ANTARA DAN AKAN MENJUAL HARTANAH TERSEBUT DI BAWAH SECARA

Similar documents
PROCLAMATION OF SALE ORDER OF SALE AT INSTANCE OF CHARGEE (PTP12/43/16)

PERISYTIHARAN JUALAN PERINTAH JUALAN DIATAS PERMINTAAN PEMEGANG GADAIAN (PTP 12/142/16)

PERISYTIHARAN JUALAN LELONGAN PERINTAH JUALAN ATAS PERMINTAAN PEMEGANG GADAIAN (NO. PTT.4/369/34/2017)

SYARAT-SYARAT JUALAN

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG PERMOHONAN PELAKSANAAN NO. PA /2017 (SAMAN PEMULA NO. PA-24FC /2017)

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO. 24FC /2015 PERMOHONAN UNTUK PELAKSANAAN NO.

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG PERMOHONAN UNTUK PELAKSANAAN NO /2018 (SAMAN PEMULA NO.

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG PERMOHONAN UNTUK PELAKSANAAN NO /2014 SAMAN PEMULA NO.

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO. PA-24FC /2016 PERMOHONAN UNTUK PELAKSANAAN NO

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO /2012 PERMOHONAN UNTUK PELAKSANAAN NO.

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM PERMOHONAN UNTUK PELAKSANAAN NO. BA /2015

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR PERMOHONAN UNTUK PERLAKSANAAN NO. WA /2017

DI ANTARA LOGANATHAN A/L VEERABU (NO. K/P: /A )

PERISYTIHARAN JUALAN PERINTAH JUALAN ATAS PERMINTAAN PEMEGANG GADAIAN [0701AUC ] Dalam Perkara Seksyen 257 Dan 263 Kanun Tanah Negara 1965

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG GUAMAN SIVIL NO. 22C-2-04/2014 WRIT PELAKSANAAN NO /2015

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM PERMOHONAN UNTUK PELAKSANAAN NO. BA /2017

BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD (No. Syarikat : U)

Dalam perkara mengenai Seksyen 330, 281(2) dan 257 Kanun Tanah Negara, Dan

ANTARA MALAYAN BANKING BERHAD [ 3813-K ] DAN

ANTARA DAN MOHD KHAIRUL RIZAD BIN AHMAD (NO. K/P / NO. TENTERA )

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

Mewah Kad Visa Infinite UOBM Terma & Syarat

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

Terma dan Syarat Kempen Rujukan Memperkenalkan Ahli Baru Privilege Banking dan Wealth Banking

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM

TERMS AND CONDITION 2017 Credit Card Acquisition Cash Back Campaign

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

Deposit Dragon Campaign ( Campaign )

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

MAYBANK PRODUCTS UMBRELLA CAMPAIGN 2016 TERMS & CONDITIONS

TERMS & CONDITIONS MAYBANK ONLINE APPLICATION CAMPAIGN II FOR BALANCE TRANSFER/EZYCASH/EZYPAY PLUS

a) The Principal and / or Supplementary Card account has become delinquent;

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV

Current/Savings Account Standing Instruction Campaign. Terms & Conditions

LAND LAW AND SURVEY REGULATION (SGHU 3313)

TERMA DAN SYARAT. Kempen Mohon, Belanja dan Dapat Ganjaran

kecuali dimaklumkan sebaliknya.

RM10,000 RM99, % 3.50% 3.50% RM100,000 RM499, % 2.80% 2.50% RM500,000 dan ke atas 2.50% 2.30% 2.00%

KEMPEN 5X UNIRINGGIT FOR YOUR SPEND KAD PRVI MILES DAN PREFERRED PLATINUM UOBM TERMA DAN SYARAT

Kempen CIMB Islamic Q2 18 Mail Order Telephone Order ( MOTO ) Terma-Terma dan Syarat-Syarat

TERMS AND CONDITIONS OF AL-AWFAR-SSPN

Morgan Air Fryer with Mutual Gold PB Visa Platinum Credit Card Campaign. Terms and Conditions

Terma dan Syarat Kempen Kad-i Bank Islam Visa (Debit/Kredit) PIN dan Pandu Lebih Jauh

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Ganjaran CIMB F.I.R.S.T

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

SPEND AND WIN SAMSUNG GALAXY S8 KFH DEBIT CARD-i CAMPAIGN ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS ( Terms and Conditions ).

Terma & Syarat. Kempen Akaun Semasa/Simpanan AmBank-I Love Savings!

TERMS AND CONDITIONS FOR

TERMA DAN SYARAT KEMPEN Send More Money through Western Union at RHB and Get Cash Back

Terms & Conditions TRUE Savers BonusLink Campaign

Survey on Perak and Selangor 3 messages

SOALAN LAZIM MENGENAI SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN NASIONAL

TERMS AND CONDITIONS OF #SenangBiz CAMPAIGN. TERMA DAN SYARAT BAGI KEMPEN #SenangBiz

Kempen Perbelanjaan Luar Negeri dan Dalam Talian Spend and Get Travel Luggage CIMB Bank Mastercard Terma-Terma dan Syarat-Syarat

Apply Now for Mutual Gold - PB Visa Platinum Credit Card & Take Your Choice Home Campaign. Terms and Conditions

UOBM LADY S CARD TERMA DAN SYARAT

TERMA DAN SYARAT. Preferred Current Account Cash Reward RM88 (November & December 2017)

Alliance Bank Loan & Credit Card Repayment Campaign Terms and Conditions

PENGAMBILAN SKIM STRATA DAN TANAH BAWAH TANAH

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Ganjaran Tunai CIMB Bank Berhad

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

Terms and conditions AmBank (M) Berhad and AmBank Islamic Berhad: Investment Bundle Campaign Campaign Period: 1 October 2018 to 31 December 2018

Effective 1 st APRIL 2018 / Berkuatkuasa pada 1 APRIL 2018

ADDITIONAL TERMS AND CONDITIONS JomPAY Nationwide Campaign

Hari bermaksud Isnin hingga Jumaat dan bila mana pejabat Bank yang berdaftar dibuka, kecuali dinyatakan sebaliknya.

Save And Win Everyday Campaign Terms and Conditions

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Octo Edisi Terhad

TERMS AND CONDITIONS RHB DEPOSIT GOLD CAMPAIGN

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Ganjaran F.I.R.S.T CIMB

PERMOHONAN PENGGUNAAN RUANG PASCASISWAZAH POSTGRADUATE WORKSPCE APPLICATION FORM. Gambar Pasport / Passport Picture. 2 pcs. Disokong / Recommended

TERMS AND CONDITIONS

CADASTRE SURVEY PRACTICE (SGHU 4323)

SEBUTHARGA. No. Sebutharga : PNS(S)400-7/1-8-15

New SME Current Account Bundle Campaign. Campaign Date: 4 April September By: SME/Commercial Deposits

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) LAPORAN KEMAJUAN BERKALA / PERIODIC PROGRESS REPORT

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Ganjaran F.I.R.S.T CIMB

CIMB Bank Kempen Q3 17 Mail Order Telephone Order ( MOTO ) Terma-terma dan Syarat-syarat

2.3. For joint customer of Libshara-i, only the primary account holder will qualify to participate.

TERMA DAN SYARAT KEMPEN Send More Money via RHB Now and Get Cash Back RHB Western Union

Terms and Conditions AmOnline Win a Mini Cooper Campaign

BIASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (BUMT) JABATAN PENGURUSAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU. - Syarat dan Kelayakan - Borang Permohonan

Functional Assessment Report Laporan Penilaian Fungsian

TERMS AND CONDITIONS RHB DEBIT CARD CAMPAIGN

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Ganjaran CIMB F.I.R.S.T (1hb Februari hb April 2018)

TERMS AND CONDITIONS RHB DEPOSIT WATCH CAMPAIGN

Kempen CIMB Mastercard Philips Coffee Maker & Flight Tickets Giveaway Overseas and Online Spend Terma-Terma dan Syarat-Syarat

Spend with PB-Samsung Pay & Be Rewarded ( Campaign ) Terms and Conditions

AmBank Debit Card - Win Cash 2 Campaign Terms and Conditions

KEMPEN YEAR END EXTRAVAGANZA UOBM TERMA & SYARAT

Terms & Conditions: TRUE Debit MasterCard Campaign Page 1

Terms and Conditions for Auto BILLPAY RM30 Cash Rebate Campaign

TERMA & SYARAT. Kempen UT & FD Investment Bundles RHB Bank

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Tactical Campaign for CPL via Website and ATM

TERMS AND CONDITION Tactical Usage Campaign 2018 FIFA World Cup Russia

Business Day means a day on which Bursa Malaysia is open for trading. Hari Bekerja bermaksud hari dimana Bursa Malaysia dibuka untuk dagangan.

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

Terms and Conditions

Terma & Syarat Kempen Deposit AmBank Toyota Vellfire 2016 Serba Baharu Boleh Dimenangi dengan AmBank!

Transcription:

PERISYTIHARAN JUALAN PERINTAH JUALAN ATAS PERMINTAAN PIHAK PEMEGANG GADAIAN (Bil (30) dlm PTP12/29/17) DALAM PERKARA SEKSYEN 257 DAN 263 KANUN TANAH NEGARA, 1965 MALAYAN BANKING BERHAD JOHNY GHEE CHENG HOE (NO. K/P : 540730-07-5213) ANTARA DAN PEMEGANG GADAIAN PENGGADAI Dalam menjalankan perintah Pentadbir Tanah Petaling, Selangor Darul Ehsan, yang diperbuat dalam perkara di atas pada 5 Oktober 2017, adalah dengan ini diisytiharakn bahawa Pentadbir Tanah Petaling, Selangor Darul Ehsan, dengan bantuan Pelelong yang tersebut di bawah AKAN MENJUAL HARTANAH TERSEBUT DI BAWAH SECARA LELONGAN AWAM PADA HARI KHAMIS, 23HB NOVEMBER 2017 BERMULA JAM 10.30 PAGI DI BILIK BICARA, TINGKAT 1, PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING, NO.1, PERSIARAN ATMOSFERA, SEKSYEN U5, 40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN Nota : (1) Kami mengesyorkan supaya bakal pembeli membuat carian rasmi dan menyiasat ke atas hakmilik hartanah disini sebelum sebarang urusniaga/transaksi atau membuat tawaran. BUTIR-BUTIR HAKMILIK : No. Hakmilik : PM 57/M1/3/28 No. Lot : Lot 37561 Tingkat / Bangunan : 3 / M1 / Petak No.28 Mukim / Daerah / Negeri : Bandar Sunway / Petaling / Selangor Darul Ehsan Pegangan : Pajakan selama 99 tahun berakhir pada 11 April 2093 Keluasan Lantai : 90 meter persegi Syarat-syarat Nyata : Tanah yang diberimilik ini hendaklah digunakan semata-mata untuk rumah pangsa Sekatan Kepentingan : Tanah ini tidak boleh dipindah milik, dipajak atau digadai melainkan dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri. Pemilik Berdaftar : Johny Ghee Cheng Hoe - 1/1 Bahagian Bebanan : Digadaikan kepada Malayan Banking Berhad melalui Perserahan No. 232/2015(GD), didaftarkan pada 9 February 2015. LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH : Hartanah tersebut adalah sebuah Apartmen 3 Bilik unit yang beralamat di Unit No. 308, Block A, Sunway Court Apartment, Jalan PJS7/13, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. HARGA RIZAB : Harta tersebut akan dijual dalam keadaan seperti mana sedia ada tertakluk kepada satu harga rizab sebanyak RM 387,000.00 ( RINGGIT MALAYSIA : TIGA RATUS LAPAN PULUH TUJUH RIBU SAHAJA ) dan tertakluk kepada Syarat-syarat Jualan sepertimana yang tercetak di dalam Perisytiharan Jualan ini. Bagi penawar-penawar yang berminat, adalah dikehendaki mendepositkan 10% daripada harga rizab dalam bentuk BANK DRAF sebanyak RM 38,700.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Puluh Lapan Ribu Tujuh Ratus Sahaja) atas nama MALAYAN BANKING BERHAD sebelum jam 9.30 pagi pada hari lelongan dan baki wang belian hendaklah dibayar oleh pembeli dalam tempoh Satu Ratus Dua Puluh (120) hari dari tarikh jualan kepada MALAYAN BANKING BERHAD. Untuk keterangan selanjutnya, sila hubungi Pejabat Daerah Dan Tanah Petaling atau Tetuan CH Yeap Maluda Cheh, Peguamcara bagi Pihak Pemegang Gadaian yang beralamat di 18-3A, Udarama Complex, Jalan 3/64A, Off Jalan Ipoh, 50350 Kuala Lumpur. (Tel: 03-40410405 Faks: 03-40411536) (Ruj: F.Clo/19107/14/555) atau Pelelong yang tersebut di bawah. CAPITAL VENTURE MANAGEMENT LIM KOK LEONG 26, Jalan PJU1A/43B, Pelelong Berlesen Ara Damansara, Tel: 019-219 5156 / 03-7846 6569 47301 Petaling Jaya, Selangor. Email:cvmprop@gmail.com Ruj: CVM/PTS/MBB/1117/02

SYARAT-SYARAT JUALAN 1. i. Lelongan Awam ke atas hartanah ini adalah terbuka kepada semua Warganegara Malaysia termasuk orang perseorangan, badan berkanun dan syarikat yang layak mengikut seksyen 43 KTN serta Pemegang Gadaian tetapi tidak termasuk Penggadai. Penawar yang membuat tawaran hendaklah mengikut Seksyen 253 (3) KTN. ii. iii. Seseorang yang Bukan Warganegara atau syarikat asing tidaklah berhak untuk membuat tawaran pada jualan ke atas tanah yang tertakluk kepada kategori Pertanian atau Bangunan tanpa kelulusan Pihak Berkuasa Negeri (Seksyen 433B(4)KTN). Seseorang yang telah diisytiharkan muflis tidak dibenarkan bertindak sebagai ejen atau wakil. Jika didapati ejen atau wakil yang dilantik adalah seorang muflis, deposit 10% akan dilucut hak serta dirampas dan hendaklah terpakai oleh pemegang gadaian dan hartanah tersebut akan dilelong semula. 2. Semua penawar adalah dikehendaki mendaftar serta menyediakan deposit satu jumlah yang bersamaan dengan 10% daripada harga rizab yang ditetapkan dalam bentuk Bank Draf atas nama MALAYAN BANKING BERHAD sebelum jam 9.30 pagi pada hari lelongan kepada Pentadbir Tanah Petaling. (Seksyen 263(2)(e)KTN). 3. Ejen atau wakil bagi pihak orang perseorangan, badan berkanun atau syarikat dikehendaki mengemukakan surat pelantikan kepada Pentadbir Tanah Petaling semasa mendaftar. 4. Jika pembeli itu bertindak sebagai ejen bagi seorang pembeli lain, beliau hendaklah menzahirkan nama prinsipalnya dan jika gagal berbuat demikian, Memorandum Kontrak Jualan Lelongan Awam hendaklah disediakan atas namanya sendiri dengan syarat bagi Tanah Simpanan Melayu hanya orang Melayu sahaja dibenarkan untuk bertindak sebagai ejen/wakil. 5. Syarikat dikehendaki menyertakan Memorandum & Article of Association, Borang 24, Borang 49 Resolusi Lembaga Pengarah dan Borang 11 (Bagi pemilikan bumiputera). 6. Orang perseorangan dikehendaki mengemukakan kad pengenalan My Kad asal dan salinan. 7. Sebarang tawaran tidak boleh kurang daripada harga rizab yang ditetapkan oleh Pentadbir Tanah Petaling seperti dalam Perintah Jualan Lelongan Awam Borang 16H Seksyen 263 KTN dan tidak boleh ditarik balik (Seksyen 263(2)(d)KTN). 8. Tertakluk kepada Para 9, penawar yang tertinggi, akan diisytiharkan sebagai pembeli dengan syarat bahawa tawarannya adalah sama atau lebih tinggi daripada harga rizab. 9. Jika ada apa-apa pertikaian yang timbul mengenai penawar yang tertinggi, maka Pentadbir Tanah Petaling akan memutuskan pertikaian tersebut atau hartanah ini dilelong semula dan sekiranya didapati mana-mana penawar hilang kelayakan kerana bercanggah dengan mana-mana syarat-syarat jualan ini maka Pentadbir Tanah Petaling pada bila masa mempunyai kuasa untuk menolak tawaran tersebut yang telah dibuat semasa lelongan diadakan. (Seksyen 263(f)KTN) 10. Pentadbir Tanah Petaling berhak menarik balik atau menangguhkan sebarang penjualan pada bila-bila masa sebelum jatuhnya penukul. (Seksyen 264(3)KTN) 11. Sebaik sahaja penukul dijatuhkan, nama dan alamat pembeli hendaklah diumumkan oleh orang yang menjalankan jualan itu dengan suara yang dapat didengari. (Seksyen 265(1)(a)KTN). 12. Selepas penukul dijatuhkan, wang deposit sebanyak 10% daripada harga rizab seperti para 2 di atas akan dimasukkan ke dalam akaun penggadai dan seterusnya pembeli menandatangani Memorandum Kontrak Jualan Lelongan Awam di bawah syarat-syarat jualan ini. Jika pembeli gagal berbuat demikian, hartanah itu hendaklah dilelong semula dan wang depositnya akan dilucut hak dan dirampas dan akan menjadi sebahagian daripada pembayaran daripada hutang sebenar yang tertunggak kepada pemegang gadaian setelah ditolak segala kos perbelanjaan lelongan dan hartanah tersebut akan dilelong semula. 13. Baki harga belian hendaklah diselesaikan oleh pembeli dalam masa tidak lebih daripada SATU RATUS DUA PULUH (120) hari daripada tarikh jualan kepada Pemegang Gadaian dan hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan (Seksyen 263(g)KTN). 14. Di mana seorang pembeli gagal untuk menyelesaikan baki harga belian dalam masa yang telah ditetapkan di bawah Perintah Untuk Jualan di bawah Seksyen 263 KTN, deposit tersebut akan dilucut hak dan hendaklah terpakai mengikut seksyen 267A KTN oleh pemegang gadaian seperti berikut: i. Pertamanya bagi pembayaran seluruh wang yang telah genap masa yang dinyatakan di bawah Seksyen 268 (1) (a) (b) KTN dan;

ii. Keduanya bagi pembayaran baki, jika ada, yang dipegang milik di bawah akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang telah genap masa kepada pemegang gadaian mengikut susunan keutamaannya. Seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen 268 subseksyen (1) perenggan (c) (d) (e) KTN. 15. Jika Pemegang Gadaian bercadang untuk memohon pembatalan atau penangguhan Perintah Jualan (Borang 16H) melalui lelongan awam maka satu permohonan melalui Borang 16O KTN hendaklah dikemukakan kepada Pentadbir Tanah Petaling tidak kurang dari tujuh (7) hari sebelum tarikh lelongan awam berserta dengan bayaran sebanyak RM 3000.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Ribu Sahaja) mengikut item 97 Kaedah 21 SLR P.U.5. Borang 16O KTN yang diserahkan kurang dari Tujuh (7) hari sebelum tarikh lelongan hendaklah DITOLAK. (Seksyen 264A KTN) 16. 17. Hak Penggadai : Lelongan awam yang telah ditetapkan itu terbatal dengan sendirinya jika penggadai membuat bayaran-bayaran yang dituntut sebelum lelongan awam disempurnakan (sebelum jatuh ketukan ketiga) (Seksyen 266(1) KTN). Sila kemukakan bersama surat akuan dan penyata bayaran dari pemegang gadaian. Bayaran RM 3000.000 adalah DIKECUALIKAN. Pemegang gadaian hendaklah memberitahu Pentadbir Tanah Petaling dan Penggadai bagi semua pembayaran yang telah genap masa pada atau selepas tarikh jualan lelongan melalui Borang 16Q. (Seksyen 266A KTN) 18. Pemegang gadaian hendaklah apabila menerima jumlah keseluruhan wang belian daripada jualan ini dengan segera mengakui secara bertulis kepada Pentadbir Tanah Petaling bahawa jumlah keseluruhan telah pun diterima. (Seksyen 268A(1) KTN) 19. Pemegang Gadaian hendaklah menyerahkan suatu penyataan akaun untuk pembayaran yang diterima dan telah dibayar kepada Pentadbir Tanah Petaling tidak lewat daripada Tiga Puluh (30) hari setelah penerimaan keseluruhan wang belian. (Seksyen 268A(3)KTN) 20. Hartanah ini adalah dipercayai dan hendaklah dianggap sebagai diperihalkan dengan betul dan dijual tertakluk kepada semua ismen, kaveat, tenansi, tanggungan dan hak (jika ada) yang wujud di atas atau terhadapnya tanpa apa-apa tanggungan yang timbul untuk mentakrifnya dan tiada kesilapan, pernyataan khilaf atau perihal khilaf boleh membatalkan jualan ini dan tiada bayaran ganti rugi dibenarkan mengenainya. 21. Wang belian yang diperoleh dalam apa-apa jualan hendaklah digunakan mengikut Seksyen 268 KTN di antaranya : i. Untuk membayar cukai tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri atau pemberi pajakan dan setakat mana, tiada orang lain selain dari penggadai adalah bertanggungjawab terhadapnya, apa-apa perbelanjaan lain yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri atau mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan, segala perbelanjaan seperti yang disahkan oleh Pentadbir Tanah yang dibuat berhubung dengan pembuatan dan pelaksanaan perintah jualan iaitu segala tunggakan bayaran Cukai Tanah, Cukai Taksiran dan semua bil-bil tuntutan Perkhidmatan Pelelong sehingga tarikh lelongan. ii. iii. Untuk membayar kepada pemegang gadaian jumlah penuh yang terhutang di bawah gadaian pada masa jualan itu dijalankan, untuk menjamin pembayaran satu anuiti atau jumlah berkala yang lain dan membayar gadaiangadaian yang lain, jika ada. Baki, jika ada, dari wang belian hendaklah dibayar kepada penggadai. 22. Pentadbir Tanah Petaling tidak bertanggungjawab mengenai apa-apa kerugian yang ditanggung oleh penawar sekiranya lelongan ditangguhkan atau dibatalkan. 23. Pentadbir Tanah Petaling tidak bertanggungjawab mengenai apa-apa kehilangan atau kerosakan disebabkan oleh kebakaran atau lain-lain bencana. 24. Pembeli hendaklah mengaku identiti hartanah yang dibeli olehnya seperti yang terkandung dalam dokumen munimen yang diberi oleh Pemegang Gadaian sebagai suratan Hakmilik hartanah tersebut atas bukti yang diberi dengan membandingkan antara deskripsi butir-butir dan dokumen munimen masing-masing. 25. Pemegang Gadaian tidak akan bertanggungjawab untuk menyerahkan milikan kosong harta berkenaan kepada pembeli. 26. Di mana satu perakuan jumlah (Sijil Jualan Borang 16I) telah diberi kepada seorang pembeli berkenaan dengan manamana tanah yang digadai atau dipajak, mana-mana kehendak untuk memperoleh kebenaran Pihak Berkuasa Negeri berkenaan dengan sekatan kepentingan ke atas tanah atau pajakan tersebut hendaklah tidak diguna pakai. (Seksyen 301 KTN). 27. Jika berlaku apa-apa percanggahan dalam syarat-syarat ini dengan peruntukan dalam Bahagian Enam Belas-Bab 3- Remedi Pemegang Gadaian : Jualan. Peruntukan-peruntukan dalam Kanun Tanah Negara 1965 hendaklah mengatasi syarat-syarat ini.

KONTRAK M E MO R ANDUM: D a l a m j u a l a n s e c a r a L e l o n g a n A w a m p a d a 2 3 N o v e m b e r 2 0 1 7 me n g e n a i h a r t a N o. P M 5 7 / M 1 / 3 / 2 8, N o. L o t 3 7 5 6 1, M u k i m B a n d a r S u n w a y, D a e r a h P e t a l i n g, N e g e r i S e l a n g o r D a r u l E h s a n y a n g b e r a l a m a t d i U n i t N o. 3 0 8, B l o c k A, S u n w a y C o u r t A p a r t m e n t, J a l a n P J S 7 / 1 3, B a n d a r S u n w a y, 4 6 1 5 0 P e t a l i n g J a y a, S e l a n g o r D a r u l E h s a n. Maka dengan ini diisytiharkan bahawa : Nama : No. K/P : Alamat : No. Tel : adalah penawar tertinggi dan diisytiharkan sebagai pembeli hartanah tersebut dengan sejumlah RM dan telah membayar kepada Pemegang Gadaian, MALAYAN BANKING BERHAD sebanyak RM sebagai deposit dan bersetuju membayar baki harga pembelian dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan dan menyempurnakan pembelian tersebut mengikut Syarat-Syarat Jualan dan TETUAN CH YEAP MALUDA CHEH, peguam cara bagi pihak Pemegang Gadaian mengaku menerima wang deposit tersebut. Harga Pembelian : RM Wang Deposit : RM Baki : RM Tandatangan Pembeli/Ejen Berkuasa : Nama : No. K/P: Tandatangan Peguam : Nama : No. K/P : Tetuan CH Yeap Maluda Cheh Tandatangan Pelelong Berlesen : LIM KOK LEONG ( CAPITAL VENTURE MANAGEMENT ) Tandatangan Pentadbir Tanah, Petaling : Nama :

PROCLAMATION OF SALE ORDER FOR SALE AT THE INSTANCE OF CHARGE (Bil (30) dlm PTP12/29/17) In the Matter of Section 257 and 263 of the National Land Code, 1965 MALAYAN BANKING BERHAD JOHNY GHEE CHENG HOE (IC NO : 540730-07-5213 ) BETWEEN AND CHARGEE CHARGORS In pursuance of the Order of the Land Administrator, Petaling, made herein in the above matter on 5 October 2017, it is hereby proclaimed that the Land Administrator, Petaling, with the assistance of the Auctioneer mentioned below, WILL SELL THE BELOW MENTIONED PROPERTY BY PUBLIC AUCTION ON THURSDAY, 23 NOVEMBER 2017 STARTING AT 10.30 A.M. IN BILIK BICARA, TINGKAT 1, PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING, NO.1, PERSIARAN ATMOSFERA, SEKSYEN U5, 40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN NOTE : (1) We would recommend the intending purchaser/s or bidder to carry out an official title search and to inspect on the subject property before any dealing/transaction or bidding. PARTICULARS OF TITLE : Title No. : PM 57/M1/3/28 Lot No. : Lot 37561 Floor / Building : 3 / M1 / Parcel No. 28 Mukim / District / State : Bandar Sunway / Petaling / Selangor Darul Ehsan Tenure : Leasehold for a term of 99 years, expiring on 11 th April 2093. Floor Area : 90 sq metres Express Conditions : Tanah yang diberimilik ini hendaklah digunakan semata-mata untuk rumah pangsa. Restrictions in Interest: : Tanah ini tidak boleh dipindah milik, dipajak atau digadai melainkan dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri. Registered Proprietor : Johny Ghee Cheng Hoe - 1/1 Share Encumbrances : Charged to Malayan Banking Berhad vide Presentation No. 232/2015 (GD), dated 9 February 2015. LOCATION AND DESCRIPTION: The subject property is a 3 bedroom unit apartment bearing postal address Unit No. 308, Block A, Sunway Court Apartment, Jalan PJS 7/13, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. RESERVE PRICE:- The subject property will be sold as is where is basis subject to a reserve price of RM 387,000.00. (Ringgit Malaysia : Three Hundred Eighty Seven Thousand Only) and to the conditions of sale as printed in the Proclamation of Sale. All intending bidders are required to deposit 10% of the reserve price equivalent to RM 38,700.00 (Ringgit Malaysia : Thirty Eight Thousand Seven Hundred Only) by BANK DRAFT only, in favour of MALAYAN BANKING BERHAD before 9.30 am on the date of auction and balance of the purchase price shall be paid by the purchaser within One Hundred Twenty (120) days from the date of sale to MALAYAN BANKING BERHAD. For further particulars, please apply to Pejabat Daerah Dan Tanah Petaling or Tetuan CH Yeap Maluda Cheh, Solicitors for the Chargee at 18-3A, Udarama Complex, Jalan 3/64A, Off Jalan Ipoh, 50350 Kuala Lumpur. (Tel: 03-40410405 Faks: 03-40411536) (Ruj:F.Clo/19107/14/555) or to the under mentioned Auctioneer: CAPITAL VENTURE MANAGEMENT LIM KOK LEONG 26, Jalan PJU1A/43B, Pelelong Berlesen Ara Damansara, Tel: 019-219 5156 / 03-7846 6569 47301 Petaling Jaya, Selangor. Email: cvmprop@gmail.com Ruj: CVM/PTS/MBB/1117/02