PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN
|
|
- Randell McDowell
- 6 years ago
- Views:
Transcription
1 PANDUAN KURSUS ix DESKRIPSI PANDUAN KURSUS Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati daripada awal sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu di dalam menjelaskan komponenkomponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang. PENGENALAN HBML4103 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu adalah salah satu kursus yang ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan dan Bahasa di Open University Malaysia (OUM). Kursus ini melibatkan 3 jam kredit dan harus dijalankan dalam tempoh masa 8 hingga 15 minggu. KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN Kursus ini ditawarkan kepada pelajar yang mengambil program Sarjana Muda Pengajaran dalam bidang Bahasa Melayu dengan Kepujian. Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimakan kaedah pembelajaran dan persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut dikendalikan. PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus yang bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1.
2 x PANDUAN KURSUS Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran AKTIVITI PEMBELAJARAN Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam perbincangan awal JAM PEMBELAJARAN 3 Membaca modul 60 Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10 Perbincangan atas talian 12 Ulang kaji 15 Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 20 JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120 OBJEKTIF KURSUS Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat: 1. Menghuraikan sejarah perkembangan bahasa Melayu; 2. Mengeja dan menulis tulisan jawi; 3. Menerangkan sistem perkamusan bahasa Melayu; dan 4. Menjelaskan prinsip-prinsip penterjemahan bahasa Melayu SINOPSIS KURSUS Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis untuk setiap topik adalah seperti yang disenaraikan berikut: Topik 1 akan memerihalkan imbasan kembali sejarah awal perkembangan bahasa Melayu secara ringkas dan pengenalan kepada perkembangan bahasa Melayu selepas merdeka, cabaran yang dihadapi, perancangan bahasa, kemunculan sistem tulisan, perkamusan Melayu dan kaedah penterjemahan.
3 PANDUAN KURSUS xi Topik 2 akan mendedahkan pelajar kepada perkembangan bahasa telah melalui tiga periodisasi, iaitu zaman purba, zaman kuno, dan zaman klasik. Setiap zaman tersebut mempunyai pengaruh yang kuat terhadap bentuk bahasa Melayu. Topik ini juga akan membicarakan pengaruh luar terhadap bahasa Melayu khususnya pengaruh bahasa dari Eropah (Portugis dan Inggeris) dan juga kesan perkembangan agama Islam yang tersebar luas di alam Melayu melalui perdagangan saudagar dari Tanah Arab. Agama Islam telah memberikan kesan yang penting terhadap bahasa Melayu kerana kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu diperkukuhkan oleh faktor tersebut. Topik 3 akan menjelaskan perkembangan bahasa Melayu sebelum merdeka, dan menghuraikan kemajuan bahasa Melayu selepas merdeka serta membincangkan kedudukan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan. Tajuk ini juga memberikan gambaran yang jelas tentang keupayaan bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu yang sama tarafnya dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain sekiranya kita berusaha untuk mempertahankan keluhuran dan kedaulatannya. Bahasa itu sendiri menunjukkan bangsa yang menuturkannya. Tajuk ini akan menelusuri perkembangan bahasa Melayu dari era sebelum merdeka, iaitu dengan penubuhan ASAS 50 hinggalah kemerdekaan 1957, dan era selepas merdeka dari tahun 1957 hinggalah tahun 1967, dan seterusnya kedudukan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan di Malaysia. Topik 4 memerihalkan tentang pemodenan dan perancangan bahasa Melayu. Bahagian ini menghuraikan konsep asas dalam perancangan bahasa. Dalam perkembangan perancangan bahasa, terdapat beberapa istilah yang merujuk kepada usaha-usaha untuk merancang atau merencanakan pembinaan dan pengembangan bahasa secara sedar. Antaranya ialah perancangan bahasa (language planning), perekayasaan bahasa (language engineering), politik bahasa (glottopolitics and glossopolitics), pengurusan bahasa (language management), pemupukan bahasa (language cultivation), perawatan bahasa (language treatment), dan pembinaan bahasa (language development). Perancangan taraf bahasa meliputi kedudukan sesuatu bahasa dalam hubungannya dengan bahasa lain dalam sistem pemerintahan. Perancangan korpus pula merujuk kepada perubahan dalam bahasa itu sendiri yang melibatkan hal-hal seperti pembinaan ortografi (pembakuan atau penstandardan termasuklah sistem ejaan dan tulisan dalam sesuatu bahasa), pembinaan penggunaan kata baru yang difikirkan dan dipertimbangkan dengan teliti supaya bahasa itu dapat diperluaskan penggunaannya (sumber-sumber baru kosa kata dan penciptaan perbendaharaan kata) termasuklah penggubalan istilah, penyediaan kamus dan kesusasteraan. Topik 5 akan menumpukan kepada persoalan cabaran yang dihadapi oleh bahasa Melayu, iaitu mewujudkan masyarakat yang dwibahasa, bahasa Melayu
4 xii PANDUAN KURSUS dan dasar pendidikan negara, bahasa Melayu dalam teknologi maklumat dan komunikasi, dan akhirnya bahasa Melayu dalam era globalisasi. Kedwibahasaan berlaku dalam kalangan masyarakat yang menggunakan banyak bahasa. Kedwibahasaan atau bilingualisme ialah penguasaan dua bahasa seperti penutur bahasa asli. Dasar bahasa pendidikan ialah dasar yang dipegang dalam menggunakan bahasa sebagai bahasa pengantar di sekolah. Dasar bahasa am ialah dasar yang secara tidak rasmi diterima oleh kerajaan mengenai penggunaan bahasa dalam perdagangan, perhubungan rakyat dan dalam hubungan dengan orang-orang luar, badan-badan atau negara-negara luar. Teknologi Maklumat atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Persoalan globalisasi sering membawa debat tentang kemungkinan globalisasi menyebabkan kehomogenan atau keheterogenan budaya atau diversifikasi yang lebih besar khususnya bagi bahasa. Topik 6 akan menelusuri perkembangan sistem tulisan Jawi bahasa Melayu dan menghuraikan peraturan ejaan Jawi bahasa Melayu. Tulisan ialah sejenis tanda atau isyarat sama seperti bahasa itu sendiri. Perkataan Jawi ini bermaksud Âorang JawaÊ atau Âberasal dari tanah JawaÊ. Penulis-penulis Arab pada zaman klasik termasuk Ibn Batuttah dalam bukunya al-rehlah menggelarkan pulau Sumatera sebagai Al-Jawah. Oleh itu, orang Arab memanggil orang Melayu di Jawa sebagai Jawi dan tulisan Melayu yang menggunakan huruf Arab sebagai tulisan Jawi. Pada tahap pertama, ejaannya menggunakan tanda baris sebagaimana yang terdapat dalam mashaf kitab suci al-quran. Pada tahap kedua tanda baris tersebut dihilangkan. Walau bagaimanapun, bentuk ini sukar dibaca oleh mereka yang baharu belajar Jawi kerana memerlukan masa untuk menguasai dan menggunakannya. Topik 7 akan menjelaskan latar belakang perkembangan tulisan dalam bahasa Melayu, menghuraikan pedoman umum ejaan bahasa Melayu, dan membincangkan pedoman umum ejaan kata pinjaman bahasa Melayu. Menurut Amat Juhari Moan (1992: 1066), tulisan Rumi mula berada di alam Melayu setelah kedatangan orang Barat. Orang pertama yang menggunakan tulisan Rumi ialah David Barbosa pada tahun 1516 di Melaka, iaitu setelah Melaka ditawan oleh Portugis pada tahun Pada tahun 1901 Van Ophuijsen ditugaskan oleh pihak berkuasa Belanda untuk menyusun suatu sistem ejaan dalam Bahasa Melayu. Beliau telah menerbitkan hasil kerjanya dalam buku yang bernama Kitab Logat Melajoe (1929, Cetakan ke-8) yang berasaskan sistem ejaan bahasa Belanda. Ejaan Wilkinson pula diperkenalkan di tanah Melayu pada tahun Ejaan ini dihasilkan oleh sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan Melayu Bersekutu (British) yang menerbitkannya dalam buku Romanised Malay Spelling. Ejaan Kongres dihasilkan berasaskan persetujuan
5 PANDUAN KURSUS xiii yang dicapai dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang diadakan pada September 1956 yang membincangkan perkembangan Bahasa Melayu. Akhirnya pada tahun 1972, Sistem Ejaan Bahasa Malaysia-Indonesia dilancarkan penggunaannya. Ejaan baru ini akan bertugas sebagai alat yang akan mengawal perkembangan serta pertumbuhan bahasa Malaysia selanjutnya pada masa depan. Topik 8 akan menghuraikan sejarah perkembangan perkamusan bahasa Melayu, menjelaskan konsep dan definisi kamus, membincangkan teori dan prinsip asas perkamusan, dan mengaplikasi kaedah dan pedoman yang perlu bagi penyusunan sebuah kamus. Leksikografi dan leksikologi mempunyai kaitan yang rapat dalam perkembangan perbendaharaan kata sesuatu bahasa. Ini kerana perakaman perbendaharaan kata dilakukan melalui penghasilan kamus. Tugas ahli leksikografi adalah untuk menghasilkan sebuah kamus dan antara perkara yang ditangani ialah makna perkataan yang sentiasa berubah. Tegasnya fungsi asas sebuah kamus ialah memberikan makna kepada perkataan-perkataan atau item leksikal. Munculnya kamus Melayu dalam persada dunia merupakan rentetan peristiwa dalam konteks perkembangan sejarah di Eropah. Kamus Melayu yang paling awal yang pernah diketahui ialah senarai kata Melayu-Cina yang terdiri daripada 482 kata entri yang dikumpulkan antara 1403M-1511M, seperti yang dihuraikan oleh C.O. Blagden dalam karangannya yang bertajuk A Chinese Vocabulary of Malacca Malay Words and Phrases Collected Between A.D and 1511(?), dalam Bulletin of the School of Oriental and African Studies, Vol.VI, , (h ). Dalam Topik 9, anda akan diperkenalkan tentang sejarah penterjemahan di Malaysia dan perkembangannya sehingga kini. Anda juga akan mendapat penjelasan ringkas tentang konsep, definisi, teori, dan pendekatan dalam penterjemahan. Pada awal tajuk ini anda akan diperkenalkan perkembangan penterjemahan di Malaysia, mengetahui dan mentakrif konsep penterjemahan, penghuraian tentang teori dan pendekatan dalam penterjemahan; dan aplikasi teori penterjemahan bahasa Melayu. Penterjemahan merupakan proses memindahkan sesuatu daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran. Tujuan utama penterjemahan adalah untuk menghubungkan anggota dalam masyarakat dwibahasa atau multibahasa. Dalam Topik 10 anda akan mempelajari pula apa yang dikatakan sebagai proses menterjemah dan kaedah yang digunakan. Pemahaman tentang teori dan pendekatan dalam penterjemahan akan membantu anda menterjemah dengan baik. Seseorang penterjemah pada kebiasaannya akan mula menterjemah dengan pendekatan lama dan kemudian beransur-ansur ke arah pendekatan baharu bergantung kepada jenis teks yang akan diterjemahkan. Namun demikian, faktor yang paling penting ialah penguasaan bahasa sumber dan bahasa sasaran
6 xiv PANDUAN KURSUS perlulah baik bagi seorang penterjemah. Keupayaan memahami teks asal dan kemahiran menulis semula dalam bahasa sasaran menuntut iltizam yang tinggi daripada seorang penterjemah. Seterusnya dalam tajuk ini anda mengetahui tentang kaedah penterjemahan, menghuraikan proses terjemahan, membincangkan penterjemahan deskriptif dan kreatif, dan mengaplikasikan kaedah dalam terjemahan amali. PANDUAN SUSUN ATUR TEKS Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan. Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut: Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu topik. Semak Kendiri: Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalansoalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalansoalan yang ditanya terdapat di dalam modul itu sendiri. Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan seumpamanya. Rumusan: Di akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap
7 PAN DUAN KURSUS xv pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Kata Kunci: Di akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel, kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagianbahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda. PENGETAHUAN ASAS Dalam silibus pengajian, pelajar dikehendaki mengikuti susunan tahap pengetahuan asas yang bermula daripada tahap 1 sehingga ke tahap berikutnya. Contoh: KAEDAH PENILAIAN Sila rujuk myinspire. RUJUKAN WAJIB Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood. (1995). Tatabahasa dewan edisi baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
8 xvi PANDUAN KURSUS Ab. Rahman Ab. Rashid & Hajah Wan Som Mamat, (1995). Bahasa Melayu: Bahasa dalam komunikasi dan proses komunikasi. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd. RUJUKAN TAMBAHAN Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt & Ab. Rahim Selamat, (1997). Bahasa Melayu komunikasi 2. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd. Hashim Musa. (1997). Epigrafi Melayu: Sejarah sistem tulisan dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim, (1988). Sosiolinguistik Bahasa Melayu dan pengajaran. Petaling Jaya Fajar Bakti Sdn.Bhd. Puteri Roslina Abdul Wahid. (2007). Pengantar penterjemahan Bahasa Melayu. Puchong: Scholar Press Sdn. Bhd. Raminah Hj Sabran & Rahim Syam. (1987). Kajian bahasa. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Laman web Dewan Bahasa dan Pustaka. PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR ABDULLAH SANUSI (TSDAS) Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan atas talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30 pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada ialah EBSCOhost, ProQuest, SpringerLink, Books24x7, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan sepenuhnya sumber-sumber yang terdapat di perpustakaan ini.
PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN
PANDUAN KURSUS ix DESKRIPSI PANDUAN KURSUS Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati dari awal hingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda memahami
More informationPERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN
PANDUAN KURSUS xi DESKRIPSI PANDUAN KURSUS Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati daripada awal sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda
More informationPERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN
PANDUAN KURSUS xi DESKRIPSI PANDUAN KURSUS Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati daripada awal sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda
More informationPERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN
PANDUAN KURSUS xi DESKRIPSI PANDUAN KURSUS Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati daripada awal sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda
More informationKEPADA SIAPA KURSUS INI DITUJUKAN?
PANDUAN KURSUS ix DESKRIPSI PANDUAN KURSUS Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati daripada awal sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda
More informationPERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN
PANDUAN KURSUS xi DESKRIPSI PANDUAN KURSUS Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati daripada awal sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda
More informationRPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Second Semester Examination 2009/2010 Academic Session April/May 2010 RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar] Duration: 2 hours [Masa: 2 jam] Please check that this examination
More informationPERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN
PANDUAN KURSUS ix DESKRIPSI PANDUAN KURSUS Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati daripada awal sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda
More informationLaporan Aktiviti PI1M Kg Jepak
Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak The purpose of this document is to provide a guide on the type of information required in the reports for RDD s newsletter, annual report, and other publications. Tujuan
More informationEVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA iii To my beloved friends and family iv ACKNOWLEDGEMENT In preparing
More information9888889 1822 1155 51 9101103 USIM 694 51 01 5 5 ABSTRAK Objektif kajian adalah untuk mendedahkan agenda tersembunyi pentadbiran Amerika Syarikat dan peranan institusi perancangan strategi Amerika dalam
More informationIMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI
IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI A project report submitted in partial fulfillment of the requirements for the award of the
More informationDESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BAHAGIAN A Pengesahan Kerjasama* Adalah disahkan bahawa projek
More informationHUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR
HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR SUHAILAH BINTI MOHD YATIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI
More informationFAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM
FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM Projek Sarjana Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Syarat Penganugerahan Sarjana Sains (Pentadbiran
More informationPOTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI
More informationTHE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018
THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018 ORGANISATION S PROJECT PROPOSAL Important Note: Financial assistance provided under The Edge Kuala Lumpur Rat Race is to be used only for education and/or training projects/programmes.
More informationMulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018
PEKELILING PEPERIKSAAN 5/2018 PEPERIKSAAN SEMESTER PERTAMA Pelajar Program Pengajian Ijazah Tinggi Pelajar Program Pengajian Ijazah Pertama (Penuh Masa, Program Pesisir, Program Usaha Sama Akademik) Pelajar
More informationAPLIKASI PENJANA KUIZ MUDAH ALIH
APLIKASI PENJANA KUIZ MUDAH ALIH NUR FAEZA SUHAIMI NOORAZEAN MOHD ALI Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Proses pembelajaran tidak ketinggalan mengalami perubahan
More informationMOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 1 MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING
More informationEFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN
EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN A project report submitted in partial fulfillment of the requirements for the award of the degree of Master of Engineering
More informationSemua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik
PPUKM 3.10.32/263/10 2 September 2017 Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM ORTHO RUN 2017 SAVE LIMBS, SAVE LIVES Dengan hormatnya
More informationTATACARA PERMOHONAN Application procedure
BORANG PENYERTAAN Anugerah Penghargaan kepada Pengguna Malaysian Standards 2014 APPLICATION FORM Appreciation Award for Users of Malaysian Standards 2014 TATACARA PERMOHONAN Application procedure Setiap
More informationEarthwork Activities in Private Housing Industry
Earthwork Activities in Private Housing Industry LAM YUEN SIONG A project report submitted in partial fulfilment of the requirement for the award of the degree of Master of Science (Construction Management)
More informationKANDUNGAN KANDUNGAN. 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Latar Belakang Masalah Masalah pengajaran dan
vii KANDUNGAN BAB PERKARA PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN MUKA
More informationUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEADER CONSIDERATION AND LEADERMEMBER EXCHANGES AND ORGANIZATIONAL COMMITMENT AMONG NURSES IN AN IRANIAN HOSPITAL SHABNAM HAMDI FBMK 2010 34 RELATIONSHIP
More informationHOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA
HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS* JUDUL: HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SESI PENGAJIAN: 2012/2013 Saya SYUKRIYAH
More informationFACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN
i FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN A thesis submitted in fulfillment of the requirements for the
More informationMs Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.
Title: Two Malay enrolled nurses awarded the Tan Chin Tuan Nursing Award Reporter: Nity Farhana Dolhamid Media/Date: BERITA, 22 November 2016 Translated by: Zulayqha Binte Zulkifli SINGAPORE: Two Malay
More informationDETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A
DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A DETERMINING EMERGENCY EVACUATION AID FOR FLOOD DISASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA
More informationIMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES
IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES By KHAIRUL NIZAM BIN MD TOHIT Thesis submitted to the
More informationMODUL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
MODUL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA E5124 / UNIT0/ 0 E5124 KOMUNIKASI DATA MOHD DAUD BIN ALANG HASSAN (PSP), MOHD KAMAL ARIFFIN BIN ZAKARIYA (PSP), ABU BAKAR BIN IBRAHIM (PSP). BIODATA PENULIS
More informationDESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS
More informationDEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility
DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility 1. This Campaign is organized by Bank Muamalat Malaysia Berhad BMMB (Organizer) (Company No. 6175-W). 2.
More informationPERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM
Borang PTAR(BPP)/Ahli Luar/06/2015/Pind.2016 PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM (Sila isi maklumat dengan lengkap/ All fields must be
More informationPELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS: MASALAH DAN CADANGAN
PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS: MASALAH DAN CADANGAN Mustapha Kamal Ahmad Kassim Jabatan Hal Ehwal Pelajar Institut
More informationKe Arah Pemupukan Pemikiran Aras Tinggi: Penggabungan Topik Pengajaran Fizik dan Kepentingan Kerja Berpasukan Para Pelajar. Muhammad Abd Hadi Bunyamin
Ke Arah Pemupukan Pemikiran Aras Tinggi: Penggabungan Topik Pengajaran Fizik dan Kepentingan Kerja Berpasukan Para Pelajar Muhammad Abd Hadi Bunyamin Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia,
More informatione Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (icompex 17)
STUDENT GUIDELINE FOR COLOR THEORY-TEMPLATE PEMUDAHCARA RODA WARNA Nurhamizah Binti Misuan zara.mieyariesza@gmail.com Masithah Binti Jasman onlymemars@yahoo.com Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual Politeknik
More informationDEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility
DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility 1. This Campaign is organized by Bank Muamalat Malaysia Berhad BMMB (Organizer) (Company No. 6175-W). 2. This Campaign
More informationPemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program
Standard Operating Procedure Permohonan Dana im4u Outreach Centre Berikut merupakan (SOP) im4u Outreach Centre bagi sebarang permohonan dana yang di kemukakan kepada pihak kami: Semasa Permohonan dibuat:
More informationMODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI PERISIAN MICROSOFT VISUAL BASIC 6.0 NUR FAZILA BINTI SALLEH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI PERISIAN MICROSOFT VISUAL BASIC 6.0 NUR FAZILA BINTI SALLEH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya
More informationROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ
ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ A project report submitted in partial fulfillment of the requirements for the award of the degree of Master
More informationKERANGKA PROGRAM KERJAYA BERSTRUKTUR ( STRUCTURED CAREER PROGRAM FRAMEWORK ) PUSAT KERJAYA DAN KAUNSELING UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
KERANGKA PROGRAM KERJAYA BERSTRUKTUR ( STRUCTURED CAREER PROGRAM FRAMEWORK ) PUSAT KERJAYA DAN KAUNSELING UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA FASA KOMPONEN OBJEKTIF AKTIVITI SASARAN PELAJAR PROGRAM FAKULTI / BAHAGIAN
More informationSurvey on Perak and Selangor 3 messages
Kuasa Team Survey on Perak and Selangor 3 messages Kuasa Team To: jjerald@pd.jaring.my Fri, Apr 25, 2014 at 3:20 PM From Praba, Very interested in local goverment
More informationDistribusi Simpanan Bank Umum Periode Januari 2018
Distribusi Simpanan Bank Umum Periode Januari 2018 Lembaga Penjamin Simpanan Group Penanganan Premi Penjaminan KATA PENGANTAR Distribusi Simpanan Bank Umum merupakan media informasi yang menyajikan data
More informationSistem Bakeri Interaktif
Prosiding Komputeran UTM Inovasi di dalam Teknologi dan Aplikasi Komputeran Volume: I Year: 2016 ISBN: 978-967-0194-82-0 1 Sistem Bakeri Interaktif Nurul Izzah Sazali 1, Md Hafiz Selamat* 2 Jabatan Sistem
More informationHOST : Department of Urban and Regional Planning, Faculty of Built Environment, Universiti Teknologi Malaysia.
REPORT: UNIVERSITAS DIPONEGORO VISIT TO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. (28 th of APRIL 2011) MAIN DETAILS HOST : Department of Urban and Regional Planning, Faculty of Built Environment, Universiti Teknologi
More informationMEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM
MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM MUHAMMAD ASYRAF ZULKAPLE AMIRAH ISMAIL Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Alumni merujuk kepada bekas graduan sesebuah pusat
More informationGARIS PANDUAN PELAKSANAAN CONTINOUS PROFESSIONAL DEVELOPMENT
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN CONTINOUS PROFESSIONAL DEVELOPMENT (CPD) SEBAGAI KAEDAH PENGIRAAN LATIHAN BAHARU DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (BAGI STAF BUKAN AKADEMIK) 1. TUJUAN Panduan ini bertujuan menerangkan
More informationKNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) LAPORAN KEMAJUAN BERKALA / PERIODIC PROGRESS REPORT
KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) LAPORAN KEMAJUAN BERKALA / PERIODIC PROGRESS REPORT NOTA : Jika terdapat sebarang perubahan seperti dalam borang asal, sila pohon kelulusan dari pihak Urusetia. NOTE
More informationPENULISAN ILMIAH-PANDUAN UNTUK PEMBIMBING
PENULISAN ILMIAH Pengenalan 1. Penulisan ilmiah merupakan satu bentuk penulisan formal untuk mempersembahkan sesuatu ide, konsep, kajian melibatkan penulis merujuk kepada sesuatu sumber yang ada autoriti
More informationA HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING IN KUALA TERENGGANU HO MEE CHYONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING IN KUALA TERENGGANU HO MEE CHYONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING
More informationEVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI
EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Doctor of Philosophy (Remote
More informationPengenalan kepada Pengurusan Sumber Manusia
Topik 1 Pengenalan kepada Pengurusan Sumber Manusia HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Memberikan definisi pengurusan sumber manusia; 2. Menerangkan kepentingan pengurusan
More informationKesahan Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak Dalam Kalangan Pemain Lelaki Berumur 14 Dan 15 Tahun. Abstrak
Kesahan Spesifik Sukan Bola Sepak Dalam Kalangan Pemain Lelaki Berumur 14 Dan 15 Tahun 1 Muhamad Hafiz Ismail, 2 PM. Dr. Ahmad Hashim 1 Fakulti Pendidikan UTM, 2 Fakulti Sains Sukan Dan Kejurulatihan,
More informationDistribusi Simpanan Bank Umum Periode April 2018
Distribusi Simpanan Bank Umum Periode April 2018 Lembaga Penjamin Simpanan Group Penanganan Premi Penjaminan KATA PENGANTAR Distribusi Simpanan Bank Umum merupakan media informasi yang menyajikan data
More informationJabatan Hal Ehwal Pelajar
Bahagian Pengurusan Perniagaan & Siswaniaga Universiti Utara Malaysia Tel: 04 928 4096 / 3154 Faks: 04 928 4016 NO. RUJUKAN : BORANG PERMOHONAN LESEN B (LESEN TANPA PREMIS KEPADA PELAJAR)/ LICENSE B APPLICATION
More informationTEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN INFORMASI SEBAGAI SATU BUDAYA PENEMPATAN KERJA ALTERNATIF DALAM SEKTOR PEMBINAAN
TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN INFORMASI SEBAGAI SATU BUDAYA PENEMPATAN KERJA ALTERNATIF DALAM SEKTOR PEMBINAAN ZULKEFLI BIN MAT JUNIT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN INFORMASI SEBAGAI
More informationPERANAN JURUUKUR TANAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN MOHD AIMAN BIN MOHD KAMAROL BAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PERANAN JURUUKUR TANAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN MOHD AIMAN BIN MOHD KAMAROL BAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PERANAN JURUUKUR TANAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN MOHD AIMAN BIN MOHD KAMAROL BAHARI Laporan
More informationTHE IMPACT OF THE FACEBOOK WEBSITE QUALITY ON USER S PERCEIVED ATTITUDE, INTENTION AND LOYALTY AMONG STUDENTS OF UTM TAMER ADEL SALEH ALAJRAMI
THE IMPACT OF THE FACEBOOK WEBSITE QUALITY ON USER S PERCEIVED ATTITUDE, INTENTION AND LOYALTY AMONG STUDENTS OF UTM TAMER ADEL SALEH ALAJRAMI A dissertation submitted in fulfillment of the requirements
More informationPERBEZAAN ASPEK PERKEMBANGAN FIZIKAL DALAM KALANGAN KANAK-KANAK LELAKI DAN PEREMPUAN MENURUT PERSPEKTIF BARAT
Jurnal Komunikasi Malaysian, Journal of Communication Jilid 1 2016: 137-148 PERBEZAAN ASPEK PERKEMBANGAN FIZIKAL DALAM KALANGAN KANAK-KANAK LELAKI DAN PEREMPUAN MENURUT PERSPEKTIF BARAT ABSTRAK Kolej Universiti
More informationPENTERJEMAHAN GAYA BAHASA DARIPADA BAHASA INGGERIS KEPADA BAHASA MELAYU DALAM BARIS KEPALA IKLAN
Jurnal Komunikasi PENTERJEMAHAN GAYA BAHASA DARIPADA BAHASA INGGERIS KEPADA BAHASA MELAYU DALAM BARIS KEPALA IKLAN HASLINA HAROON UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Abstrak Baris kepala dalam iklan berfungsi bukan
More informationA. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION
Perincian Perubahan Kelulusan Cadangan Pindaan/Tambahan Dokumen (CPD) bagi Skop Perkhidmatan Utaman untuk Kelulusan Mesyuarat Pengurusan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dan cadangan
More informationFunctional Assessment Report Laporan Penilaian Fungsian
Functional Assessment Report Laporan Penilaian Fungsian IMPORTANT NOTE: This report assesses the need for assistance in Activities of Daily Living and is only for the purpose of application of specific
More informationAMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR (PKPGB) UTM MOHD IRWAN BIN ABD RAHMAN
AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR (PKPGB) UTM MOHD IRWAN BIN ABD RAHMAN Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan
More informationPENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR DAN LEBUHRAYA BARU PANTAI
PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR DAN LEBUHRAYA BARU PANTAI 06 JULAI 2018 1. PENUTUPAN LORONG SECARA BERPERINGKAT DAN BERKALA
More informationDistribusi Simpanan Bank Umum Periode Maret 2018
Distribusi Simpanan Bank Umum Periode Maret 2018 Lembaga Penjamin Simpanan Group Penanganan Premi Penjaminan KATA PENGANTAR Distribusi Simpanan Bank Umum merupakan media informasi yang menyajikan data
More informationDistribusi Simpanan Bank Umum Periode Februari 2018
Distribusi Simpanan Bank Umum Periode Februari 2018 Lembaga Penjamin Simpanan Group Penanganan Premi Penjaminan KATA PENGANTAR Distribusi Simpanan Bank Umum merupakan media informasi yang menyajikan data
More informationPEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL
PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan ijazah Doktor Falsafah
More informationCMT421 E-Business Strategy, Architecture & Design [Strategy, Seni Bina & Reka Bentuk E-Perniagaan]
Second Semester Examination 2016/2017 Academic Session June 2017 CMT421 E-Business Strategy, Architecture & Design [Strategy, Seni Bina & Reka Bentuk E-Perniagaan] Duration : 2 hours [Masa : 2 jam] INSTRUCTIONS
More informationBinaan ringkas pengecas kapasitor bervoltan tinggi buatan sendiri bagi. sistem plasma fokus.
Binaan ringkas pengecas kapasitor bervoltan tinggi buatan sendiri bagi sistem plasma fokus. Abd. Halim Baijan, Azaman Ahmad, Rokiah Mohd Sabri, Siti A iasah Hashim, Mohd Rizal Md Chulan, Leo Kwee Wah,
More informationPenggunaan Modelling Clay dalam Penghasilan Model 3D bagi Pelajar. di Universiti Pendidikan Sultan Idris
Jurnal Seni dan Pendidikan Seni 79 ISSN 2289-4640 / Vol. 4 (2016)) / (79-86) Penggunaan Modelling Clay dalam Penghasilan Model 3D bagi Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Seni di Universiti Pendidikan
More informationDERAF JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SELARAS SESI DEC 2015 (BELUM MUKTAMAT)
DERAF JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SELARAS SESI DEC 2015 (BELUM MUKTAMAT) 1. Sukacita dimaklumkan bahawa Peperiksaan Akhir Selaras Politeknik KPT Sesi Disember 2015 akan dijalankan pada 02 16 April 2016. 2.
More informationUNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT346 Natural Language Processing [Pemprosesan Bahasa Tabii]
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA First Semester Examination 2015/2016 Academic Session December 2015/January 2016 CPT346 Natural Language Processing [Pemprosesan Bahasa Tabii] Duration : 2 hours [Masa : 2 jam]
More informationPENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN
PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Sains (Pentadbiran dan Pembangunan
More informationPENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR 29 JUN 2018
PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR 29 JUN 2018 1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG SUSUR MASUK KE JALAN KUALA SELANGOR DARI LEBUHRAYA
More informationOVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM
i OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM SENOSY SULIMAN MOHAMED ARRISH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA i OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION
More informationBuletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017
UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017 UNITEN has been awarded Tier 5 SETARA-2017 rating (Excellent) in the 'Mature University Category at the Majlis Penarafan Universiti dan Kolej Universiti (SETARA) 2017.
More informationUntuk kerja-kerja pelancaran 'U Beam' dan kerja-kerja yang berkaitan dengan MRT
PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG SERI KEMBANGAN, SERDANG RAYA, JALAN PUTRA PERMAI & BANDAR 16 SIERRA 21 OGOS 2018 1. LANJUTAN PENUTUPAN DI JALAN
More informationUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA NORFASHAH BIN MOHAMED FPAS 2013 12 WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA
More informationPENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Kota Kinabalu Sabah Malaysia
PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Kota Kinabalu Sabah Malaysia http://www.ums.edu.my 2014 Ahli Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) Universiti Malaysia Sabah, 2014 All rights reserved. No part of
More informationADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI
i ADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI Report submitted in fulfilment of the requirement for the degree of Bachelor of Technology Management
More informationMAYBANK PRODUCTS UMBRELLA CAMPAIGN 2016 TERMS & CONDITIONS
CAMPAIGN PERIOD MAYBANK PRODUCTS UMBRELLA CAMPAIGN 2016 TERMS & CONDITIONS MAYBANK PRODUCTS UMBRELLA CAMPAIGN shall run from 22 April 2016 to 21 August 2016 (both dates inclusive) ( Campaign Period ) ELIGIBILITY
More informationBIASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (BUMT) JABATAN PENGURUSAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU. - Syarat dan Kelayakan - Borang Permohonan
BIASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (BUMT) JABATAN PENGURUSAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU - Syarat dan Kelayakan - Borang Permohonan 1 SYARAT DAN KELAYAKAN BIASISWA UNIVERSITI MALAYSIA
More informationTHE CHALLENGES AND SUCCESS FACTORS IN TOURISM ENTREPRENEURSHIP: CASE STUDY OF ENTREPRENEURS AT JONKER STREET, MALACCA
THE CHALLENGES AND SUCCESS FACTORS IN TOURISM ENTREPRENEURSHIP: CASE STUDY OF ENTREPRENEURS AT JONKER STREET, MALACCA GOH MEI LING UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA THE CHALLENGES AND SUCCESS FACTORS
More information2 / BUKU PANDUAN SISWAZAH
1 / BUKU PANDUAN SISWAZAH The National University of Malaysia BUKU PANDUAN SISWAZAH UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 2 / BUKU PANDUAN SISWAZAH 3 / BUKU PANDUAN SISWAZAH Kandungan PENTADBIRAN INSTITUT KAJIAN
More informationTerms & Conditions TRUE Savers BonusLink Campaign
Terms & Conditions TRUE Savers BonusLink Campaign 1 Definition 1.1 For the purpose of these Terms and Conditions, the following words and expressions shall have the meanings assigned to them except where
More informationTERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV
TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV Note: Cardholders are advised to read and understand the Campaign Terms and Conditions before participating. 1) The Campaign is valid for selected
More informationEQUITY CROWDFUNDING IN MALAYSIA: AN IMPLEMENTATION OF SETTING VALUATIONS ALVIN HONG PHING YEAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA
ALVIN HONG PHING YEAN BTEC 2016 UTeM EQUITY CROWDFUNDING IN MALAYSIA: AN IMPLEMENTATION OF SETTING VALUATIONS ALVIN HONG PHING YEAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA EQUITY CROWDFUNDING IN MALAYSIA:
More informationFAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN JABATAN PEMAKANAN DAN DIETETIK SEMESTER 6, SESI 2016/2017 LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN JABATAN PEMAKANAN DAN DIETETIK SEMESTER 6, SESI 2016/2017 LAPORAN LATIHAN INDUSTRI NAMA NOR ALIA BINTI AHMAD SIRAJ NO MATRIK 180586 KURSUS AGENSI B. Sc. (PEMAKANAN
More informationPendaftaran Peserta / Sarapan Pagi Pengenalan - Konsep tapak & laman web. - Penyediaan Bahan - Grafik/Image/Photo/PDF/Flash Paper
Tarikh Masa Perkara 8.00 8.30 pagi Pendaftaran Peserta / Sarapan Pagi 8.30-10.45 - Pengenalan - Konsep tapak & laman web 27 Disember 2010 (Isnin) 10.45-11.00 Rehat 11.00 1.00 ptg - Penyediaan Bahan - Grafik/Image/Photo/PDF/Flash
More informationUNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA
UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA A STUDY OF SAFETY AND HEALTH AWARENESS AND NOISE ASSESSMENT AT STAMPING DIE COMPANY This report submitted in accordance with requirement of the Universiti Teknikal Malaysia
More informationTOTAL HOSPITAL INFORMATION SYSTEM (THIS)
TOTAL HOSPITAL INFORMATION SYSTEM (THIS) A Perkhidmatan Operasi, Sokongan dan Penyelenggaraan Perkakasan, Perisian, Rangkaian dan Aplikasi bagi Total Hospital (THIS) Di bawah Produk Cerner bagi Hospital
More informationTHE DEVELOPMENT OF SMALL AND MEDIUM SIZED CONSTRUCTION FIRMS IN NIGERIA USING ABSORPTIVE CAPACITY BILAU ABDULQUADRI ADE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i THE DEVELOPMENT OF SMALL AND MEDIUM SIZED CONSTRUCTION FIRMS IN NIGERIA USING ABSORPTIVE CAPACITY BILAU ABDULQUADRI ADE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ii PSZ 19: 16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
More informationUNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ELEMEN SEMIOTIK DALAM SENI PERSEMBAHAN RODAT TERENGGANU FAIZ SYAHMI BIN MOHD
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ELEMEN SEMIOTIK DALAM SENI PERSEMBAHAN RODAT TERENGGANU FAIZ SYAHMI BIN MOHD IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN BAHASA GUNAAN (KEPUJIAN) JUN 2016 PENGAKUAN Dengan ini, saya ingin menyatakan
More informationmybalikpulau A Mapping & Interpretation Heritage Education Program for Young People
mybalikpulau A Mapping & Interpretation Heritage Education Program for Young People Heritage Education Program mybalikpulau Cultural Mapping Identifying cultural assets Social interactions that take place
More information2.3. For joint customer of Libshara-i, only the primary account holder will qualify to participate.
TERMS AND CONDITIONS FOR KFH DRAWS CAMPAIGN ( CAMPAIGN ) 1. Campaign Period 1.1. This KFH Draws campaign ( Campaign ) is organised by Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad ( KFH Malaysia ) and the Campaign
More informationPola dan Proses Pemilikan Tanah oleh Orang-orang Pulau di Kawasan Darat Mersing: Kajian Kes di Kampung Sri Bahagia
Pola dan Proses Pemilikan Tanah oleh Orang-orang Pulau di Kawasan Darat Mersing: Kajian Kes di Kampung Sri Bahagia Azima Abdul Manaf, Suhana Saad, Mohd Shamsudin & Hamzah Jusoh Pusat Pengajian Sosial,
More informationFAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF
FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF TAJUK : KAJIAN TERHADAP MOTIF SONGKET TERENGGANU FATIN AMIRAH BINTI ZAMERI (30180) Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni ) 2014 KAJIAN TERHADAP
More informationPENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS KBSM BAGI TOPIK OPTIK ABDUL HADI BIN SHAPIAI
i PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS KBSM BAGI TOPIK OPTIK ABDUL HADI BIN SHAPIAI Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
More information