PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

Save this PDF as:
 WORD  PNG  TXT  JPG

Size: px
Start display at page:

Download "PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN"

Transcription

1 PANDUAN KURSUS ix DESKRIPSI PANDUAN KURSUS Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati dari awal hingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursu secara berterusan semasa anda membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu dalam menjelaskan komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang. PENGENALAN HBPS3303 Perkembangan Afektif dan Pembelajaran Kanak-kanak ialah salah satu kursus yang ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan dan Bahasa di Open University Malaysia (OUM). Kursus ini melibatkan tiga jam kredit dan harus dijalankan selama 8 hingga 15 minggu. KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN Kursus ini ditawarkan kepada pelajar yang mengambil program Sarjana Muda Pengajaran dalam bidang Prasekolah dengan Kepujian. Sebelum mengikuti kursus ini, anda perlu memahami kandungan kursus dan bagaimana kursus ini dijalankan serta keperluan-keperluannya. Untuk itu, anda perlu membaca panduan ini dengan teliti dari mula hingga akhir. Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimumkan kaedah pembelajaran dan persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut dikendalikan. PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN Berdasarkan piawaian OUM, pelajar perlu memperuntukkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus yang bernilai 3 jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran masa pembelajaran adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

2 x PANDUAN KURSUS Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran Aktiviti Pembelajaran Mengambil bahagian dalam perbincangan awal dan memahami secara ringkas kandungan kursus Jam Pembelajaran Memahami modul 60 Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10 Penyertaan dalam talian 12 Ulang kaji 15 Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 20 JUMLAH MASA PEMBELAJARAN OBJEKTIF KURSUS Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan teori dan asas pembelajaran afektif; 2. Menghuraikan kurikulum pengajaran afektif; 3. Memberi contoh pendekatan dan teknik pengajaran afektif; dan 4. Merancang aktiviti pembelajaran dan pengajaran afektif. SINOPSIS KURSUS Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis untuk setiap topik adalah seperti yang disenaraikan berikut: Topik 1 memperkenalkan kepada beberapa tokoh yang mengemukakan teori dan pandangan tentang aspek perkembangan afektif, personaliti dan kendiri. Anda juga diperkenal kepada domain yang penting dalam aspek tersebut dan perkaitannya dengan perkembangan kanak-kanak. Topik 2 memberikan penekanan kepada perkembangan afektif kanak-kanak daripada peringkat bayi sehingga ke peringkat kanak-kanak. Pada peringkat perkembangan bayi, aspek sangkutan, interaksi dan emosi disentuh. Pada peringkat perkembangan bertatih, aspek bermain, kerenah, hubungan sosial dan kepekaan kawalan sosial dibincangkan, manakala di peringkat perkembangan prasekolah, perbincangan tertumpu kepada aspek emosi, personaliti dan sosial.

3 PANDUAN KURSUS xi Topik 3 menyentuh tentang pendekatan dan kurikulum yang diamalkan di taska, tadika dan prasekolah. Beberapa aspek tentang aplikasi pembelajaran yang afektif seperti pendekatan secara individu, kumpulan dan kelas serta implikasinya ke atas pengajaran-pembelajaran juga dibincangkan dalam topik ini. Topik 4 mendedahkan anda kepada kaedah pengurusan kelas yang berkesan di taska, tadika dan prasekolah yang penekanan adalah dalam aspek pengurusan ruang, inventori bahan dan peralatan. Anda juga didedahkan kepada kepentingan amalan pengurusan yang baik serta memastikan kebersihan dan keselamatan persekitaran kepada kanak-kanak diberi keutamaan. Topik 5 menyentuh aspek sosiodramatik yang perbincangan tertumpu kepada jenis pantomin, drama kreatif dan main peranan. Bagi setiap aspek sosiodramatik, penumpuan diberi kepada pengurusan ruang serta perancangan yang sistematik dalam memperkenalkan aspek tersebut. Topik 6 menghuraikan aspek yang penting dalam mainan untuk kanak-kanak dari peringkat lahir hingga lima tahun. Aspek yang dibincangkan merangkumi ciri-ciri main mengikut peringkat bayi hingga kanak-kanak dan perancangan aktiviti yang sesuai untuk peringkat tersebut. Topik 7 mendedahkan anda kepada kepentingan perhubungan keluarga dalam perkembangan kanak-kanak. Ibu bapa ialah faktor penting dalam kehidupan kanak-kanak terutamanya dalam perkembangan emosi yang positif. Topik ini juga membincangkan hubungan antara keluarga, komuniti dan institut dalam membantu dan melengkapkan perkembangan afektif kanak-kanak. Topik 8 membincangkan kepentingan dan keperluan persekitaran dan budaya dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak. Anda akan didedahkan kepada bentuk persekitaran dan budaya yang bersesuaian dan kondusif untuk pembentukan dan pendekatan kurikulum pendidikan kanak-kanak yang afektif. Topik 9 memberi penekanan kepada peranan media dalam pembelajaran afektif kanak-kanak yang tumpuan perbincangan adalah terhadap penggunaan media dalam pengajaran dan bentuk media yang sesuai digunakan untuk menyediakan bahan pengajaran bagi golongan kanak-kanak prasekolah.

4 xii PANDUAN KURSUS Topik 10 menghuraikan peranan emosi dan permasalahan emosi yang dihadapi oleh kanak-kanak. Ia juga membincangkan peranan guru untuk mengatasi permasalahan emosi kanak-kanak, menyediakan penyelesaian masalah dan tindakan susulan ke atas permasalahan yang dihadapi. Turut dihuraikan dalam topik ini ialah pembentukan emosi dan tingkah laku dalam kalangan kanakkanak dengan memberi penekanan kepada pemupukan dan dorongan, serta model dan perancangan aktiviti yang bersesuaian dengan pembentukan emosi. PANDUAN SUSUN ATUR TEKS Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda mengambil tahu susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan. Umumnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti yang berikut: Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik, anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu topik. Semak Kendiri: Soalan diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik. Soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalan Semak Kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda untuk menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalan yang ditanya terdapat dalam modul itu sendiri. Aktiviti: Aktiviti juga diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik untuk menggalakkan anda mengaplikasikan konsep dan prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan seumpamanya. Rumusan: Pada akhir topik, isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

5 PANDUAN KURSUS xiii Kata Kunci: Pada akhir topik, disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting yang digunakan dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Rujukan: Rujukan merupakan bahagian senarai buku teks, jurnal, artikel, kandungan elektronik atau sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat dalam beberapa bahagian seperti dalam Panduan Kursus (pada bahagian Rujukan), pada akhir setiap topik atau akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda. PENGETAHUAN ASAS Tiada pengetahuan asas diperlukan. KAEDAH PENILAIAN Sila rujuk myinspire. RUJUKAN Essa, E. L. (2001). Introduction to early childhood education (3rd ed.). Albany, NY S: Delmar. Goleman. D. (1998). Working with emotional intelligence. New York, NY: Bantam Books. Gordon, A. M., & Browne, K. W. (2000). Beginnings and beyond (5th ed.). Clifton Park, NY: Thomson Delmar Learning. Seefeldt, C., & Wasik, B. A. (2006). Early education: Three, four and five-yearolds go to school (2nd ed.). Upper Saddle River, NJ: Pearson. Wardle, F. (2003). Introduction to early childhood: A multidimensional approach to child-centered care and learning. Boston, MA: Allyn and Bacon. Jas Laile Suzana Jaafar. (2002). Psikologi kanak-kanak dan remaja. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

6 xiv PANDUAN KURSUS PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR ABDULLAH SANUSI (TSDAS) Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan dalam talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30 pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada adalah EBSCOhost, ProQuest, SpringerLink, Books24x7, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan sepenuhnya sumber yang terdapat di perpustakaan ini.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN PANDUAN KURSUS ix DESKRIPSI PANDUAN KURSUS Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati daripada awal sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda

More information

HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR SUHAILAH BINTI MOHD YATIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI

More information

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI A project report submitted in partial fulfillment of the requirements for the award of the

More information

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA iii To my beloved friends and family iv ACKNOWLEDGEMENT In preparing

More information

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS: MASALAH DAN CADANGAN

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS: MASALAH DAN CADANGAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS: MASALAH DAN CADANGAN Mustapha Kamal Ahmad Kassim Jabatan Hal Ehwal Pelajar Institut

More information

9888889 1822 1155 51 9101103 USIM 694 51 01 5 5 ABSTRAK Objektif kajian adalah untuk mendedahkan agenda tersembunyi pentadbiran Amerika Syarikat dan peranan institusi perancangan strategi Amerika dalam

More information

Earthwork Activities in Private Housing Industry

Earthwork Activities in Private Housing Industry Earthwork Activities in Private Housing Industry LAM YUEN SIONG A project report submitted in partial fulfilment of the requirement for the award of the degree of Master of Science (Construction Management)

More information

MODUL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MODUL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MODUL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA E5124 / UNIT0/ 0 E5124 KOMUNIKASI DATA MOHD DAUD BIN ALANG HASSAN (PSP), MOHD KAMAL ARIFFIN BIN ZAKARIYA (PSP), ABU BAKAR BIN IBRAHIM (PSP). BIODATA PENULIS

More information

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM Projek Sarjana Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Syarat Penganugerahan Sarjana Sains (Pentadbiran

More information

APLIKASI PENJANA KUIZ MUDAH ALIH

APLIKASI PENJANA KUIZ MUDAH ALIH APLIKASI PENJANA KUIZ MUDAH ALIH NUR FAEZA SUHAIMI NOORAZEAN MOHD ALI Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Proses pembelajaran tidak ketinggalan mengalami perubahan

More information

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Standard Operating Procedure Permohonan Dana im4u Outreach Centre Berikut merupakan (SOP) im4u Outreach Centre bagi sebarang permohonan dana yang di kemukakan kepada pihak kami: Semasa Permohonan dibuat:

More information

DERAF JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SELARAS SESI DEC 2015 (BELUM MUKTAMAT)

DERAF JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SELARAS SESI DEC 2015 (BELUM MUKTAMAT) DERAF JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SELARAS SESI DEC 2015 (BELUM MUKTAMAT) 1. Sukacita dimaklumkan bahawa Peperiksaan Akhir Selaras Politeknik KPT Sesi Disember 2015 akan dijalankan pada 02 16 April 2016. 2.

More information

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS* JUDUL: HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SESI PENGAJIAN: 2012/2013 Saya SYUKRIYAH

More information

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility 1. This Campaign is organized by Bank Muamalat Malaysia Berhad BMMB (Organizer) (Company No. 6175-W). 2. This Campaign

More information

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018 PEKELILING PEPERIKSAAN 5/2018 PEPERIKSAAN SEMESTER PERTAMA Pelajar Program Pengajian Ijazah Tinggi Pelajar Program Pengajian Ijazah Pertama (Penuh Masa, Program Pesisir, Program Usaha Sama Akademik) Pelajar

More information

e Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (icompex 17)

e Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (icompex 17) STUDENT GUIDELINE FOR COLOR THEORY-TEMPLATE PEMUDAHCARA RODA WARNA Nurhamizah Binti Misuan zara.mieyariesza@gmail.com Masithah Binti Jasman onlymemars@yahoo.com Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual Politeknik

More information

MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI PERISIAN MICROSOFT VISUAL BASIC 6.0 NUR FAZILA BINTI SALLEH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI PERISIAN MICROSOFT VISUAL BASIC 6.0 NUR FAZILA BINTI SALLEH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI PERISIAN MICROSOFT VISUAL BASIC 6.0 NUR FAZILA BINTI SALLEH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

More information

Kesahan Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak Dalam Kalangan Pemain Lelaki Berumur 14 Dan 15 Tahun. Abstrak

Kesahan Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak Dalam Kalangan Pemain Lelaki Berumur 14 Dan 15 Tahun. Abstrak Kesahan Spesifik Sukan Bola Sepak Dalam Kalangan Pemain Lelaki Berumur 14 Dan 15 Tahun 1 Muhamad Hafiz Ismail, 2 PM. Dr. Ahmad Hashim 1 Fakulti Pendidikan UTM, 2 Fakulti Sains Sukan Dan Kejurulatihan,

More information

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility 1. This Campaign is organized by Bank Muamalat Malaysia Berhad BMMB (Organizer) (Company No. 6175-W). 2.

More information

A. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION

A. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION Perincian Perubahan Kelulusan Cadangan Pindaan/Tambahan Dokumen (CPD) bagi Skop Perkhidmatan Utaman untuk Kelulusan Mesyuarat Pengurusan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dan cadangan

More information

MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM

MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM MUHAMMAD ASYRAF ZULKAPLE AMIRAH ISMAIL Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Alumni merujuk kepada bekas graduan sesebuah pusat

More information

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA THE EFFECT OF WORK-FAMILY CONFLICT AND WORK FAMILY ENRICHMENT ON AFFECTIVE ORGANIZATIONAL COMMITMENT AMONG FACULTY CLERICAL STAFF IN UTM SKUDAI ROZANTI A. HAMID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA THE EFFECT

More information

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN CONTINOUS PROFESSIONAL DEVELOPMENT

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN CONTINOUS PROFESSIONAL DEVELOPMENT GARIS PANDUAN PELAKSANAAN CONTINOUS PROFESSIONAL DEVELOPMENT (CPD) SEBAGAI KAEDAH PENGIRAAN LATIHAN BAHARU DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (BAGI STAF BUKAN AKADEMIK) 1. TUJUAN Panduan ini bertujuan menerangkan

More information

PENULISAN ILMIAH-PANDUAN UNTUK PEMBIMBING

PENULISAN ILMIAH-PANDUAN UNTUK PEMBIMBING PENULISAN ILMIAH Pengenalan 1. Penulisan ilmiah merupakan satu bentuk penulisan formal untuk mempersembahkan sesuatu ide, konsep, kajian melibatkan penulis merujuk kepada sesuatu sumber yang ada autoriti

More information

Pengenalan kepada Pengurusan Sumber Manusia

Pengenalan kepada Pengurusan Sumber Manusia Topik 1 Pengenalan kepada Pengurusan Sumber Manusia HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Memberikan definisi pengurusan sumber manusia; 2. Menerangkan kepentingan pengurusan

More information

PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS KBSM BAGI TOPIK OPTIK ABDUL HADI BIN SHAPIAI

PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS KBSM BAGI TOPIK OPTIK ABDUL HADI BIN SHAPIAI i PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS KBSM BAGI TOPIK OPTIK ABDUL HADI BIN SHAPIAI Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

More information

AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR (PKPGB) UTM MOHD IRWAN BIN ABD RAHMAN

AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR (PKPGB) UTM MOHD IRWAN BIN ABD RAHMAN AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR (PKPGB) UTM MOHD IRWAN BIN ABD RAHMAN Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan

More information

THE IMPACT OF THE FACEBOOK WEBSITE QUALITY ON USER S PERCEIVED ATTITUDE, INTENTION AND LOYALTY AMONG STUDENTS OF UTM TAMER ADEL SALEH ALAJRAMI

THE IMPACT OF THE FACEBOOK WEBSITE QUALITY ON USER S PERCEIVED ATTITUDE, INTENTION AND LOYALTY AMONG STUDENTS OF UTM TAMER ADEL SALEH ALAJRAMI THE IMPACT OF THE FACEBOOK WEBSITE QUALITY ON USER S PERCEIVED ATTITUDE, INTENTION AND LOYALTY AMONG STUDENTS OF UTM TAMER ADEL SALEH ALAJRAMI A dissertation submitted in fulfillment of the requirements

More information

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV Note: Cardholders are advised to read and understand the Campaign Terms and Conditions before participating. 1) The Campaign is valid for selected

More information

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A DETERMINING EMERGENCY EVACUATION AID FOR FLOOD DISASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA

More information

PERBEZAAN ASPEK PERKEMBANGAN FIZIKAL DALAM KALANGAN KANAK-KANAK LELAKI DAN PEREMPUAN MENURUT PERSPEKTIF BARAT

PERBEZAAN ASPEK PERKEMBANGAN FIZIKAL DALAM KALANGAN KANAK-KANAK LELAKI DAN PEREMPUAN MENURUT PERSPEKTIF BARAT Jurnal Komunikasi Malaysian, Journal of Communication Jilid 1 2016: 137-148 PERBEZAAN ASPEK PERKEMBANGAN FIZIKAL DALAM KALANGAN KANAK-KANAK LELAKI DAN PEREMPUAN MENURUT PERSPEKTIF BARAT ABSTRAK Kolej Universiti

More information

PERANAN JURUUKUR TANAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN MOHD AIMAN BIN MOHD KAMAROL BAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERANAN JURUUKUR TANAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN MOHD AIMAN BIN MOHD KAMAROL BAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PERANAN JURUUKUR TANAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN MOHD AIMAN BIN MOHD KAMAROL BAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PERANAN JURUUKUR TANAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN MOHD AIMAN BIN MOHD KAMAROL BAHARI Laporan

More information

A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING IN KUALA TERENGGANU HO MEE CHYONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING IN KUALA TERENGGANU HO MEE CHYONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING IN KUALA TERENGGANU HO MEE CHYONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING

More information

HOST : Department of Urban and Regional Planning, Faculty of Built Environment, Universiti Teknologi Malaysia.

HOST : Department of Urban and Regional Planning, Faculty of Built Environment, Universiti Teknologi Malaysia. REPORT: UNIVERSITAS DIPONEGORO VISIT TO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. (28 th of APRIL 2011) MAIN DETAILS HOST : Department of Urban and Regional Planning, Faculty of Built Environment, Universiti Teknologi

More information

SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI DALAM PENENTUAN PEMELIHARAAN KAWASAN WARISAN KAJIAN KES: BANDAR TAIPING, PERAK ZALISSA BINTI ZAINI

SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI DALAM PENENTUAN PEMELIHARAAN KAWASAN WARISAN KAJIAN KES: BANDAR TAIPING, PERAK ZALISSA BINTI ZAINI SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI DALAM PENENTUAN PEMELIHARAAN KAWASAN WARISAN KAJIAN KES: BANDAR TAIPING, PERAK ZALISSA BINTI ZAINI Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Sains

More information

Penggunaan Modelling Clay dalam Penghasilan Model 3D bagi Pelajar. di Universiti Pendidikan Sultan Idris

Penggunaan Modelling Clay dalam Penghasilan Model 3D bagi Pelajar. di Universiti Pendidikan Sultan Idris Jurnal Seni dan Pendidikan Seni 79 ISSN 2289-4640 / Vol. 4 (2016)) / (79-86) Penggunaan Modelling Clay dalam Penghasilan Model 3D bagi Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Seni di Universiti Pendidikan

More information

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM Borang PTAR(BPP)/Ahli Luar/06/2015/Pind.2016 PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM (Sila isi maklumat dengan lengkap/ All fields must be

More information

ADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI

ADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI i ADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI Report submitted in fulfilment of the requirement for the degree of Bachelor of Technology Management

More information

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses. Title: Two Malay enrolled nurses awarded the Tan Chin Tuan Nursing Award Reporter: Nity Farhana Dolhamid Media/Date: BERITA, 22 November 2016 Translated by: Zulayqha Binte Zulkifli SINGAPORE: Two Malay

More information

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA NORFASHAH BIN MOHAMED FPAS 2013 12 WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA

More information

KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DIKALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR DAN KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DIKALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR DAN KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DIKALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR DAN KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG YUSRIZAL BIN YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DIKALANGAN PELAJAR

More information

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan ijazah Doktor Falsafah

More information

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MODELING OF SALT WATER INTRUSIONS INTO LANGAT RIVER ESTUARY, MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MODELING OF SALT WATER INTRUSIONS INTO LANGAT RIVER ESTUARY, MALAYSIA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MODELING OF SALT WATER INTRUSIONS INTO LANGAT RIVER ESTUARY, MALAYSIA NORHABINA ABD ARIS FPAS 2012 19 MODELING OF SALT WATER INTRUSIONS INTO LANGAT RIVER ESTUARY, MALAYSIA By

More information

Pengetahuan komuniti dan amalan pengurusan sisa pepejal di Negeri Sembilan

Pengetahuan komuniti dan amalan pengurusan sisa pepejal di Negeri Sembilan GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 13 issue 4 (126-137) 126 Pengetahuan komuniti dan amalan pengurusan sisa pepejal di Negeri Sembilan Zaini Sakawi 1, Sofia Ayup 2, Mohd Fauzi Sukimi

More information

Deposit Dragon Campaign ( Campaign )

Deposit Dragon Campaign ( Campaign ) Deposit Dragon Campaign ( Campaign ) Terms and Conditions 1. The Deposit Dragon Campaign (hereinafter referred to as Campaign ) commencing from 16 January 2012 and ends on 29 February 2012. (hereinafter

More information

SYARAT DAN PANDUAN MEMOHON PINJAMAN PELAJARAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE (TATIUC) 2017

SYARAT DAN PANDUAN MEMOHON PINJAMAN PELAJARAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE (TATIUC) 2017 SYARAT DAN PANDUAN MEMOHON PINJAMAN PELAJARAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE (TATIUC) 2017 PENAJA UTAMA : PINJAMAN PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN) PERMOHONAN Pelajar layak memohon pinjaman

More information

TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN INFORMASI SEBAGAI SATU BUDAYA PENEMPATAN KERJA ALTERNATIF DALAM SEKTOR PEMBINAAN

TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN INFORMASI SEBAGAI SATU BUDAYA PENEMPATAN KERJA ALTERNATIF DALAM SEKTOR PEMBINAAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN INFORMASI SEBAGAI SATU BUDAYA PENEMPATAN KERJA ALTERNATIF DALAM SEKTOR PEMBINAAN ZULKEFLI BIN MAT JUNIT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN INFORMASI SEBAGAI

More information

JABATAN GEOGRAFI, FAKULTI SENI DAN MUZIK

JABATAN GEOGRAFI, FAKULTI SENI DAN MUZIK . SISTEM MAKLUMAT GUNA TANAH LEMBAH BERNAM: SATU KAJIAN PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA DIGITAL MENGGUNAKAN SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS) EN. MOHD FARIS DZIAUDDIN JABATAN GEOGRAFI, FAKULTI SENI DAN MUZIK UNIVERSITI

More information

RELIABILITY OF SAFETY PERFORMANCE INDICATOR: COMPLIANCE AND EFFECTIVENESS OF SAFETY PROGRAMS IN CONSTRUCTION SITE RAMES KUMAR SHANMUGAM

RELIABILITY OF SAFETY PERFORMANCE INDICATOR: COMPLIANCE AND EFFECTIVENESS OF SAFETY PROGRAMS IN CONSTRUCTION SITE RAMES KUMAR SHANMUGAM i RELIABILITY OF SAFETY PERFORMANCE INDICATOR: COMPLIANCE AND EFFECTIVENESS OF SAFETY PROGRAMS IN CONSTRUCTION SITE RAMES KUMAR SHANMUGAM A project report is submitted in partial fulfilment of the requirements

More information

MSG Quality Control [Kawalan Mutu]

MSG Quality Control [Kawalan Mutu] - 1 - UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Second Semester Examination 2014/2015 Academic Session June 2015 MSG 262 - Quality Control [Kawalan Mutu] Duration : 3 hours [Masa : 3 jam] Please check that this examination

More information

2.3. For joint customer of Libshara-i, only the primary account holder will qualify to participate.

2.3. For joint customer of Libshara-i, only the primary account holder will qualify to participate. TERMS AND CONDITIONS FOR KFH DRAWS CAMPAIGN ( CAMPAIGN ) 1. Campaign Period 1.1. This KFH Draws campaign ( Campaign ) is organised by Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad ( KFH Malaysia ) and the Campaign

More information

PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN

PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Sains (Pentadbiran dan Pembangunan

More information

Think City Grants Programme Application Guide / Program Geran Think City Panduan dan Borang Permohonan

Think City Grants Programme Application Guide / Program Geran Think City Panduan dan Borang Permohonan Think City Grants Programme Application Guide / Program Geran Think City Panduan dan Borang Permohonan Think City s main objective is the rejuvenation of urban environments to help create more sustainable

More information

Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017

Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017 UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017 UNITEN has been awarded Tier 5 SETARA-2017 rating (Excellent) in the 'Mature University Category at the Majlis Penarafan Universiti dan Kolej Universiti (SETARA) 2017.

More information

FITUR LANJUTAN MEMPROSES PERKATAAN

FITUR LANJUTAN MEMPROSES PERKATAAN TOPIK 3 FITUR LANJUTAN MEMPROSES PERKATAAN PENGENALAN Anda telah diperkenalkan dengan Asas Pemprosesan Perkataan di dalam topik dua yang meliputi asas Microsoft Word, penyokong pembacaan dan kemasukan

More information

YBhg. Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

YBhg. Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia TEKS UCAPAN ALUAN PENGARAH INTAN DI MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) INTAN-UUM BAGI KURSUS SARJANA SAINS PENGURUSAN PADA 28 OKTOBER 2011 (HARI JUMAAT) Saudara Pengerusi Majlis YBhg.

More information

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS

More information

CADANGAN REKA BENTUK SUBSISTEM MAKLUMAT PERUNDANGAN BAGI PENGURUSAN KAWASAN TANAH BENCAH KAJIAN KES: TG. PIAI & SG. PULAI. NAFISA BINTI HOSNI

CADANGAN REKA BENTUK SUBSISTEM MAKLUMAT PERUNDANGAN BAGI PENGURUSAN KAWASAN TANAH BENCAH KAJIAN KES: TG. PIAI & SG. PULAI. NAFISA BINTI HOSNI ong yang tidak berkenaan CADANGAN REKA BENTUK SUBSISTEM MAKLUMAT PERUNDANGAN BAGI PENGURUSAN KAWASAN TANAH BENCAH KAJIAN KES: TG. PIAI & SG. PULAI. NAFISA BINTI HOSNI Tesis ini dikemukakan Sebagai memenuhi

More information

CRITERIA FOR URBAN SPRAWL/ LAND USE EXPANSION (KRITERIA SERAKAN BANDAR/ SERAKAN GUNA TANAH)

CRITERIA FOR URBAN SPRAWL/ LAND USE EXPANSION (KRITERIA SERAKAN BANDAR/ SERAKAN GUNA TANAH) VOT 78106 CRITERIA FOR URBAN SPRAWL/ LAND USE EXPANSION (KRITERIA SERAKAN BANDAR/ SERAKAN GUNA TANAH) PROF. DR. AHRIS YAAKUP PROF. MADYA DR. AHMAD NAZRI MUHAMAD LUDIN DR. FOZIAH JOHAR PN. NORDIDNI CHE

More information

TOTAL HOSPITAL INFORMATION SYSTEM (THIS)

TOTAL HOSPITAL INFORMATION SYSTEM (THIS) TOTAL HOSPITAL INFORMATION SYSTEM (THIS) A Perkhidmatan Operasi, Sokongan dan Penyelenggaraan Perkakasan, Perisian, Rangkaian dan Aplikasi bagi Total Hospital (THIS) Di bawah Produk Cerner bagi Hospital

More information

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA A STUDY OF SAFETY AND HEALTH AWARENESS AND NOISE ASSESSMENT AT STAMPING DIE COMPANY This report submitted in accordance with requirement of the Universiti Teknikal Malaysia

More information

SISTEM SOKONGAN PERANCANGAN (PSS): ANALISIS APLIKASI BAGI SEKTOR-SEKTOR TERPILIH

SISTEM SOKONGAN PERANCANGAN (PSS): ANALISIS APLIKASI BAGI SEKTOR-SEKTOR TERPILIH Jurnal Teknologi, 40(B) Jun. 2004: 41 66 Universiti Teknologi Malaysia SISTEM SOKONGAN PERANCANGAN (SSP) 41 SISTEM SOKONGAN PERANCANGAN (PSS): ANALISIS APLIKASI BAGI SEKTOR-SEKTOR TERPILIH TARMIJI MASRON

More information

SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN PENDAFTARAN MAJIKAN PERKESO KUALA KANGSAR SECARA ATAS TALIAN KAMSIAH BINTI ZAINAL ABIDIN

SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN PENDAFTARAN MAJIKAN PERKESO KUALA KANGSAR SECARA ATAS TALIAN KAMSIAH BINTI ZAINAL ABIDIN SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN PENDAFTARAN MAJIKAN PERKESO KUALA KANGSAR SECARA ATAS TALIAN KAMSIAH BINTI ZAINAL ABIDIN Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

More information

Salmiah binti Mohd Salleh, Noor Afziha binti Ngarisan dan Ramlah binti Mohd Noor Kolej Komuniti Hulu Langat.

Salmiah binti Mohd Salleh, Noor Afziha binti Ngarisan dan Ramlah binti Mohd Noor Kolej Komuniti Hulu Langat. FAEDAH PENYERTAAN PROGRAM PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) KEPADA WARGA EMAS: KAJIAN TERHADAP PESERTA UNIVERSITY OF THE THIRD AGE (U3A) DI KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT Abstrak Salmiah binti Mohd Salleh,

More information

Distribusi Simpanan Bank Umum Periode Januari 2018

Distribusi Simpanan Bank Umum Periode Januari 2018 Distribusi Simpanan Bank Umum Periode Januari 2018 Lembaga Penjamin Simpanan Group Penanganan Premi Penjaminan KATA PENGANTAR Distribusi Simpanan Bank Umum merupakan media informasi yang menyajikan data

More information

TERMS & CONDITIONS MAYBANK ONLINE APPLICATION CAMPAIGN II FOR BALANCE TRANSFER/EZYCASH/EZYPAY PLUS

TERMS & CONDITIONS MAYBANK ONLINE APPLICATION CAMPAIGN II FOR BALANCE TRANSFER/EZYCASH/EZYPAY PLUS MAYBANK ONLINE APPLICATION CAMPAIGN II FOR BALANCE TRANSFER/EZYCASH/EZYPAY PLUS CAMPAIGN PERIOD TERMS & CONDITIONS MAYBANK ONLINE APPLICATION CAMPAIGN II FOR BALANCE TRANSFER/EZYCASH/EZYPAY PLUS runs from

More information

BIASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (BUMT) JABATAN PENGURUSAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU. - Syarat dan Kelayakan - Borang Permohonan

BIASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (BUMT) JABATAN PENGURUSAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU. - Syarat dan Kelayakan - Borang Permohonan BIASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (BUMT) JABATAN PENGURUSAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU - Syarat dan Kelayakan - Borang Permohonan 1 SYARAT DAN KELAYAKAN BIASISWA UNIVERSITI MALAYSIA

More information

PENGARUH SIMBOLISME SENI BINA PADA MASJID. KAJIAN KES MASJID KRISTAL KUALA TERENGGANU

PENGARUH SIMBOLISME SENI BINA PADA MASJID. KAJIAN KES MASJID KRISTAL KUALA TERENGGANU PENGARUH SIMBOLISME SENI BINA PADA MASJID. KAJIAN KES MASJID KRISTAL KUALA TERENGGANU Mohamad Shahrizal Bin Abd Ghafar Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian (Pengurusan Seni) 2015 PENGARUH SIMBOLISME SENI

More information

mybalikpulau A Mapping & Interpretation Heritage Education Program for Young People

mybalikpulau A Mapping & Interpretation Heritage Education Program for Young People mybalikpulau A Mapping & Interpretation Heritage Education Program for Young People Heritage Education Program mybalikpulau Cultural Mapping Identifying cultural assets Social interactions that take place

More information

PENDAPAT PELATIH TERHADAP KURSUS YANG DITAWARKAN DI AKADEMI BINAAN MALAYSIA JOHOR MOHD SYAIFUL AKMAL BIN MOHD NAIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENDAPAT PELATIH TERHADAP KURSUS YANG DITAWARKAN DI AKADEMI BINAAN MALAYSIA JOHOR MOHD SYAIFUL AKMAL BIN MOHD NAIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PENDAPAT PELATIH TERHADAP KURSUS YANG DITAWARKAN DI AKADEMI BINAAN MALAYSIA JOHOR MOHD SYAIFUL AKMAL BIN MOHD NAIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PSZ 19:16(Pind. 1/97) JUDUL

More information

MASALAH GEJALA SOSIAL REMAJA DI SALAH SEBUAH DAERAH NEGERI SEMBILAN FADILAH BTE MOHAMAD NAWAWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MASALAH GEJALA SOSIAL REMAJA DI SALAH SEBUAH DAERAH NEGERI SEMBILAN FADILAH BTE MOHAMAD NAWAWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MASALAH GEJALA SOSIAL REMAJA DI SALAH SEBUAH DAERAH NEGERI SEMBILAN FADILAH BTE MOHAMAD NAWAWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA i MASALAH GEJALA SOSIAL REMAJA DI SALAH SEBUAH DAERAH NEGERI SEMBILAN FADILAH

More information

TRACE 2017 TRACING ALUMNI FOR COLLABORATION & ENGAGEMENT & BRIDGES-LINK

TRACE 2017 TRACING ALUMNI FOR COLLABORATION & ENGAGEMENT & BRIDGES-LINK TRACE 2017 TRACING ALUMNI FOR COLLABORATION & ENGAGEMENT & BRIDGES-LINK 2017 1 ISI KANDUNGAN 3 PENGENALAN DAN OBJEKTIF DARI MEJA PENGARAH 4 5 TRACING ALUMNI FOR COLLABORATION & ENGAGEMENT PENGHARGAAN 24

More information

Approach for Benchmarking Rural ICT Projects K.M. Nazri, Tariq Zaman, M.O.Rosita.

Approach for Benchmarking Rural ICT Projects K.M. Nazri, Tariq Zaman, M.O.Rosita. Balanced Scorecard Approach for Benchmarking Rural ICT Projects K.M. Nazri, Tariq Zaman, M.O.Rosita. The contribution of Information Communication Technologies (ICTs) is significant in rural development

More information

Keselamatan dan Kesihatan Pekerja

Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Topik 11 Keselamatan dan Kesihatan Pekerja HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Membanding dan membezakan konsep keselamatan dan kesihatan; 2. Meneliti jenis-jenis keselamatan

More information

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF TAJUK : KAJIAN TERHADAP MOTIF SONGKET TERENGGANU FATIN AMIRAH BINTI ZAMERI (30180) Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni ) 2014 KAJIAN TERHADAP

More information

AUDIT KETUA NEGARA 2016 LAPORAN SIRI 1 PENGURUSAN AKTIVITI/ KEWANGAN JABATAN/ AGENSI DAN PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR

AUDIT KETUA NEGARA 2016 LAPORAN SIRI 1 PENGURUSAN AKTIVITI/ KEWANGAN JABATAN/ AGENSI DAN PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2016 PENGURUSAN AKTIVITI/ KEWANGAN JABATAN/ AGENSI DAN PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR SIRI 1 JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA TAHUN 2016

More information

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING AM BILANGAN 3 TAHUN 2015

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING AM BILANGAN 3 TAHUN 2015 KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING AM BILANGAN 3 TAHUN 2015 GARIS PANDUAN PERMOHONAN KELULUSAN TEKNIKAL DAN PEMANTAUAN PROJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) AGENSI SEKTOR AWAM JABATAN PERDANA

More information

DETERMINATION OF LEAD CONTENT IN WHITENING CREAM USING LASER INDUCED BREAKDOWN SPECTROSCOPY ANALYSIS WAN NORSYUHADA BT WAN MOHD SHUKRI

DETERMINATION OF LEAD CONTENT IN WHITENING CREAM USING LASER INDUCED BREAKDOWN SPECTROSCOPY ANALYSIS WAN NORSYUHADA BT WAN MOHD SHUKRI i DETERMINATION OF LEAD CONTENT IN WHITENING CREAM USING LASER INDUCED BREAKDOWN SPECTROSCOPY ANALYSIS WAN NORSYUHADA BT WAN MOHD SHUKRI A thesis submitted in fulfillment of the requirements for the award

More information

PENGARUH PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP PENYERTAAN SOSIAL PENDUDUK KAMPUNG BANDAR DI WILAYAH UTARA MALAYSIA

PENGARUH PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP PENYERTAAN SOSIAL PENDUDUK KAMPUNG BANDAR DI WILAYAH UTARA MALAYSIA PENGARUH PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP PENYERTAAN SOSIAL PENDUDUK KAMPUNG BANDAR DI WILAYAH UTARA MALAYSIA Mohamad Shaharudin Samsurijan 1, Radin Firdaus Radin Badarudin 2, Paramjit Singh Jamir Singh 3,

More information

FAKTOR-FAKTOR PERLAKUAN PENGGUNA YANG MEMPENGARUHI PEMBELI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PEMBELIAN HARTA TANAH KEDIAMAN KES KAJIAN : DAERAH MELAKA TENGAH

FAKTOR-FAKTOR PERLAKUAN PENGGUNA YANG MEMPENGARUHI PEMBELI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PEMBELIAN HARTA TANAH KEDIAMAN KES KAJIAN : DAERAH MELAKA TENGAH FAKTOR-FAKTOR PERLAKUAN PENGGUNA YANG MEMPENGARUHI PEMBELI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PEMBELIAN HARTA TANAH KEDIAMAN KES KAJIAN : DAERAH MELAKA TENGAH RAZWIN NOOR BT RAZALI Laporan projek ini di kemukakan

More information

PERLAKSANAAN AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN, 1994 DI INSTITUT LATIHAN AWAM HELMI BIN HJ. HARON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERLAKSANAAN AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN, 1994 DI INSTITUT LATIHAN AWAM HELMI BIN HJ. HARON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PERLAKSANAAN AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN, 1994 DI INSTITUT LATIHAN AWAM HELMI BIN HJ. HARON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PERLAKSANAAN AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN, 1994 DI INSTITUT

More information

SAFETY AND HEALTH IN THE USE OF CHEMICALS AT WORK

SAFETY AND HEALTH IN THE USE OF CHEMICALS AT WORK NIOSH Malaysia Newsletter... bringing you the OSH updates No Permit:PP13200/12/2013(032007) May 2014:ISSN 1675-5464 Your OSH preferred partners SAFETY AND HEALTH IN THE USE OF CHEMICALS AT WORK World Day

More information

Pola dan Proses Pemilikan Tanah oleh Orang-orang Pulau di Kawasan Darat Mersing: Kajian Kes di Kampung Sri Bahagia

Pola dan Proses Pemilikan Tanah oleh Orang-orang Pulau di Kawasan Darat Mersing: Kajian Kes di Kampung Sri Bahagia Pola dan Proses Pemilikan Tanah oleh Orang-orang Pulau di Kawasan Darat Mersing: Kajian Kes di Kampung Sri Bahagia Azima Abdul Manaf, Suhana Saad, Mohd Shamsudin & Hamzah Jusoh Pusat Pengajian Sosial,

More information

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM Projek Sarjana Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Syarat Penganugerahan Sarjana Sains (Pentadbiran

More information

2. This Campaign is applicable for all RHB Credit and Debit Cards, except RHB Platinum Business Cards. ( Eligible Cardmember )

2. This Campaign is applicable for all RHB Credit and Debit Cards, except RHB Platinum Business Cards. ( Eligible Cardmember ) Terms and Conditions ( T&C ) RHB RM1 Million Cash Back campaign 1. RHB RM1 Million Cash Back campaign( Campaign ) shall run from 15 th October 2015 to 14 th February 2016, both dates inclusive ( the Campaign

More information

kecuali dimaklumkan sebaliknya.

kecuali dimaklumkan sebaliknya. KEMPEN PEROLEHAN DIGITAL KAD KREDIT HONG LEONG TEMPOH KEMPEN Kempen Perolehan Digital III ("Kempen") Hong Leong Bank ('HLB') akan bermula pada 13 Oktober 2017 dan berakhir pada 12 November 2017, kedua-dua

More information

SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS) DAN SEKTOR KESIHATAN AWAM: KAJIAN DEMAM DENGGI DI BANDAR BARU BANGI DAN KAJANG

SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS) DAN SEKTOR KESIHATAN AWAM: KAJIAN DEMAM DENGGI DI BANDAR BARU BANGI DAN KAJANG KERTAS SAINTIFIK SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS) DAN SEKTOR KESIHATAN AWAM: KAJIAN DEMAM DENGGI DI BANDAR BARU BANGI DAN KAJANG Shaharudin I *,Shamsul A.S. #, Tahir A #, Mariam M #, Azah D # & Nik Shamsidah

More information

Distribusi Simpanan Bank Umum Periode Maret 2018

Distribusi Simpanan Bank Umum Periode Maret 2018 Distribusi Simpanan Bank Umum Periode Maret 2018 Lembaga Penjamin Simpanan Group Penanganan Premi Penjaminan KATA PENGANTAR Distribusi Simpanan Bank Umum merupakan media informasi yang menyajikan data

More information

Distribusi Simpanan Bank Umum Periode Februari 2018

Distribusi Simpanan Bank Umum Periode Februari 2018 Distribusi Simpanan Bank Umum Periode Februari 2018 Lembaga Penjamin Simpanan Group Penanganan Premi Penjaminan KATA PENGANTAR Distribusi Simpanan Bank Umum merupakan media informasi yang menyajikan data

More information

TERMS AND CONDITIONS OF #SenangBiz CAMPAIGN. TERMA DAN SYARAT BAGI KEMPEN #SenangBiz

TERMS AND CONDITIONS OF #SenangBiz CAMPAIGN. TERMA DAN SYARAT BAGI KEMPEN #SenangBiz 1. DEFINITION 1.1 For the purpose of these Terms and Conditions, the following words and expressions shall have the meanings assigned to them except where the context otherwise requires:- Bank means Bank

More information

TERMS AND CONDITION Tactical Usage Campaign 2018 FIFA World Cup Russia

TERMS AND CONDITION Tactical Usage Campaign 2018 FIFA World Cup Russia TERMS AND CONDITION Tactical Usage Campaign 2018 FIFA World Cup Russia Campaign Period 1. The Tactical Usage Campaign 2018 FIFA World Cup Russia ( the Campaign ) is organized by RHB Bank Berhad ( RHB Bank

More information

PERANAN JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA NEGERI SEMBILAN DALAM MEMPROMOSIKAN ALAT MUZIK CAKLEMPONG

PERANAN JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA NEGERI SEMBILAN DALAM MEMPROMOSIKAN ALAT MUZIK CAKLEMPONG PERANAN JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA NEGERI SEMBILAN DALAM MEMPROMOSIKAN ALAT MUZIK CAKLEMPONG Mohd Fadzli Bin Zakaria Sarjana Muda Seni Gunaan Dengan Kepujian (Pengurusan Seni) 2012 PERANAN

More information

AMALAN DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PELABURAN HARTA TANAH WAN SYAHIRA BINTI WAN MAMAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AMALAN DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PELABURAN HARTA TANAH WAN SYAHIRA BINTI WAN MAMAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ii AMALAN DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PELABURAN HARTA TANAH WAN SYAHIRA BINTI WAN MAMAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA i AMALAN DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PELABURAN HARTA TANAH WAN SYAHIRA BINTI WAN MAMAT Tesis

More information

MANUAL KUALITI SYARIAH

MANUAL KUALITI SYARIAH MANUAL KUALITI SYARIAH PSP PSP-PK-MK MANUAL KUALITI SYARIAH DISEDIAKANOLEH DILULUSKANOLEH JAWATAN Pengurus Kualiti Pengarah TARIKH 14 Nov 2017 16 Nov 2017 KELUARAN PINDAAN TARIKH BERKUATKUASA 01 00 17

More information

Terma & Syarat. Kempen Akaun Semasa/Simpanan AmBank-I Love Savings!

Terma & Syarat. Kempen Akaun Semasa/Simpanan AmBank-I Love Savings! 1. Definisi 1.1 Bagi tujuan Terma dan Syarat ini, perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan yang berikut akan membawa maksud yang ditetapkan kepadanya melainkan konteks menghendaki sebaliknya:- Bank bermaksud

More information

THE CHALLENGES AND SUCCESS FACTORS IN TOURISM ENTREPRENEURSHIP: CASE STUDY OF ENTREPRENEURS AT JONKER STREET, MALACCA

THE CHALLENGES AND SUCCESS FACTORS IN TOURISM ENTREPRENEURSHIP: CASE STUDY OF ENTREPRENEURS AT JONKER STREET, MALACCA THE CHALLENGES AND SUCCESS FACTORS IN TOURISM ENTREPRENEURSHIP: CASE STUDY OF ENTREPRENEURS AT JONKER STREET, MALACCA GOH MEI LING UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA THE CHALLENGES AND SUCCESS FACTORS

More information

Faculty of Engineering

Faculty of Engineering Faculty of Engineering MANAGEMENT AND DISPOSAL OF CLINICAL WASTE IN SARAWAK GENERAL HOSPITAL Mohammad Khalis Afham Bin Md Sahlan Bachelor of Engineering with Honours (Civil Engineering) 2009 UNIVERSITI

More information

a) The Principal and / or Supplementary Card account has become delinquent;

a) The Principal and / or Supplementary Card account has become delinquent; Terms & Conditions Travel in style with American Express Cards issued by Maybank Campaign Campaign Period Malayan Banking Berhad (3813-K) Travel in style with American Express Cards issued by Maybank Campaign

More information

TERMS AND CONDITION 2017 Credit Card Acquisition Cash Back Campaign

TERMS AND CONDITION 2017 Credit Card Acquisition Cash Back Campaign TERMS AND CONDITION 2017 Credit Card Acquisition Cash Back Period 1. The 2017 Credit Card Acquisition Cash Back ( the ) is organized by RHB Bank Berhad ( RHB Bank ) and RHB Islamic Bank Berhad ( RHB Islamic

More information

Condition Appraisal Technical Report

Condition Appraisal Technical Report Condition Appraisal Technical Report Hospital: Hospital Pontian Equipment Description: Sewage Treatment Plant (Hi-Kleen) Ref No: CA/FEMS/C0003/2015 Date: 30 September 2015 Facility Engineering Maintenance

More information