FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

Similar documents
FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

Earthwork Activities in Private Housing Industry

IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

PERLAKSANAAN AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN, 1994 DI INSTITUT LATIHAN AWAM HELMI BIN HJ. HARON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2016 PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI DAN PRESTASI KEWANGAN AGENSI NEGERI SEMBILAN JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR UTAMA YANG MEMPENGARUHI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PERUNTUKAN PELABURAN HARTA TANAH DARI PERSPEKTIF PELABUR.

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN OLEH UNIT PENGUATKUASAAN DI PEJABAT TANAH

Survey on Perak and Selangor 3 messages


Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

KANDUNGAN KANDUNGAN. 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Latar Belakang Masalah Masalah pengajaran dan

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

A. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION

PELAKSANAAN LELONGAN AWAM DARIPADA PERSPEKTIF PENTADBIR TANAH KAJIAN KES DI PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUANTAN KHAIRUN NISSA BINTI ARIS

PERANAN PESURUHJAYA BANGUNAN DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN KAJIAN KES : NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

PASARAN HARTA TANAH KEDIAMAN BERDASARKAN IMPLIKASI PENENTUAN HARGA RUMAH OLEH PEMAJU. KAJIAN KES NUSAJAYA ZARINATUL AIN BT AKHIRUDIN

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

PELAKSANAAN TATACARA PELANTIKAN PELELONG BERLESEN DI PENTADBIRAN TANAH JOHOR NURUL ASMAA BINTI MAAKUL

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

PERANAN JURUUKUR TANAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN MOHD AIMAN BIN MOHD KAMAROL BAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BIASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (BUMT) JABATAN PENGURUSAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU. - Syarat dan Kelayakan - Borang Permohonan

THE IMPACT OF THE FACEBOOK WEBSITE QUALITY ON USER S PERCEIVED ATTITUDE, INTENTION AND LOYALTY AMONG STUDENTS OF UTM TAMER ADEL SALEH ALAJRAMI

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) LAPORAN KEMAJUAN BERKALA / PERIODIC PROGRESS REPORT

laporan ketua audit negara tahun 2014 jabatan audit negara malaysia

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

POTENSI KEPERLUAN PERUNDANGAN KHAS YANG BERKAITAN HAK PEMILIKAN TANAH BAGI PEMBANGUNAN PROJEK MRT MOHD HANIFF BIN HASSAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

STRATEGI PENAMBAHBAIKAN PROSES PELUPUSAN MELALUI PEMBERIMILIKAN TANAH KERAJAAN DI PEJABAT DAERAH DAN TANAH IPOH NORHASNISHA BINTI HASHIM

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2016 PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI DAN PRESTASI KEWANGAN AGENSI NEGERI SARAWAK JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DIKALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR DAN KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN PENDAFTARAN MAJIKAN PERKESO KUALA KANGSAR SECARA ATAS TALIAN KAMSIAH BINTI ZAINAL ABIDIN

FAKTOR-FAKTOR KETIDAKPENGHUNIAN BANGUNAN KOMERSIAL DI BANDAR MERU RAYA, IPOH, PERAK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MODELING OF SALT WATER INTRUSIONS INTO LANGAT RIVER ESTUARY, MALAYSIA

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2016 PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI DAN PRESTASI KEWANGAN AGENSI NEGERI MELAKA JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

KANDUNGAN KATA PENDAHULUAN INTI SARI LAPORAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ELEMEN SEMIOTIK DALAM SENI PERSEMBAHAN RODAT TERENGGANU FAIZ SYAHMI BIN MOHD

ADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI

J\ Impacts of disturbance o~ fish communities in Sungat Pur, Terengganu I Annie Nums anak B1lly.

Sistem Bakeri Interaktif

KAJIAN TERHADAP PEMBINAAN LANDSKAP. KAJIAN KES : DI TAMAN REKREASI TASIK DARULAMAN, JITRA, KEDAH NURHAFEZAWANI BINTI SENAPI

PERANAN JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA NEGERI SEMBILAN DALAM MEMPROMOSIKAN ALAT MUZIK CAKLEMPONG

FAKTOR-FAKTOR PERLAKUAN PENGGUNA YANG MEMPENGARUHI PEMBELI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PEMBELIAN HARTA TANAH KEDIAMAN KES KAJIAN : DAERAH MELAKA TENGAH

AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR (PKPGB) UTM MOHD IRWAN BIN ABD RAHMAN

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

PROSPEK DAN CABARAN BAGI MENGEKALKAN STATUS TANAH RIZAB MELAYU PADA ABAD KE-21 NURNABIHAH BINTI ZULKAPAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AMALAN DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PELABURAN HARTA TANAH WAN SYAHIRA BINTI WAN MAMAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KANDUNGAN KATA PENDAHULUAN INTISARI LAPORAN BAHAGIAN I : PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN KERAJAAN SABAH BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2007

THE DEVELOPMENT OF SMALL AND MEDIUM SIZED CONSTRUCTION FIRMS IN NIGERIA USING ABSORPTIVE CAPACITY BILAU ABDULQUADRI ADE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2016 PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI DAN PRESTASI KEWANGAN AGENSI NEGERI PERAK JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

MASALAH GEJALA SOSIAL REMAJA DI SALAH SEBUAH DAERAH NEGERI SEMBILAN FADILAH BTE MOHAMAD NAWAWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AUDIT KETUA NEGARA LAPORAN SIRI 2 NEGERI SEMBILAN TAHUN 2016 PENGURUSAN AKTIVITI JABATAN/ AGENSI DAN PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

MAYBANK PRODUCTS UMBRELLA CAMPAIGN 2016 TERMS & CONDITIONS

KANDUNGAN BAHAGIAN I : PENYATA AKAUN AWAM KERAJAAN NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER Pendahuluan 1

Functional Assessment Report Laporan Penilaian Fungsian

KEMPEN 5X UNIRINGGIT FOR YOUR SPEND KAD PRVI MILES DAN PREFERRED PLATINUM UOBM TERMA DAN SYARAT

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN CONTINOUS PROFESSIONAL DEVELOPMENT

Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017

KEMUDAHSAMPAIAN M EM PENGARUHI NILAI HARTA TANAH NURULLIZA BINTI SALLEH

Faculty of Engineering

AMALAN INOVASI DALAM KALANGAN PETANI CINA

Analisis Metabolisma Bandar Menggunakan Teknik Material Flow Analysis (MFA) di Seremban. Sharif Shofirun Bin Sharif Ali (P85768)

PENTADBIRAN HARTA PUSAKA GSA DALAM SISTEM PENTADBIRAN TANAH NEGARA DAN BAGI TANAH FELDA MOHD YASSIN BIN MOHD YUSUF

TERMS & CONDITIONS MAYBANK ONLINE APPLICATION CAMPAIGN II FOR BALANCE TRANSFER/EZYCASH/EZYPAY PLUS

Aktiviti Kementerian/Jabatan/Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS: MASALAH DAN CADANGAN

KAWALAN, PENGUATKUASAAN, PENDAKWAAN SERTA HUKUMAN BAGI ISU PENCEROBOHAN TANAH WAKAF DI MALAYSIA

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PUSAT KEBUDAYAAN DAN KRAFTANGAN LAMIN DANA MUKAH, SARAWAK.

AUDIT KETUA NEGARA 2016 LAPORAN SIRI 1 PENGURUSAN AKTIVITI/ KEWANGAN JABATAN/ AGENSI DAN PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA TAHUN 2016

MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM

PERMOHONAN PENGGUNAAN RUANG PASCASISWAZAH POSTGRADUATE WORKSPCE APPLICATION FORM. Gambar Pasport / Passport Picture. 2 pcs. Disokong / Recommended

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI DALAM PENENTUAN PEMELIHARAAN KAWASAN WARISAN KAJIAN KES: BANDAR TAIPING, PERAK ZALISSA BINTI ZAINI

Transcription:

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM Projek Sarjana Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Syarat Penganugerahan Sarjana Sains (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah) Falkuti Geoinformasi dan Harta Tanah Universiti Teknologi Malaysia JUN 2012

DEDIKASI Terima kasih atas segala perhatian, pemahaman dan pengorbanan dan segalanya. Penulisan ini untuk suamiku Mohd Safuan bin Abd Rahman dan anakku, Nur Sarah Raisya. Juga untuk ibu bapaku dan ibu mertuaku, Nasifah binti Abdullah & Abdul Rahim bin Hj Darus, Hjh Nor Salasiah binti Hashim Dan keluarga tercinta. Hasil kejayaanku adalah berkat doa kalian semua.

PENGHARGAAN Dengan limpah kurnianya, syukur ke hadrat Ilahi akhirnya dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Sains ini. Pertama sekali penghargaan ini ditujukan buat Dr Khadijah binti Hussin selaku penyelia projek sarjana ini yang telah memberi tunjuk ajar, komen, panduan dan sokongan dalam menjayakan kajian ini. Malah, tidak dilupakan kepada semua pensyarah yang terlibat sepanjang pengajian dalam Sarjana Sains (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah). Selain itu, ucapan penghargaan dan ribuan terima kasih turut ditujukan kepada pegawai dan kakitangan di Pejabat Daerah dan Tanah Sungai Siput sebagai kawasan kajian dan jabatan-jabatan kerajaan lainnya, juga rakan-rakan pegawai dan termasuklah rakan sepengajian samada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kajian ini. Keterlibatan anda semua sangat dihargai sehingga terhasilnya kajian ini.

ABSTRAK Cukai tanah merupakan salah satu hasil yang dipungut oleh Pejabat Tanah dan Daerah Sungai Siput dan lebih dikenali sebagai cukai tanah berulang yang mana umum mengetahui cukai tanah merupakan hasil utama Negeri Perak. Walau bagaimanapun, seandainya aktiviti pengurusan hasil terutama cukai tanah tidak diurus dengan baik dan kemas akan menyebabkan berlakunya tunggakan dan boleh menimbulkan pelbagai masalah. Maka, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor penyebab tunggakan di Daerah Kecil Sungai Siput. Bagi mendapatkan maklumat dan data primer, kaedah temubual dan pemerhatian digunakan. Akhir kajian secara ringkasnya, menunjukkan faktor-faktor penyebab tunggakan cukai tanah di Daerah Kecil Sungai Siput dan beberapa cadangan yang dibuat bagi mengatasi tunggakan cukai tanah adalah berkaitan dengan urus tadbir kutipan cukai tanah dan tunggakan cukai, penyelesaian masalah kesahihan data di dalam Sistem Pungutan Hasil Tanah (SPHT), tiada kesedaran di kalangan pemilik dan pembayar cukai tanah, dan lain-lain faktor yang berkaitan.

ABSTRACT Quit-Rent collections are amongst the responsibilities handled by Sungai Siput Land & District Office. It is also known land tax, which is charged on an annual basis to all land owners and is the main income for the Perak State Government. However if this is not imposed strictly or not managed properly and accordingly to the law governing the whole process, there will be repercussion and issues that will arises. For example, one of the immediate effect will be delays and arrear of payments of the Quit-Rent charges by landowners. This research is to recognize and analyze the main cause of arrears and delays in Sungai Siput Sub- District, and to refine the current process and propose improvements plans to overcome these issues especially those involves in the process in delays, arrears in payments, public (landowners) awareness and lack of responsibilities in making payments, data discrepancies in the Land Revenue Collection System (SPHT), land (title) inheritance and ownerships issues and others Quit-Rent collections activities.

SENARAI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN KATA SENARAI LAMPIRAN ii iii iv v vi vii 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Penyataan Masalah 2 1.3 Matlamat Kajian 5 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Skop Kajian 6 1.6 Kepentingan Kajian 7 1.7 Metodologi Kajian 7 1.7.1 Kajian Teoritikal 8 1.7.2 Peringkat Pengumpulan Data dan Maklumat 8 1.7.2.1 Data Primer 8 1.7.2.2 Data Sekunder 9

1.7.3 Analisis dan Penilaian Data 9 1.7.4 Cadangan Penyelesaian dan 9 Kesimpulan 1.7.5 Carta Alir Metodologi Kajian 10 1.8 Susunatur Bab 11 2 KAJIAN LITERATUR 2.1 Sejarah Cukai 13 2.2 Pengurusan Hasil di Malaysia 16 2.2.1 Hasil Persekutuan 17 2.2.2 Hasil Negeri 19 2.3 Definisi-Definisi Yang Berkaitan 2.3.1 Cukai Tanah, Cukai Taksiran 19 dan Cukai Kadaran 2.3.2 Cukai Tanah di dalam Islam 21 2.3.3 Pemilik atau Pembayar Cukai Tanah 23 2.3.4 Tanggungjawab Pemilik Tanah 24 atau Pembayar Cukai 2.3.5 Kuasa Menentukan Kadar Cukai Tanah 24 atau Pembayar Cukai 2.3.6 Kaedah Pengiraan Cukai Tanah Yang 25 Perlu Dibayar 2.3.7 Pajakan Lombong 26 Perlu Dibayar 2.4 Pengurusan Tunggaakan Cukai Tanah 26 2.5 Kesimpulan 31 3 KAWASAN KAJIAN 3.1 Pengenalan 32

3.2 Latar Belakang Pengurusan Cukai Tanah di 34 Daerah Kecil Sungai Siput 3.3 Kepentingan Kawasan Kajian Yang Dipilih 35 3.4 Kajian Pemerhatian, Soal Selidik dan 35 Temubual 3.5 Kepentingan Kajian Terhadap Keseluruhan 36 Objektif Tumpuan 3.6 Kesimpulan 37 4 ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN 4.1 Pengenalan 38 4.2 Kaedah Pengumpulan Data 38 4.2.1 Temubual 38 4.2.1.1 Pembentukan Borang 39 Temubual 4.2.2 Teknik Pemerhatian 40 4.2.3 Teknik Soal Selidik 40 4.3 Analisis Temubual dan Pemerhatian Data 41 4.4 Analisis Borang Soal Selidik 53 4.4.1 Demografi Responden 53 4.4.1.1 Jantina 54 4.4.1.2 Umur 54 4.4.1.3 Tahap Pendidikan 55 4.4.2 Tahap Pemahaman Tanggungjawab 56 Sebagai Pemilik/Pembayar Cukai Tanah 4.4.2.1 Kesedaran Responden 56 Wajib Bayar Cukai Tanah Setahun Sekali dan Tidak Perlu Menunggu Bil

Cukai Tanah Diterima 4.4.2.2 Kesedaran Responden 57 Tentang Tindakan Perampasan Tanah Jika Gagal Membayar Cukai Tanah 4.4.2.3 Kesedaran Responden 57 Tentang Tanggungjawab Membayar Cukai Tanah Walaupun Tanah Digadai Kepada Bank atau Dalam Tindakan Pusaka 4.4.2.4 Kesedaran Responden 58 Tentang Tanggungjawab Pengemaskinian Alamat Di Bil Cukai Tanah Jika Berpindah 4.4.3 Input Untuk Menambah Baik 59 Kemudahan Saluran Pembayaran Cukai Tanah 4.5 Kesimpulan 59 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 60 5.2 Pencapaian Objektif Kajian 60 5.3 Cadangan 61 5.3.1 Pembersihan Data dan 61 Penambahbaikan Sistem Pungutan Hasil Tanah (SPHT) 5.3.2 Mendidik Pemilik/Pembayar Cukai 62

Tanah atau Waris Pusaka Untuk Menjelaskan Tunggakan Cukai Tanah 5.3.3 Merekabentuk Semula Bil Cukai Tanah 62 5.3.4 Menguatkuasakan dan Memperkayasa 62 Semula Urus Tadbir Jawatankuasa Tunggakan Cukai Tanah, Notis 6A dan 8A 5.4 Limitasi Kajian 63 5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 63 5.6 Kesimpulan 64 BIBLIOGRAFI

1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Cukai diistilahkan mengikut Organisation for Economic Co-operation and Development sebagai suatu pembayaran dan wajib dibayar sebagai balasan kepada kerajaan. di mana cukai yang dikenakan adalah berbalas kepada manfaat yang disediakan oleh kerajaan kepada pembayar cukai dan kebiasaannya berkadaran kepada bayaran mereka. Namun, di dalam sistem percukaian moden, cukai dikenakan ke atas rakyat adalah berbentuk wang ke atas perkhidmatan, harta benda, barangan dan keuntungan sebagai balasan ke atas manfaat yang diterima oleh rakyat dan penyediaan infrastruktur awam untuk kemudahan rakyat seperti jalan raya, hospital, sekolah, perkhidmatan kerajaan, bekalan air bersih, elektrik dan lain-lain kemudahan. Malah, pembayaran cukai yang diterima dari rakyat juga dapat menjana semula ekonomi sesebuah Negara dan digunakan untuk membiayai lain-lain perbelanjaan yang ditanggung oleh kerajaan. Terdapat pelbagai jenis cukai yang dikenakan ke atas rakyat, terutama di Malaysia dan cukai merupakan salah satu bentuk hasil kerajaan selain daripada yuran, lesen-lesen dan lain-lain hasil. Di segi pentadbiran Hasil Kerajaan Malaysia ianya terbahagi kepada tiga peringkat iaitu Hasil Kerajaan Persekutuan, Hasil Kerajaan Negeri, dan Hasil Kerajaan Tempatan. Cukai tanah ialah cukai tahunan yang dikenakan ke atas rakyat yang mempunyai tanah tanpa mengira jenis tanah, kedudukan tanah, dan kegunaan tanah; yang wajib dibayar oleh pemilik atau waris. Malah, cukai tanah merupakan sumber utama Hasil Kerajaan Negeri yang menyumbang hampir 60% pendapatan Kerajaan

2 Negeri. Walaubagaimanapun, bayaran cukai tanah dianggap sebagai tunggakan apabila pembayaran wajib dibayar dalam tempoh yang ditetapkan gagal dibayar seperti yang sepatutnya. Ini bermakna pemilik tanah wajib menjelaskan cukai tanah pada tahun semasa sebelum berakhirnya 31 Mei setiap tahun dan jika gagal berbuat demikian, cukai tanah tahun semasa itu akan menjadi tunggakan apabila memasuki tahun akan datang. Malah, tunggakan cukai tanah tersebut akan dikenakan denda lewat mengikut kadar yang ditetapkan oleh Peraturan Negeri masing-masing. Bagi mana-mana pemilik tanah atau pembayar cukai tanah yang gagal membayar atau menjelaskan bayaran cukai tanah dalam mana-mana tahun kalendar di mana bayaran tersebut hendaklah dibayar sepenuhnya pada tahun semasa dan ia dianggap sebagai tunggakan pada hari 1 haribulan Jun tahun tersebut seperti yang dinyatakan mengikut Seksyen 94(2), Kanun Tanah Negara (Akta 56/1965), di mana tindakan penguatkuasaan iaitu perampasan tanah boleh dilakukan. Namun, persoalan yang berlaku walaupun tindakan penguatkuasaan mengikut peruntukan undang-undang dilakukan, tunggakan cukai tanah tetap berlaku. Malah, semakin meningkat dari tahun ke tahun. Ini menimbulkan pertanyaan apakah faktorfaktor penyebab tunggakan cukai tanah. Oleh itu, kajian penyelidikan ini perlu dilakukan bagi mengkaji faktor-faktor penyebab tunggakan cukai tanah terutama Daerah Kecil Sungai Siput. 1.2 Penyataan Masalah Sejarahnya menunjukkan bahawa Malaysia menggunakan dan mengadaptasikan perundangan tanah yang berasaskan Sistem Torrens di mana ianya diperkenalkan ketika zaman penjajahan British ke atas Tanah Melayu dan dinamakan sebagai Undang-Undang Tanah bagi menggantikan sistem perundangan negeri yang berasaskan undang-undang adat dan Islam. Pentadbiran Tanah Daerah mempunyai 5 teras utama perkhidmatan iaitu memproses permohonan tanah dan melupus tanah kerajaan, memproses permohonan pembangunan tanah, mendaftar urusniaga dan bukan urusniaga, dan mengutip cukai tanah dan lain-lain hasil tanah. Ini jelas

3 menunjukkan pengurusan cukai tanah di Negeri Perak terutamanya di Daerah Sungai Siput, di bawah bidang tugas Pejabat Daerah dan Tanah Sungai Siput sebagai Pemungut Hasil. Namun, Kajian Terhadap Pentadbiran Daerah dan Tanah yang dikeluarkan oleh Unit Pemodenan dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dengan kerjasama Kementerian Tanah Dan Pembangunan Koperasi, 2004 di mana kajian dibuat ke atas urusan tanah dan menyatakan bahawa antara permasalahan utama di Pejabat Tanah dan Daerah ialah tunggakan kutipan cukai tanah. Hasil kajian tersebut mendapati bahawa antara lain punca yang mempengaruhi tunggakan cukai tanah adalah kurang insentif bagi menggalakkan pembayar cukai atau pemilik tanah membayar cukai lebih awal dan ketiadaan kemudahan saluran pembayaran yang memudahkan pembayar cukai membayar cukai tanah. Malah turut dinyatakan bahawa kurangnya tindakan penguatkuasaan mengikut Seksyen 97, Kanun Tanah Negara (Akta 56/1965) iaitu tindakan pengeluaran Notis Tuntutan, Notis 6A yang menuntut dan mengkehendaki pemilik berdaftar atau pembayar cukai tanah menjelaskan bayaran penuh tunggakan cukai tanah dalam tempoh yang ditetapkan iaitu dalam masa tiga bulan dari tarikh Notis 6A berjaya disampaikan secara tangan kepada pemilik dan orang berkepentingan. Sekiranya, pemilik atau orang berkepentingan gagal menjelaskan bayaran penuh tunggakan cukai tanah seperti yang dituntut, pemilik tanah bakal berhadapan dengan tindakan perampasan tanah Selain itu, hasil dapatan kajian yang dilakukan oleh MAMPU ini, turut disokong dengan Laporan Jabatan Tanah dan Galian Persekutuan, 2010 yang menyatakan bahawa seluruh negara mengalami tunggakan cukai tanah sebanyak RM 1.022 bilion sehingga November 2009. Pendedahan laporan ini memberi gambaran terdapat faktor-faktor penyebab tunggakan cukai tanah dan pemilik tanah atau pembayar cukai wajar diberi pendedahan bahawa tunggakan cukai tanah ini akan terus meningkat dan betapa banyak kerajaan kehilangan hasil cukai akibat sikap pemilik tanah atau pembayar cukai yang sengaja tidak mahu melunaskan tanggungjawab sebagai pemilik tanah atau pembayar cukai tanah. Akibatnya, Kerajaan Negeri menghadapi kesukaran dalam merangka, merancang dan melaksanakan banyak projek pembangunan fizikal, sekiranya pungutan hasil

4 pungutan cukai tidak dapat diagihkan. Akibatnya, Kerajaan Negeri menghadapi kegagalan dalam menyediakan pelbagai prasarana keperluan asas seperti membina dan menyediakan kemudahan asas bekalan air, jalan raya, bekalan elektrik, perhentian bas, dan lain-lain kemudahan kepada rakyat dalam negeri dan kebajikan rakyat tidak dapat dilaksanakan dengan sewajarnya. Malah, hasil Kajian Terhadap Pentadbiran Daerah dan Tanah yang dikeluarkan oleh Unit Pemodenan dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dengan kerjasama Kementerian Tanah Dan Pembangunan Koperasi, 2004 mendapati bahawa pemilik tanah atau pembayar cukai tanah dengan sengaja enggan menjelaskan cukai tanah, culas membuat pembayaran dengan mengutamakan bayaran bagi maksud tujuan selain dari cukai tanah, pemilik/pembayar cukai tidak menerima bil cukai tanah, tidak mengetahui kesan dari keengganan menjelaskan cukai tanah boleh mengakibatkan tindakan perampasan di bawah Seksyen 100, Kanun Tanah Negara (Akta 56/1965), boleh dilaksanakan oleh Pentadbir Tanah dan lain-lain sebab yang mengakibatkan tunggakan cukai tanah. Bagi Pejabat Daerah dan Tanah Sungai Siput, jumlah tunggakan cukai tanah yang dilaporkan melalui Sistem Pungutan Tanah (SPHT) pada tahun 2007 menunjukkan jumlah tunggakan cukai tanah adalah sebanyak RM 2,900,116.00 dan jumlah kutipan tunggakan cukai tanah yang berjaya dikutip adalah sebanyak RM354,048.40, iaitu kira-kira hanya 12.21% daripada jumlah tunggakan cukai tanah. Manakala pada tahun 2010, terdapat peningkatan dalam tunggakan cukai tanah 24.36% daripada jumlah tunggakan cukai tanah pada tahun 2009. Peningkatan tunggakan cukai tanah secara mendadak ini jelas menunjukkan isyarat kemungkinan ada kelemahan di dalam pengurusan kutipan tunggakan cukai tanah di peringkat Pentadbiran Tanah Sungai Siput, atau terdapat kemungkinan faktor-faktor lain yang menyebabkan tunggakan cukai tanah. Mungkin ianya disebabkan faktor manusia iaitu masalah sikap pemilik tanah atau pembayar cukai tanah yang culas dan sengaja tidak membayar, atau kurangnya kesedaran di kalangan pemilik tanah atau pembayar cukai tanah tentang membayar cukai tanah adalah

5 termasuk dalam sebahagian tanggungjawab seorang pemilik tanah atau pembayar cukai tanah seperti yang dinyatakan di dalam kajian MAMPU, 2004. Malah, seringkali kedengaran kekeliruan pemilik atau pembayar cukai tanah mengenai perbezaan cukai-cukai berkala yang wajib dibayar di antara cukai taksiran atau lebih dikenali sebagai cukai pintu, cukai kadaran dan cukai tanah (hasil tanah) Selain itu, faktor kemudahan pembayaran mungkin menyebabkan tunggakan cukai tanah kerana kurangnya saluran pembayaran yang memudahkan orang awam membuat pembayaran seperti yang dilaporkan dalam kajian MAMPU 2004. Namun, terdapat juga kebarangkalian faktor-faktor lain seperti faktor prosedur pengurusan hasil dan tunggakan cukai tanah dan faktor teknologi sistem seperti penemuan Laporan Ketua Audit Negara bagi Aktiviti Jabatan/Agensi Dan Pengurusan Kerajaan Negeri Perak Tahun 2009 mungkin berlaku. Di mana, di dalam penemuan auditan mendapati terdapat kelompongan di dalam prosedur pengurusan hasil dan tunggakan cukai tanah dan kelemahan sistem teknologi yang digunapakai iaitu Sistem Pungutan Hasil Tanah (SPHT) yang mungkin menyebabkan tunggakan cukai tanah. Maka, kajian dijalankan bagi mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan tunggakan cukai tanah terutama di Daerah Kecil Sungai Siput dijalankan supaya cadangan dapat dikemukakan bagi mengatasi dan mengurangkan tunggakan cukai tanah. 1.3 Matlamat Kajian Matlamat kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang penyebab tunggakan cukai tanah di Daerah Kecil Sungai Siput supaya dapat memperbaiki pengurusan kutipan tunggakan cukai tanah demi memastikan keberkesanan sistem penyampaian dan tadbir urus tunggakan cukai tanah di peringkat Daerah Kecil yang lebih cekap.

6 1.4 Objektif Kajian iaitu; Matlamat kajian akan dapat dicapai melalui tiga (3) objektif seperti berikut a) Memahami tafsiran cukai, jenis-jenis cukai yang dipungut oleh Pihak Berkuasa dan pengurusannya. b) Mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan cukai tidak berbayar dan tunggakan cukai tanah di Daerah Kecil Sungai Siput. c) Mencadangkan penambahbaikan kepada sistem pungutan cukai bagi mengatasi dan mengurangkan tunggakan cukai tanah di Daerah Kecil Sungai Siput. 1.5 Skop Kajian Kajian ini akan dijalankan di Daerah Kecil Sungai Siput dan Pejabat Daerah dan Tanah Sungai Siput. Kanun Tanah Negara 1965 dan Peraturan Tanah Negeri Perak dijadikan bahan rujukan utama selain akta-akta dan peraturan-peraturan lain yang berkaitan. Malah, tatacara dan amalan yang digunakan dalam urus tadbir kutipan tunggakan cukai tanah di Daerah Kecil Sungai Siput dijadikan bahan kajian dan selang masa selama lima (5) tahun digunakan dari tahun 2008 hingga 2012. Manakala, data-data yang digunakan akan diambil dari Pejabat Daerah dan Tanah Sungai Siput dan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak. Kajian ini juga akan bertumpu kepada perkara-perkara berikut yang mungkin merupakan faktorfaktor yang penyebab tunggakan cukai tanah iaitu: a) Faktor manusia iaitu sikap pemilik/pembayar cukai tanah, kesedaran tentang tanggungjawab pemilik tanah atau pembayar cukai terutama bagi waris dan orang-orang berkepentingan ke atas tanah dan pemahaman tentang cukai tanah.

7 b) Faktor kemudahan saluran pembayaran c) Faktor sistem teknologi iaitu kesahihan data tunggakan cukai di dalam Sistem Pungutan Hasil Tanah (SPHT). d) Faktor prosedur pengurusan tunggakan cukai tanah di Pejabat Daerah dan Tanah Sungai Siput 1.6 Kepentingan Kajian Tanah : Hasil kajian ini dapat membantu dan memberi cadangan kepada Pentadbir a) Pentadbir Tanah Daerah Kecil Sungai Siput dalam memahami dan menganalisis kelemahan dalam urus tadbir pengurusan kutipan tunggakan cukai tanah dan mengamalkan cadangan-cadangan bagi mengurangkan tunggakan cukai tanah. b) Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri selaku penyedia Sistem Pungutan Hasil Tanah (SPHT) dan badan kawal selia Pejabat-Pejabat Tanah Daerah Negeri Perak untuk melihat wujudnya kepincangan data dan kesahihan data tunggakan cukai tanah yang ada di dalam SPHT. 1.7 Metodologi Kajian Terdapat empat peringkat utama yang digunakan sebagai metodologi kajian iaitu kajian teoritikal, peringkat pengumpulan data dan maklumat, analisis dan penilaian data dan cadangan penyelesaian dan kesimpulan.

8 1.7.1 Kajian Teoritikal Terdapat dua peringkat yang akan digunakan iaitu peringkat kajian awalan perancangan dan peringkat kajian literatur di mana pemahaman dan rancangan berdasarkan hasil pembacaan daripada bahan-bahan rujukan menenai pengurusan cukai tanah. Kajian ini dimulakan dengan mengenalpasti segala isu dan permasalahan kajian.perkara tersebut meliputi aspek- aspek penting cukai tanah dari aspek tafsiran, fungsi cukai dan peranan pengurusan cukai tanah secara umum.keterangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman kepada pembaca tentang kepentingan cukai tanah kepada pembangunan Kerajaan Negeri. Ini termasuklah memberi penjelasan dan gambaran sebenar mengenai sejarah bermulanya sistem cukai tanah, apa itu cukai tanah dan perbezaan antara cukai tanah dengan cukai pintu dan tindakan penguatkuasaan ke atas tunggakan cukai tanah dalam urus tadbir tunggakan cukai tanah. Malah pada peringkat kajian literatur, tumpuan diberikan kepada tentang apa yang dikaji dan penekanan akan diberikan kepada pengenalpastian faktor-faktor yang menyebabkan tunggakan cukai tanah dan cadangan penyelesaian dengan lebih terperinci. 1.7.2 Peringkat Pengumpulan Data dan Maklumat mana: Kajian ini menggunakan dua jenis data iaitu data primer dan data sekunder di 1.7.2.1.Data Primer Data primer ialah data yang dikumpul dan didapati melalui temubual dan kaji selidik. Teknik temubual digunakan bagi mendapatkan maklumat dari pihak berwajib terutama Pejabat Daerah dan Tanah Sungai Siput dan Pentadbir Tanah Daerah Kuala

9 Kangsar dan lain-lain agensi kerajaan yang terlibat bagi mendapatkan gambaran sebenar permasalahan di peringkat organisasi dan borang kaji selidik kepada orang awam yang berurusan di kaunter pembayaran cukai tanah Pejabat Daerah dan Tanah Sungai Siput. 1.7.2.2.Data Sekunder Data sekunder ialah data yang didapati melalui bahan-bahan media dan bahan-bahan bercetak di mana bahan-bahan ini diperolehi dari jurnal-jurnal berkaitan, buku-buku, kertas seminar dan laporan yang dikeluarkan oleh agensi kerajaan yang berkaitan. 1.7.3 Analisis dan Penilaian Data Data-data dan maklumat yang diperolehi melalui temubual, borang soal selidik dan laporan-laporan akan dianalisis dengan menggunakan teknik yang sesuai bagi memastikan objektif kajian tercapai. Manakala, hasil analisis tersebut akan diterjemahkan dan dizahirkan dalam bentuk penulisan, jadual dan carta bagi memudahkan memahami isi kajian. 1.7.4 Cadangan Penyelesaian Dan Kesimpulan Di dalam bahagian ini, cadangan penyelesaian dan kesimpulan akan dibuat setelah faktor-faktor permasalahan kajian dapat dikenalpasti supaya cadangan dan penambaikan bagi permasalahan kajian dapat dibuat.

10 1.7.5 Carta Alir Metodologi Kajian Penyataan Masalah Matlamat Kajian dan Objektif Kajian Kajian Literatur Skop Kajian Sejarah Cukai Pengurusan Hasil di Malaysia Definisi Yang Berkaitan Pengurusan Tunggakan Cukai Tanah Faktor-faktor Pengumpulan Data Data Primer Data Sekunder Analisis Data Cadangan Penyelesaian dan Kesimpulan Rajah 1.1 Carta Alir Kajian Sumber : Olahan Sendiri, 2013

11 1.8 Susunatur Bab Kajian ini dibahagikan kepada lima (5) bab dengan didahului Bab Pertama yang merupakan bab pengenalan mengenai keseluruhan kajian yang dilaksanakan merangkumi penyataan masalah, matlamat kajian, objektif kajian, skop kajian dan kepentingan kajian dengan diikuti susun atur bab yang menerangkan susunan bab bagi kajian ini. Bab Kedua pula, merupakan bab literatur kajian di mana kajian teori dilakukan berdasarkan kajian lalu dengan merujuk penulisan menerusi internet, tesis, kajian, kertas kerja dan sebagainya bagi mengukuhkan kajian dan mendapatkan maklumat sampingan. Di dalam bab ini, diterangkan sejarah permulaan cukai dengan diikuti penerangan pengurusan hasil yang mana menunjukkan kedudukan cukai tanah dalam Sistem Kewangan di Malaysia. Malah, menyentuh punca kuasa secara umum dengan menerangkan bidangkuasa pentadbiran tanah yang berada di dalam Senarai Negeri mengikut peruntukan Perlembagaan Malaysia dan peranan pentadbiran tanah dalam mengutip hasil negeri Perak yang mana merupakan punca pendapatan utama negeri. Seterusnya, diikuti penerangan tentang definisi cukai tanah, cukai taksiran dan cukai kadaran. Akhir sekali, diterangkan pengurusan tunggakan cukai tanah dan faktor-faktor yang menyebabkan tunggakan cukai tanah berdasarkan laporan dan hasil kajian terdahulu. Bab Ketiga pula mengenai pentadbiran Pejabat Tanah Sungai Siput dalam urusan kutipan hasil tanah terutama tunggakan cukai tanah. Di dalam bab ini akan diterangkan kawasan kajian dan struktur organisasi Pejabat Tanah Sungai Siput dan diterangkan mengenai urus tadbir pengurusan cukai tanah yang dilaksanakan di pentadbiran ini. Seterusnya bab ini juga akan menerangkan latar belakang dan permasalahan kajian di kawasan kajian. Seterusnya, Bab Keempat merupakan analisis dan penemuan kajian berdasarkan metodologi kajian yang digunakan di mana data dan maklumat yang diperolehi melalui temubual, borang soal selidik dan perolehan data melalui Sistem

12 Pungutan Hasil Tanah (SPHT) dikaji bagi menentukan dan mengenalpasti faktorfaktor yang menyebabkan tunggakan cukai tanah di Daerah Kecil Sungai Siput. Analisis yang dibuat adalah berdasarkan kepada objektif kajian dan mengkaji tahap keberkesanan tadbir urus pengurusan kutipan tunggakan cukai tanah. Bab Kelima pula, rumusan dibuat dengan mencadangkan penambaikan pengurusan tunggakan cukai tanah dan menyarankan langkah-langkah penyelesaian bagi mengurangkan tunggakan cukai tanah di Daerah Kecil Sungai Siput. Rumusan ini akan diketahui adakah kajian ini mencapai objektif seperti yang dijangkakan atau sebaliknya.

BIBLIOGRAFI Ahmad Zafarullah Abdul Jalil, 2011, Usaha Dan Kapasiti Cukai Tanah Kerajaan Negeri Di Semenanjung Malaysia: Kaedah Representative Revenue System (RRS), Volume 6, Number 2, 206-219, 2011. ISSN: 1823-884x Carolyn Webber and Aaron B. Wildavsky, 1986. A History of Taxation and Expenditure in the Western World. p. 68 Gurjit Singh, 1994, Land Laws, Land Policies and Planning in Malaysia, Paper No.8 of Urban Management Programme (UMP-Asia), UNDP. Lim Heng Tong, 1999, Kajian Keberkesanan Sistem Kutipan Cukai Tanah Setempat :Kes Kajian : Pejabat Tanah Gombak, Selangor, Tesis Master, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Geoinformation Science And Engineering Lugiman Abu Seman, 2007 Punca-Punca Tunggakan Cukai Tanah Bagi Syarat Jenis Bangunan Di Daerah Melaka Tengah, Tesis Master, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Geoinformation Science And Engineering Reuben, Paul P., 1995, Chapter 2: Benjamin Franklin. PAL: Perspectives in American Literature - A Research and Reference Guide Roshaiza Taha, Loganathan, Nanthakumar, 2011, The Effect of Economic Growth on Taxation Revenue: The Case of a Newly Industrialized Country, International Review of Business Research Papers Vol. 7. No. 1. January 2011. p. 319 329

Noor Aziah Haji Mohd., 2003, Pengenalan Kepada Sistem Perundangan Di Malaysia, International Law Book Services Prof. Madya. Dr. Ahmad Zaki Bin Ibrahim, 2009, Jizyah Kepada Warga Negara Bukan Islam Analisa Kemungkinan Pelaksanaan Dalam Realiti Malaysia, Simposium Fiqh Masyarakat Bukan Islam di Malaysia, 2009 Zulkornain bin Yusof, 1994, Percukaian Negara Islam Perbandingan Percukaian Moden Dengan Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka Organisation for Economic Co-operation and Development, 1996, Definition of Taxes (Note by the Chairman), 1996., Taxes In The Ancient World, University of Pennsylvania Almanac, Vol. 48, No. 28, April 2, 2002 Kanun Tanah Negara (Akta 56/1965), Percetakan National Berhad (2009). National Land Code (Amendment) Act 2008 (Act A 1333) Kajian Terhadap Pentadbiran Daerah dan Tanah, Pemodenan dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri bersama Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, 2004 Jabatan Perkhidmatan Penilaian Harta, 2013, Nilai Kadaran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, 2013,Cukai Kadaran