KOMUNITI FAUNA lkan DI SUNGAI KESIT, BATANG LEMANAK, ENGKUJLI, SARAWAK

Similar documents
HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

J\ Impacts of disturbance o~ fish communities in Sungat Pur, Terengganu I Annie Nums anak B1lly.

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

NOOR SHAHIDA BINTI ROSLI MASTER OF SCIENCE UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

PERBANDINGAN KOMPOSISI SPESIES IKAN DI KAWASAN AIR KERUB (BROWN WATER) DAN AIR IIITAM (BLACKWATER) DI BATANG O RANG, BALAI RINGIN, SERIAN

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

Kajian Indeks Kualiti Air di Lembangan Sungai Paka, Terengganu (Water Quality Index Study in Paka River Basin, Terengganu)

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KUALITI AIR DI SUNGAI KESIT, BATANG LEMANAK, ENGKILILI, SARAWAK

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MODELING OF SALT WATER INTRUSIONS INTO LANGAT RIVER ESTUARY, MALAYSIA

KEPEI,BAGAIAN DAN KELlMPAIIAN SPESlESAMFIBIADI KAWASAN BAm KAPUR BAU, SARAWAK. Camellina Joyce Ak Duyun

Earthwork Activities in Private Housing Industry

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

Kesahan Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak Dalam Kalangan Pemain Lelaki Berumur 14 Dan 15 Tahun. Abstrak

IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES


DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

IMPAK AKTIVITI ANTROPOGEN DAN FAKTOR YANG BERKAITAN TERHADAP KUALITI AIR SUNGAI TROPIKA, SUNGAI PINANG, BALIK PULAU, PULAU PINANG

Binaan ringkas pengecas kapasitor bervoltan tinggi buatan sendiri bagi. sistem plasma fokus.

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

KEBOLEHTELAPAN TANAH LATERIT TERHADAP PENANAMAN RUMPUT VETIVER

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING IN KUALA TERENGGANU HO MEE CHYONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Sains Malaysiana 36(2)(2007): LEE YOOK HENG, MANAFERRY MADHAN, PENNY SUMOK & LEE NYANTI CHUKONG

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

PENENTUAN NILAI KUALITI AIR SISA DI PASAR BESAR KUANTAN

Kesan Pembandaran terhadap Pembentukan Pulau Haba Bandar di Kuala Terengganu

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DIKALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR DAN KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

Survey on Perak and Selangor 3 messages

TABURAN IKAN BUNTAL DI SUNGAI-SUNGAI SARAWAK TERPILm DI SEKITAR KUCmNG, SERIAN DAN LUNDU

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) LAPORAN KEMAJUAN BERKALA / PERIODIC PROGRESS REPORT

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

KUALITI AIR SUNGAI MIRI, MIRI SARAWAK ( ) BERDASARKAN INDEKS KUALITI AIR MOHO JOHAN BIN JUSOH

The impact of waste disposal management on the water quality of rivers in Malaysia: Lessons from Pajam waste disposal sites, Negeri Sembilan

Mohd Aqmin Abdul Wahab Universiti Kebangsaan Malaysia. Hazrul Izuan Shahiri Universiti Kebangsaan Malaysia

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR DAN LEBUHRAYA BARU PANTAI

mybalikpulau A Mapping & Interpretation Heritage Education Program for Young People

DETERMINATION OF LEAD CONTENT IN WHITENING CREAM USING LASER INDUCED BREAKDOWN SPECTROSCOPY ANALYSIS WAN NORSYUHADA BT WAN MOHD SHUKRI

OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM

Diaspora Komuniti Cina Seberang Laut ke Selangor di Tanah Melayu,

Menganalisis pola dan arah aliran hujan di Negeri Sembilan menggunakan kaedah GIS poligon Thiessen dan kontur Isoyet

STATUS KUALITI AIR SUNGAI DI BEBERAPA KAWASAN LUAR BANDAR, DI NEGERI JOHOR DAN KESANNYA KEPADA KEHIDUPAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ELEMEN SEMIOTIK DALAM SENI PERSEMBAHAN RODAT TERENGGANU FAIZ SYAHMI BIN MOHD

PENGARUH SIMBOLISME SENI BINA PADA MASJID. KAJIAN KES MASJID KRISTAL KUALA TERENGGANU

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

Menganalisis pola dan arah aliran hujan di Negeri Sembilan menggunakan kaedah GIS Poligon Thiessen dan Kontur Isoyet

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

PEMBANGUNAN TEBINGAN SUNGAI SARAWAK SEBAGAI CERMINAN KEPADA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN ETNIK DI NEGERI SARAWAK

Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017

Functional Assessment Report Laporan Penilaian Fungsian

IMPLIKASI PERUBAHAN PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP KESELAMATAN AWAM : KAJIAN KES DI BANDAR MUADZAM SHAH, PAHANG

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

Sistem Bakeri Interaktif

JABATAN GEOGRAFI, FAKULTI SENI DAN MUZIK

TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN INFORMASI SEBAGAI SATU BUDAYA PENEMPATAN KERJA ALTERNATIF DALAM SEKTOR PEMBINAAN

PERBEZAAN ASPEK PERKEMBANGAN FIZIKAL DALAM KALANGAN KANAK-KANAK LELAKI DAN PEREMPUAN MENURUT PERSPEKTIF BARAT

Pengetahuan komuniti dan amalan pengurusan sisa pepejal di Negeri Sembilan

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Distribusi Simpanan Bank Umum Periode Januari 2018

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

THE IMPACT OF THE FACEBOOK WEBSITE QUALITY ON USER S PERCEIVED ATTITUDE, INTENTION AND LOYALTY AMONG STUDENTS OF UTM TAMER ADEL SALEH ALAJRAMI

ADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI

Untuk kerja-kerja pelancaran 'U Beam' dan kerja-kerja yang berkaitan dengan MRT

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

Faculty of Engineering

PERLAKSANAAN AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN, 1994 DI INSTITUT LATIHAN AWAM HELMI BIN HJ. HARON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERANAN JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA NEGERI SEMBILAN DALAM MEMPROMOSIKAN ALAT MUZIK CAKLEMPONG

MOLUSKA: SUMBER DIET MASYARAKAT PRASEJARAH BUKIT SARANG, ULU KAKUS, SARAWAK

BIASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (BUMT) JABATAN PENGURUSAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU. - Syarat dan Kelayakan - Borang Permohonan

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV

PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN

Analisis Metabolisma Bandar Menggunakan Teknik Material Flow Analysis (MFA) di Seremban. Sharif Shofirun Bin Sharif Ali (P85768)

RELIABILITY OF SAFETY PERFORMANCE INDICATOR: COMPLIANCE AND EFFECTIVENESS OF SAFETY PROGRAMS IN CONSTRUCTION SITE RAMES KUMAR SHANMUGAM

Terma dan Syarat Kempen Rujukan Memperkenalkan Ahli Baru Privilege Banking dan Wealth Banking

Muhd Fadhlullah Bin Rashid Kolej Komuniti Pasir Mas

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR 29 JUN 2018

A. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION

PERANAN JURUUKUR TANAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN MOHD AIMAN BIN MOHD KAMAROL BAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KANDUNGAN KANDUNGAN. 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Latar Belakang Masalah Masalah pengajaran dan

PENGARUH PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP PENYERTAAN SOSIAL PENDUDUK KAMPUNG BANDAR DI WILAYAH UTARA MALAYSIA

Pencapaian Program Pemindahan Ilmu Tatacara Menyelamat Sewaktu Banjir Dan Kaedah Pemulihan Dalam Kalangan Komuniti Kuala Krai, Kelantan, Malaysia

TOTAL HOSPITAL INFORMATION SYSTEM (THIS)

Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

EAG 345/3 Analisis Geoteknik

TRACE 2017 TRACING ALUMNI FOR COLLABORATION & ENGAGEMENT & BRIDGES-LINK

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PUSAT KEBUDAYAAN DAN KRAFTANGAN LAMIN DANA MUKAH, SARAWAK.

Transcription:

KOMUNITI FAUNA lkan DI SUNGAI KESIT, BATANG LEMANAK, ENGKUJLI, SARAWAK Juillif Bin Sipin QL S8ljana Muda Sains dengan Kepujian 624 (Bains dan Pengurusan Swnber Akuatik) J91 2005 2005

UNlVERSlTl MALAYSIA SARAW 94 '1,00 t.a S KOMUNITI FAUNA IKAN OI SUNGAI KESIT, BATANG LEMANAK, ENGKILILI, SARAWAK P.KHIDMATMAKLUMAT AKADEMIK UllMAS 1111111111111111111111111 1000127067 JUILLIF BIN SIPIN Projek ini diusulkan dalam menunaikan sebahagian daripada keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Sains dan Pengurusan Sumber Akuatik) Fakulti Sains dan Teknologi Sumber UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK 2005

PENGHARGAAN Terlebih dahulu, ucapan jutaan terima kasih kepada penyelia projek kursus. STF3014 Projek Akhir Tahun iaitu Dr. Lee Nyanti kerana beliau telah memberi banyak panduan, sokongan dan bantu an tenaga dalam menjayakan projek ini. Seterusnya, ucapan ribuan terima kasih kepada pembantu makmal UNIMAS yang tumt membantu dalam proses penyediaan alat-alat persampelan serta telah membantu dalam aktiviti persampelan di tapak kajian. Pembantu-pembantu makmal yang terlibat adalah seperti Encik Zaidi Ibrahim dan Encik Harris Norman. Terima kasih juga kepada Pembantu Penyelidik iaitu Cik Nazzatul Asykin Bt. Najib yang telah tumt meluangkan masa dan tenaga dalam aktiviti persampelan di Sungai Kesit. Tidak lupa juga kepada pemandu-pemandu kenderaan UNIMAS, Encik laafar Maharup, Encik Lamri Salam, Encik Zaidi Basuni dan Encik Awang Zakaria A wang Fauzi. Berbanyak-banyak terima kasih kepada mereka kerana telah sudi berkorban masa dan tenaga untuk sampai ke penginapan tapak kajian persampelan. lasa dan panduan para penduduk tempatan di tempat kajian tidak dilupakan. Setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka kerana telah membantu sedaya upaya untuk sampai ke setiap stesen kajian dengan menggunakan bot-bot mereka. Para penduduk tempatan dari Kampung Lubok Subong yang telah terlibat dalam menjayakan aktiviti persampelan adalah seperti Encik Rahim Nyaie, Encik David Ak Utek, Encik Alik Ak Umpeng, Encik Kuda Ak Bungin, Encik Sain Ak Umpeng dan Encik Keleman Ak. Ran. Berbanyak-banyak terima kasih juga kepada rakan-rakan sekelas, seperti Cik Fiffy Hanisdah Bt. Saikim, Cik Hasanaliza Bt. Bujang Abdilah dan Encik Ahmad Helmi Bin Ahmad Salleh di atas pandangan dan bantuan semasa proses persampelan dilakukan. Akhir sekali, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga kerana telah banyak memberi bantuan dari segi kewangan dan dorongan untuk menjayakan kursus ini serta sepanjang pengajian di Unimas. Terima kasih juga kepada mereka yang telah membantu secara tidak langsung dalam menjayakan projek ini.

KANDUNGAN MUKA SURAT ABSTRAK 1 1.0 PENGENALAN 2 2.0 ULASAN KEPUST AKAAN 4 3.0 JUSTIFIKASI 9 4.0 OBJEKTIF 9 5.0 BAHAN DAN KAEDAH 10 5.1 Lokasi Persampelan Fauna Ikan 10 5.2 Persampelan Fauna Ikan 14 5.2.1 Jala 14 5.2.2 Pukat Insang 15 5.2.3 Kuasa Renjatan Elektrik 15 5.2.4 Pancing 16 5.3 Pengecaman Fauna Ikan 17 5.4 Pengukuran Fauna Ikan 17 5.4.1 Panjang Total (TL) dan Panjang Piawai (SL) 17 5.4.2 Berat Total (WT) 18 5.5 Penentuan Indeks Ikan 18 5.5.1 Indeks Kepelbagaian Shannon-Weiner (H) 19 5.5.2 Indeks Kekayaan Margalef(D) 19 5.5.3 Indeks Kesamarataan Pie lou (J) 19 5.5.4 Indeks Gonadosomatik (GSI) 19 5.6 Persampelan Fauna Udang dan Ketam 19 5.7 Analisis Statistik 20 6.0 KEPUTUSAN 21 6.1 Fauna Ikan 21 6.2 Indeks Ikan 26 6.3 Graf Regrasi Fauna Ikan 28

6.3.1 Famili Balitoridae 28 6.3.2 Famili Cyprinidae 29 6.3.3 Famili Sisoridae 30 6.4 Fauna Udang dan Ketam 30 6.4.1 Fauna Udang 30 6.4.2 Fauna Ketam 32 7.0 PERBINCANGAN 33 7.1 Cuaca dan Taburan Fauna Ikan 33 7.2 Sumber Makanan dan Adaptasi Fauna Ikan 34 7.3 Kualiti Air dan Pengaruh Terhadap Komuniti Fauna Ikan 35 7.4 Tahap Pertumbuhan Fauna Ikan 37 8.0 KESIMPULAN 38 9.0 RUJUKAN 39 10.0 APPENDIK 44 Appendik 1: Fauna Ikan di Sungai Kesit 44 Appendik 2: Fauna Udang dan Ketam 48 Appendik 3: Gambar Stesen-stesen Persampelan lkan 49

Komuniti Fauna Ikan Di Sungai Kesit, Batang Lemanak, Engkilili, Sarawak Juillif Bin Sipin ABSTRAK Program Sains dan Pengurusan Sumber Akuatik Fakulti Sains dan Teknologi Sumber Universiti Malaysia Sarawak Kajian ini telah dijalankan bagi menentukan kepelbagaian komuniti fauna ikan di Sungai Kesit, Batang Lemanak, Engkilili, Sarawak. Sepanjang kajian, air sungai adalah dalam keadaan jernih, berarus deras dan dasar substrat yang berbatu serta berpasir. Empat jenis kaedah penangkapan ikan telah digunakan iaitu pukat insang, jala, renjatan kuasa elektrik dan pancing. Sebanyak 37 spesies ikan yang terdiri daripada 10 famili dan 24 genera telah direkodkan dari tapak persampelan. Daripada 793 individu ikan yang telah ditangkap, famili Cyprinidae dan Balitoridae mendominasi kawasan Sungai Kesit dan masing-masing mewakili 55% dan 34% daripada jumlah keseluruhan individu ikan yang telah ditangkap. Ikan yang lebih kerap ditangkap terdiri daripada genus Gastromyzon (29.8%), Rasbora (21.3 %) dan Puntius (20.9%). Daripada enam spesies genus Gastromyzon, Gastromyzon contractus (67 individu) adalah paling dominan. Puntius lateristriga (140 individu) adalah paling dominan daripada 37 spesies ikan yang telah direkodkan sepanjang kajian. lumlah spesies ikan yang telah ditangkap dari Sungai Kesit adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan Satang Lemanak. Ini adalah kerana legeh Batang Lemanak telah dibalak dan kualiti air sungai ini telah menurun. Ini telah ditunjukkan oleh jumlah pepejal terampai di dalam air yang tinggi. Sebaliknya, legeh Sungai Kesit belum lagi dibalak dan keadaan kawasan tersebut masih lagi dalam keadaan yang bersih. Kata kunci: Fauna ikan, air tawar, kaedah penangkapan ikan, Sungai Kesit. ABSTRACT This study was conducted to determine the diversity offish fauna community in Sungai Kesit, Batang Lemanak, Engkilili, Sarawak. During the study period, the water was generally clear, fast flowing with rocky and sandy substrate at the bottom ofthe river. Four fishing methods used were gill net, cast net, electroshocker and hook and line. Thirty-seven species belonging to 10 families and 24 genera were recordedfrom the sampling sites. From the 793 individuals caught, the two dominantfamilies are Cyprinidae and Balitoridae representing 55% and 34% ofthe number ofindividual caught respectively. The commonly caught individuals were from the genera Gastromyzon (29.8%), Rasbora (21.3%) and Puntius (20.9%). Among the six Gastromyzon species, Gastromyzon contractus is the dominant individuals caught (67 individuals). Among the 37 species caught from the study area, Puntius lateristriga is the dominant species (J 40 individuals). This study showed that the number ofspecies present in Sungai Kesit is more than those reported for Batang Lemanak. This is because Batang Lemanak watersheds have been logged and the water quality has deteriorated. This is reflected in the high amount oftotal suspended solids in the water. In contrast, Sungai Kesit watershed has not been logged and the condition is still pristine. Key word: Fish fauna, freshwater, fishing methods, Sungai Kesit.

1.0PENGENALAN Menurut Maitland (1992), terdapat 0.0093% daripada isipadu keseluruhan air di permukaan bumi adalah air tawar dan 33 peratus daripadanya menjadi habitat fauna ikan. Sungai merupakan habitat yang utama bagi kebanyakan ikan air tawar di kawasan Borneo. Setiap sungai mempunyai cm-cm habitatnya tersendiri dan kepelbagaian hidupan akuatiknya yang sedikit berbeza. Sungai dapat dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu kawasan hulu, pertengahan dan muara. Setiap bahagian ini mempunyai perbandingan dari segi kepelbagaian habitat, spesies dan bilangan hidupan akuatiknya. Ciri-ciri kepelbagaian habitat di kawasan hulu sungai adalah lebih terhad jika dibandingkan dengan ciri habitat di kawasan pertengahan dan kawasan muara sungai. Kualiti air di setiap sungai menentukan taburan organisma akuatik yang terdiri daripada tumbuhan, invertebrata dan vertebrata. Kualiti air adalah merujuk kepada nilai parameter fizikal dan kimia yang ditentukan melalui Indeks Kualiti Air (WQI) (DOE, 1994). Parameter-parameter kualiti air yang penting adalah seperti ph, oksigen terlarut (DO), permintaan oksigen biokimia (BOD), jumlah pepejal terampai (TSS), permintaan oksigen kimia (COD) dan ammonia-nitrogen (NH3-N) (DOE, 1994). Perubahan terhadap parameter-parameter kualiti air 1111 mempengaruhi taburan dan komposisi fauna ikan di sungai (Welcomme, 1985). Seperti di Semenanjung Malaysia, Borneo juga terletak di kawasan iklim khatulistiwa atau iklim tropika yang dipengaruhi oleh tiupan angin monsun. Walaupun iklim ini stabil, tetapi ia tidak seragam kerana ia dipengaruhi oleh jumlah hujan dan pergerakan angin sepanjang tahun. Dua jenis tiupan angin monsun yang bertiup ke arah Malaysia iaitu angin monsun timur laut (bertiup dari bulan November ke bulan Mac) dan angin monsun barat daya (bertiup dari bulan Mei ke bulan 2

September). Suhu di Malaysia adalah sekata sepanjang tahun dengan suhu maksimum di bawah 30 C dan suhu minimanya adalah lebih kurang 20 C (Mohsin dan Ambak, 1983). Sumber ikan air tawar adalah merupakan sumber protein haiwan di dunia dan telah menjadi sumber protein alternatif di samping ikan-ikan marin (Kelvin et al., 2002). Di Malaysia, ikan air tawar menjadi sumber protein haiwan dan juga sebagai sumber pendapatan utama bagi masyarakat di kawasan pedalaman (Khan et al., 1996). Di kawasan pedalaman, sumber ikan diperolehi melalui aktiviti penangkapan ikan di kawasan sungai dan aktiviti pengkulturan ikan (kolam ikan). Sungai Kesit yang menjadi tempat kajian ini adalah dikelilingi oleh kawasan hutan primer yang belum pernah diterokai sebelum ini. Ekosistem persekitarannya masih berada dalam keadaan yang seimbang dan dijangkakan bahawa pada masa akan datang ia akan diterokai untuk tujuan aktiviti pertanian dan pembalakan secara komersial. Menurut Lee (2004), aktiviti pembalakan secara kecil-kecilan di kawasan Satang Lemanak telah mula dijalankan sejak tahun 1987 dan diperluaskan oleh syarikat pembalakan di daerah Sri Arnan pada tahun 1995. Sekiranya kawasan hutan primer di Sungai Kesit diterokai untuk tujuan pertanian dan pembalakan secara kornersial, ia akan mengubah struktur habitat dan ekosistem sungai tersebut. Seterusnya, sisa daripada aktiviti pertanian dan pembalakan secara komersial ini akan mengancam habitat dan kepelbagaian hidupan akuatik di Sungai Kesit. 3

2.0 ULASAN KEPUST AKAAN Pada pertengahan abad ke-20, kajian terhadap fauna ikan air tawar di Borneo telah mula dijalankan di Kalimantan oleh Bleeker yang lebih tertumpu di kawasan Kalimantan, Indonesia (Inger dan Chin, 1962; Nyanti et ai., 1995). Kajian Bleeker telah merekodkan dua per tiga daripada 152 fauna ikan air tawar primer yang terdapat di Borneo (Kelvin et ai., 2003). Oi Asia Teriggara terdapat 900-1,000 spesies ikan air tawar yang telah direkodkan oleh Kottelat dan Whitten (1993). Di Malaysia, taburan kepelbagaian ikan air tawarnya adalah tinggi dan terdapat 380 spesies ikan air tawar telah direkodkan oleh Khan et al. (1996). Di kawasan Borneo, terdapat 300 spesies yang telah ditemui dan direkodkan (Inger dan Chin, 1962; Roberts, 1989; Kotellat et ai., 1993). Pengkaji awal seperti Brittan (1954a, 1954b, 1956) telah mengkaji secara terperinci terhadap genus Rasbora dalam famili Cyprinidae. Sementara itu, kajian terhadap sebahagian ekologi fauna ikan air tawar telah dijalankan di Penang oleh Alfred (1964), di Malayan oleh Johnson (1957) dan Bishop (1971), di kolam air Subang oleh Yap (1978), Furtodo dan Mori (1982) telah mengkaji ekologi sebahagian daripada spesies fauna ikan air tawar. Menon (1954) telah merekodkan 63 spesies ikan air tawar dalam famili Cyprinidae dari kolam air Subang, Kuala Lumpur. Antara hasil-hasil kajian yang berkaitan adalah seperti di Semenanjung Malaysia dan Sabah. Di Semenanjung Malaysia, spesies Puntius binotatus mendominasi Sungai Serting dan Jempol, Negeri Sembilan (Khairul et al., 2002). Di hulu Sungai Banjaran Croker, Keningau, Taman Negara Sabah, terdapat 17 spesies ikan yang terdiri daripada 4 famili (Khairul et ai., 2000). Menurut Khairul et al. (2000), genus Gastromyzon dan Tor lebih mendominasi di setiap sungai Banjaran Crocker. Menurut 4

Nyanti et al. (1995), Tor spp. lebih suka mencari habitat pelindungan di kawasan anak-anak sungai yang berair jemih, berarus perlahan dan juga kawasan air yang deras. Kajian Kelvin et al. (2003) di Sungai Betong, Tawau, Sabah telah merekodkan 16 spesies ikan air tawar yang terdiri daripada 6 famili dan famili Cyprinidae didapati mendominasi kawasan ini. Spesies Puntius bramoides dari famili Cyprinidae mendominasi Sungai Balung, Tawau, Sabah (Kelvin et ai., 2003). Berikut adalah ringkasan daripada hasil kajian yang telah dilakukan di Sarawak sebelum ini. Kottelat et al. (1995) telah merekodkan 249 spesies ikan dari Sarawak dan Brunei. Namun begitu masih terdapat 25 spesies tidak dapat direkodkan sebelum kajian mereka ini dilakukan. Allan dan Brown (1987) telah merekodkan 39 spesies ikan air tawar daripada famili Belontiidae dari Sarawak. Terdapat 57 spesies ikan air tawar di hilir Sungai Baram telah direkodkan oleh Watson dan Balon (1984). Di hulu Sungai Batang Rajang, sebanyak 66% spesies ikan adalah daripada famili Cyprinidae (Nyanti et al., 1995). Tanah Tinggi Kelabit-Bario, Sarawak merekodkan terdapat 24 spesies ikan air tawar yang terdiri daripada 7 famili dan 19 genera. Cyprinidae (57.9%) dan famili Balitoridae (38.2%) mendominasi tempat kajian ini (Nyanti et ai., 1998). Di Sungai Bakong, Miri, Sarawak merekodkan 23 spesies yang terdiri daripada 12 famili dan famili Helostomatidae mendominasi kawasan sungai ini (Kelvin et ai., 2002). Sungai Layar dan Sungai Spak, Betong, Sarawak didominasikan oleh ikan air tawar dari spesies Puntius collingwoodi (Kelvin et ai., 2002). Tanah Tinggi Ba'Kelalan, Lawas, Sarawak mempunyai 22 spesies yang terdiri daripada 8 famili (Kelvin et ai., 2003a). Osteochilus sp. (Pait) dalam famili Cyprinidae mendominasi kawasan sungai Ba'Kelalan, Sarawak. Kajian di Sungai Batang Lemanak, Engkilili, 5

Sarawak merekodkan 29 spesies ikan yang terdiri daripada 9 famili dan 20 genus. Famili Cyprinidae mendominasi kawasan Sungai Batang Lemanak (Lee, 2004). Hasil kajian para pengkaji fauna ikan air tawar di atas menunjukkan bahawa ikan daripada famili Cyprinidae adalah lebih dominan di setiap kawasan air tawar Asia Tenggara (Lowe-McConnell, 1975; Mohsin dan Ambak, 1990; Ismail, 1994). Fenomema yang sarna didapati di sungai-sungai yang beraltitud rendah di Sabah (Inger dan Chin, 1962). Oi kawasan Borneo, kajian terhadap fauna ikan air tawar telah dilakukan oleh Inger dan Chin (1962) di Sabah, Roberts (1989) dan Kotellat et al. (1993) di Kalimantan, Indonesia dan Choy (1996) di Brunei. Hasil daripada kajian mereka ini telah menjadi asas kepada para pengkaji seterusnya untuk melaksanakan serta memperkembangkan kaj ian terhadap fauna ikan air tawar yang terdapat di Borneo. Kajian terhadap fauna ikan air tawar di Borneo khususnya Sabah telah dilakukan di kawasan Lembah Maliau, Sandakan (Marsh, 1989), Simpanan Hidupan Liar Tabin, Pensiangan (Taylor, 1989), Taman Kinabalu, Kota Kinabalu (Abdullah, 1990), Taman Bukit Tawau, Tawau (Nyanti et ai., 1995), Taman Sayap-Kinabalu, Kota Belud (Nyanti, 1995) dan Hulu Sungai Banjaran Crocker, Keningau, Taman Negara Sabah (Khairul et ai., 2000). Kajian mereka ini telah merekodkan lebih daripada 340 spesies ikan air tawar yang terdapat di Borneo. Oi Sarawak, kajian bagi menentukan komuniti fauna ikan air tawar adalah masih kurang meluas jika dibandingkan dengan kajian yang telah dilakukan di Sabah dan Kalimantan, Indonesia (Kelvin et ai., 2003a). Di Sarawak, kajian telah dilakukan di Sungai Baram (Watson dan Balon, 1984); Sarawak dan Brunei (Kotellat et ai., 1995); lu Sungai Batang Rajang (Nyanti et ai., 1995); Sungai Tanah Tinggi Kelabit-Bario 6

(Nyanti et ai., 1998); Sungai Katibas (Rachmatika et al., 1998); Sungai Bakong, Miri (Kelvin et ai., 2002); Sungai Layar dan Sungai Spak, Betong (Kelvin et ai., 2002) dan Tanah Tinggi Ba'Kelalan (Kelvin et ai., 2003a). Kajian telah tumt dijalankan di kawasan Sungai Batang Lemanak, Engkilili oleh Lee (2004). Faktor altitud dan keadaan persekitaran di setiap sungai yang menjadi tempat kajian oleh para pengkaji sebelum ini mempengamhi hasil keputusan kajian mereka. Terdapat beberapa persamaan dan juga pebezaan hasil daripada kajian mereka ini. Menurut Wotton (1990), faktor kedalaman air sungai dan altitud mempengamhi kekayaan spesies bagi beberapa kumpulan ikan. Beliau tumt menyatakan bahawa kekayaan spesies bagi beberapa kumpulan ikan akan berkurangan mengikut kedalaman air dan peningkatan kedudukan altitud sungai. Saiz spesies ikan lebih besar didapati pada kawasan yang beraltitud rendah iaitu di bawah 600 meter dari paras air laut (Abdullah, 1990; Chin, 1978). Menumt Nyanti et al. (1995), kawasan sungai yang beraltitud rendah biasanya mempunyai bilangan spesies ikan yang lebih banyak tetapi populasinya tidak semestinya besar. Beliau tumt menyatakan bahawa genus Gastromyzon biasanya lebih mendominasi kawasan air tawar pad a kedudukan altitud yang melebihi 600 meter dari paras laut (Nyanti et al., 1995). Valliant (1983) menyatakan bahawa spesies Gastromyzon borneensis adalah di antara spesies ikan air tawar yang biasa ditemui di kawasan air tawar Borneo. Dari segi persekitaran sungai, populasi ikan lebih tertumpu di kawasan sungai yang berkolam atau kawasan berlubuk. Sekiranya sedimen dan batu batan dari hulu sungai melapisi dasar sungai maka ia akan mengurangkan tumpuan populasi ikan untuk tinggal di kawasan sungai terse but. Beberapa keadaan diketahui menyebabkan ketidakstabilan dalam habitat akuatik memberi kesan kepada populasi ikan serta 7

mengurangkan taburan komuniti ikan (Banin et al., 1988). Taburan dan komposisi spesies ikan di setiap habitat sungai adalah dipengaruhi oleh sumber makanan yang ada, kawasan tapak pengawanan, kelajuan arus air, kedalaman air, topografi dan juga sifat-sifat parameter kimia air (Ali et al. 1988). Nyanti et al. (1995) menyatakan bahawa bilangan spesies ikan yang tinggal di kawasan air berarus deras adalah sedikit kerana kepelbagaian makanan yang diterima oleh ikan di kawasan terse but adalah sedikit. Beliau turut menjelaskan bahawa sumber makanan ikan dari daratan yang masuk ke sungai adalah cepat melepasi kawasan air berarus deras. Kelvin et al. (2002) menyatakan bahawa aktiviti penangkapan ikan secara haram seperti penggunaan bahan Iletupan ikan dan renjatan kuasa elektrik adalah menjadi faktor yang utama kepada pengurangan sumber dan menjejaskan taburan komuniti fauna ikan air tawar. 8

3.0 JUSTIFIKASI Kajian komuniti fauna ikan telah dilakukan di Batang Lemanak oleh Lee (2004). Walau bagaimanapun, kajian belum pemah dilakukan di anak sungainya iaitu Sungai Kesit. Kajian dilakukan di Sungai Kesit juga kerana kawasan persekitaran hutannya yang belum pemah dibalak. 4.0 OBJEKTIF Kajian ini dilakukan bertujuan untuk (1) mendokumentasi fauna ikan air tawar di Sungai Kesit dan (2) menentukan taburan komuniti fauna ikan serta indeks fauna ikan di kelima-lima stesen terpilih di sepanjang Sungai Kesit. 9

5.0 BAHAN DAN KAEDAH 5.1 Lokasi Persampelan Fauna Ikan Kajian ini te1ah dilakukan di Sungai Kesit, Engkilili, Sri Aman, Sarawak yang didominasi oleh penduduk kaum Iban. Sungai Kesit menjadi sumber protein ikan, sumber air dan juga merupakan laluan pengangkutan utama bagi penduduk kaum Iban yang tinggal di sepanjang Sungai Kesit. Sungai Kesit merupakan anak sungai kepada Batang Lemanak yang mengalir dari kawasan Banjaran Klingkang dan seterusnya mengalir ke Batang Lupar dan Laut China Selatan (Lee, 2004; Khoo et al., 1992). Kawasan kajian di Sungai Kesit telah dibahagikan kepada lima stesen persampelan (Rajah 1). Dua daripada stesen ini terletak di kawasan anak Sungai Kesit dan tiga stesen lain adalah terletak di Sungai Kesit itu sendiri. Stesen pertama adalah di kawasan hulu Sungai Kesit; Stesen 2 di Sungai Serembai; Stesen 3 di Sungai Ulu Kapu; Stesen 4 di kawasan pertengahan Sungai Kesit dan Stesen 5 adalah di kawasan Sungai Kesit sendiri yang menghampiri kawasan muaranya. Bagi mendapatkan spesies ikan yang mungkin tidak didapati di stesen-stesen kajian, persampelan telah turnt dijalankan di kawasan luar dari stesen kajian dan ini telah dilabelkan sebagai Stesen 6. Jadual 1 menunjukkan kedudukan lokasi bagi setiap stesen yang telah direkodkan dan ditentukan dengan menggunakan Global Position System model GPS 12CX 12 Channel sertajenis hutan di persekitaran kelima-lima stesen di Sungai Kesit. Jadual 2 pula menunjukkan ringkasan terhadap parameter-parameter air dan penerangan mengenai habitat di setiap stesen persampelan. 10

Rajah 1. Peta lokasi persampelan fauna ikan di kelima-lima stesen di Sungai Kesit. 11

Jadual 1. Lokasi kedudukan dan nama sungai di kelima-lima stesen Sungai Kesit. Stesen Bacaan GPS Nama Sungai Jenis Hutan 1 N 01 14'12.5" E 111 49'32.9" Hulu Sungai Kesit Sekunder 2 NOloI4'19.2"E 111 49'12.4" Sungai Serembai Sekunder 3 N 01 14'30.8" E 111 48'48.57" Sungai Ulu Kapu Sekunder 4 N 01 14'26.1" E 111 48'38.9" Pertengahan Sungai Kesit Sekunder 5 N 01 14'06.5" E 111 47'26.1" Pertengahan Sungai Kesit (menghampiri kawasan muara) I Sekunder Jadual 2. Parameter air dan penerangan habitat di kelima-lima stesen di Sungai Kesit (Hasanaliza, 2005). SteseD Parameter Air Penerangan Habitat Persampelan pertama: Suhu air 25.6 C, ph air 6.89, konduktiviti air 23.3 fims/cm, pepejal terampai 2.53 mgll, pengaliran air sungai 0.0639 m 3 /s dan oksigen terlarut 7.97 mgll. Persampelan kedua: Suhu air 26.9 C, ph air 6.52, oksigen terlarut 8.28 mgll, pepejal terampai 3.49 mgll, pengaliran air sungai 0.6723 m 3 /s dan kerjernihan air 0.10 m. Sebahagian tebing ditutupi oleh kanopi pokok dan disokong oleh akar-akar pokok; dasar sungai yang berbatu saiz kecil, berpasir dan terdapat himpunan daun mati; permukaan air yang berarus di kawasan cetek; kedalaman air sungai (0.10-0.97 m) dan kelebaran air sungai (2.50-12.76 m). 2 Persampelan pertama: Suhu air 25.5 C, ph air 6.93, konduktiviti air 19.8 fims/cm, pepejal terampai 0.64 mgll, pengaliran air sungai 0.0104 m 3 /s dan oksigen terlarut 7.25 mgll. Persampelan kedua: Suhu air 28.0 C, ph air 6.49, oksigen terlarut 8.20 mgll, pepejal terampai 3.08 mgll, pengaliran air sungai 0.0.894 m 3 /s dan kerjemihan air 0.15 m. Sebahagian tebing ditutupi oleh kanopi pokok; dasar sungai yang berbatu saiz kecil dan besar, terdapat himpunan daun mati; permukaan air yang berarus dan terdapat batu timbul di tengah sungai; kedalaman air sungai (0.10-2.00 m) dan kelebaran air sungai (1.40-5.20 m). 12

3 Persampelan pertama: Suhu air 25.8 DC, ph air 6.95, konduktiviti air 17.1 IlmS/cm, pepejal terampai 2.26 mgll, pengaliran air sungai 0.0702 mj/s dan oksigen terlarut 7.68 mg/l. Persampelan kedua: Suhu air 26.5 C, ph air 6.45, oksigen terlarut 8.74 mgll, pepejal terampai 3.26 mg!l, pengaliran air sungai 0.4854 m J /s dan kerjemihan air 0.10 m. Sebahagian tebing sungai ditutupi oleh kanopi pokok dan disokong oleh akar-akar pokok; dasar sungai yang berbatu saiz kecil, berpasir dan terdapat himpunan daun mati; permukaan air yang berarus dan terdapat batu timbul di kawasan tengah sungai; terdapat tumbuhan air tumbuh di kawasan tengah sungai; kedalaman air sungai (0.08-1.02 m) dan kelebaran air sungai (4.00-11.94 m); terdapat pemangsa fauna ikan (itik). 4 Persampelan pertama: Suhu air 25.0 DC, ph air 6.96, konduktiviti air 20.2 IlmS/cm, pepejal terampai 1.35 mgll, pengaliran air sungai 0.4701 mj/s dan oksigen terlarut 7.65 mg/l. Persampelan kedua: Suhu air 26.4 C, ph air 6.45, oksigen terlarut 8.26 mg/l, pepejal terampai 6.29 mg/l, pengaliran air sungai 0.4983 mj/s dan kerjemihan air 0.09 m. Tebing sungai ditutupi oleh kanopi pokok yang besar dan kanopi pokok yang kecil; dasar sungai yang berbatu saiz besar dan banyak, sedikit berpasir; perrnukaan air yang berarus deras dan terdapat batu timbul di kawasan tengah sungai; kedalaman air sungai (0.10-1.02 m) dan kelebaran air sungai (2.50-15.04 m). 5 Persampelan pertama: Suhu air 25.9 DC, ph air 6.98, konduktiviti air 20.8 IlmS/cm, pepejal terampai 1.20 mgll, pen gal iran air sungai 0.122 mj/s dan oksigen terlarut 7.65 mg/l. Persampelan kedua: Suhu air 26.8 DC, ph air 6.48, oksigen terlarut 8.23 mgll, pepejal terampai 6.78 mg!l, pengaliran air sungai 0.5016 mj/s dan kerjemihan air 0.08 m. Sebahagian tebing sungai ditutupi oleh kanopi pokok dan disokong oleh akar-akar pokok; dasar sungai yang berbatu saiz kecil dan berpasir; perrnukaan air yang berarus deras dan perlahan; sungai membahagi dua dan mendedahkan kawasan tengah (seperti pulau); terdapat tumbuhan tumbuh di kawasan tengah sungai; kedalaman air sungai (0.05-1.11 m) dan kelebaran air sungai (1.50-18.60 m). 13

5.2 Persampelan Fauna Ikan Persampelan fauna ikan di Sungai Kesit telah dilakukan sebanyak dua kali iaitu pada 9-J2 Ogos 2004 (persampelan pertama) dan 24-29 November 2004 (persampejan kedua). Persampelan di setiap stesen dijalankan pada jarak 20 meter ke hilir dan 20 meter ke huju daripada tapak baeaan GPS. Persampelan fauna di luar stesen kajian (Stesen 6) adalah dijalankan di beberapa kawasan lubuk di sepanjang Sungai Kesit. Perjalanan ke setiap stesen dilakukan dengan menggunakan bot yang disewa daripada penduduk perkampungan Lubok Subong berdekatan dengan muara Sungai Kesit. Bagi stesen yang sukar dilalui menggunakan bot, pengkaji perlu berjalan kaki untuk sampai ke stesen persampelan khususnya di Stesen 1 iaitu di kawasan huju Sungai Kesit. Persampelan terhadap fauna ikan di Sungai Kesit dijakukan berdasarkan kaedah yang pemah dijakukan oleh Inger dan Chin (1962), Moshin dan Ambak (1983) dan Kottelat et al. (1993). Empat pilihan kaedah persampejan telah digunakan dalam persampelan fauna ikan di Sungai Kesit. PeraJatan persampejan ikan adajah terdiri daripada jala, pukat insang, renjatan kuasa elektrik (electroshocker) dan paneing. Berikut adalah merupakan penerangan ringkas mengenai kaedah persampelan yang telah digunakan untuk persampelan fauna ikan di Sungai Kesit. 5.2.1Iala lala yang digunakan dalam persampelan ini adalah diperbuat daripada bahan tiruan sintetik dan saiz mata jaring jala adalah dalam julat 2.5 em dan 3.0 em. ggunaan jala merupakan kaedah pemukatan seeara aktif dan merupakan kaedah 14

penangkapan ikan seeara tradisional. Ia lebih sesuai digunakan untuk menangkap ikan di kawasan lubuk sungai (kedalaman air 0.5-1.5 meter) dan air berarus perlahan. Ikan yang terperangkap dalam jaring mata jala diambil seeara terus serta berhati-hati dengan menggunakan tangan. Ikan yang ditangkap kemudiannya dimasukkan ke dalam botol plastik yang mengandungi larutan formalin 10%. Persampelan fauna ikan menggunakan jala dij alankan di ka wasan I uar dari stesen kaj ian. 5.2.2 Pukat Insang Pukat insang diperbuat daripada bahan sintetik tiruan dan konsep penggunaannya adalah berbeza dengan jaia. Ia adalah kaedah pemukatan seeara pasif. Saiz matajaring pukat insang yang digunakan adalah dalam julat 2.5 em dan 3.0 em. Pukat insang dipasang seeara meneaneang dan merentangi Sungai Kesit di beberapa kawasan lubuk terpilih (Stesen 6) di sepanjang Sungai Kesit. Pukat insang itu kemudiannya ditinggalkan selama 12 jam (semalaman) bagi membiarkannya memerangkap ikan. Ikan yang terperangkap pada mata jaring pukat insang dikeluarkan seeara berhati-hati supaya tidak merosakkan struktur luaran dan dalaman badan ikan. Ikan yang ditangkap kemudiannya dimasukkan ke dalam botol plastik yang mengandungi larutan formalin 10%. 5.2.3 Kuasa Renjatan Elektrik Kaedah persampelan menggunakan kuasa renjatan elektrik (eleclroshocker) merupakan kaedah penangkapan ikan seeara aktif dan penggunaannya terhad. Ia banya sesuai digunakan di kawasan air yang eetek, berbatu dan sungai yang sempit. 15

Penggunaan kuasa renjatan elektrik mempunyai risiko terhadap pengendalinya dan haiwan berdarah panas yang terdapat di dalam air. Renjatan kuasa elektrik yang terhasil bukan sahaja membunuh ikan malah hidupan akuatik yang lain turut terbunuh. Persampelan fauna ikan menggunakan kaedah renjatan kuasa elektrik telah dilakukan di setiap stesen kajian. Kuasa elektrik sebanyak 1000 watt telah digunakan dan dibekalkan dari mesin penjana AC (AC generator) model HONDA EM 1000F yang dibawa bersama ke setiap stesen. Kuasa elektrik 1000 watt ini mampu memengsankan atau membunuh ikan dalam masa beberapa saat. Dua utas wayar masing-masing mempunyai panjang 38 meter digunakan. Wayar tersebut disambungkan dari mesin penjana AC dan hujungnya yang satu lagi disambungkan kepada dua kepingan elektrod tembaga secara berasingan. Elektrod-elektrod yang bersambung dengan wayar tersebut diikatkan (dilekatkan) pada dua batang kayu panjang secara berasingan. Kayu panjang, digunakan untuk mengurangkan risiko terkena renjatan kuasa elektrik terhadap pengendali dan memudahkan proses mengalihkan elektrodelektrod dari satu temp at ke tempat yang lain semasa persampelan fauna ikan dijalankan. Ikan yang terkena renjatan kuasa elektrik ditangkap atau dipungut dengan menggunakan jaring pencedok sebelum dimasukkan ke dalam botol plastik yang mengandungi larutan fonnalin 10%. 5.2.4 Pancing Pancing digunakan di kawasan air yang berarus perlahan dan kawasan lubuk sungai. Umpan yang digunakan adalah terdiri daripada cacing tanah dan seranggaserangga kecil. Sasaran utama kaedah penangkapan fauna ikan menggunakan pancing adalah terhadap spesies ikan yang bersaiz besar. 16

5.3 Pengecaman Fauna Ikan Ikan air tawar yang ditangkap melalui empat kaedah persampelan terse but diidentifikasi seeara in-situ dan ex-situ. Pengeeaman in-situ adalah merujuk kepada pengecaman sampel ikan di tapak kajian iaitu di Sungai Kesit. Manakala pengeeaman ex-situ adalah merujuk kepada pengeeaman di luar dari kawasan tapak kajian iaitu di bilik Makmal Vertebrata Akuatik, Fakulti Sains dan Teknologi Sumber, Universiti Malaysia Sarawak. Pengeeaman terbaik dilakukan terhadap ikan yang bam ditangkap kerana ia struktur badan luarannya masih dalam keadaan segar dan lebih mudah untuk diidentifikasi. Larutan formalin 10% yang digunakan untuk mengawet sampel ikan di dalam botol spesimen (botol plastik) ditukarkan dengan larutan etanol 70% selepas dua hari (48 jam). Penggunaan larutan formalin 10% atau larutan etanol 70% adalah bertujuan untuk mengelakan kerosakan terhadap sampel ikan yang ditangkap dalam jangka masa yang singkat sebelum proses pengeeaman dilakukan. Pengeeaman ikan adalah berdasarkan kepada kaedah Inger dan Chin (1962), Roberts (1989), Kotellat et al. (1993) dan Moshin dan Ambak (1983). 5.4 Pengukuran Fauna Ikan 5.4.1 Panjang Total (TL) dan Panjang Piawai (SL) Pembaris aluminium yang mempunyai kepersisan 0.1 em telah digunakan untuk melakukan pengukuran terhadap panjang total (TL) dan panjang piawai (SL) badan ikan bagi kesemua sampel yang ditangkap dari Sungai Kesit. Panjang total (TL) adalah merujuk kepada ukuran terpanjang badan ikan iaitu dari anterior hujung epa1a atau bibir atas ikan ke bahagian sirip kaudal (sirip ekor) yang terpanjang ikan 17

yang ditekan secara serentak (Rajah 2). Panjang piawai (SL) pula adalah merujuk kepada ukuran dari hujung bibir atas anterior ikan ke hujung kolum vertebra) atau di perantaraan sirip kaudal dengan tangkai kaudal (Rajah 2). Pengukuran panjang total (TL) dan panjang piawai (SL) adalah berdasarkan kepada kaedah Moshin dan Ambak (1983) dan Kotellat et aj. (1993). Panjang Total, TL Panjang Piawai, SL Rajah 2. Cara pengukuran panjang total (TL) dan panjang piawai (SL) ikan dilakukan. 5.4.2 Berm Total (WT) Kepersisan alat penimbang model EK-120A CAPACITY (B) yang digunakan untuk mengukur berat total (WT) adalah 0.01 g. Pengukuran berat total (WT) dilakukan bagi semua sampel ikan yang ditangkap dari Sungai Kesit. 5.5 Penentuan Indeks Ikan Indeks bagi semua sampel atau individu fauna ikan yang ditangkap dari Sungai Kesit dianalisis berdasarkan kepada Indeks Kepelbagaian Shannon-Weiner (1-1), Indeks Kekayaan Margalef (D), Indeks Kesamarataan Pielou (J) dan Indeks Gonadosomatik (GSI). Indeks kepelbagaian spesies amat sesuai digunakan sebagai penentu kepada kebanyakan kepelbagaian kerana nilai indeks yang diperolehi tidak semestinya dipengaruhi oleh bilangan saiz sampel (Kelvin et a1., 2003a). Formula 18

fonnula bagi menentukan indeks-indeks fauna ikan yang telah ditangkap dari Sungai Kesit adalah seperti berikut: 5.5.1 Indeks Kepe/bagaian Shannon - Weiner (H) (Shannon dan Weaver, 1963) n Log n - L fi Log fi H = ---------------------------- n n = Saiz sampel fi = Bilangan individu setiap spesies 5.5.2 Indeks Kekayaan Margalef(D) (Margalef, 1958) 0= (S - 1) S = lumlah bilangan spesies Log N N = lumlah bilangan individu 5.5.3 Indeks Kesamarataan Pielou (J) (Pie lou, 1966) 1= H LnS H = Indeks Kepelbagaian Shannon-Weiner S = lumlah bilangan spesies 5.5.4 Indeks Gonadosomatik (GSJ) Berat telur atau sperma bagi spesies ikan i (g) (}SI = ---------------------------------------------------------- Berat total ikan (g) 6 Penampelan Fauna Udang dan Ketam Selain daripada fauna ikan, kajian terhadap komuniti fauna udang dan ketam tumt dijalankan di Sungai Kesit dan anak-anak sungainya. Kaedah persampelan yang ciigunakan adalah kaedah renjatan kuasa elektrik (electroshocker) yang tumt. :umlkan untuk menangkap fauna ikan di Sungai Kesit dan anak-anak sungainya. 19