EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN Prosiding Seminar Antarabangsa Ke 8 Ekologi, Habitat Manusia dan Perubahan Persekitaran Kampus Tuanku Abdul Halim Mu adzam Shah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Langkawi, Kedah. 21-22 September 2015 Editor: Zuliskandar Ramli Muhammad Rizal Razman Deni Efizon Sharifah Zarina Syed Zakaria Kadir Arifin Muhamad Syafiq Mohd Ali Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) SERTA Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) Fakultas Perikanan dan Ilmu Kelautan Universitas Riau (UNRI) DAN Persatuan Pengurusan Persekitaran Malaysia
EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN
EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN Prosiding Seminar Antarabangsa ke-8 Ekologi, Habitat Manusia dan Perubahan Persekitaran Kampus Tuanku Abdul Halim Mu adzam Shah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Langkawi, Kedah. 21-22 September 2015 Editor: Zuliskandar Ramli Muhammad Rizal Razman Deni Efizon Sharifah Zarina Syed Zakaria Kadir Arifin Muhamad Syafiq Mohd Ali Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) SERTA Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) Fakultas Perikanan dan Ilmu Kelautan Universitas Riau (UNRI) DAN Persatuan Pengurusan Persekitaran Malaysia
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM, Bangi, Selangor Darul Ehsan Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM 2015 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM. Cetakan Pertama, 2015 Dicetak di Malaysia oleh: Pusat Fotokopi Kajang, No. 13, Jalan Hentian 3, Pusat Hentian Kajang, Jalan Reko, 43300 Kajang, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Seminar Antarabangsa Ekologi, Habitat Manusia dan Perubahan Persekitaran (Ke-8: 2015 : Langkawi, Kedah) Ekologi, habitat manusia dan perubahan persekitaran : prosiding Seminar Antarabangsa Ke 8 Ekologi, Habitat Manusia dan Perubahan Persekitaran, Kampus Tuanku Abdul Halim Mu adzam Shah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Langkawi, Kedah, Malaysia, 21 22 September 2015 / editor Zuliskandar Ramli, Muhammad Rizal Razman, Deni Efizon, Sharifah Zarina Syed Zakaria, Kadir Arifin, Muhamad Shafiq Mohd. Ali, Ku Adriani Ku Ayob. ISBN 978-967-2457-XX-X 1. Human ecology Congresses. 2. Human beings -- Effect of environment on Congresses. 3. Human Settlements -- Environmental aspects Congresses. I. Zuliskandar Ramli. II. Muhammad Rizal Razman. III. Deni Efizon. IV. Sharifah Zarina Syed Zakaria. V. Kadir Arifin. VI. Muhamad Shafiq Mohd. Ali. VII. Judul. 363.7
Prosiding Seminar Antarabangsa Ke 8: Ekologi, Habitat Manusia dan Perubahan Persekitaran 2015 13 ANALISIS SERAMIK LENGKAP TAPAK TANJUNG SIMPANG MENGAYAU, KUDAT SABAH NURULNATASHA AZMAN 1, JEFFREY ABDULLAH 1, MOKHTAR SAIDIN 1, NORIDAYU BAKRY 1, NORAZWAN HASHIM 1, SITI KHAIRANI ABD JALIL 1 & PETER MOLIJOL 2 1 Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia 2 Bahagian Arkeologi, Jabatan Muzium Sabah ABSTRAK Pada tahun 2003 dan 2007, sebuah kapal karam telah dijumpai di Tanjung Simpang Mengayau, perairan Kudat. Kapal ini dipercayai membawa barang dagangan seramik ke rantau Borneo. Pada tahun 2014, analisis ke atas koleksi seramik tersebut telah dilakukan di Bahagian Arkeologi, Muzium Sabah. Kajian ini bertujuan mengidentifikasi jenis-jenis, bentuk, motif dan hiasan seramik berdasarkan kepada jumpaan yang ada. Analisis awalan menunjukkan jenis seramik yang ditemui dalam kapal karam tersebut adalah terdiridaripada tembikar batu, seladon, Qing-Pai dan seramik putih. Selain itu, bentuk-bentuk seramik yang telah dikenal pasti adalah tempayan besar (2), tempayan kecil (2), jarlet (7), mangkuk (99), piring (3), teko (6), kotak berpenutup (1), penutup teko (1), balang merkuri (1), kendi (1) dan pinggan (1). Kapal karam ini dipercayai membawa pelbagai jenis seramik dengan variasi motif hiasan dan kegunaan tersendiri untuk diperdagangkan ke pasaran luar, khususnya rantau Borneo. Melalui kajian ini juga menunjukkan kapal karam Tanjung Simpang Mengayau adalah kapal dagang dari Selatan China iaitu zaman Dinasti Song Selatan yang bertarikh antara abad ke-10 hingga abad ke-12 Masihi.
156 Nurulnatasha Azman et al. PENGENALAN Kawasan perairan di Asia Tenggara memainkan peranan penting dalam perkembangan aktiviti perdagangan. Banyak kapal karam yang berbeza zaman dan dinasti telah ditemui di perairan Asia Tenggara (Peta 1).Kapal karam yang ditemui antaranya Hoi An di Pantai Vietnam (Brown, 2009), Cu Lao Cham di Teluk Vietnam (Baszley, 2003), Ko Kram (Brown, 2009), Phu Quoc, Song Doc di Teluk Siam (Brown, 2009), Java Sea dan Intan di Laut Jawa, Royal Captain di Filipina (Baszley, 2003), Turiang (Brown, 2009: Sjostrand, 2002), Desaru(Brown, 2009)di Malaysiadan lain-lain lagi. Di Rantau Borneo juga ditemui kapal karam iaitu di Tanjung Simpang Mengayau dan Bruneiyang menunjukkan bahawa kawasan ini juga menjadi tumpuan para pedagang untuk berdagang. Perkara ini dibuktikan melalui jumpaan di tapak-tapak arkeologi berdekatan dengan asosiasi artifak seramik antaranya di tapak Muang Thong Ko Kho Khao (Abad 9-11 Masihi), jumpaan seramik China jenis Yueh di Sathing Phra (Abad 11-13 Masihi), Sungai Mas (Nik Suhaimi & Othman Yatim, 1990: Zuliskandar et al, 2011), Lembah Bujang (Nik Suhaimi & Othman Yatim, 1990: Zuliskandar et al, 2011)dan sebagainya. Perdagangan negara China dengan negara luar telah bermula semenjak Dinasti Qin (221-206 Sebelum Masihi) (Baszley dan Bilcher, 2009)dan pengeksportan tembikarbertambah pesat pada zaman Dinasti Song Selatan di China. Dinasti Song Selatan bermula pada tahun 960-1279 Masihi. Perkembangan perusahaan tembikar begitu pesat dan merupakan bahan dagangan China yang utama ke luar negeri (Karim, 2004). Kepesatan ini telah menjadikan Dinasti Song sebagai era klasik dalam sejarah pembuatan tembikar di China. Kilang-kilang didirikan berdekatan pelabuhan-pelabuhan utama bagi memudahkan pengeksportan tembikar ke luar negeri (Guy, 1990). Perdagangan antara China dan Asia Tenggara berkembang pesat pada zaman ini. Catatan oleh Chu-fan-chi dalam kurun ke-13 Masihi bahawa setiap negara di Asia Tenggara menerima bekalan tembikar Song, begitu juga India dan Sri Lanka serta persisiran pantai Zanzibar di Afrika (Karim 2004). Para pedagang China berlabuh dan singgah di pelabuhan Asia Tenggara bagi mendapatkan bekalan dan melakukan pertukaran barangan dalam urusan perniagaan. Jumpaan seramik di tapak-tapak pelabuhan, kapal karam dan sebagainya menunjukkan terdapatnya urusan perdagangan di rantau Asia Tenggara pada zaman Dinasti Song. Malah di perairan Sabah juga turut dijumpai kapal karam di Tanjung Simpang Mengayau. Prosiding Seminar Antarabangsa Ke 8 Ekologi, Habitat Manusia dan Perubahan Persekitaran 2015