UOBM LADY S CARD TERMA DAN SYARAT

Similar documents
Mewah Kad Visa Infinite UOBM Terma & Syarat

KEMPEN 5X UNIRINGGIT FOR YOUR SPEND KAD PRVI MILES DAN PREFERRED PLATINUM UOBM TERMA DAN SYARAT

TERMS AND CONDITION 2017 Credit Card Acquisition Cash Back Campaign

Current/Savings Account Standing Instruction Campaign. Terms & Conditions

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

MAYBANK PRODUCTS UMBRELLA CAMPAIGN 2016 TERMS & CONDITIONS

TERMA DAN SYARAT. Kempen Mohon, Belanja dan Dapat Ganjaran

TERMS & CONDITIONS MAYBANK ONLINE APPLICATION CAMPAIGN II FOR BALANCE TRANSFER/EZYCASH/EZYPAY PLUS

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

Terma dan Syarat Kempen Rujukan Memperkenalkan Ahli Baru Privilege Banking dan Wealth Banking

Alliance Bank Loan & Credit Card Repayment Campaign Terms and Conditions

kecuali dimaklumkan sebaliknya.

AmBank Debit Card - Win Cash 2 Campaign Terms and Conditions

Deposit Dragon Campaign ( Campaign )

KEMPEN YEAR END EXTRAVAGANZA UOBM TERMA & SYARAT

Terms and Conditions for Auto BILLPAY RM30 Cash Rebate Campaign

2. Promosi ini hanya dibuka kepada Kad UOBM Lady s yang dikeluarkan di Malaysia.

2. This Campaign is applicable for all RHB Credit and Debit Cards, except RHB Platinum Business Cards. ( Eligible Cardmember )

a) The Principal and / or Supplementary Card account has become delinquent;

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Ganjaran Tunai CIMB Bank Berhad

Terma dan Syarat Kempen Kad-i Bank Islam Visa (Debit/Kredit) PIN dan Pandu Lebih Jauh

SPEND AND WIN SAMSUNG GALAXY S8 KFH DEBIT CARD-i CAMPAIGN ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS ( Terms and Conditions ).

RM10,000 RM99, % 3.50% 3.50% RM100,000 RM499, % 2.80% 2.50% RM500,000 dan ke atas 2.50% 2.30% 2.00%

Terms & Conditions: TRUE Debit MasterCard Campaign Page 1

Apply Now for Mutual Gold - PB Visa Platinum Credit Card & Take Your Choice Home Campaign. Terms and Conditions

Kempen Perbelanjaan Luar Negeri dan Dalam Talian Spend and Get Travel Luggage CIMB Bank Mastercard Terma-Terma dan Syarat-Syarat

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV

Morgan Air Fryer with Mutual Gold PB Visa Platinum Credit Card Campaign. Terms and Conditions

TERMS AND CONDITIONS

New SME Current Account Bundle Campaign. Campaign Date: 4 April September By: SME/Commercial Deposits

TERMA DAN SYARAT. Preferred Current Account Cash Reward RM88 (November & December 2017)

ADDITIONAL TERMS AND CONDITIONS JomPAY Nationwide Campaign

Terms and conditions AmBank (M) Berhad and AmBank Islamic Berhad: Investment Bundle Campaign Campaign Period: 1 October 2018 to 31 December 2018

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Octo Edisi Terhad

Spend with PB-Samsung Pay & Be Rewarded ( Campaign ) Terms and Conditions

TERMS AND CONDITIONS RHB DEBIT CARD CAMPAIGN

2.3. For joint customer of Libshara-i, only the primary account holder will qualify to participate.

TERMA DAN SYARAT KEMPEN Send More Money via RHB Now and Get Cash Back RHB Western Union

MAYBANK PERSONAL LOAN/MAYBANK ISLAMIC PERSONAL FINANCING-i CAMPAIGN 2017 TERMS AND CONDITIONS

TERMS AND CONDITION RHB Year End Mass Usage Campaign

TERMS AND CONDITIONS OF AL-AWFAR-SSPN

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Tactical Campaign for CPL via Website and ATM

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Tactical Campaign for CPL via Website, ATM and Clicks

Hari bermaksud Isnin hingga Jumaat dan bila mana pejabat Bank yang berdaftar dibuka, kecuali dinyatakan sebaliknya.

TERMS AND CONDITIONS RHB DEPOSIT GOLD CAMPAIGN

TERMS AND CONDITIONS RHB DEPOSIT WATCH CAMPAIGN

TERMA & SYARAT. Kempen UT & FD Investment Bundles RHB Bank

TERMS AND CONDITION Tactical Usage Campaign 2018 FIFA World Cup Russia

Terms & Conditions TRUE Savers BonusLink Campaign

TERMA DAN SYARAT KEMPEN Send More Money through Western Union at RHB and Get Cash Back

TERMS AND CONDITIONS OF #SenangBiz CAMPAIGN. TERMA DAN SYARAT BAGI KEMPEN #SenangBiz

AmBank #JoyFortuneLove Campaign. Terms and Conditions

TERMS AND CONDITIONS FOR

Save And Win Everyday Campaign Terms and Conditions

Effective 1 st APRIL 2018 / Berkuatkuasa pada 1 APRIL 2018

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB-Pay with Points & Win

Business Day means a day on which Bursa Malaysia is open for trading. Hari Bekerja bermaksud hari dimana Bursa Malaysia dibuka untuk dagangan.

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Ganjaran F.I.R.S.T CIMB

Terma & Syarat. Kempen Akaun Semasa/Simpanan AmBank-I Love Savings!

Terms and Conditions

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Ganjaran F.I.R.S.T CIMB

Kempen CIMB Islamic Q2 18 Mail Order Telephone Order ( MOTO ) Terma-Terma dan Syarat-Syarat

TERMS AND CONDITIONS

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Ganjaran CIMB F.I.R.S.T

Kempen CIMB Mastercard Philips Coffee Maker & Flight Tickets Giveaway Overseas and Online Spend Terma-Terma dan Syarat-Syarat

AmBank Win a Porsche Campaign. Terms and Conditions

CIMB Swipe and Drive Campaign Terms and Conditions

2. Kempen ini terdapat di semua cawangan CIMB Bank seluruh Malaysia.

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Ganjaran CIMB F.I.R.S.T (1hb Februari hb April 2018)

Terma & Syarat Kempen Deposit AmBank Toyota Vellfire 2016 Serba Baharu Boleh Dimenangi dengan AmBank!

Terms and Conditions CASA EASY Cash Back Campaign

Terms and Conditions AmOnline Win a Mini Cooper Campaign

CIMB Bank Kempen Q3 17 Mail Order Telephone Order ( MOTO ) Terma-terma dan Syarat-syarat

TERMS AND CONDITIONS Chinese New Year Spend and Redeem Campaign

TERMS AND CONDITIONS RHB Grow Your Wealth Campaign

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM

Question : In SunActiv, which module you can track your steps & get rewarded? Answer : ( ) Search & Book ( ) Activ ( ) Health Info ( ) Marketplace

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

SOALAN LAZIM MENGENAI SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN NASIONAL

Terms & Conditions Eligibility Contest Period Contest Mechanism

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

Kad Debit MasterCard AmBank dan Kad Debit MasterCard TRUE by AmBank Kempen Penebusan Hadiah Segera di MYDIN

BIASISWA FAIR & LOVELY 2018 TERMA-TERMA DAN SYARAT- SYARAT

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Kod Promosi Grab CIMB F.I.R.S.T

PERISYTIHARAN JUALAN LELONGAN PERINTAH JUALAN ATAS PERMINTAAN PEMEGANG GADAIAN (NO. PTT.4/369/34/2017)

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) LAPORAN KEMAJUAN BERKALA / PERIODIC PROGRESS REPORT

PERISYTIHARAN JUALAN PERINTAH JUALAN ATAS PERMINTAAN PEMEGANG GADAIAN [0701AUC ] Dalam Perkara Seksyen 257 Dan 263 Kanun Tanah Negara 1965

ANTARA DAN MOHD KHAIRUL RIZAD BIN AHMAD (NO. K/P / NO. TENTERA )

SYARAT-SYARAT JUALAN

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG PERMOHONAN PELAKSANAAN NO. PA /2017 (SAMAN PEMULA NO. PA-24FC /2017)

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

SIAPA YANG BERMANFAAT DENGAN GOLD ACCUMULATION PROGRAM (GAP)? GAP PUBLIC GOLD NI SANGAT BERMANFAAT BAGI SIAPA YANG:

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2016 PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI DAN PRESTASI KEWANGAN AGENSI NEGERI SEMBILAN JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG PERMOHONAN UNTUK PELAKSANAAN NO /2018 (SAMAN PEMULA NO.

LAND LAW AND SURVEY REGULATION (SGHU 3313)

ANTARA DAN AKAN MENJUAL HARTANAH TERSEBUT DI BAWAH SECARA

Transcription:

UOBM LADY S CARD TERMA DAN SYARAT United Overseas Bank (Malaysia) Bhd ("UOBM") menganjurkan "Kad UOBM Lady s: Kempen Sepuluh Fesyen" ("Kempen") dari 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2018 (kedua-dua tarikh termasuk), atau apa-apa tarikh lain yang ditentukan oleh UOBM dari semasa ke semasa ("Tempoh Kempen"). Kelayakan Kempen 1. Tertakluk kepada Klausa 2, Kempen ini terbuka kepada semua Ahli Kad UOBM Lady s utama dan tambahan ("Ahli Kad") yang memegang Kad UOB Lady s ("Kad") yang dikeluarkan di Malaysia dan: a) akaunnya adalah semasa, sah, wujud dan dalam kedudukan kredit yang baik sebagaimana yang ditentukan oleh UOBM atas keputusan tunggal dan mutlaknya; b) yang tidak melanggar Terma dan Syarat Kad UOB Lady s dan Perjanjian Ahli Kad UOB Visa / MasterCard (secara kolektif dirujuk sebagai "T & C Kad Layak"). 2. Berikut adalah mereka yang tidak layak untuk Kempen ini :- a) Ahli Kad yang akaun(-akaun)nya telah ditamatkan, digantung atau dibatalkan dalam Tempoh Kempen ; b) Semua Ahli Kad UOBM Kredit dan Debit lain; c) Ahli Kad yang akaun dengan UOBM yang didapati delinkuen, atau tidak diuruskan dengan baik sepertimana yang ditentukan oleh UOBM mengikut budi bicara mutlaknya; d) Individu yang tidak siuman atau yang menjadi tidak siuman, telah meninggal dunia, bankrap atau mereka yang mempunyai apa-apa bentuk tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap mereka. Mekanisme Kempen 3. Di bawah Kempen ini, Ahli Kad perlu berbelanja menggunakan Kad dengan mana-mana saudagar yang berada di bawah Kod Kategori Saudagar ( MCC") dalam ruang kedua yang disenaraikan dalam Jadual A di bawah semasa Tempoh Kempen. Ahli Kad akan layak menerima 10% Pulangan Tunai( "Pulangan Tunai") untuk apa-apa perbelanjaan di bawah MCC pada setiap hari Rabu, Sabtu dan Ahad sepanjang tempoh kempen ( Perbelanjaan Yang Layak ).

Jadual A Perbelanjaan Yang Layak Kod Kategori Saudagar ( MCC ) Penerangan Contoh Saudagar Retail Fashion 5094 PRECIOUS STONES/METALS/WATCHES/JEWELLERY 5611 MEN/BOYS CLOTHING/ACCESSORIES STORES 5621 LADIES READY-TO-WEAR STORES 5631 LADIES ACCESSORY/SPECIALITY STORES 5641 CHILDREN'S/INFANTS' WEAR STORES 5651 FAMILY CLOTHING STORES 5655 SPORTS/RIDING APPAREL STORES 5661 SHOE STORES 5681 FURRIERS & FUR SHOPS 5691 MEN/LADIES CLOTHING STORES 5697 TAILORS/SEAMSTRESSES/ALTERATIONS 5698 WIG & TOUPEE STORES 5699 MISC APPAREL/ACCESSORY SHOPS 5941 SPORTING GOODS STORES 5944 JEWELLERY, WATCHES, CLOCKS & SILVERWARE STORES 5948 LUGGAGE/LEATHER GOODS STORES 5977 COSMETICS STORES 7296 CLOTHING RENTAL - COSTUME/UNIFORMS, FORMAL WEAR Armani Exchange, Charles & Keith, Cotton On, Tomei, Swarwoski, Vincci, Zara, dll. Sekiranya transaksi Kad tidak diklasifikasikan di bawah mana-mana MCC, urusniaga tersebut tidak akan layak untuk Pulangan Tunai. 4. Tertakluk kepada Klausa 10 Pulangan Tunai akan diberi, tertakluk kepada Perbelanjaan Yang Layak minimum ( Perbelanjaan Yang Layak Minimum ) yang dicajkan kepada Kad berdasarkan tarikh transaksi dan direkodkan dalam sistem UOBM untuk bulan kalendar masing-masing. 5. Tertakluk kepada Klausa 9, Perbelanjaan Yang Layak Minimum adalah gabungan kedua-dua perbelanjaan Ahli Kad utama dan Ahli Kad tambahan. Untuk mengelakkan keraguan, hanya Ahli Kad utama layak untuk menerima Pulangan Tunai. 6. Pulangan Tunai Maksimum yang dianugerahkan kepada Perbelanjaan Yang Layak dalam setiap bulan kalendar adalah seperti yang berikut: Jenis Kad Lady's Perbelanjaan Yang Layak minimum dalam satu bulan kalendar Pulangan Tunai maksimum untuk satu bulan kalendar Classic RM300 RM30 Platinum RM500 RM50 Solitaire RM800 RM80 Untuk Kad yang baru diluluskan, pemenuhan syarat Perbelanjaan Yang Layak Minimum mesti dicapai dalam bulan kalendar yang pertama. Sekiranya tempoh kelayakan kurang daripada satu bulan, syarat pemenuhan Perbelanjaan Yang Layak Minimum masih sah.

7. Amaun Pulangan Tunai akan dibundarkan ke sen yang terdekat. 8. Semua Perbelanjaan Yang Layak Minimum dibuat semasa Tempoh Kempen mesti diperoleh oleh sistem kad kredit UOBM untuk layak mendapat Pulangan Tunai. Pengecualian 9. Transaksi-transaksi berikut tidak termasuk sebagai Perbelanjaan Yang Layak: a. Pemindahan Baki; b. Pendahuluan Tunai; c. Pelan Fleksi-Kredit; d. Pembelian Pelan Easi Payment; e. Pelan Pembayaran Ansuran Tanpa Faedah 0% f. Transaksi runcit yangdikembalikan, dipertikaikan, tidak sah atau palsu; g. Transaksi tambah nilai; h. Pembayaran yuran tahunan keahlian kad, pembayaran faedah,yuran pembayaran lewat, caj untuk pengeluaran wang tunai, cukai barang dan perkhidmatan dan apa-apa bentuk yuran perkhidmatan/lain yang menggunakan Kad;dan i. Transaksi-Transaksi lain yang ditentukan oleh UOBM dari semasa ke semasa. 10. Untuk tujuan Kempen ini, Pulangan Tunai tidak akan diberi untuk transaksi-transaksi berikut:- a. Insurans b. Pemindahan Baki c. Pendahuluan Tunai d. Pelan Fleksi Kredit e. Pembelian Pelan Easi Payment; f. Pembayaran berulang, transaksi auto-debit, dan arahan tetap g. Pelan Pembayaran Ansuran Tanpa Faedah 0% h. Transaksi runcit yangdikembalikan, dipertikaikan, tidak sah atau palsu; i. Transaksi tambah nilai; j. Bayaran kepada kerajaan: (i) Nafkah dan sara hidup anak; (ii) denda oleh mahkamah, kerajaan, pihak berkuasa negeri, pihak berkuasa tempatan; (iii) bayaran ikat jamin dan bon; (iv) bayaran cukai kepada kerajaan; dan (iv) bayaran kepada mana-mana jabatan atau agensi kerajaan k. Nafkah dan sara hidup anak; l. Bil utiliti m. Badan amal n. Pembayaran bil

o Transaksi untuk petrol; p. Transaksi tunai dan berasaskan tunai; q. Telekomunikasi r. Bayaran yuran keahlian kad tahunan, bayaran faedah, yuran lewat lewat, caj untuk pengeluaran tunai, cukai barang dan perkhidmatan dan lain-lain bentuk perkhidmatan atau yuran pelbagai untuk menggunakan Kad; dan s. Transaksi-transaksi lain yang ditentukan oleh UOBM dari semasa ke semasa. Peruntukan Pulangan Tunai 11. Jumlah pembayaran Pulangan Tunai bagi Tempoh Kempen ini adalah sebanyak RM180, 000 sebulan yang akan dianugerahkan mengikut dasar yang dahulu didahulukan. UOBM tidak akan bertanggungjawab untuk memaklumkan Ahli Kad jika jumlah Pulangan Tunai telah mencapai had maksimum 12. Sekiranya Ahli Kad mempunyai lebih daripada satu Kad, Pulangan Tunai akan dikreditkan ke dalam jenis Kad tertinggi. Contohnya, jika Ahli Kad mempunyai Kad Platinum Lady s dan Kad Solitaire Lady s, Pulangan Tunai akan dikreditkan ke dalam akaun Kad Solitaire Lady s. 13. Pengkreditan Pulangan Tunai akan dinyatakan di dalam Penyata Akaun bulanan Ahli Kad dalam tempoh dua (2) bulan dari bulan yang Perbelanjaan Yang Layak dibuat seperti yang dinyatakan dalam Jadual B di bawah. Jadual B: Jadual Pulangan Tunai Tempoh Perbelanjaan yang Layak Pulangan Tunai dikredit di bulan 1 January 2018 31 January 2018 February 2018 / March 2018 1 February 2018 28 February 2018 March 2018 / April 2018 1 March 2018 31 March 2018 April 2018 / May 2018 1 April 2018 30 April 2018 May 2018 / June 2018 1 May 2018 31 May 2018 June 2018 / July 2018 1 June 2018 30 June 2018 July 2018 / August 2018 1 July 2018 31 July 2018 August 2018/ September 2018 1 August 2018 31 August 2018 September 2018 / October 2018 1 September 2018 30 September 2018 October 2018 / November 2018 1 October 2018 31 October 2018 November 2018 / December 2018 1 November 2018 30 November 2018 December 2018 / January 2019 1 December 2018 31 December 2018 January 2019 / February 2019 14. Pada masa Pulangan Tunai tersebut dikreditkan ke dalam Akaun Ahli Kad, akaun tersebut mesti berada dalam keadaan terkini, sah, wujud dan dalam keadaan kredit yang baik sebagaimana yang ditetapkan oleh UOBM mengikut budi bicara mutlaknya dan tidak melanggar sebarang terma dan syarat ini dan/atau sebarang terma dan syarat di dalam Perjanjian Ahli Kad.

15. Perbelanjaan Yang Layak di bawah Kempen ini tidak layak untuk mendapat UNIRinggit di bawah Program Ganjaran UNIRinggit. 16. UOBM berhak untuk membatalkan Pulangan Tunai sekiranya berlaku pembalikan kemasukan transaksi runcit, pembatalan atau penamatan Kad Ahli Kad semasa Tempoh Kempen atau tidak mematuhi atau melanggar terma dan syarat ini atau Ahli Kad Perjanjian dengan notis terlebih dahulu tanpa memberi apa-apa sebab 17. Pulangan Tunai ini tidak boleh dipindahmilik dan tidak boleh ditukar kepada tunai atau barangan lain, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian. KEMPEN 0% 3 MONTHS OVERSEAS EPP UOBM United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (271809-K) ("UOBM") menganjurkan Kempen 0% 3 Months Overseas EPP" ("Kempen") dari 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2018 (termasuk kedua-dua tarikh) atau apa-apa tarikh lain yang ditentukan oleh UOBM dari semasa ke semasa ("Tempoh Kempen") Kempen 0% 3 Months Overseas EPP United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (271809-K) ('UOBM') ( Kempen ) ini terbuka kepada semua Ahli Kad utama yang mempunyai akaun semasa, sah, dan wujud dalam kedudukan kredit yang baik sebagaimana yang ditentukan oleh UOBM atas budi bicara mutlaknya. Kelayakan Kempen 18. Kempen ini terbuka kepada semua Ahli Kad Kredit UOBM utama ("Ahli Kad") dan: a) akaunnya adalah semasa, sah, wujud dan dalam kedudukan kredit yang baik sebagaimana yang ditentukan oleh UOBM mengikut budi bicara tunggal dan mutlaknya; dan b) yang tidak melanggar Perjanjian Ahli Kad UOBM Visa / MasterCard ("Perjanjian Ahli Kad") 19. Berikut adalah mereka yang tidak layak untuk Kempen ini :- a. Semua Ahli Kad Debit, Korporat, Pembelian dan Label Persendirian UOBM: b. Ahli Kad yang akaun(-akaun)nya telah ditamatkan, digantung atau dibatalkan dalam Tempoh Kempen ini (seperti yang dinyatakan dalam Fasal 3 di bawah); c. Mana mana akaun dengan UOBM yang delinkuen atau didapati tidak memuaskan sebagaimana yang ditentukan oleh UOBM mengikut budi bicara mutlaknya; dan d. Individu yang tidak siuman atau menjadi tidak siuman, meninggal dunia, bankrap atau mempunyai prosiding undang undang yang dikenakan terhadap mereka.

MEKANISME KEMPEN 20. Sebarang perbelanjaan sekurang-kurangnya Tiga Ribu Ringgit Malaysia (RM3, 000.00) dalam setiap resit tunggal dan / atau terkumpul yang dibuat dalam Tempoh Kempen dengan menggunakan Kad Kredit UOBM dalam matawang asing ( Perbelanjaan Layak ) akan layak untuk menyertai kempen ini. Transaksi berikut tidak akan dianggap sebagai Perbelanjaan Layak: I. Pendahuluan Tunai II. Pemindahan Baki III. Pelan Flexi-Credit IV. Caj Kewangan V. Caj Lewat VI. Yuran Tahunan VII. Pecahan transaksi dan / atau tidak sah VIII. Penarikbalikan atau bayaran balik IX. Cukai Barangan dan Perkhidmatan X. Urusniaga lain yang ditentukan UOBM 21. Perbelanjaan Layak dibuat dalam Tempoh Kempen mesti direkodkan dalam sistem kad kredit yang dikekalkan oleh UOBM untuk kelayakan bagi Kempen ini. 22. Ahli Kad yang memenuhi Perbelanjaan Layak yang disebut dalam Fasal 20 di atas layak untuk menukarkan Perbelanjaan Layak untuk Pelan Pembayaran Easi 3 bulan dengan faedah pendahuluan 0% ( EPP ). 23. Ahli Kad boleh membuat permohonan EPP dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh transaksi Perbelanjaan Layak atau sebelum 31 Disember 2018, yang mana lebih awal dengan menghubungi Pusat Panggilan UOBM di 03-26128121 ( Pusat Panggilan UOBM ). 24. Perbelanjaan Layak layak untuk EPP jika urusniaga tersebut:- I. telah didebitkan ke Akaun Kad Kredit UOBM; dan II. pembelian telah direkodkan dalam Penyata semasa yang merupakan sebahagian daripada baki tertunggak semasa yang perlu dibayar; dan III. tidak melepasi tarikh matang pembayaran pada masa permohonan. 25. UOBM berhak pada budi bicara mutlaknya, untuk meluluskan atau menolak sebarang permohonan EPP dari Ahli Kad tanpa memberi sebarang sebab untuk keputusan tersebut, dan/ atau menentukan amaun yang dibenarkan di bawah EPP, dan tertakluk, kepada I. Status Akaun Kad Kredit UOBM Ahli Kad; dan II. Had Kredit sedia ada dalam Kad Kredit UOBM ( Had Kredit ) 26. Setelah kelulusan permohonan untuk EPP, jumlah yang sesuai bagi Had Kredit Ahli Kad akan dikhaskan untuk tujuan ini, dan baki Had Kredit yang tersedia akan dikurangkan dengan

sewajarnya. UOBM tidak akan bertanggungjawab kepada Ahli Kad untuk apa-apa urus niaga yang ditolak oleh mana-mana peniaga akibat ketidakcekapan Had Kredit Ahli Kad. 27. Berhubungan dengan EPP yang telah diluluskan, tiada faedah lanjutan akan dicajkan jika amaun ansuran bulanan dibayar dengan penuh sebelum tarikh tempoh pembayaran yang dinyatakan dalam penyata bulanan. Jika tidak, fi dan caj akan dikenakan berdasarkan pada Klausa 11 daripada Perjanjian Ahli Kad atas amaun yang tertunggak sewajarnya. 28. Semasa tempoh pembayaran balik, pembayaran akan dibayar secara ansuran sama rata ( Bayaran Ansuran ). Bayaran Ansuran akan didebitkan dengan serta-merta kepada Akaun Kad Kredit UOBM mengikut kelulusan permohonan EPP, dan akan dinyatakan dalam Penyata bulanan yang berikut. Pembayaran perlu dijelaskan mengikut Perjanjian Ahli Kad. Setiap Bayaran Ansuran yang dibayar balik, amaun yang bersamaan dengan bayaran tersebut akan dikembalikan kepada Had Kredit Ahli Kad. 29. Bayaran Ansuran akan dikira berdasarkan jumlah transaksi yang ditukarkan dan dibahagikan mengikut bilangan bulan dalam tempoh EPP, iaitu tiga (3) bulan. Jika berlaku keingkaran, keseluruhan amaun mesti dibayar dengan serta-merta selaras dengan Perjanjian Ahli Kad. 30. Bayaran Ansuran adalah termasuk dalam pengiraan jumlah minimum yang perlu dibayar oleh Ahli Kad. Jika Bayaran Ansuran tidak dibayar sepenuhnya apabila perlu dibayar, baki Bayaran Ansuran yang tidak dibayar akan dikenakan faedah selaras dengan Perjanjian Ahli Kad. 31. Ahli Kad boleh membatalkan penyertaannya dalam Kempen ini tertakluk kepada penerimaan notis bertulis atau lisan oleh Pusat Panggilan UOBM dan fi pembatalan RM50 (atau pada kadar lain yang ditentukan oleh UOBM). Jumlah tersebut akan didebitkan pada akaun Kad Kredit UOBM Ahli Kad. 32. Ahli Kad boleh memohon untuk EPP ini lebih daripada sekali, tertakluk kepada kelayakan Ahli Kad di bawah terma dan syarat dalam dokumen ini dan pada budi bicara mutlak UOBM untuk meluluskan. 33. Jika mana-mana atau kombinasi yang berikut berlaku, jumlah tertunggak di bawah EPP adalah perlu dan patut dibayar dengan serta-merta, akan menanggung pembiayaan dan caj pembayaran lewat yang diguna pakai (yang mana berkenaan) seperti Klausa 11 Perjanjian Ahli Kad, dan akan perlu dibayar selaras dengan Perjanjian Ahli Kad: a) terdapat pelanggaran mana-mana terma dan syarat dalam dokumen ini; b) satu peristiwa keingkaran berlaku menurut Perjanjian Ahli Kad; c) terdapat kelewatan atau kegagalan untuk membayar Bayaran Ansuran atau sebarang jumlah yang perlu dibayar di bawah EPP; d) terdapat suatu kegagalan untuk membayar sebarang wang kepada UOBM pada tarikh matang sebarang kemudahan perbankan/ kredit;

e) terdapat kegagalan untuk menunaikan apa-apa kewajipan atau liabiliti yang terhutang kepada UOBM dari semasa ke semasa untuk sebarang kemudahan perbankan / kredit f) kempen ini ditamatkan untuk apa-apa sebab sekalipun; g) Kad Kredit UOBM ditamatkan atau akaun Kad Kredit UOBM ditutup untuk apa-apa sebab sekalipun sebelum penyelesaian penuh semua amaun terhutang kepada UOBM di bawah Kad Kredit UOBM; atau h) telah menjadi mustahil atau menyalahi undang-undang bagi UOBM untuk menyediakan atau terus menyediakan EPP. Peristiwa di atas juga akan memberi hak kepada UOBM untuk membatalkan, menarik balik, menggantung atau menyekat penggunaan Kad Kredit UOBM, dan untuk menggabungkan semua amaun tertunggak ke dalam Akaun Kad Kredit UOBM utama (jika berkenaan). Terma dan syarat am 34. Dengan menyertai Kempen masing-masing, Ahli Kad bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat T & C Kad Layak. Sekiranya terdapat ketidakselarasan antara terma dan syarat Kempen masin-masing dan T & C Kad yang Layak berkaitan dengan Kempen masing-masing, terma dan syarat Kempen masing-masing akan diguna pakai. 35. Keputusan UOBM berkaitan dengan dengan segala perkara berkaitan dengan Kempen ini adalah muktamad, konklusif dan mengikat pada Ahli Kad. UOBM tidak akan bertanggungjawab untuk memberi sebarang alasan dan/atau melayan surat-menyurat dengan mana-mana pihak mengenai apa-apa perkara mengenai Kempen masing-masing. 36. UOBM tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kegagalan atau kelewatan dalam penghantaran bukti transaksi jualan oleh Visa International Incorporated, MasterCard Worldwide, pertubuhan pedagang, pihak pos atau telekomunikasi atau mana-mana pihak yang mungkin menyebabkan kegagalan Ahli Kad untuk berhak kepada Pulangan Tunai dan EPP di bawah Kempen masing-masing. 37. UOBM tidak akan bertanggungjawab dan tidak akan menanggung sebarang liability dalam apa jua bentuk yang dialami oleh Ahli Kad dan / atau pihak ketiga yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung daripada Kempen ini melainkan jika timbul daripada kecuaian UOBM atau salah laku yang sengaja berkaitan dengan Kempen masing-masing. 38. UOBM tidak mempunyai kaitan dengan Saudagar dan tidak membuat sebarang perwakilan dan jaminan berhubung dengan kualiti barangan dan / atau perkhidmatan yang dibekalkan oleh Saudagar dan / atau cawangan. 39. UOBM tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecacatan atau ketidakpuasan hati kualiti barangan dan / atau perkhidmatan yang dibekalkan oleh Saudagar dan / atau cawangan.

40. UOBM tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa salah nyataan atau salah nyataan fakta oleh mana-mana pihak ketiga yang tidak dibenarkan berkenaan dengan Kempen masing-masing yang diterbitkan dalam mana-mana media massa, pemasaran atau bahan pengiklanan. 41. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, UOBM secara jelas mengecualikan dan menafikan sebarang perwakilan, waranti atau pengendorsan, sama ada tersurat atau tersirat, bertulis atau lisan, tanpa terhad kepada apa-apa yang diterbitkan dalam mana-mana media massa, bahan pemasaran atau pengiklanan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, sebarang jaminan kualiti, kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu berkenaan dengan Kempen masing-masing. 42. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara terma dan syarat ini dengan sebarang pengiklanan, promosi, publisiti dan bahan-bahan lain yang berkaitan dengan Kempen tersebut, terma dan syarat Kempen masing-masing akan diguna pakaikan. 43. UOBM berhak untuk menambah, memadam, menggantung atau mengubah terma dan syarat Kempen ini dari semasa ke semasa, secara keseluruhan atau sebahagian mengikut budi bicara mutlaknya dengan memberi notis dua puluh satu (21) hari terdahulu kepada Ahli Kad melalui paparan di laman web UOBM, memaparkan notis di cawangan UOBM, memasukkan penyata dalam Penyata Akaun atau apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh UOBM dari masa ke semasa. 44. UOBM berhak untuk membatalkan, menamatkan atau menggantung Kempen masing-masing dengan memberi notis terlebih dahulu. Untuk mengelakkan keraguan, sebarang pembatalan, penamatan atau penggantungan oleh UOBM mengenai kempen masing-masing, tidak akan memberi hak kepada Ahli Kad untuk membuat sebarang tuntutan atau pampasan terhadap UOBM untuk sebarang dan semua kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh Ahli Kad sama ada secara langsung atau tidak langsung daripada pembatalan, penamatan atau penggantungan tersebut. 45. Terma dan syarat ini adalah ditadbir dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia dan Ahli Kad bersetuju untuk tertakluk kepada bidang kuasa tidak eksklusif mahkamah Malaysia.