KAWALAN, PENGUATKUASAAN, PENDAKWAAN SERTA HUKUMAN BAGI ISU PENCEROBOHAN TANAH WAKAF DI MALAYSIA

Similar documents
POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI


HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

Survey on Perak and Selangor 3 messages

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

Earthwork Activities in Private Housing Industry

APLIKASI KONSEP PAJAKAN DALAM PEMBANGUNAN TANAH WAKAF DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN

PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Sistem Bakeri Interaktif

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

KE ARAH PEMBANGUNAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI WAKAF: KAJIAN DARI ASPEK PERUNDANGAN TANAH NEGARA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

THE IMPACT OF THE FACEBOOK WEBSITE QUALITY ON USER S PERCEIVED ATTITUDE, INTENTION AND LOYALTY AMONG STUDENTS OF UTM TAMER ADEL SALEH ALAJRAMI

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

PENTADBIRAN HARTA PUSAKA GSA DALAM SISTEM PENTADBIRAN TANAH NEGARA DAN BAGI TANAH FELDA MOHD YASSIN BIN MOHD YUSUF

IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

POTENSI KEPERLUAN PERUNDANGAN KHAS YANG BERKAITAN HAK PEMILIKAN TANAH BAGI PEMBANGUNAN PROJEK MRT MOHD HANIFF BIN HASSAN

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

Functional Assessment Report Laporan Penilaian Fungsian

OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Ganjaran Tunai CIMB Bank Berhad

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

Pola dan Proses Pemilikan Tanah oleh Orang-orang Pulau di Kawasan Darat Mersing: Kajian Kes di Kampung Sri Bahagia

Mohd Abdul Fadhil Bin Abdul Latif v Pentadbir Tanah Daerah Kuala Terengganu

MAYBANK PRODUCTS UMBRELLA CAMPAIGN 2016 TERMS & CONDITIONS

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS: MASALAH DAN CADANGAN

Terma dan Syarat Kempen Rujukan Memperkenalkan Ahli Baru Privilege Banking dan Wealth Banking

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA

PEMBANGUNAN TANAH ADAT DI NEGERI SEMBILAN: HALATUJU DAN CABARAN CUSTOMARY LAND DEVELOPMENT IN NEGERI SEMBILAN: ITS WAY FORWARD AND CHALLENGES.

TERMS AND CONDITION 2017 Credit Card Acquisition Cash Back Campaign

a) The Principal and / or Supplementary Card account has become delinquent;

RM10,000 RM99, % 3.50% 3.50% RM100,000 RM499, % 2.80% 2.50% RM500,000 dan ke atas 2.50% 2.30% 2.00%

J\ Impacts of disturbance o~ fish communities in Sungat Pur, Terengganu I Annie Nums anak B1lly.

A. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ELEMEN SEMIOTIK DALAM SENI PERSEMBAHAN RODAT TERENGGANU FAIZ SYAHMI BIN MOHD

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR (PKPGB) UTM MOHD IRWAN BIN ABD RAHMAN

SISTEM TORRENS DALAM UNDANG-UNDANG TANAH DI MALAYSIA: SISTEM YANG TIDAK EKSKLUSIF

PELAKSANAAN LELONGAN AWAM DARIPADA PERSPEKTIF PENTADBIR TANAH KAJIAN KES DI PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUANTAN KHAIRUN NISSA BINTI ARIS

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CADASTRE SURVEY PRACTICE (SGHU 4323)

Terma dan Syarat Kempen Kad-i Bank Islam Visa (Debit/Kredit) PIN dan Pandu Lebih Jauh

PELAKSANAAN TATACARA PELANTIKAN PELELONG BERLESEN DI PENTADBIRAN TANAH JOHOR NURUL ASMAA BINTI MAAKUL

FACTORS THAT INFLUENCE THE SUCCESS OF ENTREPRENEURS: THE CASE OF AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (AIM) PROGRAM

ADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI

PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Kota Kinabalu Sabah Malaysia

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

KEMPEN 5X UNIRINGGIT FOR YOUR SPEND KAD PRVI MILES DAN PREFERRED PLATINUM UOBM TERMA DAN SYARAT

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA TAHUN 2013

Pendaftaran Peserta / Sarapan Pagi Pengenalan - Konsep tapak & laman web. - Penyediaan Bahan - Grafik/Image/Photo/PDF/Flash Paper

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN OLEH UNIT PENGUATKUASAAN DI PEJABAT TANAH

AMALAN PEWARISAN TANAH ADAT BERDASARKAN UNDANG-UNDANG TANAH ADAT DI KALANGAN MASYARAKAT: KAJIAN DI NEGERI SEMBILAN 1

Kesahan Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak Dalam Kalangan Pemain Lelaki Berumur 14 Dan 15 Tahun. Abstrak

PASARAN HARTA TANAH KEDIAMAN BERDASARKAN IMPLIKASI PENENTUAN HARGA RUMAH OLEH PEMAJU. KAJIAN KES NUSAJAYA ZARINATUL AIN BT AKHIRUDIN

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) LAPORAN KEMAJUAN BERKALA / PERIODIC PROGRESS REPORT

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MODELING OF SALT WATER INTRUSIONS INTO LANGAT RIVER ESTUARY, MALAYSIA

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, Volume 3, Issue 1, (page 91-99), 2018

MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

The impact of waste disposal management on the water quality of rivers in Malaysia: Lessons from Pajam waste disposal sites, Negeri Sembilan

PENGAMBILAN SKIM STRATA DAN TANAH BAWAH TANAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPLIKASI PERUBAHAN PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP KESELAMATAN AWAM : KAJIAN KES DI BANDAR MUADZAM SHAH, PAHANG

PERANAN PERUNDING TANAH DALAM PROSES PERMOHONAN SERAH BALIK DAN KURNIA SEMULA (SBKS) DALAM NEGERI JOHOR. ABU BAKAR HJ IBRAHIM

Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Abstrak. Abstract

TERMA DAN SYARAT. Preferred Current Account Cash Reward RM88 (November & December 2017)

A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING IN KUALA TERENGGANU HO MEE CHYONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

LAND LAW AND SURVEY REGULATION (SGHU 3313)

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN CONTINOUS PROFESSIONAL DEVELOPMENT

Terma & Syarat. Kempen Akaun Semasa/Simpanan AmBank-I Love Savings!

2. This Campaign is applicable for all RHB Credit and Debit Cards, except RHB Platinum Business Cards. ( Eligible Cardmember )

Mohd Aqmin Abdul Wahab Universiti Kebangsaan Malaysia. Hazrul Izuan Shahiri Universiti Kebangsaan Malaysia

FAKTOR-FAKTOR KETIDAKPENGHUNIAN BANGUNAN KOMERSIAL DI BANDAR MERU RAYA, IPOH, PERAK

THE DEVELOPMENT OF SMALL AND MEDIUM SIZED CONSTRUCTION FIRMS IN NIGERIA USING ABSORPTIVE CAPACITY BILAU ABDULQUADRI ADE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, Volume 3, Issue 4, (page ), 2018

SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI DALAM PENENTUAN PEMELIHARAAN KAWASAN WARISAN KAJIAN KES: BANDAR TAIPING, PERAK ZALISSA BINTI ZAINI

RELIABILITY OF SAFETY PERFORMANCE INDICATOR: COMPLIANCE AND EFFECTIVENESS OF SAFETY PROGRAMS IN CONSTRUCTION SITE RAMES KUMAR SHANMUGAM

FAKTOR-FAKTOR UTAMA YANG MEMPENGARUHI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PERUNTUKAN PELABURAN HARTA TANAH DARI PERSPEKTIF PELABUR.

EQUITY CROWDFUNDING IN MALAYSIA: AN IMPLEMENTATION OF SETTING VALUATIONS ALVIN HONG PHING YEAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

AMALAN DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PELABURAN HARTA TANAH WAN SYAHIRA BINTI WAN MAMAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN PENDAFTARAN MAJIKAN PERKESO KUALA KANGSAR SECARA ATAS TALIAN KAMSIAH BINTI ZAINAL ABIDIN

Pengenalan kepada Pengurusan Sumber Manusia

Transcription:

KAWALAN, PENGUATKUASAAN, PENDAKWAAN SERTA HUKUMAN BAGI ISU PENCEROBOHAN TANAH WAKAF DI MALAYSIA Rusnadewi Abdul Rashid, 1 Rohayati Hussin, 2 Noor Inayah Yaakub 3 Abstrak Isu pencerobohan tanah wakaf adalah merupakan salah satu faktor penyumbang kepada kegagalan pembangunan tanah wakaf di Malaysia. Permasalahan ini sangat berkait rapat dengan kekurangan dan kelemahan undang-undang sedia ada dari sudut kawalan, penguatkuasaan, pendakwaan dan hukuman. Kertas kerja ini bertujuan merungkai persoalan tentang kekurangan dan kelemahan dalam peruntukan perundangan sedia ada dari sudut kawalan, penguatkuasaan, pendakwaan dan hukuman bagi pencerobohan tanah wakaf. Selain itu, ketiadaan prosedur dan tatacara yang khusus dalam isu ini serta ketidakcukupan dan ketidakselarasan hukuman dan penalti yang dikenakan bagi kes pencerobohan tanah wakaf juga telah menyebabkan masalah ini masih tidak dapat diselesaikan. Justeru itu, kajian ini menjurus kepada objektif untuk mengkaji kekurangan dan kelemahan peruntukan undang-undang sedia ada dalam isu kawalan, penguatkuasaan, pendakwaan serta remedi bagi pencerobohan tanah wakaf di negara ini. Mengaplikasikan kaedah penyelidikan undang-undang tulen yang mengetengahkan kajian berbentuk kualitatif, kajian ini diharap dapat menyumbang ke arah penambahbaikan pengurusan tanah wakaf di negara ini. Kata Kunci: pencerobohan tanah; wakaf; undang-undang 1 Pensyarah Kanan (PhD), Fakulti Undang-undang Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis. E-mail: rusnadewi@perlis.uitm.edu.my 2 Pensyarah, Fakulti Undang-undang Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah. E-mail: roha427@kedah.uitm.edu.my 2 Prof Dato Dr. Universiti Islam Malaysia. E-mail: inayah@uim.edu.my 49

PENGENALAN Masalah pencerobohan tanah wakaf seringkali dibangkitkan terutama apabila isu pengurusan dan pembangunan tanah wakaf dibincangkan. Antara faktor yang dilihat menjurus kepada fenomena ini adalah kekurangan dan kelemahan peruntukan undangundang sedia ada. Ini adalah kerana, dalam situasi masa kini, undang-undang merupakan satu mekanisme bagi pencegahan, penguatkuasaan, hukuman dan tuntutan pampasan yang berkesan. Melihat dari aspek ini, artikel ini bertujuan untuk mengupas lebih lanjut tentang permasalahan pencerobohan tanah wakaf di negara ini. METODOLOGI Kajian ini merupakan kajian kualitatif iaitu melalui kaedah kajian undang-undang tulen. Kajian undang-undang tulen merujuk kepada pengumpulan data melalui kajian perpustakaan (library research). Kajian perpustakaan pula adalah melibatkan pengumpulan data secara komprehensif terhadap sumber-sumber sekunder seperti Akta, buku-buku ilmiah, jurnal, artikel seminar dan laporan yang terdapat di beberapa perpustakaan terpilih. Kajian perpustakaan ini penting kerana melalui kaedah ini para penyelidik mendapat gambaran yang jelas mengenai konsep, kaedah, pengolahan dan penganalisisan data yang bersesuaian dengan reka bentuk kajian tindakan mereka. Kajian kepustakaan melibatkan beberapa proses yang utama, iaitu membanding dan membezakan, menganalisis, menilai, membuat kesimpulan serta mensintesis. KAJIAN LITERATUR Wakaf merupakan salah satu daripada ibadat penting dalam Islam yang mempunyai signifikan dalam konteks ekonomi negara dan pembangunan ekonomi ummah. Ia telah menjadi mekanisme pengagihan kekayaan dan pembasmian kemiskinan di kalangan rakyat di dunia. Justeru itu, peranan wakaf dalam pembangunan ekonomi umat Islam di Malaysia juga telah tidak dapat dinafikan lagi. Dalam aspek pengurusan wakaf di Malaysia, ia berada di bawah tanggungjawab pihak Majlis Agama Negeri-negeri (MAIN) (Ramli & Ayob, 2005). Tujuan perlantikan majlis sebagai pemegang amanah tunggal harta wakaf ini adalah untuk memastikan harta wakaf diurus dan ditadbir dengan baik dan efisyen dalam menjana hasil yang lumayan bagi kebajikan rakyat. Lazimnya pentadbir memainkan peranan penting dalam pengurusan tanah wakaf (Isa et al., 2011). Namun demikian, pengurusan wakaf antara negeri-negeri adalah berbeza kerana faktor undang-undang, bidang kuasa dan tanggungjawab masing-masing. Pengurusan tanah wakaf menjadi begitu penting dalam pembangunan hartanah wakaf di Malaysia. Ini adalah kerana kejayaan dalam pengurusan mampu menjana pendapatan yang tinggi kepada penduduk setempat (Kahf, 2003). Menurut Sadeq (2002) pembangunan hartanah yang berjaya seharusnya dapat membangunkan ekonomi rakyat sekaligus mengurangkan masalah kemiskinan. Dengan erti kata lain, pembangunan tanah wakaf yang efisyen seharusnya dilaksanakan bagi menjana faedah bersama umat Islam (Hassan & Abdullah, 2008). Namun menurut Abul Hassan dan Mohammad Abdus 50

Shahid (2010), kebanyakan harta wakaf yang baik dan berpotensi tidak dijaga dan diuruskan dengan sempurna. Pendapat yang sama telah dikongsi oleh Ihsan & Mohamed Ibrahim (2011) yang menyebut bahawa hartanah wakaf di Malaysia turut berhadapan dengan masalah pengurusan dan pentadbiran. Masalah prosedur dan perundangan juga seringkali wujud dalam pengurusan tanah wakaf bagi negeri-negeri (Abdul Rahman & Othman, 2006) seperti aktiviti pencerobohan ke atas tanah wakaf. Dapatan kajian membuktikan bahawa Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) berhadapan dengan masalah pengurusan tanah wakaf dari aspek pencerobohan. Hal demikian berlaku ekoran tiadanya tindakan tatatertib oleh pentadbiran ke atas penceroboh (Rohayu et.al. 2014). Selain itu, terdapat hartanah wakaf telah diceroboh, disalahgunakan atau disewakan kepada orang bukan Islam. Mereka bukan sahaja menduduki tanah wakaf, tetapi telah tidak bekerjasama untuk mengosongkannya apabila tanah itu perlu dibangunkan. Selain itu, ada pula antara penceroboh yang membuat tuntutan yang bukan-bukan kepada pihak MAIN sebagai pemegang amanah wakaf (Rohayu et.al. 2014). Situasi ini menjadi halangan bagi MAIN merancang pembangunan serta bercanggah dengan tujuan wakaf itu sendiri. Tambahan pula, terdapat di kalangan mereka (penceroboh harta tanah wakaf) yang menjalankan aktiviti yang bercanggah dan diharamkan oleh Islam (Rohayu et.al, 2014). Sebenarnya, jika pihak penceroboh enggan mematuhi arahan pihak berkuasa, Seksyen 425(1) dan 1(A) Kanun Tanah Negara 1965 (KTN 1965) memperuntukkan bahawa mana-mana pihak yang melakukan pencerobohan sebagai yang ditakrifkan oleh KTN 1965 jika disabitkan kesalahannya, boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM10,000.00 atau dipenjarakan untuk suatu tempoh yang tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya (Azizi, 2013). Sungguhpun begitu, bentuk pendaftaran yang berbeza kepada tanah-tanah wakaf (Sallehudin, 2013) serta kegagalan mendaftar tanah wakaf boleh memberikan kesan terhadap isu ketuanpunyaan seterusnya menyebabkan kekaburan terhadap isu tentang peruntukan undang-undang yang mana perlu digunakan (Rusnadewi, 2015). Jika tanah wakaf dikategorikan sebagai tanah kerajaan, pihak yang bertanggungjawab untuk mengawal masalah pencerobohan adalah Pihak Berkuasa Negeri. Menurut Asiah (2006), ketidaktegasan undang-undang dari Pihak Berkuasa telah menyebabkan beberapa pihak mengambil kesempatan menceroboh tanah kerajaan. Merungkai persoalan tentang pihak manakah yang perlu mengawal masalah ini, ada yang berpendapat bahawa MAIN adalah badan yang bertanggungjawab bagi mengambil langkah mengawal aktiviti pencerobohan. Justeru itu, terdapat cadangan agar pemantauan secara berkala dan menyeluruh terhadap tanah-tanah wakaf di bawah kawalan MAIN perlu dibuat untuk menangani isu tersebut (Rohayu et.al. 2014). Ini adalah kerana pasukan penguatkuasaan yang ditubuhkan oleh MAIN boleh menjamin keselamatan harta wakaf daripada diceroboh atau disalahgunakan (Rohayu et.al. 2014). Namun, perlu diperjelaskan bahawa tindakan yang dibuat mestilah melalui proses perundangan yang tepat. Bagi masalah pencerobohan tanah wakaf, kaedah pendaftaran sesuatu tanah wakaf akan menentukan pihak yang mempunyai kuasa terhadap kawalan, pendakwaan dan pampasan terhadap pencerobohan tanah tersebut. Adalah menjadi keperluan bagi pihak MAIN sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam pengurusan dan pentadbiran tanah wakaf untuk menentukan siapa yang mempunyai kuasa untuk 51

berbuat demikian. Ini adalah kerana kegagalan menentukan pihak yang mempunyai locus standi dalam pendakwaan dan penguatkuasaan pencerobohan akan menyebabkan tindakan yang diambil menemui kegagalan dari sudut perundangan. Hasil dari kajian literatur mendapati bahawa kedapatan perbincangan yang dibuat dalam mengupas aspek pencerobohan tanah wakaf. Namun, kekeliruan wujud tentang pihak mana yang bertanggungjawab terhadap isu kawalan, penguatkuasaan serta pendakwaan. Juga didapati tiada kajian dibuat bagi melihat solusi terhadap ketidakselarasan hukuman dan ketidakseragaman aplikasi undang-undang yang dipakai. Justeru itu, satu kajian menyeluruh perlu dibuat bagi menjawab permasalahan yang tidak terungkai dalam isu pencerobohan tanah wakaf di Malaysia dalama agenda memperbaiki kelemahan pengurusan. PERBINCANGAN Masalah kawalan Masalah pencerobohan tanah wakaf tidak boleh dipandang ringan kerana tanah yang diceroboh bukan sekadar untuk tujuan penempatan, malah ada yang digunakan untuk membina premis-premis perniagaan. Ini bermakna, ada pihak yang mengambil kesempatan atas tanah wakaf yang pada hukumnya telah menjadi hak Allah SWT. Masalah ini boleh menjadi berlarutan kerana kekurangan dan kelemahan undang-undang dari sudut kawalan, penguatkuasaan, pendakwaan dan hukuman. Dari sudut kawalan, pemantauan secara berkala dan menyeluruh terhadap tanah-tanah wakaf di bawah kawalan MAIN hendaklah dilakukan bagi memastikan tiada pencerobohan berlaku ke atas setiap harta wakaf. Pemantauan sepatutnya tidak hanya dilakukan berdasarkan aduan orang ramai. Pasukan penguatkuasaan yang ditubuhkan oleh MAIN boleh menjamin keselamatan harta wakaf daripada diceroboh atau disalahgunakan. Oleh itu, lokasi tanah wakaf hendaklah dikenal pasti oleh MAIN berdasarkan tinjauan dan lawatan. Selain itu, bagi mengelakkan pencerobohan terhadap harta tanah wakaf, keperluaan kepada pewartaan amat penting. Tindakan pewartaan harta wakaf hendaklah diambil serius oleh pengurusan MAIN bagi mengemaskini senarai harta wakaf bagi memastikan tindakan pemantauan boleh dilakukan. Masalah penguatkuasaan dan pendakwaan Jika dilihat di bawah peruntukan undang-undang Islam, sebagai contoh dalam Enakmen Wakaf (Negeri Selangor), seksyen 45 menyebut tentang pencerobohan ke atas tanah wakaf di negeri itu. Namun malangnya, seksyen tersebut hanyalah menerangkan tentang maksud pencerobohan serta denda yang bakal dikenakan. Tiada apa-apa prosedur serta tatacara tentang bagaimana kawalan, penguatkuasaan serta pendakwaan perlu dilakukan. Ketiadaan peruntukan prosedur yang khusus menyebabkan MAIN hanya bergantung kepada amalan biasa yang dilakukan sebelum ini. Perkara ini sudah pasti boleh menjadi satu kesulitan kepada kakitangan yang baharu mengendalikan isu ini. Dalam perkara ini, pihak Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) memang ada mengeluarkan satu manual berkaitan tatacara bagi pengendalian kes pencerobohan tanah wakaf, namun sejauhmana pemakaian manual ini menjadi tanda tanya. Ini adalah kerana manual ini 52

hanyalah satu garispanduan yang tidak mempunyai autoriti dari sudut perundangan. Justeru itu, pihak MAIN tidak terikat untuk mengikuti garispanduan tersebut. Kelemahan yang ada ini akan memberikan satu masalah yang besar kerana kesilapan prosedur dalam tindakan akan mengakibatkan kegagalan dalam tindakan undangundang. Memang diketahui bahawa telah menjadi tanggungjawab bagi setiap negeri melalui MAIN untuk mengambil tindakan dan menuntut ganti rugi (Mohammad Tahir Sabit, Abdul Hamid Mar Iman, & Ismail Omar, 2005) terhadap mana-mana pencerobohan tanah wakaf. Namun, perlu diperjelaskan bahawa tindakan yang dibuat mestilah melalui proses perundangan yang tepat. Undang-undang tentang pencerobohan ke atas tanah wakaf di negara ini telah diperuntukan dalam undang-undang sivil dan undang-undang Islam. Menyentuh dari sudut undang-undang sivil, ia dapat dilihat menerusi beberapa seksyen dalam Kanun Tanah Negara 1965 serta undang-undang torts. Bagi aspek undang-undang Islam pula, enakmen wakaf dan enakmen pentadbiran agama Islam negeri juga ada menyediakan peruntukan bagi isu pencerobohan tanah wakaf. Melalui undang-undang sivil yang ada, kekaburan peruntukan dalam Kanun Tanah Negara melalui seksyen 425 hanya boleh digunapakai jika tanah yang diceroboh telah didaftarkan di atas nama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN). Pada hakikatnya, terdapat masih banyak tanah-tanah wakaf yang masih tidak didaftarkan di atas nama MAIN. Ini adalah kerana pendaftaran tanah wakaf ke atas nama MAIN menjadikan tanah tersebut termasuk dalam kategori tanah kerajaan. Ini memandangkan takrifan tanah kerajaan telah diperluaskan skopnya di bawah seksyen 425(2) KTN kepada semua tanah yang dipegang oleh pihak Kerajaan Persekutuan atau Negeri, suatu pihak berkuasa tempatan atau suatu pihak berkuasa berkanun yang menjalankan kuasa yang terletakhak kepadanya oleh undang-undang persekutuan atau negeri atau memegang bagi pihak agensi yang tersebut. Seksyen 425(1) dan 1(A) Kanun Tanah Negara 1965 (KTN 1965) memperuntukkan bahawa mana-mana pihak yang melakukan pencerobohan sebagai yang ditakrifkan oleh KTN 1965 jika disabitkan kesalahannya, boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM10,000.00 atau dipenjarakan untuk suatu tempoh yang tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Kegagalan berbuat demikian akan menafikan hak untuk menguatkuasa dan mendakwa penceroboh. Namun demikian, kesan pendaftaran yang menjadikan tanah wakaf tertakluk kepada kategori tanah kerajaan pula akan menjadikan pihak yang bertanggungjawab untuk mengawal masalah pencerobohan adalah Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan bukannya MAIN. Persoalannya, adakah pihak PBN mampu menjalankan tanggungjawab tersebut kerana seksyen 4 (2) (e) Kanun Tanah Negara menyatakan bahawa tiada apa jua dalam akta tersebut boleh menyentuh peruntukan berhubung dengan wakaf. Ini memberikan implikasi seolah-olah PBN tidak mempunyai bidang kuasa dalam isu wakaf melainkan diperuntukkan secara nyata. Dalam keadaan demikian, secara praktisnya, sudah tentu tiada kawalan, penguatkuasaan dan tindakan pendakwaan akan dilakukan oleh PBN dalam isu pencerobohan tanah wakaf walaupun ia telah dikategorikan sebagai tanah kerajaan melalui pendaftaran. Manakala, bagi pihak MAIN pula, fungsi tersebut tidak dapat dijalankan kerana di bawah peruntukan Kanun Tanah Negara, hanya pihak PBN yang mempunyai kuasa terhadap tanah kerajaan. Perkara ini menjadi satu halangan 53

perundangan yang sangat besar kerana ketiadaan kuasa boleh menjadikan tindakan kawalan, penguatkuasaan dan pendakwaan tidak sah dan boleh dicabar oleh pihak yang menceroboh. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika MAIN mengambil pendekatan untuk memilih solusi menggunapakai peruntukan yang terdapat dalam enakmen wakaf atau enakmen pentadbiran agama Islam bagi menangani masalah ini. Selain itu, masalah juga timbul apabila tanah yang diceroboh belum lagi didaftarkan ke atas nama MAIN. Ia menjadikan tanah tersebut masih di bawah hakmilik persendirian (pewakaf) dan pendakwaan hanya boleh dibuat oleh tuanpunya melalui undang-undang torts dan tindakan hanya boleh diambil alih oleh pihak MAIN menurut enakmen wakaf atau enakmen pentadbiran agama Islam selepas keputusan mahkamah mengisytiharkan tanah tersebut sebagai tanah wakaf. Hal ini menyebabkan tambahan kos serta masa untuk tujuan pendakwaan kerana melibatkan dua tindakan undang-undang iaitu, pertama bagi mendapat pengisytiharan tanah tersebut sebagai tanah wakaf serta keduanya adalah tindakan terhadap penceroboh. Masalah hukuman atau penalti Memandangkan pengurusan setiap MAIN adalah di bawah kuasa negeri masing-masing, dan enakmen yang dipakai adalah juga berbeza, perkara ini menimbulkan masalah dari sudut ketidakselarasan dalam hukuman yang diperuntukkan. Sebagai contoh, Majlis Agama Islam Terengganu melalui Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak menetapkan bahawa hukuman bagi pencerobohan tanah wakaf ialah denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya. Manakala, Enakmen Majlis Agama Islam Kedah pula memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi 2 bulan atau kedua-duanya sekali. Tidak dinafikan bahawa terdapat beberapa negeri yang mempunyai enakmen wakaf yang khusus iaitu Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan yang telah memperuntukan kesalahan menceroboh atau mengambil hasil dari tanah wakaf. Begitu juga bagi negerinegeri yang hanya menggunapakai Enakmen Pentadbiran Islam masing-masing, peruntukan undang-undang mengenai pencerobohan tanah wakaf ada juga disebut. Namun, adalah sangat mendukacitakan bahawa hukuman yang diberikan adalah tidak setimpal dengan kerugian yang ditanggung. Sebagai contoh, di negeri Johor, kesalahan bagi pencerobohan tanah wakaf hanya akan dikenakan hukuman tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan sahaja. Mengambilkira situasi ekonomi di negeri tersebut, penalti tersebut adalah sangat tidak munasabah. Ini belum lagi dikira tempoh pencerobohan, keluasan tanah yang diceroboh, nilai pasaran semasa tanah yang diceroboh, jumlah keuntungan yang diperolehi oleh penceroboh, kerugian yang ditanggung oleh pihak MAIN, serta kos-kos yang ditanggung sepanjang tuntutan, pendakwaan dan penguatkuasaan kes tersebut. Lebih malang lagi, hukuman ini juga tidak langsung memberi refleksi terhadap kerugian dan kecederaan yang ditanggung dari sudut nilai sentimental dan perasaan pewakaf atau warisnya. Oleh yang demikian, adalah amat perlu bahawa peruntukan yang dibuat berkenaan hukuman atau penalti ini lebih realistik serta munasabah bagi meremedikan kerugian yang ditanggung. Selain itu, hukuman yang akan dikenakan juga mestilah mampu bertindak sebagai satu teladan bagi 54

memberi pengajaran untuk seluruh masyarakat bagi menegah perbuatan ini dari terus berlaku. Untuk mengatasi masalah ketidakcukupan kepada hukuman atau penalti yang dikenakan, alternatif kepada pendakwaan di bawah undang-undang torts mungkin boleh membantu. Ini adalah kerana dalam tindakan melalui undang-undang torts, gantirugi am dan teladan boleh diperolehi mengikut kadar yang munasabah. Namun demikain, jika tindakan dibawa mengikut undang-undang ini, pihak MAIN akan perlu menanggung kos guaman yang tinggi selain ia juga memakan masa yang lebih lama. KESIMPULAN Kekaburan dan ketidakseragaman dalam aspek kawalan, penguatkuasaan dan tindakan terhadap pencerobohan tanah wakaf serta ketidakcukupan dalam hukuman menyebabkan timbul keperluan bagi mewujudkan satu akta khusus berkaitan wakaf. Akta yang perlu dicadangkan perlulah lebih komprehensif dan seragam bagi menentukan pihak yang mempunyai kuasa mengambil tindakan ke atas pencerobohan tanah wakaf dan menyelaraskan hukuman atau penalti yang ada dalam isu tersebut. Ini adalah kerana buat masa ini, walaupun negeri-negeri telah mempunyai peruntukan bagi masalah ini sama ada melalui enakmen wakaf atau enakmen pentadbiran agama Islam, namun ia masih belum mencukupi malah tidak seragam antara negeri-negeri tersebut (Mohd Afendi, 2012). RUJUKAN Abdul Majid, R & Said. R. (2014). Permasalahan Pengurusan Hartanah Wakaf Di Malaysia. International Surveying Research Journal (ISrJ) Volume 4 Number 1, 29-43. Abdul Rahman, A. R.; Bakar, M. D. & Ismail, Y. (1999) Current Practices and Administration of Waqf In Malaysia: A Preliminary Study. Unpublished Manuscript. A Waqf Report (27 July 1999). Universiti Teknologi MARA, Malaysia. Abul Hassan & Mohammad Abdus Shahid. (2010). Management and Development of the Awqaf Assets. Seventh International Conference The Tawhidi Epistemology: Zakat and Waqf Economy. Azizi Zakaria. (2013). Pencerobohan Tanah Kerajaan Tinjauan Dari Sudut Perundangan Tanah. Jurnal Pentadbiran Tanah., (3) bil. 1, 54-61. Harun, R., Mohamed Isa, Z. & Ali, N. (2012) Preliminary Finding on Waqf Management Practices among selected Muslim Countries, Proceedings of 2012 International Conference on Economics Marketing and Mangement IPEDR Vol 28. LACSIT Press, Singapore. Hassan, Z.; Abdullah & M. N. (2008).The investment of waqf Land as Instruments of Muslim s Economic Development in Malaysia, Proceeding at The Dubai International Conference on Endowments s Investment organized by Awaqf and Minor Affair Foundation Dubai, United Arab Emirates. 4-6 February 2008. 55

Ihsan, H.; Mohamed Ibrahim & S. H. (2011) Waqf accounting and Management in Indonesian Waqf Institution. Humanaomics. 27(4), 252-269. Isa, Z. M.; Ali N. & Harun, R. (2011).A Comparative Study of Waqf Management in Malaysia. Proceeding of 2011 International Conference on Sociality and Economic: Development IPEDR Vol 10. LACSIT Press Singapore. Kahf, M. (2003). The Role of Waqf in Improving the Ummah Welfare. Proceeding paper in International Seminar on Waqf as a Private legal Body, organized by the Islamic University of North Sumatra, Medan, Indonesia. 6-7 January 2003. Mohammad Tahir Sabit, Abdul Hamid Mar Iman, & Ismail Omar. (2005). An Ideal Financial Mechanism for the Development of the Waqf Properties in Malaysia. Mohd Afendi Mat Rani. (2012). Pencerobohan Tanah Wakaf: Pelaksanaan Undang- Undang dari Perspektif Islam dan Aplikasinya di Malaysia. Ramli, A. H.; Ayob & A. C. (2005).Islam Hadhari: Pengukuhan Institusi Baitulmal dan Wakaf di Malaysi. Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM Shah Alam. Rusnadewi Abdul Rashid; Rohayati Hussin & Noor Inayah Yaakub. (2015). Pencerobohan Tanah Wakaf dari Aspek Perundangan, Prosiding International Conference on Waqf 2015, Anjuran UNISZA Terengganu, Malaysia. 10-11 May 2015. Sadeq, A. H. M. (2002) Waqf, perpetual charity and poverty alleviation. International Journal of Social Economics. 29 (1), 135-151. Sallehuddin Ishak. (2013). Kuasa Menghurai Model Goodchild Dan Munton (1986) Dan Van Assen (2009) Dalam Masalah Pembangunan Tanah Wakaf Di Malaysia. Jurnal Pentadbiran Tanah. (3) bil. 1, 1-24. PENGHARGAAN Kertas kerja ini adalah sebahagian daripada hasil penyelidikan geran LRGS (LRGS/2013/UKM-UKM/SI/03) di bawah tajuk Pelestarian Institusi Wakaf Untuk Memperkasa Pendidikan Tinggi Negara. Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kerana tajaan dan pembiayaan penyelidikan ini. 56