ISI KANDUNGAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN BAHAGIAN SATU 1.0 PENDAHULUAN 1

Similar documents
POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

KANDUNGAN KANDUNGAN. 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Latar Belakang Masalah Masalah pengajaran dan

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Earthwork Activities in Private Housing Industry


IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

A. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION

BAB 1 PENDAHULUAN Pengenalan

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

IMPLIKASI PERUBAHAN PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP KESELAMATAN AWAM : KAJIAN KES DI BANDAR MUADZAM SHAH, PAHANG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Mohd Aqmin Abdul Wahab Universiti Kebangsaan Malaysia. Hazrul Izuan Shahiri Universiti Kebangsaan Malaysia

FAKTOR-FAKTOR KETIDAKPENGHUNIAN BANGUNAN KOMERSIAL DI BANDAR MERU RAYA, IPOH, PERAK

ADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI

Kesan Pembandaran terhadap Pembentukan Pulau Haba Bandar di Kuala Terengganu

Pola dan Proses Pemilikan Tanah oleh Orang-orang Pulau di Kawasan Darat Mersing: Kajian Kes di Kampung Sri Bahagia

PASARAN HARTA TANAH KEDIAMAN BERDASARKAN IMPLIKASI PENENTUAN HARGA RUMAH OLEH PEMAJU. KAJIAN KES NUSAJAYA ZARINATUL AIN BT AKHIRUDIN

PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN

Binaan ringkas pengecas kapasitor bervoltan tinggi buatan sendiri bagi. sistem plasma fokus.

OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

PENEMPATAN PERUMAHAN MASYARAKAT PINGGIRAN DI DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR. Samruhaizad Samion & Azahan Awang

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MODELING OF SALT WATER INTRUSIONS INTO LANGAT RIVER ESTUARY, MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA

CRITERIA FOR URBAN SPRAWL/ LAND USE EXPANSION (KRITERIA SERAKAN BANDAR/ SERAKAN GUNA TANAH)

FAKTOR-FAKTOR UTAMA YANG MEMPENGARUHI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PERUNTUKAN PELABURAN HARTA TANAH DARI PERSPEKTIF PELABUR.

Survey on Perak and Selangor 3 messages

Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017

TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN INFORMASI SEBAGAI SATU BUDAYA PENEMPATAN KERJA ALTERNATIF DALAM SEKTOR PEMBINAAN

Pengenalan kepada Pengurusan Sumber Manusia

A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING IN KUALA TERENGGANU HO MEE CHYONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) LAPORAN KEMAJUAN BERKALA / PERIODIC PROGRESS REPORT

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DIKALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR DAN KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

JABATAN GEOGRAFI, FAKULTI SENI DAN MUZIK

KAJIAN TERHADAP PEMBINAAN LANDSKAP. KAJIAN KES : DI TAMAN REKREASI TASIK DARULAMAN, JITRA, KEDAH NURHAFEZAWANI BINTI SENAPI

SISTEM SOKONGAN PERANCANGAN (PSS): ANALISIS APLIKASI BAGI SEKTOR-SEKTOR TERPILIH

Analisis Metabolisma Bandar Menggunakan Teknik Material Flow Analysis (MFA) di Seremban. Sharif Shofirun Bin Sharif Ali (P85768)

KE ARAH KEMAKMURAN PANTAI TIMUR SABAH : KAYA, PESAT MEMBANGUN DAN MAJU

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

J\ Impacts of disturbance o~ fish communities in Sungat Pur, Terengganu I Annie Nums anak B1lly.

ISU KENAIKAN HARGA RUMAH DI KAWASAN PINGGIR BANDAR: SATU TINJAUAN DI MUKIM SEMENYIH, DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Cabaran Pembangunan dalam Konteks Kepimpinan: Kes Kampung Sri Bahagia, Mersing Johor

THE IMPACT OF THE FACEBOOK WEBSITE QUALITY ON USER S PERCEIVED ATTITUDE, INTENTION AND LOYALTY AMONG STUDENTS OF UTM TAMER ADEL SALEH ALAJRAMI

APLIKASI SISTEM SOKONGAN PERANCANGAN DALAM MENENTUKAN KESESUAIAN PERLETAKAN GUNA TANAH INDUSTRI KAMARUDDIN BIN SHAMSUDDIN

FAKTOR-FAKTOR PERLAKUAN PENGGUNA YANG MEMPENGARUHI PEMBELI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PEMBELIAN HARTA TANAH KEDIAMAN KES KAJIAN : DAERAH MELAKA TENGAH

PERANAN JURUUKUR TANAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN MOHD AIMAN BIN MOHD KAMAROL BAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENJANAAN TRIP KE TEMPAT KERJA DAN KESAN PELAKSANAAN TELEWORKING DALAM MENGURANGKAN PENCEMARAN UDARA

SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI DALAM PENENTUAN PEMELIHARAAN KAWASAN WARISAN KAJIAN KES: BANDAR TAIPING, PERAK ZALISSA BINTI ZAINI

Analisis Tren Penyakit Denggi di Daerah Hulu Langat, Selangor

PROSPEK DAN CABARAN BAGI MENGEKALKAN STATUS TANAH RIZAB MELAYU PADA ABAD KE-21 NURNABIHAH BINTI ZULKAPAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pengetahuan komuniti dan amalan pengurusan sisa pepejal di Negeri Sembilan

Memperkasakan usahawan van dalam pengangkutan awam luar bandar di Hulu Terengganu

KEBERKESANAN PELAKSANAAN LOCAL AGENDA 21 DI MALAYSIA: KAJIAN KES MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI (MPSP), PULAU PINANG. Oleh ZAINAL MD ZAN

Tekanan Pembangunan di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang: Satu Analisis Terhadap Peluang dan Cabaran Kepada Masyarakat Tempatan

Menganalisis pola dan arah aliran hujan di Negeri Sembilan menggunakan kaedah GIS poligon Thiessen dan kontur Isoyet

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

Sistem Bakeri Interaktif

Diaspora Komuniti Cina Seberang Laut ke Selangor di Tanah Melayu,

PELUASAN BANDARAYA METROPOLITAN JAKARTA DAN IMPAKNYA TERHADAP GUNA TANAH DAN CORAK PEKERJAAN PENDUDUK PINGGIRAN: KES BANDAR BARU BUMI SERPONG DAMAI

Kesahan Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak Dalam Kalangan Pemain Lelaki Berumur 14 Dan 15 Tahun. Abstrak

PENGARUH PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP PENYERTAAN SOSIAL PENDUDUK KAMPUNG BANDAR DI WILAYAH UTARA MALAYSIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN JABATAN PEMAKANAN DAN DIETETIK SEMESTER 6, SESI 2016/2017 LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

THE DEVELOPMENT OF SMALL AND MEDIUM SIZED CONSTRUCTION FIRMS IN NIGERIA USING ABSORPTIVE CAPACITY BILAU ABDULQUADRI ADE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

Menganalisis pola dan arah aliran hujan di Negeri Sembilan menggunakan kaedah GIS Poligon Thiessen dan Kontur Isoyet

LAPORAN AKHIR PEMBANGUNAN BERORIENTASIKAN TRANSIT (TOD) Kajian Pelan Potensi. di Negeri Selangor DISEDIAKAN UNTUK; DISEDIAKAN OLEH;

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

The impact of waste disposal management on the water quality of rivers in Malaysia: Lessons from Pajam waste disposal sites, Negeri Sembilan

MSG Quality Control [Kawalan Mutu]

POTENSI KEPERLUAN PERUNDANGAN KHAS YANG BERKAITAN HAK PEMILIKAN TANAH BAGI PEMBANGUNAN PROJEK MRT MOHD HANIFF BIN HASSAN

FACTORS THAT INFLUENCE THE SUCCESS OF ENTREPRENEURS: THE CASE OF AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (AIM) PROGRAM

PENGARUH PULAU HABA BANDAR TERHADAP KESELESAAN TERMA DALAMAN BANGUNAN UNTUK PEKERJA DI PULAU PINANG NUR AILI HANIM HANAFIAH

KEBERKESANAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) DI DAERAH KUBANG PASU, KEDAH.

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR DAN LEBUHRAYA BARU PANTAI

RELIABILITY OF SAFETY PERFORMANCE INDICATOR: COMPLIANCE AND EFFECTIVENESS OF SAFETY PROGRAMS IN CONSTRUCTION SITE RAMES KUMAR SHANMUGAM

KEMUDAHSAMPAIAN M EM PENGARUHI NILAI HARTA TANAH NURULLIZA BINTI SALLEH

MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM

THE CHALLENGES AND SUCCESS FACTORS IN TOURISM ENTREPRENEURSHIP: CASE STUDY OF ENTREPRENEURS AT JONKER STREET, MALACCA

BIASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (BUMT) JABATAN PENGURUSAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU. - Syarat dan Kelayakan - Borang Permohonan

JURNAL TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN SAINS KUANTITATIF

AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR (PKPGB) UTM MOHD IRWAN BIN ABD RAHMAN

Transcription:

vii ISI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ISI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI PELAN ABSTRAK ABSTRACT i ii iii iv v vi vii xii xiv xv xviii xix BAHAGIAN SATU 1.0 PENDAHULUAN 1 1.1 Pengenalan 1 1.2 Perkembangan Perindustrian Pasir Gudang. 3 1.3 Pernyataan Masalah 5 1.4 Matlamat Kajian 5

viii 1.5 Objektif Kajian 6 1.6 Skop Kajian 6 1.7 Metodologi Kajian 7 1.7.1 Peringkat Kajian Awalan 11 1.7.2 Kajian Literatur 11 1.7.3 Peringkat Pengumpulan Maklumat 12 1.7.4 Peringkat Analisis Kajian 12 1.7.5 Peringkat cadangan 13 1.8 Kawasan Kajian 13 1.9 Profil Asas Kampung 19 1.9.1 Kampung Tanjung Langsat 19 1.9.2 Kampung Perigi Acheh 20 BAHAGIAN DUA 2.0 KAJIAN LITERATUR 23 2.1 Pengenalan 23 2.2 Pemahaman Konsep Asas Sosio-Ekonomi 25 2.3 Pemahaman Konsep Asas Aktiviti Dan Pembangunan Industri 26 2.4 Kajian Mengenai Impak Terhadap Sosio-ekonomi Daripada Pembangunan Industri 28 2.5 Perkembangan Guna Tanah Kesan Daripada Pembangunan Industri 30 2.6 Perubahan Guna Tanah Dalam Konteks Luar Negara: Pengalaman di Britain 31 2.7 Kajian Mengenai Kesan 32 2.8 Perubahan Guna Tanah Dalam Konteks Dalam Negara: Pengalaman Malaysia 34

ix 2.9 Kesan Umum Yang Wujud Dari Pembangunan Industri 34 2.9.1 Tren Pembangunan Petempatan di Pinggir Kawasan Perindustrian 35 2.9.2 Prasyarat dan Cabaran Kepada Pembangunan Luar Bandar 36 2.10 Faktor-faktor Perkembangan Industri Pinggir Bandar 38 2.11 Perkembangan Pembangunan Perindustrian Negeri Johor 40 2.11.1 Perspektif Negara dan Negeri 40 2.11.2 Pertumbuhan Pekerjaan dan Taburan Mengikut Daerah 42 2.11.3 Nilai Tambah dan Pekerjaan Mengikut Daerah dan Jenis Industri 44 2.11.4 Tren Pelaburan Pembuatan Mengikut Daerah dan Jenis Industri 46 2.12 Pembangunan Tanah Kawasan Tanjung Langsat (BP 5) oleh Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang (PBTPG) 48 2.12.1 Perumahan 50 2.12.2 Perniagaan 51 2.12.3 Perindustrian 51 2.12.4 Institusi dan Kemudahan Masyarakat 52 2.12.5 Kawasan Lapang, Taman Permainan dan Kawasan Rekreasi Lain 52 2.12.6 Rizab Utiliti 53 2.12.7 Kawasan Ekologi Semula Jadi 53 2.13 Kadar Pertumbuhan Penduduk Mengikut Blok Perancangan 53 2.14 Rumusan 56

x BAHAGIAN TIGA 3.0 ANALISIS DATA 58 3.1 Pengenalan 58 3.2 Analisis Data 59 3.2.1 Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat 60 3.2.2 Analisis Kajian 68 3.3 Ciri-ciri Responden 63 3.3.1 Jenis Pekerjaan Dahulu (1980) dan Sekarang (2006) 64 3.3.2 Pendapatan Dahulu dan Sekarang 67 3.3.3 Pembangunan Infastruktur 69 3.3.4 Penyediaan Lampu Jalan. 72 3.3.5 Tahap Pendidikan Anak-anak dan Isi Rumah 78 3.3.6 Pemilikan Rumah dan Tanah Dahulu dan Sekarang 80 3.3.7 Pemilikan Perkakas Rumah Dahulu dan Sekarang 82 3.3.8 Kes Kecurian dan Penagihan Dadah 86 3.3.9 Pengetahuan Penduduk Tentang Bahaya dan Kesan Daripada Aktiviti Perkilangan di Kawasan Pasir Gudang 88 3.3.10 Kesan Pencemaran 89 3.4 Rumusan 90 BAHAGIAN EMPAT 4.0 CADANGAN KAJIAN 92 4.1 Pengenalan 92 4.2 Cadangan Peningkatan Infrastruktur dan Kemudahan Awam 93 4.2.1 Pembangunan Jalanraya 93

xi 4.2.2 Penyediaan Lampu Jalan 94 4.2.3 Membangunkan Kampung Tradisional 94 4.2.3.1 Pendekatan Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) 95 4.2.3.2 Model Perumahan Tradisional Rancangan Kawasan Khas (RKK) 95 4.2.4 Cadangan Pembangunan Kawasan Rekreasi dan Pengekalan Hutan Bakau 97 4.2.5 Cadangan Mengadakan Sistem Keselamatan Amaran Awal 99 4.2.6 Cadangan Membangunkan Kawasan Perkampungan Secara Ideal 99 4.2.7 Cadangan Perindustrian Yang Dibangunkan Di Sekitar Kawasan Perkampungan 100 4.3 Cadangan Peningkatan Sosio-ekonomi 100 4.3.1 Peningkatan Kualiti Sumber Manusia 101 4.3.2 Penyediaan Peluang Perniagaan 101 4.3.3 Latihan Kepada Nelayan 101 4.4 Cadangan Peningkatan dan Pemeliharaan Alam Sekitar 102 4.5 Garis Panduan Perancangan Segajat 102 4.6 Rumusan 103 BAHAGIAN LIMA 5.0 RUMUSAN 104 5.1 Pengenalan 104 5.2 Hasil Kajian dan Cadangan 104 5.3 Kajian Lanjutan 106 5.4 Kesimpulan 107

xii SENARAI JADUAL NO. TAJUK HALAMAN 1.1 Jumlah Keluasan, Unit Rumah/Keluarga/Penduduk di kawasan Tanjung Langsat dan Perigi Acheh 18 2.1 Keluaran Dalam Negeri Kasar Sektor Pembuatan : Negeri Johor dan Semenanjung Malaysia, 1980-2000 41 2.2 Negeri Johor Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan Pekerjaan Dalam Sektor 41 2.3 Negeri Johor- Pertumbuhan pekerjaan sektor pembuatan mengikut Daerah 1980-2000 42 2.4 Negeri Johor Nilai tambah dan pekerjaan sektor Pembuatan mengikut daerah 1990-1999 44 2.5 Negeri Johor Taburan Nilai Tambah dan Pekerjaan Sektor Pembuatan mengikut Jenis Industri 1990-1999 45 2.6 Jumlah Projek Pembuatan yang diluluskan mengikut Jenis Industri A1129, Johor Bahru (Tempoh 1990-2001) 47 2.7 Pembahagian Blok Perancangan (BP) 50 2.8 Kadar Pertumbuhan Penduduk Tahunan bagi Kawasan Perindustrian Pasir Gudang 54 2.9 Komposisi Guna Tanah BP 5 (Tanjung Langsat) 55

xiii 3.1 Komposisi Guna Tanah Bagi Kawasan Perindustrian Pasir Gudang 61 3.2 Peringkat Umur Ketua Isi Rumah Responden di Tanjung Langsat dan Perigi Acheh 63 3.3 Jenis Pekerjaan Dahulu dan Sekarang Responden di Kampung Tanjung Langsat 64 3.4 Jenis Pekerjaan Dahulu dan Sekarang Responden Di Kampung Perigi Acheh 66 3.5 Perbezaan keadaan Jalan, Jarak dan Masa Perjalanan Dahulu dan Sekarang bagi Ulang-alik dari Masai ke Kampung Tanjung Langsat dan Perigi Acheh dan 70 3.6 Kekerapan ulang-alik dari kampung ke luar kampung bagi responden di Tanjung Langsat dan Perigi Acheh 71 3.7 Jumlah Pejalanan Setiap Keluarge Bagi Tempuh Tanjung Langsat 73 3.8 Jumlah Perjalanan Setiap Keluarga bagi Tempuh Setahun di Perigi Acheh 75 3.9 Cadangan Naik Taraf Jalan oleh Responden Kampung Tanjung Langsat dan Perigi Acheh 77 3.10 Responden Tanjung Langsat dan Perigi Acheh yang mencadangkan Penyediaan Lampu Jalan 77 3.11 Tahap Pendidikan Anak-anak Responden di Kampung Kampung Tanjung Langsat dan Perigi Acheh 79

xiv 3.12 Pemilikan Rumah Responden di Tanjung Langsat 80 3.13 Pemilikan Tanah Responden di Tanjung Langsat 81 3.14 Pemilikan Rumah Responden di Perigi Acheh 81 3.15 Pemilikan Tanah Responden di Perigi Acheh 82 3.16 Pemilikan Harta Tanjung Langsat 83 3.17 Pemilikan Harta Rasponden Perigi Acheh 85 3.18 Peratusan Perbandingan Kes Kejadian Kecurian Tanjung Langsat dan Perigi Acheh 87 3.19 Peratusan Perbandingan Kes Penagihan Dadah di Kampung Tanjung Langsat dan Perigi Acheh 87 3.20 Pengetahuan Responden di Kampung Tanjung Langsat dan Perigi Acheh Tentang Bahaya Aktiviti Perindustrian 88 3.21 Pendapat Responden Terhadap Kesan Pencemaran Kampung Tanjung Langsat dan Perigi Acheh 89

xv SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK HALAMAN 1.1 Carta Aliran Kajian 10 1.2 Kedudukan Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Tanjung Langsat dan Perkampungan Sekitar 15 1.3 Aerial Photo Kawasan perindustrian Pasir Gudang dan Kedudukan Sebahagian perkampungan Tradisional 16 1.4 Pelan Guna Tanah Kawasan Perindustrian Pasir Gudang 17 1.5 Aerial Foto Kawasan Kampung Tanjung Langsat 19 1.6 Aerial Foto Kawasan Kampung Perigi Acheh 21 2.1 Zon Sepusat 27 2.2 Model Sektor Menurut Hoyt (1939) 29 2.3 Model Pelbagai Pusat (1945) 35 2.4 Pelan Menunjukkan Blok (BP 5) Pembangunan Kawasan Perindustrian yang dicadangkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang (PBTPG) 49 3.1 Jumlah Pendapatan Responden Dahulu (Tahun 1980) dan Sekarang (Tahun 2006) di Kampung Tanjung Langsat 68

xvi 3.2 Jumlah Pendapatan Responden Dahulu (Tahun 1980) dan Sekarang (Tahun 2006) di Kampung Perigi Acheh 69 3.3 Graf Perbandingan Tahap Pendidikan Anak-anak Responden Mengikut Peratusan di Tanjung Langsat dan Perigi Acheh 79

xvii SENARAI FOTO NO. FOTO HALAMAN 1.1 Keadaan di sekitar Kampung Tanjung Langsat 22 1.2 Keadaan di sekitar Kampung Perigi Acheh 22 4.1 Cadangan Pusat Rekreasi Hutan Paya Bakau Serta Kemudahan lain 98 4.2 Cadangan Tapak Gerai dan Chalet di Kampung Tanjung Langsat 98

xviii ABSTRAK Pembangunan kawasan perindustrian dilihat memberi kesan-kesan positif dan negatif sama ada secara langsung atau tidak langsung ke atas kawasan sekitar, termasuklah kawasan perkampungan tradisional dan petempatan lain. Antara kesan-kesan yang dialami adalah dari segi peluang pekerjaan, tingkat pendapatan, tahap sosial, taraf ekonomi dan persekitaran. Bagi tujuan mengenalpasti dan mengkaji kesan-kesan tersebut, satu kajian empirikal telah dijalankan di kawasan kes kajian iaitu Kampung Tanjung Langsat dan Perigi Acheh, dengan tujuan untuk mendalami kesan-kesan daripada kewujudan aktiviti-aktiviti di kawasan perindustrian Pasir Gudang. Kajian dijalankan berdasarkan maklumat-maklumat sekunder dan pengumpulan maklumat primer yang dikumpulkan melalui sesi temubual dan kajian soal-selidik dengan ketua isi rumah. Beberapa orang responden yang terdiri daripada Penghulu, Ketua Kampung, Jururawat Masyarakat, Pegawai Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang (PBTPG) dan penduduk tempatan telah ditemubual. Manakala seramai 57 orang ketua isi rumah di Kampung Tanjung Langsat dan 50 orang di Kampung Perigi Acheh telah dipilih menggunakan teknik random sampling. Hasil kajian menunjukkan bahawa pembangunan perindustrian Pasir Gudang telah memberi kesan positif iaitu dari segi peningkatan tahap pendapatan penduduk tempatan, infrastruktur dan kemudahan awam. Pada masa yang sama ia juga menimbulkan kesan-kesan negatif seperti pencemaran udara, air dan batasan kawasan menangkap ikan, di sekitar kawasan laut Tanjung Langsat dan Perigi Acheh. Bagi meminimumkan kesan negatif dan memperbaiki keadaan sosio-ekonomi penduduk persekitaran kedua-dua buah kampung tersebut, kajian telah menyenaraikan beberapa cadangan seperti meningkatkan infrastruktur dan kemudahan awam, membangunkan kampung tradisional menggunakan pendekatan Pusat Pertumbuhan Desa (PPD), pembangunan kawasan rekreasi dan pengekalan kawasan hutan bakau sedia ada dan mengadakan sistem keselamatan amaran awal. Melalui cadangan-cadangan yang digariskan, adalah dijangka hasrat untuk memelihara dan membangunkan kampung-kampung tersebut secara mampan, lengkap dengan kemudahan awam dan infrastruktur serta peningkatan taraf sosioekonomi penduduk akan menjadi kenyataan.

xix ABSTRACT Nowadays, the development of industrial areas in our country gives many positive and negative impacts towards the environment, either directly or indirectly. This is including the traditional village areas and other settlement. Among the impacts are from the aspects of working opportunity, social change, increase in economic level and environment. Therefore, to identify and study the impacts, an empirical research had been done in the case study areas which are at Kampung Tanjung Langsat and Perigi Acheh. This is to understand the impacts from the existence of activities in Pasir Gudang Industrial Area. The research had been conducted based on secondary information and collection of primary information by interviewing and distributing questionnaires to the house leaders. Some of the respondents including the Penghulu, Ketua Kampung, Jururawat Masyarakat, Pegawai Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang (PBTPG) and local communities had been interviewed. Meanwhile, 57 house leaders in Kampung Tanjung Langsat and 50 house leaders in Kampung Perigi Acheh had been chosen using random sampling technique. The findings showed that Pasir Gudang industrial development had given positive impacts to the local community in aspects of their income, infrastructure and public facilities. On the other hand, it also creates negative impacts such as air and water pollution and limit of area for fishing activity around the Tanjung Langsat and Perigi Acheh area. In order to minimize the negative impacts and improve both of the village s community social economy, the research had listed several suggestions such as upgrading the infrastructure and public facilities, developing traditional villages using the approach of Pusat Pertumbuhan Desa (PPD), developing recreational areas and conservation of the mangrove swamp areas, and also providing early warning security system. Through the listed suggestions, it is hoped that the desire to preserve and develop those villages to be sustainable and well-equipped with public facilities, infrastructure and increase in the community socioeconomical level will become a reality.

1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pembangunan kawasan perindustrian memberi kesan sama ada secara langsung dan tidak langsung terhadap kawasan sekitarnya. Ini termasuklah kawasan perkampungan tradisional dan penempatan lain. Kesannya, sama ada yang berbentuk positif mahu pun negatif adalah dari segi sosial, ekonomi, persekitaran dan guna tanah. Menurut pendapat Hirschman (1955), pembangunan industri dapat menjanakan perkembangan sektor ekonomi yang lain dan seterusnya memberi kesan kepada perubahan keadaan guna tanah. Di Malaysia semenjak tahun 1980, galakan kepada pembangunan industri berat telah dimasukkan ke dalam program perindustrian negara dengan tujuan memperkukuhkan asas-asas perindustrian dan menambahkan kemahiran rakyat dalam bidang industri berteknologi tinggi. Sektor perindustrian akan terus memainkan peranan utama dalam pembangunan negara. Untuk tujuan tersebut, matlamat jangka panjang serta strategi yang baru perlu diwujudkan dalam sektor perindustrian negara. Menurut Burgess (1925), semua ekonomi dinilai berasaskan kepada perletakan tanah dari pusat pasaran yang menjadi tempat tumpuan pasaran pertanian. Guna tanah sesebuah bandar berkembang dari pusat bandar ke arah pinggir bandar di dalam suatu siri zon sepusat. Mohd Aris (1983) merumuskan, kesan daripada kepesatan pembangunan yang dialami di negara ini telah mengakibatkan terdapatnya perkampungan tradisional di sekitar kawasan pembangunan perindustrian, telah mengalami fenomena kemunduran di dalam beberapa aspek pembangunan.

2 Secara ringkasnya, kajian tersebut sekaligus telah membuktikan bahawa telah wujud fenomena kemunduran perkampungan tradisional di kawasan sekitar pusat-pusat pertumbuhan sama ada perbandaran atau pun kawasan perindustrian di Malaysia. Namun begitu masih terdapat kesan sebaliknya. Oleh yang demikian, bagi menjamin pengekalan suatu masyarakat yang harmoni, pembangunan mampan dan penduduk yang mempunyai tahap pendapatan yang lebih baik di dalam sesebuah kawasan perkampungan tradisional di sekitar kawasan pembangunan perindustrian, maka satu kajian menyeluruh perlu dijalankan bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai kesan yang berlaku. Ia dilakukan untuk mendapat satu rumusan bukan sahaja bagi menjamin pengekalan kampung tersebut tetapi kedudukan tahap sosio-ekonomi penduduk. Justeru itu, satu garis panduan perancangan pembangunannya akan dapat dihasilkan. Beberapa deklarasi dan persidangan antarabangsa seperti World Summit for Social Development, Copenhagen, 1995, (http://www.un.org/esa/socdev/wssd/), telah mengiktiraf dan mengesahkan bahawa setiap insan mempunyai hak asasi untuk menikmati taraf hidup yang sempurna dari aspek pemakanan, perumahan, pendidikan, kesihatan, pekerjaan, keselamatan, sosial dan sebahagian daripada manfaat kemajuan sosial. Oleh yang demikian, segala bantuan dan program sokongan yang khas perlu diberikan kepada golongan yang terpinggir supaya keperluan mereka dapat diberi perhatian dan mereka dapat melibatkan diri dalam arus pembangunan negara (Mohd Fadzil, 2005). Menurut Abdullah (2006), pembangunan kampung perlu diperkasakan sehingga ke tahap terbilang dan tidak tercicir atau terpinggir dari arus kemajuan negara. Langkah memperkasakan kampung membolehkan usaha membasmi kemiskinan tegar dan mengurangkan kemiskinan relatif dapat dicapai selain memastikan usaha membangunkan modal insan hingga mampu melahirkan golongan profesional dan meningkatkan pendapatan penduduk kampung. Semua pemimpin di kampung serta wakil rakyat perlu membuat pemantauan agar tidak ada anak-anak kampung yang tercicir dalam alam persekolahan dan mesti menamatkan pendidikan mereka sekurang-kurangnya hingga ke peringkat sekolah menengah dengan harapan setiap keluarga di kampung mempunyai anggota keluarga yang melanjutkan pengajian hingga ke peringkat universiti dan mampu melahirkan sekurang-kurangnya

3 seorang profesional dan seorang usahawan. Di samping itu, peluang pekerjaan tidak hanya tertumpu di kawasan bandar, sebaliknya ia juga boleh diwujudkan di kampung-kampung bukan sahaja melalui bidang pertanian tetapi juga penglibatan dalam industri kecil. Melalui program homestay yang diminati pelancong asing, ianya mampu menjana pendapatan yang lebih tinggi. Oleh itu, kajian terhadap kesan pembangunan industri harus dilakukan bagi mengenalpasti kesan-kesan tersebut. Dalam membincangkan soal yang berkaitan dengan kesan sosio-ekonomi yang diterima hasil daripada pembangunan kawasan perindustrian terhadap penduduk kampung-kampung tradisional di sekitarnya, kita tidak boleh mengelak daripada melihat implikasinya secara komprehensif, iaitu halhal yang berkaitan dengan kesan kepada fizikal, ekonomi, sosial dan guna tanah. Melalui kajian ini, fenomena kesan-kesan yang akan diterima oleh penduduk perkampungan ini, akibat daripada pembangunan kawasan Perindustrian Pasir Gudang akan dapat diteliti secara lebih mendalam dengan cara mengenalpasti jenis, sebab dan akibatnya. 1.2 Perkembangan Perindustrian Pasir Gudang Dalam tahun 1970an, kerajaan telah memberi penekanan kepada pertumbuhan industri yang lebih pesat untuk menampung keperluan negara bagi mengwujudkan peluang-peluang pekerjaan. Tumpuan telah diberikan kepada aktiviti industri yang berasaskan buruh dan berorientasikan eksport. Mulai tahun 1980an pula, galakan kepada pembangunan industri berat telah dimasukkan ke dalam program perindustrian negara dengan tujuan memperkukuhkan asas perindustrian dan menambahkan kemahiran rakyat dalam bidang industri berteknologi tinggi. Sektor perindustrian akan terus memainkan peranan utama dalam pembangunan negara. Untuk tujuan tersebut, matlamat-matlamat jangka panjang serta strategistrategi yang baru perlu diwujudkan dalam sektor perindustrian negara. Untuk mencapai matlamat jangka panjang ini, kerajaan telah menggubal Pelan Induk Perindustrian Pertama (PIP 1) yang meliputi tempoh 10 tahun, iaitu dari tahun 1986 hingga 1995. Penggubalan Dasar Perindustrian Negara menerusi PIP 1

4 melambangkan keazaman kerajaan untuk mempergiat lagi proses perindustrian agar dapat memberi sumbangan yang lebih besar kepada pertumbuhan ekonomi negara. Salah satu matlamat PIP 1 ialah menjadikan sektor perkilangan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan perindustrian negara. PIP 1 menjangkakan sektor perkilangan akan memerlukan pelaburan yang banyak. Melalui PIP 1, nilai eksport sektor perkilangan akan bertambah dan jumlah peluang guna tenaga juga akan bertambah daripada 758,500 dalam tahun 1985 kepada 1,463,900 dalam tahun 1995. Di daerah Johor Bahru pada awal tahun 1980an, industri pembuatan adalah merupakan sektor ekonomi yang utama iaitu merangkumi 27.0 peratus daripada jumlah pekerjaan di Negeri Johor. Pekerjaan di sektor pembuatan merangkumi 22.2 peratus di kawasan Majlis Perbandaran Johor Bahru (MPJB), 26.3 peratus di Mukim Plentong dan 46.1 peratus di Pasir Gudang. Selepas Lembah Klang dan Pulau Pinang, Negeri Johor merupakan penyumbang ketiga terbesar dari segi pengeluaran dan jumlah pekerjaan dalam sektor pembuatan. Sektor ini berpotensi untuk dijadikan asas pembangunan ekonomi yang utama. Oleh itu adalah penting untuk menentukan pembangunan industri berjalan secara sistematik supaya aktiviti industri dan arah pembangunannya dapat meningkatkan lagi penyertaan Bumiputera serta masalah dan halangan yang berkaitan dengan pembangunannya dapat dikenalpasti. Unjuran keperluan industri bagi kawasan MPJB, Mukim Plentong dan Pasir Gudang boleh dilakukan dalam masa penyediaan rangka bagi perancangan infrastruktur dan kemudahan-kemudahan yang lain serta mengenalpasti aktiviti-aktiviti industri yang berpotensi. Unjuran ini adalah berasaskan kepada kajian sektoral Laporan Pemeriksaan Pelan Struktur Majlis Perbandaran Johor Bahru, Mukim Plentong dan Pasir Gudang (1985). Semenjak pembangunan kawasan perindustrian Pasir Gudang dalam tahun 1972, telah berlaku suatu tren pergerakan pekerja dari kawasan Majlis Perbandaran Johor Bahru (MPJB) ke Pasir Gudang. Oleh yang demikian sehingga awal tahun 1980an, kadar pekerjaan perindustrian yang terdapat di dalam kawasan MPJB telah menurun kepada lebih kurang 59.0 %. Dalam masa yang sama, struktur perindustrian Pasir Gudang telah dikuasai oleh perusahaan makanan, minuman dan bahan tembakau iaitu sebanyak lebih kurang 60.0 % pekerjaan perusahaan, mesin dan

5 alatan 20.0 % dan perusahaan kimia sebanyak 10.0%. Ketiga-tiga kumpulan ini telah menguasai lebih 90.0 % peratus daripada jumlah pekerjaan di kawasan tersebut. 1.3 Pernyataan Masalah Semenjak pembangunan kawasan perindustrian Pasir Gudang dalam tahun 1972, telah timbul beberapa masalah kesan di segi ekonomi dan sosial. Adakah dengan wujudnya kawasan perindustrian Pasir Gudang, telah memberikan beberapa kesan di segi ekonomi dan sosial seperti peningkatan terhadap infrastruktur, pengwujudan peluang pekerjaan dan perniagaan yang boleh membawa kepada peningkatan taraf hidup dan pendidikan atau sebaliknya, iaitu dari segi alam sekitar berlakunya pencemaran udara, air dan pembatasan kawasan menangkap ikan dan dari segi sosial berlakunya masalah keruntuhan akhlak di kalangan penduduk di kawasan perkampungan tradisional di sekitarnya. 1.4 Matlamat Kajian Matlamat utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti, sejauh mana pembangunan perindustrian telah memberi kesan terhadap tingkat sosio-ekonomi dan keadaan fizikal persekitarannya. Daripada matlamat ini, kajian diperlukan untuk mengukur sejauh manakah keadaan ini boleh membawa kepada pertumbuhan ekonomi penduduk dan apakah bentuk cadangan yang perlu, untuk mengwujudkan satu kawasan perindustrian yang lebih tersusun dan mampan, di mana terdapatnya integrasi positif antara kawasan industri dengan kawasan kediaman sekitarnya.

6 1.5 Objektif Kajian Bagi mencapai matlamat kajian, beberapa objektif telah dibentuk sebagaimana berikut :- i. Mengkaji sejauh mana pembangunan industri dapat meningkatkan pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam perkampungan sekitarnya. ii. Mengkaji sejauh mana pembangunan sesebuah kawasan industri dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi setempat dan sekitarnya, seperti kewujudan peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan, peningkatan pendapatan, peningkatan taraf pendidikan dan pekerjaan, yang boleh membawa kepada peningkatan taraf hidup. iii. Mengkaji kesan sosial seperti keselamatan dan keruntuhan akhlak yang wujud di perkampungan tradisional di sekitar, hasil daripada pembangunan kawasan perindustrian. 1.6 Skop Kajian Bersesuaian dengan matlamat dan objektif kajian yang telah dibentuk, skop kajian ini adalah meliputi aspek-aspek berikut :- i. Dari aspek infrastruktur dan kemudahan awam, kajian akan mengenalpasti sejauh mana kesan pembangunan perindustrian dapat memperbaiki pembangunan infrastruktur seperti jalanraya, bekalan air, eletrik dan kemudahan-kemudahan awam yang lain di dalam kawasan perkampungan tradisional kerana ianya mempunyai perkaitan yang rapat dengan soal pendapatan penduduk kampung. ii. Kajian terhadap aspek-aspek yang menggalakkan pertumbuhan ekonomi perkampungan tradisional hasil daripada wujudnya kawasan

7 perindustrian akan di sentuh. Tumpuan diberikan kepada mengenalpasti elemen di segi pengwujudan peluang pekerjaan dan perniagaan kerana ianya mempunyai perkaitan dengan peningkatan pendapatan, pendidikan dan taraf hidup. iii. Dalam konteks kesan sosial pula, kajian ini akan mengenalpasti kesan-kesan dari segi berlakunya masalah keruntuhan akhlak seperti kejadian kecurian dan penagihan dadah di kalangan penduduk perkampungan tradisional kerana perkara ini mempunyai perkaitan dengan keadaan keselamatan penduduk kampung. 1.7 Metodologi Kajian Golongan sasaran dalam kajian ini adalah terdiri daripada penduduk Kampung Tanjung Langsat dan Perigi Acheh, kerana mereka merupakan penduduk yang menetap diperkampungan ini. Sampel dipilih secara rawak daripada senarai populasi penduduk kampung tersebut dengan menggunakan teknik random sampling. Sebanyak 57 sampel di kawasan Tanjung Langsat dan 50 sampel di kawasan Perigi Acheh diperlukan dalam kajian ini melalui pengiraan pada 90 % confident level. Formula pemilihan dan pengiraan sampel kajian adalah sebagaimana berikut :-

8 Formula: a) Saiz Sampel bagi Tanjung Langsat Dengan 90% Paras Keyakinan n = n = n = n = N 1+ N (e) ² 134 1+134 (0.10)² 134 1+1.34 134 2.34 n = 57 b) Saiz Sampel bagi Perigi Acheh Dengan 90% Paras Keyakinan n = 1+ N (e) ² N n = n = n = 98 1+98 (0.10)² 98 1+1.34 98 1.98 n = 49.49 n = 50 n = saiz sample, N = populasi dan e = ralat persamplen

9 Secara keseluruhannya, kajian ini melalui lima peringkat utama iaitu kajian awalan, kajian literatur, peringkat pengumpulan maklumat, peringkat analisis dan peringkat cadangan (Rujuk Rajah 1.1).

10 RAJAH 1.1: CARTA ALIRAN KAJIAN KAJIAN AWALAN Pemahaman asas dan mengenalpasti isu-isu Memilih kawasan kajian Pembentukan matlamat dan objektif, merangka dan merumus skop dan menentukan metodologi kajian Peringkat Pertama ------------------------------------------------------- ------------------------------------------------ KAJIAN LITERATUR Mengkaji kesan-kesan pembangunan industri kepada perkampungan tradisional sekitar - Dari sudut ekonomi seperti infrastruktur, pekerjaan, pendapatan, taraf hidup dan taraf pendidikan. - Dari sudut sosial seperti keselamatan dan keruntuhan akhlak. - Dari sudut Alam sekitar seperti pencemaran. Mengkaji faktor-faktor asas berkaitan sosio-ekonomi - Tingkat pendapatan, taraf hidup, pendidikan dan keselamatan penduduk. - Peluang perniagaan dan pekerjaan. - Kemudahan infarstruktur. Peringkat Kedua -------------------------------------------------------------------------------------------------------------- PERINGKAT PENGUMPULAN MAKLUMAT Data Skunder - JPBD, PBTPG, JAS, Pejabat Tanah Johor Bahru, Bomba dan jabatanjabatan lain yang terlibat. Data Primer - Temubual dan soalselidek. Peringkat Ketiga PERINGKAT ANALISIS KAJIAN Perisian SPSS Analisis frekuensi dan peratusan - Data terkumpul dari agensi kerajaan dan swasta - Latar belakang dan persepsi responden terhadap kesan sosial dan ekonomi. - Mengenali punca sebenar kesan-kesan yang timbul. - Pihak yang terlibat menerima kesan. Peringkat Keempat PERINGKAT CADANGAN Peringkat Kelima

11 1.7.1 Peringkat Kajian Awalan Peringkat ini melibatkan pemahaman asas akan tajuk penyelidikan, mengenalpasti isu-isu dan masalah berkaitan bidang yang dikaji, memilih kawasan kes kajian, membentuk matlamat dan objektif kajian, merangka dan merumuskan skop dan menentukan metodologi penyelidikan. 1.7.2 Kajian Literatur Kajian literatur dijalankan adalah bagi memberi gambaran dan pemahaman asas, bidang dan skop penyelidikan dari sudut teori, empirikal dan praktis bagi memandu peringkat analisis penyelidikan. Perbincangan di peringkat ini di pecahkan kepada dua komponen utama iaitu : - i. Literatur mengenai kesan umum yang wujud di sekitar kawasan pembangunan perindustrian, hasil daripada pembangunan sesebuah kawasan perindustrian. ii. Berasaskan kajian literatur, mengenalpasti sejauh mana kesan pembangunan perindustrian terhadap pembangunan infrastruktur, tahap pendapatan, pendidikan dan taraf hidup dan keselamatan penduduk perkampungan tradisional sekitarnya. Kajian literatur yang dijalankan hasil daripada pengkajian penyelidikpenyelidik terdahulu, pembacaan surat khabar, jurnal, kertas-kertas kerja, dokumen dan sebagainya.

12 1.7.3 Peringkat Pengumpulan Maklumat. Di peringkat pengumpulan maklumat, data-data berikut telah dikumpulkan melalui:- i. Pengumpulan data sekunder daripada jabatan-jabatan tertentu, khususnya daripada Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD), Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang (PBTPG), Pejabat Tanah Johor Bahru dan jabatan-jabatan lain yang berkaitan, bagi mendapat maklumat berhubung dengan perancangan bandar, status tanah, bilangan penduduk, keluasan tanah, nama dan jumlah industri yang terdapat dalam kawasan kajian dan nama kampung-kampung tradisional. ii. Pengumpulan data primer menggunakan borang soalselidik yang melibatkan responden tertentu khususnya berkaitan dengan maklumat responden seperti pekerjaan dan pendapatan dahulu dan sekarang, pemilikan harta dan perkakas rumah, persepsi terhadap kesan ekonomi, kemudahan masyarakat, infrastruktur dan keadaan sosial. 1.7.4 Peringkat Analisis Kajian. Bersesuaian dengan skop kajian dan maklumat yang akan dikumpulkan, analisis kajian menghasilkan data kuantitatif dalam bentuk statistik diskriptif (frekuensi dan peratusan) dengan menggunakan program SPSS bagi kajian soalselidik, sementara data-data dan maklumat yang dikumpulkan daripada temuduga yang telah dijalankan dianalisis secara kualitatif.

13 1.7.5 Peringkat Cadangan Cadangan-cadangan dibentuk bagi tujuan meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi penduduk, kemudahan awam dan infrastruktur perkampungan tradisional, hasil daripada pembangunan kawasan perindustrian. Selaras dengan tujuan untuk mengurangkan kesan negatif, khususnya yang berkaitan dengan kesan sosioekonomi, beberapa cadangan penyelesaian dibentuk bagi mengurangkan kesan-kesan tersebut dengan mengambilkira kaedah perancangan dan pembangunan mampan. 1.8 Kawasan Kajian Kawasan Perindustrian Pasir Gudang terletak di bahagian selatan Negeri Johor iaitu di tepi Selat Tebrau dalam Mukim Masai, Daerah Johor Bahru. Keluasan kawasan perindustrian Pasir Gudang ialah 929.07 hektar dan ditadbirkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang (PBTPG). Di sekitarnya terdapat beberapa buah perkampungan seperti Kampung Tanjung Langsat, Kampung Sungai Tiga, Kampung Perigi Acheh, Kampung Kopok (sekarang telah dipindahkan dan dikenali sebagai Kampung Kopok Baru), Kampung Pasir Putih, Kampung Sungai Masai, Kampung Pertanian, Kampung Air Biru, Kampung Jonglak, Kampung Rekoh, Kampung Sungai Renting, Kampung Kong-kong dan Kampung Pasir Merah. Terdapat juga 16 buah taman perumahan seperti Taman Air Biru, Taman Kota Masai, Taman Renteng, Taman Dahlia, Taman Scintex dan lain-lain lagi. Rancangan Tanah Felda Cahaya Baru terletak dalam lengkungan 10 kilometer daripada kawasan perindustrian ini. Pusat Bandar Pasir Gudang merupakan pusat bandar utama di dalam kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang (PBTPG) dan merupakan bandar perindustrian dalam taman dan pelabuhan bagi Daerah Johor Bahru. Pada masa ini terdapat pelbagai kilang yang beroperasi di kawasan ini sama ada dari jenis berat, sederhana dan ringan seperti kilang Petrokimia Titan, kilang membuat seramik White Horse, Kilang elektronik Panasonic dan sebagainya (Rajah 1.4).

14 Terdapat dua buah perlabuhan yang beroperasi di kawasan ini, iaitu Pelabuhan Pasir Gudang dan Pelabuhan Tanjung Langsat. Pelabuhan Pasir Gudang di bawah pentadbiran Lembaga Pelabuhan Johor, beroperasi untuk pemunggahan barangan kargo seperti kontena dan adalah setanding dengan Pelabuhan Kelang. Sementara itu Pelabuhan Tanjung Langsat beroperasi untuk pengangkutan barangan petrokimia seperti minyak kelapa sawit. Kedudukan Negeri Johor yang strategik di antara dua benua, Asia dan Australia dan juga Selat Melaka, sebagai antara jalur pelayaran tersibuk di dunia, memberi manfaat yang positif terhadap kedua-dua pelabuhan ini. Dalam kajian ini penekanan akan diberikan khusus terhadap dua buah kampung tradisional sebagai kajian kes iaitu Kampung Perigi Acheh dan Kampung Tanjung Langsat. Ini adalah kerana kedua-dua buah kampung ini merupakan dua buah kampung tradisional yang masih kekal bentuk tradisinya dan sangat hampir dengan kawasan Perindustrian Pasir Gudang, juga merupakan kampung yang banyak menerima perubahan hasil daripada pembangunan kawasan perindustrian (Rajah 1.2 dan 1.3).

15 Rajah 1.2 : Kedudukan Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Tanjung Langsat dan Perkampungan Sekitar Kawasan Kajian Petunjuk Kawasan Kajian Tanpa skala

16 Rajah 1.3 : Aerial Photo Kawasan Perindustrian Pasir Gudang dan Kedudukan Sebahagian Perkampungan Tradisional Petunjuk KAMPUNG TANJUNG LANGSAT Tanpa Skala KAMPUNG PERIGI ACHEH

17 Rajah 1.4 : Pelan Guna Tanah Kawasan Perindustrian Pasir Gudang Tanpa Skala

18 1.9 Profil Asas Kampung Jumlah kampung yang terlibat di dalam kaji selidik ini ialah sebanyak dua buah iaitu kampung Tanjung Langsat dan Perigi Acheh. Kedua-dua kampung ini dipilih adalah kerana ianya kampung tradisional yang berada terlalu hampir dengan kawasan perindustrian Pasir Gudang dan Tanjung Langsat. Jadual 1.1: Jumlah Keluasan, Unit Rumah/ Keluarga dan Penduduk Mengikut Bangsa di Kawasan Kampung Tanjung Langsat Dan Perigi Acheh Nama Keluasan Unit Rumah/ Keluarga Jumlah Penduduk Kampung (ekar) Melayu Cina Jumlah Melayu Cina Jumlah Tanjung Langsat 120 127 7 134 723 15 738 Perigi Acheh Petunjuk 300 98 0 98 502 0 502 Jumlah 420 225 7 232 1225 15 1240 Sumber : Pengkaji Mac 2007 1.9.1 Kampung Tanjung Langsat Mengikut Jadual 1.1, terdapat sejumlah 134 unit rumah kediaman/ keluarga di dalam Kampung Tanjung Langsat termasuk 127 terdiri daripada rumah kaum Melayu dan 7 daripadanya rumah kaum Cina. Sejumlah besar penduduknya adalah terdiri daripada orang Melayu iaitu seramai 723 orang dan selebihnya kaum Cina iaitu seramai 15 orang. Kebanyakan penduduk kampung bekerja sebagai nelayan, petani, peniaga, pekerja kilang dan kakitangan kerajaan. Keluasan kampung ini ialah lebih kurang 120 ekar dan status pemilikan tanah adalah tanah bermilik. Kedudukan perkampungan ini di tepi pantai Sungai Johor menyebabkan ramai nelayan tinggal di kawasan tepi pantai dan menjadikan pendapatan daripada menangkap ikan sebagai sumber sektor utama (Rajah 1.5). Di samping itu, suasana perkampungan sedia ada sejak turun temurun, menggalakkan penduduk ingin terus mendiami perkampungan tradisional ini (Foto 1.1)

Rajah 1.5 : Aerial Photo Kawasan Kampung Tanjung Langsat 19

20 1.9.2 Kampung Perigi Acheh Mengikut Jadual 1.1 terdapat sejumlah 98 unit rumah kediaman di dalam kampung ini yang sejumlah besar penduduknya adalah terdiri daripada masyarakat Melayu. Jumlah penduduk perkampungan ini ialah seramai 502 orang. Kebanyakan mereka adalah terdiri daripada nelayan dan petani selain daripada pekerja kilang dan bekerja sendiri. Keluasan kampung ini ialah lebih kurang 300 ekar dan status pemilikan tanah adalah tanah bermilik persaorangan. Kedudukan aliran Sungai Kimkim yang mengalir di dalam perkampungan ini menjadikannya sangat sesuai sebagai sebuah pengkalan nelayan (Rajah 1.6 dan Foto 1.2). Kedua-dua kampung ini mempunyai keunikan tersendiri seperti keadaan pantai dan pemandangannya yang indah. Ia juga terletak pada laluan turun naik kapal terbang dari Lapangan Terbang Changi Singapura, yang menyebabkan berlakunya pencemaran bunyi bising enjin kapalterbang. Walau bagaimanapun itu bukannya merupakan satu pencemaran pendengaran bagi sesetengah penduduk kampung, malahan ianya merupakan satu-satunya hiburan kepada mereka kerana dapat melihat berjenis-jenis kapalterbang yang ada di dunia ini yang lalu di situ. Selain daripada itu, jadual penerbangan juga merupakan sebagai tanda waktu kerana banyaknya bilangan kapalterbang yang mendarat dan berlepas menandakan waktu-waktu tertentu bagi mereka.

Rajah 1.6 : Aerial Foto Kawasan Kampung Perigi Acheh 21

22 Foto 1.1 : Keadaan di Sekitar Kawasan Kampung Tanjung Langsat Foto 1.2 : Keadaan di Sekitar Kawasan Kampung Perigi Acheh

23 BAB 2 KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan Kajian literatur ini akan menerangkan dan memberi gambaran serta pemahaman asas akan bidang dan skop penyelidikan dari sudut teori, empirikal dan praktis bagi memandu peringkat analisis penyelidikan berhubung dengan kesan pembangunan kawasan perindustrian dan bandar terhadap perkampungan tradisional disekitarnya. Proses penyerakan industri ternyata berlaku di kebanyakan bandar besar, terutamanya di negara-negara maju. Perkembangan perindustrian yang pesat sejak kurun ke 19 lagi telah banyak mengubah pola taburan industri. Kajian di negaranegara barat seperti yang dijelaskan oleh Burgess (1925) dan Hoyt (1939), menunjukkan bahawa semakin dekat dengan pusat bandar maka semakin rendah kemungkinan industri didirikan. Fenomena agihan guna tanah telah memisahkan zon-zon bagi kawasan kediaman, perdagangan dan perindustrian supaya perancangan petempatan berada dalam keadaan lebih teratur dan memberikan keselesaan kepada penduduk selain daripada mengurangkan kesibukan di pusat bandar seperti berlakunya kadar kesesakan lalulintas yang tinggi. Di Malaysia, pihak kerajaan cuba menggalakkan kilang- kilang didirikan di kawasan mundur supaya kawasan tersebut boleh dimajukan dan memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk luar bandar

24 dan dapat sama-sama menikmati arus pembangunan negara. Di samping, itu boleh menggalakkan penduduk luar bandar tidak terus berhijrah ke bandar kerana penghijrah beramai-ramai penduduk luar bandar ke bandar akan menimbulkan pula masalah sosial dan ekonomi seperti kekurangan tempat tinggal, pengwujudan kawasan-kawasan setinggan, sprawl development, kesesakan lalulintas, pertambahan kejadian jenayah, keruntuhan akhlak dan sebagainya. Menurut Zainuddin (1997), dengan kadar pembangunan ekonomi negara yang tinggi, melebihi 8.0 % serta tahap guna tenaga penuh, maka sudah sampai masanya kawasan luar bandar meraih sama nikmat kemajuan negara ke arah mewujudkan keseimbangan pembangunan bagi kedua-dua kawasan bandar dan luar bandar. Dengan memastikan pembangunan bandar dan luar bandar yang setara, adalah tidak mustahil, ekonomi negara boleh mencapai tahap yang lebih tinggi daripada tahap sekarang. Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang (PBTPG) telah mengambil inisiatif memilih kawasan yang dahulunya ladang-ladang pertanian dan perkampungan yang terletak di kawasan luar bandar, dibangunkan sebagai kawasan perindustrian, bagi menjana peluang-peluang pekerjaan baru untuk menyaingi kepesatan ekonomi global. Walau bagaimanapun di kawasan ini dan sekitarnya telah lebih awal didiami oleh penduduk dalam kampung-kampung tradisional yang menjadi tempat kediaman sama ada petani ataupun nelayan sejak turun temurun. Wujudnya kawasan perindustrian baru sedikit sebanyak akan memberi kesan terhadap kawasan dan penduduk kampung tradisional yang berhampiran ini di segi sosial, ekonomi, persekitaran dan guna tanah. Justru itu, bagi menjamin pengekalan perkampungan tradisional, usaha-usaha diambil supaya pembangunan perindustrian tidak memberi kesan negatif terhadap kedua-dua buah kampung iaitu Kampung Tanjung Langsat dan Perigi Acheh. Menurut Hirschman (1955), industri dapat menjanakan perkembangan sektor ekonomi yang lain dan seterusnya memberi kesan kepada perubahan guna tanah. Oleh yang demikian tidak mustahil pada suatu ketika nanti, jika tindakan tidak diambil lebih awal, akan berlaku perubahan guna tanah di kedua-dua buah perkampungan.

25 2.2 Pemahaman Konsep Asas Sosio-Ekonomi Sosio-ekonomi adalah kajian yang berkaitan antara aktiviti ekonomi dan juga cara hidup. Biasanya ia ditunjukkan sebagai tingkahlaku yang berbagai, menggunakan teori dan kaedah dari segi sosiologi, ekonomi, sejarah, saikologi dan sebagainya. Sosio-ekonomi merupakan satu pendekatan sosial sains baru yang dikaji secara berasingan pada lewat abad ke 21, iaitu mengkaji sosial terhadap aktiviti ekonomi dan kesan ekonomi terhadap sosial. Walau bagaimanapun dalam banyak kes, fokus kajian sosio-ekonomi adalah kepada kesan sosial terhadap perubahan ekonomi. Contohnya, perkara-perkara yang merangkumi soal penutupan kilang, manipulasi pasaran, petanda ancaman perdagangan antara bangsa dan Kajian kesan sosial merupakan satu kajian yang meluas berbanding kesan tempatan terhadap sesuatu komuniti dan perubahan masyarakat keseluruhannya. Contoh faktor kesan sosio-ekonomi termasuklah teknologi baru seperti kereta dan talipon bimbit, perubahan perundangan seperti pemansuhan undang-undang sedia ada, perubahan dalam persekitaran fizikal seperti peningkatan pertumbuhan bandar yang pesat dan perubahan ekologi seperti pengurangan bekalan ikan. Semua faktor-faktor ini mengakibatkan perubahan corak penggunaan, pengagihan kekayaan, perlakuan manusia dan kualiti kehidupan secara keseluruhan. Ia juga memberi kesan secara tidak langsung kepada tingkahlaku sosial dan norma hidup. (http://ms wikipedia, the free encyclopedia, Januari 2007). Matlamat kajian sosio-ekonomi adalah untuk membawa kepada pertumbuhan sosial dan ekonomi. Biasanya dari aspek peningkatan dalam matriks (pengukuran) seperti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), perkembangan hidup, tahap buta huruf, tahap pengganguran dan sebagainya. Walaupun susah untuk di ukur perubahan sektor, less tangible sector, boleh diambilkira seperti maruah peribadi (personal dignity), kebebasan berpersatuan, keselamatan peribadi dan bebas daripada perasaan takut kepada jenayah. Dalam konteks kajian ini, kajian akan menjelaskan ciri-ciri petunjuk potensi peluang pekerjaan dan perniagaan, pembangunan sosio-ekonomi dan kemudahan

26 masyarakat. Pemboleh ubah yang digunakan bagi indeks sosio-ekonomi antaranya adalah seperti bilangan isi rumah yang bekerja dan anak-anak yang bersekolah, kemudahan awam, pembangunan infrastruktur, jarak dan masa perjalanan berulangalik keluar masuk kampung sama ada ke tempat kerja atau ke tempat lain, jenis pekerjaan dan jumlah pendapatan isi rumah, pemilikan kenderaan dan perkakas rumah, pemilikan tanah dan rumah, tahap pendidikan, masalah alam sekitar dan tahap keselamatan kampung. Ciri-ciri ini dijadikan indeks dalam mengukur perubahan tersebut. Kaedah bagi menentukan indeks ini adalah dengan memberikan nilai wajaran bagi setiap kriteria perbandingan yang dibuat berdasarkan data-data. 2.3 Pemahaman Konsep Asas Aktiviti Dan Pembangunan Industri Menurut Burgess (1925), bandar di dikatakan sebagai penghasilan asas dari persaingan dan saling hubungan antara manusia dan ia dicirikan oleh mobiliti penduduk. Di sini konsep ekologika seperti dominan dan suksesi (succession), diaplikasikan kepada pola guna tanah manusia. Oleh yang demikian semua ekonomi dinilai berasaskan kepada perletakan tanah dari pusat pasaran yang menjadi tempat tumpuan pasaran pertanian. Guna tanah sesebuah bandar berkembang dari pusat bandar ke arah pinggir bandar di dalam suatu siri zon sepusat, sepertimana yang ditunjukkan di dalam rajah 2.1. Perkembangan guna tanah akan berlaku daripada dalam ke luar dari semua arah. Oleh itu terdapat kecenderungan zon yang sedang berkembang mengambil alih tempat, zon-zon yang terletak disebelah luarnya. Model Zon Sepusat ini juga menyentuh tentang nilai tanah, di mana nilainya akan menurun dari pusat bandar ke arah pinggir dalam bentuk zon-zon bulatan sepusat. Sebagai contohnya perubahan kualiti perumahan dari pusat bandar ke kawasan pinggirnya, boleh dijangkakan iaitu daripada perumahan berharga rendah di pusat bandar ke perumahan yang lebih mahal di pinggir bandar.

27 Petunjuk:- 1. Pusat Bandar 2. Zon Peralihan 3. Zon Perumahan Pekerja 4. Zon Kawasan perumahan sederhana dan Murah 5. Zon Perumahan Mewah Sumber: Burgess (1925). Rajah 2.1 ( Zon Sepusat ) Dalam model ini didapati pola taburan industri sentiasa cenderung untuk berubah akibat dari beberapa faktor seperti berlakunya perubahan kilang ke arah ekonomi luaran dan aglomerasi, yang menyebabkan industri cenderung untuk berkelompok di sesuatu kawasan. Kecenderungan wujudnya sesuatu kelompok adalah bersebab dari adanya kemudahan asas yang mencukupi seperti pada kedudukan yang strategik, berhampiran dengan sumber bahan mentah, perletakan yang hampir dengan jalan perhubungan seperti landasan keretapi, pelabuhan, lapangan terbang dan lebuhraya. Kedudukan kawasan industri juga dipengaruhi oleh tren perindustrian ke arah pengkhususan keluaran, di mana kilang-kilang hanya akan mengeluarkan sejenis barangan separuh siap untuk kegunaan industri lain. Kilang seperti ini tidak memerlukan sebuah bangunan yang besar, memadai hanya suatu ruang lantai yang luas dan sebuah pejabat pentadbiran, terutamanya di kawasan yang berhampiran dengan pusat pemasangan. Contohnya kilang membuat pallet yang digunakan sebagai pengalas mengangkat beban. Dalam menentukan lokasi industri adalah penting untuk mempertimbangkan orientasi di mana ia akan ditempatkan. Terdapat industri yang perlu ditempatkan di

28 kawasan pinggir bandar ataupun di pusat bandar. Dalam kedua-dua hal ini jalan masuk (access) kepada sistem perhubungan dan pengangkutan yang baik adalah sangat penting untuk memastikan industri-industri tersebut boleh berkembang dengan baik. Pada amnya kawasan industri harus ditempatkan berjauhan daripada pusat bandar, tetapi perlu berhampiran dengan kemudahan infrastruktur. Corak perkembangan bandar yang dinamik juga harus dipertimbangkan dalam menentukan perletakkan industri. Perletakan kawasan perindustrian Pasir Gudang, selain daripada berjauhan daripada pusat bandar, tetapi juga mempunyai kriteria yang lengkap sebagai sebuah kawasan industri, iaitu mempunyai jalan masuk (access) kepada sistem perhubungan dan pengangkutan yang baik, berhampiran dengan Lapangan Terbang Senai dan Pelabuhan Pasir Gudang dan Pelabuhan Tanjung Langsat. 2.4 Kajian Mengenai Impak Terhadap Sosio-ekonomi Daripada Pembangunan Perindustrian Kebiasaannya tanah di dalam sesuatu kawasan digunakan untuk berbagai tujuan. Sebahagian besarnya digunakan untuk perumahan, manakala yang lain untuk kegiatan-kegiatan seperti perindustrian, perniagaan, rekreasi, pengangkutan, perkhidmatan dan kemudahan awam. Penjenisan guna tanah ini adalah penting bagi tujuan perancangan dan pengawalan pembangunan. Banyak faktor yang menyebabkan perubahan guna tanah akibat daripada proses perbandaran dan perluasan kegiatan penduduk seperti perindustrian dan lain-lain. Perkembangan guna tanah secara mendatar ke kawasan sekitar boleh mengancam aktiviti lain seperti pertanian. Tanpa kawalan ke atas perkembangan guna tanah boleh menimbulkan banyak masalah. Bagi tujuan pengawalan perkembangan guna tanah banyak perkara yang perlu dikaji iaitu dari segi sifat dan polanya. Ini dapat dilihat melalui model-model yang boleh digunakan seperti model guna tanah klasik dan model analisis kawasan sosial. Salah satu faktor yang membawa kepada perubahan guna tanah adalah dipengaruhi oleh perletakan sesuatu kawasan industri yang mana industri merupakan sektor yang boleh menjana pelbagai pembangunan seperti pembangunan perumahan, kemudahan dan perniagaan. Jika

29 dilihat kepada teori perletakan industri yang dipelopori oleh Hirschman (1955), industri dapat menjanakan perkembangan sektor ekonomi yang lain dan seterusnya memberi kesan kepada perubahan guna tanah. Teori perubahan guna tanah bukan sahaja dikemukakan oleh Burgess (1925), tetapi juga banyak pengkaji lain seperti Hoyt (1939). Beliau menjelaskan bahawa guna tanah perumahan seharusnya tersusun dalam bentuk sektor dengan pola jejarian yang berkembang keluar dari satu kawasan pusat utama dan selari dengan jalan-jalan pengangkutan utama. Model sektor menurut Hoyt (1939) yang ditunjukkan di dalam Rajah (2.2) menerangkan perkembangan ini berlaku adalah disebabkan oleh adanya kecenderungan untuk sesuatu jenis guna tanah mengekalkan sifatnya yang berterusan seperti perumahan, kawasan di sepanjang jalan pengangkutan dari pusat hinggalah ke pinggir bandar. Beliau juga menyatakan bahawa sewa tanah yang termahal cenderung untuk terletak disepanjang jalan pengangkutan dan nilai tanah yang tinggi di bandar tidak semestinya hanya di pusat bandar, sementara perkembangan guna tanah lebih bercorak jejarian bersektor. Ini disebabkan adanya kepelbagaian asas ekonomi masyarakat bandar seperti industri dan perdagangan, pemilikan harta secara persendirian dan terdapat persaingan dalam penggunaan. Petunjuk 1. Daerah Perniagaan Pusat Bandar 2. Borong dan Perindustrian 3. Perumahan Kelas Bawahan 4. Perumahan Kelas Sederhana 5. Perumahan Mewah Sumber : Hoyt, H. (1939). Rajah 2.2: Model sektor menurut Hoyt (1939)

30 Kesimpulannya Burgess (1925), Hoyt (1939), Ratcliff (1981) dan Alonso (1964), sependapat bahawa sesuatu pembangunan itu secara tidak langsung akan mempengaruhi perkembangan guna tanah sekitarnya yang boleh menyebabkan perubahan guna tanah dan peningkatan nilaiannya. Dalam konteks kajian ini, pembangunan kawasan perindustrian Pasir Gudang terbahagi kepada lima jenis kawasan perindustrian iaitu Industri Ringan, Industri Sederhana, Industri Berat, Industri Khas dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Jenis industri ini akan mempengaruhi nilai tanah dan taburan guna tanah sekitarnya dan boleh mengubah keadaan sosio-ekonomi pemilik dan penduduknya. Kajian akan menyentuh terhadap peningkatan tahap infrastruktur, peluang pekerjaan dan perniagaan dan kadar pencemaran, kerana ianya terlibat secara langsung terhadap perubahan tingkat pendapatan penduduk perkampungan. 2.5 Perkembangan Guna Tanah Kesan Daripada Pembangunan Industri Pembangunan kawasan Perindustrian Pasir Gudang pastinya melibatkan perubahan guna tanah, di mana kawasan-kawasan ladang yang dahulunya mempunyai status tanah pertanian di tukar kepada guna tanah industri selepas di ambil-alih oleh Perbadanan Johor Berhad, dan dibangunkan sebagai kawasan perindustrian. Proses perubahan guna tanah ini melibatkan juga kawasan perkampungan tradisional di sekitarnya. Berdasarkan kepada beberapa model guna tanah, banyak contoh kawasan yang telah mengalami perubahan guna tanah, kesan daripada pembangunan kawasan perindustrian, sama ada di dalam dan di luar negara. Kebanyakan perkembangan yang berlaku adalah akibat daripada proses revolusi industri. Perkembangan industri pula mengakibatkan terdapatnya proses perbandaran yang akhirnya akan membawa ke kawasan pinggir-pinggir bandar. Kegiatan perindustrian lebih cenderung untuk beselerak jauh dari zon pusat bandar, sebagaimana pendapat yang dikemukakan oleh Burgess (1925). Oleh yang demikian, untuk mengelakkan daripada berlakunya perubahan guna tanah kawasan perkampungan tradisional, daripada pertanian kepada kegunaan yang lain-lain, maka

31 penetapan zon-zon kegunaan perlu disediakan di peringkat awal perancangan pembangunan. Di Malaysia, faktor ekonomi sebagai pendorong ke arah pembangunan, tidak semestinya dapat memberikan kesan yang jelas di dalam menyelesaikan masalahmasalah semasa seperti kemiskinan dan pengangguran. Perkembangan ekonomi hanyalah merupakan satu cara untuk mempertingkatkan taraf hidup sosial yang lebih tinggi dan keadaan alam sekitar yang lebih memuaskan. Masyarakat mestilah dicorakkan dan disusun untuk memastikan tercapaianya masa depan yang aman dan maju. Oleh yang demikian, faktor-faktor sosial dan fizikal perlu diberi perhatian yang seimbang di dalam merancang dan melaksanakan sesuatu program pembangunan. Menurut Kamisah (2004), projek gergasi seperti projek jana kuasa arang batu melibatkan beberapa aktiviti dalam pelbagai peringkat termasuk peringkat pemeriksaan tapak, penyediaan tapak, pembinaan, operasi dan sebagainya. Setiap aktiviti menagih kepada kesan terhadap alam sekitar, sekaligus mempengaruhi sistem sosio-ekonomi penduduk tempatan. Oleh yang demikian masyarakat di kawasan perkampungan tradisional seperti di Tanjung Langsat dan Perigi Acheh yang dikaitkan dengan pembangunan projek gergasi Perindustrian Pasir Gudang, dapat memanfaatkan faedah yang wujud bagi membayar kembali kerugian yang mereka alami akibat daripada aktiviti projek tersebut. 2.6 Perubahan Gunatanah Dalam Konteks Luar Negara: Pengalaman di Britain. Bandar-bandar di Britain wujud secara pertumbuhan organik atau pun di rancang sepenuhnya. Pola-pola perkembangannya adalah banyak berasaskan kepada teori yang di bentuk oleh pengkaji-pengkaji seperti Von Thunen dan Alonso (1964), terhadap sewa tanah. Burgess (1925), Harris dan Ullman (1945) pula membentuk teori terhadap struktur ruang bandar di mana perkembangan guna tanah tidak tertumpu kepada sesuatu kawasan sahaja, tetapi ia boleh berkembang di mana-mana sahaja yang mempunyai tarikan yang sesuai untuk perkembangan guna tanah.

32 Perancangan perkembangan bandar di Britain bermula daripada wujudnya Akta Kesihatan yang kemudiannya disokong oleh peraturan-peraturan untuk pembangunan perumahan. Didapati perkembangan guna tanah untuk perumahan semakin pesat, di mana golongan pertengahan dan atasan lebih suka berpindah ke kawasan di pinggir bandar yang lebih selesa dan mempunyai kawasan yang lebih luas. Antara tahun 1935 dan 1951, pertumbuhan penduduk di Britain ialah sebanyak 3.32 juta orang, di mana pertambahan kawasan bandar adalah 364,000 hektar. Walau bagaimanapun pertumbuhan pesat hanya berlaku antara tahun 1951 dan 1970, di mana pertambahan penduduk sebanyak 5.27 juta orang, berbanding peningkatan keluasan kawasan bandar sebanyak 332,000 hektar. Menurut Johnson (1974), peningkatan keluasan kawasan bandar daripada 27.7 hektar dalam tahun 1935 kepada 36.1 hektar, berlaku dalam tahun 1970. Didapati kehilangan kawasan pertanian adalah bersebab daripada pembangunan untuk kawasan bandar termasuk industri dan rekreasi. Implikasi daripada wujudnya polisi pembangunan bandarbandar baru dan polisi perkembangan bandar dan kawasan pinggir bandar, maka pada tahun 1946 New Town Act diperkenalkan di Britain. Empat tahun kemudian sejumlah lapan buah bandar baru telah di bina di sekitar London, bagi menampung kira-kira 400,000 orang penduduk dalam sektor industri tertentu. 2.7 Kajian Mengenai Kesan Beberapa kajian telah dijalankan untuk mengetahui kesan yang timbul hasil daripada pembangunan perindustrian. Kajian membuktikan terdapat dua kesan iaitu positif dan juga negatif. Dalam konteks kajian ini, kesan positif adalah seperti peningkatan pembangunan infrastruktur yang meliputi pembinaan jalan baru, penjimatan masa perjalanan, peningkatan sistem perparitan dan bekalan api dan air yang berterusan, peningkatan peluang pekerjaan dan perniagaan yang membawa kepada peningkatan pendapatan, taraf hidup dan pendidikan. Kesan negatif pula ialah peningkatan pencemaran alam sekitar dan pembatasan kawasan menangkap ikan yang menyebabkan kemerosotan jumlah tangkapan ikan dan pendapatan nelayan, pencemaran air, udara dan tanah, berlaku hakisan pantai dan kemusnahan kawasan wetland dan kawasan pembiakan ikan, kerosakan infrastruktur seperti

33 kerosakan jalanraya sediada, peningkatan kes kecurian dan penagihan dadah yang menjejaskan keadaan keselamatan penduduk. Menurut Zaliah (1993) pembangunan sektor perindustrian boleh membawa kepada perubahan struktur guna tanah sekitar, meningkatkan keadaan sosio-ekonomi, menyediakan peluang pekerjaan dan dapat mengurangkan jurang antara kawasan yang maju dengan kawasan yang mundur dari segi ekonomi, di mana pembangunan perindustrian mendapat kelebihan (advantage) dari kedudukannya yang berhampiran dengan kawasan maju. Menurut beliau lagi, pembangunan perindustrian juga mempengaruhi harga tanah di mana wujudnya sesuatu pembangunan industri di luar bandar secara tidak langsung, akan berlaku peningkatan terhadap harga tanah-tanah yang berhampiran terutamanya untuk tujuan industri. Kamsiah (2004) mendapati, sesuatu projek yang terletak di dalam lingkungan sesebuah petempatan memberi kesan positif dan negatif terhadap sosio-ekonomi penduduk yang terbabit. Oleh yang demikian di dalam kajiannya, beliau mengemukakan beberapa cadangan terhadap aktiviti ekonomi yang lebih produktif, di samping mempertimbangkan aspek-aspek persekitaran fizikal dan perancangan perlaksanaan. Beliau juga membuktikan bahawa aktiviti di peringkat penyediaan tapak dan pembinaan, telah memberi kesan yang serius terhadap sosio-ekonomi masyarakat setempat. Implikasi perkembangan industri dan kesannya kepada pembangunan daerah, mempengaruhi perkembangan ekonomi di sektor pekerjaan. Faktor utama yang menjadi tarikan kepada perkembangan pesat industri untuk bertapak adalah berkait rapat dengan pembangunan infrastruktur yang disediakan dan faedah-faedah lain yang ditawarkan dan secara tidak langsung akan membantu meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk keseluruhannya, Mohd Roswodi (2000).

34 2.8 Perubahan Guna Tanah Dalam Konteks Dalam Negara: Pengalaman Malaysia. Di Bandaraya Johor Bahru, terdapat berlakunya perubahan guna tanah akibat dari pembangunan industri seperti yang berlaku di Tampoi dan Larkin, iaitu merupakan salah satu kawasan yang terletak di pinggir bandar. Kawasan ini menjadi tumpuan pembangunan perindustrian kerana kedudukannya yang strategik, ciri-ciri topografi yang sesuai serta jauh daripada tumpuan penduduk. Berdasarkan kepada kelebihan ini, maka Jalan Tampoi dan Larkin telah dipilih sebagai kawasan pembangunan perindustrian. Walau bagaimanapun lama kelamaan apabila kegiatan perindustrian telah tidak dapat di kawal lagi, maka tumpuan beralih pula ke kawasan Jalan Tebrau dan Jalan Pandan. Pertumbuhan industri yang mendesak ini telah menyebabkan munculnya pula industri yang berbentuk backyard atau industri yang didirikan di belakang rumah kediaman. Perkembangan ini membawa kepada berlakunya perubahan guna tanah sekitar. Dengan hal yang demikian, menyebabkan terdirinya beberapa kawasan perumahan baru bagi menampung keperluan tempat tinggal pekerja. Kesan daripada pembangunan seperti ini telah mewujudkan pembangunan beberapa buah bandar baru seperti Bandar Baru UDA (BBU), Taman Bukit Alif, Taman Gembira, Desa Rahmat, Kondominium DWI Mahkota, Apartment Datin Halimah dan banyak lagi taman perumahan. Pembangunan seperti ini menguatkan lagi hujah Harris dan Ullman (1945), yang mendakwa bahawa perkembangan guna tanah tidak tertumpu pada satu kawasan sahaja, tetapi ia boleh berkembang di mana-mana sahaja yang mempunyai tarikan yang sesuai untuk perkembangan sesuatu guna tanah. 2.9 Kesan Umum Yang Wujud Dari Pembangunan Industri Terdapat beberapa kesan umum yang wujud dari perkembangan industri seperti tren perkembangan petempatan di pinggir kawasan perindustrian, strategi pembangunan kawasan luar bandar dan perkampungan tradisional serta prasyarat dan cabaran kepada pembangunan luar bandar.

35 2.9.1 Tren Perkembangan Petempatan Di Pinggir Kawasan Perindustrian. Berdasarkan model pelbagai pusat yang dikemukakan oleh Harris dan Ullman (1945), perkembangan guna tanah tidak tertumpu pada satu kawasan sahaja, tetapi ia boleh berkembang di mana-mana sahaja yang mempunyai tarikan yang sesuai untuk perkembangan sesuatu guna tanah. Oleh itu tiap-tiap pusat atau nucleus mempunyai kesesuaian untuk industri seperti mana yang ditunjukkan di dalam rajah (2.3). Perkembangan guna tanah tidak semestinya menurut suatu siri bulatan sepusat atau bertumpu di sektor yang berkembang dari pusat ke arah pinggir, tetapi boleh berkembang di mana-mana sahaja. Petunjuk : 1. Daerah Perniagaan Pusat bandar 2. Borong dan Perindustrian Ringan 3. Perumahan Kelas Bawahan 4. Perumahan Kelas Sederhana 5. Perumahan Kelas Atasan 6. Perindustrian Berat 7. Daerah Perniagaan Pinggir 8. Suburb Perumahan 9. Suburb Perindustrian Sumber : Harris, C.D. and Ullman, E.L.(1945). Rajah 2.3 : Model Pelbagai Pusat (1945) Harris dan Ullman (1945) menjelaskan bahawa terdapat beberapa jenis kelompok guna tanah yang boleh berkembang di sekeliling nucleus bandar-bandar besar. Jika di lihat kepada model, didapati kawasan perindustrian adalah terletak di luar kawasan pusat bandar. Sebagai contohnya, seperti yang berlaku di Chicago di mana kegiatan perindustrian berat pada mulanya bertumpu di sepanjang Sungai Chicago dan kemudiannya banyak industri yang berpindah ke pinggir bandar. Perpindahan kawasan industri ke kawasan pinggir bandar secara tidak langsung akan

36 membawa kepada perubahan guna tanah sekitarnya. Hasil daripada perkembangan industri ini akan wujud pelbagai aktiviti seperti perniagaan, perumahan dan juga perkhidmatan. Begitu juga halnya yang berlaku terhadap kawasan perindustrian Pasir Gudang, bagi melengkapkan pembangunannya, maka kawasan petempatan berserta kemudahan awam disediakan di sekitarnya untuk menampung pertambahan populasi. 2.9.2 Prasyarat dan Cabaran Kepada Pembangunan Luar Bandar Untuk melengkapkan pembangunan sesebuah kawasan perindustrian, perlu mendapat sokongan pembangunan kawasan sekitar seperti kawasan luar bandar. Oleh yang demikian pembangunan kawasan perindustrian Pasir Gudang, melibatkan semua aspek pembangunan. Mengikut Laporan Teknikal Rancangan Tempatan Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang 2001-2020 (2005), dibahagikan kepada 6 Blok Perancangan (BP), iaitu meliputi kawasan seluas 2,340 hektar ataupun 17.82% daripada keluasan keseluruhan Kawasan Rancangan Tempatan (KRT). Blok Perancangan (BP) dibahagikan pula kepada 7 Blok Perancangan Kecil (BPK), yang terdiri daripada komponen pembangunan yang berbeza-beza. Cadangan memajukan dan membangunkan tanah adalah melibatkan perniagaan, perumahan, perindustrian, institusi dan kemudahan masyarakat, kawasan lapang, taman permainan dan kawasan rekreasi, rizab utiliti dan kawasan ekologi semula jadi. Menurut Mohd Hoesne (1997), beberapa prasyarat perlu dipenuhi dan cabaran yang perlu diatasi demi mencapai misi pembangunan luar bandar adalah seperti berikut:- a) Pendidikan minima yang tinggi dan appresiasi pendidikan sebagai satu proses berterusan di mana aras pendidikan minima yang tinggi adalah satu keperluan, tidak sahaja untuk menjamin usaha pembangunan sumber manusia yang berkesan, tetapi juga untuk memastikan kualiti penduduk luar bandar berada pada tahap tinggi. Pendidikan minima yang tinggi membolehkan penggunaan sumber manusia dalam industri yang memerlukan kemahiran yang lebih tinggi serta menjadikan sumber manusia ini mudah di latih untuk

37 meningkatkan kemahiran. Dalam hubungan ini sasarannya ialah mencapai tahap pendidikan yang setaraf dengan penduduk kawasan bandar. b) Asas teknologi moden di mana masyarakat luar bandar perlu disedarkan tentang teknologi baru, baik untuk tujuan penggunaan mahupun pengeluaran. Penggunaan teknologi moden juga akan menjadi asas kepada pembentukan minda dan pandangan hidup yang lebih moden. Namun begitu perlu di ingat bahawa teknologi bukan suatu unsur yang bebas nilai dan penggunaan teknologi moden tanpa diskriminasi di kawasan luar bandar boleh menimbulkan masalah lain yang memberi kesan negatif kepada usaha mengukuhkan nilai-nilai murni. c) Penggunaan teknologi maklumat yang meluas di mana perkembangan dan capaian kepada rangkaian elektronik mewujudkan lebuhraya maklumat (information highway) yang bersifat segajat. Masyarakat luar bandar perlu mempunyai kemudahan rangkaian elektronik dan capaian kepada lebuhraya maklumat supaya tidak terpisah dari arus perdana pembangunan. d) Masyarakat luar bandar perlu mengubah pergantungan asas ekonominya dan tidak bergantung kepada aktiviti pertanian tradisional yang rendah nilai tambahnya. Kegiatan ekonominya perlu beralih kepada kegiatan yang lebih tinggi nilai tambahnya, baik dalam sektor pertanian mahupun dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan. Oleh yang demikian pembangunan industri luar bandar memerlukan komitmen penuh dari semua pihak supaya industriindustri boleh ditempatkan di luar bandar dan dengan itu dapat memberikan sumbangan bermakna kepada pembangunan luar bandar. e) Buat sekian lama infrastruktur di luar bandar berada pada tahap dan mutu yang minima. Jalan perhubungan darat masih banyak berjenis jalan tanah merah, bekalan elektriknya adalah bekalan minima yang mencukupi hanya untuk kegunaan domestik dan tidak mampu menampung pembangunan ekonomi moden. Pencapaian Wawasan 2020 memerlukan masyarakat luar bandar dibekalkan dengan infrastruktur yang lebih tinggi mutu dan keupayaannya. Kemudahan infrastruktur yang mencukupi adalah antara

38 prasyarat utama menghapuskan perbezaan antara kawasan bandar dan luar bandar. f) Wawasan 2020 memerlukan penduduk yang moden mindanya, mempunyai sikap yang terbuka dan luas, serta perspektif global yang tidak terpesong oleh dogma yang sempit. Masyarakat luar bandar perlu dibangunkan supaya dapat keluar daripada kekangan pengetahuan yang cetek. Program pembangunan masyarakat luar bandar yang bersepadu yang bertujuan membentuk nilai baru yang positif, di samping mengekalkan nilai-nilai tradisi yang positif, bukanlah perkara yang mudah. Pelaksanaannya memerlukan masa kerana proses mengubah masyarakat untuk menghakis sistem nilai lama merupakan proses yang berterusan. g) Pembangunan luar bandar mestilah diasaskan pada penggunaan sumber yang optima dan efisyen yang ditentukan oleh kuasa pasaran. Penduduk luar bandar seharusnya dibenarkan membuat pilihan yang lebih lumayan dan menguntugkan mereka untuk jangka panjang. Dalam keadaan ini di mana pengaruh pasaran didapati mengabaikan pembangunan kawasan luar bandar, maka penglibatan kerajaan dirasakan amat penting demi menghindarkan peningkatan jurang di antara kawasan bandar yang ada nilai pasaran dengan kawasan luar bandar. 2.10 Faktor-faktor Perkembangan Industri Pinggir Bandar Menurut Burgess (1925), bahawa faktor-faktor yang menyebabkan industri berkembang secara berselerak keluar jauh dari zon pusat bandar adalah oleh beberapa faktor iaitu :- a) Letakan di tengah-tengah bandar yang pada teorinya optimum tidak ekonomik lagi untuk pertumbuhan industri kerana harga tapak yang mahal

39 dan akan mewujudkan masalah kesesakan guna tanah di kawasan bandar. Penyerakan industri ke pinggir bandar juga disebabkan nilai tanahnya yang lebih rendah berbanding kawasan pusat bandar dan ini boleh menarik pelabur. b) Hanya industri-industri tertentu sahaja, seperti industri yang beroriantasikan tenaga buruh dan pasaran yang sesuai di kawasan pusat bandar. Industri yang beroriantasikian buruh, mendapat keuntungan kerana letakannya di kawasan pasaran buruh yang mempunyai kepelbagaian kepakaran. Manakala industri yang beroriantasikan pasaran beroleh keuntungan dengan menjimatkan kos pengangkutan bagi pasaran barangan keluaran di lokasi pinggir bandar. c) Industri jenis berintegrasi seperti industri pemasangan kereta, cenderung untuk berkelompok disepanjang lebuhraya dan landasan keretapi bagi memudahkan kerja-kerja pengangkutan dan pemindahan. Oleh itu industri berat seperti ini sesuai berada di pinggir bandar. d) Bagi industri bersaiz besar seperti industri pemerosesan memerlukan kawasan yang luas dan melibatkan pencemaran alam sekitar, lebih sesuai diletakkan di kawasan pinggir bandar. e) Kilang-kilang yang baru di bina lazimnya ditempatkan di kawasan pinggir bandar terutama suburb, yang menawarkan tapak yang lebih murah serta lebih luas dan mudah diperolehi. Dengan perkembangan industri, menyebabkan kawasan kampung tradisional dicemari oleh desakan pembangunan industri. Keadaan ini, dalam kebanyakan kes kajian menunjukkan terdapat berbagai impak ekonomi dan sosial. Impak dari segi ekonomi seperti pertambahan penduduk, pencemaran, perubahan corak guna tanah, masalah kesesakan lalulintas dan kekurangan tempat tinggal, yang memerlukan penyediaan infrastruktur yang mencukupi dan seterusnya boleh mengubah keadaan asal perkampungan tradisional. Dari segi sosial, masalah peningkatan jenayah dan

40 keruntuhan akhlak, boleh menyebabkan kemusnahan tradisi perkampungan yang memerlukan peningkatan kawalan keselamatan. 2.11 Perkembangan Pembangunan Perindustrian Negeri Johor Perkembangan pembangunan perindustrian negeri Johor adalah merangkumi dari sudut perspektif negara dan negeri, pertumbuhan pekerjaan dan taburan mengikut daerah, nilai tambah dan pekerjaan mengikut daerah dan jenis industri dan tren pelaburan pembuatan mengikut daerah dan jenis industri. 2.11.1 Perspektif Negara dan Negeri Bagi tempoh 1980-1990, nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sektor pembuatan Negeri Johor yang terletak dalam Wilayah Selatan Semenanjung Malaysia mencatatkan pertumbuhan pada kadar purata 11.1 % setahun berbanding 8.9 % setahun di peringkat negara. Sumbangan sektor pembuatan Negeri Johor kepada KDNK negara telah meningkat daripada 14.7 % pada tahun 1980 kepada 31.4 % pada tahun 2000 (Jadual 2.2). Bagi tempoh 1980-1990, nilai sumbangan sektor pembuatan telah meningkat daripada RM 1,109 juta (1980) kepada RM 3,184 juta (1990) pada kadar purata 11.1 % setahun berbanding semua sektor ekonomi pada kadar purata 8.7 % setahun (Jadual 2.2). Jumlah pekerjaan sektor pembuatan telah meningkat daripada 78,944 (1980) kepada 16,260 (1990) pada kadar purata 7.5 % setahun berbanding semua sektor ekonomi pada kadar purata 3.9 % setahun. Bagi tempoh 1990-2000, nilai sumbangan sektor pembuatan kepada KDNK Negeri Johor terus bertambah kepada RM 9,019 juta (2000) pada kadar purata 11.1 % setahun. Jumlah pekerjaan sektor pembuatan turut meningkat kepada 291,959 pada tahun 2000.

41 Jadual 2.1 : Keluaran Dalam Negeri Kasar Sektor Pembuatan : Negeri Johor dan Semenanjung Malaysia, 1980 2000 Butiran 1980 1990 1995 2000 Pertumbuhan Tahunan (%) Nilai % Nilai % Nilai % Nilai % Nilai % Wilayah Selatan Negeri Johor Semenanjung Malaysia 1,109 7.4 3,184 15.8 6,317 17.1 9,019 15.1 11.1 11.0 8,565-20,167-36,860-58,010-8.9 11.1 Nota: a. Nilai KDNK dalam RM juta (dalam harga 1978) b. Peratus daripada jumlah Semenanjung Malaysia Jadual 2. 2 : Negeri Johor Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan Pekerjaan Dalam Sektor KDNK (RM juta) Pekerjaan KDNK/ Pekerja (RM ribu) Butiran Sektor Pembuatan Semua sektorekonomi Sektor Pembuatan Semua sektor ekonomi Semua Pembuatan Semua sektor ekonomi 1980 1990 1995 2000 Kadar Pertumbuhan (%) Nilai % Nilai % Nilai % Nilai % 1980-1990- 1995-1990 1995 2000 1,109 23.1 3,184 28.7 6,317 34.8 9,019 38.5 11.1 14.7 7.4 4,797 100.0 11,093 100.0 18,153 100.0 23,425 100.0 8.7 10.3 5.2 78,944 14.7 162,600 20.5 261,216 27.4 291,959 31.4 7.5 9.9 2.2 538,321 100.0 792,500 100.0 952,716 100.0 1,071,546 100.0 3.9 3.7 2.4 14,048 19,582 24,183 30,891 3.4 4.3 5.0 8,911 13,997 19,054 21,861 4.6 6.4 2.8 Sumber: a. KDNK 1980 mengikut Rancangan Malaysia Ke 4 b. KDNK 1990 mengikut Rancangan Rangka Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) c. KDNK 1995-2000 berasaskan Rancangan Malaysia Ke 8 d. Pekerjaan 1980 mengikut Laporan Banci Penduduk 1980 e. Pekerjaan 1990-1995 mengikut Laporan Banci Penduduk & Penyiasatan Tahunan Sektor Pembuatan, Jabatan Perangkaan Negara Jadual 2.2 menunjukkan data Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan Pekerjaan Dalam Sektor, di Negeri Johor. Sektor pembuatan menunjukkan

42 peningkatan iaitu 14.7% pada tahun 1980, 20.5 % tahun 1990, 27.4% tahun 1995 dan 31.4% tahun 2000. Ini menunjukkan bahawa peluang pekerjaan bertambah setiap tahun. Oleh kerana data ini meliputi keseluruhan Negeri Johor, maka kawasan perindustrian Pasir Gudang adalah merupakan salah satu kawasan yang menawarkan peluang pekerjaan di sektor pembuatan. 2.11.2 Pertumbuhan Pekerjaan dan Taburan Mengikut Daerah Jadual 2.3 : Negeri Johor-Pertumbuhan Pekerjaan Sektor Pembuatan Mengikut Daerah 1980-2000 Daerah 1980 1991 1995 2000 Tambahan Pekerja Kadar Pertumbuhan (%) Bil % Bil % Bil % Bil % 1980-2000 1980-2000 Johor Bahru 37,254 47.3 105,173 49.0 166,318 55.2 178,963 61.3 141,709 8.2 Pontian 5,503 7.0 10,892 5.1 12,655 4.2 14,630 5.0 9,127 5.0 Batu Pahat 11,875 15.0 28,525 13.3 33,746 11.2 36,426 12.5 24,551 5.8 Muar 8, 6532 10.8 21,840 10.2 29,829 9.9 25,620 8.8 17,088 5.6 Segamat 4,316 5.5 9,862 4.6 12,353 4.1 7,851 2.7 3,535 3.0 Kluang 8,402 10. 21,117 9.8 28,623 9.5 23,739 8.1 15,337 5.3 Kota Tinggi 2,247 2.8 14,953 7.0 14,764 4.9 4,435 1.5 2,188 3.4 Mersing 815 1.0 2,114 1.0 3,314 1.1 295 0.1 (520) (4.9) Jumlah 78,944 100.0 214,476 100 301,300 100.0 291,959 100.0 213,015 6.8 Sumber: i. Laporan Banci Penduduk 1980, 1991 & 2000 ii. Penyiasatan Tahunan Industri Pembuatan 1990-1999, Jabatan Perangkaan Malaysia Sektor pembuatan merupakan salah satu penyumbang utama pekerjaan kepada penduduk di Negeri Johor selain sektor pertanian dan sektor perkhidmatan. Bagi tempoh 1980-2000, Daerah Johor Bahru mencatatkan jumlah pekerja tertinggi di Negeri Johor iaitu pertambahan seramai 141,709 orang dengan pertumbuhan pada kadar purata 8.2 peratus setahun (Jadual 2.3). Ia diikuti oleh Daerah Batu Pahat

43 dengan pertambahan pekerja sejumlah 24,551 orang, Daerah Muar sejumlah 17,088 orang dan Daerah Kluang sejumlah 15,337 orang. Hanya Daerah Mersing yang mengalami pertumbuhan negatif pada kadar 4.9 peratus setahun. Secara keseluruhan, tenaga kerja sektor pembuatan di negeri Johor mencatatkan pertambahan sejumlah 213,015 orang bagi tempoh 20 tahun dengan pertumbuhan pada kadar purata 6.8 peratus setahun (Laporan Pemeriksaan Draf Rancangan Struktur Negeri Johor, 2001-2020, 2005). Berdasarkan data-data di dalam Jadual 2.3, di daerah Johor Bahru, kadar pertumbuhan untuk tempoh 1980 hingga 2000 ialah sebanyak 8.2%, meliputi kawasan perindustrian Pasir Gudang. Maka adalah penting perancangan yang teliti dijalankan, untuk menyediakan satu kawasan perindustrian, bagi menampung jumlah pekerjaan yang kian bertambah setiap tahun.

44 2.11.3 Nilai Tambah dan Pekerjaan Mengikut Daerah dan Jenis Industri Jadual 2.4 : Negeri Johor Nilai Tambah dan Pekerjaan Sektor Pembuatan Mengikut Daerah 1990-1999 1990 1995 1999 Daerah Nilai Tambah (RM 000) Pekerja Nilai Tamba h/ Pekerja Nilai Tambah/ (RM 000) Pekerja Nilai Tambah/ Pekerja Nilai Tambah (RM 000) Pekerja Nilai Tamba h/ Pekerja Johor Bahru 1,948,940 (61.4%) 82,439 (52.3%) 23,641 6,671,137 (68.2%) 157,516 (61.2%) 42,352 6,855,991 (68.3%) 161,107 (61.6%) 61,177 Pontian 104,811 (3.3%) 7,591 (4.8%) 13,807 183,066 (1.9%) 6,661 (2.6%) 27,483 461,788 (3.2%) 13,856 (5.3%) 33,328 Batu Pahat 397,825 (12.5%) 24,808 (15.7%) 16,036 958,159 (9.8%) 31,348 (12.2%) 30,565 1,344,414 (9.3%) 34,137 (13.1%) 39,383 Muar 226,932 (7.1%) 14,313 (9.1%) 15,855 794,910 (8.1%) 21,759 (8.5%) 36,532 1,433,214 (9.9%) 24,532 (9.4%) 58,422 Segamat 95,021 (3.0%) 5,963 (3.8%) 15,935 191,076 (2.0%) 11,193 (4.4%) 17,071 186,155 (1.3%) 7,789 (2.8%) 25,894 Kluang 311,313 (9.8%) 17,431 (11.1%) 17,860 835,238 (8.5%) 20,529 (8.0%) 40,656 917,742 (6.4%) 16,116 (6.2%) 56,946 Kota Tinggi 83,092 (2.6%) 4,579 (2.9%) 18,146 142,219 (1.4%) 6,875 (2.7%) 20,646 217,663 (1.5%) 4,245 (1.6%) 51,275 Mersing 6,377 (0.2%) 553 (0.4%) 11,532 12,680 (0.1%) 1,334 (0.5%) 9,505 3,609 (0.1%) 201 (0.0%) 17,955 Jumlah 3,174,311 (100.0%) 157,676 (100.0%) 20,132 9,788,686 (100.0%) 257,216 (100.0%) 38,056 14,420,577 (100.)%) 561,383 (100.0%) 55,170 Sumber: Penyiasatan Tahunan Industri Pembuatan 1990-1999, Jabatan Perangkaan Malaysia Taburan pertumbuhan nilai tambah dan pekerjaan mengikut daerah bagi tempoh 1990-1999 dapat dilihat sebagaimana dalam (Jadual 2.4). Sepanjang tempoh tersebut, Daerah Johor Bahru menghasilkan jumlah nilai tambah tertinggi dan jumlah pekerja paling ramai, diikuti oleh Daerah Batu Pahat, Muar dan Kluang. Secara keseluruhan, nilai tambah sektor pembuatan di Negeri Johor telah meningkat daripada RM 3.17 billion pada tahun 1990 kepada RM 14.42 billion tahun 1999 iaitu pertambahan sebanyak 354.0%. Jumlah pekerja juga meningkat daripada 157,676 pada tahun 1990 kepada 561,383 tahun 1999.

45 Jumlah nilai tambah yang tinggi di dalam sektor pembuatan merupakan enjin pertumbuhan kepada setiap negeri mahu pun daerah. Oleh yang demikian perancangan yang teliti adalah penting supaya dapat meningkatkan impak positif dan mengurangkan impak negatif di dalam kawasan petempatan. Jadual 2.5 : Negeri Johor Taburan Nilai Tambah dan Pekerjaan Sektor Pembuatan Mengikut Jenis Industri 1990-1999 1990 1995 1999 Jenis Industri Nilai Tambah (RM 000) Pekerja Nilai Tambah/ Pekerja Nilai Tambah/ (RM 000) Pekerja Nilai Tambah/ Pekerja Nilai Tambah (RM 000) Pekerja Nilai Tambah/ Pekerja Makanan, Minuman & Tembakau 610,395 (19.2%) 15,431 (9.8%) 39,556 1,218,515 (12.4%) 19,529 (7.6%) 62,395 1,854,304 (12.9%) 23,453 (9.0%) 79,065 Kain, Pakaian & Kulit 469,459 (14.8%) 34,150 (21.7%) 13,747 862,220 (8.8%) 40,268 (15.7%) 21,412 1,101,842 (7.6%) 33,654 (12.9%) 32,740 Kayu, Barangan Kayu & Perabut 216,932 (6.8%) 13,784 (8.7%) 15,738 653,960 (6.7%) 26,206 (10.2%) 24,955 988,691 (6.9%) 28,007 (10.7%) 35,302 Kertas, Percetakan & Penerbitan 83,617 (2.6%) 3,951 (2.6%) 21,163 275,944 (2.8%) 8,075 (3.1%) 34,173 304,713 (2.1%) 6,792 (2.6%) 44,864 Kimia, Barangan Kimia, Petroleum, Getah & Plastik 370,452 (11.8%) 15,632 (9.9%) 23,698 1,246,114 (12.8%) 23,210 (9.0%) 53,689 1,814,076 (12.6%) 28,112 (10.7%) 64,530 Barang Galian Bukan Logam 173,288 (5.5%) Logam Asas 96,121 (3.0%) 5,823 (3.7%) 1,297 (0.8%) 29,759 523,755 (5.4%) 74,110 294,751 (3.0%) 8,497 (3.3%) 2,758 (1.1%) 61,640 578,556 (4.0%) 106,871 202,325 (1.4%) 10,649 (4.1%) 2,082 (0.8%) 54,330 97,178 Barang Binaan Logam Yang DiReka, Jentera & Peralatan 1,123,782 (35.4%) 65,664 (41.6%) 17,114 4,595,452 (46.9%) 124,524 (48.6%) 36,904 7,420,654 (51.4%) 123,874 (47.4%) 59,905 Industri pembuatan lain 30,265 (0.9%) 1,944 (1.2%) 15,568 117,975 (1.2%) 3,678 (1.4%) 32,076 155,416 (1.1%) 4,748 (1.8%) 32,733 Jumlah 3,174,311 (100.0%) 157,676 (100.0%) 20,132 9,786,686 (100.0%) 256,745 (100.0%) 38,118 14,420,577 (100.)%) 261,371 (100.0%) 55,173 Sumber: Penyiasatan Tahunan Industri Pembuatan 1990-1999, Jabatan Perangkaan Malaysi Taburan pertumbuhan nilai tambah dan pekerjaan sektor pembuatan mengikut jenis industri di negeri Johor, adalah seperti dalam (Jadual 2.5). Sepanjang tempoh tersebut, kepesatan pembangunan sektor pembuatan, diterajui oleh 5 sektor utama iaitu industri binaan logam yang direka khususnya elektrik & elektronik dan kejenteraan, industri makanan dan minuman, industri barangan kimia, petroleum, getah & plastik, industri kain & pakaian serta industri barangan kayu & perabot. Jumlah taburan pertumbuhan nilai tambah dan pekerjaan sektor pembuatan sebanyak 55,173, merupakan penawaran jumlah pekerjaan di sektor tersebut. Oleh

46 yang demikian untuk memberikan impak positif di sektor ini, persediaan perlu dilakukan dalam sektor pendidikan supaya peluang-peluang pekerjaan dapat diisi oleh sebilangan penduduk tempatan di sekitar Pasir Gudang. 2.11.4 Tren Pelaburan Pembuatan Mengikut Daerah dan Jenis Industri Jumlah projek pembuatan yang diluluskan mengikut negeri di Malaysia bagi tempoh 1990-2001 dapat dilihat dalam (Jadual 2.6). Bagi tempoh 1990-2001, sejumlah 2,229 projek pembuatan telah diluluskan oleh Malaysian Industrial Development Authority (MIDA) untuk dibangunkan di Negeri Johor. Ia melibatkan sejumlah RM 37.7 bilion pelaburan modal dan dijangka dapat mewujudkan sejumlah 248,478 pekerjaan. Antara jenis industri yang menjadi keutamaan pelabur ialah produk elektrik & elektronik (630 projek), industri tekstil & keluaran tekstil (322 projek), industri perabot (162), produk plastik (134 projek), produk bukan galian (124 projek), produk binaan logam yang direka (133) dan industri kejenteraan (121) sepertimana Laporan Pemeriksaan Rancangan Struktur Negeri Johor, 2001-2020, (2005).

47 Jadual 2.6 : Jumlah Projek Pembuatan Yang Diluluskan Mengikut Jenis Industri A1129, Johor (tempoh 1990-2001) Jenis Industri Bil Projek Yang Diluluskan Potensi Pekerjaan Jumlah Pelaburan Modal (RM Juta) Intensiti Modal Pekerja (RM Ribu) Produk Elektrik & Elektronik 630 102,486 8,015.5 78.2 Tekstil & Keluaran Tekstil 322 33,238 1,344.5 40.4 Perabot Produk Plastik Produk Barang Binaan Logam yang Direka Produk Bukan Galian 162 134 133 124 21,022 10,912 10,197 9,417 691.4 1,071.8 1,091.4 3,222.1 32.9 98.2 107.0 342.1 Jentera 121 10,851 1,112.4 102.5 Makanan 119 7,452 1,557.5 209.0 Kimia & Produk Kimia 116 5,942 5,560.0 935.7 Kertas & Percetakan 75 6,013 1,969.9 327.6 Produk Asas Logam 60 6,379 3,449.5 540.7 Peralatan Pengangkutan 54 6,000 471.4 78.6 Kayu & Keluaran Kayu 47 6,597 581.3 88.10 Produk Getah 29 2,007 87.4 43.5 Produk Petroleum 27 2,103 6,848.4 3,256.5 Peralatan Saintifik & Pengukuran 19 3,391 250.5 76.2 Kulit & Keluaran Kulit 13 1,329 45.0 33.9 Minuman & Tembakau Lain-lain produk 8 36 998 3,144 154.8 172.9 155.1 55.0 Jumlah 2,229 248,478 37,706.0 Sumber: Penyiasatan Tahunan Industri Pembuatan 1990-1999, Jabatan Perangkaan Malaysia

48 2.12 Pembangunan Tanah Kawasan Tanjung Langsat (BP 5) Oleh Pihak Berkuasatempatan Pasir Gudang (PBTPG) Pembahagian blok Perancangan Pasir Gudang dibahagikan kepada 6 Blok Perancangan, mengikut Laporan Teknikal Rancangan Tempatan Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang 2001-2020, (2005) (Rajah 2.1). Blok Perancangan 5 (BP5) meliputi kawasan seluas 2,340.00 hektar ataupun 17.82% daripada keluasan keseluruhan Kawasan Rancangan Tempatan (KRT). BP5 dibahagikan kepada 7 Blok Perancangan Kecil (BPK) yang terdiri dari komponen pembangunan yang berbezabeza. Cadangan memajukan dan membangunkan tanah melibatkan:- i. BPK 5.1 Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, ii. BPK 5.2 Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, iii. BPK 5.3 Kawasan Perumahan Tanjung Langsat, iv. BPK 5.4 Kawasan Pertanian Tanjung Langsat, v. BPK 5.5 Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, vi. BPK 5.6 Kawasan Pertanian Perigi Acheh, dan vii. BPK 5.7 Kawasan Pertanian Sungai Kim-kim Cadangan memajukan dan membangunkan tanah (BP5) meliputi Pembangunan Kampung Tg. Langsat (BPK 5.4) dan Perigi Acheh (BPK 5.6) adalah sebahagian Tanjung Langsat (BP 5). Pembangunan di (BP 5) menumpukan kepada pembangunan perindustrian. Keseluruhannya cadangan memajukan dan membangunkan tanah bagi Peta Cadangan (BP5) dibahagikan kepada 7 jenis guna tanah utama iaitu:- 1) Perumahan 2) Perniagaan 3) Perindustrian 4) Institusi dan Kemudahan Masyarakat 5) Kawasan Lapang, Taman Permainan dan Kawasan Rekreasi Lain 6) Rizab Utiliti 7) Kawasan Ekologi Semula Jadi

49 Rajah 2.4 : Plan Menunjukkan Blok (BP 5) Pembangunan Kawasan Perindustrian Yang Di Cadangkan Oleh Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang (PBTPG) BP 3 BP 4 BP 1 BP 5 BP 2 BP 6 Tanpa Skala

50 Jadual 2.7 : Pembahagian Blok Perancangan (BP) Blok Perancangann (BP) Keluasan (hektar) Peratus (%) BP 1 : Blok Perancangan Pusat Bandar 2,049 15.60 BP 2 : Blok Perancangan Perindustrian & 1,518 11.56 Pelabuhan BP 3 : Blok Perancangan Kota Masai/ 3,542 26.97 Nusa Damai BP 4 : Blok Perancangan Kong-kong 2,200 16.75 BP 5 : Blok Perancangan Tg 2,340 17.82 Langsat/P. Acheh BP 6 : Blok Perancangan Sungai Kimkim 1,483 11.29 100.00 Jumlah 13,132 2.12.1 Perumahan Kawasan pembangunan perumahan di BP5 meliputi kawasan perkampungan sedia ada, perumahan ditetapkan dan potensi yang terdiri dari perumahan tetap, strata dan perkampungan iaitu:- a) Kawasan perkampungan sedia ada dan perumahan ditetapkan di BPK 5.3.BPK 5.4 dan BPK 5.6 b) Kawasan perumahan potensi di BPK 5.3 Pembangunan perumahan yang hendak dilaksanakan perlulah merujuk kepada Garis Panduan Kelas Kegunaan Tanah yang telah ditetapkan dan Garis Panduan Perancangan dan Reka Bentuk Laporan Garis Panduan Pelaksanaan.

51 2.12.2 Perniagaan Walaupun perindustrian adalah aktiviti guna tanah yang mendominasi BP5 terutama di BPK 5.1, BPK 5.2 dan BPK 5.5 (cadangan pembangunan untuk perniagaan), tetapi untuk BP5 ini, aktiviti pembangunan perniagaan Kelas IV [a] dan [b] akan diberi keutamaan sebagai guna tanah sokongan terhadap aktiviti perindustrian tersebut. Kepesatan sektor perindustrian akan mewujudkan permintaan kepada keperluan aktiviti perniagaan yang berupaya menyediakan barangan dan perkhidmatan untuk penduduk dan pekerja di BP5 ini. Pembangunan perniagaan perlu di sesuai dan diselaraskan seperti mana mengikut Garis Panduan Kelas Kegunaan Tanah. 2.12.3 Perindustrian Guna tanah perindustrian di BP 5 telah ditetapkan di Kawasan Perindustrian Tg. Langsat yang turut meliputi kawasan Pelabuhan Tg. Langsat. Aktiviti industri di kawasan perindustrian Tanjung Langsat berorientasikan jenis industri petrokimia (kategori industri berat). Oleh itu, ia dizonkan mengikut jenis industri khas (kelas V[e]), yang dibenarkan di BPK 5.2 dan BPK 5.5 sahaja. Industri perkhidmatan (kelas V [a]), industri ringan (kelas V [b]), industri am kelas A (kelas V[c]) dan industri am kelas B (kelas V[d]) dibenarkan beroperasi di BPK 5.1, BPK 5.2 dan BPK 5.5. Keseluruhannya pembangunan perindustrian perlu mengikut Garis Panduan Kelas Kegunaan Tanah.

52 2.12.4 Institusi dan Kemudahan Masyarakat Secara amnya, BP5 merupakan kawasan pembangunan baru untuk aktiviti perindustrian terutama di BPK 5.1, BPK 5.2, dan BPK 5.5. Kemudahan institusi dan kemudahan masyarakat sedia ada hanya tertumpu di BPK 5.4 dan 5.6 yang merupakan kawasan perkampungan yang dari kemudahan pendidikan, keagamaan, perkuburan dan kesihatan. Pembangunan kemudahan utama dan sokongan perlulah merujuk kepada Garis Panduan Kelas Kegunaan Tanah yang telah ditetapkan dan Garis Panduan Perancangan dan Reka Bentuk pada Jilid 2 : Laporan Garis Panduan Pelaksanaan (Draf Rancangan Tempatan Pasir Gudang 2020. Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang). Berdasarkan kepada pembangunan yang di cadangkan di dalam BPK 5.1 hingga BPK 5.5, Rancangan Tempatan Pasir Gudang 2020, kes kajian adalah terletak di dalam zon untuk kegunaan perumahan dan perniagaan. Jenis guna tanah yang dizonkan ini akan meningkatkan nilai tanah perkampungan. Oleh yang demikan, kenaikan harga tanah secara tidak langsung akan menaikkan nilai pegangan penduduk tempatan. 2.12.5 Kawasan Lapang, Taman Permainan dan Kawasan Rekreasi Lain Umumnya kawasan lapang dan kawasan rekreasi lain terdapat dalam kawasan kediaman dan perindustrian seperti mana yang telah ditetapkan dalam Garis Panduan Perancangan. Selain dari itu, terdapat satu cadangan taman rekreasi di BPK 5.5 iaitu Taman Rekreasi Sg. Perapat, merujuk kepada Pernyataan Bertulis Cadangan Landskap, Kemudahan Rekreasi dan Pelancongan. Peningkatan kawasan lapang dan rekreasi secara tidak langsung boleh mengindahkan lagi kawasan tempatan dan menarik kedatangan pelancong.

53 2.12.6 Rizab Utiliti Rizab Utiliti meliputi rangkaian jalan raya sedia ada di BP5 seperti jalan pengagih utama yang menghubungkan Kawasan Rancangan Tempatan (KRT) dengan Pelabuhan Tanjung Langsat seperti mana cadangan Pengangkutan dan Pengurusan Lalu Lintas. Peningkatan rizab utiliti secara tidak langsung dapat meningkatkan perhubungan kawasan tempatan dengan dunia luar dan merupakan jalan keluar masuk bagi penduduk tempatan. 2.12.7 Kawasan Ekologi Semula Jadi Terdapat beberapa batang sungai utama yang merentasi Blok Perancangan 5 (BP 5) terutamanya Sungai Kopok, Sungai Jonglak dan Sungai Perapat. Semua pembangunan di sepanjang sungai ini terutamanya pembangunan perindustrian perlu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Selain itu terdapat rizab hutan yang perlu dikekalkan dan dipelihara iaitu di BPK 5.7 seperti cadangan Pemeliharaan Alam Sektar dan Topografi. 2.13 Kadar Pertumbuhan Penduduk Mengikut Blok Perancangan Secara keseluruhannya, jangkaan kadar pertumbuhan penduduk tahunan di BP 5, bagi tahun 2005 ialah sebanyak 13.18%, tahun 2010 sebanyak 5.87%, tahun 2015 sebanyak 3.05% tahun 2020 sebanyak 0.91% (Rujuk jadual 2.8).

54 Jadual 2.8 : Kadar Pertumbuhan Penduduk Tahunan bagi Kawasan Perindustrian Pasir Gudang BLOK 2001 2005 2010 2015 2020 KPPT PERANCANGAN BP1 45,349 56,405 69,436 80,428 85,277 3.38 BP2 1,546 1,622 - - - - BP3 36,618 80,232 114,2443 134,554 139,737 7.30 BP4 328 340 350 359 365 0.56 BP5 1,190 2,944 4019 4,173 4,209 6.87 BP6 9,958 14,330 19266 21,402 22,542 4.39 JUMLAH KESELURUHAN Kadar Pertumbuhan Penduduk Tahunan (KPPT) 94,989 155,874 207,314 240,916 252,130 13.18 5.87 3.05 0.91 5.27 Sumber : Rancangan Tempatan Pasir Gudang 2001-2020 (2006)

55 Jadual 2.9 : Komposisi Guna Tanah BP5 (Tanjung Langsat) Jenis Guna Tanah Guna Tanah Semasa dan Ditetapkan yang Dikekalkan Kediaman 84.35 Perniagaan 40.49 Perindustrian 1,178.83 KawasanLapang/Rekreasi 101.09 Institusi & Kemudahan 0.13 Masyarakat Keagaman 8.3 Pendidikan 3.41 Pertanian 88.20 Guna Tanah Potensi Unjuran 2020 Pembangunan - - - - - - - - - - - - - - - - Peta Cadangan Jumlah (Hektar) 84.35 40.49 1,178.83 101.09 0.13 8.3 3.41 88.20 Rizab Badan Air - - - - Rizab Parit 22.30 22.30 - - Paya 70.58 70.58 - - Hutan Simpan 213.20 213.20 - - Jalan Raya 479.36 479.36 - - Rizab Talian Elektrik 1.93 Pembentungan 19.40 Rumah Pam 5.51 Paip Air 22.91 - - - - - - 1.93 19.40 5.51 22.91 Jumlah 2,340.00 2,340.00 Sumber : Rancangan Tempatan Pasir Gudang 2001-2020(2006)

56 Merujuk kepada (Jadual 2.9, komposisi guna tanah BP 5), sehingga tahun 2020 didapati perindustrian merupakan guna tanah terbesar dengan keluasan 1,178.83 hektar. Diikuti oleh guna tanah kawasan lapang dan rekreasi dengan keluasan 101,09 hektar dan guna tanah hutan seluas 213, 20 hektar. Merujuk kepada data terkini pembangunan ditetapkan yang diperolehi, terdapat kawasan tambahan seluas 190,92 hektar di kawasan Perindustrian Tanjung Langsat dan Kampung Pasir Putih yang melibatkan penambakan kawasan laut. Bagi tujuan penyelarasan, keluasan ini tidak dimasukkan di dalam jumlah keseluruhan Blok Perancangan. 2.14 Rumusan Berdasarkan kepada teori-teori dan model-model yang dibincangkan dapatlah dirumuskan beberapa perkara seperti berikut:- Kajian teori menunjukkan bahawa perkembangan guna tanah industri akan mewujudkan nilai tambah terhadap harga tanah di sekitar kawasan pembangunan industri. Keseluruhan keadaan ini adalah disebabkan oleh perletakan kawasan industri yang hampir dengan kemudahan infrastruktur seperti lebuhraya, pelabuhan dan lapangan terbang. Selain daripada itu penyerakan guna tanah industri ke kawasan pinggir bandar telah membawa kepada perubahan guna tanah sekitar dan juga menyebabkan berlakunya perubahan dari segi nilai tanah. Secara keseluruhannya keadaan ini berlaku adalah disebabkan oleh kepelbagaian jenis industri yang mana kebanyakan industri akan memilih kawasan yang luas dan berhampiran dengan jalan pengangkutan serta sumber bahan mentah yang mudah dan murah. Dari segi sosio-ekonomi, pembangunan kawasan industri akan mewujudkan peluang pekerjaan baru dan seterusnya dapat menaikkan taraf kehidupan penduduk tempatan yang dahulunya petani dan nelayan dan mengwujudkan petempatan yang lebih baik. Dari segi pembangunan insan, akan dapat melahirkan satu generasi baru yang dapat bersaing di peringkat global, dengan wujudnya sekolah-sekolah baru di

57 peringkat sekolah rendah dan menengah dan peluang melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Dengan ini penduduk kampung tradisional akan dapat keluar daripada belengu kehidupan perkampungan secara tradisional yang lambat berkembang.

58 BAB 3 ANALISIS DATA 3.1 Pengenalan Bab ini akan menerangkan hasil analisis berhubung dengan data yang diperolehi berkaitan isu-isu dan kesan-kesan pembangunan perindustrian terhadap tahap sosio-ekonomi penduduk perkampungan tradisional di sekitar kawasan Perindustrian Pasir Gudang. Data-data primer yang dianalisis adalah hasil daripada sesi temubual dan soal selidik terhadap responden yang terdiri daripada pendudukpenduduk Kampung Perigi Acheh dan Tanjung Langsat. Bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas terhadap hasil analisis primer, data-data skunder juga dikumpul daripada Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor, Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang (PBTPG), Balai Polis Masai, Pejabat Daerah Johor Bahru, Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor dan Jabatan Bomba dan Penyelamat. Bab ini juga akan menghuraikan profil sosio-ekonomi penduduk perkampungan tradisional tersebut meliputi berbagai dimensi. Analisis ini bertujuan untuk menerangkan maklumat yang lengkap dan terkini berkaitan dengan profil penduduk dan persepsi mereka terhadap isu-isu berkaitan alam sekitar dan sosioekonomi. Analisis ini juga dipaparkan bagi memberikan gambaran yang lebih tepat tentang pencapaian penduduk-penduduk kampung. Secara umumnya analisis dibahagikan kepada empat bahagian utama seperti berikut :-

59 a) Maklumat asas individu, b) Bilangan dan keadaan kemudahan awam dan infrastruktur, c) Potensi dan masalah petempatan, dan d) Pandangan dan cadangan penduduk dan wakil penduduk. Secara terperincinya, analisis yang dijalankan bertujuan untuk menerangkan sama ada berlaku atau tidak peningkatan tahap sosio-ekonomi yang lebih baik di kalangan penduduk-penduduk kampung berkenaan dan mengetahui sejauh mana usaha Perbadanan Johor Berhad (Johor Corporation), menyediakan infrastruktur dan membangunkan kawasan Pasir Gudang sebagai kawasan perindustrian, memberi kesan kepada peningkatan sosio-ekonomi penduduk. Di peringkat akhir data-data yang diperolehi juga akan menunjukkan sejauh manakah kesan positif yang diterima oleh penduduk perkampungan tradisional tersebut, atau pun terdapat kesan-kesan sebaliknya. Kesan positif yang dimaksudkan ialah adakah pembangunan perindustrian dapat mengwujudkan peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan baru, peningkatan pendapatan dan pendidikan, yang membawa kepada peningkatan keadaan taraf hidup yang lebih baik, penyediaan bekalan air dan letrik yang sempurna dan juga penyediaan kemudahan awam yang cukup dan teratur kepada penduduk-penduduk kampung yang terlibat. Kesan negatif yang akan dijelaskan pula, adakah ianya memberi kesan kepada penurunan hasil pendapatan penduduk tempatan khususnya nelayan, peningkatan pencemaran dan kejadian jenayah. 3.2 Analisis Data Analisis data dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sebelum dan selepas 1980. Ukuran sempadan perbezaan di antara masa perjalanan, jenis pekerjaan, jumlah pendapatan, pemilikan peralatan perkakas rumah, pemilikan tanah dan rumah, (dahulu) adalah sebelum tahun 1980 dan (sekarang) adalah selepasnya, sehingga 2006 atas sebab berikut :- a) Perbezaan antara pendapatan dahulu dan sekarang adalah bergantung kepada pertukaran pekerjaan. Sebagai contoh jika dahulu bekerja

60 sebagai nelayan (sektor utama), tetapi sekarang telah menukar kepada pekerjaan lain (sektor sekunder) dan boleh menyumbang kepada tingkat pendapatan yang lebih baik adalah anggap sebagai memegang pekerajaan baru (sekarang). Mengikut kajian didapati kebanyakan pekerja menukar pekerjaan (dahulu) kepada pekerjaan (sekarang) adalah di sekitar tahun 1980. b) Kebanyakan kilang-kilang di Pasir Gudang mula bergerak aktif pada tahun-tahun 1979 dan 1980 kerana iklim ekonomi negara yang baik. c) Terdapat generasi muda yang berasal daripada perkampungan tradisional, layak diterima untuk bekerja di sektor perkilangan seperti memiliki kelulusan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ke atas pada ketika itu. d) Pada ketika itu (1980) harga ikan dan udang mulai meningkat naik disebabkan oleh perkembangan ekonomi negara yang baik, walaupun hasil tangkapan ikan dan udang telah berkurangan akibat berlaku pencemaran air dan pembatasan kawasan menangkap ikan. 3.2.1 Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat Kawasan Perindustrian Pasir Gudang dan Perlabuhan Pasir Gudang adalah seluas 1518.0 hektar ataupun 11.56% daripada keluasan keseluruhan Kawasan Rancangan Tempatan (KRT). Blok perancangan ini dibahagikan kepada 5 Blok Perancangan Kecil (BPK), yang terdiri dari komponern pembangunan yang berbezabeza. Cadangan memajukan dan membangunkan tanah ditumpukan kepada pembangunan kawasan perindustrian dan pelabuhan. Kawasan ini di jangka akan terus memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan ekonomi di Pasir Gudang. Keseluruhan cadangan membangun dan memajukan tanah dibahagikan kepada 5 kawasan utama iaitu perindustrian, perniagaan, kawasan lapang/ rekreasi/ penampan, rizab pengangkutan, rizab utiliti dan badan air.

61 Jadual 3.1 : Komposisi Guna Tanah bagi Kawasan Perindustrian Pasir Gudang Jenis Guna Tanah Guna Tanah Semasa Dan Ditetapkan Yang Dikekalkan Guna Tanah Unjuran 2020 Potensi Pembangunan Peta Cadangan Jumlah (Hektar) Perniagaan 0.81 - - 0.81 Perindustrian 1019.07-1.19 1020.26 Kawasan Lapang Rekreasi dan 6.45 - - 6.45 Penampan Institusi 7.11 - - 7.11 Rizab Badan Air - Rizab Sungai / Tasek 18.41 - - 18.41 - Rizab Parit 9.28 - - 9.28 Rizab Pengangkutan - Jalan Raya 288.54 - - 288.54 - Landasan Keretapi 30.38 - - 30.38 - Perlabuhan 29.10 - - 29.10 Rizab Utiliti -TNB 94.62 - - 94.62 - Pembentungan 9.37 - - 9.37 - Tangki Air 81.83 - - 91.83 - Telekomunikasi 1.84 - - 1.84 Lain-Lain - - - - Jumlah Keseluruhan 1516.81-1.19 1518.00 Sumber : Rancangan Tempatan Pasir Gudang 2001 2020 (2006) Bedasarkan Jadual 3.1, sehingga tahun 2020 didapati guna tanah perindustrian merupakan yang terbesar dengan keluasan 1020.26 hektar. Diikuti oleh guna tanah kawasan rezab pengangkutan dengan keluasan 348.02 hektar.

62 3.2.2 Analisis Kajian Hasil daripada kaji selidik, mendapati berlaku proses pertukaran pekerjaan yang bermula pada tahun 1980an. Ini adalah disebabkan beberapa faktor seperti berikut:- 1) Tarikan daripada sektor sekunder seperti pekerjaan di kilang yang menawarkan pendapatan yang lebih tinggi, jika dibandingkan dengan pendapatan di sektor utama seperti nelayan dan petani, yang jauh lebih rendah. 2) Jumlah kawasan menangkap ikan yang semakin terbatas dan tempattempat pembiakan ikan yang semakin pupus, disebabkan oleh pembinaan jeti Pelabuhan Tanjung Langsat dan kawasan menangkap ikan dijadikan tempat berlabuh kapal-kapal. 3) Kemusnahan kawasan ladang kelapa sawit dan getah yang diambilalih oleh Perbadanan Johor Berhad untuk dijadikan sebagai kawasan perindustrian.

63 3.3 Ciri-ciri Responden Jadual 3.2 : Peringkat Umur Ketua Isi Rumah Responden Di Kampung Tanjung Langsat Dan Perigi Acheh Tanjung Langsat Perigi Aceh Jumlah Peratusan Peringkat Umur Kekerapan Peratus Kekerapan Peratus Kekerapan Bawah 30 Tahun 7 12.3 7 14 14 13.1 30 hingga 40 Tahun 12 21.1 13 26 25 23.4 40 hingga 50 Tahun 15 26.3 12 24 27 25.2 50 hingga 60 Tahun 14 24.6 9 18 23 21.5 60 Tahun Keatas 9 15.8 9 18 18 16.8 Jumlah 57 100 50 100 107 100.0 Sumber : Pengkaji Mac 2007 Jadual 3.2, menunjukkan peringkat umur ketua isi rumah yang di temuduga semasa sesi kaji selidik dijalankan, bagi kedua-dua kawasan, Tanjung Langsat dan Perigi Acheh. Mereka dibahagikan kepada 5 kumpulan iaitu yang berumur 30 tahun ke bawah, berumur antara 30 hingga 40 tahun, berumur antara 40 hingga 50 tahun, berumur antara 50 hingga 60 tahun dan berumur 60 tahun ke atas. Di Tanjung Langsat, mereka yang berada di peringkat umur antara 30 hingga 60 tahun merupakan peratusan yang terbesar dipilih sebagai responden, sementara di Kampung Perigi Acheh, mereka yang berumur antara 30 tahun hingga 60 tahun ke atas mewakili populasi. Daripada data di atas, menunjukkan bahawa terdapat seramai 33.8% penduduk kedua-dua buah kampung adalah terdiri daripada mereka yang berumur melebihi 60 tahun dan mereka adalah penduduk asal petempatan. Cadangan Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang (PBTPG) mengekalkan zon kediaman bagi kedua-dua perkampungan ini, adalah merupakan sokongan kepada pembangunan Pasir Gudang (Rancangan Tempatan Pasir Gudang 2001-2020, 2006). Oleh yang demikian, infrastruktur dan kemudahan awam yang disalurkan akan meningkatkan pembangunan perkampungan ini.

64 3.3.1 Jenis Pekerjaan Dahulu (1980) dan Sekarang (2006). Jadual 3.3 : Jenis Pekerjaan Dahulu Dan Sekarang Responden Di Kampung Tanjung Langsat Dahulu (1980) Sekarang (2006) Kenaikan/ Penurunan Sektor Pekerjaan Kekerapan Peratusan Kekerapan Peratusan (%) Perkhidmatan Teknikal/ Perkeranian/ Perniagaan 9 15.8 11 19.3 3.5 Utama Petani/ Nelayan 24 42.1 16 28.1 (14) Sekunder Kilang 18 31.6 25 43.9 12.3 Lain-lain Lain-lain 6 10.5 4 7.0 (3.5) Bersara Tiada 0 0.0 1 1.8 1.8 Jumlah 57 100.0 57 100.0 Sumber : Pengkaji Mac 2007 Jenis pekerjaan dahulu dan sekarang dibahagikan kepada 5 sektor iaitu perkhidmatan, utama, sekunder, lain-lain dan bersara. Sektor perkhidmatan merangkumi pekerjaan bahagian teknikal, perkeranian dan perniagaan, sektor utama terdiri daripada pekerjaan sebagai petani dan nelayan, sektor sekunder ialah pekerja kilang, sektor lain-lain termasuklah bekerja sendiri dan sambilan dan sektor bersara terdiri daripada mereka yang telah berpencen atau pun di tanggong oleh anak kerana telah lanjut usia. Jadual 3.3 di atas, menunjukkan taburan pekerjaan mengikut sektor. Dapatan daripada sesi temubual yang dijalankan di Kampung Tanjung Langsat terhadap 57 responden mendapati, bahawa sektor utama mencatat peratusan tertinggi, jika dibandingkan dengan sektor-sektor lain, sebelum tahun 1980 iaitu sebanyak 42.1%. Dikuti oleh sektor sekunder sebanyak 31.6% dan sektor perkhidmatan sebanyak 15.8%. Walau bagaimanapun selepas tahun 1980, sektor utama telah menunjukkan penurunan kepada 28.1% iaitu sebanyak 14%, dan di sektor sekunder telah menunjukkan peningkatan sebanyak 12.3% iaitu daripada 31.6% kepada 43.9%. Begitu juga keadaannya yang berlaku di dalam sektor perkhidmatan, di mana terdapat kenaikan sebanyak 3.5% iaitu daripada 15.8% kepada 19.3%. Ini

65 menunjukkan bahawa kebanyakan responden telah meninggalkan pekerjaan di sektor utama pergi kepada sektor perkhidmatan dan sekunder. Walau bagaimanapun terdapat lagi sebanyak 28.1% responden di sektor utama, masih mengekalkan pekerjaan lama mereka di sektor tersebut. Berdasarkan kepada data-data di atas, menunjukkan bahawa pembangunan kawasan Perindustrian Pasir Gudang telah dapat mengwujudkan banyak peluangpeluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan sekitarnya. Kesan daripada pertambahan ini telah dapat meningkatkan jumlah pendapatan penduduk dan seterusnya menaikkan tahap sosio-ekonomi mereka. Kesimpulannya, terdapat berlakunya kesan-kesan positif, dengan adanya pembangunan perindustrian di kawasan Perindustrian Pasir Gudang.

66 Jadual 3.4 : Jenis Pekerjaan Dahulu Dan Sekarang Responden Di Kampung Perigi Acheh. Sumber : Pengkaji Mac 2007 Dahulu (1980) Sekarang (2006) Sektor Pekerjaan Kekerapan Peratusan Kekerapan Peratusan Perbezaan (%) Perkhidmatan Teknikal/ Perkeranian/ Perniagaan 4 8 5 10 2 Utama Nelayan/ 37 74 12 24 (50) Petani Sekunder Kilang 7 14 32 64 50 Lain-lain Lain-lain 2 4 1 2 (2) Total 50 100 50 100 Jadual 3.4, menunjukkan taburan pekerjaan mengikut sektor di Kampung Perigi Acheh. Sebanyak 50 responden telah dipilih untuk sesi temubual. Hasil kajian menunjukkan bahawa sektor utama mancatatkan peratusan yang tertinggi sebelum tahun 1980 iaitu sebanyak 74.0 %, tetapi menurun kepada 24.0 % selepas 1980 iaitu perbezaan sebanyak 50%. Ini adalah kerana terdapatnya peluang pekerjaan di sektor sekunder dan perkhidmatan menyebabkan kebanyakan pekerja di sektor utama telah beralih ke sektor tersebut dan pertambahan sebanyak 50% di dalam sektor sekunder. Oleh yang demikian, boleh dibuat kesimpulan bahawa pembangunan kawasan perindustrian Pasir Gudang telah memberi kesan positif kerana dapat mewujudkan peluang-peluang pekerjaan baru kepada penduduk-penduduk penempatan sekitar, termasuklah di Kampung Perigi Acheh. Hasil daripada pertukaran pekerjaan daripada sektor perkhidmatan dan utama kepada sektor sekunder, telah dapat meningkatkan pendapatan dan taraf hidup yang lebih baik. Oleh yang demikian, taraf sosio-ekonomi penduduk tempatan bertambah baik dan boleh mengubah keadaan kehidupan mereka. Hasil kajian keseluruhannya mendapati, sebelum aktifnya pembangunan perindustrian Pasir Gudang pada tahun 1980, terdapat penduduk perkampungan tradisional Tanjung Langsat dan Perigi Acheh bekerja sebagai petani, nelayan, berniaga, bekerja sendiri dan lain-lain. Kebanyakan mereka bekerja di ladang-ladang

67 berhampiran seperti di Ladang Tong Heng, Ladang Hock Lim, Ladang Bukit Pulai, Ladang Pulau Tukang, Ladang Langsat, Ladang Lam Seng, Ladang Sungai Masai, Ladang Sungai Buluh, Ladang Lim Hock, Ladang Sungai Masai dan Ladang Kong Kong. Pekerjaan di ladang adalah sebagai pemotong buah kelapa sawit, penoreh getah, buruh kasar, penjaga rumah, buruh pembersihan, pembantu rumah dan sebagainya. Disebabkan oleh pengambilan tanah yang dilakukan oleh Perbadanan Johor Berhad terhadap kawasan perladangan, untuk dibangunkan sebagai kawasan perindustrian, maka kebanyakan pekerja telah kehilangan pekerjaan dan mengalih mata pencarian kepada pekerjaan lain iaitu bekerja di kilang-kilang yang dibangunkan di kawasan perindustrian. 3.3.2 Pendapatan Dahulu dan Sekarang Analisis terhadap jumlah pendapatan responden dahulu dan sekarang dibahagikan kepada tujuh katogeri iaitu di bawah RM500, antara RM500 hingga RM1000, antara RM1000 hingga RM1500, antara RM1500 hingga RM2000, antara RM2000 hingga RM2500, antara RM2500 hingga RM3000 dan RM3000 ke atas. Rajah 3.2 menunjukkan peratusan pendapatan responden di Kampung Tanjung Langsat dan 3.3 menunjukkan peratusan pendapatan responden di Kampung Perigi Acheh.

68 Perbandingan Jumlah Pendapatan Dahulu dan Sekarang (Kampung Tanjung Langsat) 60 50 50.87 40 Peratusan 30 20 10 0 21.05 1.75 29.82 29.82 19.29 21.05 5.26 10.52 0 0 1.75 3.5 5.26 Dahulu Sekarang Baw ah RM500 RM500 Hingga RM1000 RM1000 Hingga RM1500 RM1500 Hingga RM2000 RM2000 Hingga RM2500 RM2500 Hingga RM3000 RM3000 Keatas Pendapatan Sumber : Pengkaji Mac 2007 Rajah 3.1 : Jumlah Pendapatan Responden Dahulu (sebelum 1980) dan Sekarang (Tahun 2006) di Kampung Tanjung Langsat Berdasarkan Rajah 3.1, jumlah responden yang berpendapatan RM500 RM1000 ialah sebanyak 50.87% iaitu yang tertinggi di Tanjung Langsat, diikuti mereka yang berpendapatan di bawah RM500 sebanyak 21.05%, dan RM1000 RM1500 sebanyak 19.29%, sebelum tahun 1980. Selepas tahun 1980, peratusan responden yang berpendapatan RM500 hingga RM1000 menurun, dan responden yang berpendapatan antara RM1000 hingga RM1500 dan RM1500 hingga RM2000 telah meningkat. Terdapat juga responden yang menerima pendapatan melebehi RM2000. Ini menunjukkan bahawa responden yang berpendapatan melebehi RM1000 telah meningkat, di sebabkan mereka telah memegang pekerjaan baru dengan pendapatan yang lebih tinggi. Bukti ini adalah kesan positif yang diterima oleh penduduk tempatan hasil daripada terbinanya kilang-kilang di kawasan perindustrian Pasir Gudang. Keadaan yang sama berlaku di Perigi Acheh, sebagaimana dalam Rajah 3.2. Kumpulan responden yang berpendapatan antara RM500 hingga RM1000 mengatasi kumpulan pendapatan yang lain-lain iaitu sebanyak 58.0% sebelum tahun 1980. Walau bagaimanapun, selepas 1980 jumlah mereka sama ramai dengan merekamereka yang berpendapatan RM1000 hingga RM1500 iaitu sebanyak 38.0%. Oleh

69 yang demikian boleh dibuat kesimpulan bahawa peningkatan pendapatan responden di kedua-dua buah kampung merupakan kesan positif hasil daripada terbinanya kilang-kilanag dalam kawasan pembangunan Pasir Gudang. Perbandingan Jumlah Pendapatan Dahulu dan Sekarang (Perigi Acheh) 70 60 58 50 Peratusan 40 30 20 18 38 38 20 16 Dahulu Sekarang 10 0 4 Baw ah RM500 RM500 Hingga RM1000 RM1000 Hingga RM1500 4 RM1500 Hingga RM2000 2 2 RM2000 RM2500 Hingga Hingga RM2500 RM3000 Jumlah Pendapatan Sumber : Pengkaji Mac 2007 Rajah 3.2 : Jumlah Pendapatan Responden Dahulu (Sebelum 1980) dan Sekarang (Tahun 2006) di Kampung Perigi Acheh 3.3.3 Pembangunan Infrastruktur Keadaan jalanraya yang baik dan sempurna dapat memudah dan memendekkan masa perjalanan dari kawasan Kampung Tanjung Langsat dan Perigi Acheh ke Pasir Gudang, Masai dan kawasan lain di sekitar. Oleh yang demikian penduduk perkampungan ini boleh menggunakan kenderaan sendiri seperti motosikal dan kereta sebagai pengangkutan berulang-alik. Bagi mereka yang bekerja di luar kawasan kampung, masih boleh terus tinggal di kampung kerana keadaan jalan yang baik dan masa perjalanan yang pendek.

70 Jadual 3.5 : Perbezaan Keadaan Jalan, Jarak dan Masa Perjalanan Dahulu dan Sekarang untuk berulang-alik dari Masai ke Kampung Tanjung Langsat dan Perigi Acheh Bil Butiran Dari Tanjung Langsat Perigi Acheh Dahulu Sekarang Beza (%) Dahulu Sekarang Beza (%) 1 Keadaan Jalan Masai Tanah Merah Jalan Tar Tanah Merah Jalan Tar 2 Jarak (km) Masai 22 14 8 36.36 20 12 8 40 Masa 3 perjalanan Masai 45 16 29 64.44 40 14 26 65 Sumber : Pengkaji Mac 2007 Jadual 3.5, menunjukkan perbezaan keadaan jalan, jarak dan masa perjalanan dahulu dan sekarang bagi perjalanan ulang-alik dari Pusat Bandar Masai ke Kampung Tanjung Langsat dan Perigi Acheh. Berdasarkan kajian dan pengamatan di Kampung Tanjung Langsat, keadaan jalan dahulu ialah jalan tanah merah melalui ladang kelapa sawit sejauh 22 km, tetapi setelah pembangunan kawasan perindustrian Pasir Gudang/Tanjung Langsat, jalan baru bertar telah dibina. Pembinaan jalan baru mengikut perancangan susun-atur yang lebih teratur mempunyai jarak lebih pendek iaitu 14 km iaitu perbezaan sebanyak 8 km atau 36.36 %. Masa perjalanan dapat dikurangkan daripada 45 minit kepada 16 minit dengan penjimatan masa sebanyak 29 minit atau 64.44%, di mana hitung panjang masa perjalanan dahulu ialah 2.05 minit dan sekarang 1.14 minit setiap kilometer iaitu perbezaan sebanyak 0.91 minit. Keadaan yang sama juga berlaku di Kampung Perigi Acheh, di mana keadaan jalan dahulu bagi perjalanan ulang-alik dari Kampung Perigi Acheh/ Masai, ialah jalan tanah merah melalui ladang kelapa sawit sejauh 20 km. Setelah ada pembangunan kawasan perindustrian Pasir Gudang/Tanjung Langsat, jalan baru bertar telah dibina. Pembinaan jalan baru mengikut perancangan leaut yang lebih teratur adalah lebih pendek iaitu 12 km dan perbezaan sebanyak 8 km atau 40.0 peratus dan dapat menjimatkan masa perjalanan daripada 40 minit kepada 14 minit

71 iaitu penjimatan masa sebanyak 26 minit atau 65.0 peratus. Hitung panjang masa perjalanan dahulu ialah 2 minit dan sekarang 1.17 minit setiap km, perbezaan sebanyak 0.83 minit. Jadual 3. 6 : Kekerapan Ulang-alik Dari Kampung Ke Luar Kampung Bagi Responden Di Tanjung Langsat Dan Perigi Acheh Tanjung Langsat Perigi Aceh Perjalanan Kekerapan Peratusan Kekerapan Peratusan Harian 33 57.9 25 50 Mingguan 3 5.3 3 6 Bulanan 13 22.8 13 26 Jarang-jarang 8 14 9 18 Jumlah 57 100 50 100 Sumber : Pengkaji Mac 2007 Jadual 3.6 menunjukkan kekerapan perjalanan berulang-alik keluar masuk kampung, setiap responden di Kampung Tanjung Langsat dan Perigi Acheh. Terdapat sebanyak 57.9% perjalanan (Harian), 5.3% perjalanan (Mingguan), 22.8% perjalanan (Bulanan) dan 14.0% perjalanan (Jarang-jarang), di Tanjung Langsat, sementara 50.0% bagi perjalanan (Harian), 6.0% perjalanan (Mingguan), 26.0% perjalanan (Bulanan) dan 18.0% perjalanan (Jarang-jarang), di Perigi Acheh. Ini menunjukkan bahawa lebih 50 peratus penduduk kedua-dua buah kampung berulangalik setiap hari untuk keluar masuk kampung.

72 Di bawah adalah kiraan penjimatan masa perjalanan di Tanjung Langsat. a) Masa penjimatan/ satu trip = 29 minit b) Satu trip = 2 perjalan ulang-alik c) Andaian hari bekerja harian = 5 hari seminggu Formula ; d) Jumlah masa perjalan setahun = penjimatan masa x (Jumlah trip perjalanan) e) Jumlah trip perjalanan = trip perjalanan x jumlah minggu x jumlah bulan Perjalanan Harian = 29 x ( 2 x 5 x 4 x 12 ) = 29 ( 480 ) = 13,920 minit = 13,920/60 = 232 jam/setahun Perjalanan Mingguan = 29 ( 2 x 1 x 4 x 12 ) = 29 ( 96 ) = 2,784 minit = 2,784/60 = 46 jam 24 minit Perjalanan Bulanan/ = 29 ( 2 x 1 x 1 x 12 ) Jarang-jarang = 29 ( 24 ) = 696 minit = 696/60 = 11 jam 36 minit Berdasarkan kiraan, jumlah trip yang dibuat oleh penduduk Tanjung Langsat ialah sebanyak 480 trip perjalanan harian dengan penjimatan 232 jam/ setahun, 96 trip perjalanan mingguan dengan penjimatan 46 jam 24 minit/ setahun dan 24 trip perjalanan bulanan dan jarang-jarang dengan penjimatan masa dianggarkan sebanyak 11 jam 36 minit/ setahun.

73 Jadual 3.7 : Jumlah Perjalanan Setiap Keluarga Bagi Tempuh Setahun di Tanjung Langsat Perjalanan (%) Jumlah Jam Jumlah Keluarga/ Jumlah Jam Perjalanan Perjalanan/tahun Penduduk Perjalanan Keluarga Harian 57.9 232 427 99134 Mingguan 5.3 46 39 1815 Bulanan 22.8 12 168 1952 Jarang-jarang 14 12 103 1199 Jumlah 100 738 104099 Sumber : Pengkaji Mac 2007 Jadual 3.7 menunjukkan, jumlah perjalanan setiap keluarga bagi tempuh setahun di Tanjung Langsat. Jumlah keseluruhan penduduk Tanjung Langsat ialah seramai 738 orang. Dengan membuat andaian setiap penduduk terlibat dengan perjalanan (Harian), (Mingguan), (Bulanan) dan (Jarang-jarang), maka terdapat 427 orang terlibat dengan perjalanan Harian, 39 orang terlibat dengan perjalanan Mingguan, 168 orang terlibat dengan perjalanan Bulanan dan 103 orang terlibat dengan perjalanan Jarang-jarang, melibatkan jumlah keseluruhan penjimatan masa sebanyak 104,099 jam.

74 Di bawah adalah kiraan penjimatan masa perjalanan di Perigi Acheh. Perjalanan Harian = 26 ( 2 x 5 x 4 x 12 ) = 26 ( 480 ) = 12,480 minit = 12,480/60 = 208 jam/setahun Perjalanan Mingguan = 26 ( 2 x 1 x 4 x 12 ) = 26 ( 96 ) = 2,496 minit = 2,496/60 = 41 jam 36 minit/ setahun Perjalanan Bulanan/ = 26 ( 2 x 1 x 1 x 12 ) Jarang-jarang = 26 ( 24 ) = 624 minit = 624/60 = 10 jam 24 minit Berdasarkan kiraan, jumlah trip yang dibuat oleh penduduk Perigi Acheh ialah sebanyak 480 trip perjalanan harian dengan penjimatan 208 jam/ setahun, 96 trip perjalanan mingguan dengan penjimatan 41 jam 36 minit/ setahun dan 24 trip perjalanan bulanan dan jarang-jarang dengan penjimatam masa di anggarkan sebanyak 10 jam 24 minit/ setahun.

75 Jadual 3.8 : Jumlah Perjalanan Setiap Keluarga bagi Tempuh Setahun di Perigi Acheh Perjalanan (%) Jumlah Jam Jumlah Keluarga/ Jumlah Jam Perjalanan Perjalanan/tahun Penduduk Perjalanan Keluarga Harian 50 208 251 52208 Mingguan 6 42 30 1253 Bulanan 26 10 131 1357 Jarang-jarang 18 10 90 940 Jumlah 100 270 502 55758 Sumber : Pengkaji Mac 2007 Jadual 3.8 menunjukkan, jumlah perjalanan setiap keluarga bagi tempuh setahun di Perigi Acheh. Jumlah keseluruhan penduduk Perigi Acheh ialah seramai 502 orang. Dengan membuat andaian setiap penduduk terlibat dengan perjalanan (Harian), (Mingguan), (Bulanan) dan (Jarang-jarang), maka terdapat 251 orang terlibat dengan perjalanan Harian, 30 orang terlibat dengan perjalanan Mingguan, 131 orang terlibat dengan perjalanan Bulanan dan 90 orang terlibat dengan perjalanan Jarang-jarang, melibatkan jumlah keseluruhan penjimatan masa sebanyak 55,758 jam. Berdasarkan fakta-fakta di atas, telah berlaku penjimatan masa bagi setiap perjalanan, kesan daripada pembinaan jalan baru dan yang dapat memendekkan jarak perjalanan. Penjimatan masa boleh digunakan untuk perkara-perkara seperti berikut:- a) Nelayan dan petani boleh menjalankan kegiatan di sektor lain bagi menambah pendapatan. b) Penduduk kampung dapat berulang-alik menjalankan urusan di Pusat Bandar Masai atau ke lain-lain tempat dengan lebih cepat. c) Bagi pelancong-pelancong yang hendak melawat ke perkampungan nelayan Tanjung Langsat dan Perigi Acheh dapat mempercepatkan

76 masa perjalanan dan laluan lebih mudah menyebabkan kedatangan lebih ramai pelancong. d) Bagi penduduk kampung yang mampu, mereka boleh menggunakan kenderaan sendiri seperti kereta dan motorsikal untuk perjalanan berulang-alik. e) Bagi penduduk kampung yang bekerja di luar kawasan kampung, akan mudah berulang-alik dan perjalanan lebih cepat dan selesa. f) Di segi ekonomi merupakan kemudahan jalan pengangkutan bagi mengangkut barangan. Kesimpulannya dengan adanya infrastruktur yang baik, dapat memendek dan menjimatkan masa perjalan ulang-alik ke kedua-dua buah kampung iaitu Tanjung Langsat dan Perigi Acheh. Ini membuktikan bahawa kesan positif dan limpahan yang berlaku hasil daripada pembangunan perindustrian Pasir Gudang. Walau bagaimanapun peningkatan taraf jalanraya hanya di lakukan oleh PBTPG di dalam kawasan pembangunan perindustrian Pasir Gudang sahaja, tidak di dalam kawasan perkampungan. Keadaan jalan di dalam kawasan perkampungan masih berada di tahap lama, yang dibangunkan oleh Pejabat Daerah Johor Bahru. Oleh yang demikian semasa kajian dijalankan, terdapat responden telah memberikan cadangan menaik taraf jalan kampung seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 3.9.

77 Jadual 3.9 : Cadangan Naik Taraf Jalan oleh Responden Kampung Tanjung Langsat dan Perigi Acheh Tanjung Langsat Perigi Aceh Cadangan Kekerapan Peratusan Kekerapan Peratusan Ya 57 100 46 92 Tidak 0 0 4 8 Jumlah 57 100 50 100 Sumber : Pengkaji Mac 2007 Jadual 3.9 menunjukkan, daripada 57 responden di Tanjung Langsat, sebanyak 100.0% responden mencadangkan (ya) iaitu cadangan menaik taraf jalan kampung. Begitu juga keadaannya di Kampung Perigi Acheh, sebanyak 92.0% responden menyatakan (ya). Ini membuktikan bahawa keadaan jalanraya di dalam kawasan perkampungan, perlu di tingkatkan, iaitu dengan cara menaiktaraf dan di baikpulih, supaya keadaan lalulintas dapat berjalan lancar. 3.3.4 Penyediaan Lampu Jalan Jadual 3.10 : Responden Tanjung Langsat dan Perigi Acheh yang mencadangkan penyediaan lampu jalan Cadangan Tanjung Langsat Perigi Acheh (%) (%) Ada 100 86 Tiada 0 14 100 100 Sumber : Pengkaji Mac 2007

78 Jadual 3.10 menunjukkan, daripada 57 responden di Tanjung Langsat, sebanyak 100.0% responden mencadangkan (ya) iaitu cadangan menyediakan lampu jalan kampung, sementara di Kampung Perigi Acheh, daripada 50 responden, sebanyak 86.0% responden menyatakan (ya). Ini menunjukkan keperluan lampu jalan bagi keselamatan perjalanan di waktu malam. Kenapa perlunya disediakan lampu jalan akan diterangkan di dalam perkara 3.5.9 (Kes Kecurian dan Penagihan Dadah) 3.3.5 Tahap Pendidikan Anak-anak Isi Rumah Tahap pendidikan adalah sesuatu yang amat penting dan merupakan tiket untuk mencapai sesuatu kejayaan. Tahap kesempurnaan pencapaian akademik dijadikan ukuran bagi mendapatkan sesuatu jawatan. Bagi mendapat jawatan yang baik di kilang-kilang yang terdapat di kawasan pembangunan industri Pasir Gudang, anak-anak tempatan perlu mempunyai kelulusan yang setaraf dengan kelayakan, seperti mana pekerja lain. Kalau tidak, mereka hanya layak bagi jawatan peringkat rendah sahaja. Di dalam sesi temubual, kajian dijalankan untuk mengetahui tahap pendidikan anak-anak responden. Tahap pendidikan anak-anak responden adalah bermaksud tahap tertinggi tingkat pendidikan yang diperolehi oleh mereka. Data di bawah adalah tahap pencapaian kelulusan setakat akhir tahun 2006.

79 Jadual 3. 11 : Tahap Pendidikan Anak-anak Responden di Kampung Tanjung Langsat dan Perigi Acheh Tanjung Langsat Perigi Acheh Jumlah Taraf Pendidikan Kekerapan Peratusan Kekerapan Peratusan Kekerapan Keseluruhan Peratus Tidak Sekolah 14 6.9 14 8.2 28 7.5 UPSR 57 27.9 51 30.0 108 28.9 PMR 55 27.0 41 24.1 96 25.7 SPM 62 30.4 51 30.0 113 30.2 STPM 7 3.4 5 2.9 12 3.2 IPT 9 4.4 8 4.7 17 4.5 Jumlah 204 100.0 170 100.0 374 100 Sumber : Pengkaji Mac 2007 35.0 Peratusan Taraf Pendidikan Anak-anak Responden Peratusan 30.0 25.0 20.0 15.0 10.0 5.0 Tanjung Langsat Perigi Acheh Keseluruhan 0.0 Tidak Sekolah UPSR PMR SPM STPM IPT Taraf Pendidikan Sumber : Pengkaji Mac 2007 Rajah 3.3 : Graf Perbandingan Tahap Pendidikan Anak-anak Responden Mengikut Di Tanjung Langsat, Perigi Acheh dan keseluruhan Jadual 3.11 dan Rajah 3.3, menunjukkan tahap pendidikan anak-anak responden di kedua-dua buah kampung, setakat akhir tahun 2006. Hasil kajian

80 menunjukkan bahawa terdapat sebanyak 27.9% mereka yang berkelulusan Ujian Pepereksaan Sekolah Rendah (UPSR), 27.0% Pepereksaan Menengah Rendah (PMR), 30.4% Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), 3.4% Sijil Tinggi Persekolahan (STPM) dan 4.4% tahap Institusi Pengajian Tinggi (IPT), di kalangan anak-anak responden di Tanjung Langsat, sementara 30.0% UPSR, 24.1% PMR, 30.0 % SPM, 2.9% STPM dan 4.7% tahap IPT, di Perigi Acheh. Ini menunjukkan bahawa walaupun pembangunan perindustrian Pasir Gudang telah berlalu selama 34 tahun iaitu daripada tahun 1972 hingga 2006, tetapi pencapaian dari segi pendidikan anakanak tempatan masih belum menunjukkan kemajuan yang banyak. Oleh yang demikian, perhatian di segi pendidikan anak-anak tempatan perlu diberikan, supaya mereka dapat melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi dan dapat mengisi jawatan penting di kilang-kilang dalam kawasan perindustrian Pasir Gudang. Apa pun, peringkat kelulusan sedia ada yang dimiliki oleh anak-anak tempatan telah membolehkan mereka mendapat pekerjaan yang setaraf dengan kelulusan mereka. 3.3.6 Pemilikan Rumah dan Tanah Dahulu dan Sekarang Jadual 3.12 : Pemilikan Rumah Responden di Tanjung Langsat Pemilikan Rumah Dahulu Sekarang Kekerapan Peratusan Kekerapan Peratusan Sendiri 44 77 54 95 Menumpang 5 9 1 2 tiada 8 14 2 4 Jumlah 57 100 57 100 Sumber : Pengkaji Mac 2007

81 Jadual 3.13 : Pemilikan Tanah Responden di Tanjung Langsat Pemilikan Tanah Dahulu Sekarang Kekerapan Peratusan Kekerapan Peratusan Sendiri 20 35 24 42 Menumpang 21 37 1 2 tiada 16 28 32 56 Jumlah 57 100 57 100 Sumber : Pengkaji Mac 2007 Jadual 3.12 dan 3.13, data menunjukkan berlakunya peningkatan pemilikan rumah daripada 77.0% pada tahun 1980 (dahulu) kepada 95.0% sebelum tahun 2006 (sekarang) dan peningkatan pemilikan tanah daripada 35.0% sebelum tahun 1980 kepada 42.0% pada tahun 2006, di Tanjung Langsat. Ini menggambarkan bahawa, wujudnya pembangunan Pasir Gudang telah membuka peluang pekerjaan kepada penduduk kampung persekitaran, sekaligus membawa kepada pertambahan pendapatan. Oleh yang demikian, membolehkan mereka mampu untuk membeli rumah dan tanah. Jadual 3.14 : Pemilikan Rumah Responden di Perigi Acheh Pemilikan Rumah Dahulu Sekarang Kekerapan Peratusan Kekerapan Peratusan Sendiri 31 62 47 94 Menumpang 6 12 2 4 tiada 13 26 1 2 Jumlah 50 100 50 100 Sumber : Pengkaji Mac 2007

82 Jadual 3.15 : Pemilikan Tanah Responden di Perigi Acheh Pemilikan Tanah Dahulu Sekarang Kekerapan Peratusan Kekerapan Peratusan Sendiri 19 38 23 46 Menumpang 13 26 1 2 tiada 18 36 26 52 Jumlah 50 100 50 100 Sumber : Pengkaji Mac 2007 Jadual 3.14 dan 3.15, data menunjukkan berlakunya peningkatan pemilikan rumah daripada 62.0% pada tahun 1980 (dahulu) kepada 94.0% pada tahun 2006 (sekarang) dan peningkatan pemilikan tanah daripada 38.0% sebelum tahun 1980 kepada 46.0% pada tahun 2006, di Perigi Acheh. Ini menggambarkan bahawa, wujudnya pembangunan Pasir Gudang telah membuka peluang pekerjaan kepada penduduk kampung persekitaran, sekaligus membawa kepada pertambahan pendapatan. Oleh yang demikian, membolehkan mereka mampu untuk membeli rumah dan tanah. 3.3.7 Pemilikan Pekakas Rumah Dahulu dan Sekarang Setelah menganalisis data-data dari segi pekerjaan, pendapatan, pemilikan tanah dan rumah, didapati bahawa pembangunan perindustrian Pasir Gudang telah memberikan banyak kesan positif terhadap tahap sosio-ekonomi penduduk di sekitarnya. Bagi menguatkan lagi hujah berlakunya kesan-kesan tersebut, kita melihat pula perbandingan pemilikan harta responden, dahulu dan sekarang di keduadua buah perkampungan. Jadual 3.16 dan 3.17 menunjukkan pemilikan harta responden seperti kereta, motor, basikal, lori, pendingin udara, kipas angin, dapur gas, televisyen, radio, kerusi meja dan telefon bimbit, di Tanjung Langsat dan Perigi Acheh.

83 Jadual 3.16 : Pemilikan Harta Tanjung Langsat Pemilikan Dahulu Sekarang Kereta Kekerapan Peratusan Kekerapan Peratusan Ada 1 2 37 65 Tiada 56 98 20 35 Jumlah 57 100 57 100 Motor Kekerapan Peratusan Kekerapan Peratusan Ada 15 26 42 74 Tiada 42 74 15 26 Jumlah 57 100 57 100 Basikal Kekerapan Peratusan Kekerapan Peratusan Ada 1 2 3 5 Tiada 56 98 54 95 Jumlah 57 100 57 100 Lori Kekerapan Peratusan Kekerapan Peratusan ada 1 2 2 4 tiada 56 98 55 96 Jumlah 57 100 57 100 Pendingin Udara Kekerapan Peratusan Kekerapan Peratusan ada 1 2 8 14 tiada 56 98 49 86 Jumlah 57 100 57 100 Kipas Angin Kekerapan Peratusan Kekerapan Peratusan Ada 42 74 50 88 Tiada 15 26 7 12 Jumlah 57 100 57 100 Dapur Gas Kekerapan Peratusan Kekerapan Peratusan Ada 49 86 53 93 Tiada 8 14 4 7 Jumlah 57 100 57 100 TV dan Radio Kekerapan Peratusan Kekerapan Peratusan Ada 49 86 54 95 Tiada 8 14 3 5 Jumlah 57 100 57 100 Kerusi dan Meja Kekerapan Peratusan Kekerapan Peratusan Ada 48 84 50 88 Tiada 9 16 7 12 Jumlah 57 100 57 100 Talifon Bimbit Kekerapan Peratusan Kekerapan Peratusan Ada 13 23 45 79 Tiada 44 77 12 21 Jumlah 57 100 57 100 Sumber : Pengkaji Mac 2007.

84 Data dalam Jadual 3.16 menunjukkan peratus pertambahan pemilikan kenderaan bermotor seperti kereta, motor dan lori, di Tanjung Langsat, jika dibandingkan keadaan dahulu dan sekarang. Pertambahan pemilikan kereta berlaku jurang yang besar, iaitu daripada 2.0% kepada 65.0%, peningkatan sebanyak 63.0%. Pemilikan motor juga bertambah daripada 26.0% kepada 74.0% dan pemilikan lori daripada 2.0% kepada 5.0%. Ini menunjukkan bahawa, adanya pembinaan jalan yang baik dalam kawasan perindustrian Pasir Gudang boleh memendekkan masa perjalanan dan membolehkan penduduk-penduduk perkampungan menggunakan kenderaan sendiri untuk berulang-alik, sama ada ke tempat kerja atau pun ke manamana. Terdapat juga berlaku pertambahan pemilikan perkakas rumah seperti pendingin udara daripada 2.0% kepada 14.0%, kipas angin daripada 74.0% kepada 88.0%, dapur gas 86.0% kepada 93.0%, televisyen dan radio 86.0% kepada 95.0%, kerusi dan meja 84.0% kepada 88.0%, dan telefon bimbit 23.0% kepada 79.0%. Ini menunjukkan bahawa, kebanyakan penduduk di kampung Tanjung Langsat telah mempunyai kemampuan membeli alat perkakas rumah, kerana pendapatan mereka telah bertambah. Keadaan yang sama juga berlaku di Perigi Acheh, di mana terdapat peningkatan terhadap pemilikan perkakas rumah, seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 3.17.

85 Jadual 3.17 : Pemilikan Harta Responden Perigi Acheh Pemilikan Dahulu Sekarang Kereta Kekerapan Peratusan Kekerapan Peratusan Ada 0 0 30 60 Tiada 50 100 20 40 Jumlah 50 100 50 100 Motor Kekerapan Peratusan Kekerapan Peratusan Ada 18 36 37 74 Tiada 32 64 13 26 Jumlah 50 100 50 100 Basikal Kekerapan Peratusan Kekerapan Peratusan Ada 1 2 1 2 Tiada 49 98 49 98 Jumlah 50 100 50 100 Lori Kekerapan Peratusan Kekerapan Peratusan Jumlah tiada 50 100 50 100 Pendingin Udara Kekerapan Peratusan Kekerapan Peratusan Jumlah Tiada 50 100 50 100 Kipas Angin Kekerapan Peratusan Kekerapan Peratusan Ada 7 14 41 82 Tiada 43 86 9 18 Jumlah 50 100 50 100 Dapur Gas Kekerapan Peratusan Kekerapan Peratusan Ada 29 58 44 88 Tiada 21 42 6 12 Jumlah 50 100 50 100 TV dan Radio Kekerapan Peratusan Kekerapan Peratusan Ada 36 72 45 90 Tiada 14 28 5 10 Jumlah 50 100 50 100 Kerusi dan Meja Kekerapan Peratusan Kekerapan Peratusan Ada 33 66 42 84 Tiada 17 34 8 16 Jumlah 50 100 50 100 Talifon Bimbit Kekerapan Peratusan Kekerapan Peratusan Ada 20 40 41 82 Tiada 30 60 9 18 Jumlah 50 100 50 100 Sumber : Pengkaji Mac 2007 Data-data di dalam Jadual 3.17 menunjukkan, berlakunya pemilikan kereta sebanyak 60.0% di mana sebelumnya tiada seorang pun memiliki kereta. Pemilikan motor bertambah daripada 36.0% kepada 74.0% dan basikal dan lori masing-masing tiada menunjukkan pergerakan. Sementara itu peningkatan pemilikan kipas angin

86 daripada 14.0% kepada 82.0%, dapur gas 58.0% kepada 88.0%, televisyen dan radio 72.0% kepada 90.0%, kipas angin 66.0% kepada 84.0% dan telefon bimbit 40.0% kepada 82.0%. Berdasarkan data-data di atas, jelas menunjukkan telah berlaku peningkatan positif hasil daripada terbinanya kilang-kilang dan wujudnya peluang-peluang pekerjaan di kawasan perindustrian Pasir Gudang. 3.3.8 Kes Kecurian dan Penagihan Dadah Terdapatnya kes kecurian merupakan kesan negatif iaitu gejala sosial yang berlaku di kedua-dua buah perkampungan. Mengikut data kajian, sebanyak 96.4% responden di Kampung Tanjung Langsat dan 84.0% responden di Perigi Acheh, mengatakan (ada) berlaku kes kecurian di tempat mereka seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 3.18. Kejadian kes kecurian adalah lebih tinggi di Tanjung Langsat berbanding di Perigi Acheh. Ini menunjukkan keselamatan di kedua-dua buah perkampungan berada dalam keadaan tidak stabil yang menyebabkan penduduk merasa kurang tenteram. Oleh yang demikian kawalan keselamatan perlu ditingkatkan bagi menangani perkara ini. Salah satu cara untuk mengurangkan kejadian ini, cadangan penyediaan lampu jalan oleh penduduk kedua-dua buah perkampungan adalah perlu dilaksanaakan (Rujuk perkara 3.3.4).

87 Jadual 3.18 : Peratus Perbandingan Kes Kejadian Kecurian Di Tanjung Langsat Dan Perigi Acheh Tg Langsat Perigi Acheh Kejadian Kecurian Kekerapan Peratusan Kekerapan Peratusan ada 55 96.4 42 84 tiada 0 0 2 4 tidak tahu 2 3.5 6 12 Total 57 100 50 100 Sumber : Pengkaji Mac 2007 Jadual 3.19 : Peratusan Perbandingan Kes Penagihan Dadah di Kampung Tanjung Langsat dan Perigi Acheh Kes Penagihan Dadah Tanjung Langsat Perigi Acheh Kekerapan Peratusan Kekerapan Peratusan ada 53 92.9 43 86 tidak tahu 4 7.1 7 14 Total 57 100 50 100 Sumber : Pengkaji Mac 2007 Berpandukan data kaji selidik (Jadual 3.19), terhadap 57 responden di Kampung Tanjung Langsat, didapati sebanyak 92.9% daripada mereka mengatakan terdapat berlakunya kes penagihan dadah (ada), sementara sebanyak 50 responden di Kampung Perigi Acheh, 86.0% mengatakan (ada). Ini menunjukkan terdapat berlakunya gejala ketagihan dadah yang melibatkan penduduk tempatan. Jika di bandingkan kedua-dua kes iaitu kecurian dan penagihan dadah, yang terdapat di kedua-dua buah perkampungan, dengan taraf pencapaian pendidikan anak-anak penduduk (rujuk perkara 3.3.5), boleh dibuat kesimpulan bahawa, oleh kerana terdapat di kalangan mereka tidak mempunyai berpendidikan tinggi dan susah mendapatkan pekerjaan, maka mereka lebih mudah tercebur di dalam kes keruntuhan akhlak. Kes-kes begini, adalah merupakan kesan negatif daripada pembangunan di mana perubahan peningkatan kemajuan tidak selaras dengan tahap pencapaian pelajaran. Oleh yang demikian, supaya pencapaian akademik selaras dengan

88 kemajuan pembangunan, penyediaan kemudahan pendidikan seperti sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi perlu disediakan di setiap kawasan pembangunan. 3.3.9 Pengetahuan Penduduk Tentang Bahaya dan Kesan Daripada Aktiviti Perkilangan di Kawasan Pasir Gudang Berpandukan kepada data-data yang diperolehi daripada soal selidik, kebanyakan penduduk kampung tidak mengetahui tentang bahaya dan kesan daripada aktiviti kilang-kilang yang beroperasi di kawasan perindustrian Pasir Gudang. Terutamanya tentang bagaimana dan cara menyelamatkan diri, apabila berlaku kecemasan seperti kebakaran kilang, kebocoran gas beracun dan sebagainya. Jadual 3.20 menunjukkan peratusan responden di Kampung Tanjung Langsat dan Perigi Acheh, yang mengetahui tentang bahaya dan kesan daripada aktiviti perkilangan di kawasan perindustrian Pasir Gudang. Jadual 3.20 : Pengetahuan Responden Di Kampung Tanjung Langsat dan Perigi Acheh Tentang Bahaya Aktiviti Perindustrian Kampung Tanjung Langsat Kampung Perigi Acheh Pengetahuan Kekerapan Peratusan Kekerapan Peratusan Tahu 12 21 11 22 Tidak Tahu 45 79 39 78 Jumlah 57 100 50 100 Sumber : Pengkaji Mac 2007 Terdapat sebanyak 21.0% responden di Kampung Tanjung Langsat, dan 22.0% responden di Perigi Acheh, menyatakan "tahu", tentang bahaya dan kesan daripada aktiviti perkilangan di kawasan perindustrian Pasir Gudang, sementara 79.0% responden Kampung Tanjung Langsat dan 78.0% responden di Perigi Acheh menyatakan "tidak tahu". Ini menunjukkan lebih 78.0% responden bagi kedua-dua buah kampung tidak mengetahui tentang bahaya dan kesan daripada aktiviti perkilangan di kawasan perindustrian Pasir Gudang. Kalangan mereka yang

89 mengetahuinya adalah pekerja kilang yang bekerja di Pasir Gudang. Oleh yang demikian penduduk tempatan, perlu diberikan pengetahuan cara dan bagaimana mengatasi masalah jika berlaku bencana. Kesimpulannya, kesan bahaya boleh menimpa kepada penduduk tempatan jika sekiranya berlaku sesuatu yang tidak di duga, malangnya mereka sendiri tidak mengetahuinya. Oleh yang demikian langkahlangkah awal dan pencegahan perlu dilakukan oleh pihak-pihak yang betanggong jawab. 3.3.10 Kesan Pencemaran Jadual 3.21 : Pendapat Responden Terhadap Kesan Pencemaran di Kampung Tanjung Langsat dan Perigi Acheh Ulasan responden Tanjung Langsat Perigi Acheh Kekerapan Peratusan Kekerapan Peratusan Masalah Alam Sekitar (Bunyi) Ada Pencemaran 13 23 11 22 Tiada Pencemaran 44 77 39 78 Jumlah 57 100 50 100 Masalah Alam Sekitar (Banjir) Ada Pencemaran 6 11 5 10 Tiada Pencemaran 51 89 45 90 Jumlah 57 100 50 100 Masalah Alam Sekitar (Sampah Sarap) Ada Pencemaran 8 14 8 16 Tiada Pencemaran 49 86 42 84 Jumlah 57 100 50 100 Masalah Alam Sekitar (Hakisan) Ada Pencemaran 9 16 16 32 Tiada Pencemaran 48 84 34 68 Jumlah 57 100 50 100 Masalah Alam Sekitar (Bau) Ada Pencemaran 41 72 35 70 Tiada Pencemaran 16 28 15 30 Jumlah 57 100 50 100 Masalah Alam Sekitar (Udara) Ada Pencemaran 8 14 7 14 Tiada Pencemaran 49 86 43 86 Jumlah 57 100 50 100

90 Semasa sesi soal selidik dijalankan, beberapa persoalan telah diajukan untuk mendapatkan reaksi responden terhadap keadaan pencemaran di kedua-dua buah perkampungan. Jadual 3.21 menunjukkan data pendapat responden terhadap kesan pencemaran di Kampung Tanjung Langsat dan Perigi Acheh. Kesan pencemaran yang dimaksudkan ialah mengenai pencemaran bunyi, banjir, keadaan sampah sarap, hakisan, bau dan pencemaran udara. Hasil kajian menunjukkan kesemua kesan pencemaran berada pada kadar di bawah paras 30.0%, kecuali pencemarana bau sebanyak 72.0% di Kampung Tanjung Langsat dan 70.0% di Perigi Acheh. Ini adalah disebabkan oleh kedudukan Tapak Pelupusan Sampah yang dibangunkan oleh PBTPG, terlalu hampir iaitu lebih kurang 2 km daripada kawasan perkampungan. Keadaan bau busuk akan bertambah kuat terutamanya apabila berlakunya hujan. Walaupun daripada sosl selidik mendapati pencemaran lain, selain daripada bau busuk berada pada tahap rendah, tetapi daripada hasil penelitian mendapati berlaku kesan bunyi daripada injin kapal terbang yang turun naik di Lapangan Terbang Changi, Singapura, melintasi ruang udara kedua-dua buah perkampungan. Namun, pendapat sesetengah penduduk mereka telah lali dengan bunyi bising tersebut dan bukan merupakan satu gangguan kepada mereka, malahan menjadi petunjuk waktu. 3.4 Rumusan Hasil daripada kajian yang telah dijalankan, terdapat lebih banyak kesan positif, jika dibandingkan dengan kesan negatif, hasil daripada pembangunan industri Pasir Gudang. Kesan positif ialah pengwujudan peluang pekerjaan baru yang menjurus kepada peningkatan jumlah pendapatan yang lebih tinggi, dan membawa kepada peningkatan taraf hidup, pendidikan, pemilikan harta dan sebagainya di kalangan penduduk perkampungan tradisional Tanjung Langsat dan Perigi Acheh. Hasil daripada peningkatan ini ia secara tidak langsung dapat meningkatkan pula tahap sosio-ekonomi penduduk perkampungan ini dan mengubah corak dan cara kehidupannya. Peningkatan tersebut adalah disebabkan adanya pembinaan infrastuktur yang lebih baik yang boleh memendek dan menjimatkan masa

91 perjalanan keluar masuk kampung dan pembinaan kilang-kilang serta pelabuhan yang dapat mengwujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan. Namun begitu masih terdapat kesan-kesan negatif hasil daripada pembangunan, iaitu berlaku keadaan pencemaran, seperti pencemaran air, alam sekitar, bau busuk, bising injin kapal terbang, hakisan pantai dan kepupusan kawasan pembiakan ikan dan batasan kawasan menangkap ikan. Di segi keselamatan, memandangkan terdapatnya beberapa kes kejadian kecurian dan penagihan dadah, penduduk kawasan kedua-dua buah perkampungan, berada di dalam keadaan kurang selesa. Walau bagaimanapun, oleh kerana ianya telah dan sedang berlaku, tindakantindakan pencegahan perlu dilakukan bagi tujuan menerus dan meminimakan kesankesan tersebut pada masa hadapan. Tindakan-tindakan pengawalan perlulah dilakukan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab, khususnya Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pihak Perkuasa Tempatan Pasir Gudang (PBTPG), Jabatan Laut, Jabatan Perikanan dan Polis Di Raja Malaysia.

92 BAB 4 CADANGAN KAJIAN 4.1 Pengenalan Bahagian ini membincangkan rumusan penemuan kajian daripada penyelidikan yang telah dijalankan serta bagi menjawab persoalan-persoalan penyelidikan yang telah digariskan. Pertamanya, mengenai ciri-ciri impak limpahan pembangunan perindustrian Pasir Gudang yang berlaku terhadap perkampungan tradisional di pinggirnya dan keduanya, mengenai tahap impak limpahan pembangunan perindustrian yang dialami oleh penduduk kampung pinggir pembangunan dari segi fizikal dan bukan fizikal. Bab ini juga akan menyarankan beberapa cadangan yang akan dijadikan panduan bagi menggalakkan pembangunan secara mampan di kampung-kampung tradisional khususnya Kampung Tanjung Langsat dan Perigi Acheh. Setelah dijalankan kaji selidik terhadap ketua isi rumah perkampungan tersebut, beberapa kesan positif dan negatif telah dikenalpasti, hasil daripada pembangunan Perindustrian Pasir Gudang. Oleh yang demikian untuk memastikan kedudukan perkampungan ini tidak terus terpinggir di dalam arus pembangunan, maka di dalam bab ini beberapa cadangan diberikan bagi tujuan tersebut.

93 4.2 Cadangan Peningkatan Infrastruktur dan Kemudahan Awam Cadangan peningkatan infrastruktur dan kemudahan awam, termasuklah pembangunan jalanraya, penyediaan lampu jalan, pembangunan kampung tradisional menggunakan pendekatan Pusat Pertumbuhan Desa (PPD), pembangunan kawasan rekreasi dan pengekalan hutan bakau. 4.2.1 Pembangunan Jalanraya Berdasarkan Jadual 3.6 di dalam Bab 3, menunjukkan bahawa lebih 50.0% penduduk kedua-dua buah kampung berulang-alik setiap hari, keluar masuk kampung dan menggunakan jalan sebagai alat perhubungan. Walau bagaimanapun peningkatan taraf jalanraya hanya di lakukan oleh PBTPG di dalam kawasan pembangunan perindustrian Pasir Gudang sahaja, tidak di dalam kawasan perkampungan. Keadaan jalan di dalam kawasan perkampungan masih berada di taraf lama, yang dibangunkan oleh Pejabat Daerah Johor Bahru. Jadual 3.9 Bab 3, menunjukkan, daripada 57 responden di Tanjung Langsat, sebanyak 100.0% responden mencadangkan (ya) iaitu cadangan menaik taraf jalan kampung. Begitu juga keadaannya di Kampung Perigi Acheh, sebanyak 92.0% responden menyatakan (ya). Ini membuktikan bahawa keadaan jalanraya di dalam kawasan perkampungan, masih kurang baik dan perlu di tingkatkan, dengan cara menaik taraf dan di baikpulih, supaya keadaan lalulintas dapat berjalan lancar dan memberi keselesaan dan kemudahan kepada penduduk. Hasil daripada pemerhatian mendapati, masih ada keadaan jalan yang kurang elok dan tidak menepati piawaian Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, bagi pembangunan sesebuah kawasan kediaman. Umpamanya pelebaran jalan utama bagi pembangunan sesebuah perkampungan yang mengandungi Jalan Pengumpul (collector road) berukuran lebar 66 kaki dan jalan susur (service road), berukuran lebar 40 kaki. Selain daripada itu, dengan adanya jalan yang lebih baik akan menghubungkan perkampungan ini dengan dunia luar yang membolehkan satu perjalanan ulang-alik yang lebih mudah dan menjimatkan masa. Kesannya, ia boleh

94 mengaktifkan pergerakan, meningkatkan kegiatan ekonomi dan sosial dan menarik lebih ramai pelancong ke kawasan ini. 4.2.2 Penyediaan Lampu Jalan Berdasarkan kepada kaji selidik, terhadap 57 responden di Kampung Tanjung Langsat, didapati sebanyak 96.4% daripada mereka mengatakan terdapat berlakunya kes kecurian (ada), sementara terhadap 50 responden di Kampung Perigi Acheh, sebanyak 84.0%. mengatakan (ada). Begitu juga dengan kes penagihan dadah sebanyak 92.9% di Tanjung Langsat mengatakan (ada) dan 86.0% di Kampung Perigi Acheh (Rujuk Bab 3 Jadual 3.19). Hasil daripada pemerhatian, terdapat hanya di sesetengah tempat sahaja ada disediakan lampu jalan, sementara di kebanyakan tempat lain tidak disediakan. Keadaan ini menyebabkan kawasan tersebut berada di dalam keadaan pada waktu malam dan boleh menimbulkan bahaya kepada pengguna jalanraya. Ini menunjukkan keselamatan di kedua-dua buah kampung berada dalam keadaan kurang stabil. Kajian juga mendapati terdapat 100.0 % responden di Kampung Tanjung Langsat dan 86.0 % di Kampung Perigi Acheh, mencadangkan penyediaan lampu jalan (street lighting). Jika melihat kepada data yang diperolehi, keselamatan di kedua-dua buah kampung ini berada di dalam keadaan yang kurang selamat. Oleh yang demikian perlunya penyediaan lampu jalan di sekitar perkampungan ini bagi mengurangkan kejadian yang tidak diingini. 4.2.3 Membangunkan Kampung Tradisional Terdapat dua konsep pembangunan perkampungan tradisional iaitu pendekatan Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) dan model perumahan tradisional Rancangan Kawasan Khas (RKK).

95 4.2.3.1 Pendekatan Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) Konsep Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) adalah untuk membangunkan sesebuah perkampungan/ kawasan terpencil, secara terancang dan tersusun bagi memastikan kampung tradisional turut maju dan membangun, selari dengan arus pembangunan negara (Kertas cadangan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor - 1985 iaitu Penyediaan Pelan Pusat Pertumbuhan Desa Kampung Semaloi, Mersing, Johor). Tujuan penubuhan Pusat Pertumbuhan Desa adalah seperti berikut:- a) Kemudahan awam dan infrastruktur dapat dibangunkan dengan lebih lengkap dan memenuhi keperluan penduduk tempatan, terutamanya mereka yang terlibat di dalam rancangan Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT). b) Menyusun sesebuah perkampungan, supaya lebih teratur dengan satu cadangan susunatur yang lebih baik. Dalam konteks kajian ini, ia berperanan sebagai pusat pertumbuhan baru bagi menyokong pembangunan kawasan Perindustrian Pasir Gudang. c) Membolehkan aktiviti ekonomi penduduk tempatan, dijalankan secara lebih tersusun. Dalam konteks kajian ini, aktiviti perikanan di kawasan kajian boleh dikembangkan, tidak hanya tertumpu kepada aktiviti penangkapan ikan semata-mata, tetapi ia boleh dikembangkan kepada aktiviti-aktiviti hiliran seperti perusahaan membuat keropok, ikan masin dan sebagainya. 4.2.3.2 Model Perumahan Tradisional Rancangan Kawasan Khas (RKK) Penyediaan Pelan Pembangunan terbahagi kepada empat iaitu Rancangan Fizikal Negara (RFN), Rancangan Struktur Negeri (RSN), Rancangan Tempatan Daerah (RTD) dan Rancangan Kawasan Khas (RKK). Walaupun lokasi kedua-dua buah kampung iaitu Kampung Tanjung Langsat dan Perigi Acheh terpencil dan

96 dikelilingi oleh kawasan perindustrian, tetapi ianya masih berada di dalam kawasan Wilayah Pembangunan Iskandar, yang sedang dimajukan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor dan Kerajaan Persekutuan. Oleh yang demikian, perlunya penyediaan pelan Rancangan Kawasan Khas (RKK) bagi kedua-dua kampung ini, sebagai model sebuah perkampungan tradisional tersusun dengan kemudahan asas yang lebih teratur. Di dalamnya boleh dibangunkan dengan pelbagai jenis bentuk perumahan tradisional dengan semua kemudahan yang serba lengkap. Walaupun kedudukan perkampungan ini jauh daripada Bandaraya Johor Bahru, tetapi ianya sangat hampir dengan pembangunan kilang-kilang dan Pelabuhan Tanjung Langsat dan Pelabuhan Pasir Gudang. Bagi menyokong dan melengkapkan pembangunan sesebuah kawasan perindustrian, kedua-dua buah kampung ini boleh menyediakan kemudahan sokongan sebagai kawasan kediaman untuk pekerja seperti apartment,rumah pekerja dan rumah tempat persinggahan pekerja kapal, industri, pelabuhan dan pelancong iaitu model perumahan perkampungan tradisional yang selamat. Memandangkan terdapat beberapa lokasi menarik di kawasan pantai keduadua buah kampung, yang boleh menarik kedatangan pelancong, perlunya ada tempat penginapan pelancong seperti pembinaan chalet dan pengenalan aktiviti pelancongan berkonsepkan home stay. Penyediaan perumahan pekerja kilang dan kemudahan-kemudahan secara bersepadu dalam kawasan perkampungan tradisional mengikut parameter asas piawaian bagi perumahan pekerja kilang iaitu keperluan asas perumahan pekerja kilang, sewa yang rendah dan mampu dibayar, konsep masyarakat penyayang dan produktif dengan penyelenggaraan yang rendah (Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan Sejagat - Garis Panduan Perancangan JPBD 22/97, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malauysia (1997).

97 4.2.4 Cadangan Pembangunan Kawasan Rekreasi dan Pengekalan Hutan Bakau. Kawasan perindustrian Tanjung Langsat adalah merupakan pembesaran kepada kawasan Perindustrian Pasir Gudang, hendaklah mempunyai ciri-ciri terbaik kawasan perindustrian. Ciri-ciri ideal bagi kawasan perindustrian adalah berkomponen, berfungsi dan serasi dengan guna tanah sekitarnya, selamat dan tidak memudaratkan kehidupan penduduk dan alam sekitar, rekabentuk yang lengkap, sesuai dan serasi dengan fungsi industri serta selesa untuk pekerja dan pengunjung, berdaya maju dan dapat menyokong dan membantu industri lingkages di sekitarnya, bertaman dan indah iaitu landskap yang teratur, berfungsi dan bertanggongjawab, penyayang dan berilmu iaitu industri yang boleh meningkatkan daya kreativiti dan menambah ilmu kepada pekerja dan penduduk setempat (Garis Panduan Perancangan bagi Laluan Kemudahan Utiliti Service Protocol, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (1997). Cadangan pembangunan rekreasi di Perigi Acheh adalah kerana kawasan hutan bakau di Kampung Perigi Acheh merupakan satu aset yang berharga dan ia boleh dijadikan sebahagian daripada pusat rekreasi yang bertemakan hutan paya bakau yang boleh dijadikan sebahagian daripada landskap untuk tarikan pelancong. Pusat rekreasi ini, haruslah berlandaskan konsep Mesra Alam Sekitar (Enviromental- Friendly) dan mempunyai kemudahan awam untuk komuniti tempatan dan pengunjung luar. Selain boleh dijadikan sebagai pusat sumber rekreasi, ia juga boleh dijadikan sebagai lokasi untuk pembiakan ikan, supaya bekalan ikan tidak terputus dan nelayan dapat meneruskan pekerjaan menangkap ikan.

98 Foto 4.1 : Cadangan Pusat Rekereasi Hutan Paya Bakau, serta kemudahan lain Cadangan pengindahan pantai Tanjung Langsat dapat mengelakkan kepupusan kawasan pembiakan flora dan fauna serta pengekalan kawasan rumpai laut (stu). Rumpai laut adalah menjadi tarikan kepada hidupan akuatik untuk membiak atau sebagai tempat berteduh. Cadangan pembinaan tapak gerai di tepi pantai ini juga dapat memberikan satu suasana yang berbeza dari tempat lain, sekaligus memberi peluang kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara sambil menikmati suasana segar di tepi pantai dan melihat kapal terbang turun naik di Lapangan Terbang Changi, Singapura. Foto 4.2 : Cadangan Tapak Gerai dan Chalet di Kampung Tanjung Langsat