Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor ( PITAS ), telah ditubuhkan pada 13hb November 2003 dengan pendaftaran ROS 1660-03-7. PITAS adalah sebuah NGO yang bergerak dan berperanan sebagai tempat rujukan, penghubung tara dan jurubicara penyampai maklumat yang telus kepada semua pihak untuk mengetengahkan pandangan, cadangan atau apa sahaja yang berkaitan dan bertujuan mewakili suara Institusi Tahfiz Persendirian seluruh NegeriSelangor. Insya Allah dengan sokongan padu yang telah diberikan oleh pengusaha Institusi Tahfiz seluruh negeri Selangor, PITAS akan berjuang untuk menyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi oleh Institusi Tahfiz dan dimasa yang sama akan meningkatkan lagi pengisian dalaman dan luaran keahliah yang berdaftar dengan PITAS sebanyak 122 buah Institusi Tahfiz dengan jumlah bilangan pelajar seramai 6000 orang. PITAS sentiasa berusaha dan bersikap pro-aktif dalam menangani dan menyelesaikan segala permasalahan demi meningkat dan memartabatkan kalam Allah dan memperkasa jill al-quran. Oleh yang demikian PITAS sentiasa memastikan setiap Institusi Tahfiz yang ada di negeri Selangor sentiasa berdaya saing untuk memangkin peningkatan dan penguasaan ilmu duniawi dan ukhrawi. PITAS dengan pengalaman dan keyakinan yang begitu tinggi, Insya Allah, yakin akan lahir cindikiwan dan ilmuan professional pewaris zaman kegemilangan dari Institusi Tahfiz negeri Selangor. Rakaman خيرا الله كم جزا كثيرا kepada Jabatan Agama Islam dan kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan yang sentiasa perihatin dengan memberikan sokongan dan kemudahan. Insya Allah dengan kepercayaan, keyakinan dan kerjasama dari semua pihak ini PITAS akan dapat menyusun misi, visi dan objektif menjadikan Institusi Tahfiz pusat pengajian yang setaraf dan berdaya saing dengan menjadikan al-quran sebagai asas utama pembelajaran sehingga lahir modal insan soleh untuk memenuhi tuntutan dan keutamaan di Malaysia. Objektif PITAS: - Menyediakan perkhidmatan seperti pusat maklumat, pengambilan ahli-ahli, perundingan kerjaya, penerbitan makalah ke atas perbincangan, aktiviti sosial kepada seluruh ahli. - Mewakili Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Swasta dalam sebarang dialog, perbincangan dan taklimat dengan pihak kerajaan, badan berkanun, pihak swasta dan lain-lain institusi. - Menentukan arah aliran Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor dimasa hadapan. - Memberikan cadangan dan syor kepada kerajaan ke arah penggubalan undang-undang bagi memenuhi keperluan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor. 1 / 6
- Mewujudkan kerjasama ke arah pembangunan seluruh Institusi-Institusi Tahfiz Al-Quran seluruh Negeri Selangor. - Menambah bilangan ahli-ahli tahfiz serta meningkat mutu dan kualiti yang seimbang dengan pendidikan arus perdana ke arah melahirkan ahli-ahli tahfiz professional. VISI: Melahirkan generasi Al Quran Profesional yang mahir dengan keilmuannya beriman, beramal, bersepadu, berakhlak mulia, berdaya saing, berketerampilan, kukuh dengan nilai islam seiring dengan perkembangan arus perdana dunia kini. MISI: 1. Menambah bilangan ahli persatuan 2. Mengumpul dana Merancang mengendalikan kursus berjadual kepada warga PITAS (pengusaha, 3. guru dan pelajar ) 4. Pengiktirafan dan pengeluaran sijil persatuan kepada pelajar yang tamat menghafaz 30 juzuk. 5. Merancang penerusan pembelajaran untuk pelajar yang telah mengkhatamkan hafazan 30 juzuk dengan baik dan ingat keseluruhannya. SENARAI AHLI MAJLIS MESYUARAT ( AMM ) PERSATUAN INSTITUSI TAHFIZ AL-QURAN NEGERI SELANGOR ( PITAS ) Penasihat UST HJ. ASRI BIN LATEH AL-MUQRI Pengerusi 2 / 6
PU UST MUHAMAD HAFIZ MUHAMAD HANEEFA (016 2615903) Timb. Pengerusi UST SHAHARUDIN SAMAD (012 2625413) Setiausaha UST MOHD ZAHARUDIN HUSSAIN (01 93310034) Timb. Setiausaha UST ADANG MALIK MAHMUD (012 9447745) 3 / 6
Bendahari UST ASHARI MOHD SALEH(019 6952099) Ahli Majlis Mesyuarat Gombak UST BISRI IBRAHIM (012 6777774) Shah Alam USTZH RAJA SARINAH RAJA ALIAS (012 2023024) Petaling 4 / 6
UST ADANG MALIK MAHMUD (012 9447745) Sepang UST MOHD ZAHARUDIN (019 33310034) Klang UST MOHD SUFI ABAS AL MUQRI' (019 3021988) Kuala Selangor UST AHMAD FAUZI MAT (019 ELLAH 6110857) AL MUQRI' Sabak Bernam UST KHAIRUL ANUAR ABD RAZAK (019 5649262) Hulu Langat UST RAMLI SAMUD 5 / 6
(019 3212610) Kuala Langat UST RAMLI SAMUD (019 9812055) Hulu Selangor UST AIDOL MUNIR AKBAR ABD AZIZ (0136 3813214) 6 / 6