Dialek-dialek yang terdapat di Semenanjung Malaysia telah dikelompokkan

Similar documents
RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

PENDOKUMENTASIAN DIALEK ULU TERENGGANU SEBAGAI WAHANA KOMUNIKASI: SATU TINJAUAN AWAL ASPEK MORFOLOGI

Dialek Melayu di Perak: Analisis Geolinguistik

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

J\ Impacts of disturbance o~ fish communities in Sungat Pur, Terengganu I Annie Nums anak B1lly.

IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

IMPLIKASI PERUBAHAN PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP KESELAMATAN AWAM : KAJIAN KES DI BANDAR MUADZAM SHAH, PAHANG

PERBANDINGAN PENGUJARAN KATA-KATA DUA SUBDIALEK TERENGGANU

Mohd Aqmin Abdul Wahab Universiti Kebangsaan Malaysia. Hazrul Izuan Shahiri Universiti Kebangsaan Malaysia

JABATAN GEOGRAFI, FAKULTI SENI DAN MUZIK

Diaspora Komuniti Cina Seberang Laut ke Selangor di Tanah Melayu,

A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING IN KUALA TERENGGANU HO MEE CHYONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGARUH SIMBOLISME SENI BINA PADA MASJID. KAJIAN KES MASJID KRISTAL KUALA TERENGGANU

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Sistem Bakeri Interaktif

Pola dan Proses Pemilikan Tanah oleh Orang-orang Pulau di Kawasan Darat Mersing: Kajian Kes di Kampung Sri Bahagia

OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM

PENEROKAAN MAKLUMAT LINGUISTIK DALAM DIALEK MELAYU JUGRA: PENELITIAN FONOLOGI STRUKTURAL

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MODELING OF SALT WATER INTRUSIONS INTO LANGAT RIVER ESTUARY, MALAYSIA

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS: MASALAH DAN CADANGAN

Distribusi Simpanan Bank Umum Periode Januari 2018

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

Kesahan Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak Dalam Kalangan Pemain Lelaki Berumur 14 Dan 15 Tahun. Abstrak

KANDUNGAN KANDUNGAN. 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Latar Belakang Masalah Masalah pengajaran dan

Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017

mybalikpulau A Mapping & Interpretation Heritage Education Program for Young People

Cabaran Pembangunan dalam Konteks Kepimpinan: Kes Kampung Sri Bahagia, Mersing Johor

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

Pencapaian Program Pemindahan Ilmu Tatacara Menyelamat Sewaktu Banjir Dan Kaedah Pemulihan Dalam Kalangan Komuniti Kuala Krai, Kelantan, Malaysia

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor 2 Pusat Penyelidikan Politik dan Keselamatan (POSH)

Survey on Perak and Selangor 3 messages

SEJARAH PERKEMBANGAN BEKALAN AIR DOMESTIK DI NEGERI KEDAH SEHINGGA TAHUN 1957

Binaan ringkas pengecas kapasitor bervoltan tinggi buatan sendiri bagi. sistem plasma fokus.

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Kesan Pembandaran terhadap Pembentukan Pulau Haba Bandar di Kuala Terengganu

THE IMPACT OF THE FACEBOOK WEBSITE QUALITY ON USER S PERCEIVED ATTITUDE, INTENTION AND LOYALTY AMONG STUDENTS OF UTM TAMER ADEL SALEH ALAJRAMI

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR DAN LEBUHRAYA BARU PANTAI

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

Menganalisis pola dan arah aliran hujan di Negeri Sembilan menggunakan kaedah GIS Poligon Thiessen dan Kontur Isoyet

EQUITY CROWDFUNDING IN MALAYSIA: AN IMPLEMENTATION OF SETTING VALUATIONS ALVIN HONG PHING YEAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

PERBEZAAN ASPEK PERKEMBANGAN FIZIKAL DALAM KALANGAN KANAK-KANAK LELAKI DAN PEREMPUAN MENURUT PERSPEKTIF BARAT

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, Volume 3, Issue 4, (page ), 2018

PERANAN JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA NEGERI SEMBILAN DALAM MEMPROMOSIKAN ALAT MUZIK CAKLEMPONG

PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN

FAKTOR-FAKTOR PERLAKUAN PENGGUNA YANG MEMPENGARUHI PEMBELI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PEMBELIAN HARTA TANAH KEDIAMAN KES KAJIAN : DAERAH MELAKA TENGAH

GEOGRAPHIC INFORMATION SYSTEMS (GIS) MAPPING APPROACH IN THE STUDY OF IMPACT ON 2016 REDISTRICT IN THE PARLIAMENTARY OF SERDANG AND HULU LANGAT

Menganalisis pola dan arah aliran hujan di Negeri Sembilan menggunakan kaedah GIS poligon Thiessen dan kontur Isoyet

AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR (PKPGB) UTM MOHD IRWAN BIN ABD RAHMAN

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

APLIKASI PENJANA KUIZ MUDAH ALIH

AMALAN PEWARISAN TANAH ADAT BERDASARKAN UNDANG-UNDANG TANAH ADAT DI KALANGAN MASYARAKAT: KAJIAN DI NEGERI SEMBILAN 1

TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN INFORMASI SEBAGAI SATU BUDAYA PENEMPATAN KERJA ALTERNATIF DALAM SEKTOR PEMBINAAN

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

PENEMPATAN PERUMAHAN MASYARAKAT PINGGIRAN DI DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR. Samruhaizad Samion & Azahan Awang

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ELEMEN SEMIOTIK DALAM SENI PERSEMBAHAN RODAT TERENGGANU FAIZ SYAHMI BIN MOHD

Memperkasakan usahawan van dalam pengangkutan awam luar bandar di Hulu Terengganu

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Abstrak. Abstract

DETERMINANT OF UTHM ACADEMIC STAFF S PREFERENCE ON CHOOSING HOSPITALS. MUHAMMAD IZZAT SYAHMI BIN ADZNAM

Penggunaan Modelling Clay dalam Penghasilan Model 3D bagi Pelajar. di Universiti Pendidikan Sultan Idris

KAJIAN REPRESENTASI IMEJ PELANCONGAN DIRAJA DI KUALA KANGSAR, PERAK

Distribusi Simpanan Bank Umum Periode April 2018

Earthwork Activities in Private Housing Industry

Distribusi Simpanan Bank Umum Periode Maret 2018

Distribusi Simpanan Bank Umum Periode Februari 2018

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Functional Assessment Report Laporan Penilaian Fungsian

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA

KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DIKALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR DAN KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

ADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI

NOOR SHAHIDA BINTI ROSLI MASTER OF SCIENCE UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

SISTEM SOKONGAN PERANCANGAN (PSS): ANALISIS APLIKASI BAGI SEKTOR-SEKTOR TERPILIH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PASARAN HARTA TANAH KEDIAMAN BERDASARKAN IMPLIKASI PENENTUAN HARGA RUMAH OLEH PEMAJU. KAJIAN KES NUSAJAYA ZARINATUL AIN BT AKHIRUDIN

Tujuh Pencabulan Terbesar oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Dalam Laporan Persempadanan Semula

e Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (icompex 17)

MASALAH GEJALA SOSIAL REMAJA DI SALAH SEBUAH DAERAH NEGERI SEMBILAN FADILAH BTE MOHAMAD NAWAWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NOTICE OF PROPOSED RECOMMENDATIONS FOR FEDERAL AND STATE CONSTITUENCIES IN THE STATE OF SELANGOR AS REVIEWED BY THE ELECTION COMMISSION IN 2018

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV

MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM

KEGIATAN PERUSAHAAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT MELAYU DI TERENGGANU

THE CHALLENGES AND SUCCESS FACTORS IN TOURISM ENTREPRENEURSHIP: CASE STUDY OF ENTREPRENEURS AT JONKER STREET, MALACCA

Transcription:

BAB 1 PENDAHULUAN 1.0.Pengenalan Dialek-dialek yang terdapat di Semenanjung Malaysia telah dikelompokkan kepada lima kawasan utama iaitu kelompok barat daya yang terdiri daripada kelompok Kedah, Perlis, Pulau Pinang yang meliputi Perak Utara, sementara kelompok Timur Laut diwakili oleh dialek Kelantan, seterusnya kelompok Timur yang meliputi Terenggganu, selanjutnya kelompok Selatan yang meliputi dialek yang dituturkan di Johor, Melaka, Pahang, Selangor dan Perak Selatan dan akhirnya kelompok yang mewakili dialek Negeri Sembilan. ( Asmah Hj Omar, 1991 :31). Norazila ( 1986: 129 ), menjelaskan bahawa sesuatu bahasa atau dialek berbeza daripada bahasa atau dialek lain akibat daripada pengaruh alam dan persekitaran yang berlainan. Menurut beliau lagi perbezaan ini boleh dilihat menerusi sistem bunyi dan leksikal. Abdul Hamid Mahmood (1990:217), memetik Mario Pei mentakrifkan dialek sebagai variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa. Dialek mempunyai bentuk tertentu yang dituturkan dalam kawasan tertentu dan berlainan daripada bentuk bahasa baku, baik dari segi sebutan, tatabahasa ataupun penggunaan kata-kata tertentu. Kelainan tersebut tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain. 1

Dapatlah dikatakan bahawa dialek dituturkan oleh sekumpulan masyarakat dalam satu-satu kawasan untuk tujuan komunikasi dalam kehidupan seharian mereka. 1.1. Latar Belakang Dialek Terengganu Salah satu dialek yang terdapat dalam bahasa Malaysia ialah dialek Terengganu. Asmah Hj Omar ( 1991:31) mengelompokkan dialek di Semenanjung Tanah Melayu kepada lima kelompok di mana dialek Terengganu telah dikelompokkan kepada kelompok Timur. Dialek Terengganu bukan sahaja dituturkan oleh penduduk yang berasal dari Terengganu malah mereka yang menduduki negeri ini juga turut menuturkan dialek ini. Mereka menggunakan dialek ini sebagai alat komunikasi dalam pergaulan seharian untuk mewujudkan sebuah perhubungan yang harmoni. Dialek ini bukan sahaja dituturkan oleh masyarakat berbangsa Melayu, malah kaum Cina dan India turut menuturkan dialek ini tanpa kedengaran bunyi pelat. Menurut Asmah Haji Omar ( 1988:288 ) subdialek yang dituturkan di Kuala Terengganu dianggap sebagai dialek Terengganu standard. Tambah beliau lagi, Kuala Terengganu merupakan kawasan pusat budaya, pentadbiran dan perniagaan. Dengan demikian, subdialek yang dituturkan di situ juga sedikit sebanyak menjadi rujukan untuk dialek Terengganu, yang dianggap lebih tinggi daripada subdialek-subdialek lain. Negeri Terengganu yang sekarang bergelar Bandaraya Warisan Pesisir Air adalah merupakan salah sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Negeri Terengganu terletak di antara garisan bujur 102.25 T dengan 103.50 T 2

dan garisan lintang 4 U hingga 5.50 U. Negeri Terengganu bersempadan dengan negeri Kelantan di bahagian utara dan barat lautnya manakala di bahagian barat daya pula bersempadan dengan negeri Pahang. Negeri Terengganu sekarang berkeluasan kira-kira 1,295,638.3 hektar. Jaluran pantainya menganjur sejauh 225 km dari utara iaitu dari daerah Besut dan ke Selatan dari daerah Kemaman. Sebelum tahun 1947, negeri Terengganu mempunyai sembilan daerah iaitu Kuala Terengganu, Kemaman, Kemasik, Paka, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Setiu dan Besut. Namun begitu ia telah dikurangkan menjadi enam buah daerah sahaja di mana daerah Kemasik dan Paka telah dibubarkan. Daerah Setiu telah dibentuk pada 1 Januari 1985 dan hingga kini negeri Terengganu kekal mempunyai 7 buah daerah. Tiap-tiap daerah ditadbir oleh seorang Pegawai Daerah. (Rujuk peta 1.1) Negeri Terengganu dianggarkan mempunyai kepadatan penduduk seramai satu juta enam puluh tujuh ribu (1,067,000.00 juta) orang. (Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia, Jun 2007 ). Majoriti penduduk terlibat dalam sektor pertanian, perhutanan, ternakan dan perikanan. Mereka menetap di kawasan kampung dan di tepi pantai. Namun begitu terdapat juga pegawai-pegawai kerajaan, swasta dan ahli-ahli perniagaan yang tinggal di bandar-bandar besar. Abdul Hamid Mahmood (1990:217) berdasarkan kajiannya menyatakan dialek Terengganu bukan sahaja dituturkan oleh penduduk negeri Terengganu sahaja tetapi dituturkan juga oleh penduduk negeri Kelantan dan Pahang yang mendiami kawasan sempadan negeri Terengganu. Menurut beliau lagi, dialek Terengganu agak unik dan berbeza daripada bahasa Malaysia baku, baik dalam bidang fonologi, morfologi, 3

sintaksis, mahupun leksikal. Keunikan dan perbezaan dialek Terengganu dengan bahasa Malaysia pernah dinyatakan oleh Abdullah Abdul Munsyi yang pernah melawat Terengganu pada tahun 1883. Rujuk Peta 1.3 di halaman 8 Peta 1.1 : Daerah-Daerah di Kuala Terengganu 4

1.2 Permasalahan Kajian Dialek Terengganu mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikannya yang tersendiri. Dalam setiap daerah di negeri Terengganu iaitu Daerah Kuala Terengganu, Dungun, Kemaman, Besut, Marang, Hulu Terengganu mempunyai persamaan dan perbezaan dialeknya yang tersendiri. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Asmah Haji Omar (1988:288) dialek yang dituturkan di daerah Kuala Terengganu merupakan dialek Terengganu standard dan oleh kerana kawasan Kuala Terengganu besar, maka menurut beliau sudah pasti subdialek yang diucapkan di situ memperlihatkan beberapa perbezaan dari satu subkawasan ke subkawasan yang lain. (Rujuk peta 1.2) Namun, menurut beliau lagi, persamaan-persamaan besar antara subdialek-subdialek itu boleh dikesan. Menurut Zalina Mohd Zalzali ( 2003 ), antara satu daerah dengan daerah yang lain sememangnya terdapat persamaan dan perbezaan dari segi penggunaan bahasa (dialek). Bagi daerah Kuala Terengganu, Marang, Dungun, Kemaman, Selatan Setiu, penduduk-penduduknya menuturkan dialek yang hampir sama. Sementara daerah Besut, Utara Setiu mempunyai persamaan dialek dengan penutur di negeri Kelantan. Berdasarkan kenyataan Zalina Mohd Zalzali jelas menunjukkan bahawa terdapatnya perbezaan penggunaan bahasa antara satu-satu daerah dalam dialek Terengganu. Namun begitu, perbezaan subdialek juga berlaku di dalam daerah yang sama, malah mukim yang sama juga. Sebelum ini, banyak kajian yang difokuskan kepada perbezaan bahasa di daerah yang berlainan, namun perbezaan subdialek yang terdapat dalam daerah dan mukim yang sama juga harus diberi perhatian walaupun perbezaannya tidak ketara dan tidak banyak. Permasalahan ini merupakan isu penting yang akan diperkatakan dalam kajian ini. 5

Peta 1.2 : Peta Bandar Kuala Terengganu 6

Pengkaji ingin mengkaji persamaan dan perbezaan bunyi bahasa yang terdapat dalam subdialek Terengganu di Mukim Pengadang Buluh yang terletak di daerah Kuala Terengganu di mana lokasi yang terlibat hanya dua buah kampung sahaja di mukim tersebut iaitu kampung Surau Panjang dan kampung Atas Tol. (Rujuk peta 1.3). Dengan menganalisis hasil data yang diperolehi melalui temu bual dan pemerhatian terhadap penduduk-penduduk di kedua-dua kampung tersebut diharap dapat memberikan gambaran yang jelas terhadap aspek-aspek persamaan dan perbezaan yang dapat diperoleh dalam kajian ini. 1.3 Objektif Kajian Formatted: Left, Indent: First line: 0" K Objektif kajian ilmiah ini adalah mengfokuskan kepada aspek fonologi iaitu kajian Formatted: Indent: First line: 0" bunyi terhadap leksikon dialek Terengganu berdasarkan dua buah kampung dalam mukim yang sama. Selain daripada itu pengkajian ini juga turut akan serta mencari persamaan dan perbezaan bunyi terhadap leksikon di antara kedua-dua buah kampung tersebut. Pengkaji juga mengetengahkan perbandingan bunyi leksikon dii antara keduadua kampung kajiantersebut dengan dialek Terengganu standard. Ia bertujuan untuk melihat keseragaman dan keselarasan ujaran antara kedua-dua kampung tersebut dengan dialek Terengganu standard. Selain itu, pengkaji juga akan cuba mencungkil faktor pergaulan luas dalam aspek peringkat umur, taraf pendidikan dan taraf ekonomi bagi menentukan bagaimana 7

ketiga-tiga aspek tersebut saling berkait dan memberi kesan dalam peralihan bunyi leksikon yang digunakan oleh sesetengah penduduk di kampung masing-masing. Rujuk Peta 4.1 di halaman 71 Peta 1.3 : Kawasan Kajian ( Mukim Pengadang Buluh ) 8

1.4 Kepentingan Kajian Kajian yang dijalankan oleh pengkaji berkaitan aspek bunyi ini adalah berkepentingan untuk menonjolkan persamaan dan perbezaan yang terdapat dalam dua subdialek Terengganu. Ini kerana kajian sebegini kurang diberi perhatian oleh pengkajipengkaji bahasa. Kajian ini juga untuk melihat terdapatnya perhubungan antara dialek Terengganu Standard dengan subdialek yang dituturkan di kawasan kajian pengkaji. Dengan ini secara tidak langsung aspek penyeragaman dialek dapat dilihat antara penutur-penutur kedua-dua buah kampung di dalam mukim yang sama dengan dialek Terengganu standard. Melalui kajian yang dilakukan ini diharapkan banyak maklumat yang dapat dikumpul dan ditimba di samping dapat dijadikan rujukan kepada pengkaji-pengkaji lain pada masa akan datang, khususnya yang berminat dalam mengkaji dialek Terengganu secara terperinci dan mendalam. Oleh itu anggaplah kajian ini sebagai perintis atau titik tolak bagi mereka untuk melakukan kajian yang lebih mendalam lagi 1.5 Batasan Kajian Pengkajian yang dijalankan oleh pengkaji hanya menumpukan kepada bidang fonologi yang difokuskan kepada aspek persamaan dan perbezaan bunyi leksikon subdialek Terengganu. Begitu juga dengan lokasi kajian pengkaji hanya terbatas kepada sebuah mukim yang melibatkan dua buah kampung sahaja. 9

Walaupun kajian ini dibuat dalam mukim yang sama, dan kedua-dua kampung ini terletak berdekatan atau bersebelahan sahaja di antara satu sama lain, namun pengkaji dapati terdapat kelainan dalam bunyi penyebutan kosa kata atau leksikal dalam beberapa aspek. Data-data yang dikumpul oleh pengkaji juga hanya dihadkan atau dibataskan kepada 405 patah perkataan sahaja. Ini kerana pengkaji hanya memilih datadata yang relevan dan bersesuaian dengan aspek kajian dan juga jelas kedengaran ketika proses rakaman dibuat. Manakala informan pilihan pengkaji juga dibataskan hanya kepada 18 orang sahaja. Hal ini kerana, sesetengah informan begitu sukar untuk memberikan kerjasama apabila ditanyakan beberapa soalan berkaitan kampung mereka. Mungkin mereka malu atau tidak mempunyai input yang jelas untuk disuarakan kepada pengkaji. Informan pilihan pengkaji ialah golongan tua yang berusia dalam lingkungan 50 hingga 75 tahun dan golongan dewasa yang berumur dalam lingkungan 36 hingga 50 tahun, serta. Sementara golongan muda iaitu terdiri daripada mereka yang berumur 20 hingga 35 tahun. Golongan tua dipilih kerana golongan ini kurang terdedah kepada penggunaan dialek-dialek lain dan bahasa Malaysia standard kerana kurang berpendidikan dan mereka juga menggunakan dialek dalam setiap keadaan. Sementara golongan dewasa dan muda pula, walaupun mereka mendapat pendidikan formal, hampir keseluruhan pertuturan mereka masih menggunakan dialek Terengganu. Dalam menyiapkan laporan penyelidikan ini juga, pengkaji menghadapi pelbagai kekangan yang membataskan pengkaji untuk memperoleh data-data yang relevan. Antara kekangan yang dihadapi oleh pengkaji ialah kesukaran untuk pulang ke Terengganu yang merupakan kampung halaman pengkaji. Ini kerana pengkaji yang 10

berpeluang pulang ke kampung hanya pada musim cuti persekolahan sahaja. Hal yang demikian pasti menyulitkan pengkaji untuk menambah bilangan data dan seterusnya menyiapkan kajian ilmiah ini. 1.6 Soalan Penyelidikan Formatted: Indent: First line: 0" Soalan penyelidikan yang diketengahkan dalam kajian ini ialah: 1. Adakah terdapatnya perbezaan dan persamaan bunyi leksikon di antara keduadua kampung? Formatted: Numbered + Level: 1 + Numbering Style: 1, 2, 3, + Start at: 1 + Alignment: Left + Aligned at: 0.25" + Indent at: 0.5" 1.2.Apakah faktor pergaulan luas memberi kesan dalam peralihan bunyi leksikon yang digunakan oleh sesetengah penduduk di kampung masing-masing? 1.7 Sorotan Kajian yang Berkaitan 1.7.1 Pengenalan Dialektologi merupakan kajian-kajian yang dibuat untuk mengkaji dialek. Berdasarkan pengertian dialektologi yang diberikan oleh Ajid Che Akob (2002), variasi atau dialek yang dikaitkan dengan kawasan atau daerah penggunaannya lazimnya dikenali sebagai dialek daerah atau dialek tempatan, manakala dialek yang dikaitkan dengan faktor sosial pengguna dan penggunaannya dinamakan sebagai dialek sosial. Sementara definisi dialektologi yang diberikan oleh pengkaji barat pula ialah kajian tentang variasi bahasa dari segi horizontal, vertikal, ataupun temporal yang dikaitkan dengan reruang atau daerah pemakaiannya, distribusi sosialnya, dan juga 11

zaman variasi itu digunakan, mempunyai beberapa matlamat atau cita-cita sama ada bersifat sinkronik mahupun dikronik. (Collins :1999). Kajian mengenai dialek sebenarnya telah lama bermula di mana terdapatnya pengkaji-pengkaji barat yang berminat untuk mengkaji dialek-dialek yang terdapat di negara kita. Kajian dialek kerap menjadi perhatian pengkaji-pengkaji bahasa mungkin kerana sifat dan pengaruhnya yang unik. Semakin dikaji semakin kompleks pembahagian dialek-dialek ini. Hal ini kerana terdapatnya pertindanan ciri-ciri atau sifat-sifat dialek yang biasanya dibahagikan mengikut batasan geografi. (Abdul Hamid Mahmood,1990). 1.7.2 Kajian oleh Pengkaji Barat Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Halimatun Saadiah (1999), beliau mengatakan bahawa kajian mengenai dialek telah dimulakan oleh pengkaji-pengkaji barat. A.J Sturrock merupakan pengkaji barat yang terulung dalam bidang dialektologi. Sementara pengkaji barat lain seperti R. S.Hendon (1996) telah membuat kajian berkaitan dialek Ulu Muar sehingga berjaya menghasilkan karyanya yang bertajuk Phonology and Morphology of Ulu Muar Malay. Manakala pengkaji barat pertama yang membuat kajian berkaitan dialek Terengganu ialah James T. Collins (1983) di mana kajian beliau adalah mengfokuskan kepada Dialek Ulu Terengganu. 12

Abdullah Abdul Kadir ( Munsyi Abdullah ) pada 1938 telah mencatat beberapa kelainan loghat Terengganu dalam bukunya ' Kisah Pelayaran Abdullah'. Lebih kurang seratus tahun kemudian, Humphreys (1926) dan Mc Kerron (1931) pula menulis mengenai makna beberapa perkataan daripada dialek Terengganu. Pada tahun 1935, CC. Brown menerbitkan ' Terengganu Malay' yang mengandungi beberapa perbualan, lengkap dengan huraian bunyi dan catatan leksikal tentang dialek Terengganu. Kajian yang dilakukan oleh sarjana-sarjana Barat seperti Humphreys, Mc Kerron,, CC.CC. Brown hanya bertujuan untuk memudahkan tugas-tugas pentadbiran kolonial dan kajian yang didapati adalah hasil daripada komunikasi di antara pentadbir-pentadbir Inggeris dengan penutur loghat itu. ( Kamsiah, 1990:28). Pendapat ini juga disokong oleh Norazila, (1986:13) yang mengatakan bahawa pengkaji barat bukanlah pengkaji bahasa kerana kajian-kajian yang dilakukan hanya untuk memenuhi kepentingan pentadbiran barat yang pada ketika itu sedang bertapak dan meluaskan pengaruhnya di alam Melayu. Apa yang penting bagi mereka ialah untuk mengenali konsep-konsep yang ada di alam Melayu untuk memudahkan mereka berhubung dengan masyarakat tempatan untuk tujuan-tujuan tertentu. Mereka tidak menitikberatkan fonologi, morfologi dan sintaksis tetapi lebih cenderung mengumpul perkataan yang terdapat dalam dialek-dialek Melayu. 1.7.3 Kajian oleh Pengkaji Tempatan Sorotan kajian lepas yang berkenaan dengan kajian ini adalah lebih cenderung kepada pemerhatian kepada aspek fonologi, morfologi dan sintaksis. Pengkaji-pengkaji 13

telah membuat kajian ke atas pelbagai dialek yang dituturkan oleh masyarakat di Malaysia. Sepanjang yang diketahui, ada banyak kajian mengenai dialek. Antaranya ialah Asmah Hj Omar (1991: 31) mengatakan bahawa kawasan dialek di Tanah Melayu boleh dibahagikan kepada 5 kawasan utama dan kawasan-kawasan itu ialah : 1. Kelompok barat daya yang terdiri daripada kelompok Kedah, Perlis,Pulau Pinang yang juga meliputi Perak Utara. 2. Kelompok Timur Laut yakni dialek Kelantan 3. Kelompok Timur yang meliputi Terengganu 4. Kelompok Selatan yang meliputi dialek yang dituturkan di Johor, Melaka, Pahang, Selangor dan Perak Selatan 5. Dialek Negeri Sembilan Sementara itu, Ismail Hussein (1973) telah berjaya mengenal pasti dialek-dialek yang dituturkan di Semenanjung Tanah Melayu. Kajian beliau mencatatkan adanya sebanyak 14 dialek yang dituturkan secara meluas. Variasi-variasi ini adalah seperti berikut: 1. Jenis Kelantan 8. Jenis Perak Tengah 2. Jenis Pulai Chondong 9. Jenis Selangor 3. Jenis Patani 10. Jenis Negeri Sembilan 4. Jenis Terengganu 11. Jenis Melaka 14

5. Jenis Kedah 12. Jenis Lenga 6. Jenis Sungai Perak 13. Jenis Johor 7. Jenis Pulau Sayong 14. Jenis Pahang Selain itu, pengkaji-pengkaji dialek Terengganu seperti Asmah Haji Omar (1985), Ismail Hussein ( 1973), Wan Shukriah Wan Muhammad (1985 ) sepakat mengatakan bahawa dialek Terengganu mempunyai keunikannya yang tersendiri dan juga mempunyai perbezaan yang ketara di antara dialek bahasa Malaysia baku daripada segi sebutan fonem dan perkataan. ( Abdul Hamid Mahmood, 1990:219). Seterusnya kajian lain yang telah dibuat oleh pengkaji-pengkaji terdahulu mengenai dialek Terengganu ialah Zalina Mohd Zalzali ( 2003), di dalam Dialek Terengganu di sekitar kawasan Pantai Mukim Rusila, Marang yang bertujuan memperlihatkan wujudnya ciri-ciri jati yang menarik dalam dialek Terengganu. Berdasarkan kajiannya, beliau mendapati bahawa ciri-ciri jati sememangnya telah semakin berkurangan dan tidak dinafikan akan mengalami kepupusan suatu hari nanti. Perkara sedemikian berlaku adalah kesan daripada perubahan masa dan zaman, sekaligus, mengubah dialek sesuatu masyarakat. Selanjutnya Kamsiah Salleh (1990) di dalam kajiannya yang bertajuk Morfologi Dialek Terengganu : Kajian di Mukim Belara lebih menekankan aspek morfologi Dialek Terengganu yang menfokuskan kepada morfologi atau pembentukan kata dialek Terengganu seperti aspek penggandaan dan pemajmukan. 15

Sementara itu, Kepek @ Suhana Mamat ( 1994) pula telah membuat kajian terhadap Dialek Terengganu menerusi karyanya iaitu Kosa Kata Alabidang Perusahaan Batik : Satu Pperbandingan Aantara Bbahasa Melayu Bbaku dan Ddialek Terengganu. Di dalam kajiannya beliau telah mengumpulkan semua kosa kata yang berkaitan dengan proses sebelum dan selepas pembuatan batik dan membandingkannya dengan bahasa Melayu baku. Seterusnya Abdullah Junus di dalam latihan ilmiahnya yang bertajuk Dialek Ulu Telemong : Satu huraian fonologi dan leksikal (1977), menerangkan dengan lebih jelas mengenai aspek-aspek fonologi dan juga leksikal khusus dialek Terengganu di daerah Ulu Telemong iaitu satu kawasan yang terletak di daerah Hulu Terengganu. Ini jelas menunjukkan bahawa ramai sarjana yang telah membuat kajian mengenai dialek Terengganu yang menyentuh aspek fonologi, morfologi, sintaksis dan leksikal dialek Terengganu sama ada sarjana barat mahupun sarjana tempatan. Sementara pengkaji-pengkaji lain yang membuat kajian mengenai dialek ialah Rohani Mohd Yusoff ( 1986) yang mengkaji aspek fonologi subdialek Kuala Kangsar yang dilihat dari sudut vokal dan konsonan. Kajian ini juga meninjau perubahan fonologi dalam setiap kawasan yang dikaji. Seterusnya kajian ini juga meninjau bentukbentuk dan pengaruh peminjaman yang wujud sebagai tujuan untuk melihat sejauh manakah penerimaan masyarakat tempatan terhadap kata-kata asing di dalam kebudayaan mereka. Seterusnya, Ajid bin Che Kob ( 1977 ) pula mengetengahkan kajian mengenai dialek geografi Pasir Mas dengan memberi penekanan kepada aspek fonologi dan leksikal di mana aspek fonologi dibahagikan kepada vokal dan konsonan. Sementara kawasan kajian pula meliputi empat puluh kawasan yang tersebar di serata jajahan Pasir 16

Mas, Kelantan. Di samping itu aspek leksikal pula adalah meliputi seluruh aspek kehidupan masyarakat yang dikaji. Selanjutnya, Mohd Isa ( 1999) membuat kajian mengenai dialek Bengkulu. Beliau telah mengkaji dialek Bengkulu di kampung Sg Choh, mukim Serendah dan berhampiran dengan Bandar Perindustrian Rawang. Beliau terdorong untuk menjalankan penyelidikan ini adalah kerana bukan sahaja ciri-ciri fonologi dan leksikalnya yang menarik malah dialek ini diucapkan dengan gaya bahasa dan nada yang tersendiri. Sementara Norazila Alias ( 1986 ) yang membuat kajian mengenai dialek Kuala Pilah di mana beliau mengetengahkan vokal dan konsonan dialek Kuala Pilah yang dianggapnya begitu unik dan istimewa. Di samping itu, Norhisham Osman ( 1988) melalui kajian ilmiahnya yang bertajuk ' Fonologi Dialek Perak' yang memaparkan unsur fonologi iaitu merangkumi aspek vokal dan konsonan dialek Perak. Zubidah (1988) pula membuat kajian mengenai fonologi dan leksikal Bahasa Banjar Dialek Kalowa di Kawasan Sg Leman. Halimatun Saadiah Derani ( 1999 ), turut membuat kajian mengenai fonologi dan leksikal tetapi dikhususkan kepada dialek Pahang di mana kajian tertumpu kepada dialek Kuala Lipis. Begitu juga dengan Wan Nor Izan Wan Jusoh (1987) melalui karyanya Fonologi Dialek Pulau Condong yang merupakan salah satu subdialek negeri Kelantan. Dialek ini memperlihatkan beberapa sifat yang agak berbeza daripada dialek-dialek lain di negeri Kelantan terutama dari segi perbendaharaan kata dan penyebutan bunyi. 1.8 Definisi Konsep 17

leksikal. Pengkaji mengetengahkan tiga definisi konsep iaitu konsep dialek, fonologi dan 1.8.1 Konsep dialek Berdasarkan kajian Abdul Hamid Mahmood dalam karyanya yang bertajuk Dialek Terengganu: satu tinjauan ringkas, memetik Ayatrohaedi, 1979:1 menyatakan istilah dialek berasal daripada Yunani iaitu dialektos yang pada mulanya digunakan dalam hubungan dengan keadaan bahasa di tempat itu. Sementara di Yunani terdapat perbezaan-perbezaan kecil di dalam bahasa yang digunakan oleh penduduknya masingmasing, tetapi sedemikian jauh hal tersebut tidak sampai menyebabkan mereka merasa mempunyai bahasa yang berbeza. Di samping itu Kamus Dewan ( 2005:348) mendefiniskan dialek sebagai satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza daripada bahasa standard, loghat, pelat negeri dan lain-lain. Seterusnya Nik Safiah Karim ( 1993:27) menerusi Monograf Simposium Dialek mentakrifkan dialek sebagai variasi bahasa yang dibezakan mengikut penggunanya. Tiap-tiap dialek dialek mempunyai ciri-ciri tersendiri yang membezakannya dengan dialek-dialek yang lain. Sementara J.K. Chamber (1990:3) berpendapat dialek ialah satu bentuk bahasa yang substandard, berstatus rendah dan bersifat kedesaan, rata-rata ia dikaitkan dengan masyarakat tani, kelas pekerja atau golongan-golongan lain yang tidak bertaraf tinggi. Beliau juga mengaitkan dialek dengan bentuk-bentuk bahasa yang yang dituturkan oleh penduduk yang tidak mempunyai bentuk tulisan. 18

Manakala Kamaruddin ( 1997:4) pula menerangkan dialek bagi sesuatu bahasa itu dapat dibahagikan kepada dua iaitu dialek daerah dan dialek sosial. Dialek daerah adalah antara satu kawasan dengan satu kawasan yang lain terdapat perbezaan dari segi dialek pertuturannya. Perbezaan dialek dalam pertuturan akan ketara pada suatu kawasan yang luas. Namun begitu dialek-dialek yang berhampiran akan mempunyai banyak persamaan berbanding yang terletak berjauhan. Sering kali berlaku perbezaan yang sangat banyak dan menyebabkan para penutur sukar untuk memahami dialek yang dituturkan antara satu sama lain. Dialek sosial ialah perbezaan pertuturan yang berdasarkan kepada kedudukan seseorang dalam tingkat masyarakatnya. Di dalam bahasa Malaysia dialek sosial tidak begitu jelas kehadirannya, cuma dapat dilihat dalam perbezaan leksikon antara golongan raja dan rakyat biasa. ( Mazlan, 1987:17). 1.8.2 Konsep Fonologi Bidang fonetik dan fonologi merupakan suatu bidang yang saling berkait rapat antara satu sama lain iaitu menyentuh kajian mengenai bunyi. Abdullah Hassan, (1980:40) mendefinisikan fonetik sebagai pengkajian terhadap unsur-unsur bahasa dan bentuk bunyi manakala fonologi pula mengkaji bunyi dalam sesuatu bahasa. Menurut beliau lagi, terdapat tiga pendekatan yang digunakan untuk membuat deskripsi dan definisi bunyi bahasa iaitu melalui sebutan ( artikulasi), pendengaran (auditori) dan sifat bunyi (akustik). Sementara Adrian Akmajian menerusi bukunya Pengantar Bahasa dan Komunikasi (1995:103) menterjemahkan fonologi sebagai subbidang linguistik yang 19

mengkaji struktur dan permulaan sistematik bunyi dalam bahasa manusia. Istilah fonologi diterjemahkan melalui dua cara iaitu fonologi sesuatu bahasa bahasa dan rumus yang mengawal penyebaran bunyi tersebut dan fonologi yang merujuk bahagian teori tentang bahasa manusia yang umum yang berkaitan dengan sifat universal sistem bunyi bahasa semulajadi. Fonologi merupakan cabang linguistik yang mengkaji sistem bunyi serta serta susun atur bunyi dalam membentuk suku kata dan kata. ( Asmah Hj Omar, 1995:3). Secara ringkasnya boleh dikatakan bahawa fonologi ialah satu aspek terpenting bahasa dalam mengkaji bunyi-bunyi tertentu. Pengkaji akan menghuraikan dengan lebih lanjut mengenai fonologi Dialek Terengganu yang menyentuh aspek vokal dan konsonan dengan lebih jelas di dalam bab 2. 1.8.3 Konsep Leksikal Norazila, (1986: 194) memetik Hartmann dan Strok (1973:129) mendefinisikan leksikal sebagai kumpulan perbendaharaan kata atau unsur leksikal dalam satu bahasa. Kata atau leksikal bermaksud pengertian yang ada kaitan dengan benda, kejadian-- kejadian yang berlaku dan jugadan pengalaman manusia itu sendiri yang berlaku di persekitaran mereka. Oleh itu kata dan kebudayaan dapat bukan sahaja dapat mencerminkan perihal kehidupan ekonomi tetapi juga merangkumi segala aspek kebudayaan seperti agama, politik, kesenian dan perkara-perkara lain yang penting dalam kehidupan kebudayaan sesuatu bangsa. Seterusnya, Asmah Hj Omar ( 1985:149) berpendapat leksikal atau perbendaharaan kata terbahagi kepada dua iaitu perbendaharaan kata istilah dan 20

perbendaharaan kata biasa. Perbendaharaan kata istilah ialah yang dicipta oleh ahli-ahli dalam bidang tertentu dan edaran kata-kata tersebut hanya terbatas,yakni terhad kepada i lmu-ilmu dan bidang-bidang tertentu sahaja sementara perbendaharaan kata biasa pula ialah yang biasa dan sentiasabiasa digunakan dalam kehidupan sehari-hari. Penyebaran perbendaharaan kata ini tidak terbatas kepada bidang-bidang tertentu, malah ia merupakan milik semua orang. Kesimpulannya leksikal merupakan kosa kata sesuatu bahasa yang mempunyai maknanya yang tersendiri dan difahami oleh masyarakat yang menuturkannya. 1.9 Kesimpulan Secara ringkasnya dapat disimpulkan bahawa terdapat ramai sarjana-sarjana dalam bidang bahasa yang telah menerokai bidang dialektologi iaitu kajian-kajian yang dibuat untuk mengkaji dialek samada pengkaji luar mahupun pengkaji tempatan. Ini merupakan suatu perkembangan positif yang mana pengkajian seperti ini secara tidak langsung akan menonjolkan dan mengetengahkan keistimewaan satu-satu dialek agar ia boleh diperkasakan dan diperluaskan lagi penggunaannya khususnya dialek Terengganu agar banyak lagi kosa kata atau leksikon dialek ini serta dapat dimartabatkan sebagai daftar kata dalam bahasa Malaysia Standard. 21