Cabaran Pembangunan dalam Konteks Kepimpinan: Kes Kampung Sri Bahagia, Mersing Johor

Similar documents
HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pola dan Proses Pemilikan Tanah oleh Orang-orang Pulau di Kawasan Darat Mersing: Kajian Kes di Kampung Sri Bahagia

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

IMPLIKASI PERUBAHAN PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP KESELAMATAN AWAM : KAJIAN KES DI BANDAR MUADZAM SHAH, PAHANG

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


Survey on Perak and Selangor 3 messages

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

Earthwork Activities in Private Housing Industry

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

KEBERKESANAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) DI DAERAH KUBANG PASU, KEDAH.

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

mybalikpulau A Mapping & Interpretation Heritage Education Program for Young People

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) LAPORAN KEMAJUAN BERKALA / PERIODIC PROGRESS REPORT

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

PEMBERITAHUAN PERTANVAAN DEWAN RAKYAT 14 OKTOBER 2014 (SELASA)

Functional Assessment Report Laporan Penilaian Fungsian

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR DAN LEBUHRAYA BARU PANTAI

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA

Mohd Aqmin Abdul Wahab Universiti Kebangsaan Malaysia. Hazrul Izuan Shahiri Universiti Kebangsaan Malaysia

BIASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (BUMT) JABATAN PENGURUSAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU. - Syarat dan Kelayakan - Borang Permohonan

PELUASAN BANDARAYA METROPOLITAN JAKARTA DAN IMPAKNYA TERHADAP GUNA TANAH DAN CORAK PEKERJAAN PENDUDUK PINGGIRAN: KES BANDAR BARU BUMI SERPONG DAMAI

PENEMPATAN PERUMAHAN MASYARAKAT PINGGIRAN DI DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR. Samruhaizad Samion & Azahan Awang

FAKTOR-FAKTOR KETIDAKPENGHUNIAN BANGUNAN KOMERSIAL DI BANDAR MERU RAYA, IPOH, PERAK

7/2018 UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

A. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION

MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

J\ Impacts of disturbance o~ fish communities in Sungat Pur, Terengganu I Annie Nums anak B1lly.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MODELING OF SALT WATER INTRUSIONS INTO LANGAT RIVER ESTUARY, MALAYSIA

Diaspora Komuniti Cina Seberang Laut ke Selangor di Tanah Melayu,

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

Pencapaian Program Pemindahan Ilmu Tatacara Menyelamat Sewaktu Banjir Dan Kaedah Pemulihan Dalam Kalangan Komuniti Kuala Krai, Kelantan, Malaysia

A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING IN KUALA TERENGGANU HO MEE CHYONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGARUH PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP PENYERTAAN SOSIAL PENDUDUK KAMPUNG BANDAR DI WILAYAH UTARA MALAYSIA

KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DIKALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR DAN KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

Memperkasakan usahawan van dalam pengangkutan awam luar bandar di Hulu Terengganu

Binaan ringkas pengecas kapasitor bervoltan tinggi buatan sendiri bagi. sistem plasma fokus.

Terma dan Syarat Kempen Rujukan Memperkenalkan Ahli Baru Privilege Banking dan Wealth Banking

PERLAKSANAAN AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN, 1994 DI INSTITUT LATIHAN AWAM HELMI BIN HJ. HARON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2.3. For joint customer of Libshara-i, only the primary account holder will qualify to participate.

MAYBANK PRODUCTS UMBRELLA CAMPAIGN 2016 TERMS & CONDITIONS

PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Kota Kinabalu Sabah Malaysia

ISU KENAIKAN HARGA RUMAH DI KAWASAN PINGGIR BANDAR: SATU TINJAUAN DI MUKIM SEMENYIH, DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR

THE CHALLENGES AND SUCCESS FACTORS IN TOURISM ENTREPRENEURSHIP: CASE STUDY OF ENTREPRENEURS AT JONKER STREET, MALACCA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN JABATAN PEMAKANAN DAN DIETETIK SEMESTER 6, SESI 2016/2017 LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN INFORMASI SEBAGAI SATU BUDAYA PENEMPATAN KERJA ALTERNATIF DALAM SEKTOR PEMBINAAN

PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN

TRACE 2017 TRACING ALUMNI FOR COLLABORATION & ENGAGEMENT & BRIDGES-LINK

Institusi Perbidanan di Selangor,

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS: MASALAH DAN CADANGAN

Sistem Bakeri Interaktif

Kesan Pembandaran terhadap Pembentukan Pulau Haba Bandar di Kuala Terengganu

ISI KANDUNGAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN BAHAGIAN SATU 1.0 PENDAHULUAN 1

KEUPAYAAN PENDEKATAN INSTITUSI DALAM MENGHURAI PUNCA- PUNCA TANAH PERTANIAN TERBIAR DI DAERAH KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN

PERANAN JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA NEGERI SEMBILAN DALAM MEMPROMOSIKAN ALAT MUZIK CAKLEMPONG

ADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI

BAB 1 PENDAHULUAN Pengenalan

PERKEMBANGAN PERUSAHAN PERIKANAN DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

AMALAN PEWARISAN TANAH ADAT BERDASARKAN UNDANG-UNDANG TANAH ADAT DI KALANGAN MASYARAKAT: KAJIAN DI NEGERI SEMBILAN 1

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Abstrak. Abstract

OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM

Kerelevanan dan Prospek Jawatan Ketua Anak Negeri di Sabah: Satu Perspektif Sejarah

PEMBANGUNAN TANAH ADAT DI NEGERI SEMBILAN: HALATUJU DAN CABARAN CUSTOMARY LAND DEVELOPMENT IN NEGERI SEMBILAN: ITS WAY FORWARD AND CHALLENGES.

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, Volume 3, Issue 1, (page 91-99), 2018

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ELEMEN SEMIOTIK DALAM SENI PERSEMBAHAN RODAT TERENGGANU FAIZ SYAHMI BIN MOHD

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor 2 Pusat Penyelidikan Politik dan Keselamatan (POSH)

HOST : Department of Urban and Regional Planning, Faculty of Built Environment, Universiti Teknologi Malaysia.

BARU PNMB DI KOTA KINABALU, SABAH

Pengenalan kepada Pengurusan Sumber Manusia

TEKUN NASIONAL Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. KERTAS RANCANGAN PERNIAGAAN ( KRP ) ( Diisi dan dilengkapkan oleh pemohon )

Terms & Conditions TRUE Savers BonusLink Campaign

SIAPA YANG BERMANFAAT DENGAN GOLD ACCUMULATION PROGRAM (GAP)? GAP PUBLIC GOLD NI SANGAT BERMANFAAT BAGI SIAPA YANG:

SISTEM SOKONGAN PERANCANGAN (PSS): ANALISIS APLIKASI BAGI SEKTOR-SEKTOR TERPILIH

Kepimpinan transformasi dalam kalangan kepimpinan JKKK Kampung Pachitan, Port Dickson, Negeri Sembilan

SEJARAH PERKEMBANGAN BEKALAN AIR DOMESTIK DI NEGERI KEDAH SEHINGGA TAHUN 1957

AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR (PKPGB) UTM MOHD IRWAN BIN ABD RAHMAN

AMALAN INOVASI DALAM KALANGAN PETANI CINA

Transcription:

Cabaran Pembangunan dalam Konteks Kepimpinan: Kes Kampung Sri Bahagia, Mersing Johor Suhana Saad & Marsitah Mohd Radzi Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi, Selangor Pengenalan Pembangunan luar bandar sering dikaitkan dengan usaha meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk melalui peluang pendidikan dan pekerjaan, peningkatan pendapatan dan taraf kesihatan. Menurut Dahlan (1991), untuk membolehkaan pembangunan luar bandar menjadi efektif sebagai instrumen penting dalam pembinaan bangsa, pelaku politik, perancangan pembangunan dan juga masyarakat harus berkongsi kemahuan dan wawasan yang sama tentang apakah masa depan yang dihasratkan. Untuk itu, kita harus mengenal pasti apakah pihak berkepentingan di atas benar-benar mempunyai kemahuan dan wawasan dalam membangunkan kawasan luar bandar? Dalam kajian ini, wawasan kepimpinan dan penduduknya adalah ingin memajukan kampung serta membawa penduduk kampung ini keluar daripada kemiskinan, selain mempunyai infrastruktur yang mencukupi dan tempat tinggal yang selesa. Berdasarkan pemerhatian di lapangan, terdapat jurang yang ketara dari segi pembangunan dalam satu authoriti lokal yang sama. Kampung Sri Bahagia (dahulunya terdiri daripada dua buah kampung iaitu Kampung Sri Lumpur dan Kampung Bahagia) merupakan kampung rangkaian kepada kampung induk iaitu Kampung Air Merah. Dari segi pembangunan, kedua-dua kampung rangkaian ini telah ketinggalan jauh berbanding Kg. Air Merah sedangkan lokasinya hanya satu kilometer dengan bandar Mersing. Organisasi kepimpinan yang berpusat di kampung induk dan projek pembangunan juga kebanyakannya tertumpu di kampung induk telah mewujudkan jurang pemisah dalam konteks pembangunan antara kampung induk dan kampung rangkaiannya. Berdasarkan permasalahan tersebut, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah dan cabaran pembangunan yang harus ditangani oleh pemimpin tempatan, dan seterusnya mengemukakan cadangan yang perlu bagi tujuan pembangunan Kampung Sri Bahagia. 43 43

PENYELIDIKAN PANTAI TIMUR JOHOR: MERSING WARISAN TERPELIHARA Metode Kajian Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui teknik temu bual tidak formal dengan Penghulu Kanan Daerah Mersing, Ketua Kampung Sri Bahagia, Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung serta tujuh orang responden yang dipilih dalam kalangan penduduk tempatan. Pengumpulan data kualitatif ini adalah untuk mengenal pasti masalah penduduk setempat dari segi sosioekonomi dan cabaran kepimpinan baru dalam membangunkan kampung ini supaya setanding dengan kampung-kampung lain di daerah Mersing. Selain daripada kaedah kualitatif, seramai 30 penduduk Kampung Sri Bahagia telah dipilih dengan menggunakan kaedah purposive sampling bagi membantu mendapatkan maklumat ringkas tentang latar belakang sosioekonomi. Kawasan kajian, di samping itu, kaedah pemerhatian juga digunakan untuk melihat keadaan persekitaran terutama berkaitan kemudahan asas di lokasi kajian. Lokasi Kajian Mersing terletak di timur laut negeri Johor yang mempunyai keluasan 2836.6 km persegi. Banci tahun 2000 menunjukkan bilangan penduduk Mersing ialah 69,000 orang. Dalam tempoh 1990-2000 pertambahan penduduk hanya sekitar 5,000 orang sahaja. Namun, antara tahun 2000-2009 berlaku pertambahan penduduk yang drastik iaitu seramai 17,000 orang menjadikan jumlahnya 83,000 orang. Pertambahan penduduk yang drastik ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti penghijrahan dari luar dengan adanya peluangpeluang pekerjaan yang semakin berkembang. Ini termasuklah pembinaan Markas 21, Group Gerak Khas Komando Malaysia yang terbesar di Malaysia dengan menempatkan kira-kira 8000 orang anggota. Selain itu, pertambahan penduduk ini juga disebabkan pembinaan beberapa institusi pendidikan seperti pembinaan Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Sains Integrasi dan Institut Latihan Perindustrian. Terkini pembinaan sebuah politeknik yang mampu menampung kira-kira 2000 pelajar telah diluluskan. Sektor perindustrian dan pembuatan didapati masih kurang dan yang semakin menonjol kini ialah perkembangan di sektor pelancongan 1. Bandar Mersing yang terletak di muara Sungai Mersing merupakan pusat pentadbiran daerah dan destinasi persinggahan pelancong yang ke pulau-pulau di sekitar Mersing. Pembinaan Jeti Mersing menjadikan Mersing lokasi transit untuk ke pulau berhampiran seperti Pulau Rawa, Pulau Besar dan Pulau Tioman kerana di sini terdapat perkhidmatan bot laju ataupun feri. Justeru kerana lokasinya itu menjadikan Mersing sebagai nadi ke arah pembangunan industri pelancongan dengan terdapatnya beberapa agensi yang mengawal selia seperti Jabatan Laut, Imigresen, Kastam dan Polis. Selain itu, agensi penguatkuasa maritim juga terdapat di sini (http://www.johordt.gov.my). Berdasarkan kemudahan yang ada ini, apa yang diharapkan dari Mersing ialah menjadi pusat pelancongan bertaraf dunia pada masa akan datang. Perlaksanaan Koridor Ekonomi Wilayah Timur 1 Taklimat Penghulu Kanan Mukim Mersing semasa menyambut kedatangan penyelidik dan pelajar dari UKM. Tarikh 29 Januari 2009. 44 44

CABARAN PEMBANGUNAN DALAM KONTEKS KEPIMPINAN: KES KAMPUNG SRI BAHAGIA, MERSING JOHOR (ECER) diharap akan turut memberi limpahan kepada pembangunan ekonomi Mersing kerana Mersing. Usaha ini sudah tentu melibatkan kerjasama semua pihak untuk membangunkan Mersing iaitu daripada pihak perancang peringkat daerah hinggalah kepada kepimpinan bawahan. Kampung Sri Bahagia pula merupakan salah sebuah kampung yang terletak dalam mukim Mersing di daerah Mersing. Mukim Mersing memiliki 12 buah kampung termasuklah sebuah kampung yang dikenali sebagai Kampung Air Merah (http:// www.mdmersing.gov.my). Kampung Air Merah sebelum Januari 2009, merupakan kampung induk kepada dua buah kampung rangkaian iaitu Kampung Bahagia dan Kampung Sri Lumpur. Pada Januari 2009 kedua-dua kampung rangkaian ini telah dipisahkan dari pentadbiran Kampung Air Merah dan dikenali sebagai Kampung Sri Bahagia (sebuah taman perumahan iaitu Taman Sri Bayu juga termasuk dalam unit pentadbiran Kampung Sri Bahagia). Kedua-dua buah kampung ini diletakkan sebagai kampung rangkaian kepada Kampung Air Merah kerana pada peringkat awalnya, bilangan penduduknya tidak ramai. Kampung Sri Lumpur hanya dibuka pada tahun 1951 dan ketika ini hanya terdapat empat buah rumah sahaja di kampung tersebut. Kampung Bahagia dibuka lebih awal sekitar tahun 1940-an. Pada awal pembukaannya, kampung ini hanya mempunyai lapan buah rumah. Kampung yang terletak bersebelahan bandar Mersing ini pada awalnya merupakan kawasan paya yang berlumpur dan ditumbuhi oleh pokok-pokok nipah. Selepas hampir 15 tahun penduduknya membuat permohonan untuk keluar dari Kampung Air Merah dan mempunyai organisasi pentadbiran sendiri, hanya pada 1 Januari 2009, permohonan ini diluluskan 2. Penghijrahan penduduk di kampung ini kian bertambah sekitar tahun 1970-an. Ini dapat dikaitkan dengan rancangan pembangunan nasional ketika itu. Selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969, kerajaan memikirkan betapa perlunya rancangan pembangunan untuk memperbaiki taraf hidup penduduk terutama masyarakat luar bandar yang tersisih daripada pembangunan. Untuk itu pada tahun 1970, Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah diperkenalkan yang bertujuan untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat (Shamsul 1990). Dalam tempoh DEB banyak pembangunan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk dilakukan dan salah satunya ialah dalam bidang pendidikan. Kemajuan pembangunan dalam tempoh DEB telah menarik masyarakat desa berhijrah ke bandar bagi mencari peluang pekerjaan dan pendidikan. Keadaan ini juga turut menarik masyarakat yang tinggal di pulau berhijrah ke bandar Mersing atas dasar yang sama. Peluang pendidikan dan pekerjaan yang terbatas di kawasan pulau juga menyebabkan semakin ramai penduduknya berhijrah dan menetap di sekitar Mersing 3. Kebanyakan kampung di Malaysia khususnya perkampungan Melayu terletak di sepanjang sungai dan jalan dengsn sempadan geografinya pula tidak jelas (Stephent Chee 1974). Hal ini juga tidak terkecuali bagi Kampung Sri Bahagia. Dari segi lokasi, Kampung 2 Taklimat Ketua Kampung Sri Bahagia semasa majlis menyambut penyelidik dan pelajar dari UKM. Tarikh 29 Januari 2009. 3 Taklimat Ketua Kampung Sri Bahagia semasa majlis menyambut penyelidik dan pelajar dari UKM. Tarikh 29 Januari 2009. 45 45

PENYELIDIKAN PANTAI TIMUR JOHOR: MERSING WARISAN TERPELIHARA Sri Bahagia terletak di Muara Sungai Mersing bersebelahan bandar Mersing. Kemudahan infrastruktur elektrik dan air paip memang telah wujud di kampung ini. Oleh sebab lokasinya begitu hampir dengan Mersing, maka segala kemudahan perkhidmatan di Mersing boleh dinikmati oleh penduduk di sini seperti kemudahan kesihatan, pendidikan dan keagamaan. Namun demikian, walaupun lokasinya hanya satu kilometer dan dipisahkan oleh sebatang sungai dengan bandar Mersing (Foto 1), kampung ini ternyata masih tertinggal jauh dari segi pembangunan fizikal seperti keadaan jalan, rumah serta sistem kumbahan dan perparitan. FOTO 1: Lokasi Kampung Sri Bahagia yang Dipisahkan oleh Sebatang Sungai dengan Bandar Mersing Keadaan di kampung ini sama seperti perkampungan setinggan tetapi penduduk kampung ini bukanlah setinggan sebaliknya mereka adalah penyewa sama ada rumah ataupun tanah dan sebilangan kecil sahaja yang memiliki tanah dan rumah sendiri. Masih ramai penduduknya tinggal di rumah papan dan jarak dari sebuah rumah ke sebuah rumah yang lain sangat hampir. Oleh kerana kawasan ini tidak mempunyai jalan dan perparitan yang sempurna, jambatan kayu dibina untuk menghubungkan antara sebuah rumah dengan sebuah rumah yang lain. Ketika musim ombak besar, air pasang boleh memasuki rumah hampir setiap malam. Semasa kajian ini dilakukan, musim monsun hampir berakhir, tetapi setiap jam 12.00 malam paras air masih boleh naik hingga ke lantai rumah. Pemandangan fizikal seperti ini boleh mencacatkan imej Mersing yang ingin menjadi pusat tumpuan pelancong bertaraf dunia. Jika dilihat di sebelah kanan bandar Mersing, kita dapat melihat keindahan laut China Selatan serta kawasan rekreasi yang berdiri teguhnya mercu tanda Mersing dan jeti Mersing. Namun, pemandangan di sebelah kiri bandar Mersing pula disajikan oleh satu fenomena seperti gambar dalam Foto 2. Ini 46 46

CABARAN PEMBANGUNAN DALAM KONTEKS KEPIMPINAN: KES KAMPUNG SRI BAHAGIA, MERSING JOHOR Kampung Air Merah FOTO 2: Jambatan Kayu yang Menghubungkan Rumah ke Rumah di Kampung Sri Bahagia merupakan satu cabaran besar kepada kepimpinan daerah, mukim dan juga kampung untuk menangani permasalahan ini. Kepimpinan Peringkat Kampung Umumnya dalam pentadbiran luar bandar di Malaysia, Pegawai Daerah merupakan pemimpin terpenting peringkat daerah diikuti oleh Penghulu pada peringkat mukim. 47 47

PENYELIDIKAN PANTAI TIMUR JOHOR: MERSING WARISAN TERPELIHARA Pegawai Daerah dan Penghulu merupakan penjawat awam. Pentadbiran mukim terdiri daripada beberapa buah kampung yang diketuai oleh Ketua Kampung. Ketua Kampung dilantik oleh Menteri Besar dengan syor Penghulu dan Pegawai Daerah. Ketua Kampung bukanlah anggota perkhidmatan awam. Beliau juga tidak mempunyai kuasa dari segi perundangan atau tugas-tugas yang khusus, namun beliau merupakan jurucakap atau orang tengah antara penduduk kampung dengan kepimpinan atasan. Ketua Kampung akhirnya memainkan peranan penting dalam sistem pentadbiran dan pembangunan kampung selepas Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) ditubuhkan selaras dengan pengenalan Rancangan Buku Merah pada tahun 1961. Rancangan Buku Merah merupakan kerangka nasional pembangunan infrastruktur yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Kelima 1961-1965. Bagi melaksanakan rancangan pembangunan luar bandar, JKKK antara lain berperanan menyediakan program pembangunan untuk penduduk kampung dengan bantuan dan nasihat dari pegawai kerajaan (Stephent Chee 1974). Semasa berada dalam kampung rangkaian, dilaporkan tidak ada penduduk dari Kampung Bahagia atau Kampung Sri Lumpur yang dilantik menjadi JKKK di Air Merah. Oleh itu, tiada wakil penduduk yang dapat mewakili penduduk di kedua-dua kampung rangkaian ini. Setelah berjaya keluar daripada naungan Kampung Air Merah, Kampung Sri Bahagia telah membentuk organisasi pentadbirannya sendiri. Pemisahan ini berlaku berikutan wujudnya pertambahan penduduk di dua buah kampung rangkaian iaitu Kampung Sri Lumpur dan Kampung Bahagia. Dari segi pentadbiran, ini menyulitkan kerana bilangan penduduk yang semakin bertambah dan dari segi pentadbiran juga bermasalah kerana penduduk terpaksa ke Kampung Air Merah untuk berurusan tentang segala masalah berkaitan dengan kampung. Setelah berpisah dengan Kampung Air Merah, organisasi pentadbiran kampung yang baru telah dibentuk dan salah seorang penduduk asal Mersing iaitu Tuk Kamis telah dilantik sebagai Ketua Kampung. Setelah mempunyai organisasi kepimpinan sendiri, kepimpinan kampung ini berharap mereka akan dapat memberikan pembelaan sewajarnya kepada penduduk kampung dan akan membawa keluar Kampung Sri Bahagia daripada kepompong kemiskinan 4. Seperti pentadbiran kampung di tempat-tempat lain, organisasi pentadbiran baru ini juga mempunyai jawatankuasa pembangunan kampung seramai 15 orang anggota. Bagi melicinkan pentadbiran, sebanyak 10 biro pembangunan telah ditubuhkan antaranya, Biro Keselamatan, Biro Kebajikan Sosial, Biro Agama, Biro Ekonomi, Biro Kesenian, Kebudayaan dan Pelancongan, Biro Belia dan Sukan serta Biro Asas Tani 5. Walaupun pentadbiran baru ini belum dapat membuktikan keupayaan pentadbiran mereka, namun telah wujud suara tidak puas hati dengan perlantikan Ketua Kampung kerana mereka mahukan cikgu Man. Menurut Puan A 6, 4 Temu bual bersama Tuk Kamis (Ketua kampung), En. Othman, En. Khalid dan En. Manaf (JKKK) Kampung Sri Bahagia pada 30 Januari 2009. 5 Temu bual bersama En. Yusuff, JKKK Kampung Sri Bahagia pada 31 Januari 2009. 6 Temu bual pada 30 Januari 2009. 48 48

CABARAN PEMBANGUNAN DALAM KONTEKS KEPIMPINAN: KES KAMPUNG SRI BAHAGIA, MERSING JOHOR sekarang apa-apa hal pun kita kena jumpa Tuk Kamis, tapi susah la dengan dia tu, dulu kita selalu berurusan dengan cikgu Man. Kalau tak silap saya, dia Setiausaha UMNO cawangan. Dulu Cikgu Man yang selalu ke Air Merah. Pendapat Puan A turut dikongsi oleh Encik M 7. Menurut beliau penduduk kampung ramai tidak puas hati. Mereka tidak dimaklumkan tentang perlantikan Ketua Kampung dan beliau berpendapat, Saya lihat ada JKKK yang boleh buat kerja dan ada yang tidak. Puan sendiri boleh tengok JKKK mana yang sanggup turun padang sepanjang puan di sini. Bagi saya Pak Seman tu bagus, kalau disuruh berjalan satu kampungpun dia sanggup. Dia juga dah ada banyak pengalaman sebagai Ketua Kampung masa di Tioman dulu. Tapi bagi saya dia sudah tua, kita boleh minta pandangan dia, apalah salahnya kalau bagi kepada generasi muda jawatan dia tu. Pasal Tuk Kamis pula, memang orang atas yang lantik dia. Kalau tanya orang kampung, rata-rata saya jamin mereka suka orang lain, tapi kita bagilah peluang pada dia dulu. Kita tak nak mereka jadi seperti cenderawasih tidak tahu turun padang. Pemimpin kampung ini sama la juga dengan orang politik mesti turun padang. Namun demikian bagi Encik D 8 yang berasal dari Terengganu, beliau tidak kisah siapakah Ketua Kampung, sama ada orang Mersing sendiri atau bukan berasal dari Mersing kerana nasib beliau tidak akan berubah dengan peralihan kepimpinan itu. Pada pandangan beliau, Dulu Kampung Air Merah tu dapat kampung cemerlang sedangkan kita yang berada dalam kampung rangkaiannya jauh ketinggalan. Segala projek pembangunan semua Ketua Kampung bawa ke kampung dia dulu. Kita ni minta macam-macam bantuan tak pula dapat. Musim monsun macam sekarang kita tak ada pendapatan. Saya bukan ada bot, kerja sebagai awak-awak dengan tauke Cina saja. Bila tak ke laut ni kena berhutang dulu dengan tauke, kerja nanti tolak gaji. Saya rasa siapa pun ketua, mereka tak akan peduli orang macam saya ni, sama la macam orang politik bila dah menang batang hidungpun tak nampak. Kepimpinan baru ini ternyata berhadapan dengan cabaran besar bukan sahaja memenangi hati penduduk tetapi juga menyelesaikan beberapa masalah yang berkaitan dengan pembangunan kampung. Menurut Ketua Kampung, beliau sangat berharap untuk membawa perubahan kepada kampungnya dan setiap JKKK yang dilantik itu dapat melaksanakan tugas masing-masing berdasarkan agihan tugas atau biro-biro yang ditubuhkan. 7 Temu bual pada 31 Januari 2009. 8 Temu bual pada 30 Januari 2009. 49 49

PENYELIDIKAN PANTAI TIMUR JOHOR: MERSING WARISAN TERPELIHARA Penduduk dan Cabaran Sosioekonomi Penduduk Kampung Sri Bahagia kebanyakan berasal daripada Kelantan dan Terengganu (terutama penduduk yang tinggal di kampung yang dulunya dikenali sebagai Kampung Sri Lumpur) serta penduduk yang berhijrah dari beberapa kepulauan di sekitar Mersing seperti Pulau Aur, Pulau Pemanggil termasuklah Pulau Tioman (kebanyakannya tinggal di kampung yang dulunya dikenali sebagai Kampung Bahagia). Anggaran penduduk Kampung Sri Bahagia ialah seramai 4300 orang yang meliputi hampir 500 buah rumah 9. Kebanyakan penduduk di sini bekerja sebagai nelayan yang melibatkan hampir 50 peratus penduduk. Menurut Shamsul (1990), proses perbezaan sosial di kawasan luar bandar di Malaysia bermula dengan kewujudan ragam pengeluaran kapitalis. Kampung Sri Bahagia juga tidak terkecuali kerana petempatan awal yang bermula di muara sungai ini adalah berkaitan dengan tujuan mencari rezeki terutama berkaitan dengan kegiatan perikanan. Kawasan ini menjadi lokasi petempatan nelayan yang berasal dari Kelantan dan Terengganu serta nelayan dari pulau-pulau berhampiran yang berhijrah ke daratan bagi tujuan mencari rezeki dan peluang pendidikan untuk anak-anak. Berdasarkan Jadual 1, sebanyak 50 peratus responden adalah nelayan diikuti oleh lainlain pekerjaan. Dari segi pembahagian sosial juga, dapat dibahagikan kepada dua kelompok yang besar, pertamanya nelayan yang bekerja dengan orang Cina dan orang pulau. Mereka tidak memiliki bot tetapi hanya menjadi pekerja sahaja. Kelompok pertama ini ramai tinggal di Kampung Sri Lumpur. Keduanya ialah golongan nelayan yang hanya memiliki bot tetapi mereka tidak ke laut dan mempunyai pekerjaan sampingan lain seperti berniaga, menjadi kontraktor dan mengusahakan chalet dan pelancongan di pulau. Kelompok kedua ini kebanyakannya tinggal di Kampung Bahagia. Oleh itu, wujud tanggapan masyarakat kampung bahawa di kampung tersebut orang kaya adalah orang yang berasal dari pulau JADUAL 1: Pekerjaan Responden Jenis Bilangan Jumlah Nelayan 15 50.0 Berniaga 7 23.3 Menganggur 1 3.3 Surirumah 2 6.7 Pembantu kedai 1 3.3 Pemandu pelancong 3 10.0 Kerja kapal 1 3.3 Jumlah 30 100 9 Temu bual bersama En. Yusuff, JKKK Kampung Sri Bahagia pada 31 Januari 2009. 50 50

CABARAN PEMBANGUNAN DALAM KONTEKS KEPIMPINAN: KES KAMPUNG SRI BAHAGIA, MERSING JOHOR kerana mereka ini apabila berpindah ke darat (Mersing) membawa bersama aset (modal) setelah menjual sebahagian harta di pulau tetapi yang miskin dan tidak berharta adalah orang Mersing sendiri. Berdasarkan pemerhatian dan tinjauan yang dilakukan, tanggapan umum penduduk kampung ini dapat diterima kerana kebanyakan rumah besar, cantik dan tersusun dimiliki oleh orang pulau yang tinggal di Kampung Bahagia (nama asal) manakala yang tinggal dalam keadaan rumah yang kurang selesa dimiliki penduduk Mersing dan mereka yang berasal dari Kelantan serta Terengganu yang kebanyakannya tinggal di Kampung Sri Lumpur. Dari segi pemilikan tanah, kebanyakan penduduk kampung ini hanya menyewa tanah. Namun ada yang menyewa rumah dan tanah, ada yang menyewa tanah tetapi membina rumah sendiri di atas tanah tersebut dan sebahagian kecil sahaja yang mempunyai tanah sendiri dan membina rumah. Tinjauan ke atas 30 orang responden menunjukkan sebanyak 56.7 peratus dan 43.3 peratus responden tidak menyewa tanah. Menurut Encik D 10, beliau menyewa dengan kadar RM80.00 setahun tapak rumah yang didudukinya sekarang di samping turut menyewa rumah. Menurut beliau lagi, untuk membeli tanah di kampung tersebut sukar kerana tanah pusaka dan mempunyai banyak nama di atas satu geran. Tuan tanah pula akan mendirikan beberapa buah rumah di atas tanahnya. Oleh itu, tidak ramai yang boleh membeli tanah walaupun ada dalam kalangan mereka yang mampu berbuat demikian disebabkan susah untuk mendapat kata sepakat di kalangan penama yang ada untuk menjual tanah. Bagi beliau, jika membina rumah sendiri di atas tanah yang disewa keadaan akan menjadi lebih sukar kerana jika tuan tanah tidak lagi bersetuju untuk menyewa tanahnya penghuni terpaksa keluar dan ini merugikan mereka. Menurut Ketua Kampung, masih ramai penduduk kampung yang boleh dikategorikan sebagai kemiskinan tegar. Kelompok ini langsung tidak memiliki harta walaupun sudah 30 tahun tinggal di kampung itu. Mereka ini terdiri daripada nelayan yang makan gaji dan tidak mempunyai pendapatan sampingan. Data menunjukkan daripada 30 responden, 60.0 peratus responden mempunyai pendapatan sebulan RM500.00 ke bawah, manakala 26.7 peratus berpendapatan sebulan di bawah RM900.00 dan 13.3 peratus lagi di bawah pendapatan RM1800.00. Menurut Encik S 11, beliau telah berhijrah dari Terengganu sudah 20 tahun. Sebelum berhijrah beliau bekerja sebagai nelayan dan begitu juga keadaannya sekarang. Setelah 20 tahun, beliau hanya mampu memiliki rumah sendiri tetapi masih menyewa tapak rumah. Pendapatannya kadang-kadang hanya RM300.00 sebulan dan ketika musim monsun terpaksa mengambil gaji pendahuluan daripada majikannya. Menurut beliau kehidupan saya sekarang sama seperti pendatang tanpa izin, bahkan kehidupan pendatangpun lebih baik. Bagi Encik D 12 yang langsung tidak mempunyai rumah dan tanah, beliau telah beberapa kali memohon pinjaman bank dan koperasi tetapi ditolak. Pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Perikanan juga tidak dapat membantu. Kesusahan mendapatkan pinjaman kerana beliau tidak mempunyai cagaran dan bantuan nelayan 10 Temu bual pada 30 Januari 2009. 11 Temu bual pada 30 Januari 2009. 12 Temu bual pada 30 Januari 2009. 51 51

PENYELIDIKAN PANTAI TIMUR JOHOR: MERSING WARISAN TERPELIHARA pula hanya untuk mereka yang memiliki bot ikan sedangkan beliau hanya pekerja sahaja. Encik D 13 juga sudah tiga kali memohon bantuan rumah tetapi tidak berjaya dan beliau mendakwa orang yang tidak layak mendapat bantuan pula yang berjaya. Perkara ini turut dipersetujui oleh Puan A dan Ketua Kampung berserta JKKK yang turut mengesahkan bahawa berlaku keadaan sedemikian. Menurut Ketua Kampung, mereka telah mengenal pasti rumah-rumah yang layak mendapat bantuan membaiki rumah dan pihak berwajib juga telah datang membuat penilaian tetapi kadang-kadang yang berjaya bukan daripada nama yang telah dikenal pasti. Berdasarkan temu bual dengan penduduk, mereka sangat berharap kepimpinan baru dapat membantu memperbaiki keadaan persekitaran kampung terutama berkaitan perumahan. Rata-rata mahukan kepimpinan ini bersifat telus, tidak mementingkan sahabat handai dalam agihan bantuan kerana mereka sudah merasa tersisih semasa berada di bawah organisasi pentadbiran kampung Air Merah dahulu. Kebimbangan ini juga timbul disebabkan menurut mereka JKKK yang dilantik itu kebanyakannya orang kaya iaitu orang pulau. Mereka takut berlaku unsur kronisme iaitu hanya orang pulau sahaja yang diberi bantuan sedangkan bukan orang pulau diabaikan. Jika dilihat pada keadaan kampung, kebimbangan itu ada asasnya kerana Kampung Bahagia kelihatan lebih baik infrastrukturnya berbanding Sri Lumpur. Kepimpinan kampung pula kebanyakannya berasal dari Kampung Bahagia dan penduduk khuatir pembangunan di Kampung Bahagia akan bertambah baik manakala keadaan pembangunan di Kampung Sri Lumpur tetap dalam keadaan yang sama. Keadaan bertambah sukar kerana rata-rata penduduk di Kg Sri Lumpur hanya berpendidikan rendah sahaja. Bagaimanapun berpendidikan rendah bukan satu halangan terutama kepada orang pulau untuk berjaya kerana mereka ini mempunyai modal untuk memulakan hidup baru selepas berpindah. Encik L 14 merupakan seorang pengusaha chalet yang berjaya di Pulau Tioman dan juga mempunyai bot pelancong. Menurut beliau, rata-rata orang pulau memang berpendidikan rendah. Hanya ada sekolah rendah sahaja di tempat asalnya dan beliau tidak berpeluang mendapat pendidikan menengah. Penghijrahannya ke Mersing adalah untuk membolehkan anak-anaknya mendapat pendidikan yang sempurna kerana jika tidak berhijrah anak-anaknya terpaksa tinggal di asrama apabila memasuki sekolah menengah. Jadual 2 menunjukkan taraf pendidikan 30 orang responden; Encik O 15 yang berasal dari Pulau Tioman juga hanya bersekolah rendah sahaja tetapi beliau kini merupakan seorang pengusaha chalet yang berjaya di Pulau Tioman dan juga seorang kontraktor. Selain itu Encik O banyak terlibat dengan pertubuhan bukan kerajaan seperti persatuan bot-bot sewa pelancong daerah Mersing. Namun keadaan berbeza bagi penduduk asal Mersing sendiri kerana masih tidak berjaya menempatkan diri dalam arus perdana pembangunan umpama melukut kota menurut Abdul Halim Ali (1990). Keadaan ini diakui oleh Puan A, Encik S dan Encik D. Mereka tidak dapat memajukan diri disebabkan tahap pendidikan yang rendah tidak memiliki harta untuk 13 Temu bual pada 30 Januari 2009. 14 Temu bual pada 31 Januari 2009. 15 Temu bual pada 31 Januari 2009. 52 52

CABARAN PEMBANGUNAN DALAM KONTEKS KEPIMPINAN: KES KAMPUNG SRI BAHAGIA, MERSING JOHOR JADUAL 2: Taraf Pendidikan Responden Taraf pendidikan Bilangan Peratus Tidak bersekolah 2 6.7 Tidak tamat darjah enam 10 33.3 Tamat darjah enam 7 23.3 SRP/LCE 3 10.0 SPM/MCE 8 26.7 Jumlah 30 100 dibuat cagaran pada bank tidak memiliki cukup modal untuk melibatkan diri dalam perniagaan kecil-kecilan. Bagaimanapun, ketiga responden yang ditemu bual ini berpendapat, kejayaan orang pulau adalah satu inspirasi kepada mereka supaya berusaha lebih giat lagi untuk berjaya. Cabaran Pembangunan dalam Konteks Kepimpinan Berdasarkan penyataan Ketua Kampung bahawa penduduk kampung tersebut ada yang dapat dikategorikan sebagai kemiskinan tegar, tidak bersekolah dan hanya berpendidikan setakat sekolah rendah dan tidak memiliki harta, maka sudah tentu beban yang terpaksa ditanggung oleh kepimpinan baru ini begitu berat. Antara cabaran penting ialah memastikan sistem penyampaian yang berkesan terutama bagi golongan yang dinyatakan tadi. Menurut Encik L 16, Orang atasan ni kalau hendak membincangkan agenda orang bawahan susah sangat nak buat mesyuarat tapi kalau nak membincangkan agenda mereka cepat pula panggil mesyuarat. Apa yang dinginkan oleh penduduk ialah setiap suatu rancangan yang berkaitan dengan kebajikan penduduk harus dimaklumkan kepada mereka. Tanggangjawab kepimpinan kampung juga ialah memastikan apakah masalah penduduk kawasan mereka dan mencari penyelesaian atau memaklumkan perkara tersebut kepada pentadbiran atasan. Hasil kajian mendapati terdapat penduduk yang masih tidak tahu siapa Ketua Kampung, JKKK dan biro-biro di bawah JKKK yang telah diwujudkan. Cabaran seterusnya ialah memastikan tidak wujudnya unsur-unsur nepotisme dan kroninisme dalam pembangunan kampung. Responden yang ditemui berpendapat, JKKK kampung ini harus menilai dengan telus siapakah yang betul-betul layak mendapat bantuan. Menurut mereka, semua orang kampung tahu yang tidak layak telah mendapat bantuan sedangkan ramai lagi senarai yang layak. Kepimpinan baru ini harus memastikan senario sedemikian tidak berlaku lagi kerana bagi penduduk bantuan diberi tidak harus memilih bulu atau atas dasar politik kepartian. 16 Temu bual 31 Januari 2009. 53 53

PENYELIDIKAN PANTAI TIMUR JOHOR: MERSING WARISAN TERPELIHARA Pihak kepimpinan juga harus memastikan sebarang keputusan berkaitan kebajikan kampung yang melibatkan penyertaan penduduk tidak bersifat top-down. Encik M 17 berpendapat, JKKK lebih kepada pemudahcara, sebarang keputusan penduduk harus diambil perhatian untuk dimaklumkan kepada Penghulu. Menurut beliau, kepimpinan luar bandar dan nasional jika tidak mengambil kira pandangan akar umbi tidak akan bertahan lama. Secara lahiriah, kelihatan masyarakat di sini bersatu padu dan mempunyai hubungan yang baik sesama mereka. Secara tersirat wujud perasaan orang pulau mereka kaya dan ada bot. Selain itu ada juga yang menunjukkan kebimbangan bahawa jika ramai JKKK orang pulau, orang Mersing tidak akan mendapat apa-apa Sentiman sebegini jika tidak ditangani boleh menyebabkan wujud puak dalam kalangan penduduk. Cadangan Antara cadangan bagi memajukan lagi kawasan ini ialah memberikan perhatian khas kepada pembangunan Kampung Bahagia dan memasukkan pembangunan dalam Rancangan Draf Tempatan Daerah Mersing. Pengkaji dimaklumkan usaha ini telah dilakukan, cuma draf rancangan belum disiapkan. Ini adalah usaha terbaik yang boleh dilakukan dengan memikirkan pembangunan semula kawasan pesisir sungai Mersing yang melibatkan Kampung Sri Bahagia. Kajian tentang pembangunan semula kawasan ini harus melibatkan penyertaan penduduk supaya pembangunan yang bakal dilakukan memberikan faedah kepada masyarakat setempat. Semasa temu bual dijalankan, penduduk bimbang jika pembangunan semula kawasan ini dilakukan, ke mana mereka akan tinggal dan apakah yang mereka boleh lakukan jika terpaksa berpindah ke tempat lain. Hasil temubual menunjukkan, penduduk mahukan pembinaan rumah kos rendah yang mampu dimiliki oleh mereka. Rumah itu boleh dibina ditempat sekarang atau di tempat lain yang berdekatan. Perkara penting yang menjadi kebimbangan penduduk di sini ialah jika kawasan yang berorientasikan komersial dibina dan bukannya kawasan perumahan yang diperlukan oleh mereka. Bagi memastikan sistem penyampaian yang berkesan, pihak JKKK harus memainkan peranan yang lebih aktif untuk menyampaikan kepada penduduk kampung jika ada bantuan yang ingin disalurkan. Ini kerana sebilangan penduduk mendakwa mereka tidak mengetahui ada borang bantuan rumah dikeluarkan dan ada yang mengatakan apabila tarikh sudah tamat baru mereka mengetahui tentang borang permohonan berkenaan. Lebih penting adalah untuk mengelakkan tanggapan penduduk bahawa pihak pentadbiran daerah hanya memilih saudara-mara mereka dan rakan yang tinggal di kampung berkenaan. Jika ada bantuan memperbaiki rumah hanya orang tertentu sahaja yang mengetahuinya dan ramai lagi yang tidak mengetahui. Dalam proses agihan bantuan, pihak berkuasa daerah boleh membuat pemantauan untuk memastikan pemohon memang benar-benar layak menerima bantuan. 17 Temu bual 31 Januari 2009. 54 54

CABARAN PEMBANGUNAN DALAM KONTEKS KEPIMPINAN: KES KAMPUNG SRI BAHAGIA, MERSING JOHOR Walaupun wujud skim bantuan nelayan, mekanisme bantuan perlu disemak semula. Bagi nelayan yang hanya menjadi pekerja kepada pemilik bot, agak sukar bagi mereka mendapat bantuan kerana menurut mereka bantuan kepada nelayan adalah bagi mereka yang memiliki bot. Oleh itu, adalah penting syarat-syarat pinjaman dan bantuan kepada golongan ini dinilai semula. Dari segi pemberian tender terutamanya projek yang tidak melibatkan tender terbuka haruslah diberi ruang kepada orang kampung itu sendiri. Di kampung Sri Bahagia terdapat lebih daripada 10 orang kontraktor kelas F 18. Mereka boleh diberikan peluang untuk projek-projek seperti pembinaan dan pembaikan rumah. Rungutan yang diterima ialah banyak kontraktor yang dilantik adalah dalam kalangan orang luar terutama dari Kampung Tenglu. Selain itu pemantau perlu ada kerana ada penduduk mendakwa bantuan membaiki rumah diperuntukkan RM8,000 tetapi kos sebenar adalah RM3,000 sahaja. Bagi mencapai satu urus tadbir yang baik, penyertaan penduduk dalam memilih pemimpin akar umbi adalah perlu supaya pemimpin yang dipilih dapat diterima masyarakat seluruhnya. Penyertaan bersifat dua hala bukan sahaja diperlukan semasa perlantikan pemimpin tetapi juga dalam urusan yang berkaitan dengan kebajikan penduduk. Selain itu, nilai-nilai kebertanggungjawaban, ketelusan dan kebolehpercayaan sangat penting sebagai pemimpin yang harus memikul tanggungjawab terhadap rakyat. Kesimpulan Kampung Sri Bahagia memang memerlukan perhatian khusus dari pihak berkuasa tempatan dalam perancangan semula kawasan berkenaan. Sebarang langkah pembangunan semula haruslah melibatkan situasi menang-menang antara kedua pihak terlibat. Oleh itu, cabaran kepimpinan baru kampung ini ialah bagaimana mereka mampu bertindak dalam membawa kemajuan kepada pembangunan kampung sesuai dengan kedudukannya yang terletak berhampiran bandar Mersing. Cabaran awal yang dilihat harus ditangani ialah memastikan sistem penyampaian yang lebih berkesan. Selain itu, sebarang keputusan harus mengambil kira pandangan penduduk atau bersifat dua hala dan menangani perasaan puak dalam kalangan penduduk supaya tidak wujud keraguan dan syak wasangka antara mereka. Penghargaan Terima kasih kepada para pelajar SKAD 2123 (Budaya, politik dan pembangunan) yang turut menjayakan kerja lapangan ini dan Penghulu Kanan Mukim Mersing, pihak JKKK Kampung Sri Bahagia yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang kajian ini dilakukan. 18 Temu bual bersama En. Othman dan Tuk Kamis pada 30 Januari 2009. 55 55

PENYELIDIKAN PANTAI TIMUR JOHOR: MERSING WARISAN TERPELIHARA Rujukan Abdul Halim Ali. 1990. Melukut kota: pengalaman sosial golongan miskin di Sandakan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia & Yayasan Sabah. Dahlan, H.M. 1991. The effectiveness of rural development planning and implementation in Malaysia: some inquiries and doubts. In. Mohd Yaakub Johari (Ed). Issues strategies in rural development. Kota Kinabalu: Konrad Adenauer Foundation & Institute for Development Studies. Majlis Daerah Mersing. http://www.mdmersing.gov.my. 15 Mac 2009. Pejabat Tanah Mersing. http://www.johordt.gov.my. 15 Mac 2009. Shamsul A,B. 1990. From British to Bumiputera rule: local politics and rural development in Peninsular Malaysia. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies. Stephent Chee. 1974. Rural local governance and rural development. Itacha: Cornell University. 56 56