Kanun Tanah Negara 1965: Kajian Tinjauan Terhadap Keperluan Pendaftaran Tanah Wakaf

Similar documents
RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI


PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM

HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

Survey on Perak and Selangor 3 messages

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KAWALAN, PENGUATKUASAAN, PENDAKWAAN SERTA HUKUMAN BAGI ISU PENCEROBOHAN TANAH WAKAF DI MALAYSIA

SISTEM TORRENS DALAM UNDANG-UNDANG TANAH DI MALAYSIA: SISTEM YANG TIDAK EKSKLUSIF

POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO. PA-24FC /2016 PERMOHONAN UNTUK PELAKSANAAN NO

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR PERMOHONAN UNTUK PERLAKSANAAN NO. WA /2017

CADASTRE SURVEY PRACTICE (SGHU 4323)

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG PERMOHONAN UNTUK PELAKSANAAN NO /2018 (SAMAN PEMULA NO.

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

POTENSI KEPERLUAN PERUNDANGAN KHAS YANG BERKAITAN HAK PEMILIKAN TANAH BAGI PEMBANGUNAN PROJEK MRT MOHD HANIFF BIN HASSAN

IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG PERMOHONAN PELAKSANAAN NO. PA /2017 (SAMAN PEMULA NO. PA-24FC /2017)

APLIKASI KONSEP PAJAKAN DALAM PEMBANGUNAN TANAH WAKAF DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG GUAMAN SIVIL NO. 22C-2-04/2014 WRIT PELAKSANAAN NO /2015

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO. 24FC /2015 PERMOHONAN UNTUK PELAKSANAAN NO.

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

SYARAT-SYARAT JUALAN

KEMPEN 5X UNIRINGGIT FOR YOUR SPEND KAD PRVI MILES DAN PREFERRED PLATINUM UOBM TERMA DAN SYARAT

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

TERMS AND CONDITION 2017 Credit Card Acquisition Cash Back Campaign

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO /2012 PERMOHONAN UNTUK PELAKSANAAN NO.

Terms & Conditions TRUE Savers BonusLink Campaign

Sistem Bakeri Interaktif

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

Terma & Syarat. Kempen Akaun Semasa/Simpanan AmBank-I Love Savings!

a) The Principal and / or Supplementary Card account has become delinquent;

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

LAND LAW AND SURVEY REGULATION (SGHU 3313)

Earthwork Activities in Private Housing Industry

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG PERMOHONAN UNTUK PELAKSANAAN NO /2014 SAMAN PEMULA NO.

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

TERMS AND CONDITIONS OF AL-AWFAR-SSPN

DI ANTARA LOGANATHAN A/L VEERABU (NO. K/P: /A )

PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Kota Kinabalu Sabah Malaysia

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Ganjaran Tunai CIMB Bank Berhad

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM PERMOHONAN UNTUK PELAKSANAAN NO. BA /2017

PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN

Functional Assessment Report Laporan Penilaian Fungsian

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV

Terms & Conditions: TRUE Debit MasterCard Campaign Page 1

BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD (No. Syarikat : U)

2.3. For joint customer of Libshara-i, only the primary account holder will qualify to participate.

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

PERISYTIHARAN JUALAN PERINTAH JUALAN ATAS PERMINTAAN PEMEGANG GADAIAN [0701AUC ] Dalam Perkara Seksyen 257 Dan 263 Kanun Tanah Negara 1965

MAYBANK PRODUCTS UMBRELLA CAMPAIGN 2016 TERMS & CONDITIONS

PEMBANGUNAN TANAH ADAT DI NEGERI SEMBILAN: HALATUJU DAN CABARAN CUSTOMARY LAND DEVELOPMENT IN NEGERI SEMBILAN: ITS WAY FORWARD AND CHALLENGES.

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM PERMOHONAN UNTUK PELAKSANAAN NO. BA /2015

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

KE ARAH PEMBANGUNAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI WAKAF: KAJIAN DARI ASPEK PERUNDANGAN TANAH NEGARA

BIASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (BUMT) JABATAN PENGURUSAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU. - Syarat dan Kelayakan - Borang Permohonan

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

TERMS AND CONDITIONS OF #SenangBiz CAMPAIGN. TERMA DAN SYARAT BAGI KEMPEN #SenangBiz

Current/Savings Account Standing Instruction Campaign. Terms & Conditions

Faculty of Engineering

PENGAMBILAN SKIM STRATA DAN TANAH BAWAH TANAH

AMALAN PEWARISAN TANAH ADAT BERDASARKAN UNDANG-UNDANG TANAH ADAT DI KALANGAN MASYARAKAT: KAJIAN DI NEGERI SEMBILAN 1

2. This Campaign is applicable for all RHB Credit and Debit Cards, except RHB Platinum Business Cards. ( Eligible Cardmember )

SPEND AND WIN SAMSUNG GALAXY S8 KFH DEBIT CARD-i CAMPAIGN ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS ( Terms and Conditions ).

THE IMPACT OF THE FACEBOOK WEBSITE QUALITY ON USER S PERCEIVED ATTITUDE, INTENTION AND LOYALTY AMONG STUDENTS OF UTM TAMER ADEL SALEH ALAJRAMI

TERMA DAN SYARAT. Kempen Mohon, Belanja dan Dapat Ganjaran

Terma dan Syarat Kempen Rujukan Memperkenalkan Ahli Baru Privilege Banking dan Wealth Banking

PELAKSANAAN LELONGAN AWAM DARIPADA PERSPEKTIF PENTADBIR TANAH KAJIAN KES DI PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUANTAN KHAIRUN NISSA BINTI ARIS

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Hari bermaksud Isnin hingga Jumaat dan bila mana pejabat Bank yang berdaftar dibuka, kecuali dinyatakan sebaliknya.

ANTARA MALAYAN BANKING BERHAD [ 3813-K ] DAN

Mewah Kad Visa Infinite UOBM Terma & Syarat

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Abstrak. Abstract

Save And Win Everyday Campaign Terms and Conditions

Dalam perkara mengenai Seksyen 330, 281(2) dan 257 Kanun Tanah Negara, Dan

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

PERISYTIHARAN JUALAN LELONGAN PERINTAH JUALAN ATAS PERMINTAAN PEMEGANG GADAIAN (NO. PTT.4/369/34/2017)

PERANAN PERUNDING TANAH DALAM PROSES PERMOHONAN SERAH BALIK DAN KURNIA SEMULA (SBKS) DALAM NEGERI JOHOR. ABU BAKAR HJ IBRAHIM

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

CADASTRE SURVEY PRACTICE (SGHU 4323)

CADASTRE SURVEY PRACTICE (SGHU 4323)

PENTADBIRAN HARTA PUSAKA GSA DALAM SISTEM PENTADBIRAN TANAH NEGARA DAN BAGI TANAH FELDA MOHD YASSIN BIN MOHD YUSUF

RM10,000 RM99, % 3.50% 3.50% RM100,000 RM499, % 2.80% 2.50% RM500,000 dan ke atas 2.50% 2.30% 2.00%

Pengambilan Tanah bagi Pembangunan Ekonomi: Isu dan Penyelesaian

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) LAPORAN KEMAJUAN BERKALA / PERIODIC PROGRESS REPORT

TERMS & CONDITIONS MAYBANK ONLINE APPLICATION CAMPAIGN II FOR BALANCE TRANSFER/EZYCASH/EZYPAY PLUS

kecuali dimaklumkan sebaliknya.

TERMS AND CONDITIONS FOR

Transcription:

Kanun Tanah Negara 1965: Kajian Tinjauan Terhadap Keperluan Pendaftaran Tanah Wakaf National Land Code 1965 And Requirements For Wakaf Land Registration Sayuti Ab Ghani 1, Hairol Anuar Mak Din 2, Burhanuddin Jalal 3 Abstrak Semua pengurusan tanah di negara ini tertakluk kepada satu perundangan utama iaitu Kanun Tanah Negara 1965. Kanun Tanah Negara merupakan rujukan utama ke atas semua jenis tanah termasuklah tanah wakaf. Terdapat banyak peruntukan yang terkandung dalam Kanun Tanah Negara yang menyentuh ke atas tanah wakaf terutamanya dalam urusan pendaftaran oleh Majlis Agama Islam Negeri yang mempunyai hak milik tunggal ke atas tanah wakaf di negara ini. Akibat daripada pendaftaran adalah segala-galanya sebagaimana yang telah diperuntukkan oleh Kanun Tanah Negara, maka urusan pembangunan tidak dapat dilakukan kerana belum sempurna urusan pendaftaran yang dilakukan. Kertas konsep ini merupakan tinjauan awal dengan menggunakan pendekatan kajian perpustakaan dalam menghuraikan peruntukan pendaftaran dalam Kanun Tanah Negara terhadap tanah wakaf. Kata kunci: Tanah, Kanun Tanah Negara, Wakaf Abstract Land administration is subject to one of the main legislation of the National Land Code or Kanun Tanah Negara 1965. National Land Code is the main reference for all land administration di Malaysia, including the land of wakaf. There are many provisions contained in the National Land Code which are touched on wakaf land especially in the registration of state Islamic Religious Council which has sole proprietorship on wakaf land in this country. As a result of the registration is everything as provided by the National Land Code, the development of the property cannot be done because of the lack of registrations procedure. A library research has been used for this studied for describing the registration of Wakaf land and property based on National Land Code. Keywords: Land, National Land Code, Wakaf Pendahuluan Kanun Tanah Negara merupakan satu akta yang diperuntukkan oleh Parlimen berkenaan bidang kuasa dan pengurusan hal ehwal tanah yang terpakai dan berkuat kuasa dalam negara ini kecuali bagi negeri Sabah dan Sarawak. Signifikasi terhadap akta ini adalah bertujuan untuk memurnikan lagi amalan pentadbiran tanah agar pelaksanaannya lebih efisyen lagi sistematik. 1 Dr Sayuti Ab Ghani, Prof Madya di Jabatan Kenegaraan dan Ketamadunan UPNM, sayuti_70@yahoo.com 2 Dr Hairol Anuar Mak Din, Pensyarah Kanan di Jabatan Kenegaraan dan Pengajian Ketamadunan KUIS, hairolanuar@kuis.edu.my 3 Dr Burhanuddin Jalal, Prof Madya di Jabatan Kenegaraan dan Ketamadunan UPNM, burhanuddin@upnm.edu.my 449

Meninjau sejarah terhadap evolusi perkembangan undang-undang tanah di negara ini telah melalui dua peringkat iaitu; fasa pemakaian undang-undang Islam serta adat dan fasa pemakaian undang-undang Inggeris. Hal ini kerana sebelum era penjajahan Inggeris, negerinegeri Melayu telah sedia mengamalkan undang-undang adat dan Islam (Jurnal Pentadbiran Tanah 2013). Walau bagaimanapun pada sepanjang tempoh penjajahan Inggeris, sistem feudal yang berakar telah bertransformasi seiring dengan dasar birokrasi Inggeris yang mengutamakan pemakaian undang-undang Barat di semua Tanah Jajahan dan Naungan mereka termasuklah di Tanah Melayu. Oleh kerana itu frasa pembentukan Malaysia memerlukan satu koordinasi yang jitu dalam memastikan pengurusan tanah dalam negara ini dapat ditadbir dengan baik. Justeru, artikel ini yang merupakan kertas konsep akan meninjau secara ringkas tentang isi kandungan terhadap Kanun Tanah Negara 1965 dan langkauan bidang kuasanya terhadap pengurusan Tanah Wakaf di Malaysia sebagai pengenalan awal. Kanun Tanah Negara: Satu Pengenalan Kanun Tanah Negara merupakan satu peruntukan akta yang menyentuh dan menyatukan semua perkara yang berkaitan dengan bidang hal ehwal tanah yang merangkumi soal pemegangan tanah, pendaftaran hak milik dan sebarang urus niaga secara langsung mahupun sebaliknya serta berkenaan tentang pungutan hasil daripadanya. Akta yang diperbincangkan ini terpakai dan berkuat kuasa pada seluruh Persekutuan Malaysia kecuali di negeri Sabah dan Sarawak. Kanun Tanah Negara 1965 dibentuk di bawah Akta Parlimen No. 56 (1965) yang mula dikuatkuasakan pada 1hb Januari 1966. Walau bagaimanapun sistem perundangan tanah dalam negara ini tidaklah terhad di bawah Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56), tetapi terdapat juga undang-undang dalam persekutuan yang turut berkaitan dengan urusan hal ehwal tanah sama ada secara langsung atau tidak langsung, seperti; Akta Hak Milik Tanah Pulau Pinang dan Melaka 1963, Akta Pengambilan Tanah 1984, Akta Hak Milik Strata 1985 dan Akta Kawalan Sewa 1997. Selain itu, berdasarkan prinsip Persekutuan yang terpasak dalam Perlembagaan yang memaktubkan semua undang-undang negeri yang berkaitan dengan tanah akan terus kekal berkuat kuasa secara eksklusif di bawah bidang kuasa kerajaan negeri khususnya enakmen yang berkaitan dengan Tanah Rizab Melayu. Penemuan awal kajian telah mendapati, asas terhadap penggubalan Kanun Tanah Negara 1965 adalah bertujuan untuk penyeragaman sistem perundangan tanah di negerinegeri Semenanjung Malaysia serta menggabung jalinkan semua peruntukan-peruntukan yang baharu bagi menyesuaikannya dengan perubahan semasa. Keadaan ini adalah sejajar dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang telah memperuntukkan bahawa; Parlimen boleh, bagi maksud hanya menentukan persamaan undang-undang dan dasar, membuat undang-undang mengenai pemegang tanah, perhubungan antara tuan tanah dengan penyewa, pendaftaran hak milik dan surat ikatan berhubungan dengan tanah, pindah milik tanah, gadai janji, pajakan dan gadaian mengenai tanah, ismen dan lain-lain hak dan kepentingan mengenai tanah, mengambil tanah dengan paksa, mengenai kadar dan penilaian dan kerajaan tempatan; 450

Berdasarkan peruntukan di atas, jelaslah di sini bahawa kewujudan Kanun Tanah Negara adalah bertujuan untuk bertindak sebagai penyelaras kepada sistem perundangan tanah di Negara ini sebagaimana yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Maka dengan adanya Kanun Tanah Negara ini sebagai bukti bertulis berkenaan suatu bentuk keseragaman undang-undang mengenai tanah di Negara ini. Kesan positif dalam jangka masa panjang adalah pentadbiran tanah dapat dikendalikan serta diselaraskan dengan tersusun. Ini kerana, sebelum terbentuknya Kanun Tanah Negara urusan berkaitan pentadbiran tanah yang dipraktikkan adalah tidak seragam dan berbeza-beza mengikut negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Komponen utama dalam peruntukan Kanun Tanah Negara yang menjadi fokus perbincangan dalam kajian ini adalah terhadap penegasan ke atas aspek pendaftaran. Sistem pendaftaran tanah yang termaktub dalam Kanun Tanah Negara ini adalah berpandukan kepada Sistem Torrens. Secara prinsipnya sistem ini adalah berdasarkan kepada konsep Mirror dan Curtain (Riduan Awang 1994). Ini bermakna semua maklumat-maklumat mengenai tanah dan jenis hak milik serta segala urusan yang telah dijalankan dapat diperolehi dengan hanya melihat kepada hak milik tanah lot yang berkenaan sahaja. Berikutan itu, terdapatnya peruntukan khusus dalam Kanun Tanah Negara yang telah mendetailkan tentang maksud pendaftaran, iaitu; (2) Pendaftar hendaklah mendaftarkan mana-mana instrument- (a)dengan membuat di atas dokumen hak milik daftaran kepada tanah untuk mana, atau bahagian atau kepentingan dalam mana, ia ada kaitan suatu memorial yang ditandatangani dan dimenteraikan menurut terma-terma yang diterangkan dalam subseksyen (3); dan (b)atas instrument itu sendiri, memenuhi dengan menandatangani dan memeteraikan bahagian itu dalam Tajuk yang terkandung di dalamnya menurut subseksyen(2) seksyen 207 yang ditunjukkan sebagai disimpan untuk Pejabat Pendaftaran. Berdasarkan perkara di atas, amalan yang dipraktikkan bersandarkan peruntukkan tersebut adalah; sebarang urus niaga tanah yang dilakukan perlulah membuat pendaftaran di mana pihak Pendaftar tanah akan membuat memorial yang mengandungi suatu kenyataan ringkas mengenai surat cara berkenaan perkara-perkara berikut; 1) identiti pihak-pihak berkenaan, 2) nombor yang dipakai dalam buku penyerahan, 3) rujukan fail, 4) masa, dan 5) tarikh pendaftaran itu berkuat kuasa. Oleh yang demikian, melalui aspek pendaftaran hak milik dan sebarang jenis urus niaga berkenaan Tanah secara teoritikalnya dapat disempurnakan dengan efisyen, efektif dan menjimatkan kos berbanding dengan sistem peninggalan British yang mensyaratkan agar semakan hak milik terkebelakang selama beberapa tahun perlu dibuat sebelum pemilik tanah yang sah dapat ditentukan dan segala urus niaga disempurnakan. 451

Elemen Pendaftaran dalam Kanun Tanah Negara: Satu Tinjauan Awal Berdasarkan penetapan yang telah diperuntukkan dalam Kanun Tanah Negara tentang penekanan terhadap sebarang urus niaga yang dilakukan perlulah didaftarkan. Ini bermakna dengan merujuk isi kandungan terhadap Kanun Tanah Negara, akta ini tidak akan memberikan sebarang pengiktirafan kepada setiap urus niaga yang tidak didaftarkan dan setiap urus niaga berkenaannya tanpa pendaftaran boleh dicabar. Berdasarkan Sistem Torrens, kepentingan pendaftaran dalam Kanun Tanah Negara adalah merujuk; Tiap-tiap daftar dokumen hak milik yang didaftarkan dengan sempurna mengikut bab ini hendaklah tertakluk kepada peruntukan Akta ini, menjadi keterangan muktamad; (a)bahawa hak milik tanah yang disebutkan di dalamnya adalah terletak hak kepada orang atau badan yang pada masa itu di namakan sebagai tuan punya; Merujuk kepada peruntukan dalam seksyen di atas, ini membawa maksud bahawa setiap tanah yang telah siap proses pendaftarannya akan menjadi hak milik tuan tanah dan perkara ini tidak boleh disangkal. Pernyataan ini tercatat dalam Kanun Tanah Negara seksyen 340(1) yang memperuntukkan; Hak milik atau kepentingan mana-mana orang atau badan buat masa itu didaftarkan sebagai tuan punya mana-mana tanah, atau atas nama siapa apa-apa pajakan, gadaian atau ismen adalah buat masa itu terdaftar, hendaklah, tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut seksyen ini, tidak boleh disangkal Dilema Tanah Wakaf Kanun Tanah Negara menetapkan elemen Pendaftaran merupakan syarat kepada pemilikan hak milik semua jenis tanah termasuklah tanah wakaf. Walaupun terdapat tanda-tanda pemilikan seperti masjid, tanah perkuburan dan sebagainya yang tanpa pendaftaran dilakukan, namun ia menjadi hak Pihak Berkuasa Negeri. Perkara ini telah diperuntukkan dalam Kanun Tanah Negara melalui seksyen 340(1) menyatakan; (1) Hak milik atau kepentingan mana-mana orang atau badan buat masa itu didaftarkan sebagai tuan punya mana-mana tanah, atau atas nama siapa apa-apa pajakan, gadaian atau ismen adalah buat masa itu terdaftar, hendaklah, tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut seksyen ini, tidak boleh disangkal. Istilah tentang konsep hak milik yang tidak boleh disangkal ini bermakna bahawa kerajaan telah memberi jaminan tentang hak milik seseorang pemilik tanah yang telah didaftarkan itu tidak boleh disoal, dicabar, atau dihilangkan. Dengan pengertian lain, konsep kemuktamadan dan ketentuan daftar (dokumen hak milik) telah dipertahankan, dan ianya juga telah dinyatakan di bawah seksyen 85(1), seksyen 88(3), seksyen 89 dan seksyen 341 Kanun Tanah Negara. Apabila hak milik telah didaftarkan dengan nama tuan punya tanah telah tercatat dalam hak milik tersebut, maka tanah itu secara sah dan muktamad telah terletak hak dan menjadi hak kepunyaan kepada tuan punya yang namanya didaftarkan dalam hak milik tersebut. Justeru itu, hak milik tersebut diklasifikasikan sebagai hak milik yang tidak boleh 452

disangkal sepertimana dinyatakan di bawah seksyen 340(1) Kanun Tanah Negara, kecuali ada asas-asas yang tertentu bagi menyangkal keesahannya, sebagaimana dinyatakan di bawah seksyen 340(2) dan (3) Kanun Tanah Negara. Prosedur pendaftaran tanah yang telah diperuntukkan oleh Kanun Tanah Negara termasuk juga tanah wakaf yang menjadi topik kajian. Ini kerana sebelum sesuatu urus niaga itu didaftarkan oleh pihak Pendaftar, beberapa prosedur dan formaliti sebagaimana yang ditentukan oleh Kanun Tanah Negara perlu dipenuhi. Prosedur pendaftaran sebagaimana yang dicatatkan adalah seperti berikut: a. Seksyen 207 menetapkan bahawa surat cara yang digunakan adalah borang-borang standard seperti yang terdapat pada Jadual 1 Kanun Tanah Negara. b. Seksyen 208 menetapkan bahawa setiap surat cara tersebut mengandungi maklumatmaklumat asas seperti nama penuh, alamat, pekerjaan dan taraf perkahwinan. c. Seksyen 209 pula menetapkan bahawa tanah itu mengandungi maklumat yang perlu dan benar berkaitan dengan tanah seperti kawasan pentadbiran, nombor lot, nombor hak milik dan lain-lain. d. Seksyen 210 menetapkan keperluan surat cara itu dilaksanakan iaitu ditandatangani dan dimeterai pihak yang berurus niaga e. Seksyen 211 pula menetapkan keperluan surat cara itu ditandatangani dan dimeterai oleh saksi yang berkelayakan f. Seksyen 293 menetapkan agar bayaran pendaftaran mesti dijelaskan pada waktu penghantaran g. Seksyen 294 menetapkan agar surat cara disetemkan mengikut Ordinan Setem 1949 h. Seksyen 294 juga menetapkan borang tersebut dihantar bersama-sama dokumen lain yang perlu. i. Seksyen 292 dokumen itu diserahkan di Pejabat Tanah atau Pejabat Pendaftaran mengikut kesesuaian dan waktu menyerahkan akan dicatat oleh Pendaftar. Walaupun pemakaian Seksyen 206 Kanun Tanah Negara telah memaktubkan bahawa sebarang urus niaga mestilah didaftarkan melalui surat cara yang ditentukan dan perlulah mengikut prosedur yang ditetapkan dengan sempurna sebagai bukti hak pemilikan. Dalam pengendalian urusan tanah wakaf terdapat beberapa isu yang perlu dikenalpasti seperti kegagalan terhadap pendaftaran tanah wakaf mahupun kegagalan pembangunan tanah wakaf. Jadual Ke-9 Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa institusi wakaf dalam negara ini telah diperundangkan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-Negeri atau enakmen yang berkaitan dengan harta wakaf negeri. Juster, bagi tujuan untuk menyelaraskan pentadbiran tanah wakaf, Kerajaan Persekutuan telah meletakkannya di bawah tanggungjawab Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Jabatan Perdana Menteri. Dalam perundangan tanah pula, kedudukan harta wakaf termasuk di bawah seksyen 4(2)(e) Kanun Tanah Negara 1965. Kanun Tanah Negara pula telah memperuntukkan bahawa mana-mana perundangan yang diletakkan di bawah seksyen ini, sekiranya terdapat mana-mana bahagiannya yang bercanggah daripada peruntukan Kanun Tanah Negara, kuat kuasa bahagian tersebut adalah terkecuali daripada mengikuti Kanun Tanah Negara (Sallehuddin Ishak 1986, Van Assen 2009). Misalannya dalam pelaksanaan Sistem pendaftaran tanah yang ada dengan menggunakan Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) hanya boleh melaksanakan pendaftaran tanah mengikut apa yang diperundangkan sahaja, tanpa mengira sama ada Kanun 453

Tanah Negara atau undang-undang selain daripadanya. Sebagai contoh, catatan Perintah Pembahagian Pusaka, deklarasi pengambilan tanah (lebih dikenali sebagai Borang K) dan status Rizab Melayu. Walaupun Kanun Tanah Negara melaungkan dengan slogan pendaftaran adalah segalagalanya tetapi slogan ini tidak mempunyai kekebalannya dari sudut undang-undang itu sendiri iaitu terdapat seksyen yang lain terdapat dalam Kanun Tanah Negara yang memperuntukkan tanah yang telah didaftarkan itu berkemungkinan besar boleh kembali kepada Pihak Berkuasa Negeri, antaranya tanah Wakaf yang tidak dimajukan dan juga tidak membayar cukai tanah. Kegagalan pendaftaran tanah wakaf atau tanah wakaf yang telah didaftarkan namun gagal dibangunkan ataupun kegagalan membayar cukai tanah menjadi risiko terhadap perampasan tanah wakaf. Status tanah wakaf turut tertakluk dengan Perintah Pembahagian Pusaka, deklarasi pengambilan tanah (lebih dikenali sebagai Borang K) dan status Rizab Melayu yang boleh menafikan pemilikan tanah wakaf. Semua proses perundangan tersebut, yang ada antaranya bercanggah dengan Kanun Tanah Negara namun dibolehkan kerana telah diperuntukkan oleh undang-undang tertentu (Van Assen 2009). Dengan ini, pihak Majlis Agama Islam Negeri sebagai pemegang amanah Tanah Wakaf perlulah bersedia dalam merangka perundangan wakaf terutamanya dalam menangani masalah yang berkaitan dengan pendaftaran tanah wakaf. Ini kerana tanah wakaf ini bukannya terdapat kepentingan individu atau badan-badan tertentu tetapi ianya adalah penyerahan hak manusia kepada Allah SWT sebagaimana yang ditetapkan dalam ajaran Islam. Dengan penyelesaian aspek pendaftaran tanah wakaf maka sudah tentu pembangunan secara optimum dapat dilakukan ke atas tanah wakaf. Kesimpulan Tanah wakaf perlu didaftarkan sebagaimana yang telah diperuntukkan dalam Kanun Tanah Negara 1965. Tanpa pendaftaran ianya membantut pembangunan dan perancangan ke atas tanah wakaf walaupun ia mempunyai potensi yang besar untuk membangunkan ekonomi umat Islam. Oleh itu, Majlis Agama Islam Negeri selaku badan yang berautoriti ke atas semua tanah wakaf di negara ini seharusnya bertindak dan memastikan semua tanah wakaf didaftarkan di atas nama Majlis Agama Islam sebagai pemegang amanah tunggal di atas harta wakaf. Ianya penting bagi memastikan institusi wakaf sentiasa berkembangan untuk selamalamanya. Rujukan Azizi Bin Zakaria, Adakah Pendaftaran Segala-Galanya?, Jurnal Pentadbiran Tanah, 5(1), 2015. Kanun Tanah Negara 1965. Muhammad Fathi Yusof, Undang-Undang Tanah Di Malaysia, Gombak: Mus ab E-Book Publication. 454

Nik Abdul Rasid (1971), Land Law and Land Administration, Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Perlembagaan Persekutuan, Perkara 76(4). Riduan Awang (1994), Undang-Undang Tanah Islam Pendekatan Perbandingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sallehuddin Ishak, Kuasa Menghurai Model Goodchild Dan Munton (1986) Dan Van Assen (2009) Dalam Masalah Pembangunan Tanah Wakaf Di Malaysia, Jurnal Pentadbiran Tanah, Bil. 1 2013 (1). Seminar Pentadbiran dan Perundangan Tanah Untuk Pegawai Daerah/Pentadbir Tanah semenanjung Malaysia, pada 15-16 Disember 2003, Dato. Haji Yidris Abdullah, Sistem Pentadbiran Tanah di Malaysia-Cabaran Masa Kini, INSTUN, Behrang 35950, Perak Darul Ridzuan Van Assen (2009) Dalam Masalah Pembangunan Tanah Wakaf Di Malaysia, Jurnal Pentadbiran Tanah, Bil. 1 2013 (1). 455