Terma & Syarat. Kempen Akaun Semasa/Simpanan AmBank-I Love Savings!

Similar documents
Hari bermaksud Isnin hingga Jumaat dan bila mana pejabat Bank yang berdaftar dibuka, kecuali dinyatakan sebaliknya.

Terms & Conditions TRUE Savers BonusLink Campaign

Business Day means a day on which Bursa Malaysia is open for trading. Hari Bekerja bermaksud hari dimana Bursa Malaysia dibuka untuk dagangan.

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

Terms & Conditions: TRUE Debit MasterCard Campaign Page 1

Deposit Dragon Campaign ( Campaign )

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

MAYBANK PRODUCTS UMBRELLA CAMPAIGN 2016 TERMS & CONDITIONS

Terma dan Syarat Kempen Rujukan Memperkenalkan Ahli Baru Privilege Banking dan Wealth Banking

TERMS AND CONDITION 2017 Credit Card Acquisition Cash Back Campaign

Current/Savings Account Standing Instruction Campaign. Terms & Conditions

SPEND AND WIN SAMSUNG GALAXY S8 KFH DEBIT CARD-i CAMPAIGN ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS ( Terms and Conditions ).

TERMS & CONDITIONS MAYBANK ONLINE APPLICATION CAMPAIGN II FOR BALANCE TRANSFER/EZYCASH/EZYPAY PLUS

Terma & Syarat Kempen Deposit AmBank Toyota Vellfire 2016 Serba Baharu Boleh Dimenangi dengan AmBank!

AmBank Debit Card - Win Cash 2 Campaign Terms and Conditions

TERMS AND CONDITIONS OF AL-AWFAR-SSPN

KEMPEN 5X UNIRINGGIT FOR YOUR SPEND KAD PRVI MILES DAN PREFERRED PLATINUM UOBM TERMA DAN SYARAT

TERMA DAN SYARAT. Kempen Mohon, Belanja dan Dapat Ganjaran

2.3. For joint customer of Libshara-i, only the primary account holder will qualify to participate.

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Ganjaran Tunai CIMB Bank Berhad

New SME Current Account Bundle Campaign. Campaign Date: 4 April September By: SME/Commercial Deposits

TERMS AND CONDITIONS

TERMA & SYARAT. Kempen UT & FD Investment Bundles RHB Bank

TERMA DAN SYARAT. Preferred Current Account Cash Reward RM88 (November & December 2017)

TERMS AND CONDITIONS OF #SenangBiz CAMPAIGN. TERMA DAN SYARAT BAGI KEMPEN #SenangBiz

Save And Win Everyday Campaign Terms and Conditions

a) The Principal and / or Supplementary Card account has become delinquent;

Kempen CIMB Islamic Q2 18 Mail Order Telephone Order ( MOTO ) Terma-Terma dan Syarat-Syarat

kecuali dimaklumkan sebaliknya.

Terms and conditions AmBank (M) Berhad and AmBank Islamic Berhad: Investment Bundle Campaign Campaign Period: 1 October 2018 to 31 December 2018

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Octo Edisi Terhad

RM10,000 RM99, % 3.50% 3.50% RM100,000 RM499, % 2.80% 2.50% RM500,000 dan ke atas 2.50% 2.30% 2.00%

TERMS AND CONDITIONS RHB DEPOSIT WATCH CAMPAIGN

TERMS AND CONDITIONS FOR

Kempen Perbelanjaan Luar Negeri dan Dalam Talian Spend and Get Travel Luggage CIMB Bank Mastercard Terma-Terma dan Syarat-Syarat

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV

MAYBANK PERSONAL LOAN/MAYBANK ISLAMIC PERSONAL FINANCING-i CAMPAIGN 2017 TERMS AND CONDITIONS

Terms and Conditions CASA EASY Cash Back Campaign

Mewah Kad Visa Infinite UOBM Terma & Syarat

Alliance Bank Loan & Credit Card Repayment Campaign Terms and Conditions

TERMS AND CONDITIONS RHB DEPOSIT GOLD CAMPAIGN

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Tactical Campaign for CPL via Website and ATM

TERMS AND CONDITIONS

2. This Campaign is applicable for all RHB Credit and Debit Cards, except RHB Platinum Business Cards. ( Eligible Cardmember )

TERMA DAN SYARAT KEMPEN Send More Money through Western Union at RHB and Get Cash Back

TERMA DAN SYARAT KEMPEN Send More Money via RHB Now and Get Cash Back RHB Western Union

Terma dan Syarat Kempen Kad-i Bank Islam Visa (Debit/Kredit) PIN dan Pandu Lebih Jauh

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB-Pay with Points & Win

Terms and Conditions AmOnline Win a Mini Cooper Campaign

TERMS AND CONDITIONS Chinese New Year Spend and Redeem Campaign

TERMS AND CONDITIONS RHB DEBIT CARD CAMPAIGN

Terms and Conditions for Auto BILLPAY RM30 Cash Rebate Campaign

ADDITIONAL TERMS AND CONDITIONS JomPAY Nationwide Campaign

2. Kempen ini terdapat di semua cawangan CIMB Bank seluruh Malaysia.

Effective 1 st APRIL 2018 / Berkuatkuasa pada 1 APRIL 2018

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Tactical Campaign for CPL via Website, ATM and Clicks

Kempen CIMB Mastercard Philips Coffee Maker & Flight Tickets Giveaway Overseas and Online Spend Terma-Terma dan Syarat-Syarat

KEMPEN YEAR END EXTRAVAGANZA UOBM TERMA & SYARAT

UOBM LADY S CARD TERMA DAN SYARAT

Question : In SunActiv, which module you can track your steps & get rewarded? Answer : ( ) Search & Book ( ) Activ ( ) Health Info ( ) Marketplace

Terms and Conditions

AmBank Win a Porsche Campaign. Terms and Conditions

CIMB Bank Kempen Q3 17 Mail Order Telephone Order ( MOTO ) Terma-terma dan Syarat-syarat

Spend with PB-Samsung Pay & Be Rewarded ( Campaign ) Terms and Conditions

TERMS AND CONDITION Tactical Usage Campaign 2018 FIFA World Cup Russia

Apply Now for Mutual Gold - PB Visa Platinum Credit Card & Take Your Choice Home Campaign. Terms and Conditions

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Ganjaran CIMB F.I.R.S.T

Morgan Air Fryer with Mutual Gold PB Visa Platinum Credit Card Campaign. Terms and Conditions

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Ganjaran F.I.R.S.T CIMB

TERMS AND CONDITIONS RHB Grow Your Wealth Campaign

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Ganjaran F.I.R.S.T CIMB

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

Terms & Conditions Eligibility Contest Period Contest Mechanism

CIMB Swipe and Drive Campaign Terms and Conditions

TERMS AND CONDITION RHB Year End Mass Usage Campaign

2. Promosi ini hanya dibuka kepada Kad UOBM Lady s yang dikeluarkan di Malaysia.

AmBank #JoyFortuneLove Campaign. Terms and Conditions

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Kod Promosi Grab CIMB F.I.R.S.T

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Ganjaran CIMB F.I.R.S.T (1hb Februari hb April 2018)

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

BIASISWA FAIR & LOVELY 2018 TERMA-TERMA DAN SYARAT- SYARAT

SOALAN LAZIM MENGENAI SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN NASIONAL

Kad Debit MasterCard AmBank dan Kad Debit MasterCard TRUE by AmBank Kempen Penebusan Hadiah Segera di MYDIN

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

ANTARA DAN AKAN MENJUAL HARTANAH TERSEBUT DI BAWAH SECARA

PERMOHONAN PENGGUNAAN RUANG PASCASISWAZAH POSTGRADUATE WORKSPCE APPLICATION FORM. Gambar Pasport / Passport Picture. 2 pcs. Disokong / Recommended

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG PERMOHONAN PELAKSANAAN NO. PA /2017 (SAMAN PEMULA NO. PA-24FC /2017)

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO /2012 PERMOHONAN UNTUK PELAKSANAAN NO.

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG PERMOHONAN UNTUK PELAKSANAAN NO /2018 (SAMAN PEMULA NO.

JADUAL PERKHIDMATAN BAS KAMPUS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SESI 2018/2019

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO. PA-24FC /2016 PERMOHONAN UNTUK PELAKSANAAN NO

Functional Assessment Report Laporan Penilaian Fungsian

SYARAT DAN PANDUAN MEMOHON PINJAMAN PELAJARAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE (TATIUC) 2017

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG PERMOHONAN UNTUK PELAKSANAAN NO /2014 SAMAN PEMULA NO.

SYARAT-SYARAT JUALAN

Transcription:

1. Definisi 1.1 Bagi tujuan Terma dan Syarat ini, perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan yang berikut akan membawa maksud yang ditetapkan kepadanya melainkan konteks menghendaki sebaliknya:- Bank bermaksud AmBank (M) Berhad (No. Syarikat: 8515-D), sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965, dengan alamat berdaftar di Tingkat 22, Bangunan AmBank Group, No. 55 Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur. Kumpulan AmBank bermaksud semua Syarikat dan Syarikat Bersekutu Bank yang berkaitan, sama ada yang diperbadankan di dalam atau di luar Malaysia, yang sedia ada sekarang atau di masa hadapan dan rujukan kepada 'Kumpulan AmBank' dalam Terma dan Syarat ini hendaklah termasuk semua atau mana-mana entiti dalam Kumpulan AmBank. Hari bermaksud Isnin hingga Jumaat dan bila mana pejabat Bank yang berdaftar dibuka, kecuali dinyatakan sebaliknya. Notis Terdahulu bermaksud notis oleh Bank mengenai fakta-fakta tertentu atau keadaan hal ehwal tertentu sekurang-kurangnya tiga (3) hari kalendar. Produk Yang Layak bagi Kempen bermaksud semua akaun Semasa / Simpanan ( CASA ) yang ditawarkan dan dikeluarkan oleh Bank. Pelanggan Sedia Ada bermaksud seseorang individu yang mempunyai mana-mana satu daripada Produk Yang Layak sebelum permulaan Tempoh Kempen. Pelanggan Baharu bermaksud seseorang individu yang tidak mempunyai sebarang Produk Yang Layak dengan Bank sebelum permulaan Tempoh Kempen. Peserta Yang Layak bermaksud Pelanggan Individu Baharu atau Sedia Ada yang menjadi pemegang akaun utama / prinsipal yang membuka atau menyenggara Produk Yang Layak semasa Tempoh Kempen. Dana Baharu bermaksud wang atau dana yang:- (a) (b) tidak dipindahkan daripada mana-mana akaun deposit Bank atau AmBank Islamic sedia ada; atau dana yang dipindahkan daripada bank / institusi kewangan yang lain ke dalam akaun deposit Bank pelanggan tidak lebih daripada tujuh (7) hari kalendar sebelum peletakan deposit. Kempen bermaksud Kempen Akaun Semasa/Simpanan AmBank- I Love Savings! yang dianjurkan oleh Bank menurut Terma dan Syarat yang ditetapkan di sini. 1.2 Perkataan-perkataan yang merujuk kepada orang hendaklah termasuk orang-orang yang hidup dan, jika dan di mana berkaitan, badan atau orang-orang diperbadankan atau tidak diperbadankan. Perkataan-perkataan yang merujuk kepada kata mufrad hendaklah juga termasuk bentuk jamak dan sebaliknya. Perkataan-perkataan yang merujuk kepada jantina lelaki hendaklah termasuk jantina perempuan atau genus neuter. 1.3 Istilah 'Syarikat-Syarikat Bersekutu' hendaklah mempunyai maksud seperti yang telah ditetapkan untuknya di bawah Seksyen 2(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013. Istilah "Syarikat-Syarikat Yang Berkaitan" pula hendaklah mempunyai maksud sama seperti yang ditetapkan untuknya di bawah Seksyen 6 Akta Syarikat 1965. 1 Terma & Syarat Kempen Akaun Semasa/Simpanan AmBank _ I Love Savings

2. Tempoh Kempen 2.1 Kempen akan berjalan dari 16 December 2015 hingga 31 Mac 2016 (termasuk kedua-dua tarikh dan akan dirujuk sebagai "Tempoh Kempen ): 2.2 Bank berhak untuk mengubah atau meminda jangka masa Tempoh Kempen mengikut budi bicara mutlaknya dengan memberi Notis Terdahulu. 3. Kelayakan 3.1 Mana-mana Peserta Yang Layak boleh mengambil bahagian dalam Kempen ini kecuali yang berikut:- a) Individu yang berumur kurang dari lapan belas (18) tahun; b) Pemilikan tunggal / perkongsian; dan/atau c) PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana dengan perolehan tahunan kurang daripada RM25 juta) 3.2 Pelanggan bukan individu adalah tidak layak untuk mengambil bahagian dalam Kempen ini. 3.3 Jika Produk Yang Layak dipegang dalam akaun bersama, hanya nama pertama pemegang akaun bersama iaitu pemegang akaun utama yang layak untuk mengambil bahagian dalam Kempen ini. 3.4 Bagi Produk Yang Layak yang dipegang sebagai akaun amanah, Peserta Yang Layak hendaklah ibu bapa / penjaga sah kepada benefisiari (mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas). 3.5 Kempen ini terbuka kepada semua pemegang akaun baharu dan sedia ada bagi akaun-akaun yang berikut seperti yang ditetapkan di dalam Jadual A di bawah: ( Akaun Yang Mengambil Bahagian ) (Layak mendapat Perlindungan PIDM) Jadual A: Produk Akaun Semasa (CA) atau; Simpanan Semasa Asas AmStar AmStar Extreme TRUE Transact Akaun Family First (Akaun Harian) Produk Akaun Simpanan (SA) atau Akaun Simpanan Asas Akaun Simpanan Harian 2 Terma & Syarat Kempen Akaun Semasa/Simpanan AmBank _ I Love Savings

TRUE Savers Akaun Family First (Akaun Simpanan Khas) 4 Mekanisma Kempen 4.1 Peserta Yang Layak dikehendaki mendepositkan atau menambah satu minima amaun Dana Baharu ke dalam Akaun Yang Mengambil Bahagian dan memastikan deposits amaun ini diperuntukkan untuk empat (4) bulan ("Tempoh Yang Diperuntukkan ) semasa Tempoh Kempen untuk berhak mendapat hadiah-hadiah yang berikut seperti yang ditetapkan di dalam Jadual B:- Jadual B: Kategori Minima Deposit Dana Baharu Yang Layak (RM) Tempoh Yang Diperuntukkan (bulan) Hadiah Unit Kuantiti 1 30,000 Samsung Galaxy V Plus bernilai sehingga RM299 1500 2 100,000 4 Samsung Galaxy J1 Ace bernilai sehingga RM399 1000 3 200,000 Samsung Tab 3V bernilai sehingga RM529 275 4.2 Kempen ini hanya terpakai untuk deposit Dana Baharu sebagimana yang ditakrifkan dalam terma dan syarat dalam kempen ini dan untuk layak mendapat hadiah. 4.3 Proses peruntukkan akan dilakukan di cawangan di mana penempatan Akaun Semasa / Simpanan dibuat. Untuk bagi proses peruntukkan, Pelanggan Yang Layak dikehendaki mengakui Surat Jaminan Tanggung Rugi yang disediakan oleh cawangan semasa penempatan deposit di Akaun Simpanan / Semasa mereka berjaya. 4.4 Peletakan deposit atau penambahan amaun yang dimasukkan ke dalam Akaun Yang Mengambil Bahagian akan diperuntukkan oleh Bank untuk satu tempoh seperti yang telah ditetapkan di dalam Jadual B dari tarikh peletakan. 4.5 Semua hadiah akan diberi berdasarkan setiap peuntukkan Dana Baharu Layak yang dibuat oleh Peserta Yang Layak sepanjang Tempoh Kempen. 4.6 Hadiah-hadiah adalah sah atas dasar siapa cepat dia cepat dia dapat dan tertakluk kepada ketersediaan stok, terhad kepada tiga ( 3 ) hadiah untuk setiap kategori hadiah untuk setiap Peserta Layak sepanjang Tempoh Kempen. 3 Terma & Syarat Kempen Akaun Semasa/Simpanan AmBank _ I Love Savings

4.7 Hadiah-hadiah yang ditunjukkan dalam iklan dan lain-lain bahan pemasaran (jika ada) adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan rekabentuk sebenar mungkin berbeza. 5. Dana Yang Diperuntukkan 5.1 Sekiranya amaun yang diperuntukkan dalam Akaun Yang Mengambil Bahagian (sebahagian atau penuh) dibatalkan, dikeluarkan atau dilepaskan dalam tempoh yang diperuntukkan, atas apa jua sebab, Bank berhak untuk menolak fi penalti yang berikut daripada Akaun Yang Mengambil Bahagian milik Peserta Yang Layak, yang berkenaan seperti yang ditetapkan dalam Jadual C di bawah pada tarikh pengeluaran. 5.2 Amaun fi penalti yang berikut adalah setara dengan kos harga hadiah-hadiah, sekiranya hadiah-hadiah telahpun ditebus. Jadual C: Kategori Minima Deposit Dana Baharu Yang Layak (RM) Hadiah Fi Penalti (RM) 1 30,000 Samsung Galaxy V Plus bernilai sehingga RM299 245 2 100,000 Samsung Galaxy J1 Ace bernilai sehingga RM399 330 3 200,000 Samsung Tab 3V bernilai sehingga RM529 430 5.3 Peletakan deposit yang dibuat melalui cek adalah tertakluk kepada kelulusan cek dan hanya akan dipertimbangkan sebagai satu peletakan deposit oleh Peserta Yang Layak selepas cek dibayar atau diluluskan dan akan hanya diterima jika cek tersebut tidak dipulangkan. 5.4 Untuk mengelakkan keraguan, Bank mungkin akan menghentikan penawaran mana-mana Produk Yang Layak dan/atau menukar Produk Yang Layak yang terjejas sedia ada atas apa jua sebab, termasuk tetapi tidak terhad kepada, bagi memastikan pematuhan kepada sebarang undang-undang dan/atau peraturan yang terpakai. 4 Terma & Syarat Kempen Akaun Semasa/Simpanan AmBank _ I Love Savings

6. Penebusan Hadiah 6.1 Peserta Yang Layak yang berjaya akan diumumkan di laman web rasmi Bank di www.ambank.com.my dalam masa sembilan puluh (90) hari selepas akhir Tempoh Kempen. 6.2 Hadiah akan disediakan untuk diambil oleh Peserta Yang Layak dalam tempoh sembilan puluh (90) hari selepas akhir Tempoh Kempen jika gagal, Peserta Yang Layak hendaklah disifatkan telah dilucuthakkan hadiah. Penebusan hadiah adalah diambil dari cawangan di mana penempatan Akaun Semasa / Simpanan dibuat. 6.3 Pemberitahuan Peserta Yang Layak yang berjaya akan diberikan melalui Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS) atau mana-mana kaedah lain yang difikirkan sesuai oleh Bank selepas sembilan puluh (90) hari selepas akhir Tempoh Kempen. Sebagai contoh: RM0.00:TQ participating in I Love Savings Campaign. Please collect your gift at your earmark branch.for info call 0321788888 6.4 Hadiah akan diberikan atau dikeluarkan seperti yang dipilih oleh Peserta Yang Layak menurut kategori deposit penempatan dana telah dibuat. Peserta Yang Layak juga tidak dibenarkan untuk memilih warna hadiah. Keputusan mengenai ini adalah muktamad, sebarang suratmenyurat atau rayuan tidak akan dilayan untuk menukar hadiah. 6.5 Hadiah akan diberi atau dikeluarkan atas nama Peserta Yang Layak dan tidak boleh dipindah milik. 6.6 Dalam hal pemegang akaun bersama, hadiah-hadiah akan diberikan kepada pemegang akaun utama sahaja. 6.7 Bank berhak sepenuhnya untuk menambah / mengeluarkan dan untuk menggantikan manamana hadiah dengan barang yang serupa nilai runcitnya dengan memberi Notis Terdahulu kepada Peserta Yang Layak. 6.8 Sehingga dan termasuk hari Hadiah diberikan kepada Peserta Yang Layak, Akaun Yang Mengambil Bahagian hendaklah kekal aktif dan sah yang memuaskan pihak Bank. Kegagalan berbuat demikian bermakna Peserta Yang Layak akan dianggap telah kehilangan hak ke atas Hadiah tersebut dan Bank akan menarik balik Hadiah tersebut. 6.9 Peserta Yang Layak adalah bertanggungjawab untuk membayar semua dan sebarang cukai, kos sampingan tidak terhad kepada mana-mana cukai yang terpakai dan segala perbelanjaan peribadi yang lain dan/atau sebarang caj-caj lain berkaitan dengan hadiah dan /atau Kempen. 6.10 Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang cukai, kos sampingan, caj-caj dan/atau kerosakan yang disebabkan oleh hadiah tersebut dan ketidakpatuhan oleh mana-mana agen/ pengedar. 6.11 Bank tidak akan bertanggungjawab atau menerima sebarang bentuk liabiliti yang bersifat apa-apa juapun dan walau bagaimana sekalipun timbul atau dialami oleh Peserta Yang Layak (termasuk kecuaian) berkaitan dengan kematian, kecederaan, sebarang kerugian, kerosakan atau kemalangan yang timbul dari penggunaan hadiah yang dimenangi oleh Peserta Yang Layak. 6.12 Bank dengan nyata mengecualikan dan menafikan mana-mana representasi, waranti atau sokongan, yang dinyatakan atau tersirat, bertulis atau lisan berkaitan kualiti atau kesesuaian 5 Terma & Syarat Kempen Akaun Semasa/Simpanan AmBank _ I Love Savings

hadiah. Bank juga tidak akan bertanggungjawab untuk menyelesaikan pertikaian dengan pengeluar atau pembekal Hadiah dan Peserta Yang Layak hendaklah berurusan secara terus dengan pengeluar atau pembekal berkenaan semua maklumat jaminan. 6.13 Bank tidak akan bertanggungjawab untuk menggantikan sebarang hadiah yang rosak atau telah dicuri selepas hadiah tersebut diambil oleh Peserta Yang Layak. 6.14 Bank berhak untuk membatalkan atau mengambil semula /menarik balik hadiah yang telah diberikan kepada Peserta Yang Layak sekiranya mereka telah melakukan penipuan atau perbuatan yang salah berkaitan akaun mereka. 7. Umum 7.1 Bank mempunyai hak untuk menggunakan, menerbitkan atau memaparkan dalam sebarang bentuk yang difikirkan perlu dan sesuai, butiran Peserta Yang Layak yang terpilih (termasuklah tetapi tidak terhad kepada) nama, gambar dan bandar tempat kediaman Peserta Yang Layak terpilih bagi tujuan periklanan dan publisiti (jika ada). Dengan mengambil bahagian dalam Kempen ini, pemenang terpilih dengan ini membenarkan dan bersetuju Bank menggunakan hak-hak tersebut. Peserta Yang Layak boleh menggunakan budi bicara untuk mengakses dan mengemaskini butiran peribadi mereka dengan memaklumkan kepada Bank secara bertulis sepanjang Tempoh Kempen. 7.2 Keputusan Bank dalam semua perkara dan/atau pertikaian berkaitan Kempen ini adalah muktamad, mengikat ke atas semua Peserta Yang Layak dan sebarang surat-menyurat atau rayuan tidak akan dilayan. 7.3 Semua transaksi yang direkodkan oleh Bank adalah muktamad dan konklusif. 7.4 Bank berhak secara mutlak untuk membatalkan, menamatkan atau menggantung Kempen ini pada bila-bila masa tanpa memberikan sebarang alasan dengan memberi Notis Terdahulu melalui laman web rasmi Bank atau di cawangan-cawangannya. 7.5 Bank berhak dan mempunyai budi bicara mutlak untuk mengubah, meminda, memadam atau menambah kepada mana-mana Terma dan Syarat yang ditetapkan secara khusus di sini, sepenuhnya atau sebahagian daripadanya dari semasa ke semasa termasuk mengubah tempoh Kempen yang difikirkan penting dan wajar dengan memberi Notis Terdahulu melalui laman web rasmi Bank di www.ambank.com.my atau di cawangan-cawangan Bank. Kecuali dinyatakan sebaliknya dalam Terma dan Syarat ini, sebarang notis yang diberikan oleh Bank adalah dianggap sebagai telah diberi apabila ia dipaparkan di laman web rasmi Bank www.ambank.com.my atau di cawangan-cawangan Bank, yang mana lebih dahulu. 7.6 Bank berhak untuk mengubah, mengeluarkan, menambah atau membatalkan mana-mana Hadiah Kempen ini pada bila-bila masa tanpa memberikan sebarang alasan dengan memberi Notis Terdahulu melalui laman web rasmi Bank atau di cawangan-cawangannya. 7.7 Bank berhak dan mempunyai budi bicara mutlak untuk membatalkan mana-mana Peserta Yang Layak yang didapati atau ditentukan sebagai telah mengusik atau sedang mengusik proses kemasukan dan/atau operasi Kempen, sebagai telah melanggar atau berpotensi untuk melanggar Terma dan Syarat yang dinyatakan di sini. 7.8 Terma dan Syarat ini akan kekal terpakai mengatasi mana-mana peruntukan dan/atau representasi yang terkandung dalam sebarang bahan promosi yang lain yang mengiklankan Kempen ini. 6 Terma & Syarat Kempen Akaun Semasa/Simpanan AmBank _ I Love Savings

7.9 Dengan mengambil bahagian dalam Kempen ini, Peserta dan/atau mana-mana pihak yang berkaitan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini. 7.10 Dalam apa-apa jua keadaan sekalipun, Bank tidak boleh dipertanggungjawabkan atas sebarang kerugian atau kerosakan termasuklah tetapi tidak terhad kepada kehilangan punca pendapatan, keuntungan, nama baik, secara langsung atau tidak langsung, secara sampingan, akibat, contoh, punitif atau ganti rugi khas mana-mana pihak termasuklah pihakpihak ketiga, walau bagaimana sekalipun timbul sama ada dalam kontrak, tort, cuai atau sebaliknya, berhubung dengan penyertaan di dalam Kempen ini, atau mana-mana hadiah Kempen atau Bank dalam melaksanakan hak-haknya mengikut Terma dan Syarat ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada dalam melaksanakan klausa 3, 4, 5, 6 dan 7. Walaupun sekiranya Bank telah dinasihatkan lebih awal tentang kemungkinan kerosakan yang seumpamanya, semua kerosakan yang seumpamanya adalah dengan jelas dikecualikan. 7.11 Pihak Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang keingkaran berkaitan dengan Kempen akibat daripada mana-mana bencana alam, peperangan, rusuhan, mogok, penyekatan, tindakan industri, kebakaran, banjir, kemarau, ribut taufan, kegagalan teknikal atau sistem atau sebarang peristiwa yang berlaku di luar kawalan munasabah pihak Bank. 7.12 Semua Terma dan Syarat yang ditetapkan disini adalah ditadbir dan ditafsirkan menurut undang -undang Malaysia. 7.13 Sekiranya terdapat apa-apa percanggahan atau konflik dalam tafsiran Terma dan Syarat ini, versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia bagi setiap Terma dan Syarat ini hendaklah dianggap sebagai serupa, dan setiap Terma dan Syarat yang ditetapkan membawa makna yang sama. 7.14 Semua pelanggan / peserta adalah dikehendaki untuk log masuk ke laman sesawang korporat Bank untuk mengikuti perkembangan terkini promosi di http://www.ambank.com.my/eng/terms-and-conditions untuk Terma & Syarat terkini, jika ada. 7 Terma & Syarat Kempen Akaun Semasa/Simpanan AmBank _ I Love Savings