TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Octo Edisi Terhad

Similar documents
Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Ganjaran Tunai CIMB Bank Berhad

TERMA DAN SYARAT. Preferred Current Account Cash Reward RM88 (November & December 2017)

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

Terma dan Syarat Kempen Rujukan Memperkenalkan Ahli Baru Privilege Banking dan Wealth Banking

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

MAYBANK PRODUCTS UMBRELLA CAMPAIGN 2016 TERMS & CONDITIONS

RM10,000 RM99, % 3.50% 3.50% RM100,000 RM499, % 2.80% 2.50% RM500,000 dan ke atas 2.50% 2.30% 2.00%

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Tactical Campaign for CPL via Website and ATM

Deposit Dragon Campaign ( Campaign )

Current/Savings Account Standing Instruction Campaign. Terms & Conditions

TERMS AND CONDITIONS Chinese New Year Spend and Redeem Campaign

KEMPEN 5X UNIRINGGIT FOR YOUR SPEND KAD PRVI MILES DAN PREFERRED PLATINUM UOBM TERMA DAN SYARAT

TERMS AND CONDITION 2017 Credit Card Acquisition Cash Back Campaign

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB-Pay with Points & Win

TERMS & CONDITIONS MAYBANK ONLINE APPLICATION CAMPAIGN II FOR BALANCE TRANSFER/EZYCASH/EZYPAY PLUS

2. Kempen ini terdapat di semua cawangan CIMB Bank seluruh Malaysia.

Alliance Bank Loan & Credit Card Repayment Campaign Terms and Conditions

Kempen Perbelanjaan Luar Negeri dan Dalam Talian Spend and Get Travel Luggage CIMB Bank Mastercard Terma-Terma dan Syarat-Syarat

Terma & Syarat. Kempen Akaun Semasa/Simpanan AmBank-I Love Savings!

Kempen CIMB Islamic Q2 18 Mail Order Telephone Order ( MOTO ) Terma-Terma dan Syarat-Syarat

SPEND AND WIN SAMSUNG GALAXY S8 KFH DEBIT CARD-i CAMPAIGN ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS ( Terms and Conditions ).

Hari bermaksud Isnin hingga Jumaat dan bila mana pejabat Bank yang berdaftar dibuka, kecuali dinyatakan sebaliknya.

Business Day means a day on which Bursa Malaysia is open for trading. Hari Bekerja bermaksud hari dimana Bursa Malaysia dibuka untuk dagangan.

TERMA DAN SYARAT KEMPEN Send More Money through Western Union at RHB and Get Cash Back

TERMS AND CONDITIONS OF AL-AWFAR-SSPN

TERMA DAN SYARAT. Kempen Mohon, Belanja dan Dapat Ganjaran

a) The Principal and / or Supplementary Card account has become delinquent;

TERMS AND CONDITIONS OF #SenangBiz CAMPAIGN. TERMA DAN SYARAT BAGI KEMPEN #SenangBiz

Mewah Kad Visa Infinite UOBM Terma & Syarat

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Tactical Campaign for CPL via Website, ATM and Clicks

Effective 1 st APRIL 2018 / Berkuatkuasa pada 1 APRIL 2018

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Ganjaran F.I.R.S.T CIMB

TERMA DAN SYARAT KEMPEN Send More Money via RHB Now and Get Cash Back RHB Western Union

CIMB Bank Kempen Q3 17 Mail Order Telephone Order ( MOTO ) Terma-terma dan Syarat-syarat

Terms and Conditions for Auto BILLPAY RM30 Cash Rebate Campaign

kecuali dimaklumkan sebaliknya.

TERMA & SYARAT. Kempen UT & FD Investment Bundles RHB Bank

TERMS AND CONDITIONS FOR

New SME Current Account Bundle Campaign. Campaign Date: 4 April September By: SME/Commercial Deposits

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Ganjaran F.I.R.S.T CIMB

2.3. For joint customer of Libshara-i, only the primary account holder will qualify to participate.

ADDITIONAL TERMS AND CONDITIONS JomPAY Nationwide Campaign

Terms & Conditions: TRUE Debit MasterCard Campaign Page 1

TERMS AND CONDITIONS

TERMS AND CONDITIONS RHB DEPOSIT WATCH CAMPAIGN

2. This Campaign is applicable for all RHB Credit and Debit Cards, except RHB Platinum Business Cards. ( Eligible Cardmember )

TERMS AND CONDITIONS RHB DEBIT CARD CAMPAIGN

Terms & Conditions TRUE Savers BonusLink Campaign

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Ganjaran CIMB F.I.R.S.T

Terma dan Syarat Kempen Kad-i Bank Islam Visa (Debit/Kredit) PIN dan Pandu Lebih Jauh

TERMS AND CONDITIONS RHB DEPOSIT GOLD CAMPAIGN

AmBank Debit Card - Win Cash 2 Campaign Terms and Conditions

Question : In SunActiv, which module you can track your steps & get rewarded? Answer : ( ) Search & Book ( ) Activ ( ) Health Info ( ) Marketplace

UOBM LADY S CARD TERMA DAN SYARAT

Spend with PB-Samsung Pay & Be Rewarded ( Campaign ) Terms and Conditions

Save And Win Everyday Campaign Terms and Conditions

Terms and conditions AmBank (M) Berhad and AmBank Islamic Berhad: Investment Bundle Campaign Campaign Period: 1 October 2018 to 31 December 2018

MAYBANK PERSONAL LOAN/MAYBANK ISLAMIC PERSONAL FINANCING-i CAMPAIGN 2017 TERMS AND CONDITIONS

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Ganjaran CIMB F.I.R.S.T (1hb Februari hb April 2018)

Kempen CIMB Mastercard Philips Coffee Maker & Flight Tickets Giveaway Overseas and Online Spend Terma-Terma dan Syarat-Syarat

KEMPEN YEAR END EXTRAVAGANZA UOBM TERMA & SYARAT

TERMS AND CONDITIONS

TERMS AND CONDITION Tactical Usage Campaign 2018 FIFA World Cup Russia

CIMB Swipe and Drive Campaign Terms and Conditions

Morgan Air Fryer with Mutual Gold PB Visa Platinum Credit Card Campaign. Terms and Conditions

Apply Now for Mutual Gold - PB Visa Platinum Credit Card & Take Your Choice Home Campaign. Terms and Conditions

TERMS AND CONDITION RHB Year End Mass Usage Campaign

Terms and Conditions CASA EASY Cash Back Campaign

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Kod Promosi Grab CIMB F.I.R.S.T

Terma & Syarat Kempen Deposit AmBank Toyota Vellfire 2016 Serba Baharu Boleh Dimenangi dengan AmBank!

Terms and Conditions

AmBank Win a Porsche Campaign. Terms and Conditions

Terms and Conditions AmOnline Win a Mini Cooper Campaign

TERMS AND CONDITIONS RHB Grow Your Wealth Campaign

2. Promosi ini hanya dibuka kepada Kad UOBM Lady s yang dikeluarkan di Malaysia.

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

AmBank #JoyFortuneLove Campaign. Terms and Conditions

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM

Terms & Conditions Eligibility Contest Period Contest Mechanism

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR PERMOHONAN UNTUK PERLAKSANAAN NO. WA /2017

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO. PA-24FC /2016 PERMOHONAN UNTUK PELAKSANAAN NO

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG PERMOHONAN PELAKSANAAN NO. PA /2017 (SAMAN PEMULA NO. PA-24FC /2017)

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

SYARAT-SYARAT JUALAN

Kad Debit MasterCard AmBank dan Kad Debit MasterCard TRUE by AmBank Kempen Penebusan Hadiah Segera di MYDIN

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

SOALAN LAZIM MENGENAI SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN NASIONAL

PERISYTIHARAN JUALAN PERINTAH JUALAN ATAS PERMINTAAN PEMEGANG GADAIAN [0701AUC ] Dalam Perkara Seksyen 257 Dan 263 Kanun Tanah Negara 1965

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO /2012 PERMOHONAN UNTUK PELAKSANAAN NO.

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG PERMOHONAN UNTUK PELAKSANAAN NO /2018 (SAMAN PEMULA NO.

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM PERMOHONAN UNTUK PELAKSANAAN NO. BA /2017

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO. 24FC /2015 PERMOHONAN UNTUK PELAKSANAAN NO.

DI ANTARA LOGANATHAN A/L VEERABU (NO. K/P: /A )

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG PERMOHONAN UNTUK PELAKSANAAN NO /2014 SAMAN PEMULA NO.

BIASISWA FAIR & LOVELY 2018 TERMA-TERMA DAN SYARAT- SYARAT

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG GUAMAN SIVIL NO. 22C-2-04/2014 WRIT PELAKSANAAN NO /2015

PERISYTIHARAN JUALAN LELONGAN PERINTAH JUALAN ATAS PERMINTAAN PEMEGANG GADAIAN (NO. PTT.4/369/34/2017)

Transcription:

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Octo Edisi Terhad Kempen 1. Kempen Octo Edisi Terhad ( Kempen ) dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (13491-P) ( CIMB Bank ) dan akan berlangsung dari 1 Disember 2017 hingga 31 Mei 2018, termasuk kedua-dua tarikh tersebut ( Tempoh Kempen ). 2. Kempen tersedia di semua cawangan CIMB di Malaysia. 3. CIMB berhak mengubah tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen dengan memberikan notis terdahulu selama empat belas (14) hari kalendar. Kelayakan 4. Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di sini, Kempen ini terbuka kepada semua pemegang akaun baharu dan sedia ada Akaun Semasa dan Akaun Simpanan CIMB Bank (tidaktermasuk Deposit Tetap, Akaun Semasa-i dan Akaun Simpanan-i CIMB Islamic Bank, Flexiidan/atau Flexi Smart / -idan Akaun / Akaun-i Mata Wang Asing ("Akaun Peryertaan") termasuk bukan pemastautin, pekerja CIMB Bank tetap atau kontrak ("Pelanggan Layak"). 5. Orang/entiti berikut TIDAK layak menyertai Kempen ini: a) Wakil dan /atau agen (termasuk agen pengiklanan dan promosi) CIMB, Mastercard Worldwide Pte. Limited, sebuah syarikat yang ditubuhkan di State of Delaware yang mempunyai alamat pejabat dan tempat perniagaan utamanya di 2000 Purchase Street, Purchase, New York, NY 10577-2509, United States of America ( Mastercard ) (termasuk anak syarikat dan syarikat berkaitan mereka masing-masing); dan/atau b) Keempunyaan tunggal, Perkongsian, Organisasi Amal/Bukan Untung, Pelanggan Korporat dan Perdagangan, dan/atau c) Individu yang berumur di bawah lapan belas (18) tahun kecuali Akaun Junior Savers CIMB & Akaun Youth Savers CIMB. 6. Berkenaan dengan pemegang akaun bersama, hanya pemegang akaun bernama yang pertama iaitu, pemegang akaun utama akan layak meyertai Kempen ini. Bagi tujuan Kempen ini, pemegang akaun bersama kedua TIDAK layak menyertai Kempen ini. 7. Pekerja CIMB Bank tetap atau kontrak layak menyertai Kempen ini di bawah Akaun Semasa atau Akaun Simpanan CIMB bukan gaji. 8. Untuk penjelasan, kempen ini terbuka kepada pemegang Akaun Junior Savers CIMB dan Akaun Youth Savers CIMB tertakluk kepada syarat-syarat berikut: (i) Bag iakaun Junior Savers CIMB, ibubapa/ penjaga akan menandatangani Borang Deklarasi dan Persetujuan (seperti yang dijelaskan dalam Klausa 11) dan Borang Penarikan Awal. 1

(ii) Bagi Akaun Youth Savers CIMB, ibubapa/ penjaga akan menandatangani Borang Deklarasi dan Persetujuan (seperti yang dijelaskan dalam Klausa 11) dan Borang Pengeluaran Awal. Kriteria Kelayakan 9. Tiada pendaftaran diperlukan untuk menyertai Kempen ini. 10. Untuk menyertai Kempen ini dan untuk berhak mendapat Hadiah seperti yang ditakrifkan dalam Klausa 16, dan tertakluk kepada bilangan Hadiah yang disediakan seperti yang dinyatakan dalam Klausa 18, Pelanggan Layak diwajibkan untuk memenuhi kriteria-kriteria berikut sepanjang tempoh Kempen ("Kriteria Kelayakan"): a) Depositkan amaun deposit minimum yang dinyatakan dalam Jadual 1 di bawah ke dalam Akaun Penyertaan ("Amaun Deposit Minimum") menggunakan Dana Baru (seperti yang ditakrifkan di dalam Klausa 13); b) Kekalkan Amaun Deposit Minimim di dalam Akaun Penyertaan selama tiga (3) bulan bermula dari tarikh penempatan Amaun Deposit Minimum; c) Penempatan Amaun Deposit Minimum ke dalam Akaun Penyertaan akan secara tunggalnya mengandungi Dana Baru (seperti yang ditakrifkan dalam Klausa 13); ("Penempatan"); DAN d) Tandatangani Borang Deklarasi dan Persetujuan (seperti yang ditakrifkan dalam Klausa 11) yang dialamatkan kepada CIMB Bank di cawangan CIMB Bank pada masa Penempatan. Jadual 1: Amaun Deposit Minimum Amaun Deposit Minimum Jenis Hadiah Tempoh Perngasingan RM 3,000 1 Unit Mainan Octo Ambition Edisi Terhad 3 Bulan 11. Borang Deklarasi dan Persetujuan yang dialamatkan kepada CIMB Bank mengandungi terma-terma berikut: a) Bahawa CIMB Bank tanpa pembatalan diberi kuasa untuk menahan dan/ atau menggantung pembayaran sebarang wang daripada baki kredit Akaun Penyertaan dan mencegah sebarang pengeluaran amaun yang didepositkan ke dalam Akaun Penyertaan setakat Amaun Deposit Minimum bagi tempoh tiga (3) bulan bermula daripada tarikh Penempatan ("Peruntukan"); dan b) Bahawa CIMB Bank tanpa pembatalan diberi kuasa untuk mendebitkan Akaun Penyertaan Pelanggan Layak bagi Nilai Hadiah (seperti yang dinyatakan di dalam Jadual 4 di bawah Klausa 18) dalam keadaan di mana permintaan dibuat oleh Pelanggan Layak atas apa jua sebabtermasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang pengeluaran Amaun Deposit Minimum sebahagian atau sepenuhnya daripada Akaun Penyertaan dan pembatalan, pengeluaran atau pelepasan pengasingan di dalam Akaun Penyertaan oleh CIMB Bank. 12. Tempoh Pengasingan selama tiga (3) bulan adalah seperti yang digambarkan dalam Jadual 2 di bawah. 2

Jadual 2: Tempoh Pengasingan Tarikh Penempatan Tempoh Peruntukan 10 Disember 2017 10 Disember 2017 hingga 9 Mac 2018 10 Mac2018 11 Januari 2018 11 Januari 2018 hingga 10 April 2018 11 April 2018 12 Februari 2018 12 Februari 2018 hingga 11 Mei 2018 12 Mei 2018 13. "Dana Baru" bermakna wang atau dana yang tidak berasal dari CIMB Bank, wang atau dana yang dipindahkan, dikreditkan atau dibayar ke dalam Akaun Penyertaan Pelanggan Layak dari bank lain dan/ atau institusi kewangan yang lain melalui mana-mana cara termasuk tetapi tidak terhad kepada: a) Wang Tunai; dan/atau b) Interbank Giro Transfer (IBG) / Instant Funds Transfer (IBFT); dan/atau c) Pemindahan Telegraf / RENTAS; dan/ atau d) Cek tempatan / cek Bank dan wang atau dana yang dibayar atau dikreditkan ke dalam Akaun Penyertaan Pelanggan Layak melalui mana-mana cara pemindahan di atas akan dianggap sebagai memenuhi syarat di Klausa 10(a) dalam jangkamasa tiga (3) hari perniagaan selepas wang atau dana tersebut dibayar atau dikreditkan ke dalam Akaun Penyertaan Pelanggan Layak tertakluk kepada Penempatan yang berjaya. Bagi penjelasan, Pelanggan Layak harus menandatangani Borang Deklarasi dan Persetujuan (seperti yang dijelaskan di dalam Klausa 11) selepas Penempatan di mana-mana cawangan CIMB Bank pada atau sebelum hari perniagaan terakhir pada bulan Penempatan itu dibuat sebelum beliau boleh menebus Hadiah di cawangan CIMB Bank. 14. Pelanggan Layak berhak mendapat lebih daripada satu (1) Hadiah selagi Pelanggan Layak memenuhi Kriteria Kelayakan. Bagi penjelasan, tertakluk kepada kepenuhan segala Kriteria Kelayakan oleh Pelanggan Layak: a) Setiap Penempatan Amaun Deposit Minimum di dalam satu (1) transaksi akan membolehkan Pelanggan Layak berhak mendapatkan satu (1) Hadiah; b) Pelanggan Layak yang mendepositkan jumlah yang melebihi Amaun Deposit Minimum di dalam satu transaksi akan hanya berhak mendapatkan satu (1) Hadiah. 15. Tertakluk kepada bilangan Hadiah seperti yang dinyatakan dalam Klausa 18, Pelanggan Layak yang mendepositkan setiap Amaun Deposit Minimum menggunakan Dana Baru ke dalam Akaun Penyertaan semasa Tempoh Kempen dan mengekalkan Amaun Deposit Minimum tersebut selama 3 bulan dari tarikh Penempatan akan berhak kepada satu (1) Hadiah. Hadiah yang Ditawarkan di bawah Kempen 16. Terdapat enam (6) mainan Octo Ambition Plushie edisi terhadseperti yang ditunjukkan di Jadual 3 di bawah ("Hadiah") di bawah Kempen ini untuk diberikan kepada Pelanggan Layak yang memenuhi Kriteria Kelayakan di cawangan CIMB Bank selepas Pelanggan Layak menandatangani Borang Deklarasi dan Persetujuan (seperti yang dijelaskan dalam Klausa 11). Satu (1) Octo Ambition Plushie 3

Edisi Terhadakan dipaparkan pada setiap bulan Tempoh Kempen seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3 di bawah. Jadual3: TurutanHadiah Gift(s) sequence throughout the Campaign Period No. Octo Ambition Plushie Edisi Terhad Bulan Kempen Pekerjaan Gambar Octo 1 Pilot 01 Disember 2017 31 Disember 2017 2 Magician 01 Januari 2018 31 Januari 2018 3 Director 01 Februari 2018 28 Februari 2018 4 Artist 01 Mac 2018 31 Mac 2018 4

5 Archeologist 01 April 2018 30 April 2018 6 Chef 01 Mei 2018 31 Mei 2018 Octo Ambition Plushie Edisi Terhad 17. Sejumlah 15,000 unit Hadiah akan diberikan kepada Pelanggan Layak yang memenuhi Kriteria Kelayakan dalam setiap Bulan Kempen seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 4 di bawah atas dasar " first come, first served" and sementara stok masih ada. 18. Dalam keadaan di mana terdapat pengeluaran awal sebahagian atau penuh Amaun Deposit Minimum sebelum luputnya tiga (3) bulan bermula dari tarikh Penempatan, Pelanggan Layak akan diperlukan untuk membayar kepada CIMB Bank, Nilai Hadiah sebanyak RM20 bagi setiap Hadiah yang diterima seperti yang dinyatakan dalam Jadual 4 di bawah. Jadual 4: Kuantiti Hadiah dan Nilai Hadiah No. Hadiah Jumlah Hadiah bagi setiap Bulan sepanjang Bulan Kempen Nilai setiap unit Hadiah (RM) 1. Pilot 15,000 20 2. Magician 15,000 20 3. Director 15,000 20 4. Artist 15,000 20 5. Archeologist 15,000 20 6. Chef 15,000 20 Nota: Kuantiti Hadiah secara kolektif bagi semua cawangan CIMB Bank sepanjang Tempoh Kempen. 19. Hadiah sebenar yang berhak diterima oleh Pelanggan Layak di bawah Kempen ini adalah berdasarkan turutan seperti yang dinyatakan di Jadual 3 di atas dan akan bergantung kepada bulan di mana Pelanggan Layak memenuhi Kriteria Kelayakan. 20. CIMB Bank mempunyai hak untuk mengubah Kriteria Kelayakan dari semasa ke semasa dan/atau Hadiah yang diberikan di bawah Kempen ini dengan memberikan notis terdahulu selama dua puluh satu (21) hari kalendar. 5

21. CIMB Bank mempunyai budi bicara mutlak untuk menggantikan mana-mana Hadiah dengan barang yang mempunyai nilai yang sama jika Hadiah ditarik balik, diberhentikan pembuatan atau tiada dalam stok oleh pengeluar atau pengedarnya, sama ada secara sepenuhnya atau sebahagian daripadanya, pada bila-bila masa dan/atau untuk meningkatkan atau mengurangkan jumlah bilangan Hadiah. 22. Hadiah tidak boleh dipindah milik, tidak boleh dirunding, tidak boleh ditukarkan untuk tunai, kredit atau barangan sebahagiannya atau sepenuhnya dan atas dasar "first come, first served" and sementara stok masih ada. 23. Gambar-gambar Hadiah seperti yang ditunjukkan di dalam Terma-terma dan Syarat-syarat ini dan sebarang cagaran pemasaran dan/atau pengiklanan adalah bagi tujuan ilustrasi sahaja, warna Hadiah tertakluk kepada ketersediaan and mungkin berbeza dari Hadiah yang diterima. Pelanggan Layak tidak dibenarkan untuk memilih atau menukar warna atau jenis Hadiah. 24. Pengeluaran Amaun Deposit Minimum di dalam Akaun Penyertaan sebelum peluputan tiga (3) bulan bermula dari tarikh Penempatan: Dalam keadaan di mana Pelanggan Layak secara sebahagian atau sepenuhnya mengeluarkan Amaun Deposit Minimum di dalam Akaun Penyertaan sebelum peluputan tiga (3) bulan bermula dari tarikh Penempatan, dengan menerima Hadiah, Pelanggan Layak memberi kebenaran kepada CIMB Bank untuk mendebitkan amaun yang sama dengan Nilai Hadiah bagi setiap Hadiah yang diterima selaras dengan Klausa 11 (b) Terma-terma dan Syarat-syarat ini. 25. Pengeluaran Amaun Deposit Minimum daripada Akaun Penyertaan bagi tujuan Kempen ini hanya boleh dibuat di cawangan CIMB Bank. Terma-terma dan Syarat-syarat Am 26. Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan Layak dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat oleh Terma-terma dan Syarat-syarat di dalam ini dan bersetuju bahawa semua keputusan diambil dengan adil dan munasabah oleh CIMB berkaitan dengan setiap aspek Kempen ini, termasuk Hadiah yang diberikan dan penentuan Pelanggan Layak yang berhak adalah muktamad, mengikat dan konklusif. Akaun Pelanggan Layak (i) HARUS tidak memungkiri termaterma dan syarat-syarat yang terpakai kepada Akaun Penyertaan; dan (ii) HARUS tidak ditamatkan atau ditutup atau tertakluk kepada sebarang penahanan, perintah Mahkamah atau sebarang badan berkuasa yang ditadbir oleh undang-undang, delinkuen, dan/atau tidak sah atau dibatalkan seperti yang ditentukan oleh CIMB Bank, jika tidak, Pelanggan Layan akan hilang kelayakan untuk menyertai Kempen ini dan tidak akan berhak untuk mendapat Hadiah. 27. CIMB berhak atas budi bicara tunggalnya untuk membatalkan kelayakan mana-mana Pelanggan Layak yang didapati mengganggu proses penyertaan, atau bertindak memungkiri atau berkemungkinan memungkiri Terma-terma dan Syarat-syarat ini. 28. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, CIMB Bank dengan nyata mengecualikan dan menafikan sebarang representasi, jaminan atau pengendorsan tersirat atau tersurat, bertulis atau lisan mengenai semua Hadiah dan tidak akan bertanggungjawab terhadap Hadiah yang diberikan dibawah kempen ini. CIMB Bank tidak akan melayan sebarang aduan berkaitan dengan Hadiah. Sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan Hadiah harus ditujukan kepada pembekal Hadiah. CIMB Bank mengecualikan sebarang jaminan kualiti, kebolehdagangan atau kesesuaian berkenaan dengan Hadiah. Hadian belum disahkan oleh CIMB Bank dan dalam apa jua keadaan, penggunaan Hadiah di dalam kempen tidak harus dianggap sebagai pengendorsan atau cadangan bagi Hadiah oleh CIMB Bank. Liabiliti CIMB Bank berkenaan Hadiah adalah hanya untuk memaparkan harga belian bagi yang sama. 6

29. CIMB Bank tidak akan menerima liabiliti atau bertanggungjawab kepada Pelanggan Layak dalam apa jua cara jika CIMB tidak dapat melaksanakan tanggungjawab yang dinyatakan di sini dimana ketidakbolehan tersebut secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh perbuatan Tuhan, pertikaian industri, perang, mogok, kegagalan teknikal atau sistem atau mana-mana situasi di luar kawalanb wajar CIMB Bank. 30. CIMB tidak akan bertanggungjawab kepada Pelanggan Layak atau mana-mana pihak, atassebarang kerugian atau kerosakan tidak kira sifatnya yang dialami (termasuk tetapi tidak terhad kepada kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, ganti rugi langsung atau tidak langsung, sampingan, berbangkit, teladan, punitive atau khas yang ditanggung oleh mana-mana pihak) yang walau bagaimanapun jua berbangkit, berkaitan dengan tindakan Pelanggan Layak menyertai atau tidak menyertai Kempen ini atau penerimaan dan/atau penggunaan atau penebusan Hadiah melainkan yang sama berbangkit daripada dan disebabkan langsung oleh pengingkaran sengaja atau kecuaian kasar CIMB Bank. 31. Dengan menerima Hadiah, Pelanggan Layak bersetuju untuk tidak mempertanggungjawabkan CIMB Bank dan sekutu-sekutunya dan pengarah, pegawai, pekerja dan agen mereka masing-masing bagi dan terhadap sebarang tuntutan, tindakan, prosiding, penghakiman, kerosakan, kerugian, perbelanjaan atau liabiliti yang ditanggung oleh CIMB Bank dan sekutu-sekutunya dan pengarah, pegawai, pekerja dan agen mereka masing-masing berhubung dengan penyertaan Pelanggan Layak dalam Kempen atau penerimaan, penebusan atau penggunaan Hadiah melainkan yang sama berbangkitdaripadadandisebabkanlangsungolehpengingkaransengajaataukecuaiankasar CIMB Bank. 32. CIMB Bank mempunyai hak untuk mendebitkan Akaun Penyertaan atau mana-mana akaun lain yang dikekalkan oleh Pelanggan Layak dengan CIMB Bank pada bila-bila masa sepertimana difikirkan sesuai dengan Nilai Hadiah yang diterima dengan sepenuhnya selaras dengan Terma-terma dan Syarat-syarat ini, fi statutori, duti setem, komisen, caj bank dan/ atau caj perkhidmatan lain ("Keberhutangan") yang terpakai atau terdahulu dan sementara menunggu pendebitan ke dalam Akaun Penyertaan atau mana-mana akaun Pelanggan Layak yang lain, CIMB Bank mempunyai hak untuk menahan atau menggantungkan pembayaran wang daripada Akaun Penyertaan atau manamana akaun Pelanggan Layak yang lain bagi amaun Keberhutangan. 33. Segala terma-terma dan syarat-syarat yang mentadbir pengoperasian Akaun Penyertaan Pelanggan Layak akan terus diterima pakai melainkan jika atau di mana yang sama diubah atau dipinda dengan nyata olehterma-terma dan syarat-syarat di sini. Dalam keadaan mana terma-terma dan syarat-syarat di sini tidak konsisten dengan terma-terma dan syarat-syarat yang mentadbir pengoperasian Kempen ini, terma-terma dan syarat-syarat ini akan mengatasinya bagi tujuan Kempen ini. 34. Keputusan hakim CIMB Bank berkenaan dengan segala aspek Kempen ini adalah akhir, mengikat and muktamad dengan syarat bahawa keputusan tersebut adalah sentiasa adil dan wajar. Tiada pembalasan, rayuan, bantahan atau percubaan selanjutnya untuk mempertikaikan yang sama akan dilayan. 35. CIMB berhak menggantung, membatalkan, menamatkan atau menarik balik Kempen ini secara keseluruhan atau ebahagian, dengan memberikan notis terdahulu selama empat belas (14) hari calendar kepada Pelanggan Layak. Untuk mengelakkan keraguan, penggantungan, pembatalan, penamatan atau penarikan balik Kempen ini tidak akan memberikan hak kepada Pelanggan Layak untuk membuat sebarang tuntutan atau menuntut sebarang pampasan terhadap CIMB Bank atas sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami oleh Pelanggan Layak yang diakibatkan secara langsung atau tidak langsung oleh tindakan penggantungan, pembatalan, penamatan atau penarikan balik tersebut. 36. CIMB berhak, dengan memberikan notis terdahulu selama dua puluh satu (21) hari calendar untuk mengubah (sama ada dengan menambah, memotong, memodifikasi, meminda atau sebaliknya walau bagaimanapun jua) ( Pindaan ) mana-mana terma dan syarat di dalam ini. Makluman tentang Pindaan kepada Pelanggan Layakakan dilakukan menurut budi bicara mutlak CIMB melalui mana- 7

mana satu cara komunikasi berikut, iaitu melalui pos biasa ke alamat Pelanggan Layak yang terakhir diketahui atau dengan memaparkan notis tentang Pindaan di setiap cawangan CIMB Bank atau menyiarkan iklan mengenai Pindaan dalam satu akhbar pilihan CIMB Bank atau melalui laman web CIMB Bank atau melalui sebarang cara makluman lain yang boleh dipilih oleh CIMB Bank dan Pindaan akan dianggap mengikat dari tarikh makluman Pindaan atau dari sebarang tarikh yang boleh ditetapkan oleh CIMB Bank dalam makluman. Pelanggan Layak mengakui dan bersetuju mengakses laman web CIMB Bank dengan kerap untuk membaca Terma-terma dan Syarat-syarat dan memastikan mereka mempunyai pengetahuan terkini mengenai apa-apa perubahan pada Termatermadan Syarat-syarat ini. 37. Terma-terma dan Syarat-syarat ini boleh dipinda dari semasa ke semasa selaras dengan Klausa 36 akan mengatasi sebarang peruntukan atau representasi yang terkandung dalam apa-apa bahan promosi lain yang mengiklankan Kempen ini. Terma-terma dan Syarat-syarat ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan terma-terma dan syarat-syarat yang terpakai kepada Akaun Penyertaan tersebut yang akan dikenakan di samping Terma-terma dan Syarat-syarat di dalam ini. 38. Sekiranya terdapat apa-apa perkara yang tidak konsisten, konflik, kesamaran atau percanggahan Antara versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris terma-terma dansyarat-syarat ini, versi Bahasa Inggeris terma-terma dan syarat-syarat akan mengatasi yang lain. Meskipun perkara yang disebut sebelum ini, jika permintaan dibuat oleh Pelanggan Layak dan dicatat dan diakui oleh CIMB dalam rekodnya bahawa versi Bahasa Malaysia terma-terma dan syarat-syarat ini akan mengawal operasi Akaun Penyertaan yang relevan versi Bahasa Malaysia terma-terma dan syarat-syarat ini akan mengatasi yang lain. 39. Terma-terma dan Syarat-syarat ini tertakluk kepada penggunaan sebarang undang-undang, panduan, arahan, notis, peraturan yang digubal terdahulu dan/atau sebarang undang-undang bertulis yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia atau badan-badan lain yang mempunyai kuasa penyeliaan atas CIMB Bank berkenaan dengan atau yang terpakai kepada Kempen ini atau perkara lain di sini. 40. Untuk maklum balas dan/atau aduan berkaitan dengan Kempen ini, Pelanggan Layak boleh menghubungi Customer Resolution Department CIMB di alamat, nombor telefon, dan nombor faks berikut (atau di mana-mana alamat, nombor telefon dan nombor faks lain yang boleh diubah oleh CIMB dengan memaklumkan Pelanggan Layak): Customer Resolution Unit, Aras 19, Menara Bumiputra-Commerce, 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur Tel: +603 6204 7788 / Faks: +603 2283 5302/CRU@cimb.com 8