Sains Malaysiana 36(2)(2007): LEE YOOK HENG, MANAFERRY MADHAN, PENNY SUMOK & LEE NYANTI CHUKONG

Similar documents
EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Kajian Indeks Kualiti Air di Lembangan Sungai Paka, Terengganu (Water Quality Index Study in Paka River Basin, Terengganu)

Earthwork Activities in Private Housing Industry

POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MODELING OF SALT WATER INTRUSIONS INTO LANGAT RIVER ESTUARY, MALAYSIA

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR DAN LEBUHRAYA BARU PANTAI

HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

The impact of waste disposal management on the water quality of rivers in Malaysia: Lessons from Pajam waste disposal sites, Negeri Sembilan

J\ Impacts of disturbance o~ fish communities in Sungat Pur, Terengganu I Annie Nums anak B1lly.

IMPAK AKTIVITI ANTROPOGEN DAN FAKTOR YANG BERKAITAN TERHADAP KUALITI AIR SUNGAI TROPIKA, SUNGAI PINANG, BALIK PULAU, PULAU PINANG

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING IN KUALA TERENGGANU HO MEE CHYONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENENTUAN NILAI KUALITI AIR SISA DI PASAR BESAR KUANTAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA

OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM

NOOR SHAHIDA BINTI ROSLI MASTER OF SCIENCE UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

STATUS KUALITI AIR SUNGAI DI BEBERAPA KAWASAN LUAR BANDAR, DI NEGERI JOHOR DAN KESANNYA KEPADA KEHIDUPAN

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR 29 JUN 2018

Menganalisis pola dan arah aliran hujan di Negeri Sembilan menggunakan kaedah GIS poligon Thiessen dan kontur Isoyet

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

Menganalisis pola dan arah aliran hujan di Negeri Sembilan menggunakan kaedah GIS Poligon Thiessen dan Kontur Isoyet

Kesahan Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak Dalam Kalangan Pemain Lelaki Berumur 14 Dan 15 Tahun. Abstrak

Kesan Pembandaran terhadap Pembentukan Pulau Haba Bandar di Kuala Terengganu


Untuk kerja-kerja pelancaran 'U Beam' dan kerja-kerja yang berkaitan dengan MRT

Survey on Perak and Selangor 3 messages

KUALITI AIR SUNGAI MIRI, MIRI SARAWAK ( ) BERDASARKAN INDEKS KUALITI AIR MOHO JOHAN BIN JUSOH

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

Binaan ringkas pengecas kapasitor bervoltan tinggi buatan sendiri bagi. sistem plasma fokus.

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

A. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION

KUALITI AIR DI SUNGAI KESIT, BATANG LEMANAK, ENGKILILI, SARAWAK

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

Mohd Aqmin Abdul Wahab Universiti Kebangsaan Malaysia. Hazrul Izuan Shahiri Universiti Kebangsaan Malaysia

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

DETERMINATION OF LEAD CONTENT IN WHITENING CREAM USING LASER INDUCED BREAKDOWN SPECTROSCOPY ANALYSIS WAN NORSYUHADA BT WAN MOHD SHUKRI

mybalikpulau A Mapping & Interpretation Heritage Education Program for Young People

Condition Appraisal Technical Report

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Analisis Tren Penyakit Denggi di Daerah Hulu Langat, Selangor

Pendaftaran Peserta / Sarapan Pagi Pengenalan - Konsep tapak & laman web. - Penyediaan Bahan - Grafik/Image/Photo/PDF/Flash Paper

Pengetahuan komuniti dan amalan pengurusan sisa pepejal di Negeri Sembilan

KEPEI,BAGAIAN DAN KELlMPAIIAN SPESlESAMFIBIADI KAWASAN BAm KAPUR BAU, SARAWAK. Camellina Joyce Ak Duyun

MSG Quality Control [Kawalan Mutu]

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN JABATAN PEMAKANAN DAN DIETETIK SEMESTER 6, SESI 2016/2017 LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Sistem Bakeri Interaktif

Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017

Sains Malaysiana 42(5)(2013):

JABATAN GEOGRAFI, FAKULTI SENI DAN MUZIK

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

SISTEM SOKONGAN PERANCANGAN (PSS): ANALISIS APLIKASI BAGI SEKTOR-SEKTOR TERPILIH

SEJARAH PERKEMBANGAN BEKALAN AIR DOMESTIK DI NEGERI KEDAH SEHINGGA TAHUN 1957

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

PASARAN HARTA TANAH KEDIAMAN BERDASARKAN IMPLIKASI PENENTUAN HARGA RUMAH OLEH PEMAJU. KAJIAN KES NUSAJAYA ZARINATUL AIN BT AKHIRUDIN

KEBOLEHTELAPAN TANAH LATERIT TERHADAP PENANAMAN RUMPUT VETIVER

PENEMPATAN PERUMAHAN MASYARAKAT PINGGIRAN DI DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR. Samruhaizad Samion & Azahan Awang

Sikap Komuniti Setinggan Tebingan Sungai: Pencemaran Alam Sekitar dan Pengurusannya

ADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI

SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS) DAN SEKTOR KESIHATAN AWAM: KAJIAN DEMAM DENGGI DI BANDAR BARU BANGI DAN KAJANG

Pola dan Proses Pemilikan Tanah oleh Orang-orang Pulau di Kawasan Darat Mersing: Kajian Kes di Kampung Sri Bahagia

PERBEZAAN ASPEK PERKEMBANGAN FIZIKAL DALAM KALANGAN KANAK-KANAK LELAKI DAN PEREMPUAN MENURUT PERSPEKTIF BARAT

2.3. For joint customer of Libshara-i, only the primary account holder will qualify to participate.

THE ASSESSMENT OF BUILDING DEFECTS MAINTENANCE IN HOSPITAL BUILDING NORDIYANA BINTI AB.LLAH

KEMUDAHSAMPAIAN M EM PENGARUHI NILAI HARTA TANAH NURULLIZA BINTI SALLEH

MEMORANDUM MENGHENTIKAN PROJEK PEMBINAAN KERETA KABEL DI BUKIT LARUT

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2016 PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI DAN PRESTASI KEWANGAN AGENSI NEGERI SEMBILAN JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

Sistem Tagal: Pengurusan Biosfera Tradisional dalam Industri Pelancongan

Muhd Fadhlullah Bin Rashid Kolej Komuniti Pasir Mas

Functional Assessment Report Laporan Penilaian Fungsian

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

Diaspora Komuniti Cina Seberang Laut ke Selangor di Tanah Melayu,

Analisis Metabolisma Bandar Menggunakan Teknik Material Flow Analysis (MFA) di Seremban. Sharif Shofirun Bin Sharif Ali (P85768)

KE ARAH KEMAKMURAN PANTAI TIMUR SABAH : KAYA, PESAT MEMBANGUN DAN MAJU

BAB 1 PENDAHULUAN Pengenalan

TOTAL HOSPITAL INFORMATION SYSTEM (THIS)

IMPLIKASI PERUBAHAN PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP KESELAMATAN AWAM : KAJIAN KES DI BANDAR MUADZAM SHAH, PAHANG

Distribusi Simpanan Bank Umum Periode Januari 2018

PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Kota Kinabalu Sabah Malaysia

DERAF JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SELARAS SESI DEC 2015 (BELUM MUKTAMAT)

PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN

TERMS AND CONDITION 2017 Credit Card Acquisition Cash Back Campaign

PALEOALAM DI TAPAK PALEOLITIK BUKIT BUNUH: ANALISIS GEOMORFOLOGI

NOTICE OF PROPOSED RECOMMENDATIONS FOR FEDERAL AND STATE CONSTITUENCIES IN THE STATE OF SELANGOR AS REVIEWED BY THE ELECTION COMMISSION IN 2018

Transcription:

Sains na 36(2)(2007): 133-137 Pemonitoran Intensif Beberapa Nutrien dalam Sungai Sarawak di Kuching, Sarawak, (Intensive Monitoring of a Few Nutrients of the Sarawak River at Kuching, Sarawak, ) LEE YOOK HENG, MANAFERRY MADHAN, PENNY SUMOK & LEE NYANTI CHUKONG ABSTRAK Perubahan beberapa nutrien dan parameter kualiti air Sungai Sarawak telah dikaji melalui pensampelan serta analisis air secara intensif, iaitu empat kali pensampelan di sebelah pagi dan empat kali pada waktu petang. Stesen pensampelan air terletak di Waterfront, bandaraya Kuching dan satu lagi stesen yang terletak di bahagian hulu iaitu Batu Kitang yang berdekatan dengan tapak pengambilan air. Stesen pensampelan Batu Kitang diadakan untuk tujuan perbandingan kualiti air. Nutrien yang telah dianalisis terdiri daripada ammonium, nitrat, fosfat terlarut, sulfat dan kation utama (K, Na, Ca, Mg). Aras ion ammonium, nitrat, fosfat terlarut dan sulfat dalam Sungai Sarawak di stesen Waterfront ialah 0.03-0.67, 0.03-0.14, 0.03-0.74 dan 0.02-0.38 mg/l masing-masing. Perubahan maksimum yang dicerap dalam sehari untuk ammonium ialah 25 kali ganda, untuk fosfat terlarut dan sulfat ialah hampir 11 kali ganda dan untuk nitrat dan kation utama, perubahan maksimum hanya kurang daripada dua kali ganda. Kata kunci: Nutrien; kualiti air; Sungai Sarawak; pemonitoran intensif ABSTRACT The variation of several nutrients and water quality parameters in Sarawak River was examined by intensive monitoring, i.e. four times in the morning and also four times in the afternoon. The sampling stations selected were at the Waterfront of Kuching town and at Batu Kitang upstream of the Sarawak River, near to a water intake point. The Batu Kitang station was used as a reference station for water quality comparison. The nutrients examined are ammonium, nitrate, dissolved phosphate, sulphate and major cations (K, Na, Ca, Mg). The levels of ammonium, nitrate, phosphate and sulphate in the Sarawak River at the Waterfront station are 0.03-0.67, 0.03-0.14, 0.03-0.74 and 0.02-0.38 mg/l respectively. The maximum changes in the level of ammonium within a day could be up to 25 folds, whilst that for dissolved phosphate and sulphate were approximately 11 folds. Only nitrate and the major cations were observed to vary by less than two folds during a one-day water monitoring. Keywords: Nutrients; water quality; Sarawak River; intensive monitoring PENDAHULUAN Pencemaran sungai merupakan satu masalah persekitaran di pada masa kini. Sering kedengaran bilangan sungai di Semenanjung yang mengalami pencemaran kian bertambah. Di Sarawak, menurut Laporan Tahunan 2000 Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak, secara keseluruhannya lima lembangan sungai masih boleh dikategorikan sebagai bersih dan tujuh dikelaskan sebagai sederhana tercemar. Masalah pencemaran sungai di Sarawak dikatakan berpunca daripada pepejal terampai (42% semua pencemaran sungai), ammonikal-nitrogen (10%) dan permintaan oksigen biokimia (8%). Manakala tiga lembangan sungai, iaitu Lembangan Sungai Sarawak, Sungai Sadong dan Sungai Niah didapati tercemar oleh bakteria E. coli (JAS 2000). Punca-punca yang menyebabkan pencemaran ini ialah aktiviti pembukaan tanah, kumbahan domestik dan industri berasaskan pertanian dan pembuatan. Sungai Sarawak yang mengalir melalui bandaraya Kuching merupakan sungai yang penting untuk penduduk di sekitarnya. Sungai ini bukan sahaja membekalkan sumber air minuman kepada penduduk di Kuching, malahan ia juga memainkan peranan sosial-ekonomi. Ini adalah kerana Sungai Sarawak telah menjadi satu jalan air tradisional, khususnya pada masa lampau yang merupakan jalan masuk untuk melancarkan serangan dan pengangkutan peralatan peperangan. Kini, Sungai Sarawak, terutamanya bahagian sungai yang mengalir melalui Kuching telah dijadikan tapak rekreasi dan pelancongan. Atas kesedaran tentang kepentingan sungai Sarawak untuk penduduk Kuching, usaha pembinaan baraj yang bertujuan untuk mengawal dan mengubah aliran sungai telah dilakukan pada tahun 1997. Pembinaan baraj menyebabkan perubahan dalam kualiti air sungai mahupun ekosistem sungai keseluruhan. Beberapa isu kualiti air yang

134 berkaitan dengan pembinaan baraj telah dikemukakan oleh NREB Sarawak. Antaranya ialah risiko pencemaran oleh bakteria koliform, nutrien dan paras oksigen air yang mungkin timbul daripada kesan penutupan atau pembukaan baraj. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat status perubahan nutrien harian di Sungai Sarawak. Ini dapat dilihat dari segi pemonitoran intensif, iaitu analisis air dilakukan beberapa kali dalam sehari. Kajian kualiti air yang intensif melalui pemonitoran berterusan dianggap sebagai cara yang penting untuk melihat perubahan kualiti air sesuatu sungai dengan lebih terperinci. Ini telahpun diamalkan oleh Alam Sekitar Sdn Bhd (ASMA) (Bakar et al. 1999) yang telah mengadakan stesen pemonitoran air berterusan di beberapa sungai di seluruh. Profil perubahan kualiti air adalah penting untuk melihat pencemaran sungai dari masa ke masa, khususnya jika pengaliran sungai dikawal oleh operasi baraj. BAHAN DAN KAEDAH LATAR BELAKANG SUNGAI SARAWAK Sungai Sarawak berpunca di kawasan pergunungan di selatan Kuching yang berhampiran dengan sempadan Kalimantan, Indonesia. Dua cabang yang utama ialah Sungai Sarawak Kiri dan Kanan. Kedua-dua cabang ini bertemu di Bukit Kitang untuk membentuk Sungai Sarawak yang mengalir melalui kawasan rata termasuk Bandaraya Kuching sebelum mengalir masuk ke Laut China Selatan. Panjang Sungai Sarawak adalah kira-kira 100km. Cabang sungai yang kecil yang membentuk tadahan air termasuk Sg. Maong, Bintangor, Padungan, Sekama, Bintawa dan Biawak. Lokasi terperinci Sungai Sarawak ditunjukkan dalam Rajah 1. PENSAMPELAN AIR Air disampel dari dua stesen yang terletak di Sungai Sarawak. Stesen pensampelan utama yang terlibat pemonitoran intensif terletak di Tebingan Kuching (Waterfront) mengadap Istana Sarawak. Manakala stesen perbandingan yang dipilih terletak di bahagian hulu (01.45500 o Timur, 110.27774 o Utara) berhampiran dengan sebuah loji rawatan Air di Batu Kitang (Rajah 1). Sampel air di semua stesen, termasuk Batu Kitang dikutip pada 29-30 Disember 2001 dan 28-29 Mac 2002. Untuk pemonitoran intensif, sampel air diambil dalam selang masa satu jam, iaitu empat kali di sebelah pagi dan empat kali pada petang. Semasa pensampelan air, parameter air seperti kekonduksian, ph dan jumlah pepejal terlarut diukur dengan Myron Ultrameter sementara oksigen terlarut oleh YSI meter. Setelah dikutip semua sampel air dituras melalui membran selulosa nitrat 0.45µm sebelum analisis air dilakukan. Stesen kajian Stesen Stesen Batu Stesen rujukan RAJAH 1. Tadahan air Sungai Sarawak dan dua stesen pensampelan di Batu Kitang (stesen rujukan) dan di Tebingan Kuching (Waterfront, stesen kajian)

135 ANALISIS AIR Kandungan ion ammonium, nitrat, fosfat terlarut dan sulfat dalam sampel air dianalisis serta merta selepas pensampelan. Analisis semua nutrien ini berasaskan APHA (1992). Kaedah-kaedah yang digunakan ialah kaedah salisilat untuk analisis ion ammonium, kaedah penurunan kadmium untuk nitrat, kaedah asid askorbik untuk fosfat dan kaedah kekeruhan untuk sulfat. Semua parameter kualiti air ini dianalisis tanpa pengawetan dalam tempoh beberapa jam setelah dikutip. Kation dalam sampel air yang dianalisis ialah kalium, natrium, kalsium dan magnesium. Sampel air untuk analisis logam terlebih dahulu dituras serta diawetkan dengan asid nitrik sehingga ke ph<2. Analisis logam-logam ini dijalankan dengan menggunakan spektrofotometer serapan atom Perkin Elmer 3300. Untuk semua analisis kimia, lengkung kalibrasi disediakan. KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN Pada umumnya air Sungai Sarawak adalah bersifat sedikit berasid dengan ph antara 4-6 (Jadual 1). Aras oksigen terlarutnya (DO) berubah-ubah di antara julat 5-7 mg/l. Kualiti air Sungai Sarawak adalah hampir sama dengan Sungai Padas di Sabah yang sederhana tercemar (Lee et al. 1993) tetapi kualiti lebih baik daripada sungai Linggi dan Langat yang mengalami pencemaran di Semenanjung (Bakar et al. 1999; Lee et al. 2001) Dari segi aras nutrien (misalnya ammonia, nitrat, fosfat, kalium, kalsium and magnesium), tidak terdapat perbezaan yang bererti (p < 0.05) untuk kebanyakan aras nutrien antara stesen kajian dengan stesen perbandingan Batu Kitang (Jadual 1). Perbezaan yang bererti (p< 0.05) wujud antara stesen kajian dengan stesen Batu Kitang hanya dicerapi untuk aras sulfat (SO4) dan ion kalsium (Ca2+). Ini menunjukkan aras kedua-dua bahan ini meningkat apabila air sungai mengalir ke arah hilir. Perubahan aras nutrien pada waktu pagi dan petang untuk beberapa pensampelan air yang intensif menunjukkan bahawa secara amnya tren peningkatan kepekatan kebanyakan nutrien mencapai maksimum pada 4 petang dan menurun semula pada 5 petang (Rajah 2a). Sementara pada sebelah pagi, secara amnya didapati aras nutrien mencapai maksimum pada 9-10 pagi dan menurun pada tengah hari (Rajah 2a). Nilai perubahan kepekatan dalam masa empat jam pemonitoran dikira secara perbandingan dengan nilai yang terendah yang dapat diukur pada tempoh itu. Oleh yang demikian, perubahan yang paling besar dapat diukur untuk ion ammonium (NH4+) ialah 25 kali, untuk fosfat (PO4) ialah 12 kali dan sulfat, perubahan ialah 11 kali. Untuk nitrat perubahan yang terbesar ialah 2 kali dan untuk kation lain seperti K, Na, dan Mg tidak mengalami perubahan yang besar pada tempoh pemonitoran yang berterusan selama lapan jam. Tren perubahan yang besar untuk nutrien seperti ammonium, fosfat dan sulfat berlaku pada masa-masa kegiatan pembasuhan domestik meningkat, iaitu pada waktu pagi dan lewat petang. Ini menunjukkan bahawa kegiatan yang ini memberikan kesan sementara ke atas aras nutrien dalam sungai. Aras nutrien dalam Sungai Sarawak seperti ion ammonium, fosfat, sulfat dan kalsium mengalami perubahan yang paling besar walaupun dalam masa yang singkat, iaitu hanya beberapa jam sahaja (Rajah 2a). Sebaliknya semua kation kecuali kalsium mempunyai paras yang agak tetap di sepanjang masa pemonitoran intensif (Rajah 2b). Dilihat dari segi peratusan RSD (ralat piawai relatif) seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2(c), fosfat, ammonium dan sulfat sering mengalami perubahan yang besar walaupun dalam tempoh beberapa jam sahaja. Untuk ion ammonium, kajian pemonitoran intensif yang dilakukan oleh Bakar et al. (1999) menunjukkan 70% data yang diperolehi bagi Sungai Sarawak adalah di bawah 0.5 mg/l dan ini hampir sama dengan yang diperolehi JADUAL 1. Nilai purata beberapa parameter kualiti air Sungai Sarawak yang dikaji mengikut hari pensampelan Stesen Hilir (Waterfront, Kuching) Stesen Hulu Tarikh 29/12/2001 30/12/2001 28/3/2002 29/3/2002 (Batu Kitang) pensampelan ph 6.13±0.31 6.38±0.23 6.61±0.13 4.63±0.08 5.9±1.10 DO (mg/l) 4.90±0.63 5.05±0.99 6.56±1.04 7.45±0.44 6.25±0.34 NH4+ (mg/l) 0.27±0.05 0.41±0.28 0.30±0.06 0.29±0.09 0.35±0.01 NO3 (mg/l) 0.04±0.02 0.04±0.01 0.10±0.03 0.08±0.01 0.04±0.02 PO4 (mg/l) 0.14±0.05 0.09±0.05 0.17±0.18 0.31±0.30 0.06±0.01 SO4 (mg/l) 0.29±0.10 0.12±0.07 0.15±0.09 0.14±0.08 0.02±0.00 K+ (mg/l) 0.42±0.03 0.39±0.02 0.31±0.06 0.27±0.05 0.39±0.01 Na+ (mg/l) 1.32±0.10 1.33±0.09 1.44±0.24 1.34±0.17 1.42±0.08 Ca2+ (mg/l) 8.32±0.61 7.70±0.69 5.86±1.26 6.07±0.39 1.97±0.76 Mg2+ (mg/l) 1.03±0.02 1.10±0.04 0.99±0.06 0.96±0.05 1.09±0.09

136 g RAJAH 2. Perubahan kualiti air Sungai Sarawak yang dianalisis secara berterusan di Bandaraya Kuching mengikut masa: (a) Parameter nutrien, (b) parameter ion utama dan (c) perubahan dilihat dari segi sisihan piawai relatif daripada kajian pemonitoran intensif ini. Pada satu kajian yang dilakukan oleh Lau & Murtedza (1994), kepekatan nitrogen Sungai Sarawak adalah di antara 0.5-2.5 mg/l sementara kepekatan fosfat ialah 0.2 mg/l. Aras fosfat yang pernah dilaporkan adalah hampir sama dengan kajian ini dan ia menunjukkan tidak terdapat peningkatan tahap pencemaran yang jelas antara tahun 1994-2002. Dalam keadaan semula jadi, terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi taburan bahan pencemaran sistem aquatik. Input merupakan satu faktor yang utama. Sungai Sarawak diketahui banyak menerima efluen daripada kumbahan domestik yang berpunca di sepanjang Sungai Sarawak, khasnya disalur masuk oleh beberapa cabang sungai kecil (Lau et al. 1998). Parameter nutrien seperti fosfat dan ion ammonium berkait rapat dengan punca perlepasan efluen kumbahan domestik. Ini dapat menerangkan kejadian profil perubahan kepekatan nutriennutrien ini pada waktu pagi dan petang. Peranan baraj boleh mempengaruhi profil perubahan kepekatan nutrien tetapi faktor ini tidak dapat dikenalpastikan dalam kajian ini. Kajian pemonitoran intensif nilai kekonduksian Sungai Linggi berhampiran muaranya menunjukkan bahawa operasi baraj boleh mengakibatkan kenaikan dan penurunan nilai kekonduksian secara berselang-seli yang jelas mengikut hari (Bakar 1999). Kejadian yang demikian tidak kelihatan dengan jelas di Sungai Sarawak (Jadual 1). KESIMPULAN Kajian kualiti air Sungai Sarawak menunjukkan bahawa terdapat perubahan harian aras nutrien ion ammonium, sulfat dan fosfat yang besar di Sungai Sarawak. Tidak dapat dikenal pasti sama ada perubahan ini disebabkan oleh operasi baraj tetapi ia mungkin lebih berkaitan dengan input pada masa tertentu. PENGHARGAAN Penghargaan ditujukan kepada NREB Sarawak kerana sudi menyediakan kemudahan makmal dan peralatan untuk kerja-kerja analisis air semasa pensampelan dilakukan. RUJUKAN APHA. 1992. Standard methods of water and wastewater analysis. USA: APHA. Bakar A. J., Tong S.L., Othman S. & Mohamed A.S. 1999. Recent development in continuous water quality monitoring

137 technologies and applications. Proceeding National Seminar on Integrated Drainage Basin Management and Modeling. 16-17 Nov 1999, Bangi. JAS, Jabatan Alam Sekitar. 2000. Laporan Kualiti Alam Sekitar. Kuala Lumpur: Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Lee Y. H., Jayaranjini, P. Teoh S. H. & Tan G. L. 1993. The water quality of the Pegalan-Padas River : The water resource of interior Sabah. Dlm Proceeding of Tropical Natural Resouce Symposium - n Natural Resources: Sustainability, Development & Strategies. Ipor I.B., Asim Z.B., Fasihuddin B.A., Fariddudin M.Y.M., L.B. Din (Pynt.). 147-158. Kuala Lumpur: Penerbit Pelanduk. Lee Y.H., Chai S.Y., Ahmad, Z.A. Mohamad H. M. R. & Md Pauzi A. 2001. The effects of sewage discharge from treatment plants to the Langat River at Kajang, Selangor. Prosiding Simposium Penyelidikan Lembangan Langat 2001. Mazlin M., Shaharudin I., Ahmad F. M., Abdul Hadi H.S. dan Sarah A.A.G.A (Pynt). 269-282. LESTARI, Bangi: Universiti Kebangsaan. Lau S. & Murtedza M. 1994. Water quality indicators for river monitoring - A case study for Sungai Sarawak. Report, Faculty of Resource Science & Technology, UNIMAS. Lau S, Pereire T.J., Wong L. K. & Chai A. 1998. The study of sediment and water qualities of Sg. Maong, Sarawak. Report, Faculty of Resource Science & Technology, UNIMAS. Lee Yook Heng Pusat Pengajian Sains Kimia & Teknologi Makanan Fakulti Sains & Teknologi Universiti Kebangsaan 43600 Bangi, Selangor, D.E. Manaferry Madhan, Penny Sumok Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) Kuching, Sarawak Lee Nyanti Chukong Fakulti Sains & Teknologi Sumber UNIMAS, Kota Samarahan, Sawarak, Diserahkan: 2 Jun 2006 Diterima : 20 Mac 2007