Sahabat-Sahabat Seperjuangan Yang Dikasihi.. Terima Kasih Di Atas Segala-Galanya Semoga Kejayaan Menjadi Milik Kita Bersama.

Similar documents
FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

PERANAN PESURUHJAYA BANGUNAN DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN KAJIAN KES : NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

FAKTOR-FAKTOR KETIDAKPENGHUNIAN BANGUNAN KOMERSIAL DI BANDAR MERU RAYA, IPOH, PERAK

Earthwork Activities in Private Housing Industry

Pencapaian Program Pemindahan Ilmu Tatacara Menyelamat Sewaktu Banjir Dan Kaedah Pemulihan Dalam Kalangan Komuniti Kuala Krai, Kelantan, Malaysia

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

PERLAKSANAAN AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN, 1994 DI INSTITUT LATIHAN AWAM HELMI BIN HJ. HARON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Binaan ringkas pengecas kapasitor bervoltan tinggi buatan sendiri bagi. sistem plasma fokus.

PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN

IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ELEMEN SEMIOTIK DALAM SENI PERSEMBAHAN RODAT TERENGGANU FAIZ SYAHMI BIN MOHD

A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING IN KUALA TERENGGANU HO MEE CHYONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PASARAN HARTA TANAH KEDIAMAN BERDASARKAN IMPLIKASI PENENTUAN HARGA RUMAH OLEH PEMAJU. KAJIAN KES NUSAJAYA ZARINATUL AIN BT AKHIRUDIN

KAJIAN TERHADAP PEMBINAAN LANDSKAP. KAJIAN KES : DI TAMAN REKREASI TASIK DARULAMAN, JITRA, KEDAH NURHAFEZAWANI BINTI SENAPI

Generated by Foxit PDF Creator Foxit Software For evaluation only.

BAB 1 PENDAHULUAN Pengenalan

KANDUNGAN KANDUNGAN. 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Latar Belakang Masalah Masalah pengajaran dan

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Survey on Perak and Selangor 3 messages

Sistem Bakeri Interaktif

OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM

TRACE 2017 TRACING ALUMNI FOR COLLABORATION & ENGAGEMENT & BRIDGES-LINK

SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN PENDAFTARAN MAJIKAN PERKESO KUALA KANGSAR SECARA ATAS TALIAN KAMSIAH BINTI ZAINAL ABIDIN

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017

A. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

Mohd Aqmin Abdul Wahab Universiti Kebangsaan Malaysia. Hazrul Izuan Shahiri Universiti Kebangsaan Malaysia

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR DAN LEBUHRAYA BARU PANTAI

PERANAN JURUUKUR TANAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN MOHD AIMAN BIN MOHD KAMAROL BAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

IMPLIKASI PERUBAHAN PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP KESELAMATAN AWAM : KAJIAN KES DI BANDAR MUADZAM SHAH, PAHANG

FAKTOR-FAKTOR UTAMA YANG MEMPENGARUHI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PERUNTUKAN PELABURAN HARTA TANAH DARI PERSPEKTIF PELABUR.

ADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI

Menganalisis pola dan arah aliran hujan di Negeri Sembilan menggunakan kaedah GIS poligon Thiessen dan kontur Isoyet

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Menganalisis pola dan arah aliran hujan di Negeri Sembilan menggunakan kaedah GIS Poligon Thiessen dan Kontur Isoyet

Analisis Metabolisma Bandar Menggunakan Teknik Material Flow Analysis (MFA) di Seremban. Sharif Shofirun Bin Sharif Ali (P85768)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MODELING OF SALT WATER INTRUSIONS INTO LANGAT RIVER ESTUARY, MALAYSIA

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PUSAT KEBUDAYAAN DAN KRAFTANGAN LAMIN DANA MUKAH, SARAWAK.

THE ASSESSMENT OF BUILDING DEFECTS MAINTENANCE IN HOSPITAL BUILDING NORDIYANA BINTI AB.LLAH

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

STRATEGI PENAMBAHBAIKAN PENGURUSAN BENCANA BANJIR BESAR DI KELANTAN FARISAH BINTI IBRAHIM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA

MADYA HERAWATI BTE AHMAD. Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Sains Pengurusan Teknologi

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM

AMALAN DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PELABURAN HARTA TANAH WAN SYAHIRA BINTI WAN MAMAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGARUH SIMBOLISME SENI BINA PADA MASJID. KAJIAN KES MASJID KRISTAL KUALA TERENGGANU

Untuk kerja-kerja pelancaran 'U Beam' dan kerja-kerja yang berkaitan dengan MRT

Pengetahuan komuniti dan amalan pengurusan sisa pepejal di Negeri Sembilan

The impact of waste disposal management on the water quality of rivers in Malaysia: Lessons from Pajam waste disposal sites, Negeri Sembilan

Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS: MASALAH DAN CADANGAN

FAKTOR-FAKTOR PERLAKUAN PENGGUNA YANG MEMPENGARUHI PEMBELI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PEMBELIAN HARTA TANAH KEDIAMAN KES KAJIAN : DAERAH MELAKA TENGAH

Pola dan Proses Pemilikan Tanah oleh Orang-orang Pulau di Kawasan Darat Mersing: Kajian Kes di Kampung Sri Bahagia

SEJARAH PERKEMBANGAN BEKALAN AIR DOMESTIK DI NEGERI KEDAH SEHINGGA TAHUN 1957

MASALAH GEJALA SOSIAL REMAJA DI SALAH SEBUAH DAERAH NEGERI SEMBILAN FADILAH BTE MOHAMAD NAWAWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR 29 JUN 2018

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

SAFETY AND HEALTH IN THE USE OF CHEMICALS AT WORK

CRITERIA FOR URBAN SPRAWL/ LAND USE EXPANSION (KRITERIA SERAKAN BANDAR/ SERAKAN GUNA TANAH)

Condition Appraisal Technical Report

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM

PELAKSANAAN TATACARA PELANTIKAN PELELONG BERLESEN DI PENTADBIRAN TANAH JOHOR NURUL ASMAA BINTI MAAKUL

AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR (PKPGB) UTM MOHD IRWAN BIN ABD RAHMAN

Analisis Tren Penyakit Denggi di Daerah Hulu Langat, Selangor

ISI KANDUNGAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN BAHAGIAN SATU 1.0 PENDAHULUAN 1

SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI DALAM PENENTUAN PEMELIHARAAN KAWASAN WARISAN KAJIAN KES: BANDAR TAIPING, PERAK ZALISSA BINTI ZAINI

PEMBANGUNAN TANAH WAKAF BERDASARKAN MODEL WAKAF SEETEE AISAH MOHD SAIFUL BIN ABDULLAH

PROSPEK DAN CABARAN BAGI MENGEKALKAN STATUS TANAH RIZAB MELAYU PADA ABAD KE-21 NURNABIHAH BINTI ZULKAPAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Kesan Pembandaran terhadap Pembentukan Pulau Haba Bandar di Kuala Terengganu

J\ Impacts of disturbance o~ fish communities in Sungat Pur, Terengganu I Annie Nums anak B1lly.

IMPAK AKTIVITI PEMBANGUNAN TERHADAP TREND KEKERAPAN DAN MAGNITUD BANJIR DI LEMBANGAN SUNGAI MENGGATAL, KOTA KINABALU, SABAH

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN OLEH UNIT PENGUATKUASAAN DI PEJABAT TANAH

LATAR BELAKANG BACKGROUND. Kelab Maya Sahabat Ar Rahnu

Pendaftaran Peserta / Sarapan Pagi Pengenalan - Konsep tapak & laman web. - Penyediaan Bahan - Grafik/Image/Photo/PDF/Flash Paper

Functional Assessment Report Laporan Penilaian Fungsian

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN JABATAN PEMAKANAN DAN DIETETIK SEMESTER 6, SESI 2016/2017 LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

mybalikpulau A Mapping & Interpretation Heritage Education Program for Young People

POTENSI KEPERLUAN PERUNDANGAN KHAS YANG BERKAITAN HAK PEMILIKAN TANAH BAGI PEMBANGUNAN PROJEK MRT MOHD HANIFF BIN HASSAN

JABATAN GEOGRAFI, FAKULTI SENI DAN MUZIK

Transcription:

i DEDIKASI Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Penyanyang Syukur Atas Segala Kurniaan-Mu Selawat Dan Salam Atas Rasul Junjungan Muhammad S.A.W Khas Buat Ayahanda dan Bonda Yang Tersayang.. En. Anuar Bin Ghazali dan Pn. Nor Zani Binti Mohamed Terima Kasih Atas Segala Pengorbanan Kalian Segala Jasa dan Pengorbananmu Tidak Akan Dilupakan Hingga Ke Akhir Hayat. Buat Penyelia Yang Dikagumi.. Dr. Sulzakimin Bin Mohamed Terima Kasih Di Atas Segala Bimbingan Dan Tunjuk Ajar Yang Telah Dicurahkan Selama Ini Segala Jasamu Tidak Akan Dilupakan. Buat Ahli Keluarga Yang Tersayang.. Terima Kasih Atas Sokongan Dan Dorongan Yang Diberikan Semoga Kita Menjadi Kebanggaan Ayahanda Dan Bonda Tercinta. Sahabat-Sahabat Seperjuangan Yang Dikasihi.. Terima Kasih Di Atas Segala-Galanya Semoga Kejayaan Menjadi Milik Kita Bersama.

ii PENGHARGAAN Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan penghasilan Projek Sarjana Muda ini. Alhamdulillah, berkat sumbangan daripada semua pihak, saya telah berjaya menyempurnakan projek ini. Terlebih dahulu ingin saya tujukan sekalung penghargaan ini kepada Dr.Sulzakimin Bin Mohamed selaku penyelia Projek Sarjana Muda diatas semua bimbingan dan tunjuk ajar serta nasihat beliau kepada saya. Tidak ketinggalan, insan yang paling disayangi ibu dan ayah dan adik beradik yang sentiasa memberi galakan, sokongan serta doa agar tabah dalam menjadi insan yang bermakna sehingga dapat mengakhiri pengajian di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Jasa mereka tidak dapat dibalas dan sentiasa dalam ingatan saya, InsyaAllah. Saya juga terhutang budi kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama melaksanakan Projek Sarjana Muda ini kerana selalu berbincang dan berkongsi idea serta pengetahuan dalam menyiapkan projek ini.

iii ABSTRAK Di Malaysia, banjir kilat kerap berlaku disebabkan kombinasi semula jadi dan tindakan manusia. Masalah banjir kilat di kawasan kajian telah menyebabkan aktiviti seharian penduduk terganggu, kerosakan harta benda, kesesakan lalu lintas dan sebagainya. Objektif bagi kajian ini ialah untuk mengkaji kesan banjir kilat akibat pembinaan bandar baru terhadap kawasan petempatan penduduk, mengenal pasti punca-punca berlakunya banjir kilat dan mengenal pasti strategi persediaan pihak berkuasa untuk menghadapi banjir kilat terhadap penduduk setempat. Dalam kajian ini kaedah temu bual telah digunakan bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai tiga orang yang terdiri daripada Jurutera Perbadanan Bandar Baru Tunjong, Penolong Jurutera Majlis Daerah Ketereh dan Penolong Pengarah Kejuruteraan Majlis Pembandaran Kota Bharu Kelantan. Hasil kajian ini telah dapat mengenal pasti kesan-kesan banjir kilat terhadap kawasan petempatan penduduk seperti kemusnahan harta benda, kerosakan infrastruktur, kerosakan barang jualan penduduk, kerosakan hasil pertanian, menjejaskan sistem pengangkutan jalan raya serta memberi kesan dari segi ekonomi dan sosial. Selain itu, hasil kajian ini juga telah dapat mengenal pasti punca-punca berlakunya banjir kilat di kawasan kajian seperti projek pembinaan bandar baru, pembinaan lebuh raya, masalah sistem perparitan, aktiviti penambakan tanah dan faktor bentuk muka bumi. Oleh itu, kajian ini telah dapat mengkaji dengan lebih mendalam mengenai permasalahan banjir kilat yang semakin serius dan strategik yang efektif untuk mengawalnya seperti penyelenggaraan sistem perparitan dan longkang, penyediaan petugas banjir, melakukan mesyuarat atau perbincangan dan melaksanakan pembinaan mengikut garis panduan yang betul.

iv ABSTRACT In Malaysia, flash floods often occur due to the combinations of environment and human actions. The flash flood problem in the study area has caused daily activity of the population to be disturbed, property damage, traffic congestion and so on. The objective of this study is to examine the impact of lightning floods on the construction of new towns on the settlements, identifying the causes of flash floods and identifying the authority's preparation strategy to face flash floods against local. In this study the interview method has been used to obtain the required information. The respondents involved in this study were three persons comprising Engineer from Majlis Perbadanan Bandar Baru Tunjong, Engineer from Majlis Daerah Ketereh and Engineer from Majlis Perbandaran Kota Bharu Kelantan. The results of this study have identified the impacts of lightning floods on residential areas such as property destruction, infrastructure damage, damage to residents' goods, damage to agricultural products, impair road transport systems and economic and social impacts. In addition, the findings have also been able to identify the causes of flash floods in areas such as new urban construction projects, highway construction, drainage system problems, land reclamation and earth form factors. Hence, this study has been able to study in depth about the problem of flash floods that are increasingly serious and effective strategy to control it such as maintenance of drainage and drainage systems, provision of flood officers, meeting or discussion and implement construction according to the proper guidelines

v DEDIKASI i PENGHARGAAN ii ABSTRAK iii ABSTRACT iv KANDUNGAN v SENARAI JADUAL ix SENARAI RAJAH x BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar belakang kajian 2 1.3 Permasalahan kajian 3 1.4 Persoalan kajian 6 1.5 Objektif kajian 6 1.6 Skop kajian 6 1.7 Kepentingan kajian 7 1.8 Jangkaan hasil kajian 8 1.9 Metodologi kajian 8 1.10 Kesimpulan 11 BAB 2 KAJIAN LITERATUR 2.0 Pengenalan 12 2.1 Banjir 12 2.1.1 Jenis banjir 12 2.2 Bandar 15 2.3 Industri pembinaan 15 2.4 Kawasan petempatan penduduk 16 2.5 Kesan pembinaan bandar baru terhadap kawasan petempatan Penduduk 17 2.5.1 Aktiviti seharian penduduk terganggu 17

vi 2.5.2 Kemusnahan harta benda 17 2.5.3 Kerugian wang ringgit 18 2.5.4 Kesesakan lalu lintas 18 2.5.5 Wabak penyakit dan kematian 19 2.5.6 Menjejaskan alam sekitar 20 2.6 Punca-punca berlakunya banjir kilat akibat pembinaan bandar baru terhadap kawasan petempatan penduduk. 20 2.6.1 Faktor semulajadi 20 2.6.2 Proses perbandaran 22 2.6.3 Perubahan permukaan daripada hutan menjadi kawasan kalis air 23 2.6.4 Masalah sistem perparitan 24 2.6.5 Sekatan pengaliran 24 2.7 Strategi persediaan pihak berkuasa untuk menghadapi banjir kilat terhadap penduduk setempat. 25 2.7.1 Memasang sistem amaran dan pengesan banjir 25 2.7.2 Memastikan sistem perparitan dan longkang sentiasa bersih 26 2.7.3 Kempen kesedaran 27 2.7.4 Menyediakan petugas banjir secukupnya 27 2.8 Kesimpulan 28 BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 29 3.2 Bentuk kajian 29 3.3 Pengumpulan sumber data 30 3.3.1 Data primer 30 3.3.2 Data sekunder 31 3.4 Instrumen kajian 31 3.4.1 Temu bual 32

vii 3.5 Kawasan kajian 33 3.6 Responden kajian 34 3.7 Populasi responden 34 3.8 Kajian perintis 35 3.9 Proses analisis data 35 3.9.1 Penganalisian data kualitatif 35 3.10 Cadangan kaedah kajian 36 3.10.1 Catar Alir Metodologi 37 3.11 Kesimpulan 39 BAB 4 ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 40 4.2 Dapatan data temu bual 40 4.2.1 Bahagian A: Latar belakang responden 41 4.2.2 Bahagian B: Kesan banjir kilat akibat pembinaan Bandar Baru Tunjong Kota Bharu Kelantan terhadap kawasan petempatan penduduk 41 4.2.3 Bahagian C: Punca-punca berlakunya banjir kilat akibat pembinaan Bandar Baru Tunjong Kota Bharu Kelantan terhadap kawasan petempatan penduduk 50 4.2.4 Bahagian D: Strategi persediaan pihak berkuasa untuk menghadapi banjir kilat terhadap kawasan petempatan penduduk 57 4.3 Ringkasan analisis data kajian 62 4.4 Cadangan untuk mengatasai masalah banjir kilat oleh pihak responden 69 4.5 Kesimpulan 70

viii BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 71 5.2 Rumusan kajian 71 5.2.1 Objektif pertama: Mengkaji kesan banjir kilat akibat pembinaan bandar baru terhadap kawasan petempatan penduduk 72 5.2.2 Objektif kedua: Mengenal pasti punca-punca berlakunya banjir kilat akibat pembinaan bandar baru terhadap kawasan petempatan penduduk 73 5.2.3 Objektif ketiga: Mengenal pasti strategi persediaan pihak berkuasa untuk menghadapi banjir kilat terhadap penduduk setempat 75 5.3 Limitasi kajian 76 5.4 Cadangan kajian lanjutan 77 5.5 Kesimpulan 78 RUJUKAN 79 LAMPIRAN

ix SENARAI JADUAL 2.1 Jumlah Hujan (mm) dalam tempoh 24 jam bagi Stesen Meteorologi Petaling Jaya, Subang dan KLIA, Sepang pada 10 Jun 2007 21 3.1 Hasil kajian perintis 35 3.2 Contoh penyusunan data kualitatif dalam jadual 36 4.0 Latar belakang responden 40 4.1 Kenyataan responden berkaitan kesan banjir kilat akibat pembinaan Bandar Baru Tunjong Kota Bharu Kelantan terhadap kawasan petempatan penduduk 41 4.2 Kenyataan responden berkaitan punca-punca berlakunya banjir kilat akibat pembinaan Bandar Baru Tunjong Kota Bharu Kelantan terhadap kawasan petempatan penduduk 50 4.3 Kenyataan responden berkaitan strategi persediaan pihak berkuasa untuk menghadapi banjir kilat akibat pembinaan Bandar Baru Tunjong Kota Bharu Kelantan terhadap kawasan petempatan penduduk 57 4.4 Ringkasan analisis bagi objektif pertama 63 4.5 Ringkasan analisis bagi objektif kedua 65 4.6 Ringkasan analisis bagi objektif ketiga 67

x SENARAI RAJAH 1.1 Peta lokasi kawasan kajian Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu, Kelantan 3 1.2 Metodologi kajian 10 3.4 Catar alir metodologi kajian 37

1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Di Malaysia, perkembangan bandar telah berlaku dengan pesat dan beberapa bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan George Town telah membentuk wilayah metropolitan masing-masing yang memerlukan kawalan pembangunan spatialnya. Di pinggir wilayah metropolitan seperti ini merupakan tumpuan pemaju - pemaju untuk membangunkan taman-taman perumahan, kawasan industri, pasar raya besar dan kawasan rekreasi berskala besar. Ini memberi tekanan fizikal kepada penduduk kampung yang tinggal di pinggirnya seperti terpaksa menghadapi masalah kesesakan lalu lintas ke tempat kerja, kekurangan perkhidmatan pengangkutan awam, banjir kilat, tanah runtuh, dan pengasingan masyarakat (Amir, 2006). Walaupun pendekatan saintifik telah menunjukkan yang manusia boleh menguasai alam sekitar, tetapi ada ketikanya terutamanya apabila melampau had keupayaan dan tahap maksimunnya, kemusnahan akan menonjol dan membawa kebinasaan dan kerosakan kepada manusia pada akhirnya. (Suratman & Mohd Tahir, 2013). Dalam hal ini, pendekatan rakus negara maju hendaklah dijadikan pedoman. Sekiranya, ia pembangunan yang berunsurkan lestari dan mampan, tiada salah untuk dituruti sementara pembangunan yang memusnahkan hendaklah dijauhi (Marzuki & Hashim, 2006).

2 1.2 Latar belakang kajian Industri pembinaan lazimnya dikaitkan dengan projek yang berorientasikan perniagaan yang menghasilkan produk seperti bangunan. (Hamzah, 2014). Industri ini telah memberi sumbangan yang signifikan kepada ekonomi negara. Amnya, di negara-negara maju industri ini menyumbang kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) lebih tinggi berbanding negara-negara membangun (Brooker & Wilkinson, 2010) seperti negara Malaysia. Tunjong merupakan sebuah mukim di daerah Pendek, Kota Bharu, Kelantan. Tunjong terletak dalam Parlimen P 024 Kubang Kerian. Mukim-mukim lain di daerah Pendek ialah Nilam Puri, Larak, Gaung, Mulong, Lating, Kubang Kachang, dan Rupek. Terdapat sebanyak 131 mukim kesemuanya di jajahan Kota Bharu. Kawasan topografi ini adalah kawasan tanah rendah dan kurang kemudahan saliran. Masalah ini bertambah lebih teruk apabila wujudnya Projek Pembinaan Bandar Baru Tunjong Kota Bharu Kelantan. Projek ini membabitkan pembinaan kondominium, pasar raya dan taman adalah kerjasama Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Tunjong Development Corporation Sdn Bhd dan Perbadanan Bandar Baru Tunjong (My Metro, 2014). Kawasan ini merupakan kawasan tanah pertanian padi yang ditimbus untuk membina bangunan-bangunan bagi Projek Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu Kelantan. Aktiviti-aktiviti menimbus tanah kawasan pertanian ini telah menyebabkan kawasan tersebut mempunyai masalah perparitan dan saliran sehingga boleh menyebabkan berlakunya masalah banjir kilat. Hal ini adalah kerana banyak longkang atau parit yang telah dikambus atau dikecilkan bagi membina projek bandar baru tersebut. Masalah banjir kilat ini telah melanda penduduk yang menetap di kawasan Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu, Kelantan sehingga menimbulkan pelbagai masalah yang serius.

3 Rajah 1.1: Peta lokasi kawasan kajian Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu, Kelantan. (Google Maps, 2017/) 1.3 Permasalahan kajian Masalah banjir kilat jarang berlaku di negeri Kelantan kerana pada kebiasaannya negeri ini hanya dilanda banjir yang disebabkan oleh hujan musim tengkujuh sahaja. Malangnya, selepas banyak pembinaan yang dijalankan di Kelantan, negeri tersebut kini sedang dilanda masalah banjir kilat. Oleh itu, kajian ini adalah mengenai kesan pembinaan Bandar Baru Tunjong Kota Bharu Kelantan terhadap kawasan petempatan penduduk yang mana terdapat dakwaan daripada penduduk setempat berlakunya masalah banjir kilat yang berpunca daripada projek pembinaan bandar baru tersebut (Utusan Malaysia Online, 2011). Masalah banjir kilat yang sering melanda di beberapa

4 buah negeri termasuk negeri Kelantan ini adalah amat membimbangkan semua pihak sehingga Perdana Menteri Malaysia telah menyeru Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar supaya membuat kajian menyeluruh kejadian banjir kilat di seluruh negara (Sinar Harian, 2013). Banjir kilat yang melanda negeri ini telah menyebabkan aktiviti seharian penduduk di kawasan Bandar Baru Tunjong terganggu. Hal ini kerana, apabila hujan turun dengan lebat ianya akan menyebabkan berlakunya banjir kilat dan penduduk terpaksa berpindah ke pusat pemindahan banjir akibat rumah yang dimasuki air hujan (Utusan Malaysia Online, 2011). Kesan banjir kilat seterusnya yang dialami oleh penduduk di kawasan berkenaan adalah kerosakan harta benda. Kediaman yang didiami oleh para penduduk di kawasan ini telah dimasuki air hujan akibat daripada berlakunya banjir kilat. Rumah yang dimasuki air akan mengalami kerosakan yang teruk seperti kerosakan barangan elektrik, barangan perabot, kenderaan dan pakaian (Utusan Malaysia Online, 2011). Selain itu, kesesakan lalu lintas juga turut berlaku di kawasan Bandar Baru Tunjong kerana berlakunya peningkatan paras air di atas jalan raya dan menyebabkan banyak jalan terpaksa ditutup. Masalah ini menjadi lebih teruk lagi apabila berlaku hujan lebat pada waktu-waktu puncak seperti waktu pagi kerana ramai penduduk dikawasan berkenaan keluar untuk pergi kerja atau melakukan aktiviti seharian mereka. Proses pembinaan bandar baru telah menyebabkan air hujan yang turun tidak dapat diserap ke dalam tanah kerana permukaan tanah yang berturap seperti tar dan simen atau ditutupi dengan konkrit pembangunan. Seterusnya, air larian permukaan akan terjadi sehingga mengakibatkan banjir kilat berlaku di sesuatu kawasan. Banjir kilat ini, selalunya berlaku dan surut dalam jangka masa yang singkat. Sebagai contoh, banjir kilat yang berlaku di bandar Kajang pada 3 Mei 2012 (Berita Harian, 2012). Menurut pandangan ahli geografi, pembangunan yang pesat membawa impak negatif kepada alam sekitar sekiranya sistem pembangunan yang dijalankan secara tidak terancang dan mesra alam.

5 Menurut Abdul Rahman (2007) magnitud banjir kilat sebenarnya adalah lebih besar apabila manusia mulai campur tangan dalam sistem persekitaran dengan mengganggu komponen-komponen alam sekitar kesan daripada aktiviti pembangunan yang tidak mampan. Perubahan permukaan daripada hutan menjadi kawasan kalis air seperti jalan berturap dan konkrit mengurangkan daya susupan air. Justeru itu, air akan mengalir terus di atas permukaan kalis air dan meningkatkan pemusatan air larian ke dalam saluran. Dengan itu, kekerapan berlaku kejadian banjir kilat meningkat selepas proses perbandaran. Seterusnya, masalah banjir kilat yang sering melanda kawasan bandar pula adalah disebabkan sistem perparitan yang tidak sempurna (Abdul Rahman, 2007). Parit atau longkang yang dibina terlau kecil dan cetek serta sering tersumbat. Apabila berlaku hujan lebat, parit tersebut tidak dapat menampung sejumlah air yang banyak. Maka air akan melimpah keluar dari parit atau longkang sehingga menyebabkan banjir kilat berlaku. Masalah banjir kilat juga tidak boleh dipandang remeh walaupun ianya berlaku dengan pesat atau cepat (iaitu beberapa minit hingga setengah jam selepas hujan berlaku) tetapi juga berakhir dengan cepat (iaitu jangka hidupnya adalah dari setengah jam hingga sehari). Hal ini demikian, banjir kilat boleh menimbulkan banyak masalah dan kesan buruk terhadap manusia dan harta benda. Oleh itu, setiap projek pembinaan yang bakal dijalankan harus meneliti dahulu kesan yang bakal timbul terhadap alam sekitar dan juga manusia. Oleh itu, satu jalan penyelesaian harus dirancang untuk mencari kaedah terbaik bagi menyelesaikan permasalahan banjir kilat yang dihadapi oleh penduduk di sekitar Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu, Kelantan. Pihak kerajaan atau pemaju projek berkenaan haruslah merancang dengan teliti pembangunan yang dilaksanakan bagi mengelakkan kejadian banjir kilat terus berlaku. Selain itu, strategi-strategi persediaan pihak berkuasa untuk menghadapi banjir kilat terhadap penduduk haruslah dikaji dengan

6 lebih terperinci supaya ianya dapat mengurangkan kesan buruk banjir kilat terhadap penduduk setempat di kawasan kajian. 1.4 Persoalan kajian Kajian ini mempunyai beberapa persoalan yang perlu dikaji. Antara persoalan-persoalan tersebut ialah: i. Apakah kesan pembinaan bandar baru terhadap kawasan petempatan penduduk? ii. Apakah punca-punca berlakunya banjir kilat akibat pembinaan bandar baru terhadap kawasan petempatan penduduk? iii. Apakah strategi persediaan pihak berkuasa untuk menghadapi banjir kilat terhadap penduduk setempat. 1.5 Objektif kajian i. Mengkaji kesan banjir kilat akibat pembinaan bandar baru terhadap kawasan petempatan penduduk. ii. Mengenal pasti punca-punca berlakunya banjir kilat akibat pembinaan bandar baru terhadap kawasan petempatan penduduk. iii. Mengenal pasti strategi persediaan pihak berkuasa untuk menghadapi banjir kilat terhadap penduduk setempat. 1.6 Skop kajian Kajian ini tertumpu di Negeri Kelantan iaitu di kawasan petempatan penduduk di Bandar Baru Tunjong Kota Bharu, Kelantan. Hal ini demikian, kawasan ini adalah masih berada di dalam proses pembinaan bandar baru. Selain itu, kawasan ini juga sering kali dilanda banjir kilat sehingga menjejaskan kehidupan penduduk di kawasan berkenaan. Manakala, pihak responden yang terlibat di dalam kajian ini adalah terdiri

7 daripada pegawai kejuruteraan di Perbadanan Bandar Baru Tunjong, pegawai di Majlis Pembandaran Kota Bharu dan pegawai di Majlis Daerah Ketereh. 1.7 Kepentingan kajian Kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengkaji kesan pembinaan bandar baru Tunjong Kota Bharu Kelantan terhadap penduduk setempat iaitu kesan banjir kilat. Hal ini demikian, kawasan ini sering kali dilanda banjir kilat yang berpunca daripada projek pembinaan Bandar Baru Tunjong tersebut. Penulisan kajian ini diharap dapat memberi faedah dan kepentingan kepada pihak-pihak seperti berikut: i. Pihak Berkuasa Tempatan Kajian ini diharapkan dapat dijadikan sebagai panduan yang berguna kepada pihak berkuasa tempatan dalam melakukan penambahbaikan terhadap kawalan pembinaan di sesebuah kawasan. Selain itu, kajian ini dapat membantu pihak berkuasa tempatan dalam mengenal pasti punca-punca berlakunya banjir kilat dan langkah-langkah untuk mengatasi masalah tersebut. ii. Penyelidik Kajian ini juga dapat digunakan oleh para penyelidik yang membuat kajian dalam bidang pembinaan terutamanya kajian mengenai banjir kilat. Kajian ini dapat dijadikan sebagai bahan rujukan kepada para penyelidik dalam membuat pelbagai jenis kajian yang berkaitan dengan kesan pembinaan. iii. Orang awam Kajian ini dapat memberikan pendedahan dan pemahaman yang cukup kepada orang awam terutamanya penduduk di sekitar Bandar Baru Tunjong Kota Bharu,

8 Kelantan tentang isu-isu banjir kilat yang disebabkan oleh projek pembinaan Bandar Baru Tunjong. 1.8 Jangkaan hasil kajian Sekiranya kajian ini berjaya dilaksanakan, maka objektif kajian ini akan dapat dicapai iaitu: i. Dapat mengkaji kesan banjir kilat akibat pembinaan bandar baru terhadap kawasan petempatan penduduk. ii. Dapat mengenal pasti punca-punca berlakunya banjir kilat akibat pembinaan bandar baru terhadap kawasan petempatan penduduk. iii. Dapat mengenal pasti strategi persediaan pihak berkuasa untuk menghadapi banjir kilat terhadap penduduk setempat. 1.9 Metodologi kajian Bagi mendapatkan maklumat untuk menghasilkan kajian ini, beberapa kaedah kajian telah digunakan. Dalam kajian ini, kaedah kajian yang telah digunakan ialah kaedah kualitatif. Bagi kaedah kualitatif, maklumat telah diperolehi dengan cara melakukan sesi temu bual terhadap pegawai kejuruteraan di Perbadanan Bandar Baru Tunjong, pegawai di Majlis Pembandaran Kota Bharu dan pegawai di Majlis Daerah Ketereh untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan kesan-kesan dan punca-punca berlakunya banjir kilat di kawasan Bandar Baru Tunjong Kota Bharu serta strategi persediaan pihak berkuasa untuk menghadapi banjir kilat terhadap penduduk setempat. Manakala, proses pengumpulan data pula melibatkan data sekunder dan data primer. Data sekunder telah diperolehi dari bahan bacaan seperti buku, jurnal, majalah, maklumat akhbar dan internet. Manakala, data primer pula diperolehi daripada kaedah temu bual yang dijalankan terhadap responden. Rajah 1.8.1 menunjukkan proses metodologi kajian yang telah dilakukan sepanjang kajian ini berlangsung. Rajah

9 berkenaan menerangkan pada peringkat pertama melibatkan kajian awal dan rangka kaedah kajian. Pada peringkat kedua pula, melibatkan pengumpulan data sekunder. Manakala, pada peringkat ketiga melibatkan pengumpulan data primer. Seterusnya, pada peringkat keempat melibatkan proses menganalisis data yang diperolehi hasil daripada temu bual dengan responden dan proses analisis data ini dilakukan secara manual dengan menggunakan kaedah jadual matrik serta dibantu oleh perisian Microsoft Word untuk menyelaraskan dan memudahkan proses menganalisis kajian. Pada peringkat akhir adalah membuat laporan kajian.

10 Peringkat 1: Kajian Awal dan Rangka Kaedah Kajian Mencari isu-isu dan masalah yang berkaitan dengan tajuk kajian. - Kesan pembinaan bandar baru iaitu banjir kilat terhadap kawasan petempatan Peringkat 2: Data Sekunder Bahan bacaan tentang isu-isu kesan pembinaan bandar baru terhadap kawasan petempatan penduduk iaitu banjir kilat. (Melalui buku, jurnal, majalah, akhbar dan internet) Peringkat 3: Data Primer Temu bual responden: Pegawai Kejuruteraan Perbadanan Bandar Baru Tunjong, Pegawai Majlis Daerah Ketereh dan Pegawai Majlis Pembandaran Kota Bharu. Peringkat 4: Analisis Data Pemprosesan data dan maklumat yang diperolehi dengan menggunakan Jadual Matrik dan dibantu oleh penggunaan perisian Microsoft Word. - Hasil kajian - Kesimpulan - Cadangan Peringkat 5: Laporan Kajian Rajah 1.2: Metodologi kajian

11 1.10 Kesimpulan Implikasi projek pembinaan terhadap kawasan petempatan penduduk ini adalah sesuatu yang penting dan harus diberi perhatian yang khusus dalam industri pembinaan bagi mengurangkan kesan-kesan buruk projek pembinaan terhadap petempatan penduduk sehingga boleh menjejaskan kehidupan seharian mereka. Oleh itu, semua pihak haruslah bersama-sama berusaha untuk memastikan setiap projek pembinaan yang dilakukan adalah mengikut garis panduan yang betul dan tidak akan menjejaskan kehidupan manusia dan alam sekitar.

12 BAB 2 KAJIAN LITERATUR 2.0 Pengenalan Kajian ini akan membincangkan dengan lanjut tentang kesan pembinaan Bandar Baru Tunjong Kota Bharu, Kelantan terhadap kawasan petempatan penduduk iaitu kesan banjir kilat. Selain itu, kajian ini juga akan mengkaji tentang punca-punca berlakunya banjir kilat yang disebabkan oleh projek pembinaan bandar baru dan mengenal pasti strategi persediaan pihak berkuasa untuk menghadapi banjir kilat terhadap penduduk setempat. Pada bahagian bab pertama telah membincangkan tentang pengenalan kajian, latar belakang kajian, penyataan masalah kajian, objektif kajian, skop kajian dan metadologi kajian yang akan digunakan bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan di dalam kajian ini. Manakala, pada bahagian bab kedua pula, akan membincangkan tentang konsep, definisi, dan kajian-kajian lepas mengenai tajuk kajian dengan lebih terperinci untuk mendapatkan pemahaman yang lebih lanjut. 2.1 Banjir Banjir boleh didefinisikan sebagai badan air, yang melimpah keluar dari tebing sungai, tasik atau sistem perparitan disebabkan oleh hujan lebat, pencairan ais, air pasang, dan halangan pada saluran (Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, 2013). Manakala, menurut Hamid (2014) pula banjir bermaksud apabila air larian permukaan tidak dapat

13 diserap sepenuhnya oleh permukaan tanah, akan menyebabkan berlakunya pengumpulan air. Kenaikan paras air sungai yang disebabkan oleh keadaan yang sama juga adalah salah satu punca pengumpulan air tersebut. Menurut Ghosh (2006), banjir ditakrifkan sebagai aliran besar air terutamanya, badan air yang semakin meningkat, bengkak dan tanah menyebabkan air lebih mengalir dengan itu biasanya tidak dilindungi dan berlakunya banjir. Manakala, menurut Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA), banjir boleh digambarkan sebagai keadaan di mana kawasan tanah yang kering ditakungi air. Takungan air tersebut boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti limpahan air sungai, curahan air hujan yang luar biasa dan keadaan saliran air yang tersumbat. Manakala, banjir menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) sebagai bah, juga ditakrifkan dari segi bahasa sebagai limpahan air dari tebing-tebing sistem saliran terutamanya, sungai, yang boleh mendatangkan kerugian yang teruk kepada manusia di mana ianya mampu menyebabkan pelbagai kerosakan dan juga kehilangan nyawa. Istilah banjir merujuk kepada keadaan apabila air menenggelami atau menggenani sesebuah tempat atau kawasan yang luas. 2.1.1 Jenis banjir Terdapat beberapa jenis banjir yang sering melanda penduduk iaitu banjir kilat, banjir monsun, banjir kawasan dan banjir sungai. a) Banjir kilat Banjir ini berlaku di sebabkan oleh hujan kilat yang terhasil akibat daripada aliran konvensional udara. Kejadian hujan kilat sering diikuti dengan kehadiran guruh dan kilat. Ia berlaku dalam tempoh yang singkat tetapi boleh menyebabkan banjir terutamanya di kawasan tadahan kecil dan bandar yang tidak mempunyai sistem saliran yang baik dan berkesan. Ia juga boleh surut dengan cepat mengikut keadaan kawasan hujan (Hamid, 2014). Banjir ini selalu berlaku di kawasan bandar-bandar besar yang mempunyai pembangunan yang pesat seperti Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar yang lain. Bencana banjir kilat sangat berbahaya di mana ianya boleh menyebabkan kehilangan

14 nyawa. Gelombang banjir mungkin mempunyai daya memusnahkan apa-apa objek yang besar yang ada di laluan seperti pokok-pokok dan kenderaan. Bencana banjir ini merupakan interaksi antara manusia dengan alam sekitar yang disebabkan oleh sistem penyesuaian manusia ketika memanfaatkan alam sekitar dan sistem alam sekitar itu sendiri (Reny, Juita & Zuriyani, 2013). Menurut Yuyun, (2008) bencana banjir kilat ini akan memberi kesan kepada manusia seperti kerosakkan tanaman atau hasil pertanian, kerosakkan harta benda dan boleh meragut nyawa manusia. Banjir kilat adalah sejenis banjir yang berlaku dalam masa yang singkat dan melibatkan kemusnahan serta kerugian yang besar terhadap manusia. Lazimnya, banjir kilat berlaku dengan pesat (iaitu beberapa minit hingga setengah jam selepas hujan berlaku) tetapi juga berakhir dengan cepat (iaitu jangka hidupnya adalah dari setengah jam hingga sehari). Banjir kilat boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Kejadian hujan ribut merupakan faktor utama dalam menyumbang kepada kejadian banjir kilat. Banjir kilat lazimnya berlaku sepanjang tahun di Malaysia tetapi lebih singkat tempoh kejadianya tetapi lebih kerap berlaku di pantai barat (Rahman, 2007). Hal ini terjadi ekoran daripada ketidakupayaan permukaan untuk menyerap air, keadaan ini disebabkan oleh permukaan yang tidak lelap ataupun keadaan air yang mengalir dari permukaan terdedah kepada permukaan tak telap. Air larian ini akan membawa bersama kelodak dan pasir dan seterusnya akan menyekat aliran sungai atau alur. b) Banjir monsun Banjir monsun seringkali terjadi di kawasan Pantai Timur Malaysia seperti di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Banjir monsun terjadi disebabkan oleh musim monsun yang berlaku. Banjir monsun biasanya berlaku disebabkan oleh musim tengkujuh terutamanya dari bulan November hingga Mac. Selain itu, Musim Monsun juga terjadi dipantai timur Semenanjung Malaysia, bahagian utara Sabah dan bahagian selatan Sarawak yang menyumbang hujan lebat (Hassan, 2006). Keadaan musim monsun ini adalah sangat berbahaya bagi nelayan-nelayan terutamanya di mana hujan turun berharihari dan akan menyukarkan sebarang aktiviti laut. Malahan semasa musim monsun berlaku, sebarang aktiviti pelancongan di kawasan laut juga dilarang untuk tujuan keselamatan.

15 c) Banjir kawasan Banjir yang bergantung kepada keadaan semula jadi hujan dan melibatkan kawasan yang luas (Hamid, 2014). Ciri-ciri hujan kawasan adalah ianya tidak lebat tetapi berterusan. Pada kebiasaannya, hujan kawasan tidak berselang seli dengan kilat atau guruh. Faktor banjir hujan kawasan adalah saliran tidak dapat menampung air hujan yang turun dalam waktu yang lama. Banjir jenis ini adalah lebih buruk sedikit berbanding banjir kilat kerana banjir hujan kawasan akan menghasilkan kenaikan paras air yang lebih tinggi. Oleh sebab itu, banjir ini juga mengambil masa yang lama untuk surut. d) Banjir sungai Banjir sungai merupakan satu proses semulajadi dan sebahagiannya adalah daripada kitaran hidrologi yang besar, permukaan dan aliran air bawah tanah (Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, 2009). Banjir sungai berlaku apabila kapasiti sistem saliran semulajadi atau buatan manusia tidak dapat menampung