ARKEOLOGI, ARKEOLOGI, ARKEOLOGI, SEJARAH & BUDAYA. Prosiding. Prosiding. Editor: Zuliskandar Ramli Mohd Samsudin Muhlis Hadrawi Akin Duli

Similar documents
EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Kota Kinabalu Sabah Malaysia

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ANALISIS TIPOLOGI DAN MOTIF TEMBIKAR TANAH DI TAPAK KAMPUNG BARU, KOTA KUALA MUDA, KEDAH

HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

BRIEFING SESSION. 27 November 2017

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

Earthwork Activities in Private Housing Industry

Binaan ringkas pengecas kapasitor bervoltan tinggi buatan sendiri bagi. sistem plasma fokus.


OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM

WARISAN TEMBIKAR TRADISIONAL MELAYU DI PAHANG

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MODELING OF SALT WATER INTRUSIONS INTO LANGAT RIVER ESTUARY, MALAYSIA

Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017

DETERMINATION OF LEAD CONTENT IN WHITENING CREAM USING LASER INDUCED BREAKDOWN SPECTROSCOPY ANALYSIS WAN NORSYUHADA BT WAN MOHD SHUKRI

Survey on Perak and Selangor 3 messages

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

KANDUNGAN KANDUNGAN. 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Latar Belakang Masalah Masalah pengajaran dan

GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENGELASAN SPA DAN PUSAT REFLEKSOLOGI

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

FACTORS THAT INFLUENCE THE SUCCESS OF ENTREPRENEURS: THE CASE OF AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (AIM) PROGRAM

KAJIAN SENI KRAFTANGAN TEMBAGA TERENGGANU RAJA NORAHAFIZA BINTI RAJA MOHSIN

ANALISIS SAINTIFIK SAMPEL DARI TAPAK ARKEOLOGI SUNGAI BATU, KEDAH MENGGUNAKAN APLIKASI SINAR-X

Penggunaan Modelling Clay dalam Penghasilan Model 3D bagi Pelajar. di Universiti Pendidikan Sultan Idris

KAJIAN REPRESENTASI IMEJ PELANCONGAN DIRAJA DI KUALA KANGSAR, PERAK

Pendaftaran Peserta / Sarapan Pagi Pengenalan - Konsep tapak & laman web. - Penyediaan Bahan - Grafik/Image/Photo/PDF/Flash Paper

L i s t o f P r o j e c t s

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM

THE IMPACT OF THE FACEBOOK WEBSITE QUALITY ON USER S PERCEIVED ATTITUDE, INTENTION AND LOYALTY AMONG STUDENTS OF UTM TAMER ADEL SALEH ALAJRAMI

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

APPLYING FOR: SITE AGENT / CLERK OF WORK /SENIOR SITE SUPERVISOR. Jalai Wak, 96510, Pakan, Julau, Sarawak.

ATAP SINGGORA PADA SENIBINA TRADISIONAL DAN KONTEMPORARI DI PANTAI TIMUR Shamsu Mohamad 1 Universiti Sains Malaysia 1

Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

HOST : Department of Urban and Regional Planning, Faculty of Built Environment, Universiti Teknologi Malaysia.

KEBUDAYAAN HOABINHIAN DAN NEOLITIK DI GUA JAYA, HULU KELANTAN. Nur Sarahah Mohd Supian, Zuliskandar Ramli & Azimah Hussin

Sistem Bakeri Interaktif

PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN

A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING IN KUALA TERENGGANU HO MEE CHYONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DETERMINANT OF UTHM ACADEMIC STAFF S PREFERENCE ON CHOOSING HOSPITALS. MUHAMMAD IZZAT SYAHMI BIN ADZNAM

PERBEZAAN ASPEK PERKEMBANGAN FIZIKAL DALAM KALANGAN KANAK-KANAK LELAKI DAN PEREMPUAN MENURUT PERSPEKTIF BARAT

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS) KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

APLIKASI PENJANA KUIZ MUDAH ALIH

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM

TOTAL HOSPITAL INFORMATION SYSTEM (THIS)

ULUNG BUAYEH: TABURAN DAN REKA BENTUK BERDASARKAN KONTEKS ARKEOLOGI

Kajian Seramik Dagangan Di Sabah

Cabaran Pembangunan dalam Konteks Kepimpinan: Kes Kampung Sri Bahagia, Mersing Johor

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR DAN LEBUHRAYA BARU PANTAI

J\ Impacts of disturbance o~ fish communities in Sungat Pur, Terengganu I Annie Nums anak B1lly.

IMPLIKASI PERUBAHAN PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP KESELAMATAN AWAM : KAJIAN KES DI BANDAR MUADZAM SHAH, PAHANG

Kesahan Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak Dalam Kalangan Pemain Lelaki Berumur 14 Dan 15 Tahun. Abstrak

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI DALAM PENENTUAN PEMELIHARAAN KAWASAN WARISAN KAJIAN KES: BANDAR TAIPING, PERAK ZALISSA BINTI ZAINI

Motif Manusia Dalam Pola Hias Keranda Kayu Balak Di Sabah

Dialek-dialek yang terdapat di Semenanjung Malaysia telah dikelompokkan

This document is downloaded from DR-NTU, Nanyang Technological University Library, Singapore.

FAKTOR-FAKTOR KETIDAKPENGHUNIAN BANGUNAN KOMERSIAL DI BANDAR MERU RAYA, IPOH, PERAK

NOTICE OF PROPOSED RECOMMENDATIONS FOR FEDERAL AND STATE CONSTITUENCIES IN THE STATE OF SELANGOR AS REVIEWED BY THE ELECTION COMMISSION IN 2018

Sistem Tagal: Pengurusan Biosfera Tradisional dalam Industri Pelancongan

The impact of waste disposal management on the water quality of rivers in Malaysia: Lessons from Pajam waste disposal sites, Negeri Sembilan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

JABATAN GEOGRAFI, FAKULTI SENI DAN MUZIK

KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DIKALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR DAN KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN JABATAN PEMAKANAN DAN DIETETIK SEMESTER 6, SESI 2016/2017 LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

ADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

mybalikpulau A Mapping & Interpretation Heritage Education Program for Young People

Functional Assessment Report Laporan Penilaian Fungsian

Faculty of Engineering

Diaspora Komuniti Cina Seberang Laut ke Selangor di Tanah Melayu,

NOOR SHAHIDA BINTI ROSLI MASTER OF SCIENCE UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Pola dan Proses Pemilikan Tanah oleh Orang-orang Pulau di Kawasan Darat Mersing: Kajian Kes di Kampung Sri Bahagia

EQUITY CROWDFUNDING IN MALAYSIA: AN IMPLEMENTATION OF SETTING VALUATIONS ALVIN HONG PHING YEAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Recent Bahasa Books from Brunei Nov 2011

Written by Al Khawarizmi Wednesday, 18 May :00 - Last Updated Tuesday, 07 February :48

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PUSAT KEBUDAYAAN DAN KRAFTANGAN LAMIN DANA MUKAH, SARAWAK.

KEBERKESANAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) DI DAERAH KUBANG PASU, KEDAH.

Transcription:

ARKEOLOGI, SEJARAH & BUDAYA ARKEOLOGI, ARKEOLOGI, SEJARAH SEJARAH & & BUDAYA BUDAYA Prosiding Prosiding Seminar Seminar Antarabangsa Antarabangsa Ke-4 Ke-4 Arkeologi, Arkeologi, Sejarah Sejarah dan dan Budaya Budaya di di Alam Alam Melayu Melayu Editor: Zuliskandar Ramli Mohd Samsudin Muhlis Hadrawi Akin Duli Pusat Penyelidikan Langkawi, Kampus Tuanku Abdul Halim Mu adzam Syah, Langkawi 25-26 November 2015 Editor: Zuliskandar Ramli Mohd Samsudin Muhlis Hadrawi Akin Duli

ARKEOLOGI, SEJARAH DAN BUDAYA Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu Pusat Penyelidikan Langkawi, Kampus Tuanku Abdul Halim Mu adzam Syah, Langkawi 25-26 November 2015 Editor: Zuliskandar Ramli Mohd Samsudin Muhlis Hadrawi Akin Duli Kumpulan Kebudayaan, Kesenian & Warisan Alam Melayu (ATMA) & Muzium Warisan Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio Budaya (MPN) & Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia (IAAM) & Universitas Hasanuddin, Makassar Langkawi 2015

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM, Bangi, Selangor Darul Ehsan Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM 2015 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM. Cetakan Pertama, 2015 Dicetak di Malaysia oleh: S&T PHOTOCOPY CENTER Jalan Reko, Sungai Tangkas 43000 Kajang, Selangor. ISBN 978-983-2457-79-4 Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Seminar Antarabangsa Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu (Ke-4: 2015: Bangi, Selangor) ARKEOLOGI, SEJARAH DAN BUDAYA : Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu, Bilik Senat & Bilik Majlis, Universiti Kebangsaan Malaysia, Langkawi 25-26 November 2015 / Editor: Zuliskandar Ramli, Mohd Samsudin, Mulis Hadrawi, Akin Duli ISBN 978-983-2457-79-4 1. Archeology and History--Malaysia--Congresses. 2. Civilization, Malay--Malaysia--Congresses 3. Zuliskandar Ramli I. Mohd Samsudin II. Muhlis Hadrawi, III. Akin Duli.

v Kandungan Kandungan Prakata v x 1 Ros Mahwati Ahmad Zakaria, Zuliskandar Ramli & Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman Jilid Al-Quran Patani Abad Ke-19 Masihi: Warisan Kearifan Tempatan Islam Patani 1 2 Akin Duli Sistem Penguburan Akhir Jaman Prasejarah Di Sulawesi Selatan 11 3 Asriani Abbas Pengaruh Klitika Bahasa Makassar Terhadap Pemakaian Bahasa Indonesia 4 H. Muhammad Bahar Akkase Teng Islam Dan Peradaban Di Jazirah Gorontalo Dalam Perspektif Sejarah 5 Inriati Lewa, M.Hum Sastra Lisan Sinrilik Kappalak Tallumbatua: Latar Belakang Penciptaannya 6 Muhlis Hadrawi Peradaban Maritim Sulawesi Selatan Dan Kaitannya Dengan Kehadiran Orang Melayu:Kajian Berdasarkan Sumber Lontara 23 31 41 53 7 Tadjuddin Maknun Makassar, Bukan Bugis-Makassar 65 8 Abbas The Maritime Leadership Patterns Of Makassar Kingdom In 16 th 17 th Century 9 Adnan Jusoh, Khairi Ariffin, Nasir Nayan, Yunus Sauman @ Sabin, Farhana Abdullah & Zuliskandar Ramli Arkeopelancongan Di Lembah Bujang: Satu Tinjauan Ke Atas Prospek Dan Cabaran 10 Kamsinah Darwis, M.Hum & Faura, SS, M.Hum The Study Of Systemic Functional Linguistic Toward The Inaugural Address Text Of President Joko Widodo 75 81 99 11 Lukman - Kesantunan Berbahasa Dan Revolusi Mental Dalam Dunia Pendidikan 107 12 Rosmawati Wujud Akulturasi Budaya Melayu Dan Budaya Lokal Pada Awal Islamisasi Di Luwu, Studi Kasus Pada kompleks Makam Lokko e Di Palopo 13 Nurhayati S., M.Hum. Sapaan Persona Dan Sapaan Kekerabatan Suku Mamuju: Kajian Norma Sosial Budaya 14 Sitti Wahidah Masnani, M.Hum - Barazanji Dalam Tradisi Mappacci Pada Perkawinan Masyarakat Bugis 1 15 Hanita Yusof, Fawazul Khair Ibrahim, Raja Nafida Raja Shahminan & Norazila Kamarulzaman Motif Dan Perletakan Ukiran Kayu Bagi Rumah-Rumah 115 123 129 135

vi Tradisional Melayu Di Muar 16 Daeng Haliza Daeng Jamal, Zuliskandar Ramli & Mastor Surat Pemerhatian Awal: Kesedaran Komuniti Tempatan Terhadap Pemuliharaan Dan Penyesuaigunaan Semula Bangunan Warisan Di Perak 17 Shariful Bin Kamaruddin Sejarah Pendidikan Zaman Penjajah Dalam Pertumbuhan Dan Perkembangan Peradaban Melayu Masa Kini 18 Hamdzun Haron & Narimah Abd. Mutalib Kraf Tradisional Melayu: Makna Simbolik Motif Alam Semulajadi 19 Norlelawaty Haron, Zuliskandar Ramli & Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman Evolusi Perkembangan Blok Batik Di Negeri Kelantan 20 Salina Abdul Manan, Hamdzun Haron, Zuliskandar Ramli, Noor Hafiza Ismail, Mohd Syafiq Ali & Azni Hanim Hamzah Pengikat Tengkolok Kesultanan Perak Darul Ridzuan 21 Ahmad Rizal Mohd Yusof, Mohd Firdaus Hamdan & Shamsul Amri Baharuddin Pemeliharaan Digital Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu: Merealisasi Impian Menjadi Kenyataan 22 Anisah Bahyah Ahmad, Wan Kamal Mujani & Rosiah Othman Motif Dan Dekorasi Dalaman Masjid Tengkera, Melaka; Satu Tinjauan. 23 Bariyah Binti Hj. Basiran Masjid Zahir: Pentadbiran Dan Peranannya Di Era Kolonial 24 Emma Bazergan A Configuration Dynamic Language In Cell Ads (A Critical Discourse Analysis ) 25 Farhana Abdullah, Adnan Jusoh, Nasir Nayan & Zuliskandar Ramli Peranan Persekitaran Dalam Arkeopelancongan Di Lembah Bujang 26 Farhana Abdullah, Adnan Jusoh, Nasir Nayan & Zuliskandar Ramli Kajian Arkeologi Pelancongan Ke Atas Pelancong Tempatan Di Lembah Bujang 27 Fazlina Mohd Radzi, Shahariah Mohamed Roshdi, Nurkhazilah Idris, Shaliza Dasuki Kartunis Indie Facebook : Kritikan Politikal Dan Sosial Menggunakan Peribahasa Melayu Lama 28 Hashima Binti Sulaiman Latihan Perguruan Menengah Di Semenanjung Malaysia Selepas Merdeka Sehingga Tahun 1970 29 Ilinadia Binti Jamil Hajj Education Kiosk: A Supplementary Learning Aid For Hajj Course In Malaysia 30 Jamilah Omar, Maryam Syafiqha Mohd. Sayuti, Aminah Maimunah Rahmah Omar Penggunaan Permainan Tradisional Melayu: Dam Ular Dalam Pembinaan Interaksi Sosial, Komunikasi Interpersonal Dan Pemahaman Konsep Asas Pembelajaran Matematik Awal Kanak-Kanak 149 163 189 203 221 229 239 247 257 261 269 277 287 297 307

vii 31 Junaidi Bin Awang Besar, Mohd Faidz Bin Mohd Zain & Samsu Adabi Bin Mamat Analisis Pola Pengundian Parti Islam Semalaysia (Pas) Dalam Pilihan Raya Kecil Kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Chempaka, Kelantan 32 Khalid Jusoh, Teo Kok Seong & Mohd Samsudin Kepimpinan Penghulu Negeri Johor Tahun 1957 2012 33 Makmur Haji Harun, Mohd Kasturi Nor Bin Abd Aziz, Muhammad Bukhari Lubis & Hazman Hasan Aplikasi Tulisan Jawi Dalam Manuskrip Di Alam Melayu: Satu Kajian Awal 34 Mohd Shazwan Bin Mokhtar, Mohd Samsudin Kill German Trade : Penilaian Terhadap Usaha British Membendung Perdagangan Musuh Di Tanah Melayu Sewaktu Perang Dunia Pertama 35 Muhamad Shafiq Mohd Ali, Zuliskandar Ramli & Bambang Budi Utomo Analisis Komposisi Bata Purba Di Candi Blandongan (Seg V) 36 Muhammad Aslah Akmal Bin Azmi & Mohd Samsudin Keberkesanan Pentadbiran British Mengekang Singapore Mutiny 1915: Suatu Analisis 37 Nararossa Peter Ballak & Mohd Samsudin Kegiatan Ekonomi Di Wilayah British Borneo Menjelang Abad Ke-19-38 Noor Hafiza Ismail, Hamdzun Haron, Zuliskandar Ramli, Salina Abdul Manan, Sharifah Nur Izzati Sayed Hasan, Azni Hanim Hamzah, Nani Hartina Ahmad & Norwani Md Nawawi Keindahan Rekabentuk Masjid Melayu 39 Nor Hashikin Binti Bardan, Sakinah Shahrul Ariffin & Yunus Sauman Sabin Analisis Fizikal Seramik Di Felda Inas Utara, Kulai, Johor Bahru 40 Nor Samihah Nordin, Aleeja Eban, Sherrlyn Kang & Yunus Sauman Sabin Prospek Dan Cabaran Pelancongan Warisan Pulau Langkawi: Satu Penelitian Awal 319 333 353 371 379 387 397 413 423 451 41 Nizamuddin Alias & Rabaah Abdullah Ligor Dan Alam Melayu : Satu Sorotan 465 42 Ridayani Simanjuntak & Mohd Bin Samsudin Penglibatan Adam Malik Atas Penubuhan Asean (1967-1977 43 Siti Aliaa Binti Hashim Norazian Binti Abdul Razak & Yunus Sauman Sabin Pembukaan Tanah Di Kalumpang Dari Tahun 1900 Hingga 1910 44 Yunus Sauman Sabin, Adnan Jusoh, Nor Samihah Nordin, Siti Aliaa Hashim, Norazian Abdul Razak, Norhashikin Bardan Dan Sakinah Shahrul Ariffin & Zuliskandar Ramli Taburan Pengebumian Keranda Kayu Balak Di Sabah 45 Zainab Binti Roslan Konseptualisasi Pelancongan Semiotik Dalam Pembangunan Pelancongan Warisan: Kajian Kes Di Jugra, Selangor 479 489 509 535 46 Al-Amril Bin Othman Politik Melayu Di Persimpangan?: Antara Demokrasi 543

viii Liberal Barat, Kelangsungan Etnik Dan Penghayatan Semula Islam 47 Mohd Izuan Bin Razali Reaksi Petani Melayu Di Negeri Johor Terhadap Sistem Ekonomi Kapitalisme Kolonial British 48 Noor Aisyah Binti Mokhtar, Kamarul Afizi Bin Kosman, Mokhtar Adnan Pemetaan Kasar Bandar Islam Melayu Melaka Menurut Catatan Sejarah Melayu Dan Negara Luar 49 Noor Aisyah Binti Mokhtar, Kamarul Afizi Bin Kosman, Mokhtar Adnan Gambaran Kasar Bandar Dan Kota Islam Melayu Melaka 551 573 599 50 Farid Mat Zain Kitab Hikayat Patani: Satu Analisis Sejarah 627 51 Mohamed Anwar Omar Din & Norazlinda Mohamed Rosdi - Gendang Pahang: Suatu Warisan 52 Zuliskandar Ramli, Mazlin Mokhtar, Adnan Jusoh, Yunus Sauman, Muhammad Termiji Hasni & Ahmad Helmi Mohd Mukhtar - Pelestarian Warisan Kebudayaan Dan Warisan Semula Jadi Di Lembah Kinta: Satu Kajian Awal 53 Bambang Sulistyo - Mitos Kekuasaan Dunia Melayu : Suatu Kajian Historiografi Tradisional. 54 Muhammad Terimizi Hasni - Pemerhatian Semula Tapak Candi Permatang Pasir Kuala Sungai Muda 55 Nurtaqwa Amin - The Implications Of Neuro-Linguistic Programming (NLP) On The Process Of Forming Positive Characters Of Using Language 56 Zuraidah Hassan, Ahmad Helmi Mohd Mukhtar & Zuliskandar Ramli - Tembikar Tanah: Proses Penghasilan Labu Sayong Secara Tradisional 57 Ahmad Helmi Bin Mohd Mukhtar, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, Zuliskandar Ramli - Nisan Kesultanan Perak: Analisis Saintifik Bahan 58 Naoko Sugiura & Mohd Samsudin - Perbandingan Dasar Warisan Di Malaysia Dan Jepun: Kajian Usaha Memelihara Khazanah Negara 59 Mohd Nasir Ismail, Noor Masliana Razlan, Zulkarnain Yusof & Mohd Faizal Ramli Penilaian Pemeliharaan Sumber Digital Warisan Seni Ukiran Kayu Tradisional Melayu Di Malaysia 60 Mohammad Anis Abdul Samad, Zuliskandar Ramli & Mohd Rohaizat Abdul Wahab Rehal Di Pantai Timur Semenanjung Malaysia:Tinjauan Awal Tentang Motif Dan Corak 61 Mohamed Razeef Bin Abdul Razak, Azahar Bin Harun, Mumtaz Binti Mokhtar & D zul Haimi Bin Md. Zain - Wang Kertas Malaysia Siri Ketiga: Legasi Wawasan Tun Dr. Mahathir Mohamad 635 647 681 693 703 713 727 741 751 765 775 62 Mohd Rohaizat Abdul Wahab, Nik Hassan Shuhaimi Nik Rahman, Zuliskandar 785

ix Ramli, Mohammad Anis Abdul Samad, Muhamad Syafiq Mohd Ali & Ahmad Helmi Mohd. Mokhtar - Simbol Maritim Kuno Pada Hiasan Perahu Tradisional Melayu Di Pantai Timur, Semenanjung Malaysia 63 Tammasse & Jumraini T. - Gangguan Berbahasa Disleksia: Suatu Perkenalan Awal 64 Ahmad Jaffri Ahmad Zaini & Mohd Samsudin Penentangan Pegawai-pegawai Melayu Terhadap Pemerintahan Jepun Semasa Perang Dunia Kedua 65 Muhammad Reduan Isahak, Fawazul Khair Ibrahim & Raja Nafida Raja Shahminan - Kajian Kadar Ketahanan Di Udara Wau Melalui Struktur Rangka 66 Muhammad Afiq Omar, Zuliskandar Ramli, Muhammad Termizi Hasni, Ahmad Helmi Muhd Mukhtar, Muhd Shafiq Mohd Ali, Adnan Jusoh, Yunus Sauman, Anis Samad & Mohd Rohaizat Abd Wahab Analisis Tampak Jumpaan Permukaan Tembikar Tanah Di Gua Tok Sik, Gunung Baling 67 Muhammad Nur Latif, M. Hum - Rekonstruksi Vokal dan Diftong Bahasa Sulawesi Selatan Purba (BSSP) 68 Sharifah Nur Izzati Sayed Hasan, Zuliskandar Ramli, Hamzun Haron & Noor Hafiza Ismail Manik Dalam Masyarakat Peribumi Sarawak 69 Noor Alina Syahida Binti Sorkawi & Yunus Sauman @ Sabin Sosioekonomi Masyarakat Melayu Mukim Sepang, 1957-1990. 70 Norazian Binti Abdul Razak, Siti Aliaa Binti Hashim & Yunus Sauman Sabin Kemudahan Dan Perkhidmatan Kesihatan Di Kulim, Kedah Pada Tahun 1945-1956 795 807 825 833 849 861 873 897

Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu 56 TEMBIKAR TANAH: PROSES PENGHASILAN LABU SAYONG SECARA TRADISIONAL ZURAIDAH HASSAN, AHMAD HELMI MOHD MUKHTAR & ZULISKANDAR RAMLI Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Penulisan ini adalah mengenai tembikar tanah iaitu mengenai produk serta proses pembuatannya. Tembikar tanah adalah berbeza dengan tembikar jenis lain dimana bahan yang digunakan untuk membuat produk adalah tidak dicampur bahan lain dan pembakarannya merupakan tahap paling rendah berbanding tembikar batu dan porselin. Kekreatifan masyarakat dalam menghasilkan produk berasaskan tembikar tanah adalah diambil dari alam persekitaran sama ada terhasil dari secara langsung atau tidak langsung dalam pengamalan hidup sehari-harian. Ia juga terhasil dari keperluan masyarakat yang terbatas untuk menggunakan peralatan yang ada seperti hari ini. Oleh itu, kajian ini akan mengkaji mengenai tembikar tanah dan penghasilan produk berasaskannya iaitu labu sayong. Kata kunci: tembikar tanah, labu sayong, Perak PENGENALAN Tembikar merupakan ciptaan manusia sejak zaman prasejarah lagi iaitu di zaman akhir mesolitik atau hoabinh atau Neolitik kira-kira 5,000 tahun lampau (Hamdzun 2013). Ia merupakan tinggalan yang telah wujud sejak zaman awal wujudnya manusia yang bertujuan untuk memenuhi keperluan mereka sendiri dalam kehidupan mereka sehari-hari. Secara tidak langsung ini menjadikan tembikar adalah barangan yang bernilai tinggi dalam mentafsir sejarah dan ideologi sesuatu tempat. Tembikar Tanah merupakan tembikar yang terhasil dari tanah liat yang dibakar dengan tahap pembakaran yang tertentu sehingga ia menjadi sebatian yang kuat sehingga mampu digunakan terutama sebagai pekakas memasak. Tanah liat yang telah dibentuk kemudian dibakar untuk kemudian dijadikan alat-alat yang berguna membantu kehidupan manusia. Penggunaan tembikar tanah telah dimulakan sejak zaman pra sejarah iaitu sekitar zaman neolitik lagi. Kemahiran mengenalpasti jenis tanah dan aplikasikannya dalam kehidupan seharian telah ada pada masyarakat tersebut. Tembikar merupakan kumpulan seramik yang berasal daripada perkataan Greek Keramos yang membawa maksud tanah liat. Ia juga bermaksud barang pecah atau barang diperbuat dari tanah liat dan dibakar (McKinnon 1996). Berdasarkan kenyataan tersebut, maka semua benda yang dibuat dari tanah liat yang dibakar dapat dikategorikan sebagai seramik. Di Malaysia, seramik juga dikenali sebagai tanah liat yang dibentuk dan kemudiannya dibakar pada suhu tertentu mengikut jenis tanah liat (Savage & Norman 1980). Tanah liat

714 / Zuraidah Hassan et al. merupakan sekumpulan sebatian atau campuran yang membentuk tanah apabila bercampur dan dilarutkan dengan air. Proses yang dilakukan ini adalah memudahkan tanah liat itu dibentuk. Apabila ia dikeringkan dan dipanaskan pada suhu maksimum, struktur tanah itu berubah menjadi keras dan padat (Zvigoffer 1980). Seramik biasanya dikelaskan mengikut suatu pembahagian yang merangkumi tembikar tanah, tembikar batu dan porselin (Asyaari Muhammad 2011). Tembikar tanah telah ada dari zaman pra sejarah lagi iaitu sewaktu manusia telah menetap dan mula bercucuk tanam. Tembikar merupakan elemen terpenting dalam pembinaan semula sejarah silam manusia. Tembikar adalah banyak dijumpai di tapak eskavasi dan jumpaannya merupakan indikator yang sangat penting. Pelbagai maklumat yang boleh diperolehi dari tembikar purba yang dijumpai terutama kepada negara dalam mendapatkan data yang tepat mengenai sejarah seperti sejarah asal-usul sesuatu tempat, fungsi dan kegunaannya, jenis dan corak hiasannya, maklumat penyebaran seperti perdagangan serta beberapa maklumat yang lain. Tembikar dihasilkan Dihasilkan secara primitif menggunakan tanah liat dari sungai yang dibentuk dan keringkan bawah cahaya matahari. Tembikar primitif telah ditemui di Ulu Tembeling, Pahang, Gua Cha Kelantan dan kota Tinggi Johor. Hiasan pada tembikar terhasil secara tidak sengaja, dari ikatan pada permukaan tanah liat. Tembikar tanah merupakan satu peringkat seramik. Ia dimaksudkan pada peralatan yang diperbuat daripada tanah liat. Seramik selalunya dibahagikan kepada dua jenis iaitu tembikar dan porselin. Istilah porselin merangkumi semua peralatan yang dihasilkan dari unsur-unsur galian yang dikenali dengan nama China sebagai kaolin dan petuntse (dikenali sebagai adunan keras) dan porselin tiruan (dikenali sebagai adunan lembut). Porselin dibakar dengan suhu tinggi, lut cahaya dan pecah menurut campurannya sama ada mengerutu atau berbiji-biji menurut komposisinya, adunan keras dan lembut. Tembikar dibakar dengan suhu rendah, kelam dan pecah dengan kasa iaitu menunjukkan permukaan yang tidak rata apabila pecah. Tahap pembakaran tersebut adalah : i. Porselin ialah kadar pembakaran nya yang mencapai sehingga 1350 ºC ii. Tembikar tanah adalah dibakar pada kadar suhu pembakaran antara 350 ºC - 1000 ºC iii. Tembikar batu adalah dibakar pada kadar suhu pembakaran nya melebihi 1000 ºC, iaitu antara 1150-1300 ºC Produk-produk yang diperbuat dari tembikar tanah adalah bersifat poros dan tidak bersepuh (kilat). Antara produknya adalah labu sayong, piring, kendi, tempayan, kuali dan pekakas dapur, pot, lampu tidur, pasu, tempat letak pensil dan sebagainya. pelbagai produk lain yang dihasilkan menggunakan tembikar tanah selaras dengan perwujudan pelbagai pekakas yang mempunyai pelbagai fungsi. Di Malaysia kawasan perusahaan yang masih popular menghasilkannya adalah Kampong Sayong, Kuala Kangsar Perak, Mambong Kelantan dan Sarawak. Labu Sayong Produk Labu Sayong telah dipilih sebagai salah satu produk dari tembikar tanah. Produk Labu Sayong adalah berasal dari Sayong iaitu sebuah daerah di Kuala Kangsar. Sejarah Labu Sayong adalah berasal dari buah labu tua yang dikeluarkan isinya dan dibersihkan sebelum dijadikan bekas menyimpan air. Fungsi asalnya labu sayong ini adalah untuk menyimpan air minuman. Air yang disimpan dari labu ini adalah sejuk dan baik untuk kesihatan yang dikatakan boleh menjadi penawar seperti batuk dan demam panas. Selain dijadikan bekas menyimpan air ia juga boleh dijadikan sebagai pasu bunga, periuk, perhiasan dan sebagainya. Terdapat pelbagai jenis labu Sayong iaitu Labu Panai, Labu Leper, Labu Gelugur, Labu Gombol, Labu Tanah, Labu Tela, Labu Lepap, Labu Besar, Labu Pucung dan Labu Belalai. Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu

Zuraidah Hassan et al. / 715 Labu Sayong terhasil dengan 3 warna iaitu hitam, kuning tanah liat dan coklat. Sifat labu sayong adalah tidak bersepuh (poros). Labu Sayong bewarna hitam adalah terhasil dari pembakaran sekam padi. Terdapat beberapa bahagian yang terdapat pada labu seperti bahagian atas terdiri daripada penutup, bibir, mulut, muncung, motif hiasan dan kepala. Manakala bahagian tengahnya pula terdiri daripada leher. Bahagian bawahnya pula terdapat motif hiasan, bahagian badan, hiasan panai dan tapak atau kaki. Muncung Kepala Leher Badan kaki Rajah 1 : Nama bahagian pada Labu Sayong Teknik Pembuatan Tembikar Tanah (Labu Sayong) Pembuatan tembikar ini adalah menggunakan kaedah tradisional. Penyelidik telah menemubual Puan Maznah Sulaiman yang berasal dari Kampung Kepala Bendang, Sayong, Perak. Beliau berusia 59 tahun dan telah mewarisi perusahaan labu sayong selama 40 tahun dari ibunya. Puan Maznah menggunakan teknik putaran dalam menghasilkan produknya dengan menggunakan pemutar manual dan tidak menggunakan mesin pemutar. Rajah : Puan Maznah Sulaiman bersama pengkaji Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Arkeologi,Sejarah dan Budaya di Alam Melayu

716 / Zuraidah Hassan et al. i. Pengambilan dan pemilihan tanah liat. Proses terawal dalam meghasilkan tembikar tanah adalah pemilihan tanah liat. Tanah liat diambil adalah dengan cara menggali secara langsung ke dalam tanah di kawasan yang terdapat tanah liat. Tanah liat yang baik adalah ia berwarna merah atau putih kecoklatan. kebiassan pengusaha tanah akan membeli tanah dari orang kampung dan adakalanya adalah dari pemilik tanah. Cara pengambilan tanah adalah dengan cara mencangkul dan memasukkannya didalam guni. Kebiasaannya satu guni tanah liat dijual dengan harga RM6. Rajah : Proses pengambilan tanah ii. Pengeringan tanah liat Tanah liat yang telah diperoleh samada melalui cara pengambilan sendiri atau dibeli akan dikeluarkan dari guni dan dijemur dibawah cahaya matahari. Sifat tanah liat yang di ambil dari perut bumi adalah lembab. tanah liat akan dijemur dibawah cahaya matahari. tempoh minimum adalah 3 hari sekiranya cuaca panas. Tanah akan dijemur sehingga kering. Rajah : Proses penjemuran tanah liat Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu

Zuraidah Hassan et al. / 717 iii. Proses menumbuk tanah liat Setelah kering tanah liat tersebut akan ditumbuk supaya lebih halus. Penggunaan kaedah tradisional, tanah liat akan ditumbuk menggunakan lesung kaki. lesung kaki yang digunakan adalah diperbuat dari kayu. Rajah : Menumbuk tanah liat yang telah dikeringkan dengan menggunakan lesung kaki iv. Menapis Tanah Liat Setelah ditumbuk tanah liat tersebut akan ditapis dengan menggunakan penapis. Walaupun telah ditumbuk tanah masih bercampur dengan partikel-partikel yang kasar dan memisahkan bendasing seperti habuk kayu. sekiranya terdapat bendasing tersebut akan menyebabkan struktur tembikar tidak kukuh, rapuh, tidak tahan lama serta tidak cantik dan licin. Setelah ditapis poin-poin yang kasar akan ditumbuk semula. Proses ini akan berulang-ulang sehingga tanah tersebut halus dan kelihatan seperti tepung dan lembut serta ringan. Setelah itu, tanah liat akan direndam dalam air (peram) selama beberapa hari sehingga tanah mendap ke dasar. Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Arkeologi,Sejarah dan Budaya di Alam Melayu

718 / Zuraidah Hassan et al. Rajah : Proses menapis tanah yang telah ditumbuk v. Proses menguli Proses menguli akan membentuk tanah sehingga menjadi doh yang lembut dan liat. Proses menguli antara proses yang penting kerana proses ini akan memampatkan struktur tanah liat agar tanah tersebut mampat dan bersedia untuk dibentuk. Rajah : Proses menguli tanah liat vi. Proses membentuk Labu Sayong Tanah liat yang diuli menjadi doh akan dibentuk menjadi bentuk menjadi labu sayong. Dalam kaedah tradisional labu sayong akan dibentuk sedikit demi sedikit. Pinggan akan akan digunakan sebagai pelapik dalam membentuk labu. Alat pemutar akan digunakan supaya kerja pemusingan labu menjadi lebih mudah. Puan Maznah akan menganggar tapak labu sayong dengan saiz bulatan pinggan tersebut. Kuantiti tanah liat yang diperlukan dalam membentuk labu sayong adalah bergantung kepada saiz yang akan dibina. Puan Maznah menggunakan alat pemutar tradisional kerana tidak mahir menggunakan alat pemutar semi auto yang menggunakan kaki untuk berpusing (lihat rajah). Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu

Zuraidah Hassan et al. / 719 Rajah : Alat pemusing tradisional Dalam permulaan proses membentuk labu sayong air juga diperlukan untuk membentuk labu dengan baik. Labu akan dibentuk dengan sedikit demi sedikit. doh akan dibentuk memanjang dan akan dicantum menjadi bulat serti dilihat dalam rajah dibawah. Rajah: Proses awal membentuk labu Setelah dicantum menjadi bulat, doh tersebut akan akan dipicit dan ditekan menggunakan jari di bahagian dalam dan luar agar memastikan ketebalan labu sayong adalah sama. Rajah : Doh dipicit dan ditekan Untuk menyambung ke atas bahagian labu, teknik yang sama juga digunakan iaitu doh dibentuk memanjang dan dicantumkan dengan bahagian yang dibina tadi. Setelah disambung, teknik picit dan tekan dilakukan sebagaimana proses tadi. Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Arkeologi,Sejarah dan Budaya di Alam Melayu

720 / Zuraidah Hassan et al. Rajah : Menyambung bahagian badan labu Selepas itu, badan labu tadi diketuk menggunakan kayu khas untuk memampatkannya. Rajah: Badan labu diketuk Selepas itu, bahagian labu akan diterbalikkan untuk membentuk badan labu. Bahagian badan tadi dipotong menggunakan pisau untuk menterbalikkannya. Rajah : Proses menambah bahagian badan labu sayong Setelah siap badan labu dibina, bahagian labu tersebut sekali lagi diterbalikkan untuk membina kaki atau tapak labu sebagaimana dalam rajah di bawah. Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu

Zuraidah Hassan et al. / 721 Rajah : Proses membina dan meletakkan tapak Setelah siap bahagian badan tembikar, bahagian leher, kepala dan muncung pula dibina menggunakan teknik yang sama. vii. Proses mengemas dan melicinkan labu Sayong Setelah siap membentuk sebiji labu sayong, proses mengemas dan melicinkan badan labu sayong. Dalam proses ini antara alat yang digunakan ialah kayu penepik, span, batu sungai, pisau, sudu dan penutup botol. Puan Maznah banyak menggunakan bahan-bahan terpakai sahaja dalam membentuk labu ini. fungsi alat tersebut adalah : i. Kayu penepik : Meratakan dan mempatkan permukaan tembikar ii. Span : Span yang dibasahkan dengan air akan diseratakan dibahagian sebiji labu. iii. Batu sungai : Melicinkan permukaan tembikar iv. Pisau : Membuang bahagian berlebihan atau yang tidak dikehendaki pada tembikar v. Sudu & penutup botol : Melicinkankan permukaan dari tanah berlebihan Rajah : alat-alat terbuang yang digunakan iaitu penutup botol, sudu, pisau dan kayu Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Arkeologi,Sejarah dan Budaya di Alam Melayu

722 / Zuraidah Hassan et al. Rajah : Span yang dibasahkan diseratakan pada tubuh labu Rajah : Permukan Labu dilicinkan menggunakan batu sungai viii. Proses membentuk ukiran tembikar Proses yang terakhir ialah proses mengukir labu sayong. labu diukir ketika masih dalam keadaan lembut. kebiassan motif yang diukir ialah menggunakan bahan dari alam sekeliling. motif yang diukir pada badan labu adalah ringkas tetapi menarik. Antara motif biasa yang digunakan pada labu sayong adalah garis timbul (panai), jaluran cengkung (gelugur) dan lengkungan (gelung puyuh). Selain itu, terdapat juga hiasan berbentuk tekanan (hiasan tekap) dan turisan. Rajah: Pengkaji menggunakan motif garis timbul (panai) pada tembikar Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu

Zuraidah Hassan et al. / 723 Rajah : Acuan hiasan berbentuk tekanan ix. Penjemuran Setelah Labu Sayong siap sepenuhnya, ia perlu dijemur supaya keras. Tempoh penjemuran ini mengikut keadaan cuaca semasa. Walau bagaimanapun jemuran tersebut jangan dibiarkan sehingga labu menjadi putih. Rajah : Tembikar yang dijemur bawah cahaya matahari x. Pembakaran. Setelah labu yang dijemur sudah keras dan kering, ia akan melalui proses pembakaran. Labu tersebut dibakar selama beberapa jam hingga benar-benar keras. Pembakaran tradisional adalah menggunakan jerami ataudaun kelapa kering ataupun kayu bakar. walau bagaimanapun Puan Maznah membakar labu sayong menggunakan tanur elektrik yang diuruskan oleh anaknya kerana faktor umur dan bahan pembakaran yang susah didapati. Rajah: Pembakaran menggunakan Tanur kayu Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Arkeologi,Sejarah dan Budaya di Alam Melayu

724 / Zuraidah Hassan et al. Rajah : Pembakaran cara moden didalam Tanur elektrik xi. Penyempurnaan Setelah dibakar labu sayong terus dimasukkan dalam habuk kayu untuk mewarnakannya menjadi hitam. Rajah : Labu sayong dimasukkan ke dalam longgokan habuk kayu Rajah: Labu sayong yang telah bertukar warna menjadi hitam Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu

Zuraidah Hassan et al. / 725 KESIMPULAN Tembikar tanah adalah merupakan produk berasaskan semulajadi yang selamat digunakan selaras dengan teknik penghasilannya yang juga secara semulajadi tanpa menggunakan bahan tiruan yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit. Walaupun perwujudan produk berasakan tembikar tanah adalah seawal zaman pra sejarah lagi namun penggunaannya masih kekal ke hari ini. Sejajar dengan perkembangan teknologi, produk berasaskan tembikar tanah juga berkembang dengan baik. RUJUKAN Ashmore, Wendy & Sharer, Robert J., 2000. Discovering Our Past: A Brief Introduction to Archaeology Third Edition. Mountain View, California: Mayfield Publishing Company. Abd Aziz Abdul Rashid. 2008. Koleksi tembikar muzium seni Asia daripada beberapa tapak arkeologi semenanjung Malaysia. Tesis Sarjana Persuratan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Adi Haji Taha.1986. Penemuan artifak arkeologi di Semenanjung Malaysia Jurnal Persatuan Muzium Malaysia, 5:57-62. Adi Haji Taha.1987. Penemuan artifak arkeologi di Semenanjung Malaysia Jurnal Persatuan Muzium Malaysia, 5:57-62. Asyaari Muhammad 2005. Arkeologi dan seni: Kajian tembikar kerajaan Melayu Johor-Riau- Lingga Abad ke 16-19 masihi. Phd. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Barnes, Annette.2009. On interpretation a critical analysis. Oxford Basil Blackwell 1988 Chia, M.S.S, (1997). Prehistoric Pottery Sources and Technology in Peninsular Malaysia Based on Morphological and Compositional Studies. Kuala Lumpur: Monograph, Malaysia Museum Journal. E. Edward McKinnon. 1996. Buku panduan keramik, Jakarta: Pusat Penelitian Arkeologi Nasional. Farhana Abdullah. 2013. Kepelbagaian Jenis Seramik Di Tapak Arkeologi Sungai Mas, Kota Kuala Muda Kedah.Tesis Master. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Frank Hole, Robert F. Heizer.1990. Arkeologi Prasejarah: satu Pengenalan Ringkas (Terjemahan). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Freestone, I., Joyner, L., Howard, R. & Watts, A. (2001) A dated Porcelain Waster from Isleworth, English Ceramic Circle Transactions, Volume 17 Part 3, 325-326 Freestone I C, Joyner L and Howard R (2003) The composition of porcelain from the Isleworth manufactory. English Ceramic Society Transactions 18, 284-294. Freestone, I.C., and Tite, M.S. 1997, The Technology of German Stoneware Glazes, in German Stoneware 1200-1900, (ed. Gaimster, D.R.M.), 354-8, London: BMP Gaimster D and Freestone I. 1997, Introduction, in Pottery in the Making, World Ceramic Traditions. London: British Museum Press, 9-19. Gardner 1978. Greece and Rome (Second Series).Volume 25. Issue 01.April 1978, pp 87-89 Harrisson, Barbara. 1995. Later Ceramics in South-East Asia. Kuala Lumpur: Oxford University Press. Ibrahim Darus & Sahaimi Abd. Manaf. 2005. Tembikar Tradisional, Kuala Lumpur: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Kamdi Kamil. 1975. Bentuk dan tradisi tembikar pra sejarah di Malaysia: Satu diskripsi ringkas JEBAT, 5:124-146. Kathleen Chee. (2006).SPM fokus U: Pendidikan Seni Visual. Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Kementerian Pelajaran Malaysia. (1998).Buku sumber guru Pendidikan SeniKurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &Pustaka. Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Arkeologi,Sejarah dan Budaya di Alam Melayu

726 / Zuraidah Hassan et al. Othman Bin Mohd Yatim. 1980. Sejarah Pembuatan Keramik China untuk Penganu- Penganut Agama Islam (Satu Sejarah Ringkas). Dlm. Khoo Kay Kim, Mohd Fadzil Othman & Abdullah Zakaria Ghazali (pnyt.). Islam Di Malaysia. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia. Othman Mohd.Yatim. 1981. Penggunaan tembikar dalam masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Othman Mohd Yatim & Raiha Mohd Saud.1986. Panduan balai seramik muzium negara.kuala Lumpur. Percetakan Perwira Sdn. Bhd. P.Rado.1988. An Introduction To The Technology Of Pottery. 2nd edition. Pergamon Press. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, 1999. Tembikar Tanah daripada Kuala Selinsing, Pulau Kelumpang, Perak, Jurnal Arkeologi Malaysia, 12:24-59. Hamer, Frank and Janet. 1991. The Potter's Dictionary of Materials and Techniques, Third Edition. London: A & C Black Publishers. Solheim, W. G. II, Harrison, B dan L. Wall, (1961). Niah Three color Ware and related prehistoric pottery from Borneo. Sarawak Museum Journal 10 (17-18): 227-237. Sheppard, A.O, (1956). Ceramic for the Archeologist. United States of America: 609, Washington D C : Carnegie Intitution. Li Zhiyan and Cheng Wen. 1984. Chinese pottery and porcelain; translated into English by Ouyang Caiwei ; English text edited by Betty Chandler and Tang Bowen. Beijing : Foreign Languages Press. Rice, Prudence M. 1987. Pottery Analysis A Sourcebook. Chicago: University of Chicago Press. Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu