Terma & Syarat Kempen Deposit AmBank Toyota Vellfire 2016 Serba Baharu Boleh Dimenangi dengan AmBank!

Similar documents
MAYBANK PRODUCTS UMBRELLA CAMPAIGN 2016 TERMS & CONDITIONS

Terma & Syarat. Kempen Akaun Semasa/Simpanan AmBank-I Love Savings!

Hari bermaksud Isnin hingga Jumaat dan bila mana pejabat Bank yang berdaftar dibuka, kecuali dinyatakan sebaliknya.

TERMS & CONDITIONS MAYBANK ONLINE APPLICATION CAMPAIGN II FOR BALANCE TRANSFER/EZYCASH/EZYPAY PLUS

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

Terms & Conditions TRUE Savers BonusLink Campaign

TERMS AND CONDITION 2017 Credit Card Acquisition Cash Back Campaign

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV

Business Day means a day on which Bursa Malaysia is open for trading. Hari Bekerja bermaksud hari dimana Bursa Malaysia dibuka untuk dagangan.

Deposit Dragon Campaign ( Campaign )

Terms & Conditions: TRUE Debit MasterCard Campaign Page 1

Terma dan Syarat Kempen Rujukan Memperkenalkan Ahli Baru Privilege Banking dan Wealth Banking

2.3. For joint customer of Libshara-i, only the primary account holder will qualify to participate.

SPEND AND WIN SAMSUNG GALAXY S8 KFH DEBIT CARD-i CAMPAIGN ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS ( Terms and Conditions ).

KEMPEN 5X UNIRINGGIT FOR YOUR SPEND KAD PRVI MILES DAN PREFERRED PLATINUM UOBM TERMA DAN SYARAT

Terms and conditions AmBank (M) Berhad and AmBank Islamic Berhad: Investment Bundle Campaign Campaign Period: 1 October 2018 to 31 December 2018

New SME Current Account Bundle Campaign. Campaign Date: 4 April September By: SME/Commercial Deposits

TERMA & SYARAT. Kempen UT & FD Investment Bundles RHB Bank

TERMS AND CONDITIONS

AmBank Debit Card - Win Cash 2 Campaign Terms and Conditions

RM10,000 RM99, % 3.50% 3.50% RM100,000 RM499, % 2.80% 2.50% RM500,000 dan ke atas 2.50% 2.30% 2.00%

Current/Savings Account Standing Instruction Campaign. Terms & Conditions

kecuali dimaklumkan sebaliknya.

Save And Win Everyday Campaign Terms and Conditions

TERMS AND CONDITIONS RHB DEPOSIT WATCH CAMPAIGN

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Ganjaran Tunai CIMB Bank Berhad

TERMS AND CONDITIONS OF AL-AWFAR-SSPN

TERMS AND CONDITIONS RHB DEPOSIT GOLD CAMPAIGN

Terms and Conditions AmOnline Win a Mini Cooper Campaign

TERMA DAN SYARAT KEMPEN Send More Money through Western Union at RHB and Get Cash Back

TERMS AND CONDITIONS

TERMA DAN SYARAT. Kempen Mohon, Belanja dan Dapat Ganjaran

Mewah Kad Visa Infinite UOBM Terma & Syarat

TERMS AND CONDITIONS OF #SenangBiz CAMPAIGN. TERMA DAN SYARAT BAGI KEMPEN #SenangBiz

a) The Principal and / or Supplementary Card account has become delinquent;

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB-Pay with Points & Win

TERMA DAN SYARAT KEMPEN Send More Money via RHB Now and Get Cash Back RHB Western Union

Kempen Perbelanjaan Luar Negeri dan Dalam Talian Spend and Get Travel Luggage CIMB Bank Mastercard Terma-Terma dan Syarat-Syarat

Alliance Bank Loan & Credit Card Repayment Campaign Terms and Conditions

2. This Campaign is applicable for all RHB Credit and Debit Cards, except RHB Platinum Business Cards. ( Eligible Cardmember )

MAYBANK PERSONAL LOAN/MAYBANK ISLAMIC PERSONAL FINANCING-i CAMPAIGN 2017 TERMS AND CONDITIONS

TERMS AND CONDITIONS FOR

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Tactical Campaign for CPL via Website and ATM

KEMPEN YEAR END EXTRAVAGANZA UOBM TERMA & SYARAT

Kempen CIMB Islamic Q2 18 Mail Order Telephone Order ( MOTO ) Terma-Terma dan Syarat-Syarat

TERMA DAN SYARAT. Preferred Current Account Cash Reward RM88 (November & December 2017)

Terma dan Syarat Kempen Kad-i Bank Islam Visa (Debit/Kredit) PIN dan Pandu Lebih Jauh

Kempen CIMB Mastercard Philips Coffee Maker & Flight Tickets Giveaway Overseas and Online Spend Terma-Terma dan Syarat-Syarat

TERMS AND CONDITIONS RHB DEBIT CARD CAMPAIGN

2. Kempen ini terdapat di semua cawangan CIMB Bank seluruh Malaysia.

Terms and Conditions for Auto BILLPAY RM30 Cash Rebate Campaign

Effective 1 st APRIL 2018 / Berkuatkuasa pada 1 APRIL 2018

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Octo Edisi Terhad

ADDITIONAL TERMS AND CONDITIONS JomPAY Nationwide Campaign

UOBM LADY S CARD TERMA DAN SYARAT

TERMS AND CONDITION Tactical Usage Campaign 2018 FIFA World Cup Russia

Terms and Conditions CASA EASY Cash Back Campaign

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Tactical Campaign for CPL via Website, ATM and Clicks

AmBank Win a Porsche Campaign. Terms and Conditions

Spend with PB-Samsung Pay & Be Rewarded ( Campaign ) Terms and Conditions

CIMB Swipe and Drive Campaign Terms and Conditions

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

Morgan Air Fryer with Mutual Gold PB Visa Platinum Credit Card Campaign. Terms and Conditions

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM

Terms and Conditions

AmBank #JoyFortuneLove Campaign. Terms and Conditions

Apply Now for Mutual Gold - PB Visa Platinum Credit Card & Take Your Choice Home Campaign. Terms and Conditions

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

TERMS AND CONDITIONS Chinese New Year Spend and Redeem Campaign

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Ganjaran CIMB F.I.R.S.T

Question : In SunActiv, which module you can track your steps & get rewarded? Answer : ( ) Search & Book ( ) Activ ( ) Health Info ( ) Marketplace

CIMB Bank Kempen Q3 17 Mail Order Telephone Order ( MOTO ) Terma-terma dan Syarat-syarat

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Ganjaran F.I.R.S.T CIMB

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Ganjaran F.I.R.S.T CIMB

TERMS AND CONDITIONS RHB Grow Your Wealth Campaign

Terms & Conditions Eligibility Contest Period Contest Mechanism

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Ganjaran CIMB F.I.R.S.T (1hb Februari hb April 2018)

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

TERMS AND CONDITION RHB Year End Mass Usage Campaign

SOALAN LAZIM MENGENAI SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN NASIONAL

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

2. Promosi ini hanya dibuka kepada Kad UOBM Lady s yang dikeluarkan di Malaysia.

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Kod Promosi Grab CIMB F.I.R.S.T

ANTARA DAN AKAN MENJUAL HARTANAH TERSEBUT DI BAWAH SECARA

SYARAT DAN PANDUAN MEMOHON PINJAMAN PELAJARAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE (TATIUC) 2017

SYARAT-SYARAT JUALAN

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG PERMOHONAN PELAKSANAAN NO. PA /2017 (SAMAN PEMULA NO. PA-24FC /2017)

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO /2012 PERMOHONAN UNTUK PELAKSANAAN NO.

BIASISWA FAIR & LOVELY 2018 TERMA-TERMA DAN SYARAT- SYARAT

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR PERMOHONAN UNTUK PERLAKSANAAN NO. WA /2017

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG PERMOHONAN UNTUK PELAKSANAAN NO /2018 (SAMAN PEMULA NO.

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

Functional Assessment Report Laporan Penilaian Fungsian

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO. PA-24FC /2016 PERMOHONAN UNTUK PELAKSANAAN NO

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG GUAMAN SIVIL NO. 22C-2-04/2014 WRIT PELAKSANAAN NO /2015

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG PERMOHONAN UNTUK PELAKSANAAN NO /2014 SAMAN PEMULA NO.

Transcription:

1.0 Definisi 1.1 Untuk tujuan Terma dan Syarat ini, perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan berikut hendaklah mempunyai makna yang ditentukan baginya melainkan sekiranya konteks memerlukan sebaliknya:- Bank bermaksud AmBank (M) Berhad (No. Syarikat: 8515-D) dan AmBank Islamic Berhad (No. Syarikat: 295576-U), (dahulunya dikenali sebagai AmIslamic Bank Berhad), syarikat-syarikat yang diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai alamat berdaftar di Tingkat 22, Bangunan AmBank Group, No. 55 Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur. Kumpulan AmBank bermaksud semua Syarikat dan Syarikat Bersekutu yang berkaitan dengan Bank sama ada diperbadankan di dalam atau di luar Malaysia, sudah wujud pada masa ini atau pada masa akan datang dan rujukan kepada Kumpulan AmBank dalam Terma dan Syarat ini akan merangkumi semua atau mana-mana entiti dalam Kumpulan AmBank. Hari bermaksud Isnin hingga Jumaat dan pada bila-bila pejabat Bank yang berdaftar dibuka, kecuali dinyatakan sebaliknya. Notis Terdahulu bermaksud notis oleh Bank berkenaan fakta-fakta tertentu atau berkenaan sesuatu keadaan yang tertentu dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga (3) hari kalendar. Produk Mengambil Bahagian Yang Layak bermaksud Akaun-Akaun Deposit (Layak mendapat Perlindungan daripada PIDM) yang ditawarkan dan dikeluarkan oleh Bank seperti berikut: i. Akaun Semasa Akaun Simpanan (CASA) a. Akaun Simpanan Asas b. Akaun Everyday Savings c. TRUE Savers d. Akaun Family First Special Savings e. Akaun Semasa Asas f. Akaun AmStar Extreme g. Akaun AmStar h. TRUE Transact i. Akaun Family First Everyday ii. Akaun Semasa Akaun Simpanan Perbankan Islam (CASA-i) a. Akaun Simpanan Asas-i. b. Akaun Semasa Asas-i. c. Akaun Family First Special Savings-i d. Akaun Family First Everyday-i iii. Deposit Bertempoh (FD/TD) a. Deposit Tetap Konvensional/ Deposit Bertempoh-i b. Am50Plus/ Deposit Bertempoh-i Am50Plus c. AmQuantum/ Deposit Bertempoh-i AmQuantum Bagi mengelakkan kekeliruan, Bank boleh berhenti menawarkan mana-mana Produk Mengambil Bahagian Yang Layak dan/ atau menukar Produk Mengambil Bahagian Yang Layak sedia ada yang terjejas atas sebarang alasan apa juapun, termasuk tetapi tidak terhad kepada memastikan pematuhan terhadap mana-mana undang-undang dan/atau peraturan yang terpakai. Peserta Yang Layak bermaksud Pelanggan Individu atau Bukan Individu Baru atau Sedia Ada yang menjadi pemegang akaun utama/ prinsipal yang membuka atau mengekalkan Produk Mengambil Bahagian Yang Layak semasa Tempoh Kempen. 1 P a g e

i. Pelanggan bukan individu hendaklah hanya terdiri daripada yang berikut: a. Pemilikan tunggal / perkongsian; b. PKS (Perusahaan Kecil Sederhana dengan jumlah perolehan tahunan sehingga RM25 juta); c. Organisasi bukan berasaskan keuntungan / badan kebajikan / persatuan. ii. Pelanggan bukan individu juga layak menyertai kempen ini (Kategori B- Hadiah CASA Terawal dan Kategori C- Kadar FD/TD Istimewa). Walau bagaimanapun, bagi Hadiah CASA Terawal, individu yang menandatangani Surat Pengesahan hendaklah dikira sebagai Peserta Yang Layak. iii. Bagi Produk Yang Layak yang dipegang dalam akaun-akaun bersama, hanya nama pertama pemegang akaun bersama iaitu pemegang akaun utama yang akan layak untuk mengambil bahagian dalam Kempen ini. iv. Bagi Produk Yang Layak yang dipegang sebagai akaun amanah, Peserta Yang Layak adalah ibu bapa/ penjaga sah kepada waris. v. Mana-mana Peserta Yang Layak boleh mengambil bahagian dalam Kempen ini kecuali:- a. pekerja tetap dan/atau kontrak Kumpulan AmBank (termasuk anak-anak syarikatnya dan syarikat yang berkaitan) dan ahli keluarga mereka yang terdekat (pasangan, anak-anak dan ibu bapa); b. wakil, vendor dan/atau ejen (termasuk ejen periklanan dan promosi) Kumpulan AmBank (termasuk anak-anak syarikatnya dan syarikat yang berkaitan) dan ahli keluarga mereka yang terdekat (pasangan, anak-anak dan ibubapa); dan/atau c. Individu berumur kurang dari lapan belas (18) tahun. Peserta Individu Yang Layak bermaksud Pelanggan Individu Baru atau Sedia Ada yang menjadi pemegang akaun utama/ prinsipal yang membuka atau mengekalkan Produk Mengambil Bahagian Yang Layak semasa Tempoh Kempen. Pelanggan Sedia Ada bermaksud seseorang individu yang mempunyai mana-mana satu Produk Mengambil Bahagian Yang Layak sebelum Tempoh Kempen bermula. Pelanggan Baru bermaksud seseorang individu yang tidak mempunyai sebarang Produk Mengambil Bahagian Yang Layak dengan Bank sebelum Tempoh Kempen bermula. Dana Baharu bermaksud wang atau dana yang:- (a) tidak dipindahkan daripada mana-mana akaun deposit Bank sedia ada; atau (b) dana yang dipindahkan daripada bank / institusi kewangan yang lain ke dalam akaun deposit Bank pelanggan tidak lebih daripada tujuh (7) hari kalendar sebelum peletakan deposit. Peletakan deposit yang dibuat melalui cek adalah tertakluk kepada kelulusannya dan akan hanya diterima sebagai peletakan deposit oleh Peserta Yang Layak selepas cek-cek tersebut dijelaskan dan akan hanya dianggap jelas jika tidak dikembalikan sebagai cek tak laku. Kempen bermaksud - Toyota Vellfire 2016 Serba Baharu Boleh Dimenangi dengan AmBank! yang dianjurkan oleh Bank menurut Terma dan Syarat yang ditetapkan di sini. 1.2 Perkataan-perkataan yang merujuk kepada orang hendaklah termasuk orang-orang yang hidup dan, jika dan di mana berkaitan, badan atau orang-orang diperbadankan atau tidak diperbadankan. Perkataan-perkataan yang merujuk kepada kata mufrad hendaklah juga termasuk bentuk jamak dan sebaliknya. Perkataan-perkataan yang merujuk kepada jantina lelaki hendaklah termasuk jantina perempuan dan neuter. 2 P a g e

1.3 Istilah 'Syarikat Bersekutu' hendaklah mempunyai maksud yang sama seperti di bawah Seksyen 2(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Istilah 'syarikat yang berkaitan' pula hendaklah mempunyai maksud yang sama seperti di bawah Seksyen 6 Akta Syarikat 1965. 2.0 Tempoh Kempen 2.1 Kempen ini akan berlangsung dari 1 Mei 2016 sehingga 31 Oktober 2016 (termasuk kedua-dua tarikh) ( Tempoh Kempen ) 2.2 Bank berhak untuk mengubah atau meminda jangka masa Tempoh Kempen mengikut budi bicara mutlaknya, dengan memberi Notis Terdahulu. 3.0 Kategori Promosi Promosi ini mengandungi empat (4) kategori seperti berikut: A. Peraduan Menangi sebuah Toyota Vellfire B. Hadiah CASA Terawal C. Kadar FD/TD Istimewa D. Kombo Unit Trust & FD/TD A. Peraduan Menangi sebuah Toyota Vellfire Peraduan ini terbuka kepada semua Peserta Individu Yang Layak yang memegang Produk Mengambil Bahagian Yang Layak. 1. Hadiah a. Hadiah-hadiah yang disediakan dalam Peraduan ini adalah seperti berikut: Hadiah Utama Jumlah Pemenang UMW Toyota Vellfire 2.5* 2 *Nota Model rasmi daripada UMW TOYOTA MOTOR. Dilengkapi dengan 5 tahun waranti dengan mileage tanpa had b. Setiap Peserta Individu Yang Layak hanya berpeluang untuk memenangi 1 hadiah dalam Peraduan ini sepanjang Tempoh Kempen. 2. Penyertaan untuk Peraduan. a. Peserta Individu Yang Layak yang memenuhi Kriteria Peraduan semasa Tempoh Kempen layak mendapat Penyertaan Peraduan yang diberikan seperti di dalam jadual di bawah: Jadual 1: Jenis Pelanggan (a) Pelanggan Baru Produk Deposit Yang Layak Penyertaan FD/TD Deposit RM10,000 Yang Pertama 18 Setiap deposit yang seterusnya 8 dengan penambahan RM10,000 CASA/CASA-i Deposit RM1,000 Yang Pertama 18 Setiap deposit yang seterusnya 8 dengan penambahan RM1,000 3 P a g e

(b) Pelanggan FD/TD Setiap penambahan peletakan 18 Sedia Ada RM10,000 CASA/CASA-i Setiap penambahan deposit 18 sebanyak RM1,000 FD/TD Baki deposit yang sedia ada sebanyak RM100,000 dan ke atas pada 30 April 2016*** 8 CASA/CASA-i Baki deposit yang sedia ada 8 sebanyak RM20,000 dan ke atas pada 30 April 2016*** Penyertaan Bonus: 8 Penyertaan Bonus akan diberi kepada Peserta Individu Yang Layak yang memenuhi (a) atau (b) dan (i), (ii) atau (iii) berikut: (i) Setiap 2 pembayaran bil dengan jumlah minima RM50 setiap bil yang dilaksanakan melalui AmOnline atau (ii) Kad kredit * baru yang diluluskan dengan apa-apa amaun yang dibelanjakan dalam tempoh 30 hari dari tarikh kelulusan kad (iii) Setiap pelaburan baru Unit Amanah bernilai RM25,000, yang dikekalkan sehingga akhir Tempoh Kempen. ** Nota - Kad Kredit = Terpakai untuk Kad Visa Infinite,World MasterCard, Visa Signature, Platinum, Gold, CARz, TRUE, Cosway dan Kad-M. - Kad kredit baru yang diluluskan terpakai bagi Ahli Kad Prinsipal Baharu-Kepada- Bank yang tidak mempunyai apa-apa kad kredit sebelum tarikh permulaan kempen, iaitu 1 Mei 2016. Kad dibatalkan kurang daripada dua belas (12) bulan dari tarikh permohonan dan memohon semula semasa Tempoh Penyertaan TIDAK akan dianggap sebagai Ahli Kad Baharu-Kepada-Bank. Peraduan ini tidak terpakai kepada Ahli Kad Tambahan. - Senarai produk tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa oleh Bank mengikut budi bicaranya selepas memberi notis yang mencukupi. *** Nota - Deposit yang sedia ada pada 30 April 2016 harus dikekalkan sehingga akhir Tempoh Kempen dalam usaha untuk mendapatkan penyertaan. b. Bagi tujuan Peraduan ini, semua deposit hendaklah merupakan Dana Baru. c. Penyertaan Peraduan akan dikira berdasarkan yang berikut: d. CASA/CASA-i: Tempoh Mengambil Bahagian 1 Mei 2016 hingga 31 Oktober 2016 Deposit Tokokan ditakrifkan sebagai deposit tambahan dalam Produk Mengambil Bahagian Yang Layak Peserta Individu Yang Layak. Rumusan yang digunakan ialah Baki Purata Harian ( DAB ) Produk Mengambil Bahagian Yang Layak semasa Tempoh Mengambil Bahagian, tolak baki penutup dalam Produk Mengambil Bahagian Yang Layak sehari sebelum Tempoh Mengambil Bahagian bermula. Bagi Produk Mengambil Bahagian Yang Layak yang baru dibuka semasa Tempoh Mengambil Bahagian, garis dasar untuk mengira Deposit Tokokan ialah Ringgit Malaysia Sifar (RM0.00). 4 P a g e

Produk Mengambil Bahagian Yang Layak sedia ada yang dibuka sebelum 1 Mei 2016 DAB = Jumlah baki hari akhir harian Tempoh Mengambil Bahagian Bilangan hari Tempoh Mengambil Bahagian (184 hari) Deposit Tokokan = DAB - Baki Penutup pada 30 April 2016 ("Garis Dasar untuk Pelanggan Sedia Ada ) Produk Mengambil Bahagian Yang Layak baharu yang dibuka semasa Tempoh Mengambil Bahagian e. FD/TD: DAB = Jumlah baki hari akhir harian Tempoh Mengambil Bahagian Bilangan hari Tempoh Mengambil Bahagian sejak dibuka Deposit Tokokan = DAB Deposit Tokokan ditakrifkan sebagai deposit tambahan dalam Produk Mengambil Bahagian Yang Layak Peserta Individu Yang Layak. Rumusan yang digunakan ialah baki penutupan pada 31 Oktober 2016 ditolak baki penutup dalam Produk Mengambil Bahagian Yang Layak sehari sebelum Tempoh Mengambil Bahagian bermula iaitu 30 April 2016. Bagi Produk Mengambil Bahagian Yang Layak yang baru dibuka semasa Tempoh Mengambil Bahagian, garis dasar untuk mengira Deposit Tokokan ialah Ringgit Malaysia Sifar (RM0.00). f. Bagi pembayaran bil, Peserta Individu yang Layak berhak mengumpul sehingga maksimum enam belas (16) Bonus Penyertaan sebulan. 3. Mekanisma Pemilihan Pemenang Peraduan a. Untuk Hadiah, Peserta Individu Yang Layak yang Disenarai Pendek akan dipilih seperti kaedah di bawah:- i. Peserta Individu Yang Layak mendapat penyertaan mengikut peraturan kempen seperti yang digambarkan di dalam Jadual 1. ii. Setiap penyertaan diberikan satu pengenalan unik yang tidak boleh diguna pakai semula dan bukan dalam turutan. Pengecam unik akan dijana oleh aplikasi perisian statistik - SAS. iii. Jumlah penyertaan akan disusun dalam tertib menaik. iv. Satu senarai dua puluh (20) Peserta Individu Yang Layak yang Disenarai Pendek akan dijana menggunakan program fungsi pensampelan SAS. v. Sekiranya seri, pemenang akan ditentukan dengan jumlah bilangan penyertaan tertinggi yang dipegang oleh Peserta Individu Yang Layak. vi. Sekiranya pemenang tidak dapat ditentukan melalui pemilihan awal penyertaan yang layak, item iv. akan diguna pakai bagi kumpulan penyertaan yang berbaki (ditolak penyertaan yang layak yang telah dipilih sebelumnya) untuk menjana satu kumpulan baharu Peserta Individu Yang Layak yang Disenarai Pendek. Ini akan diteruskan sehingga semua hadiah yang diiklankan dimenangi. b. Pemilihan Pemenang Berpotensi akan dijalankan dalam masa sembilan puluh (90) hari dari tarikh akhir Tempoh Kempen atau pada bila-bila masa yang difikirkan wajar dan sesuai oleh Bank. 5 P a g e

c. Peserta Individu Yang Layak yang Disenarai Pendek dan memenangi Hadiah Utama (UMW Toyota Vellfire 2.5) daripada mana-mana kempen Kad AmBank akan dikecualikan daripada senarai Peserta Individu Yang Layak yang Disenarai Pendek. d. Dua (2) Peserta Individu Yang Layak yang Disenarai Pendek untuk memenangi Hadiah akan dihubungi melalui telefon pada bila-bila masa semasa waktu pejabat (9.00 pagi 6.00 petang) dari Isnin hingga Jumaat. Apabila berjaya dihubungi, Peserta Individu Yang Layak yang Disenarai Pendek dikehendaki menjawab dua (2) soalan dengan tepat. Panggilan telefon yang dibuat kepada Peserta Individu Yang Layak yang Disenarai Pendek akan berdasarkan nombor telefon terakhir yang diberikan kepada Bank dan disenggara dalam rekod Bank. Peserta Individu Yang Layak bertanggungjawab untuk memastikan maklumat hubungan dan nombor telefon yang diberikan adalah yang terkini dan dikemas kini dengan Bank. e. Sekiranya cubaan pertama untuk menghubungi Peserta Individu Yang Layak yang Disenarai Pendek gagal (tiada jawapan, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan, tiada talian, dan sebagainya), satu lagi cubaan akan dibuat dalam masa setengah jam. Apabila cubaan kedua juga gagal, Bank berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk membatalkan kelayakan Peserta Individu Yang Layak yang Disenarai Pendek. f. Sekiranya terdapat keadaan yang mana Peserta Individu Yang Layak yang Disenarai Pendek tidak dapat menjawab soalan dengan betul; orang yang seterusnya dalam senarai Peserta Individu Yang Layak yang Disenarai Pendek akan dipilih untuk menjawab soalan tersebut. Peserta Individu Yang Layak yang Disenarai Pendek yang menjawab soalan dengan betul akan menjadi pemenang. g. Bank berhak untuk merekodkan perbualan telefon ini dan menggunakannya untuk sebarang aktiviti promosi Bank dengan memberi notis terdahulu kepada Peserta Individu Yang Layak. h. Bank mempunyai hak dan budi bicara mutlak untuk mengubah/ menyemak/ meminda kriteria pemilihan/ mekanisma/ proses yang difikirkan wajar dan perlu pada bila-bila masa. i. Bank tidak bertanggungjawab terhadap sebarang caj-caj, perayauan atau caj telefon Syarikat Telekomunikasi (Telco), sama ada di dalam atau di luar Malaysia yang timbul daripada penyertaan dalam Peraduan ini. j. Nama pemenang akan disiarkan dalam laman web www.ambank.com.my dan mana-mana kaedah komunikasi yang lain yang dipilih oleh Bank atas budi bicara mutlaknya. k. Bank tidak akan dipertanggungjawabkan sekiranya Peserta Individu Yang Layak yang Disenarai Pendek tidak dapat dihubungi atas apa-apa jua sebab. l. Pada masa pemilihan sehingga dan termasuk hari hadiah-hadiah disampaikan, tertakluk kepada kepuasan Bank, Akaun Deposit pemenang yang berkaitan MESTILAH kekal dibuka, aktif dan sah. Jika gagal berbuat demikian, Bank dalam menjalankan budi bicara mutlaknya, akan membatalkan kelayakan pemenang tersebut. Status aktif bermaksud hendaklah terdapat sekurang-kurangnya satu (1) urus niaga berasal daripada pelanggan dalam masa dua belas (12) bulan yang lalu (contohnya, urus niaga Atas Kaunter ("OTC"), Arahan Tetap ("SI") dan urus niaga mesin layan diri) yang dilaksanakan oleh pemegang akaun. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan Peserta Individu Yang Layak dibatalkan kelayakannya. 4. Penebusan Hadian Peraduan a. Bank akan mengeluarkan satu Surat Pengesahan kepada para pemenang berdasarkan alamat pemenang yang disenggara dalam rekod Bank dalam masa tiga puluh (30) hari dari 6 P a g e

tarikh pengumuman pemenang di www.ambank.com.my atau pada bila-bila masa yang difikirkan wajar dan sesuai oleh Bank. b. Pemenang hadiah perlu membawa surat pengesahan tersebut dan menunjukkannya di cawangan Bank atau di tempat yang ditetapkan dalam surat pengesahan tersebut bagi menebus hadiah. c. Pemenang hadiah Peraduan ini mungkin akan diminta untuk hadir dan mengambil bahagian dalam Upacara Penyampaian Hadiah dan/atau sebarang acara promosi yag dianjurkan oleh Bank pada sebarang tarikh dan masa yang akan ditentukan oleh Bank. Pemenang akan dimaklumkan oleh Bank melalui panggilan telefon atau sebarang bentuk komunikasi lain yang dianggap sesuai oleh Bank berhubung dengan tarikh, masa dan tempat tertentu di mana Upacara Penyampaian Hadiah dan/ atau sebarang acara promosi akan diadakan oleh Bank. Sekiranya Pemenang tidak dapat menghadiri Upacara Penyampaian Hadiah, Pemenang boleh melantik seorang wakil untuk menghadiri upacara tersebut, tertakluk kepada budi bicara Bank. Pemenang dikehendaki memberi notis bertulis berkenaan dengan perlantikan wakil kepada Bank dalam tempoh tujuh (7) hari berkerja sebelum tarikh upacara tersebut. d. Sekiranya Pemenang tidak mematuhi kehendak-kehendak item 4.(b) dan 4.(c) di atas, hadiah berkenaan akan ditarik balik. e. Pemenang yang dipilih untuk menghadiri Upacara Penyampaian Hadiah perlu mematuhi mana-mana kaedah dan peraturan yang ditetapkan oleh Bank. f. Hadiah-hadiah akan disampaikan atau dikeluarkan atas nama pemenang dan ia tidak boleh dipindah milik. g. Pemenang akan menanggung sendiri dan bertanggungjawab ke atas SEMUA kos sampingan yang terlibat dalam menerima Hadiah termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang cukai yang boleh dikenakan, bayaran insurans/takaful, fi pendaftaran, fi pemprosesan, fi pentadbiran, caj-caj bahan api, kos nombor plet dan semua perbelanjaan sampingan yang lain. h. Sekiranya pemenang mengeluarkan wang tokokan atau menutup akaun semasa Tempoh Peraduan atau semasa Hadiah Peraduan dalam proses untuk disampaikan, atas sebarang sebab apa jua pun, pemenang akan dibatalkan kelayakan secara automatik. i. Bank tidak akan dipertanggungjawabkan atas sebarang cukai, kos sampingan, caj-caj dan/ atau kerosakan yang disebabkan oleh hadiah dan kegagalan memenuhi mana-mana syarat atau jaminan oleh mana-mana ejen/pengedar Hadiah. j. Bank tidak akan bertanggungjawab atau menerima sebarang bentuk liabiliti yang bersifat apa-apa juapun dan bagaimana sekalipun timbul atau dialami oleh pemenang (termasuk kecuaian) berkaitan dengan kematian, kecederaan, sebarang kerugian, kerosakan atau kemalangan yang timbul daripada penggunaan hadiah yang dimenangi oleh pemenang. k. Bank dengan jelas dan nyata mengecualikan dan mengenepikan sebarang representasi, waranti atau pengendorsan, nyata atau tersirat, bertulis atau lisan, berkaitan dengan kualiti atau kesesuaian hadiah. Bank juga tidak akan bertanggungjawab untuk menyelesaikan sebarang pertikaian dengan pengeluar atau pembekal hadiah dan pemenang hendaklah berurusan secara terus dengan pengeluar atau pembekal mengenai semua maklumat waranti. l. Bank berhak untuk membatalkan kelayakan pemenang dan menarik balik Hadiah sekiranya orang tersebut telah melakukan penipuan atau tindakan salah berkaitan dengan akaunnya. 7 P a g e

B. Hadiah CASA Terawal (Tidak terpakai kepada pelanggan CASA-i AmBank Islamic) 1. Sebagai tambahan kepada perkara di atas, semasa Tempoh Kempen, 200 Peserta Yang Layak pertama yang mendepositkan atau menokok Dana Baru tambahan ke dalam Produk CASA Yang Mengambil Bahagian mereka dan menguntukkannya untuk enam (6) bulan berturut-turut ("Tempoh Peruntukan ) dari tarikh peletakan akan berhak mendapat Hadiah-Hadiah ("Hadiah") seperti yang ditetapkan dalam Jadual2:- Jadual 2: Hadiah Deposit Minimum (RM) Diperuntukkan (bulan) Kuantiti (unit) Samsung Galaxy S7 edge bernilai sehingga RM3,099 488,000 6 200 2. Promosi Hadiah CASA Terawal ini hanya terpakai untuk penyimpanan Dana Baharu. 3. Proses menguntukkan ini akan dilakukan di cawangan pada hari yang sama di mana peletakan CASA dibuat. Bagi peruntukan ini, Peserta Yang Layak dikehendaki untuk mengesahkan Surat Pengesahan yang diberikan oleh cawangan setelah peletakan deposit atau tokokan CASA mereka berjaya dilaksanakan. 4. Dua ratus (200) kuantiti Hadiah tersebut adalah tertakluk kepada ketersediaan stok dan berdasarkan yang terdahulu didahulukan, terhad kepada satu (1) Hadiah untuk setiap Peserta Yang Layak sepanjang Tempoh Kempen. 5. Sekiranya amaun yang diuntukkan dalam Akaun yang Mengambil Bahagian dibatalkan, dikeluarkan atau dilepaskan (sebahagian atau sepenuhnya) semasa tempoh peruntukan atas sebab apa-apa juapun, AmBank berhak secara mutlak untuk menolak fi pampasan yang berikut daripada Akaun yang Mengambil Bahagian Peserta Yang Layak yang terpakai seperti yang ditetapkan dalam Jadual 3 di bawah pada tarikh pengeluaran. Amaun fi pampasan adalah setara dengan kos harga Hadiah sekiranya Hadiah telahpun ditebus. Jadual 3: Hadiah Fi Pampasan (RM) Samsung Galaxy S7 edge 3,099 6. Peserta Yang Layak yang berjaya akan diumumkan di laman sesawang rasmi AmBank di www.ambank.com.my dalam masa sembilan puluh (90) hari selepas tarikh peruntukan ke atas deposit. 7. Hadiah akan sedia untuk diambil oleh Peserta Yang Layak yang berjaya dalam masa sembilan puluh (90) hari selepas Tempoh Kempen tamat. Sekiranya Peserta Yang Layak gagal mengambil Hadiah daripada cawangan yang diperuntukkan dalam masa dua (2) minggu selepas pemberitahuan melalui Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS), Peserta tersebut akan dianggap sebagai telah hilang hak ke atas Hadiah. Pengambilan Hadiah boleh dilakukan di cawangan di mana peletakan CASA dibuat. 8. Pemberitahuan Peserta Yang Layak yang berjaya akan diberikan melalui Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS) atau mana-mana kaedah lain yang difikirkan sesuai oleh AmBank selepas sembilan puluh (90) hari selepas akhir Tempoh Kempen. Sebagai contoh: RM0.00 AmBank: TQ for participating in Deposits Campaign Pls collect your Samsung gift at the branch where deposit was made. For info 03-21788888 8 P a g e

9. Peserta Yang Layak juga tidak dibenarkan memilih warna bagi Hadiah. Keputusan Bank adalah muktamad dan mengikat dan sebarang surat-menyurat atau rayuan selanjutnya untuk menukar Hadiah tidak akan dilayan. 10. Hadiah akan diberikan atas nama Peserta Yang Layak dan tidak boleh dipindah milik. 11. Dalam hal berkaitan pemegang akaun bersama, Hadiah akan diberikan kepada pemegang akaun utama sahaja. 12. AmBank berhak sepenuhnya untuk menambah/mengeluarkan dan menggantikan manamana Hadiah dengan item yang serupa nilai runcitnya dengan memberi Notis Terdahulu kepada Peserta Yang Layak. 13. Sehingga dan termasuk hari Hadiah disampaikan kepada Peserta Yang Layak, Akaun yang Mengambil Bahagian hendaklah kekal aktif dan sah dan memuaskan bank, kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan Peserta Yang Layak dianggap sebagai telah hilang hak ke atas Hadiah dan Bank akan menarik balik Hadiah tersebut. 14. Peserta Yang Layak bertanggungjawab untuk membayar semua dan sebarang cukai, kos sampingan tidak terhad kepada mana-mana cukai yang boleh dikenakan dan semua perbelanjaan sampingan yang lain dan/atau sebarang caj yang lain berkaitan Hadiah dan/atau Kempen. 15. AmBank tidak akan dipertanggungjawabkan ke atas sebarang cukai, kos sampingan, caj-caj dan/ atau kerosakan yang disebabkan oleh hadiah dan kegagalan memenuhi mana-mana syarat atau jaminan oleh mana-mana ejen/pengedar Hadiah. 16. AmBank dengan jelas dan nyata mengecualikan dan mengenepikan sebarang representasi, waranti atau pengendorsan, nyata atau tersirat, bertulis atau lisan, berkaitan dengan kualiti atau kesesuaian Hadiah. Bank juga tidak akan bertanggungjawab untuk menyelesaikan sebarang pertikaian dengan pengeluar atau pembekal Hadiah dan Peserta Yang Layak hendaklah berurusan secara terus dengan pengeluar atau pembekal mengenai semua maklumat waranti. 17. AmBank tidak bertanggungjawab untuk menggantikan mana-mana Hadiah yang rosak atau dicuri selepas Hadiah diambil oleh Peserta Yang Layak. 18. AmBank berhak untuk membatalkan kelayakan Peserta Yang Layak dan menarik balik Hadiah sekiranya orang tersebut telah melakukan penipuan atau tindakan salah berkaitan dengan akaunnya. C. Kadar FD/TD Istimewa 1. Promosi ini akan berlangsung dari 1 Mei 2016 sehingga 31 Oktober 2016 (termasuk keduadua tarikh) atau sebaik mencapai RM1.8 Bilion dana yang disimpan, yang mana berlaku dahulu ( Tempoh Promosi ). 2. Promosi ini boleh didapati untuk peletakan yang dibuat atas kaunter sahaja di mana-mana cawangan Bank di Malaysia dan adalah terbuka kepada semua Peserta Yang Layak yang membuka mana-mana Produk FD/TD yang Mengambil Bahagian Yang Layak berikut dengan peletakan minimum seperti yang dinyatakan di bawah semasa Tempoh Kempen: a. RM10,000 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu) bagi pelanggan Individu Runcit; atau b. RM20,000 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu) bagi pelanggan Bukan Individu Runcit; 9 P a g e

Tempoh Kadah Promosi (setahun) 6 bulan 4.25% 3. Promosi Kadar FD/TD Istimewa ini hanya terpakai untuk penyimpanan Dana Baru. 4. Penambahan 5% daripada jumlah amaun peletakan FD/TD dengan kadar istimewa di atas diperlukan untuk diletakkan ke dalam CASA / CASA-i pada hari yang sama dan ia akan diperuntukkan selama 6 bulan. Sebagai contoh, apabila amaun peletakan minimum bagi pelanggan Individu ialah Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu (RM10,000.00): a. Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu (RM10,000) akan diletakkan dalam FD/TD yang layak dan; b. Ringgit Malaysia Lima Ratus (RM500) akan diletakkan dalam CASA/CASA-i yang layak dan diuntukkan selama 6 bulan. Nama akaun CASA/CASA-i mestilah sama seperti dengan FD/TD. 5. Bagi mengelakkan keraguan, kadar promosi FD/TD hanya digunakan ke atas amaun yang dimasukkan kedalam FD/TD. Kadar faedah untuk wang yang dimasukkan ke dalam CASA yang layak adalah pada kadar faedah lazim bagi CASA. Bagi CASA- i, hibah (jika ada) adalah mengikut budi bicara bank. 6. Sekiranya jumlah deposit CASA/CASA-i yang diperuntukkan batal, dipindahkan atau dikeluarkan sebelum enam (6) bulan atas apa jua sebab, penempatan FD/TD juga akan ditarik balik secara pra-matang dan Fasal C.(9) dokumen ini hendaklah terpakai. 7. CASA/CASA-i Peserta Yang Layak yang telah ditentukan adalah untuk memudahkan pengkreditan faedah/keuntungan yang diperolehi daripada FD/TD. 8. FD/TD tersebut TIDAK akan digunakan bagi tujuan pencagaran. 9. Sebarang pengeluaran awal untuk tempoh peletakan selama empat (4) bulan dan ke atas, tiada sebarang faedah/ keuntungan apa juapun akan dibayar sekiranya Peserta Yang Layak membuat pengeluaran awal sebelum lengkap tiga (3) bulan dari tarikh peletakan. Jika Peserta Yang Layak membuat pengeluaran awal selepas lengkap tiga (3) bulan dari tarikh peletakan, faedah/ keuntungan yang perlu dibayar adalah separuh (50%) daripada kadar kontrak Bank berdasarkan bulan-bulan yang telah lengkap. Bagi Akaun FD/TD, Terma dan Syarat ini hendaklah dibaca bersama dengan: a. Terma dan Syarat Umum Akaun dan Perkhidmatan yang boleh didapati di http://www.ambankgroup.com/en/termsconditions/documents/ambankgeneraltceng.pdf b. Terma dan Syarat Khusus untuk Deposit Bertempoh berasaskan Komoditi Murabahah yang boleh didapati di http://www.ambank.com.my/ambank/siteassets/sitepages/simple/terms-andconditions/tcamitermdepositeng.pdf 10. Kadar Promosi yang dinyatakan di atas boleh diguna pakai untuk satu (1) kitaran sahaja. Apabila Akaun FD/TD, kadar papan lazim Bank untuk Akaun FD/TD akan diguna pakai untuk sebarang pelanjutan dan/atau pembaharuan. D. Kombo Unit Trust & FD/TD 1. Promosi ini boleh didapati untuk peletakan pelaburan dan FD/TD yang dibuat atas kaunter sahaja di mana-mana cawangan Bank di Malaysia (Tidak terdapat di cawangan AmBank Islamik khusus) dan adalah terbuka kepada Peserta Individu Yang Layak yang membuka Produk FD/TD yang Mengambil Bahagian Yang Layak 10 P a g e

berikut dengan Unit Trust (UT) dengan peletakan pelaburan dan FD/TD minimum seperti yang dinyatakan di bawah semasa Tempoh Kempen: Kategori Kombo Amaun Minimum Kadar Promosi (setahun) FD/TD UT* (RM) FD/TD (RM) 1 25,000 25,000 1 months @ 10.18% 2 25,000 25,000 3 months @ 8.18% 3 25,000 25,000 6 months @ 6.18% *Boleh digunakan untuk Pelaburan dengan full entry charge semasa kempen ini. Produk Unit Amanah tidak dilindungi oleh PIDM Senarai produk ini adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa oleh Bank mengikut budi bicaranya setelah memberi notis yang mencukupi. 2. Nisbah peletakan hendaklah (1:1). Contoh, RM25,000 dalam UT dan peletakan RM25,000 dalam FD/TD untuk layak mendapat kadar di atas. 3. Kempen ini hanya terpakai untuk penyimpanan Dana Baru. 4. CASA/CASA-i Peserta Yang Layak yang telah ditentukan adalah untuk memudahkan pengkreditan faedah/keuntungan yang diperolehi daripada FD/TD. 5. FD/TD tersebut TIDAK akan digunakan bagi tujuan pencagaran. 6. Sebarang pengeluaran awal untuk tempoh peletakan selama tiga (3) bulan dan ke bawah tidak akan layak mendapat sebarang faedah/ keuntungan. Bagi tempoh peletakan selama empat (4) bulan dan ke atas, tiada sebarang faedah/ keuntungan apa juapun akan dibayar sekiranya Peserta Individu Yang Layak membuat pengeluaran awal sebelum lengkap tiga (3) bulan dari tarikh peletakan. Jika Peserta Individu Yang Layak membuat pengeluaran awal selepas lengkap tiga (3) bulan dari tarikh peletakan, faedah/ keuntungan yang perlu dibayar adalah separuh (50%) daripada kadar kontrak Bank berdasarkan bulan-bulan yang telah lengkap. 7. Bagi Akaun FD/TD, Terma dan Syarat ini hendaklah dibaca bersama dengan: (a) Terma dan Syarat Umum Akaun dan Perkhidmatan yang boleh didapati di http://www.ambankgroup.com/en/termsconditions/documents/ambankgeneraltceng.pdf (b) Terma dan Syarat Khusus untuk Deposit Bertempoh berasaskan Komoditi Murabahah yang boleh didapati di http://www.ambank.com.my/ambank/siteassets/sitepages/simple/terms-andconditions/tcamitermdepositeng.pdf 8. Kadar Promosi yang dinyatakan di atas boleh diguna pakai untuk satu (1) kitaran sahaja. Apabila Akaun FD/TD matang selepas Tempoh Kempen, kadar papan lazim Bank untuk Akaun FD/TD akan diguna pakai untuk sebarang pelanjutan dan/atau pembaharuan. 9. Dokumen ini bukan bertujuan sebagai pelawaan atau tawaran untuk melanggan unit amanah dan ia bukan penawaran oleh Bank untuk mendapatkan langganan unit amanah daripada sesiapa. Pelabur dinasihatkan agar membaca dan memahami kandungan prospektus sebelum melabur. Pelabur diingatkan bahawa terdapat yuran dan caj yang dikenakan dalam pembelian unit amanah. Pelabur dinasihatkan agar mempertimbangkan yuran dan caj berkenaan sebelum melabur dan merujuk dengan penasihat kewangan berlesen atau profesional mereka jika ada keraguan mengenai sebarang ciri atau jenis dana. Sila ambil perhatian bahawa harga unit dan dividen yang dibayar, jika ada, boleh naik atau turun. Prestasi lampau bukan indikasi prestasi masa hadapan. Pulangan ke atas pelaburan unit amanah tidak dijamin dan unit amanah tidak membentuk deposit bank atau tanggungjawab dan ianya tidak dijamin oleh Bank serta ia 11 P a g e

tertakluk kepada risiko pelaburan, termasuk kemungkinan kehilangan amaun prinsipal yang dilaburkan. Skim unit amanah tidak dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia ( PIDM ). 4.0 Umum 4.1 Bank berhak untuk menggunakan, menerbitkan atau memaparkan dalam apa-apa bentuk sekalipun yang difikirkan penting dan sesuai, butiran berkenaan Peserta Yang Layak yang terpilih (termasuk tetapi tidak terhad kepada) nama, gambar dan bandar tempat tinggal bagi tujuan-tujuan pengiklanan dan publisiti (jika ada). Dengan mengambil bahagian dalam Kempen ini, pemenang yang terpilih dengan ini memberi kebenaran untuk dan bersetuju untuk Bank melaksanakan hak-haknya yang dinyatakan di atas. Peserta Yang Layak boleh menggunakan budi bicara untuk mengakses dan mengemaskini butiran peribadi mereka dengan memaklumkan kepada Bank secara bertulis sepanjang Tempoh Kempen. 4.2 Keputusan Bank dalam semua perkara dan/atau pertikaian berkaitan Kempen ini adalah muktamad dan mengikat ke atas semua Peserta Yang Layak dan sebarang surat-menyurat atau rayuan selanjutnya tidak akan dilayan. 4.3 Semua transaksi yang direkodkan oleh Bank adalah muktamad dan konklusif. 4.4 Bank berhak secara mutlak untuk membatalkan, menamatkan atau menggantung Kempen ini pada bila-bila masa tanpa memberikan sebarang alasan dengan Notis Terdahulu melalui laman sesawang rasmi Bank atau di cawangan-cawangan Bank. 4.5 Bank berhak dan mempunyai budi bicara mutlak untuk mengubah, meminda, memadam atau menambah kepada mana-mana Terma dan Syarat yang ditetapkan secara khusus di sini, sepenuhnya atau sebahagian daripadanya dari semasa ke semasa termasuklah mengubah tempoh Kempen yang difikirkan penting dan wajar dengan Notis Terdahulu melalui laman web rasmi Bank di www.ambank.com.my atau notis di cawangan-cawangan Bank. Kecuali dinyatakan sebaliknya dalam Terma dan Syarat ini, sebarang notis yang diberikan oleh Bank akan dianggap sebagai telah diberikan apabila ia dipaparkan di laman web rasmi Bank www.ambank.com.my atau di cawangancawangannya, yang mana dahulu. 4.6 Bank berhak untuk mengubah, mengeluarkan, menggantikan, menambah atau membatalkan manamana hadiah Kempen pada bila-bila masa tanpa memberikan sebarang sebab dengan memberi Notis Terdahulu melalui laman web rasmi Bank atau di cawangan-cawangannya. 4.7 Bank berhak dan mempunyai budi bicara mutlak untuk membatalkan kelayakan mana-mana Peserta Yang Layak yang didapati atau ditentukan sebagai telah mengganggu atau sedang mengganggu proses penyertaan dan/atau operasi Kempen, sebagai telah melanggar atau berpotensi untuk melanggar Terma dan Syarat yang dinyatakan di sini. 4.8 Terma dan Syarat ini akan kekal terpakai mengatasi mana-mana peruntukan dan/atau representasi yang terkandung dalam sebarang bahan promosi yang lain yang mengiklankan Kempen ini. 4.9 Dengan menyertai Kempen ini, Peserta dan/atau mana-mana pihak yang berkaitan telah bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini. 4.10 Dalam apa-apa jua keadaan sekalipun, Bank tidak boleh dipertanggungjawabkan atas sebarang kerugian atau kerosakan termasuklah tetapi tidak terhad kepada kehilangan punca pendapatan, keuntungan, nama baik, secara langsung atau tidak langsung, secara sampingan, akibat, contoh, punitif atau ganti rugi khas mana-mana pihak termasuklah pihak-pihak ketiga, walau bagaimana sekalipun timbul sama ada dalam kontrak, tort, cuai atau sebaliknya, berhubung dengan penyertaan di dalam Kempen ini, atau mana-mana hadiah Kempen, atau Bank melaksanakan hak-haknya 12 P a g e

mengikut Terma dan Syarat ini termasuklah tetapi tidak terhad kepada, dalam menjalankan klausa 4.2, 4.3, 4.4 dan 4.5. Walaupun sekiranya Bank telah dinasihatkan lebih awal tentang kemungkinan kerosakan yang seumpamanya, semua kerosakan yang seumpamanya adalah dengan jelas dikecualikan. 4.11 Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang keingkaran yang berkaitan dengan Kempen akibat daripada mana-mana bencana alam, peperangan, rusuhan, mogok, penyekatan, tindakan industri, kebakaran, banjir, kemarau, ribut taufan, kegagalan teknikal atau sistem atau sebarang peristiwa yang berlaku di luar kawalan munasabah pihak Bank. 4.12 Hadiah yang ditunjukkan dalam iklan dan lain-lain bahan pemasaran (jika ada) adalah untuk tujuan ilustrasi semata-mata dan reka bentuk sebenar mungkin berbeza. 4.13 Semua Terma dan Syarat yang ditetapkan di sini adalah ditadbir dan ditafsirkan menurut undang - undang Malaysia. 4.14 Sekiranya terdapat apa-apa percanggahan atau konflik dalam tafsiran Terma dan Syarat ini, versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia bagi setiap Terma dan Syarat ini hendaklah dianggap sebagai serupa, dan setiap Terma dan Syarat yang ditetapkan membawa maksud yang sama. 4.15 Semua pelanggan/ peserta diminta melayari laman web korporat Bank untuk maklumat terkini promosi di http://www.ambank.com.my/eng/terms-and-conditions dan untuk mengetahui Terma & Syarat terkini Kempen ini, jika ada. 13 P a g e