Sistem tagal dalam industri pelancongan: Manfaat kepada komuniti

Similar documents
Sistem Tagal: Pengurusan Biosfera Tradisional dalam Industri Pelancongan

POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Survey on Perak and Selangor 3 messages

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

ADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI

KEBERKESANAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) DI DAERAH KUBANG PASU, KEDAH.

OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM

Pengetahuan komuniti dan amalan pengurusan sisa pepejal di Negeri Sembilan

A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING IN KUALA TERENGGANU HO MEE CHYONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pengenalan kepada Pengurusan Sumber Manusia

PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: ISU-ISU TERPILIH

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MODELING OF SALT WATER INTRUSIONS INTO LANGAT RIVER ESTUARY, MALAYSIA

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM

Earthwork Activities in Private Housing Industry

TRACE 2017 TRACING ALUMNI FOR COLLABORATION & ENGAGEMENT & BRIDGES-LINK

KERTAS KERJA LESTARIKAN BUMI HIJAU TAMAN REKREASI GUNUNG LEDANG TARIKH 2 JANUARI 2014 TEMPAT TAMAN REKREASI GUNUNG LEDANG

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

IMPLIKASI PERUBAHAN PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP KESELAMATAN AWAM : KAJIAN KES DI BANDAR MUADZAM SHAH, PAHANG

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

The impact of waste disposal management on the water quality of rivers in Malaysia: Lessons from Pajam waste disposal sites, Negeri Sembilan

MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM

7/2018 UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

Binaan ringkas pengecas kapasitor bervoltan tinggi buatan sendiri bagi. sistem plasma fokus.

A. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2016 PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI DAN PRESTASI KEWANGAN AGENSI NEGERI SEMBILAN JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR KETIDAKPENGHUNIAN BANGUNAN KOMERSIAL DI BANDAR MERU RAYA, IPOH, PERAK

J\ Impacts of disturbance o~ fish communities in Sungat Pur, Terengganu I Annie Nums anak B1lly.

Kesan Pembandaran terhadap Pembentukan Pulau Haba Bandar di Kuala Terengganu

KEBERKESANAN PELAKSANAAN LOCAL AGENDA 21 DI MALAYSIA: KAJIAN KES MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI (MPSP), PULAU PINANG. Oleh ZAINAL MD ZAN

Mohd Aqmin Abdul Wahab Universiti Kebangsaan Malaysia. Hazrul Izuan Shahiri Universiti Kebangsaan Malaysia

Aset Pelancongan Luar Bandar daripada Lensa Komuniti Lembah Beriah

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) LAPORAN KEMAJUAN BERKALA / PERIODIC PROGRESS REPORT

THE ASSESSMENT OF BUILDING DEFECTS MAINTENANCE IN HOSPITAL BUILDING NORDIYANA BINTI AB.LLAH

Memperkasakan usahawan van dalam pengangkutan awam luar bandar di Hulu Terengganu

Sistem Bakeri Interaktif

Analisis Metabolisma Bandar Menggunakan Teknik Material Flow Analysis (MFA) di Seremban. Sharif Shofirun Bin Sharif Ali (P85768)

Diaspora Komuniti Cina Seberang Laut ke Selangor di Tanah Melayu,

PENGARUH PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP PENYERTAAN SOSIAL PENDUDUK KAMPUNG BANDAR DI WILAYAH UTARA MALAYSIA

THE IMPACT OF THE FACEBOOK WEBSITE QUALITY ON USER S PERCEIVED ATTITUDE, INTENTION AND LOYALTY AMONG STUDENTS OF UTM TAMER ADEL SALEH ALAJRAMI

Pencapaian Program Pemindahan Ilmu Tatacara Menyelamat Sewaktu Banjir Dan Kaedah Pemulihan Dalam Kalangan Komuniti Kuala Krai, Kelantan, Malaysia

Pola dan Proses Pemilikan Tanah oleh Orang-orang Pulau di Kawasan Darat Mersing: Kajian Kes di Kampung Sri Bahagia

SAFETY AND HEALTH IN THE USE OF CHEMICALS AT WORK

Terma dan Syarat Kempen Rujukan Memperkenalkan Ahli Baru Privilege Banking dan Wealth Banking

APLIKASI PENJANA KUIZ MUDAH ALIH

Konflik Hak Tanah Adat (Native Costumary Rights) Kampung Imahit Tenom, Sabah

PEMBERITAHUAN PERTANVAAN DEWAN RAKYAT 14 OKTOBER 2014 (SELASA)

PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Kota Kinabalu Sabah Malaysia

THE CHALLENGES AND SUCCESS FACTORS IN TOURISM ENTREPRENEURSHIP: CASE STUDY OF ENTREPRENEURS AT JONKER STREET, MALACCA

PEMBANGUNAN TANAH ADAT DI NEGERI SEMBILAN: HALATUJU DAN CABARAN CUSTOMARY LAND DEVELOPMENT IN NEGERI SEMBILAN: ITS WAY FORWARD AND CHALLENGES.

ISI KANDUNGAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN BAHAGIAN SATU 1.0 PENDAHULUAN 1

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN JABATAN PEMAKANAN DAN DIETETIK SEMESTER 6, SESI 2016/2017 LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

JABATAN GEOGRAFI, FAKULTI SENI DAN MUZIK

PERANAN JURUUKUR TANAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN MOHD AIMAN BIN MOHD KAMAROL BAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Cabaran Pembangunan dalam Konteks Kepimpinan: Kes Kampung Sri Bahagia, Mersing Johor

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor 2 Pusat Penyelidikan Politik dan Keselamatan (POSH)

MAYBANK PRODUCTS UMBRELLA CAMPAIGN 2016 TERMS & CONDITIONS

mybalikpulau A Mapping & Interpretation Heritage Education Program for Young People

KAJIAN REPRESENTASI IMEJ PELANCONGAN DIRAJA DI KUALA KANGSAR, PERAK

BAB 1 PENDAHULUAN Pengenalan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GERAKAN DAYA WAWASAN (GDW) SEBAGAI PEMANGKIN PEMBINAAN NILAI-NILAI PROAKTIF, KREATIF, INOVATIF DAN CEMERLANG KOMUNITI LUAR BANDAR DI MALAYSIA

Terms & Conditions TRUE Savers BonusLink Campaign

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV

KE ARAH KEMAKMURAN PANTAI TIMUR SABAH : KAYA, PESAT MEMBANGUN DAN MAJU

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR DAN LEBUHRAYA BARU PANTAI

2.3. For joint customer of Libshara-i, only the primary account holder will qualify to participate.

PROSPEK DAN CABARAN BAGI MENGEKALKAN STATUS TANAH RIZAB MELAYU PADA ABAD KE-21 NURNABIHAH BINTI ZULKAPAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Sikap Komuniti Setinggan Tebingan Sungai: Pencemaran Alam Sekitar dan Pengurusannya

SISTEM SOKONGAN PERANCANGAN (PSS): ANALISIS APLIKASI BAGI SEKTOR-SEKTOR TERPILIH

KAWALAN, PENGUATKUASAAN, PENDAKWAAN SERTA HUKUMAN BAGI ISU PENCEROBOHAN TANAH WAKAF DI MALAYSIA

laporan ketua audit negara tahun 2014 jabatan audit negara malaysia

PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN

CADANGAN REKA BENTUK SUBSISTEM MAKLUMAT PERUNDANGAN BAGI PENGURUSAN KAWASAN TANAH BENCAH KAJIAN KES: TG. PIAI & SG. PULAI. NAFISA BINTI HOSNI

JURNAL TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN SAINS KUANTITATIF

Transcription:

14 Sistem tagal dalam industri pelancongan: Manfaat kepada komuniti Jurry Foo@ Jurry bt. F. Michael 1 1 Program Geografi, Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah Correspondence: Jurry Foo@ Jurry bt. F. Michael (email: jurryfoo@gmail.com/ jurryfm@ums.edu.my) Abstrak Sistem tagal adalah satu kaedah pengurusan biosfera yang popular di Sabah. Ia juga dikenali sebagai bombon yang bermaksud jangan dalam bahasa Kadazandusun. Melalui sistem ini, penggunaan sumber semulajadi atau kawasan tertentu dihadkan bagi tujuan pemuliharaan dan bagi memastikan kewujudan sumber tersebut secara berterusan. Pada hari ini, komuniti Kg. Luanti Baru telah mengambil inisiatif mengintegrasikan sistem tagal sebagai sebuah produk pelancongan. Ini merupakan salah satu pendekatan dalam utilitarian sumber semulajadi tempatan. Kertas kerja ini menjelaskan peranan dan manfaat sistem tagal dalam industri pelancongan di Kg. Luanti Baru, Ranau Sabah terhadap komunit pelaksana. Data diperolehi berdasarkan kajian awal yang dilakukan dengan cara pemerhatian di kawasan kajian, temuramah dan juga kajian pustaka. Secara umumnya, kedudukan sistem tagal dalam industri pelancongan adalah sebagai satu produk pelancongan yang telah menyumbang kepada pengurusan persekitaran yang lebih cekap, penyumbang pembangunan ekonomi dan juga pembangunan sosial komuniti. Katakunci: industri pelancongan, komuniti tempatan, pengurusan persekitaran, sistem tagal pendekatan tradisional, pengurusan biosfera, Tagal tourism, environmental management and the community Abstract The tagal system is a local and traditional approach to biosphere management in Sabah. It is also known as bombon which means do not in Kadazanduusun language. The system has been developed to limit the utilisation of the natural resources in order to ensure the continuous production of aquatic resources, especially, the inland fish. Today, the local community has started to integrate the system into its tourism industry. This paper is about the influence and contribution of the tagal system as a tourism product to the community of Kg. Luanti Baru, Ranau, Sabah. Primary data were collected via a preliminary study at the study area involving field observations and interviews with local key informants. Generally, the study found that this system was capable of functioning as a concrete tourism product in ways that were beneficial in terms of environmental, economic and social development of the local community. Keywords: biosphere management, environmental management local community, tagal system, traditional approach, tourism industry

15 Pengenalan Pada suatu ketika, kegiatan industri pelancongan dianggap sebagai pencetus kepada kemusnahan alam sekitar (Mathiesen & Wall, 1991). Industri pelancongan merupakan salah satu industri yang popular pada masa kini, terutamanya ekopelancongan yang berasaskan sumber semulajadi dan budaya warisan sebagai produk pelancongan. Ini menunjukkan perkembangan produk pelancongan yang bukan sahaja produk berbentuk fizikal tetapi juga produk bukan fizikal yang boleh mewujudkan rasa melalui pengalaman dan penghayatan, seperti tarian tradisi, amalan dan juga karya seni tradisional. Berasaskan idea tersebut, utilitarian sumber semulajadi sebagai produk pelancongan semakin diperhebatkan, contohnya pewartaan tapak warisan dunia, Geopark, pelancongan berasaskan komuniti dan banyak lagi. Banyak produk pelancongan pada masa kini diubahsuai supaya memberikan manfaat kepada komuniti dan dalam masa yang sama mengekalkan kelestarian produk semulajadi tersebut. Produk pelancongan kini bukan sahaja berasaskan barang nyata, tetapi juga barang tidak nyata seperti budaya dan warisan yang unik dan menarik. Sistem tagal pula adalah pengurusan biosfera yang yang juga dikenali sebagai bombon. Ia merupakan satu kaedah tradisional yang telah diubahsuai menjadi satu sistem pengurusan yang lebih tersusun di bawah pemantauan Jabatan Perikanan negeri Sabah. Berdasarkan sistem ini, penggunaan sumber semulajadi dihadkan dengan mengaplikasikan zon rizab dan juga limitasi penuaian sumber sungai khususnya. Amalan pengurusan ini juga telah diperluaskan kepada lebih ramai komuniti pada masa kini dan sekaligus telah menjadi satu sistem pengurusan yang bukan sahaja untuk pemuliharaan alam sekitar tetapi sebagai sebuah produk yang menyumbang kepada ekonomi dan sosial komuniti pelaksana. Kertas kerja ini menjelaskan kedudukan pengurusan sistem tagal dalam industri pelancongan dan implikasinya kepada pembangunan ekonomi dan sosial komuniti Kg. Luanti Baru. Kedudukan atau situasi pengurusan sistem tagal dalam industri pelancongan dikenal pasti untuk memahami utilitarian pengurusan persekitaran tradisional itu sendiri sebagai satu amalan yang dapat menjadi produk pelancongan. Metod dan kawasan kajian Kajian telah dijalankan menerusi pemerhatian yang telah dijalankan di kawasan kajian begi mendapatkan gambaran sebenar aplikasi sistem tagal oleh komuniti pelaksana. Temuramah pula dilakukan bagi mendapatkan maklumat dan maklum balas mengenai pelaksanaan sistem ini dan kesannya kepada komuniti sendiri. Manakala kajian pustaka melengkapkan pengukuhan dapatan kajian. Secara khususnya, kajian ini telah dijalankan di Kg. Luanti Baru, Ranau, Sabah. Kawasan ini terletak lebih kurang 131km dari bandaraya Kota Kinabalu, Sabah, yang berada pada 1, 176 m dari aras laut. Kampung ini kaya dengan sumber persekitaran, termasuk sumber hutan dan sungai. Sg. Moroli terkenal sebagai sebuah sungai yang diurus secara cekap menerusi sebuah pengurusan yang disebut sebagai sistem tagal, sehingga ia diangkat sebagai pusat informasi pengurusan suangai pada masa kini. Majoriti penduduk kampung ini adalah terdiri daripada etnik Dusun yang menganut agama Islam dan Kristian. Pekerjaan utama penduduknya adalah petani, peniaga kecil dan sederhana dan kakitangan kerajaan. Namun sejak kampung ini menjadi destinasi pelancongan, penduduk telah memiliki pekerjaan baru dalam sektor pelancongan, malah mereka telah memiliki lebih daripda satu punca pendapatan, secara tetap atau sambilan.

16 Industri pelancongan di Sabah Industri pelancongan bukan sesuatu yang baru di Sabah, Ini kerana negeri ini kaya dengan sumber semulajadi dan budaya warisan yang mampu menarik perhatian pengunjung. Perkembangan industri pelancongan telah bermula sejak awal tahun 1980-an (Pengiran, 2007). Menurut ketua menteri Sabah, dalam ucapan bajet 2010 negeri ini, sektor pelancongan mengalami pertumbuhan luar biasa (phenomenal growth) dengan peningkatan jumlah pelancong iaitu sebanyak 30 peratus sejak lima tahun kebelakangan ini. Ini menunjukkan bahawa industri pelancongan di Sabah masih lagi mendapat perhatian sebagai destinasi pilihan. Beliau juga menegaskan bahawa usaha menghasilkan lebih banyak produk pelancongan yang berdaya saing harus dipertingkatkan. Pada masa kini, negeri Sabah sedang mengadakan usaha utilitarian sumber semulajadi yang mapan di samping mempertingkatkan nilai tarikan budaya dan warisan sebagai produk pelancongan. Ini dijalankan secara serentak dengan program pembangunan ekonomi dan sosial yang banyak melibatkan penyertaan komuniti. Kedudukan industri ini ditakini akan terus kukuh sebagai penyumbang ekonomi kerana majoriti pelan pembangunan negeri meletakkannya sebagai salah satu industri penting, contohnya Sabah Development Corridor (SDC) (Roszehan et. al, dlm Dambul, 2010). Sistem Tagal Kg. Luanti Sistem tagal atau sistem Bombon merupakan satu kaedah yang digunakan untuk memulihara biosfera secara tradisional di Sabah, khususnya bagi sumber hidupan akuatik di sungai. Jephrin (2009) menyatakan sistem tagal sebagai larangan memancing ikan (atau apa sahaja cara mengambil ikan daripada sungai) di sungai atas persetujuan komuniti dalam satu jangka masa yang ditentukan, bagi tujuan mengatasi masalah kekurangan sumber ikan air tawar dan mengelakkan pencemaran sungai, di samping menjana pendapatan komuniti. Walaupun demikian, penuaian ikan masih boleh dijalankan dengan kaedah yang dianggap mapan atau terkawal. Menurut pandangan masyarakat tempatan, sistem ini merupakan amalan tradisi komuniti tempatan. Markus (temuramah, 2008) pernah mengatakan bahawa sistem ini telah wujud sejak zaman nenek moyang, di mana hubungan manusia dan ikan di sungai adalah sangat rapat, sehingga ikan tidak takut kepada manusia pada ketika itu, kerana mamusia tidak melakukan perkara yang memberikan kesan negatif kepada hidupan di persekitarannya, termasuk ikan di sungai. Perkara itu disebutkan dalam sebuah karya seni tempatan yang disebut sebagai tangon. Menurut Jephrin (2009) pula, sistem Tagal pada asalnya digunakan untuk memulihara hutan oleh komuniti tempatan, sebelum diadaptasikan kepada pemuliharaan dan pengurusan sungai. Menurut beliau lagi, sistem ini telah dilamalkan oleh komuniti pinggir sungai sebelum sistem Tagal secara formal dilaksanakan.

17 Rajah 1. Tujuan sistem tagal Jabatan Perikanan Negeri Sabah (DOF) telah memperluaskan sistem tagal di seluruh negeri Sabah sejak tahun 2003, sebagai satu sistem pengurusan sungai yang formal, diusahakan sepenuhnya oleh komuniti di bawah pemantauan DOF (Smart-partnership) dan dikawal di bawah peraturan kampung yang kemudiannya di bawah Undang-undang adat dan Enakmen Perikanan Darat dan akuakultur 2003, pesalah sistem Tagal boleh dikenakan denda atau hukuman sehingga dua tahun penjara. Walau bagaimanapun, usaha membangunkan sistem ini secara formal telah bermula sejak lewat tahun 90-an, malah pernah diamalkan di Tuaran pada tahun 1987 dan 1991 di Kota Belud (Jephrin, 2009). Hubungan dua hala ini dilaksanakan di bawah program Community Based fishery Resources management (CBRM). Pada tahun 2009, terdapat 240 kawasan Tagal yang melibatkan 240 sungai di Sabah (Jephrin, 2009). Pelaksanaan sistem Tagal yang paling berjaya adalah sistem tagal di Babagon, Noturuss, Kiburot, Nalapak (2008) dan Luanti Baru (2002). Sebagai penasihat teknikal kepada pelaksanaan sistem tagal, salah satu tugas utama DOF adalah mempromosikan aktiviti ekopelancongan bagi sungai yang berada di bawah program sistem tagal. Kedudukan dan sumbangan sistem tagal Kg. Luanti Baru dalam industri pelancongan Sistem tagal Kg. Luanti Baru telah berjaya mengaplikasikan sistem tagal yang bukan sahaja telah berjaya mengekalkan habitat semulajadi, tetapi juga telah menjadikan sistem Tagal sebagai salah satu tarikan pelancong sejak ia dibuka untuk kunjungan pada tahun 2006 pada kadar bayaran yang berpatutan. Keunikan Projek Tagal Kampung Luanti Baru telah berjaya menarik ribuan pelancong dari dalam dan luar negeri melawat ke kampung itu setiap tahun (Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Sabah, 2009), walaupun penglibatannya sebagai produk pelancongan boleh dikatakan masih pada tahap awal dan keupayaannya sebagai produk pelancongan yang mapan menjadi model kepada komuniti lain. Kehadiran pelancong domestik dan antarabangsa (Rajah 2 dan Rajah 3) ke kawasan tersebut untuk mengetahui amalan sistem tagal dan hasil amalan sistem tersebut, iaitu Jumlah 22764 orang pelawat domestik, manakala 798 orang pelawat dari luar negara (Jawatankuasa Tagal Kg. Luanti, 2010), berbanding 7,000 pelawat domestik dan asing pada tahun 2008 (Jephrin, 2009). Menurut Bapa Tagal, iaitu En. Jeffrin Majangki yang mengetuai Jawatankuasa tagal komuniti tersebut, jumlah pelancong ini diyakini akan terus meningkat pada masa akan datang, ini berikutan peningkatan jumlah pelancong yang hadir ke kampung ini yang bertambah dari tahun ke tahun.

18 Sumber: Diubahsuai daripada AJK Komuniti Tagal Sg.Moroli Rajah 2. Jumlah pelawat domestik tahun 2009 Sumber: Diubahsuai daripada AJK Komuniti Tagal Sg. Moroli Rajah 3. Jumlah pelawat asing tahun 2009 Manfaat industri pelancongan berasaskan sistem tagal kepada komuniti Industri pelancongan yang bertongkatkan sistem tagal sebagai produk utama dan pengurusannya telah memberi manfaat kepada komuniti pelaksana dari segi kualiti hidup yang dapat dilihat melalui kualiti persekitaran semula jadi, pembangunan sosial dan juga pembangunan ekonomi (temuramah penduduk 2008; kerja lapangan, 2009). Sebagai sebuah produk pelancongan, sistem Tagal telah menjadi salah satu label kepada pakej pelancongan, contohnya Tagal Sungai Moroli, Kampung Luanti-Fish Massage dalam bahagian Destination: Places To Go (http://www.sabahtourism.com). Pengurusan alam sekitar yang lebih cekap Mathiesen & Wall (1991) menyatakan bahawa sejarah pelancongan telah menunjukkan bahawa persekitaran sesuatu tempat menyumbang kepada kewujudan dan kemajuan pelancongan. Sebagai sebuah produk pelancongan, sistem tagal bermodalkan sumber semulajadi seperti sungai Moroli, tumbuhan semulajadi yang menjadi sumber makanan ikan dan burung (terumatamanya Marang Parang, Pangi (Pangium edule) dan Nunuk (Ficus sp.)) dan ikan (khususnya ikan Kelah (Tor douronensis) daripada keluarga Cyprinadae yang dalam bahasa tempatannya disebut sebagai Garap atau Pelian, komuniti cuba untuk memastikan kewujudan spesies dan kemantapan kualiti persekitaran fizikal secara berterusan. Itulah sebabnya, salah satu tujuan sistem ini adalah

19 mengawal aktiviti di sesebuah sungai untuk memberi peluang kepada hidupan untuk membiak dan membesar (Sitti, 2010). Demi mengawal kualiti persekitaran dalam pelancongan, peraturan dan penguatkuasaan sering ditekankan. Salah satu usaha adalah dengan meletakkan papan tanda peraturan untuk mengingatkan pengunjung (Rajah 4.a dan Rajah 4.b). Berdasaekan Rajah 4.a, didapati bahawa komuniti memahami daya tampung ekosistem seperti melimitasikan kemasukan pengunjung, mengawal pencemaran bising dan sebagainya yang boleh mewujudkan gangguan kepada persekitaran semaulajadi. Rajah 4.b pula merupakan papan tanda amaran yang seragam sebagai peringatan kepada orang ramai terhadap aplikasi sistem tagal di kawasan berkaitan. Rajah 4a. Papan tanda peraturan Rajah 4b. Papan tanda amaran

20 Secara umumnya, sistem Tagal melibatkan proses pengezonan kawasan larangan mengambil sumber sungai, bagi memastikan kawasan pemuliharaan dan kawasan boleh guna oleh komuniti. Lazimnya sepanjang 3km sungai terlibat, yang masing-masingnya dibahagikan mengikut zon berukuran 1km. Zon hijau kawasan boleh guna, di mana penangkapan ikan adalah dibenarkan, namun hanya kepada ahli komuniti. Zon oren pula kawasan yang hanya akan menjalankan aktiviti menangkap ikan pada bersama-sama, bergantung kepada keputusan komiti Tagal tempatan; manakala zon merah merupakan kawasan larangan menangkap ikan. (Department of Fisheries, Sabah). Berdasarkan kes kampung Luanti Baru pula, sistem Tagal diaplikasikan di Sg. Moroli, melibatkan kawasan sugai sepanjang 3km. Sungai yang di tagal ini dizonkan kepada tiga zon iaitu zon merah, kuning dan hijau. Ketiga-tiga zon ini mempunyai peranan yang berbeza mengikut fungsi dan tujuan. Sungai ini mempunyai tiga buah lubuk yang dinamakan sebagai Lubuk Tadun, Lubuk Jambatan dan Lubuk Polod. Ketiga-tiga lubuk ini terletak di kawasan zon merah, iaitu pusat pembesaran dan pembiakan. Dalam zon merah, penangkapan ikan dilarang sama sekali. Zon kuning pula merupakan kawasan dimana ikan hanya boleh ditangkap dalam dua hingga tiga tahun sekali, dan biasanya dilakukan semasa menyambut pesta menuai. Manakala bagi zon hijau pula ikan, penangkapan ikan boleh dilakukan sekali setahun. Pengezonan dilakukan seperti Jadual 1 dan Rajah 5. Walau bagaimanapun, pengezonan dan kriteria setiap zon adalah berbeza mengikut kepentingan sungai kepada sesebuah komuniti. Jadual 1. Pengezonan sistem Tagal Kod warna Zon Merah Zon Hijau Arahan Pusat pembiakan/ pembesaran - Ikan dalam sungai tersebut tidak boleh ditangkap sampai bila-bila Aktiviti hanya dibenarkan untuk penduduk di kawasan yang ditagal Zon Kuning Sumber: Jawatankuasa Tagal, Kg. Luanti Baru, Ranau, Sabah Dibenarkan tuaian dua hingga tiga tahun sekali Sumber: Diubahsuai daripada Gambaran Kedudukan Sg. Moroli mengikut Zon Tagal, Jawatankuasa Tagal, Kg. Luanti Baru, Ranau, Sabah Rajah 5. Gambaran kedudukan Sg. Moroli mengikut zon Tagal Kepentingan sumber semulajadi ini menyebabkan pengurusan persekitaran menjadi semakin cekap. Contohnya memperkukuhkan peraturan tagal dan penguatkuasaan dengan mengenakan sogit mengikut peraturan kampung. Biasanya jumlah sogit adalah bergantung kepada keputusan yang dilakukan oleh jawatankuasa dilantik oleh kampung, iaitu biasanya denda adalah berbentuk wang dan kerbau. Bagi kes kampung ini, jika terdapat pihak yang melanggar

21 peraturan, dendanya adalah satu ekor kerbau atau lembu yang bernilai sebanyak RM1500 dan bayaran denda sebanyak RM500 tunai, iaitu berjumlah RM2000. Manakala papan tanda larangan juga diletakkan di tepi sungai, sementara pada peringkat jawatankuasa kampung, perkara tentang tagal sentiasa diberikan penekanan. Malah yang paling menarik, komuniti ini dapat mengekalkan habitat ikan air tawarnya, sehinggakan ikan yang terdapat di sugai ditagal oleh komuniti Kg. Luanti Baru menjadi sangat jinak dan akan menghisap kulit manusia yang masuk dalam sungai atau memberi makanan kepada ikan. Aktiviti tersebut digelar sebagai fish masagge (Rajah 6). Rajah 6. Fish massage tanda kejinakan ikan terhadap manusia Menurut Jeffrin (Temubual, 2009; Markus, 2008) taburan ikan Kelah di lubuk Polan, Jambatan dan Tadon sepanjang Sg. Moroli adalah ikan yang dijinakkan menerusi teknik khusus yang mengambil masa selama dua tahun. Ikan ini dilatih dengan memahami sifat ikan secara semulajadi. Antara ikan yang telah dikenalpasti boleh mengurut ialah ikan Pelian (Tor douronensis), Buntol dan Lampam Sungai (Puntius schwanenfeldii). Ikan Pelian menggigit seluruh bahagian tubuh; Lampan Sungai mengurut bahagian belakangmengurut bahagian tapak kaki; manakala Buntol mengurut tapak kaki. Walaupun sistem Tagal telah menjadi produk pelancongan, namun permintaannya masih dikawal bagi memastikan daya tampung habitat berada pada tahap yang sepatutnya. Pengawalan permintaan perlu dilakukan bagi mengelakkan impak negatif kepada persekitaran akibat aktiviti pelancongan (Matias, 2004). Hasil daripada pengurusan alam sekitar yang mapan, beberapa anugerah diberikan kepada komuniti ini iaitu: Pemenang anugerah River Care Award 2006 Most Outstanding Enviromentaly Friendly Project Award 2005 Johan, Sistem Ternakan(TAGAL) Peringkat Negeri 2007 Johan, Pengusaha Tagal (HIGH ACHIEVER) Peringkat Negeri 2007 Johan Pengusaha Tagal (HIGH ACHIEVER) Peringkat Negeri 2008 Johan Kategori Tagal Peringkat Daerah Ranau 2008 Pengurusan persekitaran yang lebih baik juga wujud daripada kesedaran komuniti yang semakin peka dengan kualiti persekitaran. Ini kerana persekitaran telah menjadi aset komuniti sebagai produk pelancongan, yang membawa manfaat kepada mereka. Kesedaran dan kepekaan ini akan mendorong komuniti untuk terus memulihara persekitaran, terutama berkaitan dengan kebersihan sungai dan pengurusan spesies ikan dan tumbuhan. Pembangunan ekonomi Pelancongan memberikan pengaruh yang besar terhadap ekonomi kawasan destinasi (Mathiesen & Wall, 1991; Roszehan et al 2010, dlm. Dambul, 2010), termasuk membuka peluang pekerjaan

22 kerana aktiviti pelancongan memerlukan penglibatan ahli komuniti dalam permintaan tenaga kerja (Zanisah, 2009). Setakat tahun 2009, lebih daripada 20 orang penduduk telah bekerja secara tetap dalam sektor ini, sama ada sebagai pemandu pelancong, bahagian pentadbiran dan pekerja di bahagian perkhidmatan penginapan dan selebihnya melibatkan diri sebagai pekerja sambilan. Rajah 7. Antara ahli komuniti yang terlibat sebagai pemandu pelancong dan kakitangan pentadbiran Selain daripada peluang pekerjaan dalam sektor industri, peluang perniagaan perkhidmatan dan barang semakin luas. Ini berikutan daripada permintaan pengunjung terhadap penawaran pasaran berasaskan makanan, kraf tangan dan juga penginapan. Ramai penduduk telah memperolehi keuntungan daripada jualan cenderamata, makanan ringan dan runcit yang dijual di gerai kampung serta perkhidmatan homestay. Keadaan ini menunjukkan pengaruh industri pelancongan terhadap pendapatan individu mahupun isi rumah dan sekaligus meningkatkat kemampuan kuasa beli dan pemilikan aset. Rajah 8. Antara hasil kraftangan yang dijual oleh komuniti Keuntungan daripada sektor pelancongan digunakan untuk pembiayaan penyelenggaraan, iaitu meliputi pembayaran bil elektrik bangunan awam di kampung berkenaan seperti masjid dan dewan bagi kegunaan komuniti sendiri. Sebahagian hasil pendapatan pula digunakan untuk membiayai aktiviti penganjuran seperti majlis keramaian kampung, manakala peruntukan bagi membiayai persekolahan semua murid dari kampung berkenaan dan skim pinjaman awal kepada pelajar yang melanjutkan pengajian di universiti (Hamden, 2010) juga diperuntukkan. Inisiatif komuniti ini merupakan satu langkah bijak dalam meningkatkan kadar celik huruf. Pembangunan sosial Impak sosial daripada pengaruh pelancongan adalah sukar diukur dengan angka kerana ia biasanya meliputi perkara yang tidak ketara dan tidak dapat dihitung kuantitinya (Mathiesen & Wall, 1991). Walau bagaimanapun ia tetap memberi impak kepada perubahan sosial komuniti yang terlibat. Merujuk kepada situasi sistem tagal Kg, Luanti Baru, industri pelancongan memberi kesan kepada perubahan sosial, apabila ahli mempunyai peranan dan tanggungjawab baru dalam komuniti, selain daripada menjadi petani sepenuh masa. Penduduk yang terlibat

23 sebagai kakitangan dalam aktiviti pelancongan, telah meningkatkan pengetahuan tentang hal-hal pengurusan, pengetahuan tentang sistem tagal dan kemahiran berkomunikasi dengan pengunjung. Pemandu pelancong tempatan juga telah mula diberikan pendedahan tentang kaedah menguruskan pelancong dan melakukan intepretasi. Ini menunjukkan bahawa penglibatan komuniti dalam industri pelancongan membuka ruang kepada mereka untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran, tanpa mengira usia. Pembangunan infrastruktur di kawasan kampung juga telah mengalami peningkatan. Kemudahan pengangkutan dan telekomukasi telah dipertingkatkan. Kini maklumat perkembangan sistem ini, yang disediakan sendiri oleh komuniti tagal boleh dilayari secara atas talian. Ini juga menunjukkan perkembangan pengetahuan dan cara hidup penduduk dalam penyebaran maklumat secara digital. Ini akan menjadi galakan kepada peningkatan kadar celik IT di kalangan ahli komuniti dan merapatkan penglibatan dalam dunia pelancongan. Penglibatan masyarakat dalam industri pelancongan berasaskan pengurusan sistem tagal sebagai produk pelancongan telah melahirkan kesedaran terhadap nilai bekerjasama dalam komuniti. Maklumbalas komuniti menunjukkan bahawa penglibatan komuniti dalam sektor ini telah menyebabkan hubungan mereka semakin rapat, iaitu seperti sebuah keluarga kerana masingmasing mempunyai hak yang sama dalam mencapai matlamat. Keadaan ini wujud apabila banyak keputusan pelaksanaan sistem ini, sama ada berkaitan pengurusan atau aktiviti pelancongan, adalah dilakukan berdasarkan pendapat kolektif dan persetujuan bersama. Ini kerana pandangan ahli komuniti sangat wajar diambil dalam memajukan pelancongan (Habibah, 2000. dlm Abdul Halim et.al. 2000). Cabaran dan masa depan pengurusan sistem tagal dalam industri pelancongan Cabaran dan masa depan pengurusan sistem tagal untuk terus memainkan perananya sebagai produk dalam industri pelancongan bergantung kepada keupayaannya dalam mengekalkan pelaksanaannya dan kemampuannya untuk terus menawarkan perkhidmatan pelancongan kepada pengunjung serta kesediaan komuniti pelaksana untuk terus memberikan komitmen yang sedia ada. Komitmen ini pula boleh dikekalkan sekiranya aktiviti pelancongan terus memberikan manfaat kepada komuniti dari segi kualiti persekitaran, pembangunan sosial dan juga pembangunan ekonomi. Mana-mana bahagian yang terjejas, akan menyebabkan usaha ini terganggu atau mungkin gagal. Pelan perancangan pembangunan Kg. Luanti Baru telah dibangunkan dengan sangat teliti dengan melibatkan pembangunan jangka masa pendek dan jangka sama panjang, dan sistem tagal telah dirancang untuk terus kekal dalam industri pelancongan berasaskan ekopelancongan, agropelancongan dan seterusnya pelancongan pendidikan (Edu-tourism). Namun cabaran utamanya ialah dalam memastikan kualiti persekitaran yang berterusan berada dalam tahap yang seimbang, memandangkan kebergantungan sumber persekitaran sebagai aset. Penglibatan atau komitmen ahli komuniti yang berterusan sebagai pelaksana sistem ini juga dilihat sebagai penyokong kepada keupayaan sistem Tagal untuk kekal sebagai produk pelancongan. Namun persoalannya sejauh mana generasi akan datang sedia untuk meneruskan kerelaan untuk bekerja di kampung dan melibatkan diri dalam industri ini? Semuanya terpulang kepada pandangan semasa komuniti tagal. Dari sudut positif, dalam situasi persaingan mendapatkan pekerjaan yang sangat sengit pada masa kini, kerajaan, pihak swasta mahupun komuniti sendiri boleh membantu generasi baru untuk membangunkan budaya keusahawanan kepada generasi muda yang bakal mewarisi komuniti pelaksana pada masa kini. Ini akan memperkukuhkan keyakinan untuk menceburi bidang pelancongan yang diuruskan sendiri oleh komuniti. Salah satu contoh baik untuk dilihat ialah pembangunan insaniah komuniti di Mukim Batu Putih, Kinabatangan yang telah berjaya melatih komuniti melaksanakan progran

24 pemuliharaan persekitaran dan dalam masa yang menjana ekonomi dengan menjadikan kawsan pemuliharaan sebagai produk pelancongan. Persaingan produk pelancongan bukan sesuatu perkara yang baru, maka demi mengekalkan kedudukan sedia ada, komuniti perlu memastikan potensi dan tarikan pengurusan Tagal terus dipertingkatkan dengan mempelbagaikan perkhidmatan atau pakej pelancongan, tanpa menjejaskan kualiti persekitaran dan budaya sedia ada dan manfaat kepada penduduk perlu dititikberatkan. Manakala ketersampaian maklumat perlu ditingkatkan supaya promosi kepada produk ini tidak tercicir daripada informasi pelancongan. Demi mencapai matlamat ini, kerajaan, pihak swasta dan komuniti sendiri perlu sama-sama berganding bahu sebagai sebuah pasukan yang memastikan pelaksanaan sistem tagal dan kedudukannya dalam industri pelancongan adalah tidak terjejas. Kesimpulan Industri pelancongan akan terus berkembang selagi ada produk untuk ditawarkan. Namun penawaran produk pelancongan bergantung kepada status persekitaran dan kebolehan manusia mengorganisasi ruang. Sistem tagal yang merupakan pengurusan biosfera secara tradisional telah diintegrasikan oleh komuniti Kg, Luanti Baru sebagai produk pelancongan yang memberikan manfaat kepada pengurusan persekitaran yang lebih sistematik dan mapan, pembangunan ekonomi dan pembangunan sosial komuniti. Ini menunjukkan bahawa utilitasi persekitaran semulajadi, mahupun amalan warisan dan budaya adalah satu pendekatan bijak dalam memastikan kelestarian alam sekitar dan kualiti hidup manusia dan ia bukanlah hanya satu perkara yang mustahil. Namun bagi memastikan keberkesanan pengurusan persekitaran berasaskan penduduk (Community Based Resources Management-CBRM) adalah bergantung kepada komitmen ahli komuniti serta Kerjasama pintar (Smart-partnership) di antara komuniti dengan pihak berautoriti, seperti hubungan kerjasama antara komuniti Kg. Luanti Baru dengan Jabatan perikanan negeri Sabah yang sentiasa bergerak maju meningkatkan prestasi sistem tagal. Penghargaan Program Geografi, Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah, Komuniti Kg. Luanti Baru, Ranau, Sabah, En. Jephrin Wong, Jabatan Perikanan Negeri Sabah, Jabatan Perikanan Daerah Ranau, Sabah, Saudari Petronella Sadangkat dan En. Haridyn Hanti. Rujukan Department of Fisheries Sabah. Tt. The Tagal initiative [cited 8/8/2010]. Available from: http://www.fishdept.sabah.gov.my/tagal2.asp. Habibah Ahmad (2010) Ekopelancongan dan persekitaran di Sabah. In: Abdul Halim Ali, Ishak Shari, Habibah Ahmad, Er Ah Choy (eds) Sabah dalam perluasan pasaran. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Hamden Ramli (2010) Bermanja dengan Raja Air Tawar. Rencana. Arkib: 18/04/2010 [cited 16/7/2010] Available from: http://www.utusan.com.my. Jabatan Perikanan Negeri Sabah. Tt. The Tagal inniative [cited 2/7/2010]. Available from: http://www.fishdept. sabah.gov.my. Jeffrin Majangki (2009) Temubual. Pengerusi, Jawatankuasa Tagal, Kg. Luanti Baru, Ranau, Sabah.

25 Jephrin Zefrinus Wong (2003) Current information on inland capture fishery in Sabah, Malaysia. Paper Presented at The First Regional Technical Consultation Of Information For Inland Capture Fisheries In The Asean Countries In Kuala Lumpur. 4-6 August. Jephrin Zefrius Wong, Seiichi Etoh, Arthur Besther Sujang (2009) Toward sustainable community based fishery resources management: The Tagal system of Sabah, Malaysia. In: Siri Ekmaharaj et. al (eds) Uplifting of the socioeconomic condition of the fisher via sustainable fisheries management. Fish for the people. Vol 7. November 2. Southeast Asian Fisheries Development Center. Jephrin Zefrius Wong (2009) Temubual. Ketua Bahagian Marin. Jabatan Perikanan Negeri Sabah. Kindad Gambidau (2009) Temubual. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tagal, Kg. Luanti Baru, Ranau, Sabah. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah (2009) Yahya Lawat Projek Tagal Kg. Luanti Baru Ranau. Galeri Peristiwa [cited 2/7/2010]. Available from: http://www.sabah.gov.my/madfi/press/27_mei_09/27mei09b.htm. Markus Majangki (2008) Temubual. Pengerusi, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung. Kg. Luanti Baru, Ranau, Sabah. Matias A (2004) Economic geography, gravity and tourism trade: The case for Portugal. Paper submitted to the I Congress on Tourism Economics, Universitat de les Illes Balears, Palma, 28-29 May. Mathiesen A, Wall G (1991) Terj. Tourism: Economic, physical and social impacts. 1 st ed. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Noname. No year. Sistem Tagal [cited 8/8/2010]. Available from: http://tagalmoroli.webs.com/abouttagal.htm. Pengiran Hassanal Bahar Pengiran Bagul (2007) SABAH S SPATIAL ASSET, Tourism and its research needs. Ucaptama, 1st Social Science Undergraduate Conference on Spatial Science Spatial Science: The New Millennium Research Domain st 1 March. Roszehan Mohd Idrus, Awangku Hassanak Bahar Pangiran Bagus, Hardawati Yahya, Kamarul Mizal marzuki (2010). Forestry and sustanabilty, biodiversity, agriculture, tourism and petroleum and Gas. In: Dambul R, Marja Azlima Omar, Sabihah Osman (eds) Sabah priority issues, setting the course for change. Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. Sabah Tourism Board. Tagal Sungai Moroli, Kampung Luanti [cited 19/5/2010]. Available from: http:www.sabahtourism.com. Sitti Nor Azizah Talata (2010) Keunikan pesta Tagal. Utusan Malaysia [cited 3/5/2010]. Available from: http://www.utusanmalaysia.com.my. Zanisah Man, Nurul Fatanah Zahari, Mustaffa Omar (2009) Kesan ekonomi pelancongan terhadap komuniti Batek di Kuala Tahan, Pahang. Jurnal e-bangi 4 (1).