 1, Number 1-2017) Isu Perlindungan dan Pemeliharaan Dalam isu perlindungan dan pemeliharaan, terdapat beberapa aspek yang dikenal pasti. Kebanyakan UB yang dijumpai sudah mengalami kesusutan struktur fizikal. Faktor ini berpunca daripada kegiatan manusia itu sendiri, selain daripada faktor haiwan dan alam sekitar. Dipastikan bahawa kesan letupan bom (sewaktu rusuhan konfrontasi Indonesia pada tahun 1963), laluan pemburu dan haiwan, kegiatan ekonomi (kawasan tapak Ulung Buayeh majoritinya merupakan tanah persendirian penduduk kampung), serta ditumbuhi oleh pokok-pokok. UB yang dikesan mengalami kesusutan adalah UB04, UB05, UB06 dan UB07 yang mana terdapat kaki dan tangan, kepala dan ekornya yang sudah musnah. Tapak bersejarah juga mengalami kemusnahan disebabkan oleh kurangnya kesedaran masyarakat setempat tentang kepentingan tapak ini. Kemusnahan yang ketara terhadap tapak bersejarah ini adalah akibat daripada pembersihan tanah untuk penanaman getah yang dibuat oleh FELCRA. Selain itu, perubahan akibat proses Kristianisasi sejak tahun 1930-an terhadap penduduk masyarakat di situ juga menyebabkan penghargaan nilai warisan animisme semakin dilupakan. Perlindungan dan pemeliharaan ke atas kesemua tapak UB menjadi amat sukar lantaran kedudukannya yang berada di tanah persendirian. Sebarang urusan dalam aspek pemeliharan adalah berdasarkan kerjasama di antara pemilik tanah dengan Kerajaan Negeri melalui Jabatan Muzium Negeri Sabah. Jika keadaan ini berterusan dan tiada tindakan diambil, maka tapak arkeologi di Long Pasia akan lenyaplah iaitu tapak tradisi guar efigi dan tradisi megalitik sebagai Tapak Warisan Dunia. Seperti yang berlaku terhadap tapak Ulung Darung yang sudah hilang akibat aktiviti ekonomi. Walau bagaimanapun, usaha para malim hutan Long Pasia mengesan tapak arkeologi untuk tujuan kembara hutan (jungle trekking) adalah usaha terbaik untuk dijadikan asas kepada sebarang bentuk perlindungan dan pemeliharaan mana-mana tinggalan arkeologi di Long Pasia dan Long Mio. Pelancongan warisan budaya perlu diangkat untuk kawasan ini agar seimbang dengan sektor ekopelancongan. Usaha sepatutnya bukan sahaja dilakukan di peringkat kedua kawasan ini tetapi juga di seluruh negeri Sabah oleh kerajaan negeri. Di peringkat persekutuan, Jabatan Warisan Negara tidak akan dapat menjalankan sebarang usaha untuk memastikan pelestarian kewujudan tapak arkeologi di Kampung Long Pasia dan Kampung Long Mio tanpa mendapat laluan oleh Jabatan Muzium Negeri Sabah. Isu Tapak Arkeologi Warisan Kebangsaan bagi negeri Sabah perlu diselesaikan oleh Kerajaan Negeri. Isu ini menjadi penghalang utama kepada sebarang usaha perlindungan, 94

ULUNG BUAYEH: TABURAN DAN REKA BENTUK BERDASARKAN KONTEKS ARKEOLOGI pemeliharaan dan pemuliharaan di negeri Sabah. Isu lain seperti pemilikan tanah, bajet warisan yang terbatas dan kepakaran hanyalah bersifat umum, sementara dan silih berganti. Isu utama ini akan mengekang bantuan antarabangsa khususnya dari UNESCO dan apa juga sebarang niat untuk mewujudkan Tapak Warisan Dunia UNESCO di Sabah. Kesimpulan Secara keseluruhannya, taburan dan reka bentuk UB di Long Pasia sedikit sebanyak telah menjelaskan tentang keberadaan tapak dan juga gambaran bentuk sebenar dalam konteks arkeologi. Tinggalan tapak ini telah membukitkan bahawa kawasan tersebut adalah perkampungan yang telah mereka tinggalkan sejak dahulu lagi, malahan tinggalan tapak bersejarah lebih terpelihara dan belum diteroka sepenuhnya membolehkan tapak tersebut dapat dijadikan tapak warisan pada masa hadapan. Rujukan En. Mudin Sia. Ketua Kampung Long Pasia. temu bual 21 April 2017. En. Nooh bin Dawa. Long Pasia. Temu bual 22 April 2017. Kaum Lundayeh terkenal dengan pesta Ulung. Sabah Times. 14 Julai 1991. Asmah Hj. Omar. 1983. The Malay Peoples of Malaysia and Their Languages. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Basley Bee & Ismail Ali. 2010. Long Pasia. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. Datan, I. 2011. Traditional Earthen Crocodile Effigies of the Lund Bawang in Sarawak: Function, Origin and Significance. Sarawak Museum Journal. Special Issue No. 8. Centenary Issue. Indraneil, D. 2003. Collecting in the Land Below the Wind Herpertological Explorations of Borneo. Bonner Zoologische Beitrage. Vol. 52 (3/4). Ross, C. A. 1990. Crocodylus Raninus S. Müller and Schlegel, A Valis Speies of Crocodile (Reptilia: Crocodylidae) from Borneo. Proceeding of the Biological Society of Wasington. Vol. 103 (4). Ross, J. P. (ed). 1998. Crocodiles: Status Survey and Conservation Action Plan, nicun/ssc Crocodile Specialist Group. Cambridge: ICUN. Simpson, Y. 2014. Long Pasia. Sipitang: Outfitters Borneo Sdn Bhd. Stuebing, R. B., et al. 1990. The Distribution and Abundance of the Estuarine Crocodile (Crocodylus Porosus Schneider) in the Klias River, Sabah., July 30 August 3, 1990. Kota Kinabalu: Center for Borneo Studies. 95