Terma dan Syarat Kempen Kad-i Bank Islam Visa (Debit/Kredit) PIN dan Pandu Lebih Jauh

Similar documents
MAYBANK PRODUCTS UMBRELLA CAMPAIGN 2016 TERMS & CONDITIONS

TERMS & CONDITIONS MAYBANK ONLINE APPLICATION CAMPAIGN II FOR BALANCE TRANSFER/EZYCASH/EZYPAY PLUS

TERMS AND CONDITION 2017 Credit Card Acquisition Cash Back Campaign

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

KEMPEN 5X UNIRINGGIT FOR YOUR SPEND KAD PRVI MILES DAN PREFERRED PLATINUM UOBM TERMA DAN SYARAT

Mewah Kad Visa Infinite UOBM Terma & Syarat

MAYBANK PERSONAL LOAN/MAYBANK ISLAMIC PERSONAL FINANCING-i CAMPAIGN 2017 TERMS AND CONDITIONS

TERMA DAN SYARAT KEMPEN Send More Money via RHB Now and Get Cash Back RHB Western Union

SPEND AND WIN SAMSUNG GALAXY S8 KFH DEBIT CARD-i CAMPAIGN ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS ( Terms and Conditions ).

TERMA DAN SYARAT KEMPEN Send More Money through Western Union at RHB and Get Cash Back

TERMS AND CONDITIONS OF AL-AWFAR-SSPN

TERMS AND CONDITIONS RHB DEPOSIT WATCH CAMPAIGN

TERMS AND CONDITIONS RHB DEBIT CARD CAMPAIGN

Effective 1 st APRIL 2018 / Berkuatkuasa pada 1 APRIL 2018

Kempen Perbelanjaan Luar Negeri dan Dalam Talian Spend and Get Travel Luggage CIMB Bank Mastercard Terma-Terma dan Syarat-Syarat

TERMA DAN SYARAT. Kempen Mohon, Belanja dan Dapat Ganjaran

AmBank Debit Card - Win Cash 2 Campaign Terms and Conditions

TERMS AND CONDITIONS OF #SenangBiz CAMPAIGN. TERMA DAN SYARAT BAGI KEMPEN #SenangBiz

2. This Campaign is applicable for all RHB Credit and Debit Cards, except RHB Platinum Business Cards. ( Eligible Cardmember )

a) The Principal and / or Supplementary Card account has become delinquent;

TERMS AND CONDITIONS RHB DEPOSIT GOLD CAMPAIGN

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB-Pay with Points & Win

Terms and Conditions for Auto BILLPAY RM30 Cash Rebate Campaign

Current/Savings Account Standing Instruction Campaign. Terms & Conditions

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Ganjaran Tunai CIMB Bank Berhad

kecuali dimaklumkan sebaliknya.

KEMPEN YEAR END EXTRAVAGANZA UOBM TERMA & SYARAT

Alliance Bank Loan & Credit Card Repayment Campaign Terms and Conditions

New SME Current Account Bundle Campaign. Campaign Date: 4 April September By: SME/Commercial Deposits

ADDITIONAL TERMS AND CONDITIONS JomPAY Nationwide Campaign

Kempen CIMB Mastercard Philips Coffee Maker & Flight Tickets Giveaway Overseas and Online Spend Terma-Terma dan Syarat-Syarat

2.3. For joint customer of Libshara-i, only the primary account holder will qualify to participate.

Kempen CIMB Islamic Q2 18 Mail Order Telephone Order ( MOTO ) Terma-Terma dan Syarat-Syarat

Deposit Dragon Campaign ( Campaign )

Terma dan Syarat Kempen Rujukan Memperkenalkan Ahli Baru Privilege Banking dan Wealth Banking

TERMS AND CONDITION Tactical Usage Campaign 2018 FIFA World Cup Russia

Save And Win Everyday Campaign Terms and Conditions

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV

Business Day means a day on which Bursa Malaysia is open for trading. Hari Bekerja bermaksud hari dimana Bursa Malaysia dibuka untuk dagangan.

UOBM LADY S CARD TERMA DAN SYARAT

2. Kempen ini terdapat di semua cawangan CIMB Bank seluruh Malaysia.

RM10,000 RM99, % 3.50% 3.50% RM100,000 RM499, % 2.80% 2.50% RM500,000 dan ke atas 2.50% 2.30% 2.00%

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Tactical Campaign for CPL via Website and ATM

Morgan Air Fryer with Mutual Gold PB Visa Platinum Credit Card Campaign. Terms and Conditions

TERMS AND CONDITIONS FOR

Spend with PB-Samsung Pay & Be Rewarded ( Campaign ) Terms and Conditions

TERMS AND CONDITIONS

Apply Now for Mutual Gold - PB Visa Platinum Credit Card & Take Your Choice Home Campaign. Terms and Conditions

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Tactical Campaign for CPL via Website, ATM and Clicks

TERMA & SYARAT. Kempen UT & FD Investment Bundles RHB Bank

Terms & Conditions: TRUE Debit MasterCard Campaign Page 1

Terms and Conditions

Question : In SunActiv, which module you can track your steps & get rewarded? Answer : ( ) Search & Book ( ) Activ ( ) Health Info ( ) Marketplace

Terma & Syarat. Kempen Akaun Semasa/Simpanan AmBank-I Love Savings!

TERMS AND CONDITIONS Chinese New Year Spend and Redeem Campaign

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

TERMS AND CONDITIONS

TERMS AND CONDITION RHB Year End Mass Usage Campaign

CIMB Swipe and Drive Campaign Terms and Conditions

TERMA DAN SYARAT. Preferred Current Account Cash Reward RM88 (November & December 2017)

Terms and conditions AmBank (M) Berhad and AmBank Islamic Berhad: Investment Bundle Campaign Campaign Period: 1 October 2018 to 31 December 2018

Terms & Conditions TRUE Savers BonusLink Campaign

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Octo Edisi Terhad

CIMB Bank Kempen Q3 17 Mail Order Telephone Order ( MOTO ) Terma-terma dan Syarat-syarat

Hari bermaksud Isnin hingga Jumaat dan bila mana pejabat Bank yang berdaftar dibuka, kecuali dinyatakan sebaliknya.

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM

AmBank Win a Porsche Campaign. Terms and Conditions

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Ganjaran F.I.R.S.T CIMB

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Ganjaran F.I.R.S.T CIMB

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

Terms & Conditions Eligibility Contest Period Contest Mechanism

AmBank #JoyFortuneLove Campaign. Terms and Conditions

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Ganjaran CIMB F.I.R.S.T

Terms and Conditions AmOnline Win a Mini Cooper Campaign

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Ganjaran CIMB F.I.R.S.T (1hb Februari hb April 2018)

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

TERMS AND CONDITIONS RHB Grow Your Wealth Campaign

Terma & Syarat Kempen Deposit AmBank Toyota Vellfire 2016 Serba Baharu Boleh Dimenangi dengan AmBank!

2. Promosi ini hanya dibuka kepada Kad UOBM Lady s yang dikeluarkan di Malaysia.

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Kod Promosi Grab CIMB F.I.R.S.T

BIASISWA FAIR & LOVELY 2018 TERMA-TERMA DAN SYARAT- SYARAT

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

Terms and Conditions CASA EASY Cash Back Campaign

Kad Debit MasterCard AmBank dan Kad Debit MasterCard TRUE by AmBank Kempen Penebusan Hadiah Segera di MYDIN

PERMOHONAN PENGGUNAAN RUANG PASCASISWAZAH POSTGRADUATE WORKSPCE APPLICATION FORM. Gambar Pasport / Passport Picture. 2 pcs. Disokong / Recommended

SOALAN LAZIM MENGENAI SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN NASIONAL

A. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Survey on Perak and Selangor 3 messages

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

SYARAT DAN PANDUAN MEMOHON PINJAMAN PELAJARAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE (TATIUC) 2017

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

BIASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (BUMT) JABATAN PENGURUSAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU. - Syarat dan Kelayakan - Borang Permohonan

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

JADUAL PERKHIDMATAN BAS KAMPUS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SESI 2018/2019

ANTARA DAN AKAN MENJUAL HARTANAH TERSEBUT DI BAWAH SECARA

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcription:

Terma dan Syarat Kempen Kad-i Bank Islam Visa (Debit/Kredit) PIN dan Pandu Lebih Jauh Tempoh Kempen 1. Bank Islam Malaysia Berhad ( Bank Islam ) dan Visa Worldwide Pte. Limited ("Visa") menganjurkan Kempen PIN dan Pandu Lebih Jauh( Kempen ). Kempen ini bermula dari 1 Mei 2017 hingga 31 Ogos 2017 ( Tempoh Kempen ). Bank Islam dan Visa secara kolektif dirujuk sebagai ( Pihak Penganjur ). 2. Pihak Penganjur berhak menukar atau meminda tarikh dan Tempoh Kempen sekiranya perlu. Kelayakan 3. Kempen ini hanya terbuka kepada Ahli Kad-i Bank Islam Visa (Debit/Kredit) yang berumur 18 tahun ke atas dan berwarganegara Malaysia ( Ahli Kad ). 4. Golongan individu berikut tidak layak untuk menyertai Kempen ini: a) Pekerja atau kakitangan Visa (Tetap/Kontrak); b) Pekerja atau kakitangan dari Jabatan Pemasaran, Pusat Kad Bank Islam (Tetap/Kontrak); c) Pekerja atau kakitangan media, agensi pengiklanan dan promosi Kempen ini untuk Bank Islam dan Visa (Tetap/Kontrak); d) Ahli Kad yang membatalkan Kad -i Bank Islam Visa (Debit/ Kredit) dalam Tempoh Kempen. 5. Semua transaksi penyertaan Kempen bagi pemenang akan dikawalselia oleh sistem berkomputer. Penghantaran borang, SMS, tandatangan kreatif/slogan, dan sebagainya tidak diperlukan. 6. Hanya transaksi yang menggunakan Kad-i Bank Islam Visa Kad (Debit/ Kredit) melalui Pin 6-Digit atau Paywave sahaja layak menyertai kempen ini. Mekanisma Kempen 7. Untuk melayakkan penyertaan : a) Jumlah penyertaan ditetapkan mengikut Kategori Kelayakan semasa Tempoh Kempen seperti berikut:- KATEGORI Setiap Pelan Ansuran Transaksi Runcit (RSVP) atau Pindahan Baki yang diluluskan dengan amaun minimum RM1,000 KELAYAKAN 50 kelayakan

Setiap pengesahan dan pengaktifan Kad Kredit-i Bank Islam Visa (Kad Utama dan Kad Tambahan) Setiap Kad Debit-i Bank Islam Visa yang telah ditukar kepada Kad Debit-i Bank Islam Pin & Bayar Setiap RM100 Perbelanjaan dengan menggunakan Kad Debit-i Bank Islam Visa atau Kad Kredit-i Bank Islam Visa untuk: Perbelanjaan Luar Negara Perbelanjaan runcit domestic di stesen petrol atau kedai makanan & minuman Lain-lain perbelanjaan runcit domestik (selain daripada stesen petrol dan kedai makanan & minuman) 10 kelayakan 5 kelayakan 10 kelayakan 5 kelayakan 3 kelayakan 8. Bagi Cabutan Hadiah Bonus, Ahli Kad perlu membuat bayaran melalui terminal POS atau e- pembayaran di Agensi Kerajaan terpilih dan berpeluang memenangi 1 Samsung S8. Tiada jumlah minimum ditetapkan. Sebanyak 5 unit Samsung S8 untuk dimenangi. Transaksi yang layak untuk hadiah Bonus hanya termasuk transaksi mengikut Kategori Pedaganan (MC) seperti berikut: Kategori Perdagangan Court Costs including Alimony and Child Support Fines Bail and Bond Payments Tax Payments Government Services not elsewhere classified Postal Services Government Only Intra-Government Purchases Government Only Perbelanjaan yang dilakukan dalam mata wang asing akan ditukarkan kepada Ringgit Malaysia (RM) berdasarkan kepada kadar pertukaran semasa Visa Worldwide.

9. Contoh Kelayakan Ahli Kad untuk ilustrasi:- NO TARIKH 1 1 Mei 2017 2 25 Mei 2017 3 6 Jun 2017 4 17 Jun 2017 5 28 Jun 2017 6 5 Julai 2017 7 13 Julai 2017 8 27 Julai 2017 9 28 Julai 2017 10 1 September 2017 CONTOH PERBELANJAAN / AKTIVITI Ahli Kad Baharu memohon Kad Kredit-i Bank Islam Visa dan telah diluluskan & diaktifkan (Kad Utama & Kad Tambahan) Ahli Kad Sedia Ada menukarkan Kad Debit-i Bank Islam Visa kepada Kad Debit-i Bank Islam Visa Pin & Bayar Ahli Kad berbelanja di Restoran Pizza Hut sebanyak RM120 dalam satu resit Ahli Kad berbelanja di Stesen petrol sebanyak RM300 dalam satu resit. Ahli Kad berbelanja sebanyak RM450 di hotel (Selain perbelanjaan runcit domestik di stesen petrol atau kedai makanan & minuman) Ahli Kad berbelanja di London sebanyak RM600 dalam satu resit. Ahli Kad membuat permohonan RSVP berjumlah RM2,500 dan diluluskan. Ahli Kad melakukan transaksi Pindahan Baki berjumlah RM3,000 dan diluluskan. Ahli kad buat pembayaran sejumlah RM3, 000 di Lembaga Hasil Dalam Negeri. Ahli Kad berbelanja di Pasaraya AEON sebanyak RM250 dalam satu resit. STATUS KELAYAKAN PENYERTAAN 10 kelayakan. 5 kelayakan. 5 kelayakan. 15 kelayakan. 12 kelayakan. 60 kelayakan. 50 kelayakan. 50 kelayakan. 90 kelayakan dan berpeluang memenangi Samsung S8. Tidak layak untuk menyertai Kempen ini kerana Tempoh Kempen telah tamat

Hadiah & Pemilihan Pemenang 10. Ahli Kad berpeluang memenangi hadiah Kad Petrol seperti berikut: - No Kategori Hadiah Kad Petrol Jumlah Kos 1 Hadiah Utama RM 21,000 x 1 Pemenang RM21,000 2 Hadiah Kedua RM 14,000 x 2 Pemenang RM28,000 3 Hadiah Ketiga RM 7,000 x 3 Pemenang RM21,000 4 Hadiah Saguhati RM600 x 50 Pemenang RM30,000 5 Jumlah Perbelanjaan Terkumpul Tertinggi RM3,000 x 10 Pemenang RM30,000 Hadiah Bonus: No Kategori Hadiah 1 Hadiah Bonus Samsung S8 x 5 Pemenang 11. Ahli Kad hanya layak untuk memenangi satu (1) Hadiah sahaja untuk sepanjang Tempoh Kempen. 12. Hadiah akan dipos/kourier kepada pemenang dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh nama pemenang diumumkan. Pemenang akan dihubungi bagi pengesahan alamat untuk penghantaran hadiah. 13. Hadiah-hadiah tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukarkan dengan barangan lain secara sebahagian atau sepenuhnya. 14. Pemenang akan dimaklumkan melalui telefon/ SMS / surat / emel / paparan atau siaran di laman web korporat Bank Islam atau melalui mana-mana kaedah komunikasi lain yang sesuai dipilih atas budi bicara mutlak Bank Islam. 15. Cabutan bagi pemenang akan dikawalselia oleh sistem cabutan berkomputer. 16. Sebarang terma dan syarat yang tidak dipatuhi boleh menyebabkan pemenang tersingkir dari kempen, dan Ahli Kad yang lain akan dipilih sebagai pemenang. Persetujuan Untuk Membenarkan Transaksi Luar Negara dan Transaksi Tanpa Kad (Kad Debit-i sahaja) 17. Bermula 1 Januari 2016, sebagai langkah berjaga-jaga dalam melindungi Ahli Kad, semua Kad Debit-i akan disekat dari transaksi di luar negara dan transaksi tanpa kad yang tidak dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi. 18. Walaubagaimanapun, Ahli Kad boleh memilih untuk bersetuju dan membenarkan Kad Debit-i anda untuk melakukan transaksi di luar negara dan transaksi tanpa kad tersebut dengan menghubungi talian 03-26 900 900.

19. Sekiranya Ahli Kad menggunakan Kad Debit-i untuk pembelian barangan dan/atau perkhidmatan menerusi internet atau portal, Ahli Kad hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan penggunaannya pada setiap masa. Ahli Kad bersetuju bahawa pemasukan maklumat Kad Debit-i di internet atau portal hendaklah menjadi bukti mencukupi tentang kesahihan arahan yang telah dibuat. Bank Islam tidak akan bertanggungjawab terhadap penggunaan Kad Debit-i sedemikian tanpa mengambil kira sama ada individu tersebut diberi kebenaran atau tidak dan tanpa mengambil kira keadaan semasa transaksi berlaku termaktub di atas klausa 14,Terma dan Syarat Kad Debit-i. Walaubagaimanapun, Bank Islam berhak atas budi bicaranya untuk tidak menyempurnakan transaksi sedemikian menerusi internet atau portal sekiranya Bank Islam mempunyai sebab untuk meragui kesahihannya atau berpendapat bahawa transaksi tersebut tidak sah di sisi undang-undang atau sebaliknya tidak wajar untuk dilakukan atau atas sebarang sebab lain. Syarat Am ( Ahli Kad selepas ini dirujuk sebagai "Peserta ) 20. Peserta dianggap bersetuju untuk menyertai Kempen ini dengan memenuhi Mekanisma Kempen. 21. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta bersetuju untuk mematuhi dan terikat kepada terma dan syarat yang terkandung di sini serta akur dangan keputusan yang dibuat oleh Pihak Penganjur. Keputusan Pihak Penganjur adalah muktamad serta terikat dan menyeluruh, sebarang surat-menyurat, bantahan atau rayuan tidak akan dilayan. 22. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan, menamatkan atau menggantung Kempen ini dengan notis yang memadai. Untuk mengelakkan keraguan, para Peserta tidak berhak untuk membuat sebarang tuntutan atau pampasan terhadap Pihak Penganjur atas sebarang kehilangan atau kerugian yang ditanggung atau dialami secara langsung atau tidak langsung akibat daripada pembatalan, penamatan atau penggantungan Kempen ini oleh Pihak Penganjur. 23. Setiap Pemenang bersetuju membenarkan Pihak Penganjur memaparkan atau menggunakan gambar/nama pemenang atau hal-hal berkaitan Pemenang untuk tujuan pengiklanan, publisiti dan sebagainya termasuk paparan di laman web korporat Bank Islam, media atau suratkhabar tempatan tanpa sebarang pemberitahuan atau kebenaran tambahan Pemenang. Pemenang tidak berhak membuat sebarang tuntutan atau pampasan berikutan dari tujuan pengiklanan publisiti di atas. 24. Sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang, Pihak Penganjur atau mana-mana pegawai, pekerja, wakil dan/atau ejen Pihak Penganjur (termasuk mana-mana pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang berurusan dengan Pihak Penganjur untuk tujuan Kempen ini) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerugian (termasuk kehilangan pendapatan, keuntungan atau niat baik atau secara tidak langsung, berkaitan, akibat daripada, teladan, bertujuan menghukum atau ganti rugi khas oleh mana-mana pihak termasuk pihak ketiga) yang timbul sama ada dalam kontrak, salah laku, kecuaian atau sebaliknya, berhubung dengan Kempen ini, walaupun Pihak Penganjur telah

dinasihatkan terlebih dahulu tentang kemungkinan kerugian yang dinyatakan dan kesemua ganti rugi sedemikian adalah dengan jelasnya dikecualikan. 25. Sebarang notis oleh Pihak Penganjur berkaitan Kempen ini boleh disempurnakan melalui surat, e-mel, pesanan khidmat ringkas (SMS), penyata bulanan Kad Kredit, Premis Bank Islam, laman web korporat Bank Islam (www.bankislam.com.my) atau www.facebook.com/bankislamfb, atau mana-mana cara yang dicadangkan oleh Bank Islam dan notis tersebut menjadi sah pada tarikh yang dimaklumkan oleh Pihak Penganjur. 26. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab walau dalam apa jua keadaan terhadap sebarang kegagalan/kesilapan teknikal, elektronik atau apa jua diluar kuasa Pihak Penganjur dalam pengurusan dan pemprosesan Kempen ini. 27. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang salah tafsir fakta dan/atau kecederaan dan/atau kerosakan berkaitan dengan hadiah dalam Kempen ini. Bank Islam seterusnya tidak bertanggungjawab sama ada secara langsung atau tidak langsung, terhadap kerugian dan kerosakan dan/atau apa sahaja yang ditanggung oleh Para Peserta secara langsung atau tidak langsung, keseluruhan atau sebahagian disebabkan oleh penyertaan mereka dalam Kempen ini dan/atau akibat daripada sebarang tindakan atau apa jua diluar kuasa daripada Pihak Penganjur. 28. Pihak Penganjur berhak membuat pindaan atau mengubah syarat dan terma Kempen ini pada bila-bila masa memadai dengan notis kepada mana-mana pihak/pelanggan. 29. Semua terma dan syarat Kempen ini adalah tertakluk kepada dan ditafsirkan di bawah undang-undang Malaysia. 30. Pihak Penganjur, pekerja, majikan, ejen yang dilantik oleh Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap segala kerosakan, kehilangan atau kecederaan para peserta atau orang perseorangan yang berhubung kait dengan Kempen ini. Penyertaan dalam Kempen ini adalah dibawah tanggungjawab para peserta itu sendiri. Para Peserta hendaklah menanggung segala liabiliti untuk kehilangan, kecederaan, kerosakan, tuntutan yang mungkin akan terjadi berikutan penyertaan dalam Kempen ini atau daripada penggunaan atau penebusan hadiah. 31. Semua cukai persekutuan, negeri atau tempatan yang berkaitan dengan hadiah yang ditawarkan adalah dibawah tanggungjawab para pemenang. 32. Terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini adalah tambahan tanpa prejudis kepada termaterma dan syarat-syarat bagi Kad Debit-i/Kredit-i seperti yang tertera pada laman sesawang Bank Islam. Sekiranya ada di antara terma-terma dan syarat-syarat tersebut yang tidak konsisten, terma-terma dan syarat-syarat ini akan diguna pakai berhubung Kempen ini.